Friday, September 2, 2011

Kini Serius Bercinta




أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 بسم الله الرحمن الرحيم


Amaran : Entri kali ini memang 'jiwang' dan 'panjang'. Entri istimewa buat dia.  Dan juga buat dia yang runsing. Mereka sahabat =') *peluk*




Ini mungkin kerana fenomena dunia sekarang terutama percintaan yang tidak halal antara remaja terutamanya yang tiada mengikut syariat ketetapan Allah. Mungkin perlu diteropong punca dan akar masalah. Terkadang kesalahan tidak bisa diletakkan seratus peratus terhadap mereka. Mungkin faktor persekitaran yang tidak membantu. Mungkin juga faktor ibu bapa dan sahabat sekeliling.


Ada remaja yang sudah tiada memikirkan maruah diri. Di manakah letaknya perisai malu. Berani menghantar foto tanpa seurat benang bukti cinta kepada sang kekasih hati. Ini realiti! Sedih…kerana mencemarkan makna cinta yang suci dengan tafsiran yang salah…










Terkadang Cinta Punya Kuasa Perubahan…



Tidak percaya? Mungkin ada kisah Hawa yang berubah kerana jatuh hati kepada Adam yang punya peribadi mulia dan soleh. Lantas ingin berubah. Yang dahulu bertudung sekadar perhiasan dan fesyen di atas kepala, kini bertudung litup sopan dan labuh memenuhi kehendak Allah. Yang dahulunya sering keluar menghabiskan masa di pusat karaoke, kini langkahan kaki sering ke majlis ilmu.



Mungkin juga ada kisah Adam yang berubah kerana jatuh hati pada Hawa yang solehah. Terasa kerdil diri berbanding si dia. Lantas ingin berubah. Yang dahulu tenggelam dalam dunia percintaan SMS, kini berubah menjadi seorang lelaki yang tegas menepis dugaan fitnah dunia. Yang dahulunya sering menghabiskan masa dengan bermain permainan video, kini berubah minat dan semakin cinta akan ilmu.



Hebatkah cinta? Cinta itu bermakna apabila bisa membuatkan diri berubah. Melakukan perubahan. Semestinya perubahan ke arah yang lebih baik. Menambahkan cinta dan terasa semakin dekat dengan-Nya. Allahuakbar.










Perkahwinan itu bukan mahu menerima yang sempurna tetapi mahu saling memberi untuk sempurna. Andai pada mulanya sudah berhajat ingin memiliki kesempurnaan, percayalah, hanya kekecewaan yang didapati kerana manusia itu pasti punya kekurangan.



Andai isteri tidak pandai memasak, tidak mengapa. Ambil sudut positif, lebih bagus. Bisa memasak bersama-sama bukan? Makin mengeratkan hubungan yang kian terbina antara dua insan yang disatukan.



Andai suami dirundung masalah, isteri hadir membantu memberi ketenangan dan kata-kata semangat. Hadir saat susah dan senang. Bukan menghilang waktu suami punya masalah yang mengusutkan fikiran. Sama-sama duduk dan mencari jalan penyelesaian. Indah bukan?










Benarkah Ikhlas Bercinta?



Baca dahulu kisah ini. Hayati. Tolong. Tolong baca.




Berapa ramai yang ikhlas dalam percintaan. Ramai yang lebih mengutamakan kecantikan paras rupa seseorang. Lebih memandang ketampanan dan keayuan si dia. Ramai yang tertarik kerana harta si dia yang melimpah ruah, punya kereta besar, terkenal sebagai anak Dato’ usahawan berjaya, memegang jawatan CEO syarikat. Tidak salah tetapi dengarkan pesanan Rasulullah SAW kepada kita. 




“Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.”



Lihat agama. Itu yang utama.



Adam tiada perlu memacakkan rambut dengan gel Brylcreem untuk kelihatan ‘macho’. Adam tiada perlu memiliki kereta mewah mahupun motosikal berkuasa tinggi untuk kelihatan hebat.


Cukup dengan memiliki seraut wajah yang tenang dengan air wuduk. Cukup andai memiliki hati yang bersih dan peribadi yang mengagumkan. Cintanya kepada masjid. Hormatnya kepada orang tua. Percayalah, anda lebih kelihatan ‘macho’ begini walaupun wajah tiada mampu menandingi Tom Cruise mahupun Christiano Ronaldo.



Hawa tiada perlu memakai solekan yang tebal-tebal untuk kelihatan cantik. Hawa tiada perlu membonceng motosikal lelaki bukti diri menjadi rebutan jejaka.

 
Cukup dengan menghiasi diri dengan sifat-sifat mahmudah dan akhlak yang mulia. Anda kelihatan jelita dengan busana anggun muslimah yang mengikut syariat Allah. Anda perempuan yang hebat andai cinta di puncak hati hanyalah Dia.










Mengapa Beruntung Memilih Si Dia Yang Mengutamakan Agama?



Andai memilih perempuan yang beragama, dia akan berusaha sedayanya untuk menjadi Qurratu A’yun, penyejuk mata bagi suami. Andai tiada mempunyai kemahiran memasak yang bagus, pasti akan diusahakan dengan membeli buku masakan ataupun menyalin resepi dari internet untuk mencuba pelbagai jenis masakan yang ada. Khas buat suami tercinta.



Isteri yang beragama juga tahu menjaga maruah suami dan dirinya. Terkadang seorang isteri harus pandai mengawal situasi. Ada ketika dia harus berfikiran matang terutama dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan. Ada ketika sifat keanak-anakan perlu ditonjolkan kerana itu merupakan daya penarik.



Dan yang paling penting, isteri yang beragama bisa menjadi seorang ibu yang cemerlang dalam mendidik anak-anak. Kerana ajaran mengikut acuan ketetapan Allah, mengikut syariat Islam. Memiliki sifat keibuan dan mempunyai ilmu bagaimana mahu menguruskan anak-anak. Percayalah, peranan ibu sangat penting kerana ibu merupakan sumber inspirasi anak-anak! Anak-anak bisa melangkah yakin andai adanya dorongan terusan daripada si ibu!



Andai memilih lelaki yang beragama, dia akan sedaya upaya mahu menjadi ketua keluarga yang terbaik. Akan terusan berusaha menjadi imam yang terbaik. Apabila dirasakan ilmu kurang untuk membimbing keluarga, inisiatif akan dicari agar dapat memantapkan iman dalam diri. Seterusnya bisa mendidik isteri serta anak-anak.



Suami yang beragama juga mempunyai pekerti mulia dan berbudi bahasa. Apabila melakukan kesalahan, bersedia menegakui kesilapan. Apabila berjanji, pasti akan bertanggungjawab terhadap janji yang dibuat. Kewibawaan seorang suami terserlah dengan jiwa yang pemurah dan tahu memuliakan isteri serta keluarga.










Apa yang saya lihat, the most three important things in marriage are understanding, appreciation and love.



“Awak faham saya, saya faham awak, baru kita bahagia”




Understanding. Suami isteri harus saling memahami. Kerana perkahwinan tanpa sifat memahami dan bertolak ansur bisa mengundang perselisihan kerana ketidaksefahaman. Realiti hidup kini suami isteri masing-masing sibuk menguruskan urusan kerjaya. Oleh itu, harus saling memahami dan membantu untuk melaksanakan kerja rumah.



Atau mungkin juga suami mempunyai minat yang berlainan berbanding isteri. Tidak mengapa, apa salahnya saling memberi galakan? Andaikan isteri seorang yang suka membeli-belah, tiada rugi suami menemani dan memberi pendapat tentang barang yang ingin dibeli. Andai suami pula seorang kaki pancing, isteri bisa menemani dan berkongsi cerita menarik sambil menunggu umpan dimakan ikan?



Memahami tanggungjawab masing-masing dalam keluarga teramat penting. Apabila suami dan isteri masing-masing menjalankan peranan, keluarga menuju kebahagiaan. Jadilah pendengar yang baik buat isteri. Jadilah pemberi semangat suami yang terbaik.



“Walau siapa pun diri awak, awak tetap yang terbaik buat saya”




Appreciation. Manusia mana yang tidak suka dihargai? Terkadang perkara yang dipandang remeh seperti ucapan “terima kasih” adalah perkara yang bisa menyuntik kebahagiaan dalam rumah tangga. Juga ucapan “maaf”. Suami yang sanggup mengakui kesilapan dan kelemahan diri adalah suami yang rasional dan gentleman. Percayalah, sedikitpun ego anda tidak jatuh. Malah, makin dihormati. Seorang ketua keluarga yang hebat.



Usah kedekut dalam memberi pujian. Walau pujian yang ringkas cuma. Pujian menyebabkan seseorang terasa dirinya dihargai. Terasa kehadirannya memberi makna. Kebanyakan wanita suka apabila dipuii akan penampilan. Lelaki pula kebiasaannya terasa dihargai apabila pujian diberikan atas apa yang berjaya diusahakannya. Benar?  



Cara mudah untuk menghargai adalah sentiasa mengingati tarikh peristiwa penting. Contohnya tarikh lahir dan tarikh ulang tahun perkahwinan. Dengan kata-kata sahaja sudah cukup memberi seribu satu makna dan penghargaan.



“Saya sentiasa sayang awak dan akan berada di samping awak, susah atau senang. Percayalah”



Love. Setiap insan perlukan kasih sayang. Dan apa yang saya lihat pada fenomena hari ini, kasih sayang merupakan antara faktor penting dalam kejayaan membina sesebuah perhubungan. Kasih sayang bisa ditonjolkan melalui perkataan dan perbuatan.



Saling berhubungan dengan menghantar pesanan ringkas SMS apabila berjauhan bisa mengeratkan hubungan suami isteri. Komunikasi amat penting. Semakin banyak komunikasi, semakin erat terasa ikatan yang dibina.   










Buat Kalian Yang…



Sedang mencari jodoh. Banyakkan berdoa dan mohon petunjuk-Nya. Yakin! Usaha mengamalkan doa-doa yang ada. Minta pendapat dan pandangan ibu bapa. Runsing membuat keputusan bukan? Kerana tiada bertemu jalan penyelesaian. Ketahuilah, yang memberi jalan keluar itu adalah Dia. Justeru, mohonlah petunjuk daripada-Nya. Usah gusar. Dia sentiasa ada.



Baru sahaja mendirikan rumah tangga. Barakallahulakuma. Sentiasa didoakan bahagia meniti hari-hari mendatang. Sentiasa sematkan dalam hati tujuan dan matlamat perkahwinan yang sebenar. Membina Baitul Muslim demi pembentukan ummah. Sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal dalam mengharungi perjalanan berdua menuju syurga!



Sudah lama mendirikan rumah tangga. Terkadang apabila sudah lama bersama, sudah tiada lagi kisah menarik yang ingin dikongsi. Sebenarnya, masih banyak yang perlu dibicarakan. Mungkin saling berkongsi input-input terbaru yang diperoleh daripada buku? Bercerita. Menarik. Apabila terasa hubungan semakin renggang, renung kembali apakah matlamat sebenar sewaktu awal akad dilafazkan. Ya, kerana Allah.









 Kesimpulan.



Cinta itu bukan tujuan tetapi cinta itu adalah jalan. Jalan untuk menggapai keredaan-Nya. Cinta merupakan wasilah dalam mendamba kasih dan pandangan Ilahi. Menuju kebahagiaan di dunia dan di akhirat.



Akhir kata, dengarkan kata-kata sahabat saya yang baru sahaja mendirikan baitul muslim.


"tak sia2 kalau kita menahan diri dari bercinta sebelum kahwin..rasa mcm manissssssssssssssssssssssssss sgt =) percaya la..sapa ada pakwe skrg sila putuskan...yeyayy^-^
ramdhan menjadi saksi sukarnya menahan perasaan syawal menjelma menjadi saksi kemenangan kami..allahuakbar..!"

Farhan, halalkan status ni ye, hehe ^_~










Istimewa buat Farhan Mat Salleh…sahabat tersayang…


Entri ini memang special buat Farhan. Harap ada manfaat walaupun sedikit ye. ^_^ 
(Maaf, ini je yang b2 mampu bagi, kiranya hadiah perkahwinan la ni ye =) )


B2 doakan Farhan bahagia bersama suami sehingga ke syurga. Selamat menempuh alam baru, sahabat. Tanggungjawab sudah bertambah, b2 yakin Farhan dapat menjadi isteri solehah buat Ustaz Rashid. Kerana itu Allah mempermudah jalan Farhan berkahwin di usia yang muda (ait, yang lain tolong jangan jealous, sampai masa, Insya-Allah ada, belajar rajin-rajin dulu! ^_~)
Perkahwinan membuka pintu rezeki. Insya-Allah, laluan Farhan semakin mudah, baik dalam membina baitul muslim cemerlang mahupun dalam pelajaran sendiri. Insya-Allah! Ameen.


Ustaz Rashid, jaga sahabat ana baik-baik, dia seorang yang sensitif, baik.. hatinya lembut. 


Serius b2 sebak…=’) b2 tumpang bahagia untuk Farhan…*peluk*






Lagu untuk entri ini pun istimewa buat Farhan. Sigma- Istikharah Cinta. ^_^



Suka sangat kan pasang lagu ni kuat-kuat dalam bilik. =P eh, b2 pun suka, aha~ (psst, jadinya Farhan kena cari seorang untuk b2, haish~ Ustaz Rashid mesti byk kenalan, calonkanlah satu, haish~ ahah, gurauan ^_^ kan b2 dah kata nak cari dekat Gombak =P. 
(bila entah nak habis perangai gila-gila ni ==”)

 

p/s: balik raya ni kongsi cite tau! ^_~ dah janji kan, b2 nak jadi mak angkat anak Farhan, jadi, cepatlah timang anak! (habis semua anak orang aku sapu jadi anak angkat ==”)



Ni anak jiran baru b2, Faris Danish. Budak ni comel sgt~! Dia dah pandai baca doa mkn sendiri. Kecik je budaknya. Nanti didik anak mcm ni ea ^_^ (Hasnah, ni la budaknya~ jom kita culik dia. Dtglah Trgn =P)








Haish~ mcm ni ke keje kaunselor perkahwinan~? *penatnya nak boleh siapkan....*


p/s: tersenyum seorang diri sewaktu menyiapkan post ni. Alhamdulillah, dah selesai ^_~

Doakan penulis blog yang gatal ni ye. Esok dah nak bertolak balik UIA Nilai. Sedih =( tapi perjuangan menuntut ilmu mesti diteruskan! semangat2! ^_^ fighting for final exam!

maaf sangat, terasa tak sempat nak balas komen di blog. Terkilan =(




Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.



Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.


"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"

8 comments:

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum

nice entry..

trima kasih dik..ingat akak lg x???

salam aidilfitri:-)

Insyaallah..saat itu akan tiba nnt..yg pnting YAKIN denganNYA..inginkan yg soleh..solehahkan diri dahulu..inginkn yg soleh..solehkan diri dahulu.

peringatan buat akak n adik2 semua:-)

amal said...

Assalamualaikum.

nice entry ^_^
naty kawen jgn lupa jemput Amal eh , hehe

~ Nur Amira~ said...

salam adk manis.
mg dlm keadaan yg pnuh bsemangat mula sem br taw insyaAllah ^^

wah,kat fb ty soalan unt kakak2 dn akhi2 ble nk langsung plak ye? unt akak,mhon doanya ya.

jgn mcari atau memilih si dia krn sbb apa2.krn 1 hr nti mgkin sj sbb2 itu akn hlg,krn Yang Abadi itu hy Allah.

jgn mncintai atau menyayangi seseorg krn apa yg ad pdnya,krn Yang Maha Sempurna itu cuma Allah.

mohon diberikan yg tbaik.andai kata saat ini hati sdg cenderung pd sseorg,mintalah hatinya dpd Sang Pencipta hati si dia itu sniri.krn hy Allah Yang Maha Mengetahui.

andai kata tiada jodoh di dunia,doakan mg dia menanti di sna kelak.

kita xkan apa2,selagi cinta itu kita letakkan pada Pencipta cinta itu sniri,insyaAllah.

alf mabruk wa barakallahulakuma unt adk farhan,shbt b2.smpaikan salam assalamualaikum pd dia ya.

insyaAllah,akak doakan b2 dpertemukan jodoh yg tbaik yg dtg dr Dia yg kita cinta.

dan mohon doa b2 jg,smg akak jg btemu dia yg blh mjadi suami yg baik unt agama,dunia dan akhirat,amin2.

apa2 sj,cinta pd Dia terutamanya.sblum itu,blaja dulu,tunaikan impian mrk yg melahirkan kita dulu.insyaAllah smua akan ok!

alhamdulillah,dpt jpe jgk adk mnis sorang ni.mg akn ad ptemuan sterusny.slmt blajar tau.akak pun da nk blik kedah jumaat ni.doakan smuanya baik2 sj eh.syg b2 dunia akhirat.insyaAllah ^^

Puteri Maisarah Sofea said...

Assalamualaikum ya ukht ..

entry yg sgt menarik .. jemput dtg singgah blog ana kembali .. =)

Puteri Amna Balqies said...

Salam Aidilfitri dan Salam Rindu..

Ingat kat akak x?hehe

ermm bercinta selepas kahwin dengan pilihan yg Allah pilih itu buat kite adalah lebih baik..

so,akak pun ternanti gak ni sapelaaa pilihan Allah utk akak nanti kan hehe..tak di dunia mybe kat syurga nanti ameenn..

so,lebih baik berdoa dan terus berdoa moga2 dpt jodoh yg terbaik..

love,
kak ziela..

p/s :rindu akak call akak k. =)

Nur Farhana said...

Assalamualaikum akak b2!!!! =.="

hehehe... =p

InsyaAllah,ada masa adik singgah sambung baca ya.

Aina Nadiah said...

salam :)
bitu, keep on writing~
good. you can influence others.
yes, true. its not that when we're not coupling, kita ketinggalan zaman or what. it is just that we are avoiding ourself from illegatimate relationship.insya'allah, allah aturkan yg terbaik :DD

nur syahirah said...

b2 ;')
nice entry..syerah suka sgt2