أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
Banyak diolah sendiri namun insya-Allah maksudnya masih sama. Pesan Dr. Harlina Halizah Siraj lagi dalam Program Belia Bina dan Urus Rumahtangga bersama Young & Parents Club GEMA Terengganu.
Pandanglah akhowat dan ikhwah dengan pandangan persaudaraan. Usah lihat ikhwah sahaja umpama nampak hantu. Mahu lari langkah seribu biar langsung tidak bertemu. Usah lihat akhowat sahaja umpama nampak langsuir. Kamu harus di Barat dan aku di Timur dengan jarak sekian ribu kilometer.
Dr. Har pesan lihat dengan pandangan saudara. Yang membawa maksud "you, ikhwah will look after me if anything gonna happened to me because i'm your sister in Islam". Kalau tidak itu yang terjadi kisah ukhti yang lemas pun ditinggalkan sahaja kelemasan menggapai di laut menghitung saat kematian kerana akhi soleh itu sedang sibuk menjerit meminta tolong walau dia juara perenang dunia kerana katanya ingin menjaga ikhtilat.
Fuh. Rumit.
Kalau tanya prinsip saya sebagai seorang ukhti terhadap seorang akhi.
Yang tua sebagai abang. Yang sebaya sebagai rakan seperjuangan. Yang muda umpama adik sendiri.
Kita biasa-biasa sudah. Terkadang ada satu situasi jika terlalu menjaga pula yang akan timbul sesuatu di dalam hati. Namun ini juga tertakluk kepada kondisi dan jenis manusia. Sememangnya susah berbicara tentang ini kerana terlalu banyak perspektif yang harus dipandang dan diambil kira.
Manusia itu lain-lain. Umpama kucing dan harimau. Kelihatannya serupa. Namun cara kita berhadapan itu berbeza. Dengan kucing bolehlah berbaik sambil buat lompat bintang bersama. Harimau juga begitu namun jika lebih-lebih bimbang kita yang bakal diterkamnya nanti. Begitulah kiranya. Seorang akhi ini dan akhi itu berbeza. Maka cara menyantuninya juga berbeza. Get me?
Ada akhi yang perlu kita jaga betul-betul maka jagalah. Hormatilah dia. Ada akhi lain yang berbeza. Siapa kata bila akhi itu buat lawak kucing jatuh bangunan maka kita harus memasamkan muka corot seribu. Railah apa adanya namun usah kita pula yang lebih daripada gelak harimau.
Bersikaplah secara profesional.
Saya paling setuju isi bicara Dr. Har yang ini. Berbaiklah kita apa adanya pada saudara lelaki dan perempuan. Kerana nanti apabila kita sudah mendirikan rumahtangga maka ikhwah itu bisa menjalin hubungan persaudaraan dengan suami kita pula. Akhowat itu juga bisa menjalin tautan ukhuwwah dengan isteri kita pula. Mengundangnya datang saat ada rumah terbuka pada hari raya ketiga. Membuka jaringan link yang luas untuk kita memohon bantuan dan pandangan. Tidakkah seronok begitu.
Jagalah hati itu, sayang. Jagalah hati itu, teman.
Kita ini memberi sedekah berpuluh ringgit yang mengundang kebaikan tidak terkira itu susah. Tetapi memberi hati yang bisa mengajak anasir-anasir negatif untuk bersarang mudah pula.
Tidak salah sukakan seseorang. Usah dinafi fitrah itu. Bahaya. Sebaliknya tangani dengan sebijaknya. Andai suka, lepaskanlah usaha. Namun sebelum tiba saat dia sudah menjadi halal buat diri maka selagi itu hati itu harus dijaga dengan kentalnya. Kerana memberi hati itu mudah. Yang susah adalah tika ingin cuba mengambilnya kembali. Jangan tersilap dalam memberi hati. Bimbang nantinya akan merana.
Itu prinsip saya. Prinsip kita mungkin tidak sama. Kerana latar belakang kehidupan kita juga berbeza. Tidak mengapa. Yang penting sendiri tahu bagaimana caranya mahu 'menjaga'. Yang penting kita sendiri tahu bila dan hubungan mana yang perlu 'resume' atau 'stop'.
Yang paling penting. Jangan lupa setiap kali berdoa mohon pada Allah supaya dijaga hati dengan sebenarnya. Mohon cinta Allah tetap kekal tertinggi hingga akhir nafas. Sentiasa mohon perlindungan dan petunjuk Allah. Kerana kita walau manusia yang habis sempurna mana pasti ada ketika tersilap perhitungan dan terlaku silap.
Ada ikhwah yang punya masalah ini.
"Saya suka dia tapi rasa macam tak layak. Dia baik, cantik, solehah, penyayang, hormat orang tua dan pandai berdikari. Lagi-lagi dia budak pandai. Saya rasa tak padan dengan saya. Saya ni biasa-biasa sahaja. Dia belajar guna biasiswa. Saya ini apa yang ada, PTPTN sahaja, sungguh jauh berbeza. Tapi saya sukakan dia. Apa yang harus saya lakukan"
Terkadang perempuan ini bukannya pandai dalam erti kata benar-benar pandai. Perempuan ini sebenarnya lebih kepada pandai menjawab soalan. Itu sebab mengapa peratusan graf peperiksaan memihak kepada kaum perempuan.
Mahu berbicara soal perbezaan. Kita semua sama sahaja. Bukankah taqwa yang menjadi pembeza sebenar?
Dan lelaki ini namanya juga lelaki, haruslah ada sikap kelelakian. Lelaki harus punya self-confidence. Kalau betul mahu, mulakan langkah dengan perancangan rapi serta cara yang baik. Tunjukkan keikhlasan pada kata dan perbuatan. Tunjukkan di mana keperibadian seorang pemuda yang soleh. Terkadang kerana faktor itu hati perempuan mudah cair. Sungguh.
Maka andai bertanya apa yang harus anda lakukan.
Semudah ini. Kalau dah sedia, apa lagi.
Jom masuk meminang.
Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.
"Ya Allah, jadikanlah bicaraku, tulisanku...adalah ibadah kepada-Mu. Ya Rahman, ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan. Luputkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati andai ada bersarang dalam hati ini. Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku. Ya Raheem, jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini. Ameen Ya Rabbal 'Alameen"
No comments:
Post a Comment