Tuesday, March 11, 2014

Baucer Buku dan Buku Fixi




أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم


Murtad. Bisik. Koyak. Ngeri. Mangsa. Asrama. Psiko. Kasyaf.


Menarik.
Ada satu perkataan yang boleh mendefinisikan buku-buku ini.
Satu kosa kata itu.
Saya jadi lupa apakah ia.
Dalam diam habis buku keluaran Fixi itu saya belek satu-satu dan dibaca sinopsisnya. 


“You, buku apa ni?”
“Best buku dia. Out of the box”



Terdengar satu perbualan.
Ya. Saya sudah dapat perkataan yang diri cuma bisa merasakan sahaja tadi. Thanks, brother. 
Out of the box. 
Itu perkataannya.



Saya berdiri lagi berdekatan papan-papan jualan buku Fixi. Saya kelihatan melihat buku namun hakikatnya bukan. Saya cuba melihat dan mendengar bunyi serta rasa di sekeliling.



Sepintas lalu mungkin tidak ada apa yang begitu menarik akan buku sebegitu. Cover kelihatan old style. Sebelek sahaja sudah bisa diketahui gaya bahasa jauh dari ayat sastera berpuisi indah. Tajuk buku? Oh kaku jauh berbunga. Statik.



Bacaan.
Satu. Kita akan dapat baca apa yang menepati jiwa kita.
Dua. Kita akan dapat baca apa yang kita mahu.
Tiga. Kita juga akan dapat baca dan 'masuk' ke dalam dunia lain.



Ya. Dunia lain.
Pandangan saya menyinggah pada satu-satu gerai papan jualan. 
Kita akan bisa melihat corak pembeli.
Yang pasti tudung bulat dengan kitab-kitabnya. Gadis-gadis comel ada sedang membelek novel cinta Alaf 21. Ada juga yang tekun menilik buku-buku motivasi.



Saya seronok berada dalam dunia ana wa enti. Saya seronok berada dalam dunia penuh kitab-kitab tulisan Arab. 



Bahagia membelek buku Fiqh Manhaji. Saat teringatkan buku Sirah Nabawiyyah al-Rahiq al-Makhtum di bilik yang masih berbaki beratus halaman maka saya menyimpan hasrat yang kuat untuk membeli Riyadhus Solihin ini pada lain masa. 



Dari kitab berpindah ke tema motivasi. Ustaz Pahrol, Hilal Asyraf, Aiman Azlan antara 3 nama penulis dan blogger yang terkenal. Punya sentuhan tersendiri dalam membawa tema tulisan mendekat kepada Rabb. Namun pandangan saya tetap berlalu. Semestinya ini jiwa saya namun saya tahu bukan buku ini yang saya perlukan sekarang. 



Sebetulnya. Bukan buku ini yang sedang saya cari sekarang.



Saya sedang mencari sesuatu yang tidak cliche dengan diri. Saya mahu mencari sesuatu yang lain walau tidak tahu apa itu. Saya mahu baca dan memasuki dunia lain.



Yang sebetulnya. Saya mahu rasa dunia pemikiran yang lain.



Dunia pemikiran mereka.
You can feel that. Different. 
Ada sesuatu. Orang putih ajar kata 'there's just something...'.



Sebetulnya. Ada sesuatu yang saya mahu teroka.



Masih saya ingat perbualan bersama seorang kakak naqibah sewaktu mula berjinak dalam usrah ketika di CFS. Itu pertemuan pertama dengan kak Rokiah. A graduated BENL student. Ada sesuatu yang menarik pada seorang kakak yang pernah berpengalaman bekerja di Raudhatus Sakinah ini.



Saya masih ingat kak Rokiah ada menunjukkan satu majalah. Bukan Majalah Solusi. Bukan Majalah Gen-Q. Tetapi Majalah Remaja. Satu genre dengan Majalah Mangga mungkin?



"Akak baca buku ni, tapi bukan bermakna akak nak ikut apa yang ada dalam buku ni. Kita perlu juga membaca buku-buku yang macam ni supaya kita tahu trend remaja sekarang, gaya pemikiran mereka. Bila kita tahu cara mereka berfikir baru kita boleh masuk dengan mereka, macam mana nak tackle remaja-remaja macam ni. Adik pun kena tahu benda-benda macam ni, apa itu black metal dan lain-lain"



Dia menyambung lagi.



"adik-adik kena tahu, sekarang kena buka minda tahu apa yang terjadi dekat luar, kena terdedah dengan perkara-perkara macam ni....kena baca buku-buku macam ni, sekadar baca gitu-gitu, dapat gambaran remaja masa kini, contohnya pakaian macam ni trend terkini yang mereka fikir....(sambil menunjuk gambar di dalam majalah Remaja). Adik perlu tahu supaya tak culture shock. Ada kes, sorang pelajar sekolah agama, dia sangat terjaga, dia tak pernah tahu pasal mende-mende macam ni, bila masuk U dia terkejut, "eh, ape ni?"....tengok orang bercouple, pakai baju pun macam-macam fesyen....suatu hari tu, ada la sorang lelaki datang dekat dia, nak couple, dia fikir semua orang dah ada boyfriend, aku pun nak juga. Akhirnya dia couple dengan lelaki tu, lelaki tu ajak couple, jumpa-jumpa, satu hari lelaki tu nak pegang dia, dia tak bagi....akhirnya clash. Datang sorang lagi, bila lelaki tu minta pegang, dia bagi...sebab takut kena tinggal macam dulu, bila lelaki minta nak buat mende tu, dia tak nak, clash lagi. Bila datang lelaki sorang agi, akhirnya dia terlanjur. Dia ni dah daftar sebagai pelacur dekat web, ada la web2 dekat internet tu, jadi pelacur untuk golongan VVIP, duit dapat sekali RM 10 000, beribu-ribu.....sebab layan golongan VVIP.



Tekun mendengar bicaranya.



"Akak minta nak kerja di RS, akak nak cari pengalaman. Dik, kalau kita fikir-fikir, tak ada masa pun untuk kita nak buang masa. Banyak sebenarnya yang perlu kita buat untuk society kita. Kakak nak buat sesuatu untuk society, akak tanya diri akak, dengan graduate ni, apa yang boleh akak sumbang untuk society, akak cari masalah apa yang besar sekarang ni sebab tu akak masuk RS. Sebenarnya apa yang berlaku sekarang ni kesan 30 tahun yang lalu. Dulu pun ada kes-kes macam ni tapi sekarang makin jelas."



Bagaimana saya bisa mengingati ini? Sudah tentu setiap yang berharga dalam detik kehidupan saya ada saya rakamkan melalui kenangan sebuah tulisan.



Terkadang apa yang saya baca bukan untuk diri sendiri namun saya mahu baca untuk mengenali diri orang lain.



Andai kita mahu masuk ke dalam dunia seseorang maka harus fahami rentak dunianya terlebih dahulu.



Buku Fixi ini ada sesuatu yang bisa saya terokai. Ada sesuatu yang berada luar dari ruang lingkup seorang yang bertudung labuh, berjubah, jalan tersipu-sipu malu dan gagah mengusung kitab-kitab. Ada sesuatu yang tidak ada pada dunia teruna berkopiah jalan penuh tawaduk. 



Terkadang saya membaca bukan mahu melihat gaya bahasa. Terkadang saya membaca tulisan untuk membaca satu-satu pemikiran.



Mungkin sama situasinya andai mahu dibandingkan dengan student Comparative Religion. Mahu faham agama orang lain maka kitab-kitab agama lain itu juga harus dikaji. Tidak bermakna apa yang dibaca itu adalah kerana apa yang mahu kita ambil dan lakukan. Kerana ada apa yang dibaca itu untuk kita ambil dan tahu. ‘ambil tahu’.



Complicated. 



Terima kasih Sarah dan Alia. 
Pandai melakukan proses negotiation.
Dari harga RM160 turun kepada 3 keping baucer sahaja sebagai bayaran. 



RM50 telah diguna untuk buku yang menarik di dalam dewan CAC.
Tinggal baki baucer RM50 lagi.



Ada terlihat jualan komik di HS Square. Empat komik Le Gardenie yang bersiri. Sebelumnya mahu di'reserve' kerana baucer tidak dibawa dan memandangkan komik itu begitu laris.



Oh Le Gardenie. Mungkin sudah habis. Namun harapnya tidak. Saya akan cuba cari lagi esok. Juga ada sesuatu pada Le Gardenie. Andai tidak ada tujuan yang jelas maka saya juga tidak akan beli.



Tentang buku Fixi. 



First impression terhadap buku Fixi.
Ada unsur berani.
Idea yang memang out of the box. Mungkin punya genre novel bersiri Ramlee Awang Mursyid yang pandai bermain psikologi manusia.
Yang pasti saya tahu novel-novel ini punya misteri yang tersendiri.



Lain daripada yang lain.



Ada misteri. Penuh misteri. Walau saya sendiri suka berbicara tentang cinta dan mengalun kata-kata puitis, pada sisi lain diri punya jiwa yang suka untuk meneroka alam misteri.



Cuma review awal tentang bahasa. Ada bahasa yang perlu ditapis. Dan hanya sesuai untuk minda yang dewasa yang harus 'terbuka'.



'Terbuka' tidak bermakna 'menerima'. Boleh jadi 'menolak' namun dengan cara yang penuh adab dalam budi yang masih terjaga.



Tunggu saya habiskan pembacaan. 
Mungkin saya akan buat review di blog.


Tiba-tiba teringat buku Malcolm X yang Farhan cerita di kafe tempoh hari. 
Juga menarik.
Menarik.


Hee.

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum...buku fixi tuu mcm mana??
asiff,saya tak tahu...

Khairi Mohd said...

Amra Nusroh --> fixi.com.my

Awak, thanks baca Kasyaf.