أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
020514. Neurology Ward. Hospital Kuala Lumpur.
"Auntie pernah dengar tentang Nabi Muhammad?"
Muka cinanya sedikit berubah. Namun senyumannya masih ada.
"Pernah.." Suaranya perlahan mengikut kondisinya yang lemah. Sudah dua bulan terbaring begitu di hospital.
Belum berkahwin.
Tidak punya suami. Tidak punya anak.
Kakak dan abang jauh. Sibuk dengan keluarga dan kerja.
Mampu menjenguk 3 minggu sekali sahaja.
"Ada sesiapa pernah cerita pada auntie tentang Islam?" Urutan kini beralih pada kakinya. Yang sudah semakin kurus. Terasa kerasnya tulang pada jari jemari sendiri.
"Belum..."
Tiba di HKL lebih kurang pukul 1.40 minit petang.
Tiba di Wad Neurologi 1.50 minit petang.
010514. Khamis malam menerima pesanan mesej daripada Amal.
Iswani masuk wad.
Ya Allah, Is!
Terkedu. Sedih. Terkejut. Mahu menangis.
Asal perancangan mahu bersama-sama Amal ke hospital. Namun disebabkan kerja yang banyak masih berbaki, Amal terpaksa menangguhkan dahulu dan melawat pada esok hari.
Sebelum bertolak bersama Kinie dan Fatimah, diri sudah mula mencari dengan bantuan Google untuk mengetahui visiting hours Hospital Kuala Lumpur.
Monday - Friday. 12.30pm - 2pm. 4.30pm - 7.30pm.
Saturday/ Sunday and public holiday. 12.30pm - 7.30pm.
Di dalam lif.
10 minit lagi sebelum pukul 2.
Sempatkah? Ya Allah, sempatkanlah!
Tingkat 2. Wad 5B. No.13.
Is tak ada.
"Iswani ada MRI" beritahu seorang kakak nurse yang seakan mengetahui kami sedang berpusing mencari katil Iswani.
Entah pukul berapa MRI Iswani akan selesai. Iswani perlu di'scan' seluruh badan.
Duduk di atas kerusi di tepi katil Iswani. Kanan katil ada seorang uncle yang sedang menemani isterinya yang sakit. Pada perbualan kami yang singkat, auntie itu tidak bisa berjalan. Tiba-tiba sahaja kaki terasa lumpuh tanpa diketahui apa puncanya.
Uncle seorang yang peramah. Seketika berborak dengan uncle, saya mengalih pandangan ke arah kiri katil Iswani. Ada seorang auntie lagi.
Berbaring. Tiada peneman. Hati saya jadi sayu.
Andai diletak diri kita pada situasi yang sebegitu, pasti kita juga mahu ada yang menegur dan berbual menghilangkan sunyi.
Saya menapak ke arah auntie. Mengambil kerusi dan duduk di sebelahnya.
"Hi Auntie, hehe. Auntie sakit apa?"
"Badan ini tak boleh gerak.. lemah.." Senyuman ramah dihadiahkan buat diri.
"Auntie mahu diurut?"
"Boleh..." Matanya tersenyum. Hati saya jadi senang. Pelawaan disambut baik.
"Auntie sakit tak? Auntie mahu dipicit slow ke, sedang-sedang ke, kuat sikit?"
"Kuat pun boleh..hehe" Kelihatan dia benar-benar lenguh. Bagaimana tidak andai hanya mampu berbaring sepanjang hari tanpa bisa bergerak. Kita juga andai bersila lama sudah mula terasa kebas kaki.
"Sekolah lagi?"
"Haah auntie, universiti. UIA. Universiti Islam Antarabangsa. Dekat Gombak. Auntie kenal?"
Kami mula berkenalan dan berbicara lebih memperkenalkan diri masing-masing terlebih dahulu.
Setelah beberapa lama, auntie mula mengucapkan terima kasih. Mungkin sahaja kerana bimbang akan diri ini yang letih. Saya tidak mahu berhenti. Misi saya yang sebenar belum selesai.
"Tak apa auntie. Ini Nabi Muhammad yang ajar. Nabi ajar supaya buat baik. Tak kira kita sama bangsa atau agama. Humanity. Kan auntie?"
Auntie hanya tersenyum. Matanya ikut tersenyum. Sememangnya murah dengan senyuman.
"Boring duduk sini.." luahnya.
"Iya, lama dah kan. Mesti boring sebab tak dapat buat apa-apa. Hanya mampu baring"
"Iya..mahu gerak tak larat.."
"Tak apa auntie. Auntie kena sentiasa positif dan happy. Ada orang yang sihat pun sebenarnya ada yang sakit. Sebab jiwa dia sakit. Dan ada orang walaupun sakit, kalau dia selalu positif, terima apa yang Tuhan bagi, hati dia akan gembira.
Hidup kita bukan mahu kekayaan kan auntie. Ada orang kaya, banyak harta pun tak bahagia. Bahagia itu bila kita rasa cukup apa yang ada. Tak apa kalau kita sakit, asalkan boleh buat kita lebih dekat dengan Tuhan. Auntie pun tahu kan?"
"Iya..harus banyak sabar.." begitu banyak respon yang positif daripadanya.
"Iya, harus banyak sabar, hehe"
"Channel, hehe..." katanya sambil mengarah tangan ke kepala.
"Channel kan auntie? Happy. Sad. Happy always" Saya gelak dengan lawak sendiri sambil menggayakan gaya umpama sedang menekan punat di kepala. Habis lawaklah itu kiranya.
Auntie tergelak spontan.
Masa berlalu. Iswani belum selesai menjalani MRI.
"Auntie, banyak kan urat-urat"
"Canggih..." Auntie cakap canggih.
"Kan auntie? Canggih kan. Mana ada manusia boleh buat macam ni. Mana boleh kita buat manusia. Macam auntie, kalau mahu anak, tak boleh kan buat klon manusia. Ini Allah yang cipta" saya tersengih dan auntie masih bersama senyumannya mendengar.
"Kalau orang Islam kan auntie, kena solat dan puasa. Auntie pernah tengok kan orang Islam puasa? Kena buat apa yang Allah suruh dan berbuat baik kepada manusia. Macam saya, waktu saya sihat, saya picit dan tolong auntie. Nanti auntie sihat, auntie boleh tolong saya pula, hehe.."
"Kalau orang non-muslim lihat orang Islam, mesti ada yang pelik dan tanya. Kenapa ada yang pakai tudung dan tak pakai tudung. Kan?" Saya cuba menggunakan bahasa yang mudah. Mahu diterang akan konsep aurat yang sebenar nantinya rumit. Harus selesaikan persoalan terlebih dahulu.
"Manusia, auntie. Ada yang ikut apa yang Tuhan suruh, ada yang tak ikut. Nanti hari kiamat, akan bangkit semula. Waktu itu, nanti Allah akan kira, yang mana pakai tudung dan tak pakai tudung. Yang pakai selamat. Yang tak pakai...ha, kena denda. Hehe"
Auntie gelak lagi. Mungkin perkataan 'denda' kelihatan lucu baginya. Seumpama denda guru terhadap muridnya. Sebolehnya biarlah dia membayangkan hal yang mudah terlebih dahulu.
"Sebenarnya auntie, masuk syurga dengan rahmat Allah. Kena solat dan puasa dan ikut apa yang Allah suruh. Buat ibadat. Tapi amal tu tak mampu sebenarnya nak bayar harga syurga, sebab syurga mahal!"
Saya rancak meneruskan perbualan memandangkan auntie mula khusyuk mendengar.
"Kalau nak masuk syurga, harus ada reda Allah. Macam mana nak dapat reda Allah? Dengan buat amal ibadat" Saya tersenyum.
Seperti biasa. Auntie dengan senyumannya. Tidak banyak berbicara.
"Bila kita hidup di dunia, kita percayakan Tuhan kita, apa-apa yang Tuhan bagi itu, semuanya yang terbaik, dan kita terima, kita akan bahagia"
"Hati.." kata auntie sambil menunjukkan tempat di mana letaknya hati.
"Iya auntie, hati...hehe" Dan hati saya makin senang.
"Auntie kerja apa?"
"Mengajar.."
"Oh ya? Teacher la ni ya. Teacher Tan! Hehe" Saya mengarah pandangan ke arah papan maklumat peribadinya di dinding tepi kepala katil.
"Mesti student auntie rindukan auntie kan? Mana Teacher Tan, hehe"
Auntie gelak.
Perbualan kami agak lama. Saya kira habis segala aspek sudah diborakkan. Hingga soal jodoh.
Kata auntie "Carilah waktu belajar. Doa, nanti buka mata terus nampak"
Dan ini memang buat saya ketawa besar. Auntie kelakar. Pandai bergurau. Dan open-minded.
Picitan berakhir setelah permintaan auntie yang mahu diangkat kaki, digerakkan ke atas dan ke bawah badan umpama senaman. Kerana kata auntie, badannya sudah terlalu lenguh akibat baring yang terlalu lama.
Kasihan auntie.
Saya meninggalkan auntie berbaring sendiri. Mahu diajak berbicara lebih lama lagi juga tidak boleh. Harus faham sendiri auntie juga perlukan rehat. Namun mujur sahaja saya yang banyak bicara. Kerana auntie sendiri memilih mahu banyak mendengar.
"Terima kasih adik.."
"Sama-sama. Auntie rehat ya" Selimut ditarik kemas.
Saya mengambil tempat di atas kerusi.
Hampir jarum jam mahu beberapa minit sebelum mengarah pukul 4 petang, Iswani dah masuk wad!
Is, rindu!
She is a really strong.girl.
Syafakillahu syifa-an aajilan
I love you so much.
I learnt a lot today.
It is a matter of hope.
When you feel you are almost in lost of hope.
Don't ever despair.
Keep walking and pray.
Pray with hope.
Cause He always listen.
Always.My pray for Iswani.
And my pray for you, auntie.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment