أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
"Aku bukan orang jahat. Aku tak ada merompak atau bunuh orang. Aku tak ada sebar fitnah buruk tentang orang lain. Aku tak ada minum arak. Aku macam muslim biasa. Berpakaian mengikut kebanyakan orang. Tetapi kenapa tiba waktu solat, aku malas sangat nak dirikan solat? Malas sangat. Kadang-kadang tu ada la juga satu waktu dalam sehari, bila time iman naik sikit kan. Sikit je la. Itu pun acuh tak acuh, macam tak solat pun ye juga rasanya. Sebab tak rasa apa-apa. Lepas tu iman turun balik. Ada terus tak buat juga solat tu. Aku rasa berdosa tapi aku tak mampu berubah. Kenapa dengan aku ni sebenarnya?"
"Aku bukan orang jahat. Aku jenis manusia yang suka sangat bantu orang lain. Kadang-kadang hati aku tersentuh lihat pengemis tepi jalan. Aku tak sanggup tengok jadi aku bersedekah. Aku pun macam muslimah lain. Berpakaian macam perempuan lain kebanyakan tetapi mungkin ada satu, dua, tiga yang tak sempurna. Aku tahu tapi mungkin itu boleh diubah lagi. Tetapi yang paling aku risau, aku susah sangat nak ubah diri yang malas solat. Aku tahu berdosa tapi senang sahaja aku membiarkan waktu solat berlalu tanpa mendirikannya. Kenapa aku jadi macam ni? I...I just don't get it...Please, help me..."
Apa hikmahnya solat dikatakan sebagai tiang agama?
Menurut Muaz bin Jabal r.a, Rasulullah SAW telah bersabda: Mahukah
kamu aku khabarkan tentang kepala, tiang dan menara semua perkara? Aku
menjawab: Sudah pasti wahai Rasulullah. Baginda berkata: Kepala semua
perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan menaranya adalah jihad.
( HR Tarmizi )
Solat tiang agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud beza antara orang muslim dan orang kafir adalah meninggalkan solat. Sesiapa yang meninggalkan solat umpama seperti meruntuhkan agamanya sendiri.
"Islam dibina (ditegakkan) atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang, memberi zakat, mengerjakan Haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan" (Shahih Bukhari)
Kenapa solat sangat penting dan menjadi tiang agama?
Sebagai seorang muslim, pastinya anda telah menghafal lumat Rukun Islam yang lima bukan?
Ya, kerana solat merangkumi kelima-lima Rukun Islam tersebut.
Sebagai seorang muslim, pastinya anda telah menghafal lumat Rukun Islam yang lima bukan?
Ya, kerana solat merangkumi kelima-lima Rukun Islam tersebut.
Bermula dari Rukun Islam yang pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Bacaan syahadatain (dua kalimah syahadah) dibaca dalam tasyahud akhir yang merupakan salah satu rukun solat. Yang mana jika tiada dilakukan, maka solat tersebut tidak sah. Syahadatain ada dalam solat.
Rukun Islam yang kedua iaitu mendirikan solat lima waktu sehari semalam. Solat itu sendiri ada dalam perintah solat yang diwajibkan.
Rukun Islam yang ketiga iaitu menunaikan zakat. Zakat membawa makna pembersihan dan penyucian. Pembersihan pada harta yang juga ada padanya hak orang lain dan penyucian terhadap akhlak terutama dari sifat bakhil selain menanam sifat bertolak ansur serta syukur. Hikmah zakat ada dalam solat. Suci daripada hadas kecil dan besar merupakan salah satu syarat sah solat selain memastikan badan, pakaian dan tempat solat suci daripada najis. Solat juga berperanan untuk menyucikan jiwa tatkala sujud menyembah Allah Yang Esa.
Rukun Islam yang keempat iaitu berpuasa dalam bulan Ramadan. Puasa membawa maksud menahan diri dari lapar dan dahaga. Makan dan minum termasuk antara perkara yang membatalkan solat hatta menelan air liur yang masih lagi terasa manisnya. Puasa mengajar supaya menahan diri daripada percakapan yang buruk atau sia-sia. Berkata-kata dengan sengaja selain daripada Al-Quran, zikir atau doa walaupun satu huruf membatalkan solat. Hikmah puasa ada dalam solat.
Rukun Islam yang kelima ialah mengerjakan haji. Tawaf ditunaikan dengan mengelilingi kaabah yang merupakan kiblat umat Islam sebanyak tujuh kali. Menghadap kiblat antara syarat sah solat. Hikmah haji juga ada dalam solat.
Subhanallah!
Subhanallah!
"Aku tak solat tapi aku masih berbuat baik terhadap orang lain?
Solat amalan pertama yang akan dihisab Allah.
Abu Hurairah berkata" Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya yang pertama kali dihisab
pada hari kiamat dari amalan manusia adalah solatnya, jika amalan
solatnya baik maka dia akan bahagia dan beruntung, Jika amalan solatnya
buruk maka dia termasuk orang-orang yang rugi. Jika terdapat kekurangan
sedikit pada amalan solat fardhunya, maka Allah Azza Wajalla Berfirman:
" Lihatlah (hai para malaikat) apakah hambaku mengerjakan solat sunat untuk menyempurnakan solat fardhunya?'
Kemudian jika hambaku menyempurnakan
solat sunat, maka solat sunat itu untuk menyempurnakan solat fardu yang
kurang, kemudian seluruh amalannya diperlakukan seperti itu "
(Sahih Tirmidzi, Ibnu Majah no 193, 1425,1426)
Andai anda melihat manusia yang berbuat baik terhadap kucing jiran tetapi apabila pulang ke rumah, kucing sendiri disepak dan disiksa. Pelik tak? Begitulah kelihatannya. Berbuat baik kepada manusia tetapi hubungan diri sendiri dengan Allah melalui solat sendiri tidak dijaga. Bagaimana begitu?
Anda baik dengan manusia sekarang. Kenapa tidak dilengkapkan sahaja kebaikan itu dengan solat yang sempurna?
Solat itu menyucikan jiwa dan hati. Terutama menyemai rasa ikhlas dalam melakukan amalan. Bimbang andai kebaikan selama ini yang dilakukan mungkin hanya kepuraan di hadapan manusia sedangkan solat ditinggal di belakang manusia.
Bimbang. Kerana solat yang ditinggal, amalan kebaikan yang lain tersangkut waktu hari perhitungan.
Wahai hamba. Solatlah.
"Kenapa aku jadi macam ni?"
Satu. Sebab tak sedar diri itu hamba Allah.
Dua. Sebab tak ingat mati.
Tiga. Sebab seronok hidup dekat dunia.
Empat. Sebab tak fikir waktu sakaratul maut nanti.
Lima. Sebab lalai dengan kemewahan.
Enam. Sebab kurang ilmu agama.
Tujuh. Sebab terlalu mengikut hawa nafsu.
Lapan. Sebab malas mujahadah.
Sembilan. Sebab solat dianggap sekadar ritual yang tidak dihayati.
Sepuluh. Anda bagilah sebab sendiri. Diri sendiri lebih kenal diri sendiri. Tanya diri sendiri kenapa aku jadi begini.
"Baik. Faham. Tapi macam mana kalau perangai ni kembali semula?"
Sebagai sesama muslim, kita sentiasa perlu diingatkan kembali.
Ingat tujuan hidup. Buka surah Adz-Dzaariyat ayat 56. Allah berfirman yang bermaksud "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku".
Ingat lima perkara sebelum lima perkara. Apakah lima perkara tersebut?
Tak salah nak dengar lagu 'You're Beautiful' Bruno Mars. Tak ada siapa nak marah. Kalau ada yang marah anda dengar lagu itu, saya boleh tolong marah dia balik. Tetapi ingatlah juga pesanan Rasulullah yang diabadikan dalam lirik Demi Masa kumpulan Raihan.
"Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati"
Kalau kita boleh fikir masa hadapan. Mahu kahwin. Mahu kereta besar. Mahu rumah besar. Duit pun kalau boleh nak besar tak muat kilang proses duit palsu Saidina. Kenapa kita tidak boleh fikir yang ke hadapan lagi? Bukan tentang soal hidup di dunia sahaja. Tetapi juga soal hidup di akhirat sana.
Kalau tidak mahu buat yang sunat pun tidak mengapa, tiada siapa yang paksa. Kerana itu hak asasi masing-masing. Tetapi tunaikanlah yang fardu. Masih ingat kisah Rasulullah ke Sidratul Muntaha dalam hikmah peristiwa Mikraj? Ibadat solat difardukan kepada umat Islam secara langsung daripada Allah kepada Rasulullah di Sidratul Muntaha tanpa penurunan wahyu atau perantaraan Jibril AS. Mujurlah dari 50 waktu dikurangkan hingga disyariatkan 5 waktu seperti sekarang. Kalau tidak, entah bagaimana jadinya kita.
Ingatkan diri supaya sentiasa bersyukur. Paling kurang ucaplah Alhamdulillah.
Syukur kerana masih hidup. Bangun pagi sahaja, mata masih bisa dicelik. Udara masih bisa dihirup. Nafas masih lagi terhela. "Oh, hidup lagi aku ni rupanya. Alhamdulillah".
Syukur kerana udara dan anggota yang digunakan hari-hari ini langsung tidak diminta bayaran daripada Allah. Kalau tidak, mungkin kita tidak bisa lagi membeli kereta baru, make-up baru, handbag baru, motosikal baru, laptop baru, baju baru, handphone baru dan semua yang namanya baru di belakang. Allah langsung tidak berkira. Namun kita mahu solat satu waktu yang hanya memakan masa selama 10 minit pun kedekut. Hamba apakah itu?
Syukur kerana pancaindera cukup lengkap sempurna. Muka cantik. Mata menarik. Hidung masih berfungsi. Mulut masih bisa menelan. Tiada anggota yang cacat. Ada orang tempang tiada sebelah kaki pun masih rajin lagi menggagahkan diri berjalan kaki ke masjid. Malu kita.
Ingat mati sentiasa. Bukan fikiran itu hanya sepenuhnya pada dunia. Seronok di dunia. Tetapi tidak sedar sebenarnya keseronokan yang ada ini sementara cuma. Kebahagiaan hakiki adalah di akhirat sana.
Ingat waktu dihisab nanti. Ingat waktu ditanya malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur. Apakah dapat diri menjawab kesemua soalan dengan iman dan amalan? Ada fikir semua itu?
Andaikan tiba-tiba sewaktu bangun pada esok pagi, saat mata dicelikkan yang kelihatan hanyalah kegelapan. Dilihat ke kanan dan ke kiri namun yang terbentang tetap hanyalah kegelapan. Allah hilangkan nikmat pandangan. Diri mula panik. Tidak bisa melihat alam lagi. Tidak bisa menatap wajah-wajah yang disayangi lagi. Mungkin waktu itu agaknya baru hati sedar. Mula meraba-raba kawasan sekeliling bimbang terlanggar hanya untuk ke tandas mengambil wuduk.
Syukur kerana pancaindera cukup lengkap sempurna. Muka cantik. Mata menarik. Hidung masih berfungsi. Mulut masih bisa menelan. Tiada anggota yang cacat. Ada orang tempang tiada sebelah kaki pun masih rajin lagi menggagahkan diri berjalan kaki ke masjid. Malu kita.
Ingat mati sentiasa. Bukan fikiran itu hanya sepenuhnya pada dunia. Seronok di dunia. Tetapi tidak sedar sebenarnya keseronokan yang ada ini sementara cuma. Kebahagiaan hakiki adalah di akhirat sana.
Ingat waktu dihisab nanti. Ingat waktu ditanya malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur. Apakah dapat diri menjawab kesemua soalan dengan iman dan amalan? Ada fikir semua itu?
Andaikan tiba-tiba sewaktu bangun pada esok pagi, saat mata dicelikkan yang kelihatan hanyalah kegelapan. Dilihat ke kanan dan ke kiri namun yang terbentang tetap hanyalah kegelapan. Allah hilangkan nikmat pandangan. Diri mula panik. Tidak bisa melihat alam lagi. Tidak bisa menatap wajah-wajah yang disayangi lagi. Mungkin waktu itu agaknya baru hati sedar. Mula meraba-raba kawasan sekeliling bimbang terlanggar hanya untuk ke tandas mengambil wuduk.
Andaikan otot anda yang digunakan untuk menulis, menaip dan bermain. Suatu ketika Allah menarik nikmat tersebut apabila hanya satu otot yang tidak berfungsi. Saraf mula terjejas. Tiada lagi bisa menggerakkan jemari seperti dulu. Tiada lagi bisa menaip assignment yang bertimbun. Apakah waktu itu mula mengagahkan jua jemari membasuh muka berwuduk untuk solat?
Andaikan tika selesai dari membeli-belah, tiba di tempat parking di mana kereta diparkir. Tiba-tiba sewaktu meletakkan barang ke dalam bonet kereta, datang seorang peragut yang cuba merentap beg tangan dan menetak tangan kita berkali-kali hingga darah keluar dengan banyaknya. Mungkin sewaktu itu ingatan mula berputar mengingati Allah untuk menunaikan solat.
Andaikan sewaktu memandu ke pejabat apabila menerima panggilan ada tender baru, tiba-tiba kereta kehilangan arah seketika dan terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori yang laju merempuh. Pintu kereta remuk redam. Cermin kereta pecah seribu. Kaki tersepit. Didapati patah. Hampa dirasakan saat doktor mengatakan bahawa sebelah kaki terpaksa dipotong. Mungkin waktu terlantar dalam bilik pembedahan mula sedar untuk menunaikan solat.
Apakah ingin menunggu saat-saat keinsafan seperti yang disaksikan dalam typical local drama di televisyen itu baru kita mahu sibuk solat? Kalau jawapannya ya, silakan. Tunggulah.
Kalau tidak. Ya, bermula dari sekarang. Kerana kematian itu bukan umpama jarum jam yg bisa diputar ke masa sebelumnya. Anda pasti akan mati. Saya pasti akan mati. Kita pasti akan mati. Bersiaplah untuk satu perkara yang pasti. Tidak ada masa untuk berlengah lagi.
Wahai hamba. Solatlah.
"Dan perintahkanlah keluargamu melaksanakan solat dan sabar dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik di akhirat) adalah bagi orang yang bertakwa" (Surah Taha ayat 132)
"Em, any last advice?"
Everyday Allah gave us everything that we need, blessings upon blessings, day after day. Allah gave us everything without we need to ask and without we need to beg Him. Everyday He gives, and everyday He sees His slaves turning back on Him. But never mind, He keeps showered us with so many blessings!
We have time to hang out with our friends. We have time to giggle and watching television. We have time to surf the internet and chatting through Facebook. We have time for everything but is it possible when we say that we don't have time, even only 5 minutes for solat!
Now you say that "I'm too lazy to perform solat". And see, Allah has given us everything. Blessings that we can't even count because there are too much! Allah said in verse 18 surah An-Nahl, "If ye would count up the favours of Allah, never would ye be able to number them: for Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful". But yes, still you can count. Eyes to see. Mouth to talk. Nose to smell. Ears to hear. Legs to walk. Hand to pick up things. A healthy body. Clothes for you to wear. A car for you to move from one place to another. A house for you to stay day and night. And for everything that Allah has given you, yet you still dare to say, "I'm too lazy to perform solat"!
If you still realize that your own two feet still on His Earth, then please. Please, please and please. Please do perform the solat. But if you believe that you can find another 'Earth' for you to live, it's alright.
Please do whatever you want.
Go.
Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.
Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.
15 comments:
salam Ramadhan kareem dear Rabiatul :')
I love you and miss you!
Akakkk :') akakkk, rindunya...
Allahu akram!
adik rindu akak lebih lagi!
Salam Ziarah. Suka blog adik. Penuh ilmiah =)
| YoHana |
Jazakillah kak sudi singgah ke mari =') Alhamdulillah, yang baik itu segalanya dtg daripada Allah. Moga ada manfaat yg bisa diamal bersama walaupun sedikit, insya-Allah. Barakallahu feeki ya ukhti! <3
Syukran Jazillan Ya ukhti atas kesudian berkongsi artikel ini, syabas...hanya Allah yang ampu balas jasa adik, terima kasih sekali lagi...:)
| auntacu81 |
Jazakillah kak sudi singgah, sudi membaca dan sudi meninggalkan komentar. amat dihargai! =') ambillah yg baik kerana itu semua drpd Allah. dan abaikan yg krg kerana itu kekhilafan diri adik yg semestinya perlu diperbaiki. Moga akak dlm jagaan Allah sentiasa, Ameen.
Saya . Hati. Macam dah takdek dgn tuhan. Disconnected. Rasa berat sangat. Sesak dada. Solat mmg jarang. Even blessed with all sorts of good things right now , hati still rasa berat sbb dah tak jumpa tuhan. Hati kosong tak rase pape. Tapi nak berubah. Mohon doakan
Ya allah..kuatkanlah hatiku supaya istiqomah dalam mendirikan solat..ikhlaskan lah niatku..ampunkan segala dosa-dosaku Ya Allah
terima kasih atas tulisan ini. benar2 menyedarkan diri saya...
langsng tak menjawab persoalan. Saya mahu jawaban yang lebih. Kenapa orang solat tapi mereka masih jahat? kenap solat mereka yang boleh dikategorikan sebagai 'ritual' tu boleh lekat dalam diri mereka? Tapi tidak kepada orang yang cintakan agama seperti saya? Saya menyelami agama, sangat2. Bukan kafir,tapi saya sangat cintakan Islam dan sangat yakin akankebenaran yang agama bawa., tapi kenapa tidak hadir dalam diri saya perasaan untuk solat? Hidayah itu milik Allah. Saya terfikir adakah saya tidak berapa cintakan Allah. Solat itu ibadah paling utama. Tapi saya mahu solat itu hadir dalam diri saya tanpa perlu dipaksa-paksa, diperingat2 kan dengan hujah dan dalil bahawa solat itu tiang agama? Bukan saya tidak tahu dengan hukum hakam agama yang ditulis oleh entri ini tentang solat. Saya mahu seperti apa yang Tok kenali katakan tentang menyerah diri kepada Allah. Tanpa perlu diingat-ingatkan lagi. Ianya datang secara natural dalam diri seseorang. Saya amat cemburu terhadap orang2 yang melakukan solat walaupun mereka hanya sekadar ritual itu. Sungguh. Saya perlukan jawapan kenapa saya macam ni. Saya perlukan seseorang untuk bantu saya. jika sesiapa boleh bantu saya, tolong saya. Saya2 betul2 perlukan jawapan.
Solat itu dpt mencegah drpd perbuatan keji dan mungkar. Cuba tanya diri kita sama ada kita ikhlas solat kerana allah atau terpaksa? Kita istiqamah atau tidak... Kita kusyuk dlm solat atau fikiran kita melayang sdg shopping di pavillion atau teringat pakwe makwe? Beriman lah dgn rukun iman. Yakin allah sdg melihat kita, yakin ada malaikat ditugaskan mencatit setiap perbuatan baik atau buruk kita, yakin kt akan dikumpulkan di akhirat kelak.. Yakin bahawa AQ itu petunjuk jln selamat kita kpd allah.
Sayang melihat org zaman skrg meninggalkan solat seperti xde apa2 yg berlaku. Iblis sekalipun bersujud kpd allah, ketua para malaikat sblm dilaknat allah, silapnya sahaja tidak mahu sujud kpd nabi adam a.s. Tp akhir zaman ini, manusia mengalahkan iblis, kpd allah tuhan pencipta pun enggan sujud. Semoga allah sentiasa memberi taufiq dan hidayah kpd kita semua
Saya umpama hilang harapan.
Sudah berapa lama saya cuba nak berubah...tetapi hanya bertahan untuk beberapa minggu...lalu solat ku diabai lagi untuk berbulan-bulan.
Kitaran perbuatan saya sudah berlaku entah berapa banyak kali dan sya pun tidak percaya saya boleh solat dengan konsisten seperti saya pada zaman kanak2 dulu.
Saya tahu apa yang menyebabkan diri saya jadi begini but again the same things keep repeating over and over again never seeming to stop.
Saya pernah mengalami near death experience dan sakit yang menyusuli itu amatla perit...lalu,selepas sakit itu hilang,I acted like nothing ever happened at all.
From that point on,I already lost faith in myself to change and escape from my laziness.
Honestly,I don't know if I ever will.
Sorry,jika saya punya ranting ni berjela jela...saya cuma nak luahkan perassan je.
Assalamualaikum.
Allah , menyentuh hati . Do the perform solat . !!
I somehow same like you. Except that I still solat but not cukup. Of tertinggal saya cuba qada yg mampu. Dulu waktu sy kecik sy bnyk kali tinggal solat tp sy sedar kesedaran tu sume smpailah satu hari something happen to me and I change.sy change mmg almost 3 thun x tinggal solat and sy cuba qada balik but process nk chang ni sgtlah susah. Waktu tu, sy mmg korbanlan segala2 nye. Sy tinggalkan hiburan, sy tinggalkan kpop and sy cuba plan life sy semula. Sy plan ibadah yg sy nk buat and sy always ingtkan dosa sy. Tp somehow susah sbb org sekeliling x support. At this point I thought that, sume org ade rase nk berubah and sume org mencari hidayah but its hard when we dont have support. People usually scold and tell us the consequence etc but they never tell us HOW. Thats the difficulty. Waktu sy mula2 bnyk tinggal solat dulu, sy always bnyk bnda tak thu. I need to learn from basics. Dripd cara solat yg betul smpailah yg sunat. Sy cuba bnyk baca sendiri and mmg x de support. Its hard to get support sbb ape yg kita buat is tinggal solat. Sy pernah cuba utk khusyuk solat but kena keji dgn my mom sbb kononnya solat sy khusyuklah sgt begitu and mmg bnyk sy kena perli and other dugaan. At one point saya rase x tahan... And I end up just feels like, I will just go with the flow. Sy end up jadi takut nk change blik disbbkan ape yg sy rase time tu. But somehow sy menyesal as to why I dont continue my journey tu. End up I become myself today. Sy terjerat balik suka hiburan etc, sy terjerat blik perkara lucah. Sy masih solat amd cuma kekdang tinggal satu or dua and sy cuba qada semula.
So I think right now... Walaumcm mana pun susah utk kita berubah, I just think that we need support and pengorbanan gitu. Because the first thing that make me wanted to change is sacrifice walaupun susah and sakit. Sy rase nk give up dilu sbb the sacrifice is very hurt and it os so much pain emotionally. I cant count how many times I cried and sbb sy give up on that sacrifices, I become like this again and Im still trying to sacrifice all the things I used to love but not good for me that makes me forget Allah. Im still trying and so do you.
Saya maybe tak jumpa 100 percent jln penyelesaian lg but the least we could do is to find a way how can we strengthen ourselves to make that sacrifices which could change our whole life.
Sbb sy perasan, sy akan rase malas nk solat bila sy lalai.
I hope u never lose hope my friend. Sy masih mencuba and sy doakan awak berjaya juga dunia akhirat. Doakan sy juga. Im still struggling... Even though sy tinggal solat, sy masih dlm proses nk berusaha and berubah. Even I know that tinggal solat ni azabnye teruk etc, the bit part of me still want to change and get Allah's love. Even though I know yg I x layak. Doakan sy.
Post a Comment