أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
"Macam Fatimah Syarha, hehe" Teringat sewaktu di UIA PJ, ada seorang adik dari jurusan Bahasa Arab juga yang datang menjual design baju muslimah dari bilik ke bilik. Apabila saling berborak tentang baju dan tempahan, ayat itu tiba-tiba terkeluar bersama senyumannya dan tatapan wajah indahnya merenung saya. Saya merasa kening terangkat sendiri dan senyuman terukir. Mungkin yang dia maksudkan adalah perwatakan dan gaya percakapan saya umpama Princess Barbie (pergh) kerana saya langsung tiada iras ustazah. Malangnya, dia belum melihat watak saya seperti wanita sihir dalam Snow White yang ketawa umpama tak ingat dunia namun Alhamdulillah masih ingat solat. Tak silap akak, nama adik Syamimi kan? Sayang adik. Entri kali ini ada nama adik.
Ada seorang sahabat yang merupakan supporter-setia-sepanjang-masa menyangka artikel saya yang diterbitkan di IluvIslam merupakan karya Fatimah Syarha namun tersedar daripada lamunan apabila menyedari itu sebenarnya bebelan panjang yang sweet daripada sahabatnya sendiri. Pergh Hasnah Atiqah~
Dan ini yang paling menggeletek hati saya apabila ada adik alam maya yang baru sahaja saya kenali tertukar antara blog saya dan Ustazah Fatimah Syarha. Makin saya ketawa mengekek lompat bintang apabila dikiranya saya ustazah-yang-dah-kahwin-itu. Dik Munirah Sobri. Itu petanda kakak bakal kahwin awal, Ameen.
Memang saya sama dengan Ustazah Fatimah Syarha. Sama-sama seorang hamba Allah, muslimah dan yang penting asal Terengganu (phewwit). Namun andai ingin disamakan dari segi peribadi dan ilmu, saya terlalu tidak layak untuk itu. Hanya bisa menerima sebagai doa sahaja. Moga diri ini bisa mencontohi susuk muslimah sejati seperti Ustazah. Dan doakan agar saya bisa menggali hikmah perwatakan Ummul Mukminin. Saya hanya mahu itu. Dan juga keikhlasan.
Baik, ini sebenarnya hanya muqoddimah publisiti. Biasalah manusia sukakan kontroversi.
Sebenarnya bertajuk "Bagaimana kakak menulis?". Teruskan membaca andai sudi.
Selalu entri bernada tegas sahaja. Saya juga sukakan santai. Dan sporting romantik itu sebahagian DNA saya. Muehehe~
("Pergh~" << tak tahu belajar dari mana. Sampai Ibu di rumah pun berjaya saya pengaruhi. Ahaks ahaks ahaks)