Monday, June 22, 2015

Kakak dah ada?



أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم


#RamadanDiary
#Day4rewind


Ibu balik sahaja dari sekolah, segera bertenggek di tepi ibu di atas sofa.


"Kakak ada (an unidentified word) dop?" ibu perlahan membisik sambil membelai dengan lembut anak di ribaan.


"Ha?"


"Kakak ada (that unidentified word again) dop?" ibu membisik lagi.


"Ha. Ibu tanya kakak nak masak mende arini ke" kebiasaannya ibu akan bertanyakan pendapat untuk menu masakan berbuka. Ibu satu lauk dan kakak satu lauk. Dan kebiasaannya diri kembali bertanyakan soalan yang sama kepada adik-adik. Bersuara sepenuh gema secukupnya di dalam rumah untuk adik masing-masing segera menyatakan apa yang dimahu dan itulah yang menjadi menu hari berbuka. Fast and furious survey done less than 15 seconds.


Easy.
To be a kakak sulung not that hard.
Flip payung hingga terbuka ke atas dengan penuh bergaya.



Ibu separuh ketawa sambil mengulang lagi pertanyaan. Kali ini lebih tepat di telinga.


"Kakak ada boifren dop?"


Dan kali ini cepat sekilas memandang wajah ibu.


"Ha. Mana ada. Haha" pantas ibu dipeluk dengan lebih rapat.


Ibu.
Seriously.
Baru sahaja balik rumah.
Tak sampai 10 minit pun rehat.
Terus tanya soalan begitu.
Harus bagaimana anak tidak kehairanan.


"Kakak carilah. Ibu nak menantu ni" ibu sengih nakal.

"Aa Ibu"

"Adik Afiq kata lambat kakak kahwin. Adik nak main anak buah ni. Ibu nak main cucu" ibu sambung gelak.

"Tahu kak. Ibu nak cucu. Abang nak anak buah gak. Wakakk" Amirul sengaja menyampuk dan menambah rasa usikan ibu. Sengaja. Kerana dengan dia jua berkongsi segala rahsia.


Malu semakin menebal.
Mujur sahaja Allah ciptakan ketawa.
Bisa dijadikan cover kepada malu.
Bukannya seronok isu begini.


"Ibu, jom tanya abang pula"
"Bakpe abangnya. Abang baru 21. Mujur abang bukan anak sulung. Padan muka kakak. Wakakk"


Teringat dahulu saat zaman persekolahan. Ibu memang pesan supaya belajar sungguh-sungguh. Jangan bermain cinta lagi. Lembut sahaja pesanan ibu. Dan itulah yang diikuti hingga ke besar.


Diari hidup ketika itu.
Study sahaja yang menjadi fokus.
Kawan-kawan.
Gelak-gelak.
Seronok-seronok.
Tiada lelaki yang serius dalam kamus hidup melainkan keluarga.
Pandang lelaki juga tidak hairan.
Bahagia.
Bahagia dengan sungguh-sungguh.


Dan bila makin besar. Bila sudah masuk universiti. Ibu ada juga berpesan-pesan tentang jodoh. Dikira sekadar pesanan yang ringan. Diri juga mengambil kira memahami hati seorang ibu yang melihat anak semakin membesar. Maka biasalah pesanan sebegitu.


Dan masih bahagia lagi. Entah mengapa tiada rasa. Terasa sudah cukup bersyukur dengan kurniaan sahabat-sahabat solehah di sekeliling dan juga majlis ilmu yang tak habis dan puas dihadiri. Biar berapa kali cuba didekati, diri cuba bawa diri jauh-jauh. Melihatkan tiada keperluan dan matlamat untuk itu masih terlalu jauh, maka seeloknya fokus apa yang perlu diberi perhatian terlebih dahulu. Bimbang nantinya apa yang jadi adalah lain.
Dan masih bahagia.
Sungguh-sungguh bahagia.


Kebiasaannya segala perkara akan dikongsi dengan ibu. Segala ayam, itik malah burung helang sekalipun segalanya dicerita. Namun tidak tentang perkara yang satu ini. Malu.


Kalau dahulu pertanyaan yang selalu ditanya ibu adalah tentang pelajaran.
Dan kini keutamaan soalan sudah berubah.


Dan dalam tidak menyedari. Diri rupanya sedang makin membesar. Membesar hingga cukup besar untuk menjadi seorang isteri orang kiranya kini.


Facepalm.


Pernah dahulu terfikir. Untuk hidup sendiri sahaja. Apa yang mahu dicapai adalah impian. Ya, diri seorang yang berimpian tinggi. Kalau ada jodoh, maka ada dan jalankanlah komitmen dengan sebaiknya. Kalau tidak ada, maka tidak mengapa. Lakukanlah perkara lain yang penuh menggembirakan. Dunia ini kelihatan begitu luas dan seronok untuk diteroka sendiri.


Kerana ada jenis perempuan yang tegar sendiri.
Boleh tahan untuk hidup sendiri.
Jenis tahan untuk cuba berdikari.
Selagi boleh buat segalanya sendiri, selagi belum ada takdir yang mengikat hati pada perhubungan yang halal, maka hidup sendiri sahaja.
Luarannya kelihatan tidak bisa.
Lembik sahaja.
Namun ada jenis perempuan yang spiritnya terlalu tinggi dan tersimpan jauh pada dalaman hingga tiada terjangkau pada pandangan kasar.
I thought like that once.
Once.


Lagipula, awak tahu kan perasaan itu.
Perasaan seperti 'I don't know if I can find someone that can go along with me in this path'.
Tahu kan.
Yeah. That's it.


Namun itu masih pandangan sewaktu sedang membesar.
Zaman tiada 'rasa'.
Hakikatnya, untuk mempunyai seorang lelaki dalam hidup, ada kekuatannya yang tersendiri.
Kuat seorang wanita lain dengan kuat seorang lelaki.
Begitu kata ibu.

Isinya. Saling melengkapi.


Namun tetap sahaja bukan senang.
Bukan senang mahu cari lelaki yang ikhlas sayang dan mahukan kita.
Bukan senang mahu cari lelaki yang tak lelah untuk terus berfikir tentang ummah jauh kepentingan kehidupan diri sendiri dan sedia berbakti pada jalan-Nya.
Bukan senang mahu cari lelaki yang berfikiran rasional dan bisa mengawal emosi.
Bukan senang mahu mencari lelaki yang matang dan mantap ilmunya untuk membimbing.
Bukan senang mahu mencari lelaki yang penyayang dan bisa menyesuaikan diri dengan masyarakat.
Tak mahu dikira hensem atau tiada berharta tidak mengapa. Asal ada sense of humour jauh kakunya perasaan.
Peribadi itu yang bukan senang mahu dicari.


Lelaki acuan agama.
Can't help but to choose.
Wujud cuma tidak ramai.
Namun oleh kerana kita adalah perempuan.
Maka sibukkanlah dengan tema perempuan acuan agama terlebih dahulu.
Bina diri sendiri.
Way better.


Ustazah Amilah ada berkongsi sesuatu tentang institusi kekeluargaan dalam kelas yang menjadi kegemaran, Islamic Ethics.
Kata Ustazah, seorang wanita itu terdidik untuk menjadi isteri bermula daripada pendidikan dalam keluarga. Terutama kepada bapanya. Bagaimana dia taat kepada bapa maka begitu jualah terdidik untuk taat kepada seorang suami suatu masa nanti. Ringkasnya begitu.


Ingat surah al-Isra ayat 23?
Kalau awak ada impian untuk berkahwin, ayat ini juga sesuai untuk ditadabbur dan muhasabah diri sebelum ke fasa yang lebih maju.


Ajaran sedari kecil.
Tidak melawan.
Tidak meninggikan suara.
Tarbiah buat seorang wanita terhadap ibu dan bapa.
Sebelum nantinya memegang gelaran isteri untuk taat kepada seorang suami.
Begitu cantik hikmah yang Allah susun.
Susunan didikan tanpa sedar.
Hikmah buat lelaki pada sudut yang lain pula.      


Bila sampai masa untuk jadi seorang isteri maka sudah harus tahu di mana batasnya.
Mahu keluar bukan seperti dahulu mengikut suka sahaja.
Membuat keputusan juga bukan sendiri-sendiri. Ada satu lagi hati yang perlu dicantum pada hati sendiri untuk mencapai sepakat.


Bukan segala kisah dalam hidup rumahtangga jua bisa diceritakan umum terutama trend bercerita segala di media sosial. Ada setengah perkara yang boleh dikongsi dan ada setengah perkara yang perlu disimpan sendiri.


Bukan keluarga kita sahaja yang menjadi keutamaan. Keluarga dia juga keluarga kita. Mak ayah kita adalah mak ayah dia. Dan mak ayah dia adalah mak ayah kita. Kita satu keluarga.
Itu belum dikira emosi naik turun yang perlu dikawal sebaiknya apatah lagi tika berhadapan dengan konflik. Saat itu persefahaman dan tolak-ansur begitu memainkan peranan.


Tanggungjawab juga sudah bertambah.
Mahu berbagi cinta antara suami dan anak.
Kerana ada dicerita kes saat suami sudah mula terabai kerana tumpuan sudah beralih sepenuhnya kepada anak.
Bicara tentang hak.


Bukan senang.


Kerana itu berapa kali saat ada adik yang keliru tentang cinta meminta perkongsian, maka suka untuk berkongsi tentang perkara sebegini sebagai peringatan bersama.
Kahwin bukan sekadar soal suka.
Kahwin bukan disebabkan orang lain kahwin maka kita juga terus terdesak mencari calon cukup mana yang ada sahaja untuk mahu segera berkahwin.


Bukan.


Kahwinlah bila sedar dan sedia untuk menerima suatu tanggungjawab yang baru jauh untuk tujuan main-main semata.
Andai tidak, bimbang ada bahagian yang terzalimi dan tidak mendapat haknya.
Kahwinlah bila menemui seseorang pada jalan cinta-Nya.


Segala cinta yang terbina kerana cinta Allah pasti bahagia.
Kerana matlamat kehidupan jua adalah kerana-Nya.


Tiap manusia punya sudut pandangan yang berbeza mengenai jodoh dan perkahwinan.
Namun asal sahaja kita sentiasa tahu kedudukan kita di mana.
Kerana kahwin pada sudutnya suatu ibadah.
Namun andai tiada difahami pada akar matlamat, bimbang akhirnya nanti bisa bertukar menjadi suatu fitnah.


Bicara soal kahwin ini tidak akan habis.
Mahunya bisa dikarang berjuta halaman lagi.


Namun apa yang pasti.
Perkahwinan itu cinta.
Bukan sekadar suka-maka-kahwin.


Cinta itu perasaan dalaman yang kuat.
Kerana cinta maka tanggungjawab beribu juga sanggup digalas.
Kerana cinta maka yang keruh menjadi jernih dan yang tawar bertukar manis.
Kerana cinta maka melihat pada kelebihan dan jua sama-sama melengkapi pada kekurangan.
Kerana cinta maka dua hati bercantum menjadi satu atas nama-Nya.


Usaha pada kadar yang ada.
Namun usah sampainya merasa itu sahaja matlamat hidup hingga menjadi separuh gila saat belum menemui calon yang sesuai.
Bertenang.
Allah lebih mengetahui masa dan orangnya yang tepat.
Maka ikut sahaja perancangan Dia tanpa ragu.


The adventure gonna be more and more interesting.
Cuba rasai keseronokan mencari sesuatu yang rahsia dan bagaimana begitu khusyuk pengharapan yang diletak terhadap Allah dalam mengakhiri pencarian ini.


Thrill.


"Ibu nak orang macam mana"
"Orang yang baik. Boleh jadi imam kakak. Boleh jadi imam ibu"
"Lagi?"


Tanya lagi dan lagi, kesimpulannya mahu yang baik sahaja.
Kalau begitu, insyaAllah esok juga sudah boleh untuk jumpa menantu ibu.


"Abang nak orang macam mana"
"Sayang mak ayah dia"
"Lagi?"
"Sayang bini dia"
"Lagi?"
"Cukuplah tu"
Ketawa.


"Ibu nak kakak kahwin bila. 25?"
"Sebelum 25 ke. 24 ke kakak"


Mengira umur sendiri.
Sekarang sudah 23.
Ibu nak 24.


I'm fighting and dying here.
This is how a girl grown up.


Maka begitu ya yang ibu nak.
Baik. Rasanya dah jumpa, ibu.
Sedikit masa lagi tunggu green light daripada Allah.


Kalau jadi.
Maka nanti kahwinlah anak ibu.
Ibu suka tak. Suka tak.


Cakap dalam hati dengan muka innocent sambil senyum memandang ibu.


Pusing belakang.
Mana aku nak cari laki neh.
Pegang kepala.


Ambil ranting.
Kuis-kuis tanah macam ayam.


Teringat arwah Abah tiba-tiba.
Abah. Ibu suruh kakak kahwin.
Maknanya...

Anak dara abah dah besar!


Bahagia meniti dewasa.


#thelongestRamadandiaryever
#orangcakappasalramadankitacakappasalkahwin
#arnabketawaguling-gulingturunbukit


Tengah fikir soal kerjaya.
Kalau tak jadi pensyarah.
Jadi kaunselor rumahtangga pun sesuai.


I think that job suits me very well.

1 comment:

Muteq Chin said...

Assalamualaikum kak :)

this is my very first comment n my very first time visiting your blog.

Ni apa yang saya tau. Kalau lelaki tu nak kawen, dia bukan kawen dengan perempuan tu saja, tapi dia akan kawen dengan seluruh keluarga perempuan tu. Dan saya rasa benda ni applied untuk perempuan jugak.

Btw, nice sharing!

In Shaa Allah, saya akan terus melawat blog akak dari masa ke masa :)

Till then!