Monday, June 1, 2015

Saya Tak Cantik



أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم



"Akak, saya sedihlah.. macam mana nak tingkatkan keyakinan diri eh? Saya rasa rendah diri sbb x cantik mcm org lain...dah lama pendam.. x nak lah ada rasa mcm ni.. sbb tahu semua tu kan Allah bagi..emm"





Pertama sekali. Harus sedar diri kita ini siapa.


Kita ini hamba Allah dan ciptaan Allah.
Tiap ciptaan Allah tak ada yang tak cantik.
Jadi, kita memang cantik.
Kerana kita dicipta Allah.
Kita hamba Allah.
Maka berbanggalah.


Dua. Cuba lihat diri kita.


Apakah cukup dua matanya, dua telinganya, satu hidungnya, satu mulutnya dan dua kakinya?
Andai cukup maka ucaplah Alhamdulillah.
Sudah cukup cantik dan cukup lengkap apa yang diberikan Allah.
Ada orang ditarik nikmat penglihatannya hingga tak mampu untuk melihat dunia.
Ada orang ditarik nikmat pendengarannya hingga perlu kepada alat bantuan.
Ada orang ditarik nikmat tangannya hingga segala perkara harus dipelajari dari mula dengan menggunakan kaki.


Bersyukur.
Kerana kurangnya syukur, maka hati kita akan selalu mencari yang kurang.
Andai kita lebih pada syukur, maka kita akan dapat merasakan bahawa begitu banyak nikmat yang diberikan Allah hingga tidak mampu untuk dihitung dan betul-betul sempat disyukuri.




Tiga. Tiap orang cantik dengan caranya tersendiri.


Abu comel dengan cara Abu.
Musalmah cantik dengan cara Musalmah.


Kalau setiap orang kita ukur kecantikan dan kekacakannya setara Angelina Jolie dan Brad Pitt, maka tiada manusia yang cantik melainkan beliau berdua sahaja.


Orang yang kulit gelap cantik dengan manisnya dia.
Orang yang kulit cerah cantik dengan mulusnya dia.
Orang yang berbadan gempal cantik dengan kecomelan dia.
Orang yang berbadan kurus cantik dengan langsingnya dia.
Orang yang rendah cantik dengan moleknya dia.
Orang yang tinggi cantik dengan lampainya dia.


Cantik orang itu tak sama dengan cantik orang ini.
Tiap orang ada kecantikannya yang tersendiri.
Andai kita mampu untuk melihat.






Empat. Hidup ini jangan serius sangat.



Pandang cermin.


Walaupun hidung tak mancung, pandanglah bahawa ia bak seludang hidungnya Shah Rukh Khan.
Walaupun pipi tersorong-sorong, maka pandanglah bahawa ia bak pauh yang melayang-layang.
Tiada siapa mampu untuk menghalang diri daripada punya keyakinan sebegitu.


The best self-confidence ever.
Joget sikit.







Lima. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Jangan.


Bila banyak bandingkan diri dengan cantiknya cara orang lain, itu yang bawa kepada rasa rendah diri.
Cari kecantikan diri sendiri di mana.
Dan bergembiralah.






Enam. Kita sendiri yang letak di mana makna cantik.


Kalau kita pandang cantik pada luaran maka kita akan pandang dan cari kecantikan pada luaran.
Kalau kita pandang makna cantik itu ada pada hati, maka kita akan pandang dan cari kecantikan yang ada pada dalaman.


Cari erti cantik pada pandangan Allah.
Maka berbahagialah hati itu selamanya.


No comments: