Friday, January 16, 2015

A Sarcastic Dream on Convocation



أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم



Dream.
2016 IIUM Convocation Ceremony.
A dream.
People smiling. Flowers and teddy bears everywhere.
Camera 'click' 'click'. Flash.
A sweet dream.


"Tahniah awak, dah grad"
"Tahniah juga, awak"


"Oh, awak ambil kos apa"
"Saya ambil kos Bahasa Arab. Hik hik"


"Oh, mesti pandai cakap Arab kan"
"Err bolehlah hik hik"


"Dah grad ni mesti pandai sangat Nahu dan Sorof bertingkat-tingkat macam Sibawaih kan"
"Err bolehlah juga huk huk"


"Dah grad ni mesti tahu banyak pasal Bahasa Arab dan i'jaz dalam Al-Quran kan. Mesti dah pandai i'rab segala benda juga kan"
Bibir dah melengkung ke bawah. Sebak dan sentap.



"Ni dekat sijil awak ni ada kata ambil minor Fiqh dan Usul Fiqh juga. Wah, mesti pandai hukum semua ni kan" 
Menitik air mata atas sijil.


"Wah, ambil major dan minor sekali ni mesti penuh ilmu di dada umpama lautan nan dalam tiada terjangkau pepasir di daratan ni kan"


Pahit telan air liur.
Cukup!
Berdiri tiba-tiba.
Cukup. Jangan perli saya.


Bagi orang sebelah teddy bear dan flower.
Cabut graduation robe sekali bagi dekat dia.
Nah, ambil ini. Ambil!


"Yang awak nak melenting tak tentu pasal ini kenapa. Itulah, orang dah pesan. Masuk universiti belajar sebab nak ilmu Allah. Bila orang test sedikit ilmu setara mana yang ada di dada, tahu untuk sedar yang ilmu-ilmu itu sudah berterbangan tiada terikat di hati. Harusnya, awal-awal awak dah sedar, belajar itu untuk ummah. Bukan sekadar nak grad, dapat sijil, ambil gambar banyak-banyak post dalam Facebook cakap 'aku dah grad' dan tersenyum bangga tengok sijil sensorang.


Awak belajar kerana mahu score tinggi semata-mata. Macam mana tak stress. Cubalah baca itu tenang mahu faham ilmu Allah. Bacalah untuk beriman. Bacalah dan rasai nikmat kesegaran ilmu. Bacalah untuk bawa pemikiran supaya lebih luas dan jauh. Bacalah sehingga apa yang dibaca itu dapat bawa hati awak lebih kenal dan dekat dengan Dia. Think, think and think.


Buka minda awak. Buka hati awak. Awak kan seorang pelajar. Tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan adalah buat yang sebaiknya dalam pelajaran. Ini belajar mahu yang senang-senang sahaja. Mahunya belajar 2 jam dan tidur rehat bersenang-lenang 22 jam. Mana boleh macam tu. Awak baca sejarah tak? Ibnu Battuta dulu mengembara nak mencari ilmu. Imam Syafie sampai peruntukkan sepertiga malam yang pertama untuk ilmu. Ulama dulu sanggup tak tidur kerana nak menulis ilmu. 


Dan awak. Nak menuntut ilmu mahu yang mudah-mudah sahaja. Malas nak berusaha. Malas nak bersusah-payah. 


Kalau belajar pun malas.
Jangan mimpi nak jadi penyelamat ummah.
Betulkan diri sendiri itu terlebih dahulu.
Kerana agen pengubah masyarakat bukan hanya yang tahu bercakap itu dan ini.
Kerana dunia perlukan orang yang hebat dalam bertindak.
Dan kerana dunia perlukan orang yang berilmu untuk menyinar cahaya dan membawa satu perubahan."


Hati retak beribu kaca.
Jatuh terhempas perit sakitnya.


This isn't a dream.
This is a nightmare.


Crying.
Oh, what I've done being four years here?


Mula mahu berlalu pergi.


"Eh, nak pergi mana pula tu"
"Em. Tak nak masuk majlis convocation. Saya rasa malu"


Dia geleng-geleng kepala sahaja dalam melihat.
Mula datang mendekati.


"Ini, awak ambil balik flowers, teddy bears dan graduation robe awak ni"
"Maksud awak, tak apalah untuk hadir sahaja majlis convo itu walaupun sebenarnya saya tak layak ya?"
"Apa pula. Saya bagi balik ni nak suruh awak simpan. Dan nak cakap jangan mimpi nak grad sangat. Awak tu lambat lagi nak grad. Belajar betul-betul dulu. Esok ada test kan. Ha, belajar leklok. Jangan banyak berkhayal sangat"


"Oh. Salah timing la ni ea. Ini mesti sebab salah guna pintu ajaib Doraemon. Ingat tadi, nak mimpi pergi Australia jumpa kanggaru comel-comel dekat sana. Tapi tiba-tiba salah tempat pula. Tapi tak apalah, bagus juga jumpa awak ni. Awak ini siapa sebenarnya?"


Dia mula beranjak untuk pergi.
Namun langkahnya terhenti.
Kepalanya tertala sedikit ke belakang.
Dan membelakangi.
Seumpama hero-hero dalam anime. 


Saya adalah awak pada masa hadapan.
Saya adalah sisi putih dalam diri awak.
Saya datang nak ingatkan awak.
Masa tak pernah menunggu kita.
Dan kitalah yang harus bertindak menggunakan masa dengan betul.
Jangan sehingga diperbodohkan oleh anasir-anasir dunia yang tidak sihat.
Manfaatkan masa untuk ilmu.
Dan sebarkan kebaikan serta manfaat.
Dunia ini tempat untuk bercucuk tanam.
Dan akhirat itulah sebaik-baik tempat pembalasan.
Harusnya awak sedar.
Tidak ada masa untuk berlengah lagi.


Diam.


Nanti bila awak dah berjaya.
Jangan lupakan ibu bapa dan guru.
Mereka banyak membantu dalam tiap detik kejayaan dalam hidup awak.
Selalulah berfikir agar apa yang dilakukan di dunia ini bermanfaat di akhirat sana.
Kerana dunia ini tidak lama dan sementara cuma.
Usah nantinya termasuk antara orang-orang yang menyesal atas masa-masa dahulu yang tiada dimanfaatkan sebaiknya.


Bunyi daun-daun berdesiran.


"Dan satu lagi"


"Ya?"


"Bila awak dah berjaya nanti..." nadanya semakin serius.


"Bila saya dah berjaya nanti?"


"Bila awak dah berjaya nanti, tolong belanja saya aiskrim Paddle Pop satu. Itu sahaja. Jaga diri baik-baik. Saya pergi dahulu"


Dia menghilang.
Dan buku Intro to Translation untuk exam esok pagi muncul.


060114.
Final exam.

Sekarang 160115.
Sekarang dah ada dekat rumah! Hee.
Tak ingat pula nak post dekat blog haritu bila post dekat Facebook.



3 comments:

Unknown said...

Tahniah dik...Salam ukhuwah dr K.Sal
www.kisahpondokkecil.com

Lutfi Azmi said...

http://iium-blogger.blogspot.com/2014/12/join-our-whatsapp-group.html join kitorang jom .!

Anonymous said...

Assalammualaikum & salam sejahtera.

Mempelawa pelajar lepasan SPM & STPM untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma di INSTEDT & usahasama UiTM.

Syarat kemasukan minimum 3 kredit.
Kemudahan pembiayaan/pinjaman dari MARA, PTPTN, KWSP & Tabung Kewangan.

Program yang ditawarkan :

1. Diploma Kejururawatan
2. Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat-UiTM
3. Diploma Pengajian Sukan-UiTM
4. Diploma Grafik Media Digital
5. Diploma Kesetiausahaan Undang-Undang
6. Diploma Kesetiausahan Kesihatan
7. Diploma Pengajian Islam
8. Diploma Pengurusan Pelancongan
9. Diploma Pengurusan Perhotelan
10. Diploma Teknologi Maklumat
11. Diploma Pengurusan Perniagaan
12. Diploma Perakunan
13. Diploma Perbankan & Kewangan Islam

Bagaimana untuk mendaftar?

1. Sila ke link dibawah ini untuk lihat syarat kelayakan, maklumat program & pendaftaran

http://www.instedt.edu.my/wassup/index.html

2. # PENTING : Pada borang pendaftaran, penuhkan ruangan yang disediakan & tulis 'FAE415' pada kolum 'staff id' bagi memudahkan urusan pihak berwajib.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 07-8222008 (INSTEDT)

Mohon dihebahkan.

Terima kasih.