Sunday, October 9, 2011

Keperluan ‘Riak’ Dalam Amalan



أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 بسم الله الرحمن الرحيم

 
Entri kali ini mungkin penuh nada gurauan namun bacaan perlu penghayatan dengan ketelitian.



"Kalau diberi peluang, nak meninggal dalam keadaan bagaimana?" bertanya seorang sahabat.

"Ketika sujud?" saya menjawab.

"Kenapa?"

"Nampak riak sikit," saya cuba bergurau.

"Hehehehe," masing-masing ketawa kecil penuh makna.








Teringat Ustaz Majid, ustaz 'handsome' bertaraf bapa yang mengajar madah Sorof. Kelas kini masa untuk pecah perut. Ustaz Majid punya sense of humor yang agak tinggi kiranya. Seorang pensyarah yang kreatif dalam mengajar. Bayangkan sahaja, bagaimana mungkin mata pelajaran yang bermain wazan dicampur aduk diolah melalui masakan. Andai diteliti, beliau sebenarnya seorang yang tegas tetapi lembut dalam berkata-kata. Sukar untuk marah dan bijak menegur secara hikmah, bersabar. Banyak yang saya pelajari daripada kualiti dirinya sahaja, itu belum semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Amat mengagumi dan menghormatinya. Barakallahu feeka ya Ustaz.



"Ustaz Majid kan ajar supaya riak," saya membalas.



Saat ini saya teringat pertanyaan Ustaz sewaktu awal menjalani tarbiyah madrasah Ramadan dalam kelas kami yang hanya didominasi muslimaat keseluruhannya. Setiap orang diajukan soalan "dah sampai juzuk mana?. Pelbagai jawapan yang diberikan. Kebanyakannya pada juzuk 3. Ada juga yang belum memulakan tilawah. Ada juga yang sudah sampai juzuk yang agak banyak. Ustaz kehairanan. Begitu cepat sekali. Rupa-rupanya menyambung bacaan yang dimulakan sebelum Ramadan lagi. Kelas ketawa kecil.



“Saya tak banyak, baru sampai juzuk 10 je,”. Ustaz tersenyum riak muka bergurau. Gamat ketawa seisi kelas. “Kita perlu riak,”.









Perlu 'riak'. Kini bukan mengira makna riak yang mahu kelihatan baik di hadapan manusia. Riak dalam ibadah yang mendambakan pujian manusia. Riak yang menghapuskan pahala ibadah kerana dilakukan bukan kerana Allah.



'Riak' di sini diolah maknanya. 'Riak' dengan menunjuk-nunjuk agar menjadi pendorong buat orang lain juga untuk beribadah lebih. Berlumba dalam melakukan ibadah. Kami bisa memahami maksud tersirat kata-kata Ustaz. 'Riak' agar masing-masing berlumba dalam melakukan kebaikan.



“Kalau kita baca Al-Quran tu panggil kawan duduk di tepi. Cakap dekat dia, saya mahu baca Quran ni, awak dengar. A’udzubillahi minassyaitonirrajeem. Bismillahirrahmanirraheem. Dan baca. Lepas tu tanya dia, awak dah baca sampai mana? Juzuk berapa dah?, Saya dah juzuk sekian, sekian”



Saya terkesan dengan setiap bait kata Ustaz. Tatkala Ustaz mengatakan telah banyak juzuk yang dibaca, hati saya menjerit, “saya juga mahu!”. Saat Ustaz mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan suara yang merdu penuh penghayatan, saya juga mahu belajar memperbaiki agar bacaan seperti Ustaz. Tarbiyah Ustaz berjaya mengetuk diri saya untuk sentiasa berusaha mengejar yang terbaik!. Didikan Ustaz terkesan di hati saya. Jazakallah ya Mu’allim.  









‘Riak’ tanpa sedar terucap. Juga tanpa sedar mengetuk pintu hati.



Apabila... “mari makan tengah hari sama-sama,”. “Maaf, saya puasa sunat hari ni, lain kali ye?. Terdengar bisikan dalam hati, “oh, dia puasa ke, aku pun nak puasa sunat la juga,”.



Apabila... “Man, aku nak keluar sekejap, pergi musolla, ada usrah dengan abang Gombak. Kalau kau nak pesan apa-apa, mesejlah aku. Aku pergi dulu, Assalamualaikum,. “Oh ye, baik, baik. Waalaikumussalam,”. Terdengar bisikan dalam hati, “Bagusnya Daniel, setiap kali hujung minggu je ada usrah, aku pula buang masa asyik membuta. Aku nekad nak beritahu nanti, aku pun nak ikut usrah dia,”.



Apabila… “Na, marilah tengok cerita ni, filem paling baru ni,”. “Tak apalah Su, Su tengoklah, dah masuk waktu Asar, Na nak solat dulu. Nanti kita tengok sama-sama ye,”. Terdengar bisikan dalam hati, “aku sengaja melambat-lambatkan solat kerana perkara lagho ni, kalau ajal dijemput terlebih dahulu sebelum buka GOM Player ni....ish, ngeri bila dibayangkan, nak solat dulu jugalah,”.







 

Kesimpulan.


 
‘Riak’ positif  punya misi. Misi dengan tujuan agar mendorong hati-hati yang berdekatan sama-sama melakukan kebaikan.



‘Riak’ positif punya tujuan. Tujuan agar memupuk sikap kebersamaan mengejar kebaikan dan keredaan.


 
‘Riak’lah secara positif.



Selamat berfikir!









Oh, Ustaz Majid pernah mengatakan bahawa beliau berminat akan ilmu mantiq. Saya juga tidak begitu tahu tentang ilmu ini tetapi apa yang dapat saya katakan ilmu ini unik. Saya kira oleh kerana itu gaya pemikiran Ustaz lain. Saya kira Ustaz seorang yang thinking out of the box.
^_^ Kalau nak tahu lebih tentang mantiq, mungkin boleh tanya mereka yang mengambil STAM.




Salah satu kisah yang diceritakan Ustaz Majid. Sekadar perkongsian.


Ada seorang pelanggan kedai makan memesan makanan nasi goreng ayam. Beberapa minit kemudian, hidangan telah siap. Namun, pelanggan tersebut hairan akan pesanannya lalu bertanya “Mana ayam saya? Saya kan memesan nasi goreng ayam? Kenapa hanya ada nasi?. “Encik, tak semestinya apabila nama menu yang dipesan encik ada ayam, maka hidangannya juga ada ayam,”. Pelanggan tersebut tercengang makin kehairanan. “Kenapa?”. “Cuba Encik bayangkan kalau makanan yang encik pesan adalah cucur badak,”.









 Kenangan Tahun2 Sem1 Nilai~

Keluar tajuk kejap, saya kan suka berkongsi~ ^_^




 
 Inilah buku Nahu dan Sorof, tak boleh dipisahkan. Pertama kali pegang buku Nahu, wah~ tebalnya~ tulisan pula kecil2~ Nasib x jatuh terkejut~ Buku Sorof pula nipis je,, tapi ya Allah kena tilik satu2, memang kena buat nota, mudah nak dibaca dan ulangkaji



Ya~ Goreng buku Sorof~ Ni antara m/s yang teruk diconteng. Ingat lagi, m/s diconteng pada mlm sebelum exam =__=' hah, baru kalut mula nak buat nota. Punyalah menelaah satu2 huruf sampai x sedar, penuh satu m/s buat ringkasan =__=" rajin sgt la tu, jadi 'terlalu rajin' bila tiba waktu exam. Macam mana niat belajar krn Allah ni...



 Oh, Ustaz, asifah jiddan. Anak murid Ustaz yang ni mmg nakal sikit, DNA ada jenis tu kut =__=" Nakal je Ustaz, jahat tu, naudzubillah. Ni mesti masa angin membuai rasa untuk menutup mata~ memang bukan Soroflah yg diconteng untuk buang rasa mengantuk. Ustaz, ni bukti usaha nak segarkan mata, betul ni. Tapi saya jujur, waktu tu memang saya dah x masuk dah apa Ustaz cakap...


Ha, ni pula buku Nahu. Yang paling suka tentang buku ni, bila masa untuk main highlight pelbagai warna (oh, bukan masa membaca ke) Buku Nahu kalau x kemas betul2 isi,, memang nampak terabur pada pandangan. Terlalu...terlalu banyak benda dalam Nahu...



 Ni antara assignment Kitabah dan Computer. Kitabah tugasan tentang majalah sekelas. Assignment Computer kena buat comic strip. Suka3 ^_^ Suka subjek Comp tapi waktu nak exam subjek ni paling menyeksa jiwa =_= terlalu banyak benda yang mesti dibaca dan dihafal, oh, merananya jiwa. Tapi nilah subjek yang menjadi harapan, nak selamatkan CGPA, dah cuba yg terbaik, kini tawakal. (mcm manalah result final ni...) Oh ye, satu lagi subjek tertinggal, HS, lagi minat subjek ni~ Psikologi~ ^_^ Lecturer yg paling sporting~! Kami syg Madam Anisah~! *peluk*



Terasa sekejap masa berlalu, dah nak masuk sem asasi terakhir. Entah panjang ke tidak umur ni nak menuntut ilmu lagi. Nanti dah pergi PJ, terlalu banyak kenangan di NIlai ='( oh, mana boleh feeling2 ni, tisu2...*lap2* Dengan lecturer2, sahabat2,, suasana,, dengan bangunan Nilai yang tersergam indah *over la tu...tapi perkataan indah tu banyak maksud*

Mengharapkan yang terbaik untuk final. Dah cuba yang terbaik. Ya Allah, kami mengharapkan natijah yang terbaik setelah usaha yang sedayanya kami mampu lakukan. Ameen. Percaya apa sahaja yang dalam genggaman, itu yang terbaik, kerana Dia tahu apa yang terbaik. Tawakal, reda, syukur.


 Semangat2! ^__^









* Madah مادة  (subjek)
* Wazan وزن  (cabang dalam ilmu Sorof)


Mahu suami karakter seperti Ustaz Majid lah~ Ameen~ *saya xboleh kalau x menggatal dlm blog sendiri >__<*
"Ini adalah satu masalah, ish, ish"
Abaikan~ Ambil yang punya manfaat sahaja~ *geleng2 kepala*
"Macam mana nak jadi betul-betul Ustazah ni =__="




Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.




Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.



"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"



6 comments:

sweetbanana said...

Bitu..Bitu...hihi..

Hasnah Atiqah said...

riak riak. hehe

nk suami mcm ustaz majid?? mmg mnggatal :p

Naimah Muhad said...

bitu sayang.. Lama dah Na x jenguk teratak Bitu ni kan. Bitu, saya wat blog baru. mai lah ya :)

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Rokiah |

Blue Doraemon! ^_^ ehehe~ nak ziarah ke sana~ nak prgi ke sana~

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Hasnah |

ehehe~ sila riak hari2~ ^_^

=P biarlah, impian orang, sibuk je budak kecik ni

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Na |

Insya-Allah, pasti b2 datang! ^_^ ehehe~<3