Saturday, October 29, 2011

‘Tolong’ ucapkan ‘Maaf’ dan ‘Terima Kasih’

 
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 بسم الله الرحمن الرحيم

 
Tolong. Maaf. Terima Kasih.
Ini kata-kata pengasih.


Please. Sorry. Thank you.
Three charming words.


Kalau mahu meredupkan hati manusia, guna kata-kata sebegini.
Kalau mahu manusia menyenangi diri kita, terapkan ini dalam percakapan.
Ini bukan soal ego. Ini soal adab.
Juga seni komunikasi.





  


Apakah susah menutur begitu?



Terkadang perkara kecil kita kurang menyedari. Hanya tertumpu pada urusan besar. ‘Tolong’, ‘maaf’ dan ‘terima kasih’ hanya sekadar perkataan biasa. Namun kuasanya luar biasa! Kerana ia refleksi peribadi. Tanda rendah hati. 


Apa yang anda rasa apabila mendengar ayat dalam beberapa situasi ini?


Situasi 1
“Tolong ambilkan buku saya di atas meja” dengan “Ambil buku saya di atas meja” 


Situasi 2
“Maaf, saya tak sengaja tumpahkan air awak” dengan “Alamak, air awak jatuh la”


Situasi 3
“Terima kasih buatkan saya air” dengan “Wah, milo ais!”








‘Meminta’ versus ‘mengarah’.

 


Sila lihat situasi pertama.


Mungkin anda pernah merasa, saat anda ingin bangun melakukan sesuatu yang baik seperti menyapu halaman rumah dan pada ketika itu juga ada yang berkata “Sapulah kawasan rumah dekat luar tu, asyik tengok TV je kerjanya”, pasti waktu itu juga anda terasa seperti mahu kembali memeluk tubuh dan tetap statik pada keadaan duduk sebentar tadi, bukan?



Berlainan pula yang dirasa apabila mendengar “Tolong sapu halaman rumah sekejap boleh? Dah banyak nampaknya daun-daun pokok gugur yang kering”. Benar bukan? Kerana anda lantas mengambil penyapu di sebalik daun pintu.


 

Hakikatnya manusia itu suka apabila manusia ‘meminta’. Dan tiada menyukai suara-suara yang ‘mengarah’.



Meminta’ menunjukkan kerendahan hati.
Kita hanya seorang insan biasa yang terkadang memerlukan pertolongan yang lain. Kita hanya manusia lemah yang ada ketika tiada mampu melakukan sesuatu sendiri. Andai kita ‘perlu’ mengapa harus malu ‘meminta’?



Mengarah’ pula pada zahirkan menunjukkan diri kita seorang yang ego.
Betapa patah perkataan itu ringkas dan pendek namun
begitu payah mahu dituturkan dan begitu sukar diluahkan. Harus mendidik hati agar usah merasa tinggi hati. Boleh?









Kerugian’ tiada, ‘keuntungan’ pasti ada. 



Sila lihat situasi kedua.


Apakah kerugian yang bakal kita alami apabila sering menutur kata ‘maaf’?


Kita akan lebih disayangi. Kita akan lebih dihormati.
Kita akan lebih dikenali sebagai seorang yang beradab.
Kita juga akan punya ramai sahabat.



Tiada kerugian yang dialami, malah keuntungan pula yang bercambah.
Seni komunikasi amat penting dalam kehidupan seharian. Cara berhubung yang betul bisa memikat hati manusia untuk menyenangi diri kita. Bisa menarik manusia untuk berdampingan dengan kita dan berkongsi segala rasa. Walaupun hanya pada permulaan kata ‘maaf’.




Malah mat rempit sekalipun yang tersalah menunggang motorsikal milik rakan, apabila menutur kata ‘maaf’, terlihat juga kesopanannya.



Yang ‘meminta’ agar yang ‘melakukan kesilapan’ menutur kata maaf ini, bukan kerana ego. Tetapi kita mahu berbicara betapa penting adab dengan manusia. Bukankah kita dituntut agar menjaga hubungan sesama manusia? Nah… inilah salah satu caranya. Adab dan akhlak itu bukan hanya terlihat pada zahir perbuatan, tetapi juga pada tiap butir patah perkataan yang diucap dan terluah sehari-hari. Berlaku tanpa sedar.



Saat berbicara soal kemaafan ini juga, saya ada terfikir persoalan baru. Antara ‘maaf’ dan ‘sorry’, agaknya yang mana lebih sopan?


Andai bertanyakan pendapat saya, saya lebih memilih kata ‘maaf’. 








Penghargaan’ merapatkan hubungan. 



Sila lihat situasi ketiga.


Ucapan ‘terima kasih’ pada dasarnya paling kerap didengari dan senang ditutur kerana dalam detik kehidupan kita pasti adanya pertolongan manusia saat kita tiada terdaya. Pasti ada yang ‘memberi’ sewaktu kita perlu untuk ‘menerima’.


‘Terima kasih’ adalah tanda penghargaan.



Sewaktu bila perlu untuk kita ucapkan kata hikmat ini?


Ucaplah ‘terima kasih’ saat menerima teguran dan nasihat. Manusia perlu kepada peringatan sentiasa kerana diri kita adakala lalai dibuai nafsu. Hargai yang memberi peringatan walau dengan ucapan ‘terima kasih’ dan bukannya dengan ‘coklat Cadbury’. Kerana masih ada yang sudi membawa diri kembali memuhasabah diri dan merenung kembali kesilapan yang telah dilakukan.



Ucaplah ‘terima kasih’ saat menerima bantuan atau kemudahan. Abadikan bait kata ini dalam pertuturan seharian. Jadikannya amalan dalam kehidupan yang sentiasa memerlukan kita untuk berkomunikasi dan berhubung dengan manusia.



Just say "thank you" or "kamsamnida". Dengan pak cik pemandu teksi yang sudah menolong diri tiba ke destinasi. Dengan mak cik penjual kain yang sabar dalam melayan karenah pelanggan. Dengan sahabat yang sentiasa di sisi dan tiada jemu menemani tika suka dan duka. Dengan guru-guru yang sanggup meluangkan masa dan tenaga mendidik anak murid. Dengan ibu bapa yang telah begitu banyak berkorban buat anak-anak. “Terima kasih”









Siapalah kita? 



Pasti ada yang kurang menyenangi apabila diri seakan-akan ‘diarah’ bukan 'diminta'.


Pasti ada yang berasa geram kerana tiada langsung kata menyedapkan hati apabila diri disakiti.


Pasti ada yang pantang apabila ada yang tidak tahu cara menghargai.


Tidak mengapa. Buang jauh-jauh rasa yang kurang enak itu.


Kerana… siapalah kita?



Siapalah kita untuk membenci mereka yang suka ‘mengarah’ berbanding ‘meminta’ sedangkan pada hakikatnya masih begitu ramai hamba yang tiada begitu merasakan ‘memohon’ kepada Pencipta sendiri merupakan satu kemestian sedangkan doa itu amat penting sebagai senjata dalam kehidupan seorang muslim yang beriman.



Siapalah kita untuk merasa geram dan terasa ingin membaling batu kepada mereka yang jelas melakukan kesilapan terhadap diri namun tiada tanda penyesalan dihulur sedangkan pada hakikatnya masih begitu ramai hamba yang bongkak dan angkuh enggan sujud memohon ‘keampunan’ Allah.



Siapalah kita untuk menuntut balasan ucapan atau kata penghargaan setelah segala usaha, masa dan tenaga dicurahkan membantu mereka yang memerlukan sedangkan begitu ramai yang sombong dan sedikit tanda bersyukur kepada Dia Yang Maha Pemurah mengurniakan segunung nikmat.



Dengan Pencipta juga sudah begitu sombong, apatah lagi kita yang hanya hamba mahu berharap?


Kerana Dialah yang selayak-layaknya menerima segala rayuan dan mendengar rintihan tanda lemah seorang hamba. Kerana Dialah Yang Maha Pengasih mengampuni dosa-dosa hamba-Nya. Kerana Dialah yang selayaknya terlebih dahulu menerima tanda bersyukur hamba-hamba yang mewah bergelimpangan nikmat.








Kesimpulan.  



Andai Allah jua belum begitu cukup manusia ‘meminta’, ‘memohon keampunan’ dan ‘menerima tanda syukur’ seorang hamba, siapalah kita?



Andai hamba dunia kini juga sudah begitu sombong mahu ‘meminta’, ‘memohon keampunan’ dan ‘bersyukur’ kepada Allah, kita yang hanya hamba usah begitu mengharapkan kata-kata ‘tolong’, ‘maaf, dan ‘terima kasih’ daripada manusia.



Cuma dalam kehidupan, pesan saya, kita tahu dan kita amal. Kita lihat dan kita belajar.
Dan jangan pernah jemu berusaha menjadi seorang yang berakhlak.
Juga seorang hamba yang mengaku lemah dengan sering ‘meminta’ daripada-Nya.
Juga seorang hamba yang sering mengharap ‘keampunan’-Nya atas segala dosa.
Juga seorang hamba yang sentiasa memanjatkan ‘kesyukuran’ kepada-Nya.



‘Tolong’, ‘Maaf’ dan ‘Terima Kasih’ dengan manusia.
‘Mohon’, ‘Ampun’ dan ‘Bersyukur’ kepada Allah.







 p/s: semuanya mood bola~ di rumah, di FB~ hoho~



Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya. 


Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca. 
 
 
 
"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….hapuskanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Raheem….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"



16 comments:

FatimahRashid said...

Peringatan yang baik untuk diriku yang semakin lupa. Keep it up. Memasak boleh, menulis pun mampu. =)

QueeNischK said...

Jazakillahu khairan kathira. :)

Izzati Hashim said...

Terima kasih adik!
('=

Puteri Amna Balqies said...

Salam..Syukran adik!! ^_^

Suzylilawati said...

Assalamualaikum..
mohon share ye..terima kasih..:)

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Fatimah |

Wa~ Fatimah komen ^__^ Satu kali peringatan buat orang lain, seribu peringatan buat diri b2 =)

haish~ nak jadi heroin kena usaha kuat~ ^_^ Jazakillah ya Ukhti, sudi ziarah dan dtg memberi komentar

:: Zahratu Billaurah :: said...

| QueeNischk |

Jazakillah dik, sudi luangkan masa untuk membaca dan komen ^_^ moga dalam limpahan rahmat Allah sentiasa. Pjg umur, akak ziarah ke sana ye, Insya-Allah. Barakallahu feek.

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Kak Zati |

akak! lama akak x datang sini..rindu =') terima kasih buat ingatan akak terhadap adik hari2 juga. Moga kita sentiasa istiqamah dlm melakukan kebaikan dan dlm pengislahan diri ke arah yg lebih baik ye, Ameen ^_^

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Kak Ziela |

akak! =') Waalaikumussalam wbt.
Syukran akak, akak sibuk kerja pun ada masa stalk blog org ea ^_~ rindu..=') Moga kita sama2 kuat dalam menempuh ujian yg mendatang. Seorg wanita yg cantik itu, tersenyum dalam kedukaan =')

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Suzylilawati |

Waalaikumussalam wbt. ^_^
Jazakillah ya Ukhti sudi ziarah dan komen. Tafaddolee..moga usaha ini ada imbuhannya drpd Allah. Barakallahu feek.

nusrah said...

Assalamualaikum adik manis.. ^^

asif, lama sgt tak bertanya khabar.
Sihat? Apa khabar iman?

Nice sharing rabiatul! ;)

A simple word, but people prefer to forget it and use the bad one.

Syukran atas huluran ukhwah. Syukran atas doa. Syukran atas semuanya. Kita jiran di syurga nti ya! ^_^

~ Nur Amira~ said...

salam adk manis!! dh lama xbls2 komen ngn b2.hehe

tolong.terima kasih.maaf.

semua org ske kalo org len gunakan pkataan2 ni pd kte.tp kte kdg2 lupe kte sniri xgunakan those 3 charming words pd org len,kan?

maka,ty pd diri sendiri.apa yg kte nk org len bt pd kte?sdngkan kte sniri pun xbt.alhamdulillah wa syukran unt n3 peringatn ni sygku,^^

rindu dkt b2!!! salam unt marhamah gk ea.rindu korang !!

slmt hr ry KORBAN b2! korban hati dan perasaan pun dikatakan satu pngorbanan gk kn?hehe

adibah aziz said...

woi . HAHA . mintak maaf .

tolong maafkan ae :)

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Kak Nusrah |

Waalaikumussalam wbt, akak~ ^_^

Alhamdulillah, sihat, mohon akak doakan juga sihat imannya Rabiatul ^_^
harap akak juga sihat jasmani rohami, Ameen~

Benar kak, hanya perkataan yang ringkas dan penuh makna serta menunjukkan adab dan akhlak yang baik, tetapi begitu sukar untuk diluahkan. Ada yang lebih memilih kata2 yang kesat. Peringatan bersama untuk diamalkan ^_^

Insya-Allah, jiran di syurga, Ameen~! =')

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Kak Mira |

Waalaikumussalam wbt, akak~! ^_^
rindu akak tahu..=')

Ha'ah kak, kalau kita nak orang senang kita dgn perkataan dan kata2 yang menyejukkan hati, kita pun kena buat dkt org lain macam tu juga. What you give you get back~ ^_^

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Diba |

aha~ dah mari dah budak ni~ ^_^
eh~ mestilah akak maafkan~ haish~ akak seorg yg penyabar dan pemaaf =P