Saturday, November 26, 2011

Tak Mungkin Aku Sepertimu…



(sebelum membaca, mohon diharap anda scroll ke bawah terlebih dahulu, ‘start’ dan ‘pause’ sebentar youtube. Menjimatkan masa buffering. Amat berharap video yang disertakan itu dihayati)


Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur dan dikurniakan helaan nafas menginjak ke tahun baru, 1 Muharram 1433H. Salam Maal Hijrah saya ucapkan buat pembaca. Moga kita semua berada dalam dakapan kasih sayang dan rahmat Allah sentiasa. Keceriaan di balik kesyahduan menghuni lubuk hati.  


Tetap ceria walaupun cubaan menggatal mengirim pesanan kepada radio IKIM tiada kedengaran di corong radio. Pesanan sempena Maal Hijrah. Tidak mengapa, cuba lagi lain kali. Menggatal itu perlu bagi penulis. Mahu bagi senyuman sekejap ^_^ Baik, kita berhenti di sini dahulu bagi membuka bicara lebih ‘agresif’. Sebelum objektif kata lebih terlencong jauh. Boleh kita istighfar sebentar? 


Penghijrahan merupakan satu pengorbanan. Jauh sekali satu pelancongan.
“Aku mahu jadi lebih baik daripada hari-hari semalam”.
“Moga hari-hari yang bakal mendatang lebih baik daripada helaian kembara yang lalu”.
“Mahu membuka lembaran buku yang baru dan ditutup buku yang lama”. 


Sememangnya fitrah manusia berkehendakkan kebaikan.
Penghijrahan satu pengorbanan dengan melakukan perubahan.









Manusia yang mahu melakukan kemungkaran itu seharusnya dilarang, namun orang baik juga akan diperangi oleh mereka yang tiada mengikuti ajaran Allah. Puak musyrikin Mekah tiada memberi kesenangan kepada orang yang berhijrah. Andai sempat ditangkap, ditangkap. Andai sempat dibunuh, dibunuh.




Terdapat 5 golongan sahabat yang berhijrah.



Pertama. Sahabat yang berhijrah, sampai di Madinah dan niat berhijrah kerana Allah. Inilah golongan yang paling ramai dikenali sebagai golongan Muhajiruun.



Kedua. Sahabat yang patuh akan ajaran Rasulullah SAW, selamat sampai di Madinah, berjaya melepasi rintangan, namun ditegur Rasulullah kerana niat yang salah. Niat yang baik namun salah. Kerana niat ingin bernikah diletakkan terlebih dahulu sebelum niat kerana patuh akan Baginda.




Ketiga. Mereka yang apabila mendengar perintah, segera berhijrah namun mati di tengah jalan. Maka pahalanya diberi sepenuhnya oleh Allah. Sebagaimana firman-Nya dalam surah An-Nisa', ayat 100 “Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang…”




Keempat. Golongan yang di mana apabila mendengar arahan supaya berhijrah, tiada keluar untuk berhijrah kerana lebih sayang akan harta.



Kelima. Golongan yang mahu berhijrah namun tidak mampu. Hanya bertahan di Mekah dan menyembunyikan keimanan.  Diceritakan mengenai golongan ini dalam surah Al-Baqarah.












Semua mahu jadi baik. Siapa yang tidak mahu, bukan?


Bagaimana mahu mendefinisikan makna ‘baik’?


Sudah tentu dikatakan ‘baik’ apabila mematuhi segala suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.


Sudah tentu dikatakan ‘baik’ apabila….


Apabila cukup dengan hanya mengatakan “aku cinta Rasulullah”? Benarkah begitu?


Saya mohon kesudian anda adalah lebih baik untuk melihat video ini sehingga habis terlebih dahulu andainya masih sudi meneruskan pembacaan. Mohon sangat. Bisa bersabar bukan?





Saat mendengar nama Rasulullah disebut, sambutlah selawat ke atas Baginda.











1) Apabila kita terlihat sampah di tengah jalan sewaktu mahu ke kelas, apakah kita orang yang mengutip dan membuangnya ke dalam tong sampah?


2) Apabila terlihat sejadah yang tiada tersusun sewaktu berada di masjid, apakah kita orang yang rela hati menyusun dan mengemas sejadah tersebut kembali?


3) Apabila seorang sahabat memohon pertolongan yang agak menyusahkan dan membebankan, apakah kita orang yang lebih mementingkan orang lain dan mengasihi sahabat seperti diri sendiri?


4) Apabila melihat ibu atau bapa yang keletihan, apakah kita anak yang menawarkan khidmat untuk mengurut kepala mereka?


5) Apabila berselisih dengan manusia dalam perjalanan, apakah kita orang yang terlebih dahulu menghadiahi sebuah senyuman?


6) Apabila terlihat aurat mereka yang bukan mahram secara tidak sengaja, apakah kita orang yang segera mengucapkan istighfar dan menangis bagaikan telah melakukan satu dosa yang amat berat kerana bimbangnya bercambah titik hitam dalam hati?


7) Apabila kita berjanji mahu melunaskan sesuatu, apakah kita orang yang berpegang pada janji dan bisa dipercayai memegang sesuatu amanah?


8) Apabila sahabat menghilangkan sebuah buku yang amat kita sayangi, apakah kita orang yang bisa mudah memberi maaf?


9) Apabila dipuji akan kehebatan diri, apakah kita orang yang takut menerima sanjungan dan segera mengembalikan segala pujian kepada-Nya? 


10) Apabila membuat satu temu janji, apakah kita orang yang mampu bersabar walaupun orang yang ditunggu tiada kelihatan selepas setengah jam?



Muhasabah diri sendiri. Daripada 10 soalan, berapakah yang diberikan jawapan ‘ya’?



Dan soalan terakhir, saat saya saudaramu sungguh meminta untuk menunggu buffering youtube sebelum meneruskan pembacaan, apakah anda orang yang sabar menunggu?











Kesimpulan.



Mahu berhijrah menjadi lebih baik, ikutilah qudwah hasanah daripada Rasulullah SAW kerana Baginda teladan sepanjang zaman.

 
Mahu berhijrah menjadi lebih baik, hayatilah sirah Rasulullah SAW agar lebih mendalam kecintaan kita terhadap Baginda.


Mahu berhijrah menjadi lebih baik, bukan setakat hanya status di Facebook, namun sedayanya menghidupkan sunnnah Rasulullah SAW.


Bicara penghijrahan kali ini dengan keazaman mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW.
Katanya bilang cinta akan Baginda?


Pesanan akhir, bersegeralah berselawat apabila nama Muhammad SAW disebut.


Kita sama-sama Insya-Allah.
Satu kali peringatan buat yang sudi membaca agar diri ini diingatkan seribu kali dengan apa yang ditulis.











Amat tersentuh hati dan sayu dirasakan saat seorang junior menghantar pesanan mesej mengatakan amat rindu dan ingin bertemu Rasulullah SAW setelah membaca sirah Baginda.



Andainya Baginda ada tika ini…
Tiada terbayang apa perasaan Baginda melihat umatnya pada era kini…
Sollu ‘alan Nabi…
Selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW…



Mahu berkongsi sebuah lagu yang amat meruntun jiwa dan perasaan…
Bisa menitiskan air mata…
Membawa kerinduan yang mendalam terhadap Rasulullah SAW…
Disertakan link bagi download full song.
Hayati liriknya… 



Dan bayangkan andai Rasulullah SAW berada bersama kita saat ini…
Saat kita bersedih, Baginda hadir memberi kata bersabarlah menerima ujian daripada Allah…
Saat kita makin lalai, Baginda ada memberi peringatan…
Saat semua benci akan diri, hanya Baginda yang tetap setia melemparkan senyuman…
Namun itu andainya Rasulullah SAW berada bersama-sama kita saat ini…







Ya Habibee Ya Muhammad…
Tak mungkin aku sepertimu…
Kau pembawa rahmat seluruh alam,
Layakkah aku mengucap cinta padamu?


Ya Habibee Ya Muhammad…
Tak mungkin aku sepertimu…
Akhlakmu tinggi mulia dipuja…
Menebar wangian dan ketenangan dalam jiwa…


Ya Habibee Ya Muhammad…
Mungkinku tak bisa sepertimu…
Namun ajaranmu takkan kulupa…
Al-Quran menjadi peneman kembara…


Ya Habibee Ya Muhammad…
Dirimu sentiasa hidup dalam hati ini…
Moga dapat kita bertemu di syurga sana…
Muhammad, kurindu padamu…










Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya. 


Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca. 

"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….hapuskanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Raheem….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"

17 comments:

Izzati Hashim said...
This comment has been removed by the author.
Izzati Hashim said...

Salam alaik. (=

Selamat menyambut maal hijrah 1433 H.
(=

Jom sama2 berhijrah ke arah yang lagi baik dari sebelum ni, jom sama2 dekatkan diri pada Allah, jom sama2 melangkah ('=

Video yg pasal bagi salam tu, memg menjadi budaya kat sini.
Seingat akak masa tahun satu dulu kot, pernah kena tegur dengan seorang pak cik teksi sebab tak bagi salam. Kena bagi 'ceramah' la juga, tapi alhamdulillah dengan berkat 'ceramah' pak cik tu dah lekat dekat bibir. Moga Allah merahmati beliau. ('=

jom sama2 budayakan sunnah Rasulullah, kita kata kita cinta kan, so apa yg perlu ditunggu lagi, buktikan! (=


p/s : 1.4.3.3 - I LOVE YOU TOO (=

anitaare said...

Assalammualaikum Rabiatul sayang..terkesan sungguh setiap kali baca hasil nukilan Rabiatul..sungguh mama memang rinduuuu walau skrg ni mama hanya mampu jengok sekali-sekala saja...maafkan mama ye..
lagu tu memang tangkap syahdu walau berkali dengar tetap airmata mengalir laju..rindunya pada Rasulullah

aQubUdAkPERAK said...

rabiatullllllllll....is sgt2 appreciate post ni,,,sgt2 mny nyentuh hati n jiwa is,,:'(( tq so much b2,,
is ase bhagia apbbla ade org yg menegur n mmberi tzkirah pd is.
syag b2,b2 hebat!

Anonymous said...

semoga Allah redha...

peRmaTa_ aGamA said...

Salam Maal Hijrah 1433..

~ sharing is caring..(^_~) ~

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum dik B2 :')

salam maal hijarah 1433H.
terima kasih dik :)

Tablet Hati said...

Assalamualaikum
nice post (^_^)v

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Kak Zati |

Wsalam wbt. ^_^

Penghijrahan setiap hari, keinginan untuk berubah dizahirkan dalam bukti perbuatan, em, Insya-Allah kak! =')

adik pernah baca situasi mcm akak tp bukan ttg salam. Ada sorg tu dia nak naik bas ke teksi, x ingat dah adik. Dia ckp tempat yg dia nk pergi. Lps tu pak cik driver tu kata "rude!" sbb lgsg xde ucapan terima kasih. terkesan di hati kisah akak =') terima kasih kak *peluk*

always love u~! =') <3

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Mama Anita |

Wsalam wbt Mama..='( Rabiatul pun rindu Mama sgt..*peluk* Moga mama baik2 sentiasa, sihat dan dlm jagaan Allah. Lagu tu menyentuh hati kan, Mama...bait2 lirik yg mengingatkan kita akan perjuangan Rasulullah SAW. Sedih bila lihat dunia hari ini...

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Iswani |

Is, yg menyentuh hati Is tu Allah...='( dan andai manusia melihat kehebatan pd diri kita, itu kerana Allah yg sembunyikan keaiban diri kita. Ni ms b2 cuba berkongsi..Is pun ada ingatkan b2...tu namanya sahabat dunia akhirat, kan? b2 syg Is~! =') *peluk*

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Al-Manjuniyy Abdullah |

Terima kasih sudi singgah di teratak x seberapa ini, sudi membaca dan memberi komentar. Amat menghargainya! =) Moga dirahmati Allah sentiasa, Ameen..

:: Zahratu Billaurah :: said...

| peRmaTa_ aGamA |

penghijrahan menuju Allah..kita sama2 ye ^_^ jazakillah sudi singgah dan memberi komentar, amat menghargainya! Moga sentiasa dlm rahmat Allah

:: Zahratu Billaurah :: said...

| kak Jiha |

Wsalam wbt kak Jiha~! adik rindu sgt akak..='(

moga akak di sana baik2 aja ya =') moga dlm pemeliharaan Allah sentiasa dan dipermudahkan segala urusan, Ameen *peluk*

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Hatiku Bermunajat |

Wsalam wbt ^_^ syukur Alhamdulillah, pujian kpd-Nya kembali. Kita hamba tiada apa2 tanpa Dia. Jazakillah dusi singgah dan baca perkongsian dgn ilmu penulisnya yg terbatas. Moga ada manfaat yg bisa diambil walaupun sedikit ye. Barakallahu feek

ili said...

assalam adik sayang

subhanallah.akak terkedu & terhenti sejenak.bermuhasabah
betapa banyaknya kekurangan diri ini
betapa kurangnya amal baik selama ini

insyaAllah yg baik akan akak teladani
;)

*nak praktis sebarkan salam sokmo.banyak memberi salam drpd menjawab salam.biznillah ^___^

:: Zahratu Billaurah :: said...

Waalaikumussalam wbt akak...=')

Kita sama2 muhasabah diri ye kak. Hidup hanya sementara. Diri adik lebih byk kekurangan dan kurang amal drpd akak.

Insya-Allah...=')