Sunday, May 29, 2011

Hebatkah Cinta?



عليكم السلام
  بسم الله الرحمن الرحيم




Tatkala hati mekar dengan cinta manusiawi,
Hati kian jauh daripada-Nya,
Rindu dan kasih lebih kepada yang tercipta,
Bukan lebih dicurahkan kepada Pencipta.


Tetapi saat cinta manusiawi yang terbina,
Hancur ibarat kaca hati yang retak,
Saat itu mudah sungguh merayu kepada-Nya,


Ingin aku bertanya,
Setelah hatimu dilukai…disakiti…
Apakah cinta Allah itu hanya sekadar sandaran?



 





Fenomena ini mungkin biasa. Sewaktu tenggelam dalam cinta manusia, hati hanya banyak merinduinya berbanding Allah. Hanya banyak dan asyik memikirkannya berbanding Allah. Saat cinta manusiawi itu berpaling tadah, hati punah. Tangis mengiringi. Baru mengingati-Nya.



Tetapi pujian harus diberikan kepada yang kembali kepada Allah saat cinta manusiawi hancur, setelah kesetiaan dikhianati. Ya, puji kerana soal hati itu memang susah. Saya memahami itu. Hal ini kerana ada yang mengambil keputusan drastik dan ekstrem. Seperti terjun bangunan. Makan pil berbiji-biji. Ya, mahu membunuh diri.



Cinta. Perkara yang tak akan pernah habis dibicarakan. Kerana cinta itu indah. Ya, indah dan suci fitrahnya. Cinta manusia. Juga indah. Andai betul cara dan benar matlamatnya. Indah jika puncak cintanya Allah dan matlamatnya syurga.



Saya mahu menyentuh dahulu mengenai mereka yang patah hati kerana kekasih hati. Dan setelah itu kembali kepada Allah. Mahu melupakan kisah lalu. Dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Penyayang. Pujian untuk mereka. Dan sokongan. Kerana mereka ingin berubah ke arah yang lebih baik.









Cinta itu ujian.



Cinta itu ujian. Motivasi buat mereka yang renyuk hati kerana cinta manusia. Anda diuji dengan ujian cinta. Anda mengambil langkah yang bijak dengan lebih mendekatkan diri kepada Allah setelah putus harapan dengan cinta manusia. Jadikan pengalaman itu sesuatu yang berharga. Bukan mimpi ngeri seumur hidup sehingga fobia dan trauma dengan cinta.Dengan mengambil iktibar daripadanya. Bukan terus patah hati, bukan terus patah semangat, bukan terus putus asa.



Merenung. Ya. Percayalah setiap apa yang berlaku pasti punya hikmah. Percaya ada hikmah. Ada hikmah. Ada hikmah. Ya, yakinlah. Pasti ada sesuatu yang Dia mahu ajarkan. Pertama, dengan cinta yang dikhianati itu, diri lebih dekat kepada Allah. Kedua, dengan patah hati kerana cinta manusiawi itu menjadikan diri lebih matang dalam kehidupan. Semakin mengenali manusia. Ketiga, lihatlah ujian ini bukti Dia Maha Penyayang. Walaupun andainya dulu diri lalai dengan cinta manusia namun Dia tetap ada. Menanti dengan lambaian kasih sayang. Dia tetap setia di sisi! Sungguh Dia Ar-Raheem. Tiada yang setanding kasih-Nya.









Namun, ketahuilah cinta Allah itu bukan sandaran.



Andai saat ini hati dikecewakan cinta manusiawi, seterusnya tindakan semakin mendekati Allah. Tetapi andai diuji lagi dan cinta itu datang lagi. Apakah cinta kepada Allah itu akan berkurang? Dan asyik dengan cinta manusiawi buat kesekian kali. Kemudian apabila hati retak lagi, kembali kepada Allah semula. Apakah cinta Allah itu hanya sandaran setelah hancurnya cinta manusiawi?


Cinta Allah itu bukan sandaran semata ketika susah. Tetapi ditinggalkan sewaktu senang.

 
Cintailah Allah kerana Dia Pencipta. Cintailah Allah kerana kita hamba. Bukan hanya menjadikan Allah tempat mengadu sewaktu jiwa sakit kerana ditinggalkan cinta manusia. Dan kemudian melupakan-Nya saat asyik dengan cinta manusia.










Salah Faham Terutama Mengenai Zina Hati



Usah dibunuh perasaan sayang itu. Kerana adanya kata-kata yang membisik itu adalah zina hati. Usah dibunuh perasaan cinta yang berputik di dalam hati terhadap seseorang. Itu fitrah! Langsung tiada salah kerana rasa kasih itu ditiup-Nya. Mengapa salahkan cinta anugerah Allah sedangkan diri yang sengaja menyusahkan Islam yang mudah.


Saya ingin berkongsi dan petik dari satu blog tentang apa itu zina anggota.



Perbuatan yang menjurus kepada zina, itulah yang dianggap zina dalam hadis ini. Melihat lawan jantina dengan nafsu berahi dan syahwat, itu barulah dikira zina mata. Tangan mengklik dan menaip URL laman web porno, itu zina tangan. Hati berangan-angan dan membayangkan zina dengan seseorang, itu zina hati.


Islam agama yang tidak memberatkan minda, tidak menyalahi fitrah, tidak terlalu syadid. Islam tidak semudah itu nak menghukum mereka yang berbalas mesej di YahooMessenger, sudah dikira zina tangan! Menyanggahi batas perhubungan dan ikhtilat, itu mungkin benar. Tapi zina tangan, itu sudah lain skop dan konsepnya!


Islam tidak semudah itu, nak menghukum mereka yang melihat gambar lelaki/wanita sebagai zina mata. Menyanggahi perintah Allah agar menundukkan pandangan, itu mungkin benar. Tapi zina mata, itu sudah lain skop dan konsepnya!


Islam tidak semudah itu, nak menghukum mereka yang merindui dan mengingati pasangan sebagai zina hati. Melalaikan dari mengingati Allah, melaghakan dsb, itu mungkin benar. Tapi zina hati, itu sudah lain skop dan konsepnya!



Keseluruhan artikel bisa diklik di sini. Sila baca. Mesti baca.



Zina hati sering disalah anggap pemahamannya. Kerana saya pernah mendengar ada tanggapan sebegitu. Walaupun di kalangan 'ustazah-ustazah' setakat pemerhatian saya. Memahami bahawa zina hati itu adalah apabila teringatkan seseorang yang bukan mahram. Itu salah! Zina hati yang sebenarnya adalah hati yang berkehendakkan, mempunyai keinginan dan berangan-angan untuk melakukan zina, tak kira lah wanita atau lelaki.



Islam tidak semudah itu untuk mengatakan bahawa dengan mengingati seseorang yang bukan mahram itu zina hati. Islam tidak semudah itu untuk mengatakan SMS bersama lelaki ajnabi atau perempuan ajnabi itu zina tangan. Tidak semudah itu. Perkara berikut termasuk dalam perbuatan yang sia-sia dan lagho. Bukan zina hati dan zina lain. Sebaiknya, hindarilah jika tiada keperluan! Pergaulan itu tetap harus dijaga. Syaitan itu penipu profesional. Dibimbangi tertipu. Apabila teringat si dia, jadikanlah istighfar sebagai peneman. Sibukkan diri dengan perkara lain. Sungguh, cinta Allah itu lebih mengasyikkan.









Buat mereka yang menjalin hubungan.



Andai sedang berhubungan, tanya hati sendiri. Apakah tujuan hubungan itu? Apakah matlamat hubungan itu? Apakah hanya untuk mengenyangkan nafsu? Untuk mempermainkan wanita? Untuk berganti teman lelaki? Atau tujuannya ingin membina Baitul Muslim? Matlamatnya syurga?



Jadikan Allah puncak cinta, pasti jalan yang kita berada sekarang terpandu hanya untuk meraih cinta-Nya. Cara yang betul. Matlamat yang betul. Kerana mahu melakukan apa yang bisa merebut cinta-Nya. Yang bisa menggapai keredaan-Nya.



Tiada yang menyuruh untuk putus jika sedang berhubungan sebaliknya merancang dengan teliti. Serius. Bukan main-main. Jadikan cinta yang wujud adalah cinta yang diredai-Nya. Pastinya cinta itu bagus jika menjadi penolak buat diri untuk membentuk diri ke arah yang lebih baik. Change for better.



Cinta yang berputik itu siramilah ia dengan cara yang betul. Hanya satu. Nikah. Dirikan Baitul Muslim.



Banyak cara yang boleh dilakukan. Gunakan orang tengah. Sampaikan hajat di hati ingin memperisterikan seorang gadis yang yakin ditakdirkan buat diri. Gadis pilihan Allah setelah istikharah dan petunjuk yang memberi rasa damai dalam hati.



Bagi yang berani, jumpalah mak dan ayah. Berbincang secara baik. Saya cabar orang lelaki. Jika anda benar mahu dia menjadi suri hidup anda, beranikan diri. Bertemulah ibu dan bapanya dan terangkan niat yang murni itu. Percayalah jika hati benar jujur, ibu bapa pihak perempuan tidak akan mengambil parang untuk menetak anda. Bukan hanya pandai bermain kata di belakang. Lelaki seperti ini jelas kelihatan keikhlasannya. Saya kagum.



Dalam pada masa yang sama, perbaiki diri. Agar diri lebih mengenal erti tanggungjawab dan semakin matang menghadapi kehidupan. Belajar apa itu tanggungjawab sebenarnya. Bersungguh-sungguh menuntut ilmu jika masih dalam pengajian kerana Allah supaya mendapat kerjaya yang dapat menampung keluarga kelak bagi lelaki. Mempelajari kemahiran seperti memasak dan menjahit juga menimba ilmu tentang anak bagi perempuan. Pendek kata, bersedia dan mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental.



Perlu diingat, apabila disebut Baitul Muslim, itu bukanlah ikatan antara lelaki dan perempuan yang disatukan itu sahaja. Kita bercakap tentang pembinaan ummah! Dari titik tolak kesedaran ini, untuk membina Baitul Muslim atau Baitul Dakwah, kita mulakan penyiasatan pada diri terlebih dahulu.



Baiki diri ke arah yang lebih baik. Setiap hari usaha untuk mempelajari sesuatu. Setiap hari usaha menambahkan ilmu. Apabila satu ikatan sah dimeterai antara dua insan yang memahami apa sebenarnya tujuan pembinaan Baitul Muslim, Insya-Allah kelak bakal melahirkan mujahiduun dan mujahidaat agama. Membentuk ummah yang berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah.









Usah persiakan masa.



Namun jika keadaan yang sebenarnya, jika tiada kemungkinan akan mendirikan rumah tangga dalam jangka masa terdekat, usahlah berpasangan. Buat adik yang masih dalam alam persekolahan, berilah sepenuh perhatian pada pelajaran. Timbalah ilmu seberapa banyak yang boleh dalam usia yang muda ini. Melainkan adik jamin adik bisa dan mahu berkahwin awal?



Umur masih muda dan perjalanan adik masih jauh. Usah kerana cinta monyet menyebabkan pelajaran dan tuntutan mencari ilmu terabai. Perasaan ketika ini hanya sementara dan percayalah ia akan berlalu pergi. Usah terlalu dilayan. Berikan sepenuh cinta kepada Dia, Berikan sepenuh kasih sayang terhadap ibu bapa dan sahabat. Itu penting buat masa sekarang. Percayalah.



Namun, bagi mereka yang ada perancangan untuk bertunang atau berkahwin. kawallah. Tiada yang menyuruh putus kerana bisikan polis cinta tentang zina hati terutamanya. Malah tujuan dan matlamat itu mulia, mahu membina masjid di bawah naungan rahmat dan reda Allah. Ikut kata hati. Jagalah hubungan itu agar tidak membatasi adab pergaulan yang ditetapkan Islam.



Jadikan hubungan ini sebagai batu penolak untuk melakukan persediaan sebaik-baiknya. Bersederhana dalam berhubung. Usah bergayut berjam-jam sehingga selepas kahwin sudah tidak ada apa yang mahu dibicarakan. Usah duduk berdua-duaan sambil berpegangan tangan tetapi tundukkanlah pandangan. Peliharalah kehormatan dengan menutup aurat dengan sempurna dan tidak melunakkan suara bagi perempuan.



Bertindak bijak dengan mengekalkan hubungan ke arah gerbang perkahwinan dengan tidak melampaui batas perhubungan lelaki dan perempuan. Itu semua terletak atas diri masing-masing. Tanya hati, kerana hati itu raja dan nakhoda perlakuan anda. Ikut syariat. Ini amat penting.



Cinta itu tidak salah. Pandulah rasa cinta yang ada ke arah jalan yang betul. Ikutlah panduan Allah agar cinta itu adalah cinta yang diredai-Nya.









Kesimpulan.



Usah sempitkan fikiran sewaktu bicara tentang cinta.
Letakkan makna ‘cinta’ dalam hati itu adalah CINTA ALLAH.
Jika cinta kepada-Nya maka tindak tanduk yang bakal menyusul adalah mengikut apa yang disuruh-Nya.



Fahamilah konsep Baitul Muslim yang sebenarnya. Bukan hanya penyatuan dua insan yang punya rasa kasih dan cinta. Kita berbicara tentang amanah dan tanggungjawab yang bakal dipikul. Bagi membentuk ummah bertitik tolak daripada pembentukan diri ke arah yang lebih baik terlebih dahulu.



Usah buta kerana cinta. Cinta orang beriman itu tidak buta. Tidak buta jika dengan cinta itu bisa membezakan yang mana baik dan yang buruk.
Tetapi cinta orang beriman itu juga buta. Buta andai sudah tidak terlihat halangan bagi menggapai cinta teragung.



Letak cinta pada tempat selayaknya.
Nescaya bahagia di dunia dan di akhirat.
Gapai keredaan-Nya dengan cinta.
Itulah kuasa cinta yang sebenarnya.
Cinta itu hebat begini.









Dedikasi buat seorang kakak. Adik amat menyayangi kakak. Adik sentiasa ada untuk terus memberi sokongan untuk kakak selagi hayat masih ada. Dengan izin-Nya. Walau jauh. Hati ini dekat dan iman ini pengikat. =’) *peluk*


Juga dedikasi buat seorang Akhi. Akhi seorang yang hebat. Jangan mudah rebah kerana seorang wanita. Akhi berhak mendapat yang lebih baik. Dan yang terbaik pilihan daripada Allah. Percayalah. Saya amat menghormati Akhi dan saya sokong Akhi dari belakang sebagai adik.


Juga dedikasi buat seorang adik. Umurmu masih muda, dik. Mawar yang mula teguh dilingkari duri. Curahkan perasaan kasih yang mula mekar itu pada tempat yang sepatutnya. Kelak dirimu pasti bahagia. =) Adik budak baik, kan? Akak sungguh sayang adik *peluk*


Akhir sekali, tidak ketinggalan, semestinya adalah tamparan buat diri sendiri. Semua penulisan saya adalah untuk menampar diri sendiri. Satu kali peringatan buat yang membaca agar diri ini kembali diingatkan seribu kali dengan apa yang ditulis. Wallahua’lam.









Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.


Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.


"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"


16 comments:

Puteri Amna Balqies said...

salam..

Syabas buat adik,penulisanmu terkesan di hati akak..

"Letak cinta pada tempat selayaknya.
Nescaya bahagia di dunia dan di akhirat.
Gapai keredaan-Nya dengan cinta.
Itulah kuasa cinta yang sebenarnya.
Cinta itu hebat begini..."

InsyaAllah semoga kita sama2 menuju cinta hakiki..

sayang adik!!

cahaya azyla said...

kak atul..tqvm..peluk cium..love you

adie shahrul said...

Mumtaz ya ukhti... Lama ana xkunjung sini..Syukran bab bt entri ttg cinta...

Izzati Hashim said...

Salam alaik.

Kalau akak tak kenal adik, akak rasa adik dah berusia lebih dari umur adik sekarang ni. (=
Matang. Tahniah.

mcm biasa, tersenyum sorg2 depan laptop ni baca post adik. (=

soal cinta yang takkan pernah senyap. Cinta itu fitrah. Kadangkala akak terfikir, kenapa kita sering mengatakan cinta kepada manusia, sebab satu saja sebab kita nampak. Berbanding Allah, kita tak nampak.

Dan di situ sebenarnya, peranan iman kita. Just kena pandai balance kan ia. Dan yang pasti kena lebihkan cinta pada Allah (=

bila cinta dtg, bukan kita tunduk pada cinta, tapi kita yang menundukkan cinta. (=

oh, alangkah indahnya bila tahu mana nak letak tahap cinta itu. (=

Nazihah@Jiha said...

salam alaik

sayang adik!! *peluk*

nusrah said...

Assalamualaikum Rabiatul,

cinta oh cinta..

a good explanation here. Keep up your dakwa through this. May Allah bless you :)

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Kak Ziela |

Waalaikumussalam wbt akak! ^_^

Allah yang menyentuh hati akak..=)

Akak byk ajar adik ttg ketabahan, akak mmg seorg wanita yg tabah! =') akak seorg yg kuat..

Insya-Allah, sama2 ye kak. Adik amat menyayangi akak..=') *peluk*

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Dik Azyla |

panggil kak atul ea? ^_^ ada sepupu akak panggil mcm tu, hehe

akak pun syg adik =) *peluk*
(mkn ubat tu, demam kan, budak ni pegi klinik tapi xmkn ubat =P )

:: Zahratu Billaurah :: said...

| KakZati |

Waalaikumussalam akak ^_^

Kakak dia yg matang, adik pun ikut kakak dia la ^_^

Akak mmg suka tersenyum kan =)

betul sgt akak. mulut je terkesan nama Allah. tapi hati tak, hati dgn manusia. itulah sebabnya.

menundukkan cinta =) suka ayat akak yg ni

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Kak Jiha |

Waalaikumussalam wbt
akak yg periang dah mari!! ^_^ *lompat dan peluk*

syg sgt akak, akak duk baik2 jauh di Sabah tu, adik tinggalkan akak dijaga Allah, pasti selamat =')

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Akh Adie |

aiya, maaf Akh, tertinggal xikut turutan ^_^

Alhamdulillah, moga ada manfaatnya ye Akh. Sama2 beramal, Insya-Allah

:: Zahratu Billaurah :: said...

| KakNusrah |

Waalaikumussalam wbt akak ^_^

Insya-Allah. Terkdg kan kak, perlu menggunakan 'cinta' untuk menarik hati-hati untuk 'bercinta' dgn betul

Barakallahu feeki ya Ukhti =)

Izzati Hashim said...

Entah la, tapi kawan2 akak kata memg akak yg jenis suka senyum.

Senang je prinsip akak, nak bahagiakan diri kena bahagiakan org lain dulu. Nak org senyum kat kita, kita senyum dulu. Lagipun itu sedekah kan? (=

:: Zahratu Billaurah :: said...

Akak mmg suka senyum ^_^

Setuju dgn akak. Kalau kita nak org buat mcm tu dgn kita, kita yg kena mula dulu. Bukan menunggu org lain yg buat. ^_^ ya akak, sedekah, Alhamdulillah

adibah aziz said...

au . <3

:: Zahratu Billaurah :: said...

aha~ budak ni~! ^_^ *peluk*

Diba baik2 je kan dkt sana =)