عليكم السلام
بسم الله الرحمن الرحيم
Ada orang yang muak dengan perkataan ‘cinta’ dan kekasih’
Bila sebut sahaja, rasa menyampah, nak muntah,
Asyik-asyik cinta, asyik-asyik kekasih,
Dengar orang nyanyi lagu cinta, rasa geram,
Oh, mungkin yang begini,
Kerana kasih insani yang tiada kesampaian.
Lain dengan mereka yang apabila mendengar perkataan ‘cinta’
Punya rasa punya ketenangan tak mampu diungkap,
Bagai dunia penuh citra warna,
Bahagia hati mengungkap kekasih,
lantaran cinta dan kekasih punya erti tersendiri,
Itu adalah kerana, lain orang lain fikiran.
KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIR
Pernah bertanya pada diri sendiri?
Sewaktu mendengar perkataan 'cinta', apakah yang terfikir oleh minda?
Saat mendengar perkataan 'kekasih', siapakah yang terbayang di dalam fikiran?
Apakah makna ‘cinta’ dan ‘kekasih’ yang berlegar dalam kepala?
Adakah kucing di rumah?
Atau adakah laptop kesayangan?
Atau mungkinkah si dia pengarang jantung?
Atau Ibu dan Ayah permata hati jiwa raga ?
Atau Rasulullah Baalighur Risaalah?
Atau Allahu Rabbul Alamin?
Yang Mana Dipanggil ‘Cinta’ dan ‘Kekasih’?
Saya yakin antara empat jawapan majoriti yang dipilih pasti,
Si dia istimewa,
Ibu dan Ayah jauh di mata dekat di hati,
Rasulullah Baalighur Risaalah,
Dan Allahu Rabbul Alamin kasih nan abadi.
Dan saya juga yakin dan percaya, jika jawapan jujur diberi, pasti yang paling majoriti,
Si dia istimewa.
Ibu dan Ayah, Rasulullah serta Allahu Rabbul Alamin saling bersaing antara tempat kedua, ketiga dan keempat.
Betul tak?
Tak betul?
Lalu mengapa artikel yang paling banyak diberi respon adalah yang ada perkataan ‘cinta’ dan ‘kekasih’? Tetapi bukan yang ada perkataan ‘hamba’, ‘taqwa’ dan ‘akhlak’?
Lalu mengapa kebanyakan artikel yang paling banyak dilihat adalah yang ada perkataan ‘cinta’ dan ‘kekasih’? Tetapi bukan sirah Rasulullah?
Lalu mengapa tangan pantas meng’klik’ memilih artikel yang ada perkataan’cinta’ dan ‘kekasih’?
Tetapi bukan ‘ciri-ciri anak yang soleh solehah?’
Mungkin dalam blog ini pun sudah terbukti. Carilah.
(Saya sangat suka memerhati dan meneliti. Jadi, mari kita sama-sama suka psikologi ^_^)
Mengapa begini? Saya berfikir sendiri.
Oh, itu adalah kerana salah awak yang menulis,
Awak yang fikir kami baca perkataan ‘cinta’ dan ‘kekasih’ sebagai si dia yang istimewa.
Baiklah, salah saya. Saya tulis, ‘apa yang saya fikir adalah diri saya’. Sekarang, apa yang saya tulis, terkena pada batang hidung sendiri.
Oh ye, satu lagi. Awak yang menulis, salah awak lagi, awak yang suka menulis post dengan menggunakan tajuk ‘cinta’ atau ‘kekasih’.
Baiklah, salah saya. Tapi, kenapa post yang punya perkataan ‘hamba’ tak pula awak nak baca?
Itu kerana awak menulis tak sedap.
Baiklah, salah saya, saya terima, maafkan saya. *merajuk*(sampai hati hang cakap macam tu…kecik hati ambe… T_T) hehe ^_^
Tetapi saya masih tidak mahu mengalah, benarkah begitu?
Benarkah artikel yang ada perkataan ‘cinta’ dan ‘kekasih’ banyak diklik kerana yang terbayang dalam fikiran, ‘cinta’ dan ‘kekasih’ itu adalah Allahu Rabbul Alamin?
Benarkah artikel yang ada perkataan ‘cinta’ dan ‘kekasih’ itu ‘the most viewed’ adalah kerana minda mengingatkan ‘cinta’ dan ‘kekasih’ itu adalah Rasulullah Baalighur Risaalah?
Benarkah artikel yang ada perkataan ‘cinta’ dan ‘kekasih’ itu banyak diberi respon kerana menganggap ‘cinta’ dan ‘kekasih’ itu adalah Ibu dan Ayah?
Entahlah.
Mungkin silap saya.
Mungkin saya yang salah menilik dan mentafsir.
Tak mengapalah. Saya terima. Maafkan saya.
Tapi hakikatnya masing-masing tahu,
Kan?
Tinggallah tajuk ini sekejap.
Kreatif Dengan 'Cinta' dan 'Kekasih',
Berseni dalam ‘Bercinta’ dan ‘Berkasih’.
Mungkin hari-hari kita dengar lagu mendidik jiwa seperti ini,
Mengharap maghfirah dari-Mu
Oh Tuhan Yang Esa
Kucemari hidup dengan kesesatan
Membutakan hati yang sering terleka
Terasa jauh diriku dari Tuhan
Dengan godaan syaitan
Kutahu Dialah penerima taubat
Walaupun kusering tinggalkan suruhan
Berilah kesempatan ini untuk berubah
Tetapi bagaimana kalau yang terdengar adalah lagu ini,
kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada
hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi
Memang lagu ini tidak termasuk dalam kategori nasyid,
Tapi, telah saya katakan kita adalah apa yang kita fikir,
Dan kita punya minda anugerah Allah,
Maka kita punya peluang untuk berseni dan berkreatif,
Dalam memahami makna 'cinta' dan 'kekasih'
Setiap detik, setiap waktu, masa dan ketika.
Fikir sahaja ‘aku itu adalah diri’
Dan perkataan kau itu adalah ‘Kau’
Boleh je kan? ^_^
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku pada-Mu
seperti udara yg kuhela Kau selalu ada
yg memanggil rinduku pada-Mu
seperti udara yg kuhela Kau selalu ada
hanya diri-Mu yg bisa membuatku tenang
tanpa diri-Mu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi
Tapi terkadang melihat juga kepada lirik.
Turn something negative into something positive.
Juga video ini, sedih lagunya..perkongsian daripada Ustaz p-tis,
(harap jangan fikir lain pula ==", kan kuar pula kata 'ustaz ustazah kononnya couple ikut blog', maka saya jemput bacalah ini, haha ^_^ xdelah saya tahu pembaca blog saya baik2, saja bergurau~ syukran sahabat seperjuangan sejak zaman sekolah, nak buat mcm mana, begini cara saya menghargai sahabat2, dan sekarang giliran ustaz yang banyak buat huru hara dalam blog ni ==" haha)
ustaz, ana tgh menaikkan saham ustaz nih, ustaz kan x sabar nak 'lumba lari', hoho~
Ini hanya sebahagian seni dan kreatif dalam 'bercinta' dan 'berkasih'.
Banyak lagi cara lain.
Mari tamatkan perbincangan.
Kesimpulan.
Bukanlah maksud saya mengatakan cinta terhadap si dia istimewa itu salah.
Bukan, maafkan saya jika membuatkan anda berfikiran begitu.
Tidak salah jika tujuannya betul dan niatnya betul. Cinta kepada si dia istimewa jika betul pada tempatnya juga mencapai keredaan Allah. Jika mahu berbicara mengenai ini, panjang pula kisahnya.
Cuma saya mahu menyuntik diri agar berfikir sejenak.
Di manakah kedudukan Allah dalam diri kita?
Benarkah di dalam hati? Sehingga kita jadi begitu kemaruk dan tenggelam?
Apakah hanya sekadar di mulut? Sebagai pemanis ucapan dan tulisan?
Tentukan makna 'cinta' dan 'kekasih' pada diri sendiri.
Mahu meletakkan erti cinta dan kekasih yang bagaimana,
Yang tidak diredai dan membuang masa,
Atau yang kelak mengundang kasih abadi.
Yang pastinya jika sentiasa mentafsir ‘Cinta’ dan ‘Kekasih’ itu adalah Allah, pasti tidak akan pernah merasa ‘muak’.
Kita punya pilihan,
Dan percayalah setiap pilihan kita
Adalah jawapan siapakah diri kita.
Kerana itu, yang pertama,
Lihat siapa diri kita. Lihat hati kita.
Tanya sekali lagi, siapakah ‘Cinta’ dan ‘Kekasih’ yang sebenarnya dalam hati kita.
Tanya dari lubuk hati yang paling dalam.
Pasti bertemu jawapan.
Jika jawapannya adalah Allahu Rabbul Alamin adalah cinta dan kekasih yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran, setiap masa, setiap detik, dan walau di mana-mana diri berada, saya ucapkan tahniah, anda dapat merasa diri sebagai seorang hamba Ilahi.
Jika jawapannya adalah Rasulullah Baalighur Risaalah, saya pasti anda amat mencintai Baginda dan sentiasa ingin berusaha terus mencintai Baginda.
Jika jawapannya Ibu dan Ayah, saya yakin anda anak yang soleh dan solehah.
Tapi, jika jawapan sebaliknya.
Marilah kita sama-sama menilik hati sendiri.
Ini hanya pendapat saya, seorang manusia yang mampu berfikir tapi tak semestinya betul.
Oleh itu, saya amat memerlukan anda pembaca yang amat saya hargai. Sama-sama berkongsi pendapat dan menegur kekhilafan saya. Maaf, saya punya banyak kekurangan.
Saya harap post ini tidak dibaca seperti saya sedang emosi, saya bukanlah manusia yang begitu. Bukan ^_^ Betullah, eh, tak percaya pula.
Sebab itu orang kata kalau tak kenal maka tak cinta. Kenali dulu baru membuat kesimpulan. Saya seorang yang open minded (maksud saya, gila-gila ==’ apelah, ambik BA, tak thiqah langsung hang ni), andai saya salah, saya mohon, tegurlah saya, saya tak kisah, malah amat saya hargai tapi harapnya dengan cara yang lembut membawa kepada perbincangan ^_^. Jika anda punya pandangan sendiri, kongsilah, amat saya hargai.
Saya sayangkan semua pembaca blog saya kerana Allah. Saya cuma menulis untuk kita sama-sama berfikir. Untuk kita sama-sama cuba menegur dan menyedari kesilapan dalam diri. Seterusnya sama-sama memperbaiki dan menjadikan diri lebih baik.
Jadi akhir kalam,
Siapa yang setuju, sila angkat tangan macam saya~~~
(dah tengok cerita Kak Limah Balik Rumah? Kalau tak tengok lagi, ha, pergilah tengok~ ^_^ baru faham~ cuba ambil sesuatu yang positif~ put aside the negative one, “itulah pentingnya English education~” ^_^)
Kita adalah apa yang kita fikir.
Perkara negatif sekalipun, bisa bertukar menjadi positif kerana the power of mind.
Minda dan akal kita punya kuasa.
Kerana dicipta sebaiknya oleh Yang Maha Kuasa.
Andai ‘Cinta’ dan ‘Kekasih’ setiap masa ditafsir Allah, pasti tidak akan pernah mengenal rasa ‘muak’.
Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.
26 comments:
MUMTAZ ya ukhti.. entri yang menarik...:)
Syukran jazeelan sudi baca, Akh ^_^
jazakallah bah..
Syukran akak untuk entri ini..
Terima kasih sangat2..Terkena batang hdung sendiri.. Selalunya kalau ada mana-mana post dekat blog2 pasal cinta saya hanya baca sekerat jalan.. Bukan kerana istilah muak,tapi saya rasa lain kalilah saya baca..
Alhamdulillah,kerana tadi saya teruskan pembacaan saya,dan ada pengajaran yang besar utk diri saya..
"Andai ‘Cinta’ dan ‘Kekasih’ setiap masa ditafsir Allah, pasti tidak akan pernah mengenal rasa ‘muak’."
Saya nak komen lebih,tapi rasa janggal pula..[ini pon dah lebih ni]
Apa-pun,syukran..
Assalamualaikum,^^
Rabiatul 92 kah?? aiya..adiqlah ni haha^^Jiha 91..huhu
nda pa,nda kisah tu..hehe
entri cinta dan kekasih ni mmg menusuk diqalbulah...pndpt sy sama dgn adiq Ibnbakr tu..huhu
apa-apa pun..tanamkan dalam hati cinta Allah yang paling tinggi! ^^
ohohoo adiq Rabiatul hehe, nak jugakah dipggil adiq ni?? hik3^^
| Dik Wafi |
Jazakallah dik sudi baca ^_^
harap maksud akak x tersalah tafsir lah ye, akak tulis ni pun nak mengata diri sendiri, btg hidung akak sendiri pun terkena ^_^
baguslah tu dik, kalau nak baca artikel, sbnrnya baguslah pilih yg selain cinta pula, sbb biasanya org suka psl cinta dn biasanya psl cinta manusia (xsalah pun) tp apa slh bykkan pula klik dkt artikel sirah2 Nabi, ilmu kesihatan ke, motivasi, dakwah2, nasihat2, tu maksud akak tapi akak pun x kata salah baca yg ada perkataan 'cinta', bacalah tp seimbangkan, cuma pemerhatian akak, kalau bab cinta (manusia lah) mesti plg ramai org tgk, plg ramai respon atau komen, tu maksud akak, *akak mengata diri sendiri ni* tp bab2 sirah, dakwah ke, kesihatan ke, tak pulak
dan lagi, walaupun ada org cerita psl cinta dan kekasih,yelah mungkin ada yg muak, tapi tu minda kita siapa sbnrnya 'cinta' dan 'kekasih' dlm kepala kita, lg skali xsalah pun nk baca yg cinta2 psl manusia, bclah, bila mana maksud 'cinta' dan 'kekasih' tu ditafsir Allah, maka artikel psl cinta manusia tu bclah dgn maksud cinta yg bwk kpd keredaan Allah juga, sbb cinta manusia pun kalau kene tempatnya, makin Allah syg. kita berlapang dada. sbb tu xkan muak, (jgn pernah benci cinta manusia krn dlmnya juga ada keredaan Allah, dan letakkan cinta Allah tertinggi, ayat ni mgkin sampai maksud kut ^_^)
kesimpulannya akak x memihak mana2, akak x kata slh bc yg cinta2, tapi seimbangkan dgn pembacaan yg lain, biar sirah rasul pula 'the most viewed' ^_^
*dik, akak x ckp dkt adik, akak ckp dkt diri akak sendiri ni*
SEIMBANGKAN dan BERLAPANG DADA~ ^_^
syukran sgt dik sudi baca cipisan akak yg x seberapa ni, jemputlah dtg lagi ^_^
| Kak Jiha! haha ^_^ |
Waalaikumussalam...akak? haha ^_^
nda pa, akaknya, aku lebih suka jadi adik kau, boleh manja2 gitu ^_^
kak Jiha (wah, dh tukar nama panggilan, haha), yg Rabiatul tulis dkt adik Wafi tu skali komen utk akak ni ^_^ cuma sambung sikit lagi..(byk ckp betul)
ambik satu ayat dkt atas
(jgn pernah benci atau muak cinta manusia krn dlmnya juga ada keredaan Allah jika betul caranya, dan letakkan cinta Allah tertinggi, ayat ni mgkin sampai maksud kut ^_^)
maknanya kita dua2 blh, kita open minded, yg cinta kita baca, yg bab sirah, dakwah, nasihat pun kita baca juga, seimbangkan pembacaan,
juga blh kreatif dlm bercinta dn berkasih mcm youtube tu, semua blh jadi, guna minda kita, ye akak, letakkan dlm hati Cinta Allah yg plg tertinggi dan dia Kekasih teragung! ^_^
p/s: ehehehehe, *kelip2 mata* dah dpt gelaran adiq la pulak *malu, tutup muka* (gedik pelajar BA, skali lg x thiqah lgsung...==")kak Jiha nak panggil Rabiatul boleh, atau nak panggil b2? atau nak panggil adik jugak?
akak, adik tak kisah~~ ^_^
dalam otak saya berlegar2 , cinta kat sahabat . ouh belum tinggi maqam lagi~
dalam otak saya berlegar2 , kekasih suami isteri . ouh~ T.T
biler perempuan(yg hingusan lagi macam sy) tulis pasal cinta cintun ni , sy rase euwwww . hehe
entry yang bagus kak b2 . erk , camne nak sebut =.="
adik, kita sama je ^_^
kdg2 kan dik, kita selalu tulis "Allah, I love you", "aku cintakan-Mu" tetapi terkadang bicara dan tulisan tidak seperti di hati...makna cinta dan kekasih tu kita letakkan yg lain lebih tinggi, dan fokus akak pada cinta manusia yg plg tinggi, itu hanya pendapat akak, mungkin salah, kalau salah, tegurlah akak, perbetulkan akak ^_^
tp begitulah, yg penting kita tetap istiqamah letakkan Allah di hati, bila Allah puncak, maka bila semua yg dilihat adalah Allah semuanya..walaupun perkara negatif krn kita akan lihat dari sisi positif, Insya-Allah
haha, panggil kak b2 (bitu) kalau Adibah nak panggil kak Rabiatul pun akak tak kisah, dik, ^_^ cuma b2 tu nama panggilan akak dgn kwn2 dn adik2 junior
cik bitu, setuju dgn bitu.
keinsafan melanda .. tapi mengapakah keinsafan hanya melanda ketika membaca tapi belum keinsafan dlm perbuatan.. sob333.. bitu tlg kupas isu ini. hehehehee.
menarik. tersenyum sorg2 baca2 (=
setuju, andai 'cinta' dan 'kekasih' itu ditafsir utk Allah, pasti tiada rasa 'muak' itu.
(=
apabila ditanyakan kpd engkau , adakah engkau mencintai ALLAH ? maka diamlah. maka sesungguhnya jikalau engkau menjawab tidak , nescaya engkau kufur . jikalau engkau cakap ya, maka tidaklah sifat engkau itu sifat orang yang mencintaiNYA , (al-fudhail)
tettttt..haha
1st, kite nak komen pasal .... "awat hang punye kesimpulan pnjang sangat..ingat pendek je..pastu ade pulak lepas kesimpulan tu,pnjang berjela2 pulak dia berceloteh" ...hehehehhe
saya x salahkan awak, awak berceloteh panjang2 ni.tak.sbb saya ni open minded(ikot ayat bitu,hehe) *muka macam jahat*
urmm..betull..kite teringat ape yg awak cakap kat kite dulu... nasyid tu, depends on kite nak pkir "mu" tu ialah Allah or kekasih or ibu bapa".. awak pke ibu awak kan??hehehe..anak manja :P
lagi satu, betul cakap yah..sila kupas isu tu.haha
| Yah |
haha, keinsafan juga melanda b2, kerana b2 menampar diri sendiri
keinsafan hanya ketika membaca? tapi tiada dalam perbuatan? b2 ada jawapan untuk itu Yah, coming soon ye sayang, Insya-Allah ^_^
| Ukht Izzati Hashim |
akak senyum sorang2 baca? xpe, akak, akak x senyum sorg2 ^_^ saya sambil menyiapkan post ni pun senyum sorang2, hehehe
power of mind ^_^
syukran sgt2 akak, sudi ziarah dan komen, love you~ ^_^ jazakillah, jemputlah ke mari lagi ye akak
| Dik Adibah |
kak b2 rasa mcm pernah baca ni, syukran dik peringatan semula buat akak ^_^
adik komen atas tu, cinta dkt sahabat dan kekasih suami isteri, baguslah ^_^ Allah syg mereka yg mengasihi org lain krn Allah semata-mata, mcm konteks ibadah juga, ibadah tu bukan saja solat, puasa, mcm tu je, ibadah juga merangkumi semua aspek kehidupan, baik semasa makan, bjalan, tidur dan lain2
benar2 peringatan buat akak, jazakillah ya Ukhti ^_^
| Ustazah Hasnah |
dah mari dah budak ni....haha ^_^
itu dia, pengkritik pertama, haha
kesimpulan byk maksud, bagi org lain, kesimpulan pendek2, kesimpulan bagi b2, lain, kesimpulan tu sesuatu yg bersimpul2, jadi kene pjg, haha *kepala b2 pening (apa aku cakap ni)* ^_~
saya pun tak salahkan awak komen panjang2, tak, tak salahkan awak pun, awak nak komen mcm buat satu post pun, saya tak kisah, tak, sbb saya open minded, haha *mmg buat muka jahat* ^_~
ada ke b2 ckp, haha, kuat ingatan dia ^_^ sesetgh lagu fikir Ibu, nak2 lagu Wanita dan Sonata Musim Salju~ haaa~~ Winter Sonata tu kan lagu mcm kekasih, Ibu la kekasih b2~ ^_^ xde2 istilah anak manja =P ^_^ (hang lagi manja, haha "mak2, ayah2 tadi Ikah kan, haha")
haha, pula dah, Insya-Allah, dlm proses..^_^
Alhamdulillah..
Kak Rabiatul~sekali lagi!perkongsian yang menarik. =)
"tp begitulah, yg penting kita tetap istiqamah letakkan Allah di hati, bila Allah puncak, *maka bila semua yg dilihat adalah Allah semuanya*..walaupun perkara negatif krn kita akan lihat dari sisi positif, Insya-Allah"
Ayat atas ni menarik^_^
tapi,malangnya adik tak faham sikit maksud ayat ni.."*maka bila semua yg dilihat adalah Allah semuanya*"
maaf la,adik ni memang tak reti komen yg panjang2 n bernas mcm Kak Rabiatul,tapi kalau baca entry2 blog org ni selalu je baca kalau ada masa(Insyaallah)kekadang tak komen pun, ;)
Syukran ya Kak Rabiatul sbb sudi beri penerangan tentang uia di blog adik ^_^
{suka baca komen2 kak Rabiatul meskipun panjang...}hehehe..*kelip2 mata*
Alhamdulillah kalau Farhana dpt manfaatnya ^_^
bila Allah puncak dlm hati, semua yg dilihat adalah Allah, akak terang apa maksud akak ye dgn ayat ni ^_^
post ni dituju kpd byk kategori...
post ni untuk sama2 merenung mana2 diri yg selalu lebih dn tertarik memilih artikel yg berkaitan dgn 'cinta' terutama cinta manusia, Farhana tahu kan sape 'manusia' yg akak maksudkan, xsalah tp cuba pula pilih artikel lain yg berkisar ttg dakwah, nasihat dan lain2, seimbangkan, biar kita tahu semua, sampai x tahu mana satu 'most viewed' ^_^ ni maksud akak, dik
yg kedua ditujukn juga kpd yg rs muak dgn 'cinta manusia' (mgkin ada yg x setuju tp ni pendpt akak ^_^ xpe, kalau akak salah, tegur je akak) bila kita baca psl cinta manusia, kita fikir Allah skali, sbb jgn rs muak dgn 'cinta manusia', krn cinta yg mcm tu juga punya keredaan Allah, cuma yg beza rs muak dn xmuak adalah fikiran kita
lagi, kalau dgr lagu, katakan terdgr lagu jiwang utk kekasih, minda kita juga punya kuasa, nk jadikan lagu jiwang x Islamik kpd Islamik, maksud akak bila kita jumpa dgn sesuatu yg cenderung bersifat negatif, kita buang dan ambik yg positif, kaitkan dgn Allah, mcm kak Jiha ckp, cukup lengkap dah tu ayat kak Jiha ^_^, "apa-apa pun..tanamkan dalam hati cinta Allah yang paling tinggi! ^^"
bila hati kita sentiasa ingat Allah, apa yg kita nampak, semua kaitkan dgn Allah, jelas x penerangan akak, akak x pandai mana terang2 ni, cuma ckp apa yg akak rasa, kalau x jelas lagi, Farhana blh tanya, byk2 kali pun xpe ^_^ betul, tanya je, kalau akak silap, betulkan je, kalau rs x setuju dgn akak, ckp je,akak x kisah dik, adik lebih byk ilmu drpd akak, kita sama2 kongsi
Farhana, akak bukan nak sgt komen pjg2, akak dh cuba brek turun gear 5 jadi gear 1, tapi xleh, terbabas juga, haha, tp harap terbabas yg dpt diselamatkn, harap ada isi dan manfaat ^_^ (sbnrnya nak kata akak ni byk bleber, berleter dkt adik2 dkt rumah, tu sbnrnya, kuasa veto kakak sulung, haha, xsalahkn marah adik utk kebaikan? sokonglah akak, haha ^_^ xde, gurau je..hehe *tgk, byk ckp agi*)
akak yg patut minta maaf dgn Farhana, mengarut je kejenya dkt blog adik, org lain xde pun mcm tu, xdk apalah, sikit je tu akak bagi ^_^ jom masuk UIA! suka sgt kalau bpeluang dpt ckp dpn2 dgn Farhana *kenyit mata* ^_~
Alhamdulillah..Syukran Jazeelan akak Rabiatul syg sbb sudi jelas panjang lebar.
tanamkan dalam hati cinta Allah yang paling tinggi! ^^ InsyaAllah...
Penerangan akak sudah cukup jelas buat saya ^_^
Akak...adik setuju dgn pandangan akak.
Tak layak sgt buat saya sehingga akak ckp "adik lebih byk ilmu drpd akak".
Akak kan lebih berpengalaman,jadi..terima kasih sekali lg sudi kongsi..
Tak pe la akak,serius!adik suka cara penyampaian akak dlm artikel entry dan bhgian komen ni meskipun terbabas yg dpt diselamatkn,isinya masih tetap ada yg bermanfaat.
Memang xsalah marah adik utk kebaikan,ya..gunakan kuasa veto kita~hahaha...^_~
kita sama~kakak sulung
sokong akak 101%.. =.="
hehehe..
eh!~gitu pulak dah akak ni..
ape la sgt nak minta2 maaf ni,tak de ape yg perlu diminta maafkn pun.Akak...unik la tu tak sama dgn org lain,beza yg baik ape,kan?
Siapalah tak nak masuk UIA,memang nak sangat2 la kalau ada rezeki di situ. ^___^
Tapi..Allah lebih mengetahui.
Penantian yg sungguh mendebarkan dan menyeksakan tunggu UPU ni.
Kalau ada 'jodoh'~ngeee...*malu*
kita jumpa!~*kenyit mata juga*^_~
Alhamdulillah...^_^
eh, x juga, adik2 ni ada yg lebih tahu drpd kakak2 dan abg2, xpe, kita sama2 kongsi ye ^_^
Alhamdulillah, terima kasih ye dik, akak terasa dihargai..Farhana baik sgt ^_^
oo, anak sulung juga, haha
mmg kita kena saling sokong menyokong la, dah kalau adik x dgr ckp, mmg kene la kan ^_^ haha
xla, asyik buat bising je, haha, byk ckp je, tp akak ni lebih byk ckp menulis sbb apa yg akak rs mudah terzahir melalui penulisan ^_^
masuklah UIA! ^_^ Ameen2, akak x sabar nak tunggu!
kalau betul Farhana dpt masuk, Insya-Allah, pjg umur, biiznillah, kita jumpa~! wee~ ^_~
keh3...
ade pulak dye komen kite punye komen ponjang sangattttttt... ni sume dari virus bitu lah tu.. dah berjangkit... agagaga T____T
eh silap.. bukan macam tu.. kite ingat awak cakap,, ade 1 lagu tu,, sepatutnya ingat pada kekasih.. tapi, tak. awak ingt pda ibu.. mmg anak mak!!! :P hehehehe
la, tu kiasan je tu
b2 dah ckp dah atas tu, lagu Winter Sonata, sbb b2 ingat lagi dulu2 Ibu b2 tgk Winter Sonata sampai nangis2, ms tu kecik agi, haha
baik ingat kekasih ke baik ingat Ibu? ^_^ biarlah, b2 anak Ibu, Hasnah anak mak, haha
I Love my Ibu~~~ muah2! <3 <3 <3 ^_^
hahaha.. baru baca post ni..
hmm... time cuti ni ah nk wak huru hara blog org lain... time masuk dq ekg xleh doh..
la g2 plok.. haha
bg ana, kalu kita jatuh ati kat seeseorg, kita kne pasang spy, pastu kalu berkenan dgn agamanya, tunailh solat istikoroh, jika si dia yg t'baik masulh meminag... wakaka
betullah ustaz, ana pun tgh buat huru hara gak..kekgi masuk U, krg dah ms di sini...
sedih pula rasa...=(
mesti rindu blogger2 hak selalu buat huru hara ceria sini, hak sudi komen dan singgah baca..=((
gitu pula mende ustaz?
ustaz psg spy dah ke? haha
nampak ngat ustaz ada pilihan dah, semoga berjaya, haha
haha.. kalu kat uia blh on9 lagi, kat dq jgn harap la nk on9.. kedekut.. wakaka
yg g2-g2 tu..
haha.. pasang doh, tp x tau ye keje x.. haha..
blh on9 UIA, ho, dang on9 gak...buku sodaqallahul 'azeem
oo, faham2, biasa dah ustaz, kene berjaga-jaga
haha, spy tu keje tu, ustaz x tanya molek
entri yg menarik...mempunnyai makna yang tersirat....emm ada unsur pngajaran,,,heheheh jemput baca entri saya mengenai cinta dan jangan lupa komen ye...
http://generasiboneka-neo.blogspot.com/2011/05/cinta.html
syukran, rajin sungguh singgah dan komen ye
saya dah beri komentar sedikit di blog Neo =)
Post a Comment