Wednesday, April 13, 2011

Fitnah : Padah Suudzhon




عليكم السلام
  بسم الله الرحمن الرحيم



Husnudzhon. Berbaik sangka.
Mengapakah Allah menyuruh kita untuk berbaik sangka dengan orang lain?
Mengapakah Allah melarang kita daripada suudzhon? Melarang kita daripada berburuk sangka dengan yang lain?
Pasti dan mesti ada sebabnya.
Mari kita sama-sama telusuri hikmahnya.


Credit to dik Irsyad kerana memberi Along idea untuk post kali ini.
( menyampahlah Along, asyik nama awak je ada dalam blog Along ni, shuh2 ^_^ wek..baik...Along nak bersyukur dan berterima kasih. Sudi analisis kelancaran lagu aritu =P syukran ye budak pilot!  ^_^ tahniah, bawak Along gi jalan-jalan! )






Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; 
(Al-Hujuraat, 49: 12)



Buruk Sangka.
Fitnah Dilempar.
Tersebar.
Lagi..lagi..dan lagi tersebar.
Hanya kerana Suudzhon.





SITUASI PERTAMA



Di universiti. Di kawasan penuh dengan kelompok pelajar yang berjalan-jalan. Katakan seorang pelajar lelaki jurusan agama yang berkopiah tersenyum manis kepada seorang gadis bertudung labuh yang juga pelajar jurusan agama dari jauh. Gadis itu turut membalas senyuman tersebut. Ramai yang memandang. Ramai yang perasan. Ada yang tersenyum sinis.



“Eh, kau nampak tak Khairul (maaf, pinjam nama sesiapa) tu senyum dekat kak Rina (maaf, pinjam nama sesiapa)”

“Ha’ah, tak padan dengan kopiah atas kepala, kalau ye pun mamat lebai hensem tu nak mengorat, takkan la nak ngorat orang lebih tua dari dia, ngoratlah aku ni, huh”

“Apa pulak kau mengarut ni. Kak Rina tu pun satu, yang pergi senyum balik, apehal. Aritu masa usrah bukan main cakap jaga pandangan…hati, mata kaki, tangan, abis sume kene jagalah. Ini….dua kali lima je, menyampah tol aku.”


Buruk Sangka.

Melihat dan ‘bahagia’ menabur fitnah. Tanpa soal selidik.


Khairul dan kak Rina couple.
Khairul Lebai Hensem ada kekasih lebih tua.
Kak Rina hipokrit, hanya pandai bercakap dan bertudung labuh.
Pelajar jurusan agama teruk.


Tetapi, siapa yang menyangka, mereka adalah adik-beradik?




SITUASI KEDUA



Di rumah orang tua. Seorang jutawan lelaki segak bergaya yang terkenal dengan perusahaan syarikatnya yang maju memarkir kereta mewahnya di luar kawasan rumah orang tua. Keluar dari kereta dengan menjinjing beg plastik. Menemui seorang lelaki tua di pusat itu. Salah seorang pekerja baru syarikat Encik Rahim (maaf, pinjam nama sesiapa), Adli (maaf, pinjam nama sesiapa) ternampak akan kelibat bosnya. Bermonolog busuk di dalam hati.


“Eh, Encik Rahim. Apa pula bos buat dekat situ. Ha? Ayah dia ke tu. Sampai hati, rumah punya besar, bertingkat-tingkat siap ada lif, letak ayah dekat rumah orang tua pulak. Itulah anak, bila dah besar, dah senang, orang tua sorang pun takleh jaga. Harap baik sikit je mari melawat”


Si buta mata hati terus buta.
Bisikan busuk menguasai diri.
Menabur fitnah di pejabat.


Encik Rahim orang kaya tak sedar diri.
Encik Rahim tanggang moden.
Encik Rahim anak tak kenang budi.


Tetapi yang menabur fitnah…
Adakah dia tahu, Encik Rahim seorang anak yatim piatu?
Adakah dia tahu, Encik Rahim seorang yang berhati mulia, sentiasa melawat dan memberi sumbangan di beberapa rumah orang tua juga rumah anak yatim?


Mereka yang mendengar terkejut.


  

Telusuri Situasi Pertama


Mata kasar melihat sesi berbalas senyuman antara lelaki berkopiah dan gadis bertudung labuh. Jangan terus berburuk sangka. Selidikilah dahulu apa yang dilihat. Apakah salah adik-beradik berbalas pandangan dan senyuman? Apakah bertanyakan hal yang sebenar terlebih dahulu, lebih susah berbanding membuat spekulasi sendiri dan menabur fitnah secara melulu?


Kasihan yang dituduh. Kasihan yang dilempar fitnah.
Namun, lebih kasihan yang menuduh. Lebih kasihan yang menabur fitnah.
Tidak merasa Allah itu Maha Mengetahui, tidak merasa Allah itu Maha Melihat.
                                                                                                                                                                  


Telusuri Situasi Kedua.


Mata kasar melihat seorang anak derhaka yang kaya menempatkan bapanya yang tua dimakan usia di rumah orang tua. Jika belum mengenali hati budi seseorang, kenalilah dia terlebih dahulu. Pekerja baru yang telah memandang buruk terhadap majikan sendiri yang kemudiannya menyebarkan apa yang dilihat kepada rakan sejabatan.


Mereka yang mendengar terkejut. Terkejut dengan perilaku pekerja baru tersebut. Sudah tentu pekerja yang lebih senior dan telah lama berkhidmat lebih mengenali siapa majikan mereka. Yang menabur fitnah hanya memalukan diri sendiri di hadapan manusia. Yang lebih menyedihkan, tiada rasa malu dengan pandangan Allah Yang Maha Melihat.




KESIMPULANNYA



Jika kita mendapat atau mendengar sesuatu berita, selidiklah dahulu kebenarannya. Terutama berita yang diterima daripada manusia yang terkenal dengan mulutnya yang suka memburukkan orang lain.


Jika kita mendapat sesuatu berita, selidiklah dahulu kebenarannya. Jangan hanya serkap jarang. Jika benar ingin mengetahui kebenarannya, pergilah menemui dia yang ditabur fitnah. Berdepan dan bersemukalah dengannya, bertanya mencari kebenaran. Beranilah dalam mencari kebenaran. Jangan hanya berani menyampaikan khabar yang didengar.


Jika terlanjur mendengar sesuatu berita tentang keburukan orang lain, dan jika tidak pasti akan kebenarannya atau sekalipun benar, senyap dan lupakan. Buang segala keburukan orang lain dan lihat kebaikan dalam diri mereka. Sedarlah, diri kita masih banyak yang mesti dibaiki.


Jika kita melihat sesuatu, bersihkan hati, sentiasalah bersangka baik. Terkadang mata yang melihat berbeza dengan hakikat sebenarnya. Jangan begitu mudah menabur fitnah.






FITNAH ITU LEBIH BESAR BAHAYANYA DARIPADA PEMBUNUHAN
(Al-Baqarah, 2:191)



Wahai si penabur fitnah, sebelum kamu membuka mulutmu untuk menyebarkan sesuatu yang belum pasti kesahihannya, sedarlah kamu, Allah memandang dan mengetahui segala perbuatanmu.


Wahai si penabur fitnah, sedarkah kamu, dalam pada masa kamu ‘bahagia’ memburukkan orang lain, dalam pada masa itu juga kamu membuka rahsia dan pekung di dada siapakah dirimu yang sebenarnya. Jelik orang memandang akan hatimu yang kotor. Ketepikan soal pandangan manusia tetapi apakah kamu tidak merasa takut sedikit pun dengan Allah?


Wahai si penabur fitnah, jangan terus membutakan mata hatimu, sedarkah kamu, azab Allah itu amat keras? Silakan menabur biji-biji fitnah, jika kamu merasa diri kamu mampu mengelak daripada azab api neraka yang panas membahang.


Wahai si penabur fitnah, hentikanlah perbuatanmu, bertaubatlah sebelum terlambat, tidakkah kamu mengetahui, mulutmu yang tanpa jemu dan penat lelah menabur berita palsu itu, kelak dibisukan dan anggota lain akan menjadi saksi segala perbuatan dan percakapanmu?







Bersangka baiklah kerana fitnah berpunca daripada hati yang bersangka buruk.
Tiada suudzhon, tiada fitnah.


Sangka Baik lahir daripada Hati Yang Melihat, Buruk Sangka lahir daripada Hati Yang Buta. Maka, sinarilah hati yang buta itu dengan iman. Jangan terus meraba-raba dalam kegelapan.





"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"

10 comments:

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum^_^ sihat?? hik3

setuju! set your mind positive..
rajin muhasabah diri..
nak baca juga:

"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"

iqbalsyarie said...

Benda ini tidak berlaku pada orang yang tidak faham agama sahaja, tetapi juga berlaku pada si faham agama. Saya sering terperangkap dalam lembah persangkaaan begini yang saya kira, ia suatu yang membinasakan diri dan amal sahaja. Dan syukur, Allah beri peluang untuk pembaikian diri, dan ia berterusan...insyaAllah

Mat said...

hmm... sbb tu ada ulama mentafsirkn masksud FITNAH ITU LEBIH BESAR BAHAYANYA DARIPADA PEMBUNUHAN krn fitnah ni x kan abis, krana fitnah cepat tersebar.. kalu p'bunuhan plok ye abis c2 je,,, cth: kalu najib(maaf pinjam nama) bunuh Mat said(maaf pinjam nama), kes tu selesai cam tu je.. kalu fitnah ni ye merebak...
haha

Syauqatul Wardah said...

| Jiha |

Waalaikumussalam w.b.t ya ukhti mahbubah! ^_^

betul bah...fikir positif! ^_^
fikiran kita negatif sbb hati kita kan? sesungguhnya dlm hati kita ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggota badannya tapi seandainya daging itu rosak maka rosaklah seluruh anggota badannya. Ketahuilah daging itu adalah hati.
Jadi mari kita sama2 jaga hati kita.

syukran ya Ukhti utk pencetus muhasabah pagi2 ni! ^_^ muah2 *peluk*

baca la, hehehehe ^_^ Ameen..

Syauqatul Wardah said...

| Akh Iqbal |

benar Akh, setuju dgn Akh..kadang2 kita dah tahu, tapi masih juga begitu..bukan Akh sahaja, saya pun Akh, terkdg2 muncul fikiran begitu, tapi selepas tu istighfar byk2, syaitan mmg suka menimbulkan syak wasangka, maka hatilah pokok pangkalnya, kan Akh? jaga hati ^_^ kerana yang lain menzahirkan bagaimana hati kita dan juga lihat keadaan dgn mata hati..
dan juga lihat kebaikan pada org..

kita semua sama-sama Akh, Insya-Allah..

Syauqatul Wardah said...

| Ustaz Syafiq |

wah, pandai ustaz ^_^
betul tu ustaz, fitnah dibawa oleh mulut, dan mulut manusia x boleh ditutup, berita yang disebar terus tersebar...kasihan yg difitnah..
fitnah ni juga mempunyai implikasi yang besar, boleh memecahkan perpaduan dan menimbulkan permusuhan serta persengketaan..

jadilah org mukmin drpd 3 jenis spy tergolong dlm org yg baik:
1) jika x dpt menguntungkan, maka jgn merugikan
2) jika kita xdpt menyenangkan maka jgn menyusahkan
3) jika kita x memujinya maka jgn mencelanya

xleh tahan contoh tu..(haha ^_^)xtau mende sokmo ustaz ni sorang..

p/s: ustaz, berat dah, ana mmg lekat dgn sigma ni ==" sape suruh..mmg bakal ISS ni, haha
(ustaz, sistem barter khat ISS tunggu dulu ye, oh, MUET...==" kwn ana dkt DQ tu ada ambik, kenapa ustaz xambik?)

Mat said...

ustzh2.. bukan berat 66 doh ni, ni berat abis tea.. haha.

hmm.. x amik lagi sem 4 baru amek..

Syauqatul Wardah said...

berat 66 ke berat abis tea ke, kalau bab ISS xpe, ustaz..haha

oo, ana lega rasanya abis dah MUET..
Alhamdulillah..
hak x ambik lagi, lagi mantop persediaan, byk masa agi, Insya-Allah

~mieyra~ said...

yg pnting,ingt jgn mudah hakimi seseorg itu dr luarannya.krn dia jg mnusia.seperti kita juga yg tiada smpurnanya.^^

Syauqatul Wardah said...

betul akak ^_^
jgn mudah menjatuhkan hukuman kpd seseorg kerana hanya mata yg melihat.
bersangka baik sentiasa, itu kuncinya
kita sendiri penuh kekurangan ^_^ syukran kak Mira