عليكم السلام
بسم الله الرحمن الرحيم
Terimbau kembali bagaimana diri ini bisa terlibat dengan dunia blogging.
Melalui pertandingan di sekolah sebagai suka-suka. Gatal mahu mencuba walaupun diri juga tidak pasti apakah itu 'blog'. Ketawa sendiri apabila mengingatkan dulu pernah meninggalkan pesanan di shoutbox orang lain kerana dikira sebagai hanya kotak mainan untuk menulis. Sekarang sudah celik. 'Oh, rupanya itu shoutbox di blog orang'. Ketawa sendiri mengingatkan apa agaknya yang ditulis sewaktu itu. Mengarut. Itu sudah pasti.
"Wah, awak ada blog"
"Suka sangat dia blogging"
Saya suka mengajak sahabat apabila mula keluar cerita mengenai blogging untuk turut sama-sama menulis. Ada yang menolak kerana mengatakan tidak tahu apa untuk ditulis. Juga tiada minat. Mungkin juga masa alasannya. Nanti, wadah itu hanya menjadi contengan semata.
Dahulu, saya juga berfikir begitu. Tetapi kini, saya menyedari. Betapa banyak perkara telah saya pelajari. Sendiri. Kendiri. Dengan hanya menulis!
Menulis itu tarbiyah.
Penulisan alam maya ini merupakan salah satu tarbiyah atau proses didikan buat saya. Secara tidak langsung, dengan menulis ini sahaja banyak mengajar saya pelbagai perkara.
Menulis menuntut saya untuk sentiasa berfikir. Terkadang ilham datang tanpa diduga. Mencurah-curah. Mungkin sewaktu sedang menonton televisyen. Atau sewaktu makan. Mungkin juga ketika mahu melelapkan mata. Ada waktu idea terlalu banyak daripada-Nya. Ibarat gelas yang terus diisi dengan air. Penuh dan tumpah. Tidak mampu ditadah dengan jemari tangan yang terkatup.
Ada ketika fikiran kosong. Langsung tidak tahu apa yang mahu ditulis. Ketika itu juga menuntut saya untuk terus berfikir. Mencari bahan ilmiah dan baca. Cuba diniatkan untuk mencari ilmu, bukan semata dijadikan bahan penulisan dalam blog. Membaca untuk ilmu dan hadam. Setelah itu cuba diluah melalui kefahaman. Menulis terus. Terkadang perlu kepada rujukan. Cuba dilahirkan daripada lubuk hati. Berusaha menyentuh hati lain. Usaha sedayanya. Setakat yang termampu.
Sememangnya menulis menuntut saya sentiasa berfikir. Saya jadi semakin peka dengan keadaan sekeliling. Kebanyakannya sudah tentu melalui interaksi dengan manusia. Terhadap apa yang seseorang ucapkan. Pengamatan dalam kondisi tertentu. Fikir. Mengambil ‘ibrah. Baik yang tersurat mahupun yang tersirat. Mungkin memaksa minda lebih kritis dan kreatif. Itu yang dapat saya rasa.
Dengan banyak berfikir ini juga terkadang menjadikan saya banyak diam dan merenung. Sehari-hari. Dapat saya rasakan diri semakin matang. Terkadang apabila menoleh hari semalam, terlalu banyak yang saya pelajari. Terlalu banyak! Sehingga menuntut saya menjadi diri yang lebih baik pada hari ini. Mengubah hari ini. Seterusnya mencipta peribadi yang lebih baik pada hari yang bakal menjelma esok. Terkadang juga dapat saya rasa. Saya pada hari ini berbeza berbanding hari semalam yang baru sahaja berlalu.
Menulis juga satu ujian.
Ujian daripada pujian. Entri yang mungkin ada kala dipuji bagus. Penulisan yang menyentuh hati. Sungguh menduga hati. Sering saya ingatkan diri saya. Inilah ujian. Ujian menguji keikhlasan. Setiap entri yang ditulis direnung kembali. Untuk apa sebenarnya. Apakah untuk mengejar komen dan follower? Mendamba pujian setiap kali entri sedia untuk di’publish’? Tambahan lagi, kini promosi di Facebook. Apakah ingin mengumpul ‘like’ yang banyak?
Benar. Inilah penyakit hati. Riak. Alangkah rugi andai punya rasa ini. Terhapus amalan. Entri yang panjang berjela juga tiada makna lagi. Komen, follower dan ‘like’ yang beratus-ratus juga tiada erti. Berisi pada pandangan manusia namun kosong pada pandangan Allah. Hanya penat menulis. Hanya penat meng’edit’ setiap entri supaya tertulis rapi dan kemas.
Ada juga yang mengatakan segan dengan saya. Melihat kepada blog saya mungkin. Yang agaknya kelihatan ‘solehah’ dan ‘baik’. Tolong, saya hanya manusia biasa. Yang hanya cuba menyeru dan cuba berpesan ke arah kebaikan melalui medium ini. Ini sahaja mungkin usaha saya yang maksimum barangkali. Hamba yang lemah. Sungguh, terkadang hati saya perit. Pedih. Tangis dalam diam. Ya Allah, apakah amalan aku yang secubit ini diterima? Pantaskah aku untuk meninggi diri dengan tulisan ini yang hakikat semuanya adalah daripada-Mu? Pantaskah aku untuk merasa hebat padahal baru satu artikel yang diterima untuk disiarkan? Ternyata, banyak lagi yang perlu dilakukan oleh hamba ini.
Hati ini sakit. Terasa sungguh hina. Manusia mungkin memandang hebat. Juga saya sering mengingatkan diri sendiri. Baik pada pandangan manusia belum tentu baik pada pandangan Allah. Kita hebat pada pandangan manusia itu adalah kerana Allah menyembunyikan keaiban kita. Hakikatnya, penuh lumpur dosa.
Hebat tetapi jika manusia segan dengan diri saya, sehingga mengatakan berasa tidak layak bersahabat dengan saya, saya tak suka hebat begini. Saya mahu manusia semakin mendekati. Sama-sama memperbaiki diri. Menuju syurga abadi. Ini baru namanya hebat.
Menulis mengajar peribadi.
Terkadang ada satu perkara yang benar-benar menakutkan saya. Takut andai ada sekelumit antara celahan tulisan ini terselit kata dusta. Tersembunyi fitnah dalam diam. Juga ada yang telah melukakan hati-hati yang membaca. Saya amat takut ini. Terkadang sebelum sedia untuk di‘publish’, berkali-kali saya memeriksa. Sama ada terdapat sebarang penipuan dan pembohongan dalam tulisan. Sama ada tulisan berbaur fitnah dan umpatan. Atau juga yang tanpa sedar meninggalkan parut di hati pembaca. Juga fakta atau ilmu yang palsu.
Itu sahaja yang mampu saya lakukan. Terkadang mungkin entri dipengaruhi emosi. Maafkan diri saya andai ada antara tulisan yang menyakitkan hati pembaca. Sungguh saya hanya manusia biasa. Tanpa sedar melakukan dosa. Tanpa sengaja, menyakitkan jiwa lain. Sungguh, maafkan kekhilafan saya. Hanya mengharapkan rahmat Allah. Saya benar yakin Dia tahu segala isi hati walau tersembunyi di lubuk yang paling dalam.
Menulis ‘memaksa’ diri.
Saya tidak mahu hanya pandai menyusun kata tetapi hakikatnya lain daripada perbuatan. Saya tidak mahu hanya tulisan yang kelihatan memancarkan cahaya tetapi hakikatnya hati sendiri gelap gelita. Saya tidak mahu hanya bijak menyusun kata tetapi hakikatnya pergerakan sendiri bisu daripada melakukan amalan. Sungguh rugi.
Justeru sememangnya penulisan menjadikan diri terpaksa melakukan apa yang ditulis. Semampunya kerana saya juga insan biasa. Yang punya rasa malas. Terkadang letih dijadikan alasan. Ini juga ujian. Apakah mampu menulis sahaja, amalannya di mana? Apakah hanya mampu menyeru tetapi masih dalam keadaan selesa dengan amalan yang sedikit? Menempelak diri sendiri.
Saya sedar. Jika saya menulis tentang penghijrahan, sayalah sepatutnya berubah terlebih dahulu. Jika saya mengatakan ingin menjadi seorang wanita solehah, sayalah sepatutnya terlebih dahulu mesti berusaha menjadi seperti perempuan ini. Jika saya mengatakan blogging punya sandiwara, maka sayalah yang mesti menghentikan drama ini terlebih dahulu. Jika saya mengatakan cinta itu hebat begini, maka sayalah yang sebenarnya mesti benar-benar meletakkan cinta Allah pada puncaknya. Ah, terlalu banyak! Namun, tidak mengapa, sedikit demi sedikit. Itu lebih baik untuk istiqamah. Cuba memujuk hati sendiri. Malu dengan-Nya.
Menulis itu memberi.
Saya menerima dahulu. Setelah itu cuba untuk memberi sebagaimana yang telah dilakukan oleh si pemberi. Saya belajar untuk memberi setelah menerima. Semampunya. Seadanya.
Jika tiada yang memberi, mengajar apa itu blog, tidak mungkin saya bisa menulis dalam dunia maya. Jika tiada yang memberi, mengajar apa itu lagu nasyid, tidak mungkin saya bisa menyelitkan lagu-lagu mendidik jiwa hampir setiap entri. Jika tiada yang memberi, mengajar apa makna sebenar seorang penulis, penulisan dan wadah untuk ditulis, tidak mungkin saya menulis entri ini begini sekarang.
Terima kasih kepada arwah Abah dan Ibu. Mendidik kakak supaya menjadi anak yang solehah. Akan kakak terus berusaha ke arah itu. Akan kakak jadikan diri ini harta yang benar tidak ternilai buat Ibu dan Abah. Terima kasih kepada yang mengenalkan apa itu lagu nasyid. Jika tidak mungkin sekarang saya mengisi hati dengan lagu yang pada kasarnya melalaikan. Terima kasih yang mengajar ilmu tentang blog. Terlalu amat besar jasanya. Terima kasih juga kepada yang mengajar untuk apa itu blog. Mengatakan kepada saya, jadikan blog itu sebagai tempat dakwah. Sentiasa tersemat kemas dalam hati. Hingga kini.
Menulis menautkan ukhuwah.
Satu perkara yang jelas dan pasti, menulis ini menarik hati-hati untuk bertaut kerana Allah. Walau tiada pernah bersua muka, hanya bicara mengungkap kata hati. Ini sungguh suatu rahmat, nikmat dan hikmah. Ukhuwah alam maya yang terjalin dengan akhowat tak kira mengira usia. Sehingga begitu terasa dekat di hati ini. Allahuakbar! Manisnya! Alhamdulillah.
Dengan medium penulisan ini, saya mengenali kakak, abang dan adik yang juga mempunyai matlamat yang sama. Amar makruf dan nahi mungkar. Sama-sama menyeru ke arah kebaikan dan bertinta mencegah kemungkaran. Ini juga secara tidak langsung menguatkan hati untuk sama-sama memberi. Saya tahu saya tidak keseorangan. Mereka ada. Dia juga ada. Kita sama-sama. Hanya kerana Dia.
Indahnya ukhuwah alam maya. Yang perkenalan bermula dari blog kini menjadi pesanan di 'inbox' telefon bimbit. Bertambah kenalan yang punya matlamat yang sama. Memperbaiki diri menggapai keredaan Allah. Terasa semakin dekat apabila ada yang sudi berkongsi masalah dan bertukar pandangan. Terharu kerana dipercayai berkongsi sesuatu walaupun hanya wadah ini menjadi titik pertemuan. Allahuakbar! Alhamdulillah. Sungguh saya merasa hidup ini penuh terisi. Terima kasih kakak, kakak dan kakak. Terima kasih adik di sana. Yang baru mengetahui dan merasai kehidupan alam kampus. Dia seorang adik yang kuat dan hebat! Suka mendengar perkembangan terbaru daripadanya. Senyum. Lega. Bahagia.
Jika sahabat mengatakan blog ini hanya bakal menjadi suatu contengan tiada erti. Percayalah, bermula contengan itu sendiri, diri dapat merasai membesar melalui penulisan. Fikiran semakin matang dengan hanya menulis. Minda terbuka dengan hanya menulis.
Jika sahabat memandang blogging cuma suatu wadah untuk 'suka-suka' seperti Facebook dan Twitter mencoret rahsia hati, mungkin tidak begitu andai niat itu lain. Kini, dapat saya rasai kemanisan dalam menulis. Mencampak benih, mula bertunas meminati bidang penulisan. Ukhuwah yang...Subhanallah! Dan mendidik diri apa itu erti seorang hamba.
Jika anda berminat menulis blog, cubalah!
Kerana, bagaimana mahu sampai ke puncak jika tidak mencuba mendaki anak tangga yang pertama? Benar, bukan?
Jaga hati, jaga iman. Ini yang paling penting.
Terkadang terfikir, apa agaknya entri terakhir di blog ini. Kerana suatu saat penulis ini pasti akan pergi. Senyum. Biarlah. Walau apa pun pengakhirannya, yang penting adalah masa sekarang. Gunakan apa yang ada dalam genggaman sebaiknya.
Alhamdulillah, lagi entri baru di laman sesawang ini. Terasa sangat rindu untuk mencoret sesuatu. Entri ini sudah lama sebenarnya berada dalam bentuk draft. Kini baru diedit untuk dipublish. Akhir-akhir ini mungkin sedikit sibuk dengan urusan universiti. Sudah mula belajar kembali. Menimba ilmu di bumi Nilai. Mungkin masa yang menyekat untuk lebih lama di hadapan laptop. Terkadang cuma sekadar menziarahi blogger lain, dan juga Facebook. Kemudian ditutup. Ada yang lebih penting untuk diselesaikan.
Doakan saya ya. =)
p/s: kakak-kakak saya....kakZati, kakJiha, kakZiela, kak Ili, kakNusrah adik rindu sangat dengan kakak-kakak! ='( *peluk* sentiasa dalam ingatan walau sekarang mula jarang berhubung. Maaf, terkadang hanya sempat menjenguk tanpa meninggalkan komen dan pesanan. =') line sedikit perlahan di sini. Mama Ita! ='( *peluk* Diba, Farhana, Azyla. =') kamu semua memang adik yang baik. Moga rahmat Allah sentiasa mengiringi kalian. Moga segala urusan kalian dipermudahkan-Nya. Insya-Allah, Ameen.
Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.
Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.
"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"
13 comments:
salam..lama akak x jenguk ke sini.kaifa haluki ya ukhtifillah?akak alhamdulillah shat,duk cuti ni.cb b2 bg idea kat akk blh watpe spy x tgoda dgn nkmt ms lpang ni?huhu
n3 ni best.kena rsnya.akak rs slma akak mnulis kt blog tu,rs mcm xada isi pun.takut sbnrnya,spatutnya kte mnulis unt bdakwah.bkn asyik bcerita ikut perasaan je kan b2?alhamdulillah,Dia bg kte sdar dgn cara Nya.slmt trus bjuang dgn tinta pena ya ukhti.doakan akak istiqamah jgk ya!!
Waalaikumussalam wbt, kak Mira! Allahuakbar, lamanya xckp dgn akak! *peluk* =') Alhamdulillah, b2 fissihhah taammah ya Ukhti. Akak mesti bahagia tgh cuti skrg kan ^_^
byk benda blh isi. Paling senang, baca buku. Dgn membaca, dpt buka minda, menggerakkan diri melakukan ibadah, memberi motivasi buat meneruskan kehidupan. Insya-Allah ^_^ kakMira lebih tahu drpd b2 apa yg perlu dibuat.
Alhamdulillah kak. Ada sesetgh org fikir blogging tu skdr 'diari internet' dan membuang masa. tapi kalau fikir lebih dlm lagi, lebih drpd tu. Bukan blogging je, apa2 pun yg ada dlm genggaman kita skrg, bermanfaat buat akhirat. Mana ada, blog kakMira sedap! Akak kreatif, buat puisi, ttg jalan cerita kehidupan, punya pengajaran. b2 suka baca akak tulis ^_^
Insya-Allah. Akak doakan b2 juga ye! ^_^
p/s: bila blh jumpa kakMira ni...b2 cuti, kakMira study nk exam. b2 masuk U balik, kakMira cuti. Aha~ ^_^ syg sgt akak sorg ni. sungguh memahami *peluk*
Assalamualaikum adik Rabiatul *peluk* adik =')
setiap kali bc entri adik ni,lama akak 'duk dlm ni',terfikir,memikir,muhasabah dll..sentiasa berulang..senyum,ketawa,sedih..Allahu rabbi..mcm2 perasaan timbul....tp,tu r manusia..mudah lupa,takut dibuai lena oleh dunia :'(
komen kat entri adik ni pun kena berfikir ni :)
setiap komen yg adik balas kat org..pasti ada iktibarnya juga yg boleh diambil :) w/pun mrk komen sikit ja, adik tetap komen pjg kn hihi :) tu yg akak suka tu :)
bersama istiqamah dijln ini :')doakan akak ya jg ya :)
*sayang adik,rindu adik* :')
akak tggu entri seterusnya :')
Assalamualaikum w.b.t Rabiatul syg
Allahuakbar.akak suka sgt bc entri2 adik.terkesan.Alhmdulillah..
hopefully ramai lg 'Rabiatul' akn muncul :)
dan akak terharu rasenyer *kesat air mata
xsngka nama akak ada sekali
Subhanallah.ukhuwah ini sgguh indah.benar!!!
meski xpernah bersua muka atau mendengar suara,hanya tulisan kaku yang dapat dibaca serasa erat sudah ukhuwah yg terbina.semoga perhubungan ni mendapat naungan & redaNya.insyaAllah..
adik teruskan menulis ye.akak nak teruskan membaca nukilan adik *kenyit mata
Rabiatul syg,semoga kuat di Nilai sana ye.mnghadapi pelbagai mehnah.ragam manusia.akak tau kamu kuat ^^
jauh di mata dekat di hati.Rabiatul di hati akak sentiasa ^____^
salam kasih syg...
Salam alaik.
('=
kita berkongsi rasa yang sama, kita mempunyai matlamat yg sama, mengejar cinta hakiki, mendambakan syurga yang abadi.
Allahu allah. Kalam yang mengingatkan akak moga apa yg tertulis adalah kerana Dia. Kerana Dia.
rindu adik juga, rindu sgt. Kalian semua adik2 akak (=
p/s : ada satu entry khas utk tautan ukhuwwah ini. Tapi tggu masanya akan di publish. (=
| Kak Jiha |
Waalaikumussalam wbt akak *peluk* =')
Adik rasa bukan sbb entri adik, tu sebab kak Jiha yg suka berfikir. Baca bukan sekadar baca, tapi akak suka suka baca dan hayati, dalami maksud dan nak zahirkan ilmu yg dibaca dengan anggota. Bukan entri adik je, juga bahan bacaan yg lain, kan ^_^
Akak, adik cuba nak hadkan cakap dekat komen, tapi xleh, aha~ ^_^
Insya-Allah kak, =') kita sama2!
Akak sentiasa di ingatan, doakan adik ya kak. Adik syg sgt akak, rindu nk ziarah blog akak, tenang bila masuk blog akak, damai je, tapi kdg2 sempat jenguk je..='(
pjg umur, Insya-Allah, entri yg baru menyusul ye kak =')
| Kak Ili |
Waalaikumussalam wbt akak sayang *peluk* =')
Allah yg menyentuh hati akak, Alhamdulillah..=')
Pasti letak nama akak! Mana boleh tinggal. Kalau xletak sekali pun, akak tetap dlm hati adik. Adik sentiasa ingat akak. Ukhuwah benar indah! Adik nak sgt jumpa akak kalau boleh! Trgn, Trgn dah ^_^
harap ukhuwah terus kukuh, walaupun begini cara berhubung, Insya-Allah, Ameen!
selagi hayat ada, Insya-Allah, adik menulis. Selagi diizinkan Allah dan kesihatan baik. =)
Insya-Allah, kak. Doakan adik ya!
=') *peluk* terasa dekat, terasa rindu benar...sayang amat akak...
| Kak Zati |
Waalaikumussalam wbt, akakkk! *peluk* =')
matlamat sama kerana itu tujuan hidup kita kan kak, menggapai reda Allah, membina hati bahagia, tenggelam dlm cinta hakiki.
Setiap kali menulis, mmg ini yg adik ingatkan diri sendiri kak =)
rindu sgt akak, rindu sgt nk chat tgh2 mlm! kongsi cerita dgn akak! tapi...dah krg boleh dah skrg...
Akak mmg yg paling berumur =P sbb tu adik ltk nama akak mula2 sekali, hehehehe *peluk!*
p/s: amat menantikan entri itu kak..=') terima kasih atas segala nasihat dan semangat
salam syg. Allah saja yg tahu bersyukurnya akak ada seseorg mcm b2 dlm hdup akak,syg adk sorang ni,*peluk jgk ^^*
tu lah,b2 cuti akak kuliah,b2 kuliah akak plop cti.xapelah,mg diketemukan suatu hr nti insyaAllah.psti hr itu lbh baik dr hr2 sblm ni.=)
andai ada pahala daripada tulisan-tulisan kte ini,mg dpt mnjadi saksi di hari pengadilan kelak.dan mg dpt mperbaiki dri dn dibntu Allah menyentuh unt hti hamba-Nya di muka bumi ni,insyaAllah.
Assalamualaikum rabiatul,
sihat? Moga sentiasa dalam rahmat Allah. Setiap kali baca entri adik, akak rasa termuhasabah. Moga Allah sama2 jaga hati kita utk terus istiqamah dlm jalan ini. Moga ia tidak bercampur dgn dosa riak.
Thanks 4 sharing my dear. May Allah always guide you to jannah..! ;) ;)
| KakMira |
Waalaikumussalam. Akak ni..apa ckp mcm ni. B2 yg bersyukur ada kakak mcm kakMira. Ada peluang kita ckp berdua, nk je b2 kongsi semuanya..kakMira sgt memahami =')
Insya-Allah kak, susah nak berjumpa, bila dah berjumpa nanti pertemuan terasa sungguh indah =)
Itu yg kita harapkan kak. Jaga hati dan keikhlasan dlm menulis. Sgt penting. Tidak mahu hanya penat dan lelah yang dapat. Sia-sia kerana niat yg terpesong. Selagi ada yg dpt dikongsi Insya-Allah, selagi itulah blog ni 'bernyawa'. =)
b2 syg sgt kakMira *peluk* =')
| KakNusrah |
Waalaikumussalam akak ^_^
Alhamdulillah sihat. Ameen, syukran atas doanya kak. ^_^
Apa jua yg adik tulis, itu dtgnya drpd Allah. Yg gerakkan tgn ni, yg ilhamkan buah fikiran, hakikatnya semua drpd Dia. Alhamdulillah, kita sama2 ambil sesuatu buat muhasabah diri ye kak =)
Ameen Ya Rabbal 'Alameen!
Post a Comment