عليكم السلام
بسم الله الرحمن الرحيم
Datang adik membuka bicara,
YahooMessenger menjadi pengantara,
Bicara hikmah mendidik jiwa,
Mula menuju perbincangan cahaya.
Pandangan seorang kakak dibutuh,
Mahu tag buat entri mendatang,
Inilah yang bakal ingin kusentuh,
Tentang Hamba Zaman Sekarang.
Melihat pada perkataan ‘Hamba Zaman Sekarang’. Yang jelas terpampang di minda saya adalah kebejatan sosial yang makin meruncing. Dengan penyalahgunaan dan penyeludupan dadah. Perzinaan yang bagaikan sudah menjadi satu trend. Juga kebanggaan gadis sunti yang megah mengatakan tiada dara. Kecurian motosikal oleh remaja belasan tahun. Tidak termasuk kes buli dan vandalisme. Juga terbaliknya dunia apabila lelaki mahu menjadi perempuan. Anak luar nikah penuh di dalam tong sampah. Menyedihkan!
Mengapakah ini terjadi? Apakah puncanya?
Jawapannya.
Hamba zaman sekarang mulai hilang rasa ‘hamba’.
Hamba zaman sekarang semakin miskin dengan nilai akhlak.
Hamba zaman sekarang tandus dengan nilai moral.
Perbualan dengan Ibu. Ibu suka bercerita mengenai anak didik. Anak-anak murid sekolah rendah. Ternyata apa yang saya dapat daripada bicara Ibu, kanak-kanak sekolah sekarang semakin kurang nilai akhlaknya.
Apabila disuruh melakukan kerja sekolah, pasti dibalas dengan jawapan kembali. Melawan. Langsung tiada hormat kepada guru yang mengajar. Pantang ada guru yang handsome, mata liar dan tersenyum kambing. Walaupun umur masih setahun jagung. Sudah tentu belum mengetahui makna cinta sebenar. Yang hanya ada dalam minda. Cinta saya dan awak.
Sedih. Saya tertanya sendiri. Mengapa begini.
Melihat kepada akhbar baru-baru ini. Peserta PLKN yang mengadu sakit perut. Rupa-rupanya baru selamat melahirkan seorang bayi. Anak luar nikah! Astaghfirullah! Naudzubillah.
Melihat kepada pelajar IPTA mahupun IPTS. Meninggalkan solat seolah-olah bukanlah masalah berat. Masih lagi mampu ketawa dalam keayikan dunia. Menutup aurat juga belum sempurna. Negara mengharapkan mahasiswa mahasiswi pembela agama dan bangsa. Tetapi yang diharapkan inilah yang banyak melahirkan anak di luar perkahwinan yang sah!
Ternyata, akademik yang tinggi semata-mata bukanlah penentu kejayaan satu-satu bangsa. Kerana bangun dan jatuhnya sesebuah tamadun itu bergantung dan melihat kepada akhlak. Pernah bukan mendengar pepatah, pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.
Pemuda bagaimana yang menjadi pergantungan? Pemudi bagaimana yang dijadikan harapan? Jawapannya, yang berpegang dengan agama Allah. Sehingga melahirkan masyarakat berperibadi Ad-Deen yang berakhlak mulia.
Bukankah Rasulullah diutuskan kerana akhlak? “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia”. Hadis Riwayat Ahmad.
Juga sebagai pembawa rahmat? Firman Allah dalam surah Al-Anbiya’, ayat 107. “Tidakkah kamu (Muhammad) diutus melainkan rahmat bagi sekalian alam.”
Akhlak berkait rapat dengan rahmat. Apabila akhlak tinggi, rahmat Allah dekat. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Jika peringatan tentang akhlak sekadar di angin lalu.
Kerana akhlak runtuh, kita manusia umpama makhluk berteknologi dalam zaman konkrit. Maju dalam teknologi dan pembangunan tetapi tetap mundur dari segi pembinaan sahsiah dan pegangan. Dunia huru hara dengan masalah rasuah, dengki mendengki. Riak dan ujub menyebabkan terhapusnya amalan. Fitnah, hasutan dan umpatan umpama darah daging sehingga menyebabkan perpecahan.
Tanpa akhlak, amalan juga tiada erti. Solat yang didirikan kerana riak tidak memberi makna. Solat tetapi hasad dengi terhadap manusia lain. Solat tetapi tetap melawan kata-kata ibu bapa. Solat tetapi mengumpat. Solat tetapi tiada bersyukur dengan apa yang ada dan sering sahaja mengeluh. Tidak percaya pada takdir. Solat tetapi mencuri. Solat yang tidak mampu untuk mewujudkan sahsiah mulia dalam diri.
Hamba zaman sekarang ada yang nama hanya pada agama tetapi tidak pada pemikiran dan kelakuan yang jelas bertentangan dengan syariat. Kerana kurangnya rasa malu, tiada segan berpelukan dan berpegangan tangan di tempat awam walau tiada ikatan yang sah. Kerana tiada merasa diri sentiasa diperhatikan walau di mana sahaja dan setiap ketika, berani menyelinap masuk ke kelas dan mengambil dompet rakan di dalam beg ketika ketiadaannya.
Cara hidup yang telah disediakan begitu indah, mengapa memilih untuk sakit.
Jalan kebahagiaan terbentang luas, mengapa lebih memilih lorong ke arah kegelapan.
Jalan penyelesaiannya hanya satu. Kembali kepada agama. Berjalan atas landasan yang betul. Berada pada lorong kebenaran. Jangan terpesong.
Ubai bin Kaab apabila ditanya Saidina Umar apakah yang dimaksudkan dengan taqwa memberi perumpamaan seperti melalui jalan yang berduri. Penuh hati-hati. Dan waspada. Melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Memelihara diri daripada melakukan dosa besar atau kecil. Hamba yang bertaqwa itu berjaga-jaga dengan segala arahan dan larangan Allah walaupun dalam perkara sekecil zarah.
Teringat perbualan dengan adik sewaktu cuti di meja makan. Berdua.
Adik bertanya. Kenapa Ibu letak sayur dalam mi?
Saya menjawab. Sebab Ibu nak bagi kita sihat.
Adik bertanya lagi. Kenapa sayur ini pahit?
Saya menjawab lagi. Terkadang yang pahit itulah penawar, yang manis itulah penyakit.
Adik terus bertanya. Kenapa kena makan juga?
Saya menjawab lagi. Sebab dah ada dalam mi.
Diam. Tersentak. Satu analogi terbayang di minda. Kini diterjemah.
Kenapa Allah menyuruh begini dan begitu?
Kerana Allah sayangkan kita.
Kenapa mujahadah itu pahit?
Kerana syurga itu manis. Jika mengikut nafsu, kelak pasti merana. Di sana.
Kenapa kita mesti ikut juga apa yang disuruh Allah?
Kerana kita hanya hamba. Hamba Ilahi.
Wahai Hamba Zaman Sekarang, sedarlah sebelum terlambat, bangkitlah daripada kelekaan, usah menghambakan diri kepada dunia, kelak pasti merana, berpeganglah dengan Al-Quran dan As-Sunnah, kerana itulah tinggalan Rasulullah tercinta, tidak akan pernah sesat selamanya, menunjuk arah menjadi pedoman, buat bekalan insan yang menyedari hakikat sebuah kematian, pejamkan mata, rasailah alam yang berbicara, hati mula berbisik, aku bukan hamba dunia, tetapi aku manusia, dalam sebuah kembara, menuju negeri abadi, terus mencari hakiki.
Akulah hamba Ilahi. Kita semua hamba Ilahi.
Bukan hanya pada nama semata tetapi itulah cerminan peribadi.
Kita hanya hamba. Dan jadilah hamba. Hamba yang bertaqwa.
Entri kali ini adalah tag daripada adik Ariffah. Saya kira tag ini sangat bermanfaat. Kerana bisa lebih membuka minda untuk lebih berfikir. Dan melihat dunia. Melihat hamba zaman moden kini yang hidup mewah dan celik IT. Mendorong diri menelusuri sisi hamba zaman sekarang. Termasuk diri sendiri. Semestinya. Juga melihat kepada situasi luar.
Tag atau yang sebenarnya dikira sebagai salah satu penyertaan peluang promosi blog selama sebulan dianjurkan oleh blog Hamba Ilahi bernama Mohd Naimul Firdaus. Saya jarang blogwalking ke sana. Selalunya berkesempatan mencari mutiara ilmu di blog ini apabila terlebih dahulu ziarah ke blog lain. Tetapi setiap kali menjelajah di blog ini, pasti banyak artikel yang akan saya klik untuk dibaca. Kerana penyampaiannya ringkas tetapi padat dengan nasihat. Teruskan bertinta kerana Allah buat pemilik blog. Dan juga buat semua para blogger. Sentiasa jaga niat, Insya-Allah.
Tag atau yang sebenarnya dikira sebagai salah satu penyertaan peluang promosi blog selama sebulan dianjurkan oleh blog Hamba Ilahi bernama Mohd Naimul Firdaus. Saya jarang blogwalking ke sana. Selalunya berkesempatan mencari mutiara ilmu di blog ini apabila terlebih dahulu ziarah ke blog lain. Tetapi setiap kali menjelajah di blog ini, pasti banyak artikel yang akan saya klik untuk dibaca. Kerana penyampaiannya ringkas tetapi padat dengan nasihat. Teruskan bertinta kerana Allah buat pemilik blog. Dan juga buat semua para blogger. Sentiasa jaga niat, Insya-Allah.
Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.
Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.
"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"
10 comments:
Assalamualaikum dik Rabiatul :)
lama rasany tunggu entri baru adik, entri ni sesuai sgt bagi mereka yg mencari erti diri seorang hamba-Nya, mcm akak :) terima kasih adik. kalau nak cari bahan bacaan, entri adik jadi pilihan :)
luas perbincangannya...
semoga allah merahmati adik rabiatul :)
wah akak. terima kasih sudi buat jugak. saya pun tertarik nak sertai, sebab ulasan ttg hamba ni saja ^^
suka dgn ayat hamba sekarang dah lupa menjadi 'hamba'..huhu, betul jugak.
teruskan perjuangan belajar di u ya :)
| Kak Jiha |
Waalaikumussalam akak! *peluk* ^_^
adik cuba untuk sediakan entri secepatnya, tapi dgn izin Allah, cepatnya begini =)
sama-sama kita menjadi hamba. Sama-sama kita terus dan tetap berjalan di bumi Allah ini sebagai hamba Ilahi, kita sama-sama ye kak =)
| Entoy Cairo |
pabila menyebut hamba, kita punya tanggungjawab. sebagai 'aabid dan pemakmur muka bumi. Mengikut apa yang disuruh Allah dan tinggalkan apa yg dilarang-Nya. menyebut hamba Ilahi, manusia yg terikat pada akidah yg satu. Islam, the way of life. menyentuh segenap aspek kehidupan. =) syumul, bukan juz-i juz-i, Insya-Allah.
jazakallah Akh sudi baca dan komen. amat dihargai. jemputlah dtg lagi.
Barakallahu feek ya Akhi =)
| Ariffah |
terima kasih tag akak, tag ni membuka minda ^_^ Alhamdulillah
Menyedari hakikat kehidupan seorg hamba, hidup dlm dunia penuh tipu daya, diberi pilihan antara lorong cahaya atau lorong kegelapan, menyusun jalan cerita sendiri meniti kembara menuju Ilahi.
selamanya mesti merasai kita hanya hamba. jadi, jadilah hamba. =)
syukran dik, akak sayang adik ^_^ *peluk*
salam,
thanks for sharing dik. :)
kita adalah khalifah yang berjiwa hamba.
dan ya, jalan kebahagiaan itu terbentang luas, walau mahu ke sana penuh dengan onak duri.
Waalaikumussalam akak ^_^
ilmu daripada Dia, kak =)
nak merasai tanggungjawab khalifah, mesti bernafas dlm jiwa hamba. Insya-Allah, jln seterusnya betul mengikut apa yg seharusnya seorg hamba lakukan.
walau jln mujahadah itu pahit tetapi itulah sebenarnya jln kebahagiaan =) manis
Nice one.
Syukran.
Bersama meneruskan perjalanan menjadi hamba Ilahi, insyaAllah. =)
| adysuR |
Jazakillah ya Ukhti sudi singgah dan komen. =)
Kita sama2 ye. Selagi nafas terhela, selagi itu ingatan 'diri hanya seorg hamba' bersama terpahat di hati. Jua dlm setiap langkah. Insya-Allah. Hanya Dia. =)
Post a Comment