Thursday, June 23, 2011

Kempen : Jom Tutup Aurat!


عليكم السلام
  بسم الله الرحمن الرحيم

Panorama dunia kini,
Aurat dipandang sepi,
Dibiar terdedah begini,
Kerana hilangnya malu dalam diri,
Di manakah kau letakkan maruah ini?

Yang menutup rapi,
Senang berkongsi,
Jutaan mata memerhati meneliti, 
Cuba bertanya pada hati,
Kerana siapa menutup aurat ini?







Penampilan refleksi akhlak
 

Pertamanya, mahu menyentuh tentang ini. Konsep aurat bakal disentuh kemudian.


Pakaian  lambang peribadi. Luaran yang diri sendiri perlihatkan adalah salah satu penyebab bagaimana first impression manusia terhadap diri kita. Persekitaran mungkin mendesak saya berbicara tentang ini. Luaran terkadang tak seiring dengan dalaman. Bimbang andai menjadi fitnah pula. Dan terkadang yang 'menutup sedikit' lebih baik daripada yang 'menutup banyak'. Tetapi manusia itu tetap manusia yang punya kesalahan dan tidak sempurna. Yang punya peluang untuk menjadi lebih baik.



Andai berniqob, tonjolkan peribadi yang pandai menghormati hak orang lain. Andai bertudung labuh, tunjukkan peribadi yang mudah menuturkan kata maaf atas kesalahan. Saya suka melihat dia. Dia yang sememangnya dari jurusan yang kebanyakan penuntut satu aliran dengannya memakai shawl dan tudung singkat yang tidak diluluskan. Tetapi dia unik dengan menyarung tudung labuh. Memberi contoh sentiasa berzikir walau dalam majlis formal. Hebat. Bangga punya sahabat sepertinya.



Pengalaman. Dari sini ada sesuatu yang saya nak sampaikan. Mereka. Anda. Kita. Yang bertudung labuh hatta berniqob sekalipun, tunjukkanlah contoh yang baik. Berakhlaklah seperti mana pemakaian. Terkadang disebabkan sikap segelintir yang bertudung labuh mahupun berniqob yang 'kurang', menyebabkan wujud golongan anti tudung labuh terutamanya. Antara faktor ukhuwah renggang. Pengalaman juga. Daripada sahabat yang mengalami. Masakan pokok akan bergoyang andai tiada angin yang mengusik. Kerana nila setitik, ah, rosak sudah susu sebelanga.



Konsepnya sama sahaja dengan Islam. Islam itu adalah satu cara hidup yang benar. Tetapi oleh kerana sikap penganut agamanya sendiri tidak menggambarkan peribadi akhlak yang diajar Islam, bagaimana mereka yang belum mendapat hidayah dan petunjuk bisa merasa kagum dengan Islam? Tetapi keadaan umat Islam tidak semestinya menggambarkan Islam itu adalah begitu dan begini. Benar, bukan? Jika seorang muslim itu meneguk arak, tidak bermakna Islam mengajar arak itu halal. Boleh dapat tak maksud saya? Lihat. Kesimpulan akhirnya kembali kepada manusia itu sendiri.



Jaga penampilan dan peribadi. Saya menghormati seorang kakak yang berniqob ini. Sering sahaja bangun malam dan kata-katanya penuh motivasi. Fikirannya matang. Lihat. Ini baru muslimah berniqob yang hebat. Juga seorang kakak hafizah bertudung labuh. Wajah dan kata-katanya sahaja mendamaikan hati. Tenang. Hebat. Saya kagum. Juga seorang kakak bertudung labuh tetapi bukan daripada jurusan agama. Semangatnya dalam dakwah begitu membara sehinggakan saya terasa akan tempiasnya. Dia seorang kakak yang penuh ketenangan dan semangat. Memberi kekuatan kepada diri.



Saya banyak belajar pelbagai perkara daripada manusia. Dengan melihat. Merenung sendiri. Ya, sememangnya jurusan tidak menjanjikan apa-apa. Bukan kerana jurusan atau penampilan semata-mata seseorang itu hebat. Ada yang begitu tetapi yang mahu ditekankan adalah peribadi dalam diri. Saya suka mengenali seseorang. Melihat kepada akhlak. Dari situ dapat kita kenali hati budi manusia.



Apa yang baik kita lihat pada orang, kita belajar. Apa yang salah kita lihat pada orang, juga kita ambil dan belajar. Dan dari situ, kita lihat pula diri kita. Ini sebenarnya. Bukan kita lihat keburukan seseorang dan seterusnya membenci. Doa untuk dia. Dan juga buat diri sendiri.



Seorang kakak alam maya yang saya kenali. Walau bukan bertudung labuh, fikirannya matang. Dan mempunyai pendapat yang sama dengan saya. Terkadang mereka yang punya ilmu agama dan lebih menonjol dengan imej ‘soleh’ atau ‘solehah’ serta kopiah dan tudung labuh tidak menjanjikan peribadi yang unggul. Itu mungkin kerana ilmu yang ada tidak diamalkan. Mungkin. Lihat kembali diri sendiri bagaimana. Perlu bimbang dengan diri sendiri.



Ada juga sahabat yang saya kenali. Tiada pernah bertemu. Perkenalan tanpa sengaja. Dia bukanlah muslimah bertudung labuh. Dia bukanlah pelajar universiti. Tetapi punya semangat seperti mereka yang belajar di institusi pengajian tinggi. Punya kata-kata seperti pelajar universiti yang mengambil jurusan agama! Peribadinya seperti yang dituntut daripada si pemakai tudung labuh mahupun niqob. Menitiberatkan solat sunat. Kata-kata sering berkait dan mengingatkan saya dengan kebesaran Allah. Saya amat menyayangi dia, walau dari kejauhan.



Terharu. Pernah mengejutkan saya bangun sahur dengan hanya mesej. Walau tanpa diminta. Menceriakan hari dengan ucapan selamat pagi. Jika saya berjaya menggapai sesuatu, dia benar gembira tanpa rasa dengki. Saya dapat rasa itu. Hanya mampu senyum melihat fenomena sekeliling. Andai saya bersedih, saya amat percayakan dia untuk meluah rasa gundah. Hairan kerana saya tahu diri sendiri sedikit sukar untuk mempercayai manusia. Sukar benar mahu mencari sahabat yang berfikiran sama seperti diri. Andai persahabatan itu benar ikhlas, pasti sampai ke dalam hati, bukan? Dan saya tahu inilah sahabat sebenar. Senyum. Dunia penuh teka-teki. Atas pentas drama dunia. Berliku. Menarik.









Tujuan Hati


 
Saya lebih suka fokus kepada yang telah sedia sempurna menutup aurat. Dan juga suka saya tekankan tentang niat dalam setiap perkara. Seorang gadis yang menutup aurat dengan sempurna. Alhamdulillah. Tetapi bagaimana seandainya memakai jubah dan tudung labuh itu bukanlah kerana Allah?


“Wah, cantik aku pakai jubah, mesti ramai lelaki yang tertarik,”

“Aku pakai niqob ni nampak baik, lain daripada yang lain”


Sekadar contoh. Niat merupakan paksi dalam segala amalan. Setiap apa yang kita lakukan di dunia adalah hanya kerana Allah. Kita menutup aurat kerana Allah. Kita menyarung pakaian sebegitu bukan mahu bergaya dan ingin menyarung baju-baju yang cantik. Bukan itu yang cuma berlegar dalam fikiran. Mengikut arus fesyen moden semasa walaupun jubah. Tetapi katakan "Aku menutup aurat ini kerana Allah. Aku memakai baju begini kerana Allah,". Andai niat lain daripada matlamat sebenarnya, bagaimana amalan itu pada pandangan Allah?



Ada junior saya di UIA ini berkongsi mengatakan mahu berubah dalam penampilan. Senang dengan luahan hatinya. Dia punya hasrat ke arah itu. Tetapi terasa sedikit sukar untuk memakai pakaian seperti baju kurung kerana lebih selesa menyarung seluar. Tidak salah. Asal konsep menutup aurat itu ditepati. Asasnya longgar dan tidak jarang. Tudung dilabuhkan menutupi dada. Sudah cukup.



Tidak semestinya perlu memakai baju kurung dan menyarung jubah itu baru dikatakan menutup aurat dengan sempurna. Tetapi sudah pasti kita mahu yang terbaik bukan? Andaikan analogi makanan yang terhidang di atas meja. Memilih untuk ditutup dengan akhbar. Itu pun sudah cukup untuk menghalang lalat-lalat daripada menghinggapi makanan. Tetapi sudah pasti lebih baik andainya ditutup dengan tudung saji. Lebih terjamin dan selamat. Kerana tidak seperti akhbar yang ringan dan mudah terbang dibawa angin. Bisa menangkap maksud saya?



Andai terdetik mahu melakukan kebaikan, bersegeralah. Andai benar payah, ingatlah kematian. Peringatan bahawa kita nantinya akan ditanya dan dipertanggungjawab atas apa yang kita lakukan di dunia. Andai benar susah, cari sahabat yang menyokong dan berada dalam suasana tarbiah solehah. Cari kekuatan di situ. Saya percaya enti boleh!









Usah Ditayang Umum.



Sayang benar andainya muslimah yang cantik berkeadaan menutup aurat dengan sempurna memaparkan gambar di laman-laman sosial. Terus terang saya katakan di Facebook terutamanya. Duhai muslimahku sayang, simpanlah fotomu. Ya, saya memahami. Terkadang segelintir mereka hanya mahu berkongsi aktiviti yang dilakukan bersama sahabat. Tetapi usahlah diupload ke laman sosial. Mungkin gambar beramai-ramai masih bisa dipertimbangkan. Tetapi mesti difikir kembali saat ingin meng'upload' foto yang jelas memperlihatkan setiap inci wajah. Lihat. Ada mata-mata yang punya penyakit dalam hatinya terseksa.



Apakah mahu gambar itu disimpan lelaki-lelaki yang melihat kerana tertarik akan kecantikan? Simpanlah yang berharga itu buat suamimu. Usah ditunjuk, enti sudah sedia cantik. Tidak kasihankah kepada ‘dia’ yang menunggu entah di mana? Jaga diri untuk dia. Buat kerana Allah. Pesan saya. Deletelah. Saya sayang benar enti, enti dan enti. Maaf andai ada hati yang terluka. Masih hingga saat sekarang, pilihan di tangan sendiri.









Kesimpulan.



Kempen Jom Tutup Aurat. Yang saya mahu tekankan adalah :


1) Menutup aurat itu wajib. Dan satu perintah daripada Allah. Pencipta kita. Oleh itu, kita yang menyedari diri ini hanya hamba, patuhilah suruhan-Nya. Susah? Mesti taat juga. Andainya seperti solat. Malas? Memilih untuk meninggalkan solat. Andai malas, menunggu untuk rajin dan ikhlas, baru melaksanakan solat? Ketahuilah, ikhlas itu tidak akan datang tanpa permulaan tindakan! Kuatkan hati untuk berubah sekarang!



2) Menutup aurat itu cukup mudah. Jangan memakai pakaian yang ketat dan jarang. Tutup aurat bukan membalut aurat. Menutup aurat itu tidak bermaksud mesti memakai baju kurung dan jubah tetapi asal sahaja konsep menutup aurat itu dipatuhi, mencukupi. Namun, kejarlah yang terbaik. 



3) Andai diri ini sudah sempurna memakai jubah atau kebiasaan memakai baju kurung beserta tudung labuh, saat ini mula teropong hati. Untuk siapakah kita lakukan itu? Untuk menarik hati-hati lelaki supaya jatuh cinta? Untuk menonjolkan imej solehah sebaik mungkin agar mata-mata yang memandang mengatakan kita ini baik? Lihat, musuh durjana itu pakar dalam membisik. Jaga niat. Sama-sama berpesan. Untuk diri sendiri juga.








Entri ini sebenarnya adalah tag daripada Amal. Lama benar b2 ini mengambil masa mahu menyiapkannya kan Amal? Maaf ye. ^_^ Diri ini perlu belajar dan praktis pengurusan masa yang efektif lagi. Saya lebih suka melangsaikan hutang-hutang post terlebih dahulu. Kerana ini janji.  Saya tidak tahu entah berapa lama lagi pinjaman nyawa ini.


Saya mahu menulis lagi! Penat juga kebelakangan ini. Terkadang hanya sempat menyiapkan entri separuh-separuh. Rindu benar dengan pengunjung blog ini. Doakan saya ya. Kuiz minggu hadapan. Yang dapat saya katakan subjek semakin berat sem ini. ^_^ Jumpa lagi ya, Insya-Allah.







 p/s: Selingan buat adik di rumah. Adik ada menghantar gambar. Kucing di rumah murah rezeki, 4 ekor anak lagi selamat dilahirkan ^_^ hee~ Adik di rumah excited cakap kucing putih yang kakak dia punya.


(sejak bila pula kakak macam fanatik kucing, orang suka arnab la ==", Abang, cepatla on9 FB! =P  Rindu silent reader sorang ni. Tapi kakak lagi rindu adik yang 3 orang lagi, rindu abang sikit2 je. Wek~aha~ *peluk ramai2* ^_^ waa..sebak2..='(   nak balik rasanya....rindu nak bergurau dengan you all semua tau)  ==" kronik ayat kakak awak, Mirul. Jaga adik-adik dekat rumah tu. Jangan banyak main. Dengar cakap Ibu Abah. Mengaji jangan orang suruh baru buat. Belajar dan susun masa. ==" 

yang paling penting, mesej kakak selalu. =="  ....  
daa~ ^_~ muah3.
Kakak baik2 je dekat sini. Alhamdulillah. =D



Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.


Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.


"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"

12 comments:

amal said...

Terima Kasih bitu atas entry yangg cukup bermanfaat ini. Nice sharing :)

btw, Gud Luck kuiz nanti. bitaufiq wannajah ^^

anitaare said...

assalammualaikum rabiatul,

tersentuh dgn n3 ini..peringatan utk mama jugak..
rindu dgn anak mama sorang ni..kalu ada masa meh jengok mama ye^_^ *peluk*

Ummu Iman said...

assalamualaikum bitu...
alhamdulillah,,terkesan dengan entri ini...
dan juga cerita2 org2 sekeliling bitu...
semoga ada lagi pengalaman2,asam garam hidup serta realiti yg kita perasan tapi xsedar...

~mugkin baru bangun tidur~hehe

nice.BigThumb..visit mine plak...nak mintx komen,sifuah..hihi

hassnah said...

First sekali,, awat hang dah suka guna trademark kite.. aishh.. x leh jadi ni... ==' haha :D

bitu, tercengkam di hati la post ni.. gugugu.. kite bukan la orang yg baik. huhuuhu

eh eh eh rindu rumah jee?? rindu hasnah x?? tak rindu sbb hasnah slalu gi bilik Bitu.. haha

sat, panjang betol entry ni... quiz comp esok yeeee!! hehe


kesimpulan : saya terkesan dalam entry ni . hurmmm. syukron c=

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Amal |

Syukran Amal tag b2, kempen yg amat bermanfaat melihat kepada situasi terutama para pemudi skrg.

Syukran ya, b2 syg sgt Amal. Pjg umur, ada peluang, biiznillah, kita jumpa, taaruf lebih scr dekat ^_^

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Mama Ita |

Waalaikumussalam Mama! ='( rindu sgt4

Setiap entri peringatan buat yg menulis juga Mama.
Rindunya nak tulis perkataan 'Mama'! Insya-Allah, walaupun sibuk dan xsempat nk ziarah, Mama dan yg lain sentiasa dlm ingatan =') sgt rindu..*peluk*

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Balqis |

Waalaikumussalam Balqis ^_^
Alhamdulillah kalau ada manfaat walau secubit cuma. Dgn melihat dunia, meneropong setiap sudut kehidupan, terdapat terlalu byk ibrah yg boleh kita ambil, terlalu byk!

Insya-Allah, nanti b2 ziarah ke sana pula ye ^_^

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Hasnah |

Pertama sekali juga, uih, smiley tu mmg b2 suka dari dulu lagi, cuma xbrp tunjuk je, aha~ ^_^

Apa ckp mcm tu. Tu doa. Org mukmin tu kalau berbuat dosa, terasa gelisah. b2 lagi byk kurang drpd Hasnah.

Aha~ Perlu ke b2 rindu bdk D-2-1(b) ni? =P
Duk baik2 no

Alhamdulillah, dah habis kuiz! ^_^

Yg baik, sama2 kita ambil jadikan panduan dan nasihat ye, yg kurang kita cuba melihat dgn mata hati, mengambil iktibar atau ibrah. Segalanya punya hikmah. =)

Ariffah9 said...

kak, nak no. kak boleh?

kalau boleh, tlg ye emailkan ke ariffahshukri@gmail.com

kalau tak keberatan la .. ^^

syukran :)

hassnah said...

takleh2. tu smiley kite.. haha (saje nak wat komen luar dari topik ). hehehe

tapi coclusinya,, mmg kena selalu tajdid kan niat kan?? kadang2 kite wat sesuatu tu, sbb adat.. kan?

:: Zahratu Billaurah :: said...

Aha budak kecik ni ^_^
Kita kongsi la, sharing is caring kan =P Hasnah kan care dkt b2 ^_~ wek~

Na'am ya Ustazah, tajdid niat selau. Mcm kakAin kata kan? terkadang mulanya niat kita dah betul, tapi ada je lps tu yg tersasar. Betul2, terkadang amalan tu kita buat bukan krn Allah, tetapi kerana adat sbb tu penting kena tengok niat balik ^_^

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Ariffah |

Boleh, kenapa tak bolehnya. Lagi akak suka ^_^

Nanti akak emelkan ye ^_^ Uhibbuki Fillah