أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
Ya, cinta anugerah Allah.
Ya, remaja punya fitrah cinta.
Ya, remaja punya kecenderungan untuk menyayangi dan disayangi.
Itu semua sedia maklum.
Ini bicara cinta ekspres.
Ini bicara cinta ekspres.
Terlalu memikirkan cinta manusia sehingga mengetepikan cinta Allah dan Rasulullah.
Cinta itu tenaga.
Cinta Dalam Dunia Fitnah.
Cinta yang tidak dikawal bisa mencetuskan fenomena luar biasa. Lihat kes anak luar nikah. Statistik yang menggerunkan. Kasihan wajah suci yang tidak berdosa itu. Dibuang tiada erti ke dalam tong-tong sampah. Tiada belas kasihan terhadap kandungan yang dikandung selama sembilan bulan sehingga sanggup dilempar dari tingkat bangunan. Tidak berhati perut.
Kerana dibius cinta juga, nasihat yang diberi tiada kesan. Krisis 4P. Pandang, Pegang, Peluk membawa kepada Perzinaan. Dirakam dan disebarkan dalam alam maya. Megah kerana tiadanya dara. Remaja semakin sakit kerana tenaga cinta yang tidak disalurkan pada tempat selayaknya.
Akibat mabuk cinta, mula kabur dalam melihat cahaya. Lantaran jauh daripada ibu bapa, terasa diri bebas melakukan apa sahaja. Menghadapi kejutan suasana di bandar berbanding di kampung. Penampilan mula berubah. Pergaulan juga tiada mengenal batas. Bahagia menyambut Valentine, meluah rasa cinta.
Cinta itu hebat, berbisa dan luar biasa.
It is an energy.
So, how to control the ‘energy’?
Lihatlah cinta luar biasa Khubaib bin Adi yang tidak menukar posisinya dengan Rasulullah saat mahu dihukum mati oleh suku Quraisy.
Lihat cinta Abu Bakar As-Siddiq yang menahan sakit disengat kala jengking hingga bercucuran air mata kerana bimbang Rasulullah yang tertidur berbantalkan pahanya terjaga sewaktu beristirahat di dalam gua Tsur ketika dalam perjalanan hijrah dari Makkah ke Madinah secara sembunyi.
Kawallah cinta dengan iman
Merenung Surah Yusuf.
Nasihat seorang ustaz, kajilah surah Yusuf. Terdapat banyak konflik cinta. Didatangkan sebaik-baik kisah. Nabi Yusuf juga diuji. Lihat bagaimana Nabi Yusuf mengawal tenaga cinta ini.
Cinta ibarat air yang menggelegak. Andai ditutup hingga terasa tiada ruang bakal meletup. Tetapi bocor juga tidak boleh. Jalan penyelesaiannya, kecilkan api. Usah terlalu panas, usah terlalu kecil apinya. Bersederhana. Ambil jalan tengah. Sendiri pandai mengawal.
Cinta sesama makhluk punya matlamat khusus. Tetapi ada satu cinta yang tidak mengharap apa-apa iaitu cinta Al-Khaliq.
Gunakan masa secara optimum. Jangan terlalu memikirkan soal cinta yang tidak pasti. Air apabila bertakung rosak tercemar. Anak muda apabila punya banyak masa lapang daripada kesibukan akan rosak.
'PHD Perkahwinan'
Sering kita dengar bukan, alam perkahwinan itu berliku. Punya ujian tetapi manisnya pasti ada saat berjaya dihadapi dengan fikiran rasional dan tenang serta wujudnya persefahaman.
Ada yang melihat perkahwinan itu adalah cinta tanpa tanggungjawab. Sehingga ada juga menjadikan perkahwinan sebagai penyandar atas alasan ingin mengelak daripada terjatuh ke lembah perzinaan. Ketahuilah perkahwinan dibina bukan atas perasaan cinta semata.
Ada juga yang melihat perkahwinan itu hanya tanggungjawab tanpa cinta. Ramai yang bisa menjadi suami yang bertanggungjawab tetapi tidak ramai yang mampu menjadi seorang yang romantis.
Kembali kepada teladan daripada Rasulullah. Baginda manusia yang paling sibuk. Mengetuai peperangan besar. Imam solat. Bermunajat kepada Allah setiap malam. Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari. Menziarahi orang sakit. Memikirkan masalah umatnya. Tetapi Baginda masih punya waktu melayani isteri-isterinya. Baginda adalah suami yang paling romantis.
Terlalu ramai yang mengejar cinta sebelum kahwin. Jadilah unik dan istimewa dengan menjaga diri mulai sekarang untuk merasai kemanisan selepas kahwin.
Belajar mengambil ‘PHD Perkahwinan’ pada saat ini, atau yang mula melangkah ke alam baru mahupun yang telah lama mendirikan masjid. Agar perhubungan yang dibina kekal diredai Allah sampai syurga.
Bagaimana saya mahu lupakan kekecewaan ini?
Begitu ramai yang kecewa kerana cinta manusia. Sudah tahu begitu, cinta manusia juga yang diutamakan.
Ada junior yang meluah rasa. Junior yang hebat. Kerana saya kira fikirannya lebih matang berbanding rakan-rakan seusia. Betapa hatinya begitu terusik kerana dirasa diri lebih mengutamakan cinta manusia berbanding Allah. Tangis membasahi kerana menyedari nikmat yang diberi begitu menggunung tetapi dalam solat masih juga belum mampu khusyuk sepenuhnya.
Apabila susah, baru Dia yang dicari. Apabila senang, Dia dipinggirkan. Sibuk memikirkan yang lain. Hati saya terusik apabila dia mengatakan lebih suka menangis berbanding ketawa. Kerana takut akan dosa yang menimbun. Seorang remaja yang suka berfikir. Berimpian ingin berhimpun bersama keluarganya di syurga.
Tiada diduga pemikiran kami sama. Terkadang apabila memikirkan soal jodoh, saya tidak terlihat bayangan tentang masa hadapan, tidak seperti perkara lain. Begitu juga kerjaya. Yang terdetik, apakah aku tidak punya masa yang panjang untuk itu semua?
Apa yang saya dapat, saat terfikir soal jodoh, diri lebih memilih untuk mengingati kematian.
Jodoh di dunia barangkali.
Tetapi kematian itu pasti.
Jodoh di dunia barangkali.
Tetapi kematian itu pasti.
Cinta untuk Reda.
Lihat kembali apakah matlamat kehidupan sekarang.
Ya, untuk menggapai keredaan-Nya.
Oleh itu, jadikan cinta terhadap manusia wasilah untuk menggapai reda-Nya.
Manfaatkan tenaga cinta dan salurkan pada tempat yang betul.
Rabiatul Adawiyah menolak pinangan daripada Sultan juga alim ulama. Kerana mengatakan bahawa “Aku telah mendapat cinta hakiki, justeru apa yang perlu untuk cinta manusia?”.
Ceramah atau ‘talk’ tentang cinta remaja bukanlah perkara yang luar biasa di universiti. Semestinya pendedahan dan peringatan tentang ini perlu kerana kebanyakan masalah yang dihadapi remaja adalah berkaitan soal hati. Saya setuju untuk ini.
Mahukan yang soleh dan solehah?
Baik, mari lakukan sesuatu.
Senaraikan ciri-ciri isteri atau suami idaman.
Seberapa banyak yang mungkin.
Selama 1 minit.
Mula sekarang.
Saya tunggu.
Dah siap?
Jangan menipu. Tulis dahulu.
Baik.
Sekarang, highlightkan tulisan putih dalam kurungan di bawah.
( Sebelum meminta, pastikan ciri-ciri yang ditulis ada pada diri )
Mahu menutur sayang terhadap seorang perempuan.
Tetapi pernahkah mengira berapa kali menutur sayang terhadap seorang Ibu?
Yang bertarung nyawa melahirkan seorang anak?
Mahu merasa perasaan berkongsi kasih dengan seorang perempuan.
Tetapi pernahkah terfikir tertunaikah sudah tanggungjawab terhadap ibu dan bapa?
Mahu merasa perasaan berkongsi kasih dengan seorang perempuan.
Tetapi pernahkah terfikir tertunaikah sudah tanggungjawab terhadap ibu dan bapa?
Mahu mengambil tahu segalanya tentang 'dia'.
Tetapi apakah diri telah mengetahui segala tentang ibu dan bapa yang mendidik sedari kecil?
Makanan kegemaran mereka? Warna kesukaan mereka? Impian dan harapan mereka?
Tetapi apakah diri telah mengetahui segala tentang ibu dan bapa yang mendidik sedari kecil?
Makanan kegemaran mereka? Warna kesukaan mereka? Impian dan harapan mereka?
Terasa sangat gembira dan bahagia. Alhamdulillah, kini telah berjaya memiliki buku Men are from Mars, Women are from Venus hasil tulisan John Gray yang diterjemah. Mahu mengkaji dua makhluk yang mempunyai pandangan yang berbeza dan cara berfikir yang berlainan. Menarik.
Credit kepada Hasnah yang menyedari kewujudan buku ini. Syukran ^_^
D-3-4 tumpang gembira dan bahagia buat Farhan yang telah selamat menjadi tunangan orang pada 6/2/2011. Moga selamat menghadapi ujian dalam menuju gerbang perkahwinan dan moga segala urusan dipermudahkan Allah dalam perancangan ingin membina Baitul Muslim pada tahun ini, Insya-Allah, Ameen.
Selamat ya Mama Farhan! *peluk* ^_^ b2 tujukan lagu For The Rest of My Life khas buat Farhan. Nanti waktu kahwin bagi lagu lain pula. ^_~
p/s: tak sabar tunggu Farhan balik, katanya nak tunjuk video.
Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.
Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.
"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"
9 comments:
Salam alaik yaa adik Rabiatul..
Adik apa kbr ya? sihat?
pagi ni,byk baca soal hati.soal jodoh.perkahwinan.terkesan.
terkena pula panahan dgn 'permainan' yg adik kemukakan pd 3terakhir tu..
w/pun akak tak buat sebenarnya ^_^ tp,akak jujur mengatakan disini..so,akak tak tipulah kn hehe.cukup cuma difikiran.bila highlight(). nah!terkena panahan..
tak cukup disitu,kena lg satu...satu...dan satu..shukran yaa mahbubah
pinjamkanlah akak buku tu..hehe :) nak tahu jg perbezaannya..
semoga Allah permudahkan urusan Adik Rabiatul.ameen ya rabbul aalamin :)
Waalaikumussalam wbt kak Jiha!
waa, Rabiatul rindu akak tahu! ='( *peluk* nanti nak ziarah akak =')
Alhamdulillah, sihat ^_^
Ini pun pengisian yang adik dpt di UIA
Hehehe. Permainan ye ^_~ ait, x aci. Tapi xpe, sbb akak jujur ^_~
Adik memanah diri terlebih dahulu sebelum akak kena panah tu.
Aha~ Kalau akak nak pinjam, akak mai la UIA Nilai ni~ ^_^
Akak, syukran untuk doa tu =')
Moga akak sentiasa di bawah peliharaan dan jagaan-Nya, moga dipermudahkan segala urusan akak, bersama kesusahan ada kesenangannya.
p/s: syg sgt kak Jiha!
ohh adik...syg adik juga!:) penuh nama Rabiatul kat shoutbox akak..siapa punya kerja tu..hehe ^_~
tidak apa dik,akak faham :)jaga kesihatan,masa2 puasa sunat ni,banyakkan minum air,nanti sakit tekak pula :) *jadi mak sebentar*
alhamdulillah,terima kasih dik doakan akak,ameen ^_^ <3 u
hehehe. Tu tanda adik rindu akak ^_~
Banyak perkara nak kongsi dan cerita tapi xsempat. Hajat nak kurangkan on9 sedikit. Tunggu semua stabil baru upgrade ms untuk on9 ^_^
Ehehehe. Insya-Allah, adik akan ingat pesan akak. Skrg pun nak krgkan minum ais, nk minum air mineral byk2 ^_^
Akak jaga diri baik2 ya bah di sini ^_^ <3 U too sis
Cinta manusia tak akan ada nilai walau satu sen pun kalau tak ada cinta Allah yang bertapak kukuh dalam diri.
('=
teringin baca buku tu..pernah jumpa tp masih belum beli..
bukan apa, sebab disyor kan oleh us.hasrizal..nak tahu juga. hehe
| Kak Zati |
Indah kata-kata akak =')
cinta manusia bererti andai berpaksikan keimanan juga cinta Allah. Kerana cinta manusia menjadi wasilah untuk mencapai keredaan-Nya. =')
adik doakan yang terbaik buat akak =) *peluk*
| Ariffah |
Hehe, Ariffah belilah, akak suka sgt buku2 yg mcm ni. Syg sgt sampai balut2 dah ha ^_^
Akak pun beli sbb Ustaz Hasrizal baca, hehe. Lagi, buku tu berkaitan psikologi manusia, ish, lagi akak suka ^_~
aik? kte rase kite dah komen dah kat sini.. malah baik ngan belog bitu. huh
urmm, fikirkan tentang cinta antara manusia KEBIASAANYA buat kite lupa kematian.. sbb tu kena carik yg dapat mbimbing. insyaAllah akan slalu ingat mati tu iye dok? huhu
ceh, ingatkan dia cerita pasal bku tu.. (ye la,, kite tuan promote suh beli, sbb nak pinjam ).. tp, tuan dia un x habis baca lagi :P
Post a Comment