Saturday, April 30, 2011

Sandiwara Dunia Blogging

 
 
 
عليكم السلام
  بسم الله الرحمن الرحيم



Blogger A : Ish, takleh jadi ni, semakin hari semakin ramai follower dia. Blog aku pun Islamik gak, tapi kenapa blog dia lebih dapat sambutan? Menyampah aku. Dah lah ramai orang komen blog dia, iii, menyampahnya! Sakit hati aku! Macamlah dia bagus sangat! Aku kena buat sesuatu.


Blogger B : Alhamdulillah, semakin ramai yang follow, harap yang follow tu dapat manfaat. Eh, ada komen baru. Ha, apa Anonymous ni tulis ni. Astaghfirullahal ‘azeem. Ya Allah, ampunkanlah dosanya. Luputkanlah hasad dengki manusia terhadap aku. Ameen.



 “Salam. Wei, penulis blog, kau ingat blog kau bagus sangat ke ramai follower, ramai orang komen. Blog je Islamik padahal orang bukan Islamik sangat pun. Ikhlas sikit kalau menulis tu. Hipokrit punya orang, ptuih! Blah la, menyampah aku dengan kau ni”










Hey you!



What?


What are you doing?


What?? Who are you?


SISI PUTIH : Yela, tukar, tukar. Cakap BM pula. Ha? Siapa saya? Saya adalah awak, awak adalah saya.



SISI HITAM : Eh, apa pula dia adalah kau, dia adalah aku. Eh, budak, nama kau sape dah, tak ingat pula aku.



(Putih + hitam = kelabu = neutral )


SISI KELABU : My name is Ali.


SISI HITAM : Ceh, speaking, padahal nama tak komersial langsung.


SISI PUTIH : Apa kena dengan awak ni, nama Ali tu punya maksud yang baik. Yang tinggi. Biar semakin tinggi keimanan, semakin tinggi kesolehan. Sahabat Nabi pun ada nama Ali.


SISI HITAM : Ahh! Ni apesal cakap pasal nama pula. Eh, Whitey, apehal kau jerit-jerit dekat budak ni tadi?


SISI PUTIH : Ni ha Blackie, tengok apa dia komen dekat blog orang. Tak puas hati dengan blog orang yang punya follower ramai, komen banyak. Saya nak cegah perkara buruk. Ni boleh merenggangkan ukhuwah.


SISI HITAM : Hahahaha. Memanglah, dia buat macam tu sebab ikut cakap aku. Bagus anak didik aku ni. Pergi blah la kau. Dia milik aku. Hahahaha.


SISI PUTIH : Memang hitam la awak ni, ambik ha, straight to the point. Kalau jahat tu, memang jahat la juga, lagi straight to the point. Aww, tak baik tahu. Saya nak selamatkan dia daripada awak. Ali, awak ok? Are you ready, bebeh?


SISI KELABU ALI : What the……huh?


SISI HITAM : Kau nak buat apa?


SISI PUTIH : Awak sadap, Blackie. Ok my baby, you’re ready. Let’s get into our lesson, hayya nabda’!










Kenapa Perlu Dengki?



Wahai ‘Ali’…


Kenapa perlu dengki? Kenapa perlu dengki dengan blog orang lain? Awak dengki dengan blog orang lain yang ada follower ramai? Awak dengki tengok blog dia ramai yang komen? Dan tak macam pengomen blog awak? Awak dengki tengok blog dia lebih Islamik berbanding blog awak? Awak dengki tengok dia pandai menulis tapi awak tak? Awak dengki …


SISI KELABU ALI : dah..sudah! *menangis*


Awak jangan tipu diri awak. Awak kan tahu agama, tapi kenapa buat macam tu. Blog dia bagus, dia berdakwah melalui blog. Kenapa awak perlu dengki? Blog awak pun bertemakan dakwah juga, jadi kenapa awak perlu dengki? Melainkan…


SISI KELABU ALI : Melainkan apa?


Melainkan awak menulis bukan kerana Allah.










Untuk apakah penulisanmu?



Wahai ‘Ali’…


Untuk apakah penulisanmu?
Awak masuk dunia blogging ni untuk apa? Untuk tunjuk awak ada banyak ilmu ke, lepas tu bila orang lain lebih banyak ilmu daripada awak, awak tak puas hati? Awak jadi blogger sebab nak tunjuk blog awak ramai pengunjung, ramai yang komen dan puji setiap post awak, ramai yang singgah, lepas tu bila tengok blog lain lagi maju daripada awak, awak tak puas hati? Awak menulis tu sebab nak tunjuk awak seorang alim, baik dan lepas tengok blog orang lain lebih ‘alim’, lebih ‘baik’ daripada awak, awak tak puas hati? What’s wrong with you?


Untuk apakah penulisanmu?
Kalau itu tujuan awak, saya nasihatkan awak berhenti daripada menulis. Buang masa awak je. Awak pun tahu kan, sesungguhnya setiap amalan itu disertakan dengan niat. Awak menulis untuk berdakwah…..kononnya, betul ke? Lagi sekali, awak jangan tipu diri awak. Kalau niat awak tak betul, berhentilah. Sia-sia sahaja. Penat sahaja awak dapat.



Wahai ‘Ali’…


Seharusnya awak rasa berbangga ada blog lain yang sama tujuan dengan awak. Niat murni nak membangunkan Islam. Niat murni menulis untuk mengetuk jiwa-jiwa yang ada kala lalai dan lupa. Yang menulis kerana inginkan keredaan Dia. Kalau awak masih tak dapat buang hasad dengki awak tu, dan hasad dengki awak tu tak dapat menjadikan awak lebih baik, saya betul nasihatkan awak. Berhenti sahajalah. Lebih baik awak buat sesuatu yang lain. Baca buku “Jangan Dengki” ke. *perli*


SISI KELABU ALI : *terasa* *hatinya menangis* *pedih*










Menulislah Hanya Kerana Dia.



Wahai ‘Ali’…


Saya cakap ni sebab saya sayangkan awak. Cuba awak lihat balik hati awak. Pernah awak tanya diri awak? Awak menulis untuk apa? Untuk dapat follower ramai? Untuk dapat komen terbanyak? Atau memang untuk mereka mendapat manfaat? Pernah awak tanya diri awak semua tu? Lagi, awak menulis untuk siapa? Awak selalu kata kerana Allah. Mulut dan tulisan awak kata untuk dakwah, hati awak macam mana? Pernah awak tanya? Kalau betul kerana Allah, kenapa perlu awak dengki? Awak renung balik, untuk apa penulisan awak? Bila Allah tanya, awak nak jawab apa? Hanya setakat basa-basi di dunia, atau awak sedar bahawa inilah pelaburan jangka panjang awak?



Wahai ‘Ali’…


Perbetulkan niat awak. Muhasabah diri awak balik. Menulislah kerana Allah. Apabila benar hati awak berkata menulis kerana Allah, tak akan pernah terdetik rasa dengki di hati awak. Riak dengan tulisan awak pun tak. Kalau awak menulis kerana Allah, bila post awak dipuji, kembalikan pujian tu kepada-Nya sebab Dia yang bagi ilham kepada awak. Kalau Dia tak bagi idea dan buah fikiran, awak tak boleh tulis walau satu patah perkataan pun.


Kalau benar awak menulis kerana Allah, awak sokonglah blog lain yang juga mengajak untuk semakin mendekati Allah dan tautkan ukhuwah dengan blogger lain kerana Allah. Kalau benar awak menulis kerana Allah, awak pasti akan tumpang gembira bila melihat blog Islamik lain dapat sambutan. Kalau benar awak menulis kerana Allah, walaupun blog awak tak ramai follower dan tak ramai yang komen, awak akan tetap rasa bahagia. Bahagia kerana dapat menyumbangkan sesuatu untuk Islam. Sekurang-kurangnya awak berusaha. Kalau benar awak menulis kerana Allah, walaupun blog awak sedikit pengunjung, awak tetap tak akan putus asa, kerana awak benar ikhlas menulis, awak benar menulis setiap patah perkataan untuk mengingatkan manusia dan diri sendiri.


SISI KELABU ALI : *terdiam*








 

Ketuk Hati Tanya Iman



Wahai ‘Ali’…


Menulislah dengan penuh rasa ketaqwaan, tawaduk dan rendah diri. Suatu masa nanti, apabila awak akan kembali kepada-Nya, awak akan ditanya, untuk apakah tangan awak itu? Menulis setiap entri blog dengan niat kerana Allah atau pun niat kerana perkara yang lain? Suatu saat nanti, awak akan ditanya, untuk apa penulisan awak. Untuk apa masa yang awak pertaruhkan saat duduk di hadapan laptop dan melarikan tangan di atas keyboard?



Wahai ‘Ali’….


Awak cukup bertuah. Punya peluang berdakwah melalui warkah bisu. Warkah bisu inilah pelaburan jangka panjang awak dan semakin bertambah nilainya andai dilakukan atas niat yang benar dan hati yang penuh ikhlas. Awak cukup bertuah. Tidak ramai yang menggunakan teknologi kini betul-betul untuk perkara akhirat, dan kini awak yang punya kesedaran, kenapa dipesongkan niat asal awak?
 

SISI KELABU ALI : *rimas dengan diri sendiri* *hampa dengan diri sendiri**menyesal*










Carilah Akhirat Dalam Dunia.



Wahai ‘Ali’…


Selagi hayat masih ada, pergunakanlah peluang awak sebaiknya.
Menulislah kerana Dia. Sokonglah blog Islamik yang lain kerana Dia.
Awak punya masa untuk berubah. Berubahlah. Ubah niat awak. Ubah hati awak. Ke arah yang lebih baik. Ke arah jalan yang betul.


Menjadi seorang penulis itu bukan hanya tahu memberikan pandangan dan pendapat sahaja sedangkan pada hakikatnya hati sendiri tidak terpandu kepada tuntutan iman. Menjadi seorang penulis itu bukan hanya pada tulisan yang jelas menunjukkan cahaya sedangkan hati sendiri gelap gelita. Tetapi biarlah menjadi seorang penulis, yang semakin menulis semakin dirasakan sedikit ilmunya hingga menuntut untuk terus mencari ilmu dan meningkatkan amalan. Tetapi biarlah menjadi seorang penulis yang semakin membicarakan persoalan iman, semakin hatinya lembut dan jiwanya tunduk. Hanya mengharapkan rahmat dan keredaan Allah agar apa yang ditulis benar hanyalah semata-mata kerana Dia dalam wasilah penyebaran dakwah dan apa yang ditulis inilah yang akan menolongnya di akhirat sana.



Wahai ‘Ali’…



 Carilah akhirat dalam dunia…










“Blogger B, maafkan saya, tak sepatutnya saya cakap macam tu dekat awak. Penulisan awak bagus, teruskan ye! Ma’annajah!”



SISI KELABU ALI : *senyap* *benar-benar menangis* *hatinya pedih* *benar insaf*


SISI PUTIH : Ali? Awak dengar tak apa yang saya cakap?


SISI KELABU ALI : *diam*


SISI PUTIH : Ali? Baby?


SISI KELABU ALI : Huwaaaaa!!!!


SISI HITAM : Eh, ni apekehal ni, kacau aku tidur je. Kenapa pula budak Ali ni nangis? Eh, Whitey kau buat apa dengan budak ni.


SISI PUTIH : *senyum* awak tanyalah dia.


SISI KELABU ALI : Ali dah insaf…sob, sob *mengesat air mata*


SISI HITAM : Insaf apa pulak ni. Hati aku rasa tak sedap dah ni.


SISI KELABU ALI : Ali tak nak dengar cakap Blackie. Ali nak dengar cakap Whitey.


SISI PUTIH : Hehe, awak dengar tu Blackie, Ali dah jadi anak murid saya. Tu baru kena basuh sikit tu.


SISI HITAM : Wei, kau buat apa. Ali, ikut Blackie la.


SISI KELABU ALI : Tak nak jugak, huh! *paling muka arah lain*


SISI HITAM : Ali, ikutlah Blackie, Whitey salah, dia hasut Ali tu.


SISI KELABU ALI : Ali kata tak nak! Tak nak jugak!

SISI HITAM : Ok, fine! Menyampah. Asyik aku je kalah. Ni yang aku angin ni. Fed up aku kalau hari-hari macam ni. *beredar*


SISI PUTIH : good kid~










Sisi hitam tak akan pernah henti memujuk rayu dan menghasut mengganggu sisi putih yang suci bersih. Jangan biarkan diri dalam kekeliruan tujuan dan matlamat. Perbetulkan niat. Wahai penulis, menulislah bersama hati sisi putih. Gapai keredaan-Nya dengan setiap patah perkataan warkah bisu yang ditaip. Carilah akhirat dalam dunia, dirimu pasti beruntung. Buat hanya kerana Dia. Sematkan dalam hatimu. Hanya kerana Dia. Hanya kerana Dia. Hanya kerana Dia. Cari reda Dia dengan ilmu, idea dan ilham yang juga milik Dia. Kelak pasti dirimu bahagia.



Wallahua’lam.










Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.


Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.


"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"

41 comments:

Qistina Sumaiya...(^_^) said...

Assalamualaikum...
nice one...
hehehehe..
suke penulisan bitu....

kdg2 sedih betul dgr org lain hina org lain....
yg peliknye suke sgt sebut word "bloglah ngan ikhlas"
ape dia tahu org ikhlas ke tak? adoyai..
hehe..

Qistina Sumaiya...(^_^) said...

Assalamualaikum...
nice one...
hehehehe..
suke penulisan bitu....

kdg2 sedih betul dgr org lain hina org lain....
yg peliknye suke sgt sebut word "bloglah ngan ikhlas"
ape dia tahu org ikhlas ke tak? adoyai..
hehe..

:: Zahratu Billaurah :: said...

Waalaikumussalam kak Qist! ^_^
Alhamdulillah, pujian kembali kpd-Nya...

betul akak, kita mmg xleh tahu org lain ikhlas ke x, malah diri sendiri pun x tahu diri ikhlas ke x bila buat sesuatu, yg tahu hanya Allah, asalkan kita buat perkara yg betul dan baik, selebihnya dihitung Allah ^_^

Unknown said...

sentap. dada nak meletop (hyperbola).

Huhu... sentap. Nice post. tersangat best sampai saya yang banyak silent pun harini komen juga :( huhu.

Terima kasih.... untuk segalanya

Hasnah Atiqah said...

alhamdulillah.... best !!
ade pulak main blackie2 whitey2..?? haha... serious aa best...
insyaALLAH masing2 cuba baiki niat ^.^ terima kasih atas tegurannya...guguggugu

:: Zahratu Billaurah :: said...

Akh jgn, meletup sungguh, dijailnya saya.
xpe Akh, saya menyentap diri sendiri, sebelum Akh tersentap ^_^

soal hati mmg kena jaga. bila niat dah betul, ada yg menghasut. oh sungguh 'mereka' mmg 'penipu profesional'. apabila tangan benar melakukan perkara betul, diganggunya hati. jadi kita mmg kena jaga hati.

tersgt best itu dtg drpd Allah, saya hanya pengantara dgn menulis.
dulu saya yg silent reader, skrg dah jd pembaca setia. Akh tolong jgn jd silent reader, jelmakan diri, baiki penulisan saya >_<

la syukra 'ala wajib, penulisan Akh sendiri byk mengajar saya, semoga hati-hati ini makin terbuka dan makin melihat. Insya-Allah, teruskan Akh, tolong jgn lari. jazakallah ya Akhi

:: Zahratu Billaurah :: said...

Hasnah!!!
Alhamdulillah, best itu drpd Allah, Alhamdulillah kembali kpd-Nya ye! ^_^
ahaha, kalau bab mengarut serah dkt b2

Insya-Allah, masing2 jaga niat masing2, masing2 jaga hati masing2, jgn biarkan niat terpesong drpd landasan asal, jgn biar diri ditipu oleh 'pencuri hati yg cilik', mencuri hati yg bersih sehingga hati kita jd hitam...dan berkarat...

la syukra 'ala wajib ya Ustazah
(post terbaru Hasnah sedap! >_<)

nadbaptist said...

assalammualaikum dik..

terbaikkkk dik..tulis kerana Allah akak sukaaaaaaaaaaaa..alhamdulillah

:: Zahratu Billaurah :: said...

Waalaikumussalam akak! ^_^

Alhamdulillah, Allah segalanya! ^_^
segenap, seluruh aspek kehidupan kita kembali kpd Allah, hanya kerana Allah ^_^

aqish basir said...

oke,thumbs up untuk post ni! semua betul! kita cakap orng tu mcm2,last2 kena balik jugak..tak sdr diri hehe

suka yang 1st sekali...

tak puas hati dgn orng lain terpksa belakon baik pasal agama..hmmm

:: Zahratu Billaurah :: said...

Alhamdulillah ^_^
na'am ya Ukhti, lihat hati sendiri, dlm segenap apa yg kita buat ^_^

syukran sudi singgah dan komen! ^_^
amat dihargai, syg aqish <3

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum,
Allah, rasa mcm lama tak singgah sini huhu..adik sihat??
maaflah, minggu ni akak bz skit..tak dpt nak buka blog...
alhamdulillah,medsi ari tu..baik2 ja..doakan akak dpt temuduga pula ya^^

rindu ma adik Rabiatul juga...^^ rindu 1000x...huhu

nusrah said...

assalamualaikum..
drop by here..

bagus entri ni..
teruskan menulis kerana Allah. Moga ada rahmatNya di situ :)

Azam Husni said...

ALLAH.

Terpikat dengan tajuk entri dan terus menghayati. Gaya penulisan yang santai tapi sarat dengan mau'izah.. Shukran atas peringatan ini, sama-sama sentiasa murnikan niat.

Sahaja aku blogging kerana Allah Ta'ala.. =) Moga Allah terima..

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Kak Jiha! |

Waalaikumussalam.. =((
lama x dgr khabar akak, rindu akak..
tahu, akak lama x on9 sbb Medsi kan...
Insya-Allah, adik doa yg terbaik! ^_^

1000 <3 utk kak Jiha! *peluk* ^_^


| Nusrah |

Waalaikumussalam ^_^
Ahlan Wasahlan ya Ukhti

Insya-Allah, jazakillah ^_^
terima kasih sudi singgah dan komen ye


| Azan Husni |

semuanya drpd Allah, Insya-Allah ya Akhi, kita semua sama2 beringat dan murnikan niat.

Atiqah Abd Rahim said...

Salam. hehe comel lah post ni.
terima kasih sbb post kan sbb post ni, dgn izin Allah, telah menyedarkan saya yang saya ni suka dengki ngan blog akak2 yg hebat penulisannya tu. =( ok, lepas ni, inshaAllah tak dengki dah. tak nak dengki dah

:: Zahratu Billaurah :: said...

Waalaikumussalam w.b.t.. ^_^
ahlan wasahlan ye dik..

Alhamdulillah..
adik, org yg hebat ialah mereka yg menyedari dan mengakui kesilapan diri, dan mahu melakukan perubahan ke arah yg lebih baik, jadi akak ucap syabas kpd adik ^_^
terkdg ada org yg menyedari kesilapan sendiri, tetapi terlalu ego untuk mengakui kekhilafan

sbnarnya niat adik baik pada permulaan kan, tetapi ketahuilah syaitan itu x henti menghasut manusia agar tersimpang jauh drpd jln kebenaran. Amalan yg baik terhapus hanya krn riak dan tidak ikhlas. tiada erti. mereka meniup angin mazmumah, supaya dengki dgn org lain.

Cabaran dlm melakukan perkara baik. Oh, 'penipu profesional' itu sungguh benci kpd manusia yg melakukan kebaikan.

itu semua hanya permainan dunia. kita adalah player dlm sebuah 'game', pengakhirannya menang atau kalah ^_^ yg penting terus mujahadah! berjuang! jaga hati

syukran sudi singgah dan komen!
jemput dtg lagi ye dik ^_^ syg awak! *peluk*

Ukhti Hana said...

Assalamualaikum Kak Rabiatul ^_^

maaf lambat komen,hehehe..
tersentap juga bila baca,terbaik utk muhasabah diri balik.selalu sgt adik merapu dlm blog.

menulis kerana Allah*suka* ^___^

:: Zahratu Billaurah :: said...

Waalaikumussalam ^_^

x lambat pun dik, blog akak sentiasa menantikan kedatangan adik tau ^_^
ahah, akak menyentap diri sendiri, akak pun lagilah byk merapu...==" x habis2..

Insya-Allah, itulah niat yg benar! kita sama2 ye ^_^

Eye-Me said...

'Tidak ramai yang menggunakan teknologi kini betul-betul untuk perkara akhirat'

-tidak terfikir pula *sigh*

==================================

hmm, patutla blog b2 kaler Whitey, hehe~

==================================

@Qistina

Btol2 kew rmai y ske sbut 'bloglah ngan ikhlas'?

==================================

@Azam

'sahaja aku blogging kerana Allah Taala'

Teringat pula gurauan fmly:
Sahaja aku makan ketupat ubi, harus kerana Allah Taala, Allah sedapnya! *dgn makhraj skali*

===================================

Suke phrase b2, 'penipu profesional', hmm . . .

:: Zahratu Billaurah :: said...

( Mi, teratur je Mi komen ni, siap ada pembahagi lagi tu, ni terpengaruh dgn ujian memandu PSM ke, haha) *teringat suatu ketika, terasa 'tersiksa' di situ dahulu, ^_~*

ni terhasil drpd pembacaan juga ^_^
b2 cuba olah ikut gaya mengarut b2 ==" dan apa yg b2 faham dan b2 nk ckp apa yg ada dlm hati b2 sebagai peringatan buat diri dan yg membaca ^_^

pandailah Mi, haha, tapi mmg b2 suka warna putih ^_^ suci dan tenang je, jelas

mungkin kak Qist ada pernah dgr org ckp mcm tu.

haha, klakar keluarga Mi

penipu profesional = computer player ^_^

Eye-Me said...

Ujian memandu PSM? Oh, ada nmpk mcm p'bhg jln k,hehe~
*teringat jg dugaan & siksaan y menimpa* mcm2 hal~

Btul ckp b2, ckp dri hti, prngtn utk dri & p'bca. I like~~ ^_^

The Islamic Thinker said...

Salam.. Alhamdulillah, semoga kita semua sentiasa muhasabah diri.. Betulkan kembali niat berblogging ni. Hehe.

"Perempuan Suka Berleter, Lelaki Selesaikan Masalah Dalam 10 Saat"

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Mi |

hehe, ada la nampak mcm pembahagi jln, xpelah Mi, baru teratur ^_^
b2 dah x sanggup balik sana...

Mi ni, b2 ckp yg b2 rasa ye,syukran ^_^


| Wani |

Waalaikumussalam ^_^

Insya-Allah, andai tersimpang, kembali pada lorong yang betul ^_^ sama2 kita ye

Eye-Me said...

Hehe, mmg tujuannye pn xnk bg kliru . . . Sbnrnye p'bhg 2 tgk yg b2 jgk. Tpi b2 punye kaler pink, simple & indah ^_^

:: Zahratu Billaurah :: said...

baguslah Mi, kemas ^_^
tapi Mi, pembahagi b2 tu blh edit ^_~

Eye-Me said...

oo, ye kew?
hulur2 la kt cni sket.
nk thu jgk cne ;]

:: Zahratu Billaurah :: said...

nak bagi apa Mi? aha~
x..pembhgi b2 tu blh edit, dkt komen xleh, jd xaci la, b2 punya blh colour~ ^_~

Eye-Me said...

Alah, xkn tu je. Cne b2 wat kaler? Nk try jgk, hehe~

:: Zahratu Billaurah :: said...

oohh, Mi nak tahu mcm mana b2 buat rupanya ^_^ b2 cuma highlight kan ruangan kosong satu baris (tekan left click) dan tekan 'text background colour' yg ada dkt tempat nak post, pilih colur dan jadi. mcm tu je ^_~ Mi buat la

Eye-Me said...

Laa . . . Sng ja rupenye, 6ty klau rjin bwat post bru Mi cbe la yep ^_^

:: Zahratu Billaurah :: said...

ok Mi~ ^_~ selamat praktikkan ye! syg Mi!

mohamadSaleh said...

subhanallah... alhamdulillah

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Mi |

komen b2 utk komen Mi yg ni hilang la..xkembali..=(

| mohamadSaleh |

syukran ya Akhi sudi singgah dan komen..=) amat dihargai

Anonymous said...

subhanallah.. bagus entry nie.. kadang2 diri ini lalai.

:: Zahratu Billaurah :: said...

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Insya-Allah, sama2 jaga daripada dijangkiti penyakit hati.

K said...

walaupon agak panjang, tapii entri yang bagus dan bermakna.

satu peringatan buat diri sendiri dan orang lain

:)

:: Zahratu Billaurah :: said...

Alhamdulillah, pujian kpd-Nya.

hati dan iman semakin segar jika sentiasa disirami baja tazkirah. tarbiyyah buat hati. =)

jazakallah sudi singgah dan komen, amat dihargai. barakallhu feeka ya Akhi.

MI said...

salam ukhti,
ana minta izin copy artikel ini utk ruangan "renungan untukku, si penulis" di bahagian bawah blog ana.
jazakillah khairan kasira..
(http://semogaallahmencintaiku.blogspot.com/)

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Akh Megat |

Wsalam wbt ya Akhi.
Allahuakbar, jazakallah. Segala apa yg ditulis drpd-Nya. Moga dlm rahmat Allah sentiasa.

Terima kasih, amat menghargainya.

MI said...

sama-sama, sepatutnya ana yg berterima kasih, anti beri peringatan kpd ana yg mudah lalai ni...

p/s: maaf ana ubah sedikit ya tulisan itu, bagi sesuai...