عليكم السلام
بسم الله الرحمن الرحيم
Ceramah 'Mari Melakukan Anjakan Paradigma' dah pergi.
Kem 'Bina Diri Bina Peribadi' dah pergi.
Buku 'Lead a Good Manner' dah baca.
Artikel-artikel dan novel Islamik dah baca.
Namun, hanya insaf di situ. Hanya tangisan di situ. Sesalan hanya di situ.
Kemudian, segala apa yang diperoleh melalui ceramah, kem, bengkel dan pembacaan, hilang.
Hilang begitu sahaja.
Tiada punya erti.
Mengapakah?
(post kali ni mungkin lebih ‘kasar’ daripada biasa, nak baca ke?)
Hanya TAHU Tetapi Tidak Begitu MAHU
Tahu pakai tudung tu wajib, tapi tak pakai juga. Rasa nak pakai tapi keinginan setakat terkubur di situ. Tahu tapi tidak begitu mahu.
Tahu couple tu tak boleh, tapi couple juga. Rasa tak nak couple tapi masih buat. Tahu tapi tidak begitu mahu.
Nak berubah, memang kena TAHU, dan MAHU berusaha berubah kemudian cuba BUAT.
Penyakit MANJAKAN Diri
Kalau diri saya manja sangat, terlalu manja untuk berubah melakukan perkara baik, saya jadi menyampah. Jangan salah faham. Menyampah dengan diri sendiri je.
Ya, saya menyampah dengan diri sendiri.
“Manja sangat, gigit tangan sendiri kang. Bagi kamehameha sekali dengan smackdown baru tahu”
Jadi, oleh kerana tak nak bagi diri sendiri menyampah dengan diri sendiri, jadi saya cuba untuk berubah.
Jadi, maknanya, kalau sedar sahaja tak cukup. Sedar itu dah cukup bagus sebab tu ada patah perkataan ‘ tak sedar diri’. Jadi kene ‘sedarkan diri’. Bila dah ‘sedar diri’ mesti, mesti dan mesti disusuli dengan tindakan dan azam yang kuat.
Jadi?
Berdialog Dengan Diri Sendiri….
Kalau malas nak baca buku…
Buat! Ait! Baca buku tu! Kata nak jadi orang cemerlang, orang berjaya la, apa la, tapi pemalas. Menyampah.
Kalau asyik rasa nak tidur je…
Oi! Bangun! Buruk punya perangai anak dara, cuba jadi aktif sikit, buat lompat bintang ke, jogging setempat ke, ni tidak. Menyampah.
Kalau rasa susah nak solat awal waktu, dan lebih memilih TV…
Wei, tak takut mati ke? Ha, tengok, tengok la TV tu, tengah seronok-seronok tengok TV, lepas tu rasa sesak nafas, baru sedar nyawa nak ditarik, padan muka, lepas tu kau jawab sendiri. Menyampah.
Bercakap dengan diri sendiri.
Ha, tak betul? Oh, ni tak betul yang positif, jangan risau.
Ni cuba jadi TAK BETUL sekejap untuk jadi BETUL.
Dan bila saya buat, hilang la perasaan menyampah dengan diri sendiri.
Mungkin cara ini juga berguna untuk anda? ^_^
Kesinambungan dari yang atas adalah PAKSA DIRI
Kita dianggap berjaya berubah apabila melakukan sesuatu --- Jadi b2, apa susah? Buat je la.
Kalau berazam nak baca 3 buah buku dalam sehari, jadi PAKSA baca buku. Kalau susah sangat, mulakan dengan baca setengah buku dah cukup. Hanya perlu permulaan. A journey of a thousand miles begins with a single step. Jangan sibuk nak kata “malas la”, “otak penat”, “ngantuknya..” --- b2, faham tak?
Kalau sekarang sedang berhubungan tidak rasmi dengan seseorang, tukarkan menjadi hubungan yang halal di sisi-Nya. Tiada yang menyuruh supaya putus, andai sudah bersedia, berbicara dengan ibu bapa dan aturkan satu majlis memeterai satu ikatan yang sah. Namun, lain halnya jika perjalanan masih jauh.
Kalau berazam nak pakai tudung jadi PAKSA pergi beli tudung dan PAKSA pakai. Pilih mana-mana jenis tudung dan tutup aurat mengikut ketetapan Allah.
Kalau berazam nak mengaji 6 muka surat dalam sehari, jadi PAKSA buat. Jika tidak boleh sangat, mulakan satu muka surat sahaja sehari, istiqamah dan tingkatkan bilangan muka surat. Baca dengan penuh penghayatan dan faham maknanya.
Fikir dan Buat --- kadang-kadang saya jadikan diri saya seperti robot, tiada perasaan. Anggap diri telah diprogram untuk melakukan ini dan ini dan ini.
Konsisten, konsisten, konsisten. Istiqamah. Ni yang penting. Buat selalu dan akan jadi kebiasaan.
Kesudahannya dari ROBOT yang tiada hati, berubah jadi ROBOT yang punya jiwa dan rasa.
( hoho~ anda nak cuba cara ni? ^_^ )
Pelik-pelik je penulis blog ni ajar…. ==”
Segalanya Terletak Atas Diri Sendiri.
Dalam apa perkara sekalipun, berbalik kepada diri sendiri.
Diri sendiri yang nak berubah, jadi diri sendiri yang mesti melakukan perubahan.
Walau 1000 motivator nasihat setiap hari tetapi diri sendiri tetap tak nak berubah, salah motivator tu ke? Hah, diri sendiri yang salah, tahu pun.
Kalau baca buku motivasi tentang Hijrah, Transformasi, Evolusi, Revolusi 1000 buah pun, tapi diri sendiri tak nak cuba untuk melakukan perubahan, salah siapa? Ya, salah diri sendiri juga.
Kalau dengar ceramah dekat masjid sana, dengar talk dekat program situ dan habis semua kem dah pergi, tapi tetap tak berubah, tetap tak tutup aurat dengan sempurna, bahagia menayangkan gambar yang daring di Facebook, pakai tudung tapi seperti bonggol unta, tak menutup aurat dengan sempurna, solat macam ayam patuk makanan, asyik SMS dengan si dia dan lebih ingat dia berbanding Allah, salah siapa? Buat perkara salah dengan sengaja, tahu dosa tapi buat juga, kalau dosa dah menimbun sangat, salah siapa? Bukan ke tu semua salah diri sendiri? Habis, kalau tahu dosa, kalau tahu salah, kenapa buat juga?
Saya nasihatkan diri sendiri. Saya benar menampar diri sendiri.
Saya dah kata tadi, post ni kasar sikit, baca juga.
Tapi apa-apa pun…
Yang benar merasa,
Yang khilaf terasa.
Kalau berada di pihak yang benar, tak rasa pedas.
Tapi kalau terasa, pasti ada sesuatu yang tidak kena.
Nak salahkan saya ke?
Saya tak kisah awak nak salahkan saya, saya cuma nak cakap saya sayang awak, sebab tu saya tulis ni.
Kalau nak marah saya, sila marah di bahagian komen nanti. Saya tak kisah. Niat saya hanya nak bantu awak berubah. Dan juga diri saya sendiri untuk berubah.
Saya nak pesan buat diri sendiri, kalau berada pada yang jalan yang Allah suruh, tak perlu merasa takut, gentar dan bersalah. Kalau rasa bersalah, itu pasti ada yang tidak kena.Tengok balik jalan yang awak berada sekarang.
Kata-kata bakal semakin pedas, nak baca lagi ke.
Kalau Nak, Semua Boleh Jadi, Cuma Tanya Diri Sendiri.
Kalau mahu semua boleh jadi.
Dia bukan budak sekolah agama, tetapi membawa imej seperti budak sekolah agama.
Akak, betul kan?
Penulisan dari hati. Telah menyentuh begitu ramai hati.
Baca kisah hidupnya.
Tanya diri sendiri, apa yang diri mahu.
NI LAGI KERAS DAN KASAR, NAK BACA JUGA?
*muka tegang* *kening kerut seribu*
Bebelan sepi versi Terengganu, bercakap dengan hati sendiri. Monolog keras.
Mu kata nak berubah. Mulut je kata nak berubah tapi tindakan takdok. Mu ni bagai menanam tebu di tepi bibir. Tahu dok? Penat je tanam tebu, tapi dok tumbuh-tumbuh, yelah sebab tebu tumbuh dekat tanah je. Mu gitu lah. Pergi ceramah dah, pergi seminar dah, pergi habis segala kem motivasi dalam dunia, tapi sedar sekejap je, lepas tu buat balik. Kalau ginilah, pergi la seribu ceramah pun, dok jadi mende gak. Supe tuler. Wat bazir duit je. Mu kata mu sayang Nabi, tapi mu dok buat macam hak Nabi ajar! Mu ni penipu je!! Penipu!! Tahu dok?? Mu ingat mu sape? Mu ni tuhan ke hamba??(jawab sendiri : hamba) dah tahu hamba, bakpe sombong ngat?? Bakpe sombong ngat wahai hamba?? Hak Allah suruh tu ikutlah. Macam la mu tahu mu mati bila. Macam la mu boleh tahan malaikat Izrail tu kalau malaikat tu nak cabut nyawa mu. Macam la mu boleh lari dari ajal. Lepas kena tarik nyawa, mu pernah fikir dok yang mu akan duduk dalam kubur tu kekgi. Mu akan duduk sorang. Ke mu rasa mu takkan mati? Mu tanya diri mu molek, mu nak masuk neraka ke syurga? (nak masuk syurga) Dah kalau nak masuk syurga, bakpe sombong ngat? Berubahlah. Ikut mende hak Allah suruh. Mu seronok buat dosa dkt dunia ni, mu ingat mu boleh lari dari masuk neraka ke ???
Fuh ayat ^_^
*puas hati* *tarik nafas, hembus* *muka tenang* *senyum*
Amaran : (b2 dah rajin buat ni dan nampaknya berkesan, haha)
JANGAN SESEKALI cakap ni dekat orang, JANGAN SESEKALI.
Gunakan hanya untuk ‘smackdown’ hati sendiri. Bila dah degil sangat, cubalah buat yang ini. Cara lembut tak boleh nampaknya ikhtiar terakhir, cara kasar. Kadang-kadang perlu berkasar dengan diri sendiri. Kadang-kadang tangan sendiri perlu dilayangkan ke pipi sendiri. Tengok contoh suami ajar isteri kalau degil, kan ada peringkatnya. Permulaan berlembut dengan nasihat, selepas tu pisah tempat tidur, dan kalau degil sgt, pukul dengan tujuan untuk mengajar dan tidak menyakitkan.
Tengok? Contohilah etika perkahwinan. Haha ^_~
Kebiasaannya penghalang diri daripada berubah adalah…..
Asyik terlalu fikirkan apa pandangan orang.
Contohnya, nak berhijrah, dari pakai tudung bersilang kepada tudung labuh sempurna.
Nak berhijrah dari pakai ketat-ketat kepada pakaian yang longgar-longgar.
Bila start pakai tudung labuh dan baju kurung yang dahulunya pakai tudung singkat tak menutupi bahagian dada dan pakai baju adik, akan kedengaran suara-suara sumbang…
“jadi ustazah dah ke sekarang?”
“sekejap je tu, lepas tu kembali asal balik, hangat-hangat tahi ayam je”
“imej awak yang sekarang ni tak sesuai la”
“boo…pergi balik rumah tukar la, buat malu je”
Dengar sini wahai diri yang nak berubah. Orang yang ikhlas adalah orang yang tetap akan melakukan perubahan ke arah yang lebih baik walaupun dipuji dan dikeji sebab diri tahu Allah meredai perkara tersebut.
Tanya diri sendiri, nanti masuk kubur, kalau diri tak berubah, dan kena seksa dalam kubur, manusia-manusia yang mengeluarkan suara sumbang tu dapat tolong awak ke? Tak, kan? Jadi, apa masalahnya? Berubah je la. Usah pedulikan pandangan manusia yang tak menyokong. Cari sahabat yang menyokong ke arah kebaikan, baru lebih kuat.
Tanya diri sendiri, awak hamba siapa? Hamba manusia ke hamba Allah. Jadi, kalau hamba Allah, kenapa perlu ikut telunjuk manusia? Ikutlah apa yang Allah suruh.
Jika fikirkan buat dengan tujuan mendambakan pandangan Allah...
Yang dahulu solat ditunaikan mengikut suka diusahakan ditunaikan sebaik sahaja masuk waktu...
Yang dahulu mendengar lagu yang melalaikan jiwa kini beralih kepada muzik mendidik jiwa..lebih baik lagi terus kepada alunan suci ayat Al-Quran dan selawat...
Yang dahulu mengambil wuduk hanya cukup syarat anggota tapi kini wuduk secara sempurna..
Yang dahulu suka membantah kata ibu bapa kini menjadi seorang anak yang taat...
Tetapi..
Jika fikirkan buat dengan tujuan mendambakan pandangan Allah...
Yang dahulu solat ditunaikan mengikut suka diusahakan ditunaikan sebaik sahaja masuk waktu...
Yang dahulu mendengar lagu yang melalaikan jiwa kini beralih kepada muzik mendidik jiwa..lebih baik lagi terus kepada alunan suci ayat Al-Quran dan selawat...
Yang dahulu mengambil wuduk hanya cukup syarat anggota tapi kini wuduk secara sempurna..
Yang dahulu suka membantah kata ibu bapa kini menjadi seorang anak yang taat...
Tetapi..
Jika asyik fikirkan pandangan orang, diri tidak akan bahagia.
Tidak ada perubahan.
Yang malas tetap malas.
Yang tidak menutup aurat, tetap mendedahkan aurat.
Yang terus menayangkan gambar, tetap memaparkan gambar.
Dan yang lain-lain lagi yang tidak berubah.
Semua tulisan di atas, semuanya adalah nasihat buat diri sendiri.
Buat sahabat-sahabat b2 yang dekat dengan b2, kalau b2 cakap b2 nak berubah dari melakukan sesuatu, tapi b2 tak buat, tolong ingatkan b2 ye. Tolong nasihatkan b2, tolong cuit bahu b2. Kalau dah nasihat, masih tak berubah, perli sikit. Tapi dah perli pun masih tak berubah, boleh je tampar b2. Eh, tapi sebelum nak tampar, minta izin dulu, cakap dulu, boleh b2 lari dulu.Haha~ ^_^ xdela, gurau je.
TAPI…..MASIH TETAP RASA SUSAH LAGI NAK BERUBAH….
Masih rasa susah lagi?
Tak apa, jangan kusutkan fikiran.
Awak cuba jawab sekejap soalan bawah ni.
Nak Berubah ke Tak?
Nak tapi Susah.
Nak Syurga ke Neraka?
Syurga.
Nak Reda ke Murka?
Reda.
Jadi, Berubahlah.
Em, susah..
Baik. Kalau awak terus cakap susah, susah macam tu dan takde usaha nak berubah,
Awak jangan pernah mimpi nak berubah. Lupakan. Jadi, senang je. Tak payah berubah.
(…………)
Oh ye, lagi satu.
Apa?
Awak nak Mati ke Tak?
Eh, takleh pilih, memang akan mati.
Hah, jadi berubahlah.
Bahagian ni saya tujukan untuk saya seorang je.
Memang saya suka berkasar dengan diri untuk satu-satu dan sesetengah perkara.
Saya juga manusia. Banyak sangat yang masih perlu diubah.
Yang menulis lagi banyak kurangnya daripada yang membaca.
Hanya pilih antara 2 pilihan.
Antara yang betul dan yang salah.
Antara yang baik atau buruk
Tegas.
Dan, siap.
Kalau Betul Nak Berubah…
Cari ilmu, mahu, tetapkan keazaman, dan BUAT! Kalau susah, PAKSA DIRI! JANGAN MANJAKAN DIRI!
Kalau benar susah, ambil satu kertas, tulis perkara yang mahu kita ubah, dan tick jika telah berjaya dilakukan. PERLU menulis apa yang kita ubah. Perubahan itu perlu dilihat agar semakin bertambah semangat. Jangan bertangguh. DO IT NOW!
Mulakan dengan langkah pertama walaupun perlahan kerana perlu bertatih dahulu kemudian berlari, perlu mendaki dari bawah baru sampai ke puncak. Yang penting cuba buat dahulu.
Kemudian ISTIQAMAH. Inilah namanya mujahadah, melawan nafsu. Jangan kalah pada nafsu! Berdoalah minta diberikan kekuatan agar dapat mengekalkan perubahan yang cuba dilakukan.
Cari sahabat yang menyokong, sahabat yang sama-sama dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. TOLONG, TOLONG dan TOLONG jangan pedulikan pandangan manusia, cuba USAHA IKHLAS buat kerana ALLAH, kerana kita HAMBA ALLAH, kita hidup berpandukan peraturan yang ditetapkan ALLAH, dan suara-suara sumbang manusia itu adalah ujian dalam perjalanan diri berubah kearah kebaikan. Apabila semat niat berubah benar kerana ALLAH, dan jika ALLAH adalah MATLAMAT, akan dapat dirasa tiada apa lagi yang dapat menghalang. Segala ujian itu dirasakan kecil sahaja kerana benar mengharapkan pandangan ALLAH.
INGAT MATI dan FIKIR AKHIRAT. Sentiasa berfikir apakah yang kita lakukan hari ini bakal memberi kejayaan dalam hidup? Kejayaan di dunia dan di akhirat? Kita suatu saat nanti akan pergi meninggalkan dunia fana, dan kita pasti akan ditanya apa amalan sepanjang kita hidup di dunia. Lihat kita berada di lorong mana, lorong lurus atau bengkok.
LIHAT KITA PADA HARI INI DAN RAMAL KITA PADA HARI ESOK. Contohnya, jika kita lihat seorang pelajar itu rajin dan cemerlang dalam peperiksaan, Insya-Allah pastinya pada masa hadapan dia akan jadi seorang yang insan yang berjaya. Tetapi apabila melihat seorang pelajar yang asyik ponteng sekolah dan merokok, pasti masa hadapannya kelam. Itulah Sunnatullah. Jadi, sekarang lihat diri anda. Siapa anda pada hari ini, adalah anda pada hari esok. Kata-kata Saidina Ali, jika ingin mengetahui nasib sesuatu bangsa, lihatlah generasi mudanya. Lihat awal bagaimana, maka itulah akhirnya.
YAKIN boleh berubah. THINK POSITIVE. "Berubah ni senang". "Saya boleh buat". Ini adalah kerana minda dapat mempengaruhi tindakan. Mindset sangat penting. Jika sentiasa fikir diri tidak mampu berubah, maka itulah yang akan jadi. Ingatlah, permulaan perubahan itu mungkin PAHIT, tapi hasilnya amat MANIS. Fikirkan perasaan jika berjaya melakukan perubahan.
Jika kita nakkan kebaikan, pasti Allah akan tolong. Benar-benar NIAT buat kerana Allah, kerana jika betul tujuan dan matlamat adalah kerana Allah, percayalah itulah KEKUATAN dan DORONGAN yang abadi. Jangan buat kerana nakkan pandangan manusia, nak manusia suka dengan kita, nak menyenangkan hati manusia. Kita hidup untuk siapa? Kenapa perlu peduli pandangan manusia kalau kita buat perkara yang Allah suka? Manusia macam-macam, kalau kita buat perkara betul, ada yang tak suka. Kalau buat perkara yang tak betul, lagi dikata, lagi dibenci. Betul tak? Jadi? Buatlah sesuatu kerana Allah, kuatkan hati, kuatkan iman, yakin boleh. Yakin Allah sentiasa ada.
Dalam usaha nak berubah, mesti ikhlaskan hati terima teguran. Kalau merasa diri hamba, nasihat orang mudah diterima kerana cukup bertuah, mereka nasihatkan kita supaya lebih bagi kita rasa diri ini hanya seorang hamba. Peringatan buat kita. Jadi berlapang dada dalam menerima teguran positif. Ketepikan kata-kata negatif yang menjadi batu penghalang dalam melakukan perubahan.
-
KESIMPULAN
Sedar atau tidak, setiap hari kita melakukan perubahan. Sama ada perubahan dari buruk kepada baik. Perubahan dari baik kepada buruk. Perubahan dari baik kepada yang lebih baik. Perubahan dari buruk ke arah yang lebih buruk. Dan percayalah, setiap perubahan yang berlaku atas pilihan kita. Kita punya kuasa untuk melakukan perubahan. Nak atau tidak. Hanya itu persoalannya.
Keinsafan yang sia-sia adalah kesedaran tanpa perbuatan tetapi keinsafan yang berguna adalah penolak diri MELAKUKAN sesuatu ke arah KEJAYAAN.
Jalan dah diberi, keputusan di tangan sendiri. Walaupun seribu langkah disaji, tetapi langsung tiada usaha untuk berubah, semua itu tiada erti.
Jika hanya sedar tetapi tetap tiada usaha untuk berubah, LUPAKAN sahaja dan JANGAN PERNAH MIMPI untuk berubah kerana harga sebuah PERUBAHAN adalah sebuah PENGORBANAN.
Yang PALING PENTING sekali, berubah mengikut apa yang ALLAH SUKA bukan mengikut apa yang MANUSIA SUKA kerana kita pastinya berada di jalan yang betul jika melakukan perkara yang ALLAH SUKA tetapi tak semestinya apabila sering asyik melihat apa yang MANUSIA SUKA. Jangan fikir apa pandangan manusia tetapi fikir apa pandangan Allah.
Dalam setiap perkara dalam kehidupan, kembali kepada agama. Ikut apa yang Allah suruh. Itu sahaja kuncinya.
Wallahua’lam.
~ Forheart - Dilema Cinta Ilahi ~
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
( Surah Ar-Ra'du, 13: 11 )
Ok? ^_^ Jadi, Mari Melakukan Transformasi!
Sekarang!
Special entri buat Yah dan Hasnah yang nak~ Mesti xdk orang agi ajar yang bab-bab pelik dan mengarut tu kan, haha, siapa suruh minta nasihat dengan kaunselor yang tak bertauliah ni. ^_^ *peluk kamu berdua!*
Alhamdulillah, juga special buat ukhuwah teman blogger yang baru bertaut, Kak Nana.~
Sungguh tersentuh dengan keinginannya untuk berubah....=(
Terima kasih untuk ini, penghargaan yang amat dihargai, nak nangis...akak baik sangat... ='(( terharu ...satu komen dibalas dengan satu post istimewa...syukran akak...
akak, ketahuilah, ramai yang menyokong akak...dan niat akak itu sudah dipandang oleh-Nya... ='(( saya sayang akak...*peluk*
Maafkan saya andai ada yang terluka. Tapi bila mana kita merasa begitu, cuba kita duduk dan berfikir sejenak, mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan hati kita. Jangan pernah ego untuk mengakui kesilapan sendiri. Mereka yang hebat adalah mereka yang sentiasa bersedia mengakui kesalahan diri kerana mereka berani untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Saya nasihatkan diri saya sendiri.
Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.
22 comments:
trime kaseh adek b2...!
well.. akak dah bace sume ni..
mmg betul dik.. at the same time akak rase nka brubah.. tp x punya satu kekuatan pun.. kakak tkt akak berubah sekejap je.. fyi.. mmg pernah jadi.akak brubah.. tp kejap dik.. akak xmo bende ni jadi balik... akak rase bdosa sgt... even skrg pon.. akak penuh dosa n khilaf dik... byk sgt kurang... kakak takot kakak pegi dulu b4 akak brubah...
n smpai skrg kakak pk knapa ssh sgt nk brubah...
usai solat akak mintak pd DIA spy akak brubah jadi yg lebih bek dik..
btw.. thanks b2....
for this entry..
at least kakak tahu apa yg perlu kakak tahu....
;)
akak! ^_^ yay, akak dtg!
adik tahu akak betul nak berubah...post akak tu betul dari hati akak, adik tahu, sbb tu adik rasa nak nangis bila baca...sedih..='((
kita manusia, mmg selalu dan sering buat silap, adik pun sama, kita mesti perlu kepada peringatan, biar kita tersedar balik setelah begitu lama tenggelam dlm khayalan...adik pun nak berubah mcm akak nak buat
kita sama2 ye kak! syg sgt akak...='(( *peluk*
terima kasih sudi singgah ke mari akak...=) hee~~
(eh, panggil adik b2? haha ^_^)
Subhanallah..huhu ''''ketuk kepala! ketuk kepala!''' terkesan yang amat sgt!=(
Perubahan itu proses biasa dalam kehidupan, ada perubahan yang diusahakan atas pilihan, dan ada juga perubahan yang dilakukan kerana terpaksa...manusia berubah dari satu masa ke satu masa. Sesuai dengan pertambahan usia...*akak nak tua dah
insyaAllah..Sampai satu masa, kita akan berubah...tak pyh nak fikir2 lagi berubah cepat!!huhu
Berubah pada pemikiran, gaya menyampaikan dakwah, manhaj dalam berilmu, malah sikap dan kelakuan...*muhasabah diri
adiq letak link akak,terima kasih dik
syg adik!!akak pun masih dlm proses..<3<3u^^
akak jgn ketuk kepala akak sorg!
ketuk kepala saya juga! ='((
betul akak, ada berubah dengan sendiri, hati sendiri rasa nakkan kebaikan yg lebih tapi ada juga berubah kerana terpaksa sebab orang suruh tp biasanya yg ni x kekal lama, kalau mmg diri sendiri sedar, keazaman lain, semangat lain, cuba ikhlas nak buat
tp yg plg bahayanya kalau org tu duduk zon selesa, hanya melalui hari-hari seadanya tanpa fikir apa perubahan yg perlu dilakukan
adik pun dah tua, kita semakin tua...tp akak, masalahnya ajal ni x kira tua muda, kan akak? =( mungkin blh jd yg muda ni pergi dulu..
adik post ni ckp dkt diri sendiri, (tu kasar sikit tu, biarkan) xnak pandai tulis je tapi x buat, betul akak, berubah pd pemikiran, dakwah, dalam ilmu, sikap dan kelakuan, dlm ibadah..nak cari ilmu lebih, biar ibadah tu rajin sikit, malunya dgn Allah byk nikmat Allah bagi tp syukur tu sikit sgt...='(( asyik main2 je kejenye hari2, terfikir bila dunia ni kiamat, kita bukannya selamanya hidup atas dunia ni, masih nak main2 lagi, masih x sedar lagi..(teruk punya hamba..*ketuk kepala!* *ketuk kepala!*)
x, xyah terima kasih akak
adik bangga punya kakak mcm kak Jiha....syg akak sgt3...=(
nak bagi love juga, hehe <3 <3 <3
ya Allah, kuatkan hati kami dalam beribadat, dlm menjalani ujian hidup-Mu...jadikanlah kami hamba-hambaMu yg bersyukur...matikanlah kami dlm keadaan husnul khatimah...Ameen..
Salam. Pertama kali rasanya singgah di blog ni.
Masha Allah, junior BARB rupanya. Patutlah hebat. Bangga ana :)
Seeruu 'ala barakatillah :)
assalamualaikum ya ukhti.
entry ni sentap hati jgk,syukran.manusia,kalo x diingatkan,msti sllu lupe dn rs diri dia btul sokmo.akak dpt ilmu br hr ni,dr Allah mlalui b2.paksa diri.slh stu psikologi diri.kalo rs mcm brt j solat awl waktu disebabkan urusan dunia,cthnya mkn,fikir blik rezeki tu dtg dr siapa.atau slt lmbt sbb asemen,fikir blik siapa yg bg kudrat pd kite bt asemen.x lain x bkn,ketuk kepala,ty iman,=)
"Berdialog dengan diri sendiri"
Bercakap dengan diri sendiri.
Ha, tak betul? Oh, ni tak betul yang positif
adik sokong yg atas ni ^_^
sebab adik pun selalu buat.
PAKSA DIRI!!!~ yeaahhh~
memang mcm kejam jer,tapi utk kebaikkan diri kadang kala wajib paksa diri. =.="
Yang ini -->>"Kesudahannya dari ROBOT yang tiada hati, berubah jadi ROBOT yang punya jiwa dan rasa."<<--mcm kelakar sikit la..
tapi memang berguna juga jadi ROBOT kekadang ^_~
adik tak kisah la Kak Rabiatul sama ada kata2 kak pedas ke tak,adik tetap setia nak baca entri akak ^_^
Amboi....~akak!tetap nak selitkan bab perkahwinan ni(owh baru tahu!ada sangkut paut jugak ye)
(Tengok? Contohilah etika perkahwinan. Haha ^_~)*tersenyum*
Wa Iyyaki .. ^_^
aiman azlan <3
| Akh Shahir |
Waalaikumussalam..ahlan wasahlan ya Akhi ^_^
x layak pujian itu untuk ana, Akh..
seseorg itu terlihat kehebatannya pada mata manusia, itu adalah krn Allah menutup keaibannya, sungguh ana punya byk kekurangan, Akh
Ilahi anta maqsudi wa ridhoka matlubi, islah nafsak wad'u ghairak, Insya-Allah, Akh, Insya-Allah..
terasa sungguh berterima kasih, senior sudi singgah ke mari dan meninggalkan komen, jazakallah ya Akhi =)
| Kak Mira |
Waalaikumussalam ya ukhti mahbubah ^_^
benar akak, asal makna manusia itu sendiri lupa, mmg perlu sentiasa diiingatkan. kita ingatkan org dan org ingatkan kita balik. Alhamdulillah, andai akak dpt manfaat utk diamalkan. b2 juga belajar drpd apa yg Allah ilhamkan untuk b2 tulis, akak =) sentiasa melihat hati dan iman, perlu sentiasa melakukan perubahan, transformasi ke arah yg lebih baik, Insya-Allah
| Farhana |
tgk, akak dah kata! adik akak ^_^
mmg pertama kali akak kenal Farhana, akak dpt rasa byk persamaan dgn Farhana, entah knp, mungkin gaya tulis? ^_^
mmg kena paksa diri, kalau x paksa, dia sengaja manja2 jadi malas nak buat, dan lps tu mmg akak rasa nak smackdown diri sendiri
haha, entah dtg dari mana. tapi kdg kala akak buat juga, buat mcm xdk perasaan, bila nak buat, BUAT JE, BUAT, BUAT. dan jadi, Insya-Allah ^_^
terharu..=(
harap pedas yg bermanfaat ye ^_^ Ameen
haha, akak selit sikit je, ha, dia sorang je yg perasan, jadi Farhana lulus kalau nak masuk U, haha ^_^
| diba |
confuse akak
<3 aiman azlan ke
<3 vlog aiman azlan
^_~ mengelirukan akak je u ni, terang la sikit, dik, aww~
i cinta sama itu aiman azlan <3
<3 <3 <3
budak ni mmg, xleh thn akak, haha
(siap hang bila masuk UIA ^_~)
kasar ke? haha.. x kasar pun..
tau agama tp buat2 pekak, maka samalh dgn binatang ternakan...
wah.. ganahnya ustzh.. blajo smackdown.. wakaka
kadang2 dri kene paksa gok buat mende2 hok kita mls buat.. tp malas mengatasi sglanya..
Macam la mu tahu mu mati bila. Macam la mu boleh tahan malaikat Izrail tu kalau malaikat tu nak cabut nyawa mu. haha
haha.. kadang2 kita kene kasar jgk dlm b'dakwah.. blh je nk gune ayat tu.. biar trasa sikit ati.. baru mudah nk perbaiki diri. wakaka
pabila istri derhaka, maka nasihatlh, pastu kalu x dgr, x yoh tdow ngan bni, pastu kalu x jd ape gop, pukul utk mgajar... kalu x jd apa gokp lagi.. kata ke bni, kalu mu xmboh dgr ngat aku nasihat, kan aku kawen sorang lg kan.. hahhaha
Kebiasaannya penghalang diri daripada berubah adalah…..
Asyik terlalu fikirkan apa pandangan orang.
kadang2 ibu bapa pun satu hal, yg ko ni pakai tudung ni apsal? pastu mok kata, aku x redo mu paka tudung.. mok kata g2 sbb ye malu anak ye paka tudung..
doh ni guane paka serban plok ni? ni mesti ada bom dlm serban.. mcm2 tanggapan org kalu seseorg nk berubah..
ada satu cite:
satu ari luqman alhakim ngan anak ye pegi b'jln dgn seekor keldai..
masa ni anak luqman tgh naik keldai, pastu jumpa la org.. org ni cakap bakpe la mu naik keldai ni, mu x sian ke tgk anak mu?
pastu luqman pun naik keldai tu, pastu jumpa la org kat ptghan jln. 0org tu kata, mu x sian ke tgk keldai ni?
pastu luqman n anaknya pun bwk keldai. pastu jupe lagi seorg kat ptghn jln. kata org ni, la.. ada keldai xnk naik...
(ana x ingat ane kisoh ye) tp g2 ah cite ye
konlusinya: org ni xleh nk senyap.. walaupun kita buat btl
x perlu berubah dgn banyak.. brubah sikit2
wakaka..
ustaz gak, kasar la tu, nak kasar stare mane agi
na'am ustaz...tkadang haiwan lebih bagus...syg anak, tp manusia, buang anak merata-rata...
x ganas agi tu, haha, smackdown kdg ye kene praktis, haha, tp pada tempat yg betul
na'am ustaz..penyakit malas, nak relak je keje...malas buat sesuatu..susah..berat..
haha, gi quote pula ayat tu.kasar tu. tu kate, kene kasar, kalau duk main lembut2, lembut sokmo x jadi mende, aa, kenelah, ngade ngat ekpun, ni diri sendiri. org dlm berdakwah, kene jgk, tgk ms dan tempat, juga situasi. ni gak nak marah org minum arak, masuk disko, bagi ceramah percuma, bleber kasar2, bukan org insaf, kene pukul balik ada
mende gak ustaz *haha, xleh thn suka, haha* buat cara tu, mmg confirm dgr ckp, haha
mmg kesian kalau mereka yg membesar dlm suasana yg x menyokong..sedih, diri nk perubahan tp yg dpt bukan dorongan tp hentaman. sbb tu faktor persekitaran penting, kalau keluarga x menyokong, mak ayah x fhm, cari org yg boleh bimbing dn bantu..mesti susah ork kalau keluarga sendiri x bagi..mmg betul kene kuat
bagus2 ustaz, relate dgn cite ni. mengingatkan diri kembali. mmg, kalau fikir pandangan manusia, xakan berkesudahan, tetap di takuk lama. sbb tu niat kene betul buat krn Allah, baru kuat nk istiqomah
na'am...buat sikit2..permulaan itu yg penting, kalau nk berubah tp lgsg xdk usaha, xjadi mende..
p/s: stlh sekian lama, ni komen ustaz yg plg pjg skali, haha, bagus2, padat dgn nasihat dn peringatan, tp ustaz, beng buat hok nak kawen se agi tu, haha, sian ke bini, haha
haha.. x tau la.. bg ana x kasar mana tu..
tu la dlm surah al-a'raf allah sebut: mereka ni ada tlinga, tp x mau dgr, ada mata, xmau lihat, ada akal, xmboh gune, mrk ini lebih teruk dr binatang ternakan, malahn lebih bodoh lg..
tu ate, tamboh2 lagi masa cuti koho b'tambah mls.. wakaka
kadang2 xleh nk bg nasihat lalu kat org, kita kena panda masuk ngan org tu.. bg ana, ana suke masuk ngan ye.. tanya ye gni2... baru kita blh dakwah cara slow2.
pd adatnya manusia ni kadang2 xleh trime nasihat n teguran seseorg walaupun nasihat tu btl jika:
org yg menasihatinya itu berumur lebih muda...
org yg menasihatinya itu berpangkat rendah n xdop pangkat lasung,
org yg menasihatinya itu sdikit ilmu agama
org yg menasihatinya itu lebih kurang je..
skali-skala kene wak cara tu.. baru ye dgrr.. confirm dgr.. wakaka..
hmm.. mmg dos... kalu ikutkan ibu bpalah spatutnya ajor agma kat anak2, ni x ye g ajar mnde2 hok x patut..
nabi kata: anak2 tu ibarat kain putih, maka ibu bapalah yg m'corakkan anak2 mrk sma ada mjadi yahudi, nasrani, majusi, hadari(ni ana tamboh) haha
nabi kata lg, umatku akan ikut jejak langkah yahudi n nasrani hatta yahudi n nasrani masuk lubang dob pun, umat islam akan masuk..
maka berjaya agenda yahudi..
haha.. apa salahnya kalu buat hok tu, biar ye taat skit perintah suami..... haha
dah ce ustaz wat demo kasar gane, blh ana ikut, haha
na'am ustaz, syukran utk peringatan ayat ni ^_^
tolong...cuti tinggal sebulan agi >_< xleh nk aktif2 lompat bintang dah la dkt blog ni kekgi
ya! ana pun suka cara ni, dakwah bukan main bagi, ho ye lalu. ye kene perlahan-lahan. ada strategi dia. mmg kene knl2 dulu, ambil berat, lps tu mula....cucuk...sambil dlm pd ms yg sama cucuk diri sendiri..
ugut xpe, jgn wat sungguh, haha, nangis bini ustaz, haha
tambah agi, ustaz..tambah2...haha
ni bagus kalau kwn dgn org berilmu, bagus2 ^_^
bagi la lagi ustaz
haha, tp ustaz x wat nya, isteri ustaz mesti solehah. ha toh, ana doa, Ameen la lalu, Ameen...haha
haha.. xleh tunjuk sbb kasar sgt..
hmm.. ana g 22.5 ni, xleh nk main tenet oh la..
btl3.. org ni xlleh tegur debok lalu, ye kene masuk plahan2..
haha.. kene wak sgguh kalu degil ngat...... wakaka..
insyaallah la ana xbuat, kalu istri x degil.. wakaka..
xleh tunjuk gak, ana xleh ikut la
ana cuti tinggal sbulan >_<
22/5? maknanya pengomen setia blog ni dah pergi, haha
gane ustaz, bak kate org, ada skill, ha gitu
kalau ustaz x pasti lagi, ustaz blh harapkan spy, haha
haha. xyah ikut..
haha.. 22.5 mgu dpn, haha
ada la skit skill. wakaka
hm.. blh hrap ke? was2.. haha
xleh ikut sbb bahaya ngat
tolong...22/5..31/5 x lama dah..=="
ana suka wat skill cucuk org cucuk sendiri
haha, xcaye ngat, ana ltk jawatan kang, haha, bukan senang nak cari spy gini, kang skali jadi spy jahat, ambik pisau ltk dkt tekak
Post a Comment