Tuesday, April 5, 2011

Kisah Hidup : Benarlah Mendidik Dari Rebung



عليكم السلام
  بسم الله الرحمن الرحيم


Selesai solat bersama…

“mari sini dekat kakak”
“hehe”
“*duduk atas riba* (boleh tahan berat bdk ni) Masyitah jadi anak dan adik yang solehah ye”
“hehe..ok..Insya-Allah”
“*cium*”
“*cium…cium..cium..lagi dan lagi.”
hehe, dah lah tu, banyaknya, haha”
“haha”


Jarang-jarang sekali meriba begini, esh, kalau hari-hari meriba macam budak kecik, habislah kakak^_^ tak malu la tingkatan satu pun meriba lagi. Masyitah, adik segera. (Faham tak.. adik segera..maknanya, adik daripada ayah lain, bukan adik daripada arwah Abah =) saya tak tergamak nak menyebut adik tiri, entahlah..hu.. adik segera mungkin baik sikit didengar, adik anugerah? Mana-mana la ye… yang dirasa sesuai..)












MARI BERKONGSI CERITA
Perkongsian Hidup…
Mengimbau Sejarah Dahulu…
Harap Ada Pengajaran Yang Dapat Diambil..



Saya tak sangka, dalam kehidupan saya, saya bakal menerima orang baru dalam keluarga. Setelah arwah Abah pergi meninggalkan Ibu, saya dan dua orang lagi adik lelaki,( ketika itu saya baru menginjak memasuki tahun3)…akhirnya ditakdirkan Allah, Ibu bertemu jodoh lagi dengan Abah kepada Syazmil dan Syamira (Masyitah), ketika umur saya hendak menginjak 15 tahun, ketika hendak memasuki tahun bakal menjadi antara calon PMR.



Sungguh saya tak sangka. Tak pernah saya jangka. Saya hanya manusia biasa yang ketika itu hanya seorang gadis belasan tahun, yang mentah dan hanya mampu berfikir mengikut perasaan.  Dua lagi adik lelaki saya yang ketika itu berumur baru hendak menginjak 13 tahun dan 3 tahun, dan saya fikirkan mereka tidak faham apa-apa. Saya tidak bersetuju dengan  keputusan Ibu. Memberontak. Mementingkan diri sendiri. Egois.  *dah..mutiara dah keluar ni..hehe =)* 


 
Pada saya, siapa yang mampu menggantikan arwah Abah? Arwah Abah yang mengajar kami adik-beradik erti kasih sayang. Erti tanggungjawab. Hanya secebis ingatan. Ingat lagi dahulu, ketika bergaduh dengan adik kedua, Amirul, tak ingat waktu tu umur berapa, mungkin tadika atau tahun1/2, dimarah Abah dan dua-dua didenda berdiri sampai lenguh kaki. Tersenyum sendiri apabila mengingat kembali. Abah seorang yang tegas. Tegas untuk mengajar erti kasih sayang. Akhirnya kami berdua bersalam dan peluk berdamai.



Waktu itu, saya berfikir, tiada siapa yang layak menggantikan tempat Abah. Abah yang mengajar kami adik-beradik menghafal surah-surah lazim di dalam Al-Quran. Secebis ingatan, saya masih ingat, sehinggakan waktu keluar pergi berjalan pun Abah menguji hafalan. Tersenyum sendiri apabila mengingat kembali.



Pada waktu itu, saya fikir Ibu sudah tidak menyayangi saya dan orang lain tak faham perasaan saya. (“Bukan aku nak memberontak tapi hati aku yang sakit, siapa yang dapat merasa, siapa yang tahu. Mereka xpelah ada mak dan ayah sendiri, mereka tak faham sebab mereka tak diuji begini”).  Seingat saya, waktu itu saya pernah berharap agar saya dapat mengikut jejak arwah Abah (siap doa dekat Allah lagi minta dimatikan tu, teruk betul, ni namanya nak solehah tak bertempat *senyum* masa tu memang budak-budak, pendek sangat akal, agaknya saya banyak terpengaruh dengan rancangan TV, banyak tiru babak drama, tu yang jadi makin sedih tu). Menangis sambil memeluk gambar arwah Abah.











TAPI ITU DAHULU….
Hari demi hari…bulan demi bulan…tahun demi tahun…
Saya semakin belajar…untuk menerima…
Alhamdulillah, saya sudah semakin meningkat dewasa..
Sudah mampu berfikir mana betul atau tidak…
Sudah mampu berfikir mengikut akal dan hati…
Bukan lagi emosi…Insya-Allah…
Dan kini, saya bersyukur dengan anugerah ‘Abah baru’…=)
(Maafkan kakak, ye Abah…..kakak sayang Abah..)
(Ibu…maafkan kakak…Ibu terlalu penyayang dan penyabar….*peluk erat2 sangat*)
Saya sudah faham dengan hikmah perancangan Allah…
Alhamdulillah…





Waktu itu, saya hanya tidak mampu menerima Abah. Namun, amat gembira dengan kedatangan Syazmil dan Syamira. (Mungkin sebab ada adik baru, budak-budak kecil). Suka dengan kedatangan mereka. Syazmil waktu itu sangat kecil ^_^, comel.

Ujian lagi…
Juga ujian buat Ibu…




Bayangkan, Syazmil yang kecil sudah pandai mencuri. Ingat lagi, duit saya dicuri pada awal pagi sebelum ke sekolah. Duit bayaran untuk sesuatu. Saya dah tak ingat untuk apa. Alangkah terkejut saya apabila mendapati duit yang diletak di atas meja belajar di dalam bilik berkurang. Yang peliknya RM50 ada, yang hilang, kalau tak salah dalam RM5 macam tu. Saya benar-benar yakin jumlah semua berada di atas meja. Memberitahu Ibu. Siasat dan siasat, akhirnya jumpa siapa yang mengambil. Syazmil. Semua terkejut. (sahabat-sahabat yang bertanya dah tahu ni kan =)   )
Cukuplah kisah tentang Syazmil…banyak sangat ujian dalam mendidik budak yang seorang ini…
Benar, perit….Ibu lagi perit….namun tak pernah putus asa…saya benar-benar kagum dengan Ibu…




Syamira pula, pada awal pertemuan, sudah menunjukkan kebiadapan. Masih saya ingat, sewaktu saya sedang menyiapkan kerja sekolah di atas meja bulat kecil, benar-benar di hadapan TV sambil menonton cerita, Syamira datang dan meletakkan sebelah kakinya di atas meja. Kali pertama saya berlembut supaya meletakkan kakinya ke bawah. Lagi dia buat, menaikkan kedua-dua kaki. Waktu itu, berlembut kerana tidak menganggap seperti adik sendiri. Ya, jika menganggap seperti adik sendiri, pasti sudah dimarahi kerana begitu biadap, bukan?
Tapi…itu dahulu…
Sekarang, saya semakin belajar…lembut dan tegas, ada tempatnya. Saya semakin belajar untuk menjadi kakak yang bertanggungjawab. Adik kandung sendiri, Amirul dan Afiq tidak begitu banyak onar. Hanya Syazmil dan Masyitah. (Ibu menukar nama panggilan Syamira kepada Masyitah, mungkin kaedah psikologi? Mungkin, apabila bertukar nama baru, kanak-kanak terasa ingin menjadi baru, berubah, menjadi diri sendiri yang lebih baik)




Pengalaman hidup banyak mengajar saya. Ujian kesabaran saya tak teruji dengan sahabat-sahabat. Sangat baik. Juga bukan dengan adik-beradik, sekadar gaduh biasa sewaktu kecil mungkin perkara biasa seperti adik-beradik yang lain juga. Bukan juga dengan ujian cinta seorang lelaki dalam pada usia muda begini sehinggalah sekarang. Namun, Allah menguji kesabaran dengan keluarga. Dengan kedatangan orang baru…
Allah, terima kasih…=)




Kini, tak kira Amirul, Afiq, Syazmil dan Masyitah, semuanya adik kakak. Tiada beza.
Kalau yang buat salah, pasti kena marah. Amirul, Afiq, buat salah, tetap kena marah. Syazmil dengan Masyitah pun sama. Sebenarnya, lain tanggapan orang sekeliling apabila ada adik tiri. Disangkakan berbuat jahat dan memarahi hanya kepada adik atau anak tiri. Anak kandung hanya bergaduh dengan anak tiri. Masyarakat sebahagiannya masih terpengaruh dengan kisah Cinderella dengan ibu dan kakak-kakak tirinya mungkin =). Tak mengapalah kalau tanggapan mereka begitu. Cukuplah kalau saya katakan saya dapat merasa begitu. Begitu juga dengan Ibu. Hanya berkongsi cerita dengan Ibu.




Ibu mengajar saya untuk ikhlas. Saya tak kisah kalau dianggap kakak tiri yang jahat apabila memarahi adik tiri. Tak kisah untuk marah mereka di hadapan orang jika mereka berbuat silap. Kata Ibu. Marah kerana sayang, marah kerana mengajar. Jangan berpura-pura. Hanya Allah saksi. Allah tahu niat kita. Biarkan persepsi orang. Adik, kakak tak kisah pun orang nak cop kakak, kakak tiri yang jahat, marah-marah adik, kakak tak kisah pun dik, asalkan adik kakak jadi orang baik, orang berguna, yang taat perintah Allah.










SUDAH BANYAK PERUBAHAN KINI….
Hanya yang mengalami tahu betapa perit…
Sehingga boleh dikatakan tak pernah jumpa lagi kanak-kanak seperti mereka berdua ini…
Maaf sangat..mungkin bunyinya agak keterlaluan…tapi mungkin hanya yang merasai tahu bagaimana…
Kasihan mereka…..tiada yang bisa mendidik dengan betul kerana pemergian Ibu…
Sekolah ibarat taman permainan…
Tiada yang mengajar mereka adab-adab…baik ketika makan apatah lagi dengan orang lain…
Tiada yang mengajar mereka apa itu sebenarnya solat, dosa, pahala dan siapakah Allah…
Dan Allah mempertemukan anak-anak yatim dengan anak-anak yatim juga…
Untuk saling berkongsi kasih sayang…
Untuk saling belajar…
Telah banyak perkara kakak belajar daripada awak berdua…
Kesabaran, tanggungjawab, ketegasan dalam kelembutan, keikhlasan…
Terima kasih adik-adik kakak…*peluk erat2*




Syazmil yang dahulu tidak pandai membaca, huruf A juga tidak kenal, kini sudah pandai, menulis, membaca. Saya sendiri belajar daripada Ibu yang tak jemu mengajar. Bertambah kagum saya kepada Ibu apabila guru-guru satu sekolah dengan Ibu yang putus harapan dengan Syazmil terkejut dengan perubahan Syazmil. Pelajar yang dahulunya berada di kelas pemulihan dan disangka tiada sinar kini sudah pandai membaca seperti kanak-kanak lain. Padahal permulaannya begitu susah. Begitu susah. Allah, Alhamdulillah….pandai adik kakak…^_^




Masyitah pula yang langsung tidak pandai mengira, operasi tambah juga masih tidak tahu … yang dahulunya menulis jawi seperti menulis huruf rumi, bermula dari belakang hingga ke depan…bagaikan kanak-kanak kecil yang tidak tahu apa-apa sedangkan sudah hampir dengan peperiksaan UPSR, Alhamdulillah berjaya menggenggam 2A, 1B dan 2C. Sekali lagi mengejutkan guru-guru yang mengajar, kerana tiada mata pelajaran yang gagal. Ramai yang mengucap tahniah kepada Ibu. Saya bertambah kagum dengan Ibu. Alhamdulillah…dengan pertolongan Allah…pandai adik kakak…^_^




MEMANG BENAR DARI REBUNG…



Kini dapat saya rasakan…
Indahnya mendidik kanak-kanak kecil…
Bahagianya apabila penat terbayar…
Bersyukur dengan banyaknya hikmah…



Syamira yang dahulu seorang yang tidak tahu menghormati orang yang lebih tua, yang lebih mengenal jeans, baju adik, pengikat serta penyepit rambut, kini sudah menjadi Masyitah yang pandai untuk meminta maaf, sentiasa manis berbaju kurung dan bertudung, sudah pandai menolong membasuh pinggan dan belajar mengupas bawang, memilih pembacaan seperti Asuh dan Ana Muslim…..


Yang kini, begitu ingin mengetahui dan melakukan segala…
“kakak, musang dengan serigala najis mughallazah ke?”
“kakak, kakak baca apa lepas bagi salam?”
“kakak, kekgi sembahyang sama ye”
“kakak, tadi Masyitah nampak buku himpunan 40 kisah balasan Tuhan, nak belilah”




Kadang-kadang terlalu banyak pertanyaan…^_^
Biarkan, dia mahu belajar segala benda…
Dan kadang-kadang sampai saya tak terjawab…
Dan menyedari betapa ilmu saya masih terlalu sedikit…
Kadang-kadang bertanyakan kisah Nabi…saya jadi malu sendiri…masih banyak yang tidak saya tahu…
Sehingga menuntut saya untuk mencari…mencari…dan terus mencari…
Terima kasih sedarkan kakak, Masyitah banyak mengajar kakak…sayang dia…*peluk*




Sememangnya saat ini saya cuba belajar…. untuk menjadi kakak yang belajar untuk meletakkan bayi di dalam buaian….
Sebelum suatu saat nanti jika dipanjangkan umur menjadi seorang ibu yang hanya menghayun buaian namun mampu menggoncang dunia…
(Saya benar-benar maksudkan ini)
Saya amat percaya…pentarbiyahan itu bermula daripada kecil dan bersambung…
Bermula daripada unit yang kecil, apabila unit yang kecil itu ditarbiyah sebaiknya, tak mustahil untuk melahirkan mujahidin dan mujahidat pembela agama…
Siapkan diri dahulu…
(Kan, Siti Balqis? ^_^)




Ya Allah, rahmat-Mu begitu meluas…
Aku menyesali kesilapan aku selama ini…
Ampunkanlah hamba ini, ya Allah….


Dah tamat…=)









Ujian saya, mungkin agak berbeza daripada yang lain…
Atau mungkin juga ada yang mengalami kisah yang sama…
Pada mulanya agak berat…
Kerana mata hati tertutup….
Mengikut emosi…
Akhirnya…
Kembali kepada Allah …
Diberi petunjuk…
Jadi…
Sayangilah keluarga…
Terutama ibu dan ayah…
Sebelum mereka tiada….
Meninggalkan kita…
Sayangilah adik-beradik…
Kerana banyak perkara yang boleh kita dipelajari…
Banyak perkara yang boleh dikongsi…





Daripada pengalaman hidup, saya belajar, apabila mengalami masalah, terus dan hanya kembali kepada Allah, itu sahaja
Doakan agar ‘rebung-rebung’ ini kelak menjadi ‘rimbunan buluh’ yang berharga…
Doakan saya…menjadi mukminah yang berfikir dengan iman…
Saya bukan malaikat…namun tidak pula saya ingin seperti ‘musuh durjana’…
Saya hanya manusia biasa…yang sering melakukan kesilapan…
Andai sahaja nampak saya tersasar,
Jika sebuah tamparan perlu untuk menyedarkan saya,
Saya minta, tamparlah saya, saya benar-benar maksudkan ini…


 

Saya semakin bahagia…
Tambahan lagi dengan penyeri-penyeri nakal ^_^ 
Mungkinkah ini adalah antara ‘ujian memandu’ saya? (sempat lagi tu)
Saya semakin bahagia…
Mengajar saya...


















Gratisan Musik




Ya Rabbul Izzati…
Betapa besar kasih sayang-Mu…
Mengapa mata hatiku begitu buta…
Allah…
Maafkan kekhilafan hamba ini….
Yang sentiasa berbuat dosa…
Begitu menggunungnya dosaku….
Terampunkah…
Allahu Rabbi..…
Terima kasih untuk segalanya…
Kau mengajar aku…
Ujian itu indah…
Jadikanlah hamba ini…
Hamba yang bersyukur …
Hamba yang bersabar….
Hamba yang reda…
Yang pergantungan hanya kepada-Mu…
Ameen…
Aku benar-benar ingin menjadi kekasih setia-Mu…
Mampukah aku….




 "Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"



p/s: Alhamdulillah...selesai MUET speaking...Insya-Allah, 16/4 writing, reading dan listening, doakan ye ^_^

13 comments:

Anonymous said...

along akn bahagia selamanya andai along buat org lain bahagia..... :)

Syauqatul Wardah said...

kata2 Irsyad ni buat mutiara Along gugur lagi....=((
(Irsyad, sjk bila pandai buat ayat puitis)

Insya-Allah..Irsyad doakan Along ye..
sentiasa jadi kakak yg baik..
juga kpd Irsyad..:)
dah betul2 anggap mcm adik sendiri dah awak ni..

p/s: uit, siapkan keje,budak pilot ^_^ wek, hek =P

Anonymous said...

bi2 ni...suke tau post cte sedih2..btw,bi2 kuat sgt2..klu qoie,qoie xtau ape jd..seriously,qoie kagum sgt2 bi2..qoie nk jd mcm bi2..org yg pndai,kuat,baek..ya Allah..:(..bi2 doakn qoie ye..qoie nk jd kuat..klu qoie jd bi2 time 2,msti qoie mrh kat mak qoie...tp bi2 x..bi2 baek sgt..bi2 ank yg solehah..qoie pon nk jd mcm 2..(sebak igt mak kat rmh..)love u bi2...

Syauqatul Wardah said...

Qoie....apa ni...*dah menitik...*
*sebak sgt2*


jgn ckp mcm tu...b2 x kuat pun..b2 ego, penting diri sendiri....Qoie x hadapi, kalau x Qoie mesti lagi kuat dri b2...jgn ckp kagum..b2 xdk mende2 istimewa pun...Qoie lebih baik drpd b2...byk perkara b2 belajar drpd Qoie...b2 belajar drpd Qoie untuk tenang dlm apa jua situasi...b2 belajar untuk lebih ingat mati drpd Qoie...b2 belajar untuk rajin masak drpd Qoie...terima kasih sgt2 sudi jadi sahabat b2...


*Qoie, b2 sebak sgt dh ni* sebak sgt...doa sentiasa ada untuk Qoie dn yg lain...kalau nk ckp syg..b2 xtau nk ckp mcm mana sygnya b2 dkt Qoie...*peluk Qoie erat2 sgt*


dah..b2 sedih sgt ni..tisu Qoie masih b2 simpan tau :)mcm Qoie tak tau kalau b2 dah mula sebak mcm mana, hehe ^_^, tu x tambah dgn budak Anis tu, ops *Anis batuk tersedak* Anis..b2 tak mengumpat..cuma mengata je..^_^


terkdg apabila kita terlalu gembira...kita perlu juga untuk menangis..


sama2 jadi anak yang solehah ye..love u Qoie...really for the sake of Him...*peluk*

Anonymous said...

bi2!!!:(
x..bi2 kaut..qoie xmcm bi2..qoie tau bi2 kuat..bi2 xego..bi2 boleh sesuaikan diei bi2 dgn adk2 bi2..klu qoie,qoie xtau la mcm mne...qoie pon nk ucap trima ksih kat bi2 sbb bi2 sudi jd kwn qoie..bi2 yg bnyk ajr qoie..ni2 ajr qoie jd kuat,bi2 ajr qoie bab2 agama..trima ksih bi2..qoie pon syg sgt2 kat bi2..syg sgt..xtau nk ckp mcm mne qoie syg kat bi2 dgn bdk2 d-3-10..qoie bersyukur sgt2 sbb dpt jmpe bi2...:))qoie pon smpn lg kerongsang yg bi2 bg 2..xde org pon bleh pgg..qoie sorg je..:))
thanks bi2..love u so much...mmmuuaahhh....(happy,tp sebak..) :))

::::Fakhratu Naimah Muhad:::: said...

salam alaik ya ukhti mahbubah!

pengalamn hidup mmg amat mngajari kita erti kehidpan sebenar.. selama ini kita hanya memndang lesu orng lain yg keluh resah mnghadapi cabaran hidup, tetapi bila saat kita diuji, terasa seisi dunia mghempap kita kerana kita hanya mmndang bahawa hanya kita yg mnderita.. "jika kita mnderita, orng lain lagi mnderita" tu la motivasi untuk diri sendiri kan bitu? walau apa pun, na sngat salute bitu.. u can manage them well even in e bgining u felt hard.. tahniah! marha ya bint! doakan na jadi tabah cam b2 gak... =)

Syauqatul Wardah said...

| Qoie |
Qoie...kalau Qoie ada dkt dpn mata b2 skrg, b2 nak peluk Qoie kuat2, kuat2 sgt *peluk*
biar kita sama2 kuat hadapi apa jua cabaran hidup, Allah nak tengok bukti cinta kita dkt Dia, jadi kita mesti buktikan, kita blh lepasi ujian yg Dia bagi...Insya-Allah ye syg..*peluk*

kita bersahabat, sama2 ambil yg baik, kita manusia pasti xlps dari kesalahan dn dosa setiap hari antara sedar atau tidak.. kita bila bersahabat, apa yg tak elok ada pada sahabat, kita cuba lengkapi, berkongsi..bukan mengata akan keburukan dia. yg baik, sama2 kita ambik..b2 terharu sgt dgn kata2 Qoie...b2 bersyukur sgt dipertemukan dgn sahabat2 D-3-10 yg solehah, kongsi suka duka, tambah lagi ni kali pertama b2 tinggal dkt asrama/dorm..tapi mula2 ni dah Allah pertemukan dgn sahabat2, ya Allah, b2 tak tahu nak ckp mcm mana, b2 bersyukur sgt *peluk ramai2*

psl kerongsang tu..='(( terharu..sebak..

Qoie, b2 nak ckp, b2 syg sgt Qoie!! *peluk*



| Na! |
Waalaikumussalam sahabat tercinta! ^_^

Pengalaman hidup itu semua ujian, uji kesyukuran dan kesabaran..b2 setuju sgt dgn Na..bila kita susah, pasti ada org yg lebih susah dan menderita drpd kita, kita je rasa ujian tu sgt berat, tapi byk hikmah yg Allah nak bagi sbnrnya..berbaik sangka dgn Allah..
dgn ujian, kita cuba bersyukur dgn apa yg ada..siapa yg lebih tahu apa yg terbaik untuk kita jika bukan Pencipta kita sendiri..ujian yg diberi, Allah mahukan kita lebih dkt dgn-Nya..semakin dkt..semakin..dgn ujian juga, Allah nak berbicara dgn kita, spy jgn takut hadapi kesusahan krn Dia sentiasa ada menemani..pertolongan Dia sentiasa ada..Dia ckp, bersama-sama kesusahan ada kesenangan, kita, yg tinggal hanya perlu yakin..

Na..jgn ckp mcm tu..b2 rasa rendah sgt..b2 cuma cuba dn usaha buat apa yg patut, sebagai hamba yg akur dgn ketentuan Allah...
Kdg2 kan Na, dgn bdk kecil byk kita blh belajar. Skrg, Masyitah dah habis dh baca buku himpunan 40 balasan Tuhan yg dia beli ms pameran dkt sekolah baru2 ni, sekejap je. b2 terkejut. Sampai dia pula ajak “kakak, Masyitah dh habis baca, kak nak baca?”. B2 pula kagum dgn dia…kita suruh dia belajar rajin2, baca buku, tapi ada kala apa yg kita suruh kita tak buat, lupa, leka…dia mengingatkan kita kembali apa yg kita ajar pd dia sebelumnya..=) Alhamdulillah..


____________________________


Doakan b2 buat ni krn Allah..doakan agar hati b2 betul2 ikhlas post ni nak berkongsi kisah dan pengajaran..bukan nak menunjuk, menunjuk pandai didik bdk, kakak yg baik, bukan, bukan! Bukan….Allahuakbar..
Kalau org pndg baik….pd pandangan Allah belum tentu…doakan b2 ye…b2 terharu sgt..ya Allah…
b2 bersyukur ada sahabat2 yg solehah dn menyokong mcm Qoie dan Na…membuatkan diri untuk lebih berusaha dan menguatkan semangat b2 lagi…*peluk dua2* terima kasih….byk2..=’(( terima kasih..sgt2…

sweetbanana said...

B2 yg dikasihi...Ujian ALLAH itu dtg dgn pelbagai cara..Sebesar mna ujian itu,itulah yg trbaik utk kita..Allah itu PENCIPTA kita,tahu segala bntuk ujian ug perlu dberikn kpd tiap-tiap hambaNYA..Ujian dtg tdk brlagu itu sbg lorong mnuju redaNYA..sbg lorong utk kita bermuhassabah..sbg lorong CINTA zikir kita kpdNYA tatkala jiwa kita layu jatuh ke bumai..Bersabarlh....Stp ujian itu psti ada imbuhannya...

Syauqatul Wardah said...

Rokiah...='( *peluk*

Syukran jazeelan Rokiah atas kata-kata penghembus semangat...=)
terima kasih...sgt2...*peluk Rokiah*
Barakallahu feek ya Ukhti..

dalam hidup, kita sentiasa lihat ujian kesusahan, kan Rokiah..jarang sekali untuk menyedari ujian kesyukuran..kita sering lebih melihat kesusahan berbanding kesenangan..apabila hati resah ditimpa musibah atau dugaan, mudah mengeluh..tetapi jarang nak meneroka hikmah yang tersembunyi..tanpa sedar, kita dalam pada masa yg sama diuji dengan ujian supaya bersyukur dgn nikmat daripada Allah..hati lebih mudah menyedari kesusahan berbanding kesenangan...mereka yang betul2 melihat lebih lagi, melihat dengan mata hati, akan menyedari betapa rahmat dan nikmat Allah menggunung...sehingga dirasakan ujian menguji kesabaran dan keteguhan hati itu terlalu kecil...Subhanallah...

Anonymous said...

bi2..:( qoie syg bi2..
nk dekat2 dgn bi2..:(
thanks bi2 jd kwn qoie..
qoie syg bi2 sgt2...syg sgt2..syg adik beradik d-3-10 yg laen..xnk jauh2 dr korg...*sebak

love u all..smpai mati pon qoie xkn lupe korg...:((

Syauqatul Wardah said...

='( Qoie...syukran..
terharu dan suka baca ayat Qoie sebut 'adik-beradik D-3-10'..

terima kasih Qoie, ceriakan hidup b2..jgn pernah lupakan b2 ye..sampai dekat Gombak dan lps Gombak pun semua mesti contact ye..='((

syg sgt2 Qoie...='(( *peluk*
b2 x sabar nak tunggu 5 tahun akan dtg..apa yg jadi ye..ada lagi ke kita...

~mieyra~ said...

salam syg..
akak xtau nk tlis ape.
(btakung dh air mata ni bc tulisan b2
) Maha Hebat Allah,Dia ad byk cara unt mndidik kte mnjadi khalifah yg kental imannya. akak tiba2 rs nk jmp b2,pluk kuat2.alhamdulillah unt seorg b2,seorg adk yg xprnh akak borak lma2,bkongsi cter.bkn stakat b2 yg bljr dr adk b2,tp sbnrnya b2 pun dh ajr akak byk bnda wlaupun cuma dgn tulisan yg xdok suara.akak syg b2.insyaALLAH hy krn DIA.

Syauqatul Wardah said...

akak...='((
benar sungguh akak..Dia suka menguji, menguji kita dlm bercinta, sejauh mana tinggi cinta kita pada-Nya..kehidupan, life is to solve problems, kata2 ni..dlm mjalani kehidupan, perlu bertindak scr rasional bukan emosi..
kakMira kakak yg baik sgt, b2 tau, walaupun x pernah ckp lama2 dgn akak, akak sgt memahami hati b2..mengajar b2 byk benda melalui nasihat akak, kalau kak Mira ada dpn mata b2, nak shj b2 kongsi segalanya...peluk kak Mira kuat2...='(( terima kasih akak..