عليكم السلام
بسم الله الرحمن الرحيم
Saya nak kongsi sesuatu yang menarik.
Berkaitan kanak-kanak riang… ^_^
Sewaktu google untuk melakukan kajian tentang sesuatu (haha, ada la orang search apa ^_~)
Saya tertarik dengan banyak artikel daripada blog lain tentang …tara..~
Teknik Jepun - Shicida Method dalam mengajar anak-anak untuk menjadi seorang kanak-kanak yang bijak dan berkaitan dengan penggunaan otak kanan.
(oh, saya sangat suka ni! ^_^ Otak kanan... Seni... Psikologi? Oh! *letak tangan di dahi kemudian jatuh pengsan perlahan-lahan* (maaf...saya terlalu banyak imaginasi ==’.....tak habis2..)
Dan saya nak kongsi di sini mengenai teknik Jepun melatih anak-anak berfikir menggunakan otak kanan. Copy paste serta sedikit ilmu yang pernah saya dengar.
Mari berkongsi ilmu dan cuba fahami jiwa kanak-kanak ^_^
Bukan anak sahaja, boleh juga praktikkan dekat adik jika masih belum berkahwin.
Info : Otak kanan lebih kepada kekreatifan, otak kiri cenderung kepada kira-kira
Mungkin boleh merujuk kepada sini untuk lebih faham, atau mungkin juga tak tahu sama ada anda otak kiri atau otak kanan? Juga, kliklah sini
1)Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur. Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi. Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam. Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.
2)Mula guna kad untuk ajar anak anda. Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja, lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk. Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .
3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, jadi cuba ajar anak anda main tanah liat, main cat air ( water colour ) , melukis, gunting kertas, origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula, tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit. Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit. Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.
4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri. Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka, kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.
5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut. Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .
6) Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan, berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna, bunyi dan sebagainya. Lama-kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit. Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari. Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.
Sebelum lakukan semua kaedah ini, pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup. Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut . Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya – “ Tolong senyap Along ” berbanding “ Along jangan bising.
Yang ni betul, betul2, kaunselor ada cakap. Gunakan perkataan POSITIF bukan NEGATIF. Jangan gunakan perkataan JANGAN tapi TOLONG. Seperti contoh di atas, jangan gunakan perkataan BISING tapi gunakan perkataan SENYAP. Bising itu negatif manakala senyap itu positif.
Contoh lain,
“Angah jangan jadi malas, pergi buat kerja sekolah” (*geleng2* salah..)
“Angah kene jadi budak baik, rajin siapkan kerja sekolah” (*angguk2* betul…)
Nampak tak beza? ^_^
Lagi..kalau anak yang mula nak berjalan tu biarkan dia berjalan sendiri. Kita cuma mengawasi. Biar dia rasa bangun dan jatuh. Ini bertujuan untuk membina keyakinan diri dalam diri anak.”
Lagi…kalau anak nak panjat sesuatu, panjat pokok misalnya, jangan cakap “jangan panjat” tapi nyatakan akibat “turun…kalau panjat pokok, nanti jatuh, sakit”. Biar anak berfikir, membuat keputusan juga untuk melatih keyakinan diri.
BICARA HATI
Saya sangat teruja dengan buku hasil karya Wardina Safiyyah, ‘Mama, Saya Lapar...’.
Pernah dengar tak? Buku ini berkisar tentang pemakanan yang berkhasiat untuk anak-anak.
Tentang tips mengatasi masalah anak-anak yang cerewet dalam memilih makanan, pengalaman menghadapi anak yang sedang sakit, resepi-resepi menarik dan perkongsian Wardina yang lain. Kalau jumpa buku ni, rasa nak beli je (ahaha) tak tahu la..ni promote je ^_^
Promote sebab…*teruja*
“Wardina Safiyyah memang minat menulis dari bangku sekolah lagi. Dan beliau gigih melanjutkan ijazah dalam bidang psikologi.”
Wah..saya rasa minat menulis saya pun mula bercambah terutama bila terbabit dalam ‘pembikinan’ blog. (Jika dipilih speaking MUET 10 minit, saya lebih rela writing MUET 3 jam kerana saya tak suka bercakap, saya lebih suka menulis kerana lahir daripada hati, tentang perasaan, bermain emosi, satu seni, sepi mula bersuara ^_^) Tambah lagi saya pun suka psikologi, suka sangat-sangat (dah berapa kali dah ulang ni..)
Baik, jadi apa salahnya tolong promote ^_^
Kata Wardina “Saya menyintai kanak-kanak, saya menyintai buku!”
(Ya Ukht Wardina, minat kita sama! ^_^ *teruja*)
Pernah juga saya berangan-angan nak terbitkan buku sendiri. Entahlah buku tentang apa, mungkin psikologi..dan tentang anak-anak juga? Tentang masalah hati? Tentang masalah remaja? Oh, ini memang minat saya.
Juga pernah berangan-angan untuk membuka sebuah tadika (minat yang sama dengan Mirah, oyeah2 ^_^) Jika ditanya tentang cita-cita, pasti saya menjawab, pensyarah BA. Tapi, entahlah, kalau tanya hati sendiri, saya tak berapa minat untuk mengajar orang besar tetapi lain pula halnya jika dengan kanak-kanak kecil. Mungkin perlu teropong minat lebih lagi.
Saya juga minat dalam masalah berkaitan hati. Sangat suka mendengar masalah orang dan cuba menyelesaikan. Ilmu psikologi dan ilmu tentang agama pastinya, bagi saya penting untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Agama sudah pasti menjadi tunjang utama penyelesaian sesuatu masalah, dan ilmu psikologi membantu kerana bermain dengan emosi manusia.
Saya juga berminat dalam mendekati remaja-remaja yang bermasalah. Untuk cuba menyelami dasar hati mereka cuma tiada peluang lagi setakat ni. Kadang-kadang, minat juga untuk menjadi seorang kaunselor, kaunselor perkahwinan mungkin? (haha) apa salahnya~ *dia pun tak kahwin agi, sedap-sedap dia pula nak kaunseling orang*
(Duk cakap minat dia pula sini, haha. ^_^ xpe..kalau yang membaca ada minat yang sama, cakaplah, mungkin kita boleh berkongsi ilmu atau sesuatu yang menarik ^_^)
p/s: Anak. Perkahwinan. 2 perkataan ni ada dalam post kali ni. Baik…D-3-10, tiada lagi kontroversi… terutama Wan dan Qoie, haha, tu tak ditambah dengan mek Senah, mujur budak tu dah takleh on9, *Hasnah batuk tersedak* haha (masak aku dengan budak-budak ni…haha)
(Hasnah duk rumah study add math, wah~) ^_^.
kalau nak tahu, ni lah minat b2, tak caye tanya Ibu b2...betul ni, ni bukan cakap main-main galok nak kahwin *masih memikirkan cita-cita yang sesuai*
Yah, jom main kawen2, Yah *smiley pakai spek*
Gratisan Musik
^_^
Sayangi Kanak-Kanak kerana Kita Dahulu Juga Seorang Kanak-Kanak Yang Disayangi
~Lihat Dunia Dengan Kaca Mata Kasih Sayang~
What you give, you get back
Setiap hari, kita berkomunikasi dengan persekitaran kita =)
Apabila kita memberi kasih sayang, kita juga akan disayangi
Itulah Law of Attraction
Kalau ada masa Insya-Allah saya akan cuba buat post psl ni =)
Bahagia dengan MEMBERI, Bersyukur dengan MENERIMA
9 comments:
assalamualaikum bitu..
thanks ye..
petua yang baik...
harap2 akak dapat gunakannya bila jd cikgu n ibu nanti..
=p
Waalaikumussalam..
sama2 kak Qist..^_^
b2 terjumpa masa google, hehe, nampak menarik, penting gak, untuk masa hadapan
Insya-Allah, kak
oo..kak Qist minat jadi cikgu ye ^_^
hehehhe..bolehla... macam ikah..
haish bi2 ni..klu psl kwen je,msti nme qoie tersangkut jgk,,haha :D
ni dh ckp psk nk ajr2 ank ni..xsbr sgt dh ke nk kwen?prgi la kwen cpr..dh teruk sgt dh tgknye..hahaha..bg tau la dkt ibu bi2 srh die crik kan calon suami cpr2..haha
<><> Kak Qist <><>
eh, macam Hasnah? kak Qist nak jadi ibu mcm Hasnah? Hasnah dah kawen dah ke...oo..dah ada anak x ckp pulak..haha *Hasnah batuk tersedak tika leka membuat soalan add math* haha~~ (rindu la plk bdk kecik ni) ^_^
<><> Qoie dah dtg...haha <><>
haha, bukan, aura Qoie tu kuat sgt, tempias dkt b2..haha
ha la, ha la, nak ckp la ni. esh, jgn. kalau Ibu b2 pengsan terkejut, b2 pun pengsan sekali kekgi, haha.
dah ada anak dah pun..anak patung penuh dkt rumah ni ha..
ye la, tunggu anak sendiri pulak la ni..aww..gatal..haha
^_^ haha
galok!!!!hahahahahaha :DD
cpt la kwen...
tkot qoie tgk bi2 galok sgt..hahahahahah
Qoie, ni bukan galok..
meh duduk sini, meh..ha, nenda nak cakap, ni namanya romantik, tau apa itu romantik? tak tau kan, kalau tak tahu, duduk Nilai tu baik2, belajar rajin2 dulu, sbb tak baik masuk campur urusan org tua, hahaha ^_^
*semakin lama semakin tak betul dah rasanya, haha, aduhh..Qoie, sakit perut b2 gelak tahu, haha*
haha..xgalok lg ke nmenye 2?
klu galok 2 mcm mne nenda?haha
setau cucunda,romantik 2 klu mcm bg bunge ke,candle light dinner ke..haha
x..mana ada galok gitu, esh, haha.
bunga? candle light dinner? wah, majunya cucunda nenda ni, sape ajar? haha
budak-budak xleh tahu lagi, tunggu nenda belajar dulu apa sebenarnya makna romantik tu, nanti bila dah tahu nenda cakap dekat cucunda ye, haha
Post a Comment