Monday, March 21, 2011

Antara Dua Ujian



عليكم السلام
 بسم الله الرحمن الرحيم




Apabila diri terasa tak tertanggung ujian yang diberi, pejamkan mata, rasakan kehadiran Allah, DIA sangat dekat, sungguh..Dia paling memahami, Dia sentiasa di sisi, apabila dirasa begitu…hati akan damai, terasa seakan mampu menghadapi apa sahaja ujian yang mendatang kerana percaya Allah sentiasa bersama, tidak akan pernah ditinggalkan. Itulah kuasa cinta abadi. Tiada terlihat oleh mata namun terasa kehadiran dalam hati. Dia pengubat duka.







Nak tenang, ingat DIA. Itu pesan DIA.
Jadi…jangan sedih lagi ye… DIA sentiasa ada. =) kuat!






  



Ujian Tanda Sayangnya DIA

Semakin diuji…….bukti Allah sayang…
Sedikit diuji……….Allah tak sayang?







Kadang-kadang pernah saya terfikir “kenapa hidup aku bahagia sahaja, apakah aku tidak punya masalah?” Sahabat juga ada mengatakan begitu… Entahlah.. atau mungkin akan datang Allah akan mendatangkan ujian yang berat….ataupun saya punya masalah tetapi saya yang tidak merasa…atau mungkin diri alpa sampai diri tak terasa diuji..Astaghfirullah….




Pernah juga apabila terasa begitu, saya ‘meminta’ diberi masalah. Saya takut andai saya leka dan jauh daripadaNya. Terkadang saya suka apabila ada masalah, terasa diri sungguh lemah, dan kebergantungan hanya kepadaNya. Tetapi seketika saya tersedar. Saya salah, tidak seharusnya begitu, tidak seharusnya meminta ujian, adakah kuat benar iman sehingga minta diuji? Teruknya diri! Saya menjadi malu sendiri. Saya menjadi sedih sendiri. Bongkaknya diri seorang hamba dengan Pencipta. (Ighfir dzunuubi Ya Allah…..) Seharusnya aku meminta agar diberikan kekuatan untuk menghadapi apa jua ujian.
Ya, begitu. Allah sedarkan saya….
sayang sangat DIA =)





 





Pernah juga terdetik di hati…”Lagi diuji, lagi Allah sayang. …tetapi Allah hanya menguji diri ini sedikit, apakah sayang Allah kepadaku sedikit cuma?” Takut.  Sedih.  Menyelubungi diri. Ya Rabbi…adakah begitu? Adakah sayangMu kepadaku sedikit cuma? Ya Allah…adakah begitu? 




Hati saya mula merintih….Allah, adakah begitu…terlalu banyak dosa aku…sampai Engkau membenci …
Saya berfikir lagi……




Dan saya tersentak. Rupa-rupanya aku sentiasa diuji. Ya, aku sentiasa diuji. Kerana ujian bukan hanya kesusahan. Kenikmatan hidup juga adalah ujian. Walaupun diri tidak diuji dengan kesusahan dan musibah, Allah sedang menguji diri ini dengan kesenangan. Walaupun diri tidak diuji dengan ujian yang berat-berat hanya ujian kecil namun apakah diri ini bersyukur dengan segala kurniaan Allah? Pahala syukur diperoleh dengan ujian kesenangan. Pahala sabar diperoleh dengan ujian kesusahan. Susah atau senang, sedarkah diri bahawa Allah sentiasa ingin memberi pahala kepada kita. Cuma diri kita yang menentukan mahu atau tidak. Jika diuji dengan ujian, apakah diri bersabar atau hilang pergantungan kepada Allah? Jika diuji dengan kenikmatan, apakah diri bersyukur atau berpaling? Wahai diri, sedarkah? Wahai diri yang menulis, sedarkah?






 

  


Hidup saya sememangnya terisi dengan kehadiran sahabat di samping keluarga tersayang.



Salah Satu Ujian Saya Adalah Sahabat.
Ujian menguji kesyukuran.
Apakah diri ini menghargai kehadiran mereka atau tidak?
Apakah diri ini bersyukur kerana dikelilingi sahabat yang saling mengingati?
Benarkah ukhuwah seperti mudahnya ucapanmu mengatakan “Uhibbuki fillah?”
Jika diuji, mampukah diri hadapi?




Mungkin itu hikmahnya. Apabila saya diuji sedikit, maka itulah peluang untuk saya memberi kekuatan kepada yang lain terutama sahabat. Ibu juga pernah mengatakan saya mudah menyelami perasaan orang lain walaupun tidak merasai situasi yang sebenar. Mungkin kerana itu juga saya meminati bidang psikologi, kajian tentang manusia. Mungkin kerana itu juga saya terlalu sensitif, terlalu mudah mengalirkan air mata, entah kenapa….saya juga tak tahu… Bukan saya mahu mengatakan saya banyak membantu sahabat, bukan, bukan....maaf...maaf jika saya suudzhon tetapi andai sahaja terdetik di hati bahawa saya ingin menunjuk..biarkan =)..biarlah Allah sahaja mengadili hati saya… ye?.. =)




Saya cuma terasa sangat dihargai apabila sahabat menelefon ataupun menghantar mesej, meminta pertolongan, berkongsi rasa sedih walaupun di kejauhan, ingin diri ini mendengar tangisan mereka. Saya terasa begitu dihargai. Sahabat-sahabat ini tidak melupakan saya. Saya juga ingin menjadi seperti mereka. Sahabat-sahabat solehah ini mengajar saya erti menghargai orang lain. =) (enti… enti… dan enti… syukran..*peluk*   )




Terasa sangat dihargai apabila dikatakan sahabat, saya lain daripada yang lain walaupun saya tahu saya hanyalah sahabat yang tidak punya apa-apa yang istimewa, sahabat yang penuh kekurangan, sahabat yang sentiasa perlu diingati... (enti, syukran…ana takkan pernah lupa kenangan malam tu...selamanya tak akan… enti tau kan ana bercakap tentang enti? =) sayang sangat enti, sayang sangat, ingat janji kita ye? Enti tarik ana jika ana jatuh…ana tarik enti jika enti jatuh…doa agar ukhuwah kita hingga ke syurga…biarlah ukhuwah kita seperti ‘Irfan’ dan ‘Asid’ =) --novel Sinergi--)



Hati sangat tersentuh apabila sahabat ini juga mengatakan saya seorang perempuan yang baik dan saya juga akan mendapat ‘orang yang baik’,sambil memegang bahu. Ada kata-kata mengatakan, what comes from heart touches the heart. Bukan itu yang saya mahu bicarakan. Ini juga ujian, pujian adalah ujian. Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah. Hati sangat tersentuh dengan doanya kerana apabila ditenung mata sahabat solehah ini, keikhlasan jelas terpancar dalam  lontaran kata-katanya. Bagi saya…jika mahu merasai keikhlasan seseorang, lihat ke dalam matanya, jika sampai ke dalam hati, benarlah. Kata-kata juga ada mengatakan, dari mata turun ke hati. Sahabat solehah ini mengajar saya erti ikhlas. =)




(enti, ketahuilah, entilah  sebenarnya perempuan yang baik…kerana hanya orang yang punya hati ikhlas bisa mengatakan sedemikian…mengeluarkan kata sebegitu, walaupun hanya Allah tahu kita ikhlas atau pun tidak….ana sayang sangat enti, entilah sahabat ana, sahabat ana yang pertama yang ana mudah bercerita, entilah sahabat pertama yang ana senang berkongsi rahsia, kerana ana seorang yang begitu perahsia…..enti begitu ikhlas dalam berkawan, ana dapat rasakan. Walaupun ana mendapat yang baik-baik terutama dalam pelajaran, enti begitu menyokong dan dapat ana rasa keikhlasan daripada ucapan ‘tahniah’….ana tak perlu yang lain, ana tak perlu pujian enti, semua itu biarlah Allah sahaja yang menilai…..kerana apa yang ana perlu adalah enti, supaya sentiasa mengingatkan ana agar tidak alpa…yang ana mahu cuma ukhuwah yang ikhlas ini…..syukran ..sayang enti..…*peluk*)




Terasa sangat dihargai apabila sahabat mempercayai untuk memegang rahsia yang tidak pernah diceritakan kepada yang lain ( enti, syukran kerana percayakan ana…enti sahabat yang sangat baik, salah seorang sahabat yang ana gelar ‘sunshine’, menerangi hidup ana ) Sahabat solehah ini mengajar saya erti ceria dan amanah. =)




Terasa sangat dihargai apabila sahabat ini memilih saya untuk melepaskan resah di hati mengkhabarkan rasa gelisah dan sedih. Menghantar pesanan tika  lewat malam sedang diri lena diulit mimpi (enti, syukran….ana tak pernah lupakan enti, walaupun kita sudah jarang bertemu lantaran universiti yang berlainan dan hasrat kita satu universiti tidak kesampaian....enti tetap dalam hati..tetap...). Sahabat ini mengkhabarkan sedih yang menerpa diri secara tiba-tiba. “rs mcm bnyk ngt dosa sapa blh rs gini..huhu T_T” . Sahabat solehah ini mengajar saya erti seorang hamba. =)





 




Saya tidak pinta yang lain, saya cuma mahu reda Allah daripada ukhuwah di atas nama iman. Tiadalah saya mahu orang memandang kebaikan, yang saya mahu cuma diri ini mampu mengingatkan orang yang hampir di sisi untuk mengingatiNya, agar sama-sama saling memberi pesan ke arah kebaikan. Kerana saya penuh dengan debu-debu dosa, perlu kepada peringatan sentiasa, agar tidak tersalah memilih jalan.




Saya sedar, tanpa sahabat-sahabat solehah ini saya bukan siapa-siapa…saya mungkin tidak akan jadi seperti diri saya sekarang walaupun masih banyak yang perlu dibaiki jika tidak kerana Allah menghadirkan sahabat-sahabat solehah, yang sentiasa menemani..yang sentiasa mengajak ke arah kebaikan..…
Ya Allah..terima kasih..kasih-Mu begitu menggunung…jadikanlah aku seorang hamba yang bersyukur…




Saya sedar, inilah ujian saya. Kehadiran sahabat-sahabat solehah. Hidup saya terisi dengan kehadiran mereka sehari-sehari di samping keluarga. Allah mahu menguji menerusi ini. Ujian untuk menguji keimanan melalui ukhuwah. Ukhuwah seharusnya dijalin kerana Allah, atas iman. Apabila rapat begini, mampukah diri bertahan. Andai kata didatangkan satu ujian yang bisa menggegar ukhuwah, adakah mampu aku hadapi?

Saya akan jaga sahabat-sahabat saya! Insya-Allah. Aku memohon pertolongan-Mu…. Kerana semuanya berlaku dengan izin-Mu...Allah..sungguh aku tidak terdaya…




Dan, keikhlasan ukhuwah ini pernah diuji. Kerana satu perkara. Perit kerana berbeza ‘haluan’.
Alhamdulillah. Selamat dihadapi dengan izin-Nya.
(Mungkin kita dah cuba yang sebaiknya  untuk buktikan ukhuwah kita kerana iman? =) sayang enti..)
Ujian saya begini, jadi nasihat saya kepada diri sendiri…
Sayangilah sahabat, hargailah ukhuwah =)
 








 




Anda? Antum mungkin berbeza ujian dengan saya =)
Ujian antum ujian untuk mendapat pahala syukur atau pahala sabar?




Setiap saat kita diuji, antara sedar atau tidak sedar. Ujian kenikmatan menguji kesyukuran kita, ujian musibah menguji kesabaran kita. Itu semua menguji keimanan kita kepadaNya. Kita semua akan kembali kepadaNya. Tiada milik kita di dunia ini.




Kan Allah dah kata, macam mana nak tahu kita beriman atau tak kalau kita tak diuji? Jadi buktikan iman kita! Buktikan cinta kita! Berjuang!

Boleh ye? ^_^ Insya-Allah…dengan izin Allah juga…





 




Mungkin ini juga ujian saya? Hah, ujian dengan budak-budak ni.
Sabo je la….^_^ (tengok la cite Hantu Kak Limah Balik Rumah, Hasnah sedap duk promote, haha)



Dekat Isyak....Afiq sedang ‘rajin’ membuat karangan BI(rajin la sgt, cuti seminggu dah, esok nak sekolah, baru nak buat keje,*baguslah tu, jadi macam kakak dulu, aha* lepas tu kakak hak jadi mangsa, kakak nak tidur je malam ni, biarkan dia)....di bilik ( bilik kakak juga....asyik kakak je jadi mangsa, ni dah jadi kes adik buli kakak dah ni, memang nak kena smackdown budak ni). Syazmil baru datang nak masuk…


Kakak      : Afiq, pegi mandi. Syazmil pun sama, pegi mandi. Busuk, ish.
Afiq          : Ho, gi mandi nu, Mil
Mil            : Abang Afiq pun sama. Tgk, nenek dah marah
Afiq          : Haha
Kakak      : Mende? Mil kata mende tadi, Fiq?
Syazmil    : Hahaha
Afiq          : Mil kate kakak  nenek, haha
Kakak      : Mende? Bdk ni..meh sini (mula bangun)

Dari bilik ke ruang tamu…..

Mil            : Hahaha (lari)
Kakak      : *smackdown aka geletek Syazmil* kata kakak mende tadi?
Mil            : Nenek, hahaha (ketawa lepas menahan geli)
Kakak      : Haha, oo..nenek ye…




Tengok, kalau macam ni gayanya, sape nak balik, kakak nak duduk rumah puas-puas. ^_^

Nakal! ^_^



Yang kisah adik lelaki form5 pula..ada ke patut pergi baca diari kakak dia ni ha (habis…habisla…habis terbongkar semua…haha..memang yang paling-paling rahsia dalam tu la, tak tahu la dia baca habis ke tidak). Bertuah punya adik, ambil kesempatan bila kakak duk jauh, abis gi selongkarnya buku-buku. Untung la tu dapat diari, kan sedap baca diari orang. Yang tak tahan, dia siap tulis bagi komen pula dalam tu. Sebab tu boleh tahu dia baca. Haha, sabo je la. ^_^ (oh, baru tahu budak ni minat psikologi gak, ingatkan minat-minat melukis nak architecture je *ni dia yang tulis* “adik ni seorang pakar psikologi XD tau tak?” ) Haha, sabo je la aku dengan budak ni ^_^ (yang jenis ni mmg sah kene smackdown gear 5 punya)





 



p/s: merindu…….

Merindu sahabat2 dorm =((…..dah balik dah ye semua =), suka tgk…..^_^ simpan katil satu untuk b2 ye!

Merindu sahabat2 TJ…..sungguh…=((…..UITM Puncak Alam dah balik…USIM Insya-Allah bulan 4….Matrik Gambang pun sama…..b2 tak sabar nak jumpa kalian semua!




Susah betul aku ni, duduk dekat dorm, rindu keluarga, adik2…….duduk dekat rumah, rindu dorm, sahabat2 pula…lepas ni nak beli ubat rindu..dah terkena penyakit rindu dah ni…doktor, tolong saya. Hehe..lepas tu kena tumbuk dengan doktor…mana ada ubat macam ghitu ropenye…dah,dah mengarut dah. Em, nak buat mende ye lepas ni. Hah, hehe…b2, isi masa…heheh



Dua sahabat cyber, Maryam dan Hawa dah lama habis STAM, sekarang bekerja sambilan sementara menunggu UPU.
Maryam kerja dekat bank Islam, jadi kerani. Hawa sedang mendidik mujahid2 cilik di pasti. ^_^ Maryam ada ajak pergi AQ5 ada tiket lebih selain nak buat pertemuan pertama, tak pernah jumpa lagi cuma mesej je. =)
Zahra bahagia kenal Maryam dan Hawa. *peluk* Barakallahulakuma...



Hasnah bahagia skrg...mak dia puji dia boleh masak dah, dah boleh kahwin, haha.
Siap bagi green light tu, haha. Mak kita dah sama2 bagi, jadi, apa tunggu lagi, jom Hasnah, haha. *dah mari dah otak gila-gila dia..*mesti Hasnah masak sedap! nanti bagi b2 rasa ye ^_^ bagus2, jom kita teruskan rancangan kita.Hehehe...
(mengarut je hari-hari…)
p/s : Hasnah...b2 x tau macam mana nak pendekkan post blog....em?




"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"

7 comments:

~mieyra~ said...

salam b2.
wah,akak tersenyum bc entry ni.
syum krn sdar sbnrnya hdup kte dkelilingi dgn sahabat2 yg bmacam ragam,yg mnyerikan khidupan.walau ada sstengah x skepala,x apa lah.lumrah.bukan smua org sma jln fikir dgn kite.yg pntg,cintai saudara smuanya krn Allah,bukti keimanan pada Tuhan.bersyukurlah,dn terus bersyukur.krn nikmat ksenangan dan kbhagiaan itu ujian bsar yg plg susah disedari.

hassnah said...

bitu....
first tu, mmg bnyak muhasabah diri pasal ujian kan? ye, bg kite sbndarnya bnyak ujian yg mnimpa kita. cuma, kite yg x perasan.
ada hadith Nabi mngatakan, nikmat yg selalu manusia lupa ialah masa lapang n sihat .. wah wah wah.. ! kite lah tu,, x bersyukru ja..huk3

bitu,, aii... kite agak jeles pada sahabat yg awak maksudkan di blog ni..hu3.. bertuahnya dia.. *jeles :( *

ahaha.. ade plak masok kan hasnah da pndai masak. bole kawin? aii.. privasi tu..! haha. malu ja.. orang len da lame pndai masak, kite baru je nak bising2 pndai masak.haha

eheheh.. lawak la adik2 nya. yg x tahan, siap bg komen lagi kat "nenek" dia punye diari... ehehhehe .. TERBAIK punya adik..!

kalau x de ubat rindu,, kena bawak family, kawan2 sume duduk skali ngan bitu lah. HEHE :)

bitu..... ujianmu internet masuk virus :(

Syauqatul Wardah said...

<><> Kak Mira ^_^ <><>

Waalaikumussalam w.b.t..
Alhamdulillah..b2 setuju dgn kak Mira, sahabat yg mcm2 tu lah penyeri kehidupan kita sehari-hari, mmg tak semua yang satu haluan dgn kita, tapi xpe, ukhuwah atas iman, semuanya tak mustahil. kita bersahabat, masing2 ada kelemahan,sahabat ada kelemahan, kita pun ada kekurangan, sama2 jadi pelengkap. ^_^ sama2 belajar.


andai ukhuwah kita benar2 krn iman, benar2 ikhlas krn Allah, sahabat buat jahat mcm mana pun, dia tetap sahabat. jika ukhuwah krn iman, kita xkan tinggal kan sahabat bila dia susah, takkan hanya berkawan krn sahabat tu punya harta byk, punya rupa, bijak dlm pelajaran.Semuanya sahabat, dan masing2 ada kelebihan. terima apa yang ada.


Betul ckp akak..bersyukur..=)
kdg2 bila kita punya sesuatu, kita krg rasa bersyukur, kita kurang menyedari...tapi bila sesuatu dah hilang, baru kita rasa kehilangan, baru kita rasa kepentingannya..=)


p/s: akak, sgt rindukan akak! b2 nak sgt jumpa kak Mira..mesti semakin cantik berseri kakak b2 ni, hehehe ^_^ dah lama sgt x jumpa kak Mira. tapi nak buat mcm mana, akak mula cuti, b2 masuk balik. Kalau ada peluang, pjg umur, Insya-Allah ye kak ^_^ *peluk akak!*




<><> Ustazah Hasnah! ^_^ <><>

na'am ya Ustazah..^_^
bila kita sihat, kita lupa nikmat tu, krg bersyukur, buat perkara yg x berfaedah..nikmat masa lapang pun sama, isi masa dgn perkara2 yg x membawa kebaikan utk akhirat..krn kita kurang kesedaran untuk bersyukur..bila dah sakit, dah sibuk, barulah sedar, pentingnya dua nikmat ni, mmg betullah mcm Rasulullah ckp
(b2 pun sama =(..kita kan manusia, pasti ada kekurangan, lupa dan lalai..sbb tu pentingnya peringatan ^_^)


xperlu cakap dlm blog pun, Hasnah mmg sahabat b2 yg sgt baik *peluk*
Allah saksi..ye syg? =)syukran atas segalanya...terima kasih sgt2, Hasnah byk sgt tolong b2.. *tiba2 sebak, kalaulah Hasnah betul2 jadi pergi Jordan..emm..jgn lupa b2 ye ='(( * dah..nak meleleh ha* =) moga Hasnah dpt yg terbaik, Insya-Allah, Ameen..(ambik keputusan yg betul ye! istikharah dah kan? *ait, jgn istikharah mende lain pula, haha, xde2, gurau* ^_^)


haha, apa privasi pula, hal masak2, kahwin2 tu dah jadi perkara biasa, haha *kenyit mata*
b2 excited sbnrnya, haha. ish, kalau la Hasnah kahwin pun ms short sem ni lagi la b2 excited, rasa nak ckp dkt semua *mcm b2 pula mak dia, haha* ^_^ xdela..bende baik2 mana blh sorok, kenalah ckp..(patutnya, kene ucap trima kasih dkt b2 ni, ni tgh naikkan saham Hasnah, tau x, haha)
b2 pun baru belajar, merangkak2 juga ha, kita sama2 belajar ye ^_^
kita kan ada rancangan 'baik punyaa'...hee~~


haha, bertuah punya adik. Adik b2 yg form5 tu la, rs abis sorok dh diari tu, bila dpt tau dia baca..ya Allah, malunya...((haha, ada la org tulis mende) tapi yg mmg 'terbaik' punya adik, dia x ckp mende yg b2 tulis, dia senyap je, b2 tau dia baca pun senyap2, masing2 buat x tau, haha


boleh je nak ajak, tapi yg diajak tu nak ke? hehe ^_^


Alhamdulillah, ujian dah dilepasi! ^_^ mula2 mmg sedih, tapi Ibu ingatkan, lps susah, mesti ada yg Allah nak bagi, senang lps tu. Mmg betul, skrg ni komp dh bwajah baru, window 7 dah (dulu window mende ye, xingat, tapi yg lama), dn comel je komp ni, ada antivirus pula tu. Lagi, bila komp rosak, dpt ilmu ttg virus dan komp, Alhamdulillah!
mmg betul la, setiap perancangan Allah, pasti ada hikmahnya.. =)


p/s: ohh..byknya b2 bleber..agaknya sbb nilah D-3-10 bagi gelaran 'nenda', haha. sampai adik pun ckp kakak dia 'nenek', bertuah punya budak ^_^ ait, nenda muda ni

~mieyra~ said...

b2!! akak pun rinduuu..ble la blh jmpe,bcakap dpn2 plop.jarak mmisahkan,cewah..insyaAllah ad rezeki kte blh jmp,amin2.akk bese2 je,b2 yg dh bseri2 leni agknye,hehe.xpe,sjauh mne pon,bak kate b2 ble bsaudara krn iman,smuanya akan terasa manis.=)

Syauqatul Wardah said...

tu kate kak, haha ^_^ asyik dlm ni je..
pjg umur, dgn izin Allah, Insya-Allah, kita jumpa, Ameen2 ^_^
b2 pula, haha, kak Mira la, dia kalau umur semakin bertambah semakin berseri..hee~
b2 ambik apa b2 belajar dan dpt, kak..
Insya-Allah, semua yg terkesan drpd iman adalah manis, kerana iman itu juga manis, halawatul iman..=)

Anonymous said...

time kasih b2..sebab bls msj sy tgh mlm tu.huhuhu

Syauqatul Wardah said...

la syukra 'ala wajib...
terima kasih je? xrindu saya ke ^_^

bulat syg sgt leper...*peluk*
rindu nak jumpa semua2..=(
bulan 4 ni lah semua dah balik..
Insya-Allah, kita rancang ye nak jumpa bile