Monday, June 1, 2015

Exam, you think I'm scared of you?




أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم


1) Start dari baca itu. Istighfar banyak kali. Mohon Allah mudahkan pembacaan. Biar mudah faham. Biar mudah masuk.


2) Start buka nota nak baca. Set dalam minda. Subjek itu senang sahaja. Positif. Positif. Positif. Kalau negatif, itu yang jadi cemas. Lagi-lagi bila banyak lagi tak baca dan esok dah nak exam. Kalau fikir negatif, itu yang baca susah nak masuk. Sebab awal-awal diri sendiri dah letak boundary.


3) Doa permudahkan urusan untuk sahabat-sahabat, guru-guru dan seluruh umat Islam.


4) Minta doa mak ayah. Penting sangat. Benda basic lain lagi, solat dan mengaji. Kalau tak solat dan mengaji, dan hati rasa tak tenang, maka diri sendiri tahu silapnya di mana.


5) Kalau ada notes, beri dan kongsi. Kalau ada past year paper, beri dan kongsi. Beri semuanya. Kongsi semuanya. Jangan kedekut. Jangan sombong. Semua itu bukan milik kita. Milik Allah. Ilmu dan kefahaman itu datang daripada Allah. Walau kita ada beribu bank soalan past year, dan tak nak bagi orang lain sebab takut orang lain score lagi tinggi, tetap tiada yang mustahil kalau Allah tetap nak 'tutup'. Sebab score tinggi tak terletak pada bank soalan yang beribu, tetapi kefahaman dan ingatan itu, segalanya datang daripada Allah dan dengan izin Dia. Dan kalaulah kita tahu, makin kita beri, makin Allah bagi. Kalaulah kita tahu.


6) Sentiasa berada dalam surrounding yang positif. Kawan-kawan yang positif. Kalau tak ada, biar diri sendiri bina 'positive bubble' dan bertapa dalam tu.


7) Usaha sungguh-sungguh. Ikut cara kita belajar. Jangan ikut cara orang lain. Study betul-betul sampai kita sendiri puas. Study sungguh-sungguh sampai kucing pun terpesona.


8) Jangan tengok orang lain. Biarlah orang lain banyak main kalau dengan main itu boleh buat dia score tinggi. Kita ini, kalau tahu makin banyak main, makin ke laut, maka janganlah banyak main-main. Baca betul-betul. Biar ke darat.


9) Bila nak exam, berhenti fikir tentang result. Fokus kepada usaha. Biarlah result nak A, B, C, D atau E sekalipun. "Ada aku kisah". Asal sekarang kita tahu awal-awal letak usaha sungguh-sungguh. Lepas usaha sungguh-sungguh, baru boleh tawakkal. Bila kita betul-betul tawakkal, baru kita akan terima segala apa yang Allah beri. Baik yang menyenangkan atau yang sebaliknya. Yang pada hakikat sebenarnya adalah semuanya baik untuk kita. Dan walaupun nanti, bila score tak ada seindah impian, kita tetap akan mampu untuk terima sebab dah tahu kita dah usaha sangat-sangat. Tidak ada istilah penyesalan.


10) Study jangan sampai tak pedulikan orang sekeliling. Jangan sampai orang menjerit minta tolong sampai bergegar satu mahallah sebab dikejar kera, kita tak buat apa-apa dan tak nak buat apa-apa melainkan hanya nak baca nota. Ibaratnya bahawa aku seorang yang exam dalam CAC nanti. Ait. Usah begitu. Mak tak ajar. Ilmu buahnya adalah akhlak.


11) Study jangan sampai tak makan. Study jangan sampai tak rehat. Itu bukan study. Itu mendera diri namanya.


12) Ambil masa untuk muhasabah diri. Kalau dapat Dean's List tetapi tetap tak solat, tak puasa, tak baca Al-Quran, cakap selalu suka mencarut, akhlak tak berubah, tak hormat mak ayah, tak hormat lecturer, bercakap selalu sombong, hati selalu dengki dekat orang lain, biar seratus Dean's List tertera dalam sijil, tak ada bawa apa-apa makna. The main point is, kita sendiri define, apa itu erti kejayaan yang sebenarnya. Kalau boleh, kita nak dua-dua. Dunia akhirat.


Happy study. Happy final!


1 comment:

cik bunga said...

musim exam ni kena banyak tajdid niat la huhu. btw, jzkk for the tips ukt! sila doakan ana diberi hati yang tenang. (:

mind to visit my belog,
http://bungamerahpurple.blogspot.com/2015/06/di-mana-jodoh-ku.html#