Friday, December 26, 2014

Semangat Buat Anak-Anak Pantai Timur



أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم



Hajar, sahabat tersayang memberi pesanan melalui 'whatsapp'.
Katanya mohon doa buat dirinya.
Saat tidak terdaya untuk mengulangkaji pelajaran buat matapelajaran Political Science.


Kini, negeri-negeri Pantai Timur ditimpa musibah banjir.
Saat kini, pelajar-pelajar universiti sedang menghadapi final exam.
Sedih melihatkan sahabat-sahabat yang tidak mampu untuk fokus exam.
Mengenangkan nasib keluarga yang jauh di kampung.


Tabah, duhai sahabat.
Dan ini yang mampu untuk kucoretkan.
Atas keprihatinan dan sayangku sebagai seorang sahabat.


Mungkin tidak banyak.
Cuma harapanku, mampu untuk sedikit menennagkan hatimu yang gundah.


:'( *hug*



Sedih sangat bila lihat ada sahabat yang tidak dapat fokus nak study.


Rumah dimasuki air. Hampir tenggelam.
Lost contact dengan keluarga.
Sedangkan esok sudah mahu exam.


Mengalir sahaja air mata kerisauan. 


Awak tak boleh paksa diri awak untuk study dalam keadaan tak tenang.
Study macam mana pun, tak dapat untuk fokus dan masuk sepenuhnya.


1) Yang pertama. Belajar tenangkan diri sendiri dahulu.


Tutup semua buku. Jangan paksa diri. Kasihani diri sendiri.
Ambil waktu untuk berehat dan jangan terlalu fikirkan exam.


Pejam mata. Tarik nafas. Monolog dengan Allah.
Doa moga segalanya selamat dan dipermudahkan.


Rasakan Dia Yang Maha Kuasa.
Istighfar. Mohon ampun atas dosa-dosa.
Rasakan segala yang berlaku berada dalam kekuasaan-Nya.
Rasakan.

Baik yang mustahil dan tiada mustahil jua segalanya dalam kuasa Allah.
Serahkan mak, ayah, adik-beradik, dan segalanya dalam jagaan Allah.
Serahkan. Serahkan. Serahkan.


Baca Al-Quran. Ambil wuduk. Solat.


2) Kalau tak mampu nak tenang lagi, cari sahabat yang boleh mendengar dan menenangkan hati dengan kata-kata semangat.


3) Betulkan niat study. Sememangnya study hanya kerana exam akan menyakitkan. Kita perlu score exam dan dalam pada masa yang sama, kita juga harus tahu kenapa sebenarnya kita mahu study. Kita mahu faham dan manfaatkan ilmu ini.


Nanti besar-besar boleh jadi perancang bandar yang berjaya.
Nanti besar-besar boleh manfaatkan ilmu untuk sebarkan awareness tentang alam sekitar.
Dan juga jadi Perdana Menteri yang cakna rakyat.


4) Kalau tak tahu arah sangat, buka soalan past year dan jawab berdasarkan notes. Biasanya diri akan gelabah apabila langsung tidak ada input daripada apa yang dibaca. Sekurangnya, apabila jawab soalan, sudah ada bayangan tentang soalan dan dapat recall isi-isi. Bila dah tenang sikit, lihat mind map overall dan pecahan tajuk. Perlahan-lahan fahamkan isi-isi kecil. Buat satu-satu. Baca dengan tenang.


5) Sambil study, sambil bawa ingatan. Kita faham bukan atas usaha hafalan kita semata. Kita dapat faham apabila Allah mahu fahamkan kita dan berikan ilmu Dia. Dapat jawab exam juga atas pertolongan Dia. Kalau Allah tak izin, mahu angkat jari pegang pen juga tidak mampu. Doa mohon Allah bagi kekuatan untuk fokus.


6) Ingat pesanan mak dan ayah. Walaupun tak dapat tolong mereka di sana secara zahir, tolong diri sendiri dengan belajar dan usaha sehabis baik di sini untuk banggakan mereka. Kerana doa mereka selalu tak putus buat kita anak-anaknya.


Tabah ya 





No comments: