Warkah dari Pantai Timur.
Surat daripada mak.
Buat anak mak di perantauan.
Assalamualaikum anak mak yang mak sayang.
Apa khabar kamu di sana, sayang. Warkah ini mak kirimkan buatmu, anakku. Walau kita jauh, hati seorang ibu itu selalu tahu apa yang ada di dalam hatimu. Sebagaimana kebimbangan mengisi hatimu, begitu jua mak di sini.
Anak mak yang mak sayang.
Mak tahu kamu di sana risaukan mak dan ayah di sini. Mak tahu kamu di sana bimbangkan makan minum mak dan ayah di sini. Mak tahu kamu di sana tidak senang duduk memikirkan kami di sini. Apatah lagi saat kita tidak mampu lagi untuk berhubung.
Anak mak yang mak sayang,
Kamu ingat waktu kamu kecil-kecil dahulu? Betapa begitu payah kamu dalam belajar untuk bertatih dan berjalan. Kamu jalan sedikit sahaja, kamu sudah mahu jatuh. Dan mak tetap berada di tepi untuk sentiasa menyambutmu. Mak tidak mahu untuk kamu terluka walau sedikit. Biarlah kamu belajar dalam penuh rasa kegembiraan.
Dan sampai waktunya kamu sudah boleh untuk membawa diri sendiri. Mak bangga dengan kamu. Mak bangga kerana kamu tidak pernah untuk tahu erti putus asa dalam meneruskan kehidupan. Saat itu juga, kamulah sumber kekuatan mak. Kamu berjuang untuk satu kehidupan. Dan mak juga mahu bersama-sama kamu.
Katakanlah anakku. Andai kamu bilang kamu takut akan sebuah kehilangan. Kamu harus selalu untuk tahu, sayang. Kehilangan itu tiada terjadi hanya kerana bencana. Saat tiba masanya, berada di dalam sebuah rumah yang tersergam indah bersama bentengan yang kukuh jua tidak dapat menolak takdir Ilahi andai tiba masanya untuk pergi.
Anak mak yang mak sayang,
Mak tidak ajar untuk kamu mempunyai perasaan tanpa pergantungan terhadap Allah.
Mak mahu kamu pegang dalam kehidupan.
Kita tidak mampu untuk hidup tanpa Dia.
Mak mahu kamu seorang anak mak yang selalu berharap dan bergantung kepada-Nya.
Bukan terhadap selain daripada-Nya
Anak mak yang mak sayang,
Mak mahu kamu fokus terhadap tanggungjawab kamu di sana. Kerana mak mahu kamu tahu, mak dan ayah di sini juga berjuang. Kami tidak mudah lemah dengan hanya berdiam diri dan menangis. Mak harap anak mak di sana jua begitu. Bina hati yang kuat, sayang. Kerana hati seorang mukmin itu, saat kesenangan mahupun kesusahan yang datang menerpa, hatinya selalu disapa ketenangan dan pergantungan harapan hanya kepada Dia.
Mak tidak mahu anak mak begitu mudah untuk menyerah. Mak tidak ajar untuk anak mak begitu menyerah kepada takdir. Mak mahu anak mak kuat dalam menempuh dugaan hidup.
Anak mak yang mak sayang,
Ini sekalian ujian daripada ujian-ujian dalam kehidupan. Muhasabah diri kita, sayang. Kerana kita manusia biasa tiada terlepas daripada melakukan dosa. Dan kerana ujian itu tidak pernah untuk menjauhkan diri kita daripada Pencipta, malah untuk mendekatkan diri kepada-Nya.
Anak mak yang mak sayang,
Bukan kerisauan kamu semata-mata yang akan membanggakan mak.
Apa yang mak banggakan adalah saat mak tahu bahawa anak mak selalu mengingati pesanan mak dalam kehidupan dan agama. Moga kamu sentiasa anak mak yang soleh dan solehah walau jauh dari pandangan mata mak.
Doakan mak dan ayah di sini.
Kerana kami sesaat tidak pernah mahu untuk lupa mendoakan kebaikan dan kejayaan buatmu.
Dengan izin Allah, kita akan bertemu nantinya.
Jaga diri, sayang.
Warkah daripada hati mak buat kamu.
Kamu, anak mak yang mak sayangi selamanya.
2 comments:
Semoga Allah merahmati hidup mereka dan menempatkan mereka di akhirat bersama para solihin.
Hello, Do you need a loan from The most trusted and reliable company
in the world? if yes then contact us now for we offer loan to all
categories of seekers be it companies or for staff usage. We offer
loan at 3% interest rate, Contact us via email:
singaporeinbrunei@gmail.com
(1) Full Name
(2) Full Address
(3) Country
(4) Age
(5) Occupation
(6) Tell phone number
(7) Sex:
(8) Loan Amount needed:
(9) Loan Duration
Email us at: singaporeinbrunei@gmail.com
Post a Comment