Tuesday, October 7, 2014

Komik untuk Pendidikan


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم



Mengikut kepada pengalaman sendiri, maka sebagai seorang anak, amat bersetuju.

Ibu tak pernah halang untuk beli apa jua buku. Untuk buku dan makanan, ibu tak akan berkira. Ibu akan tapis mana yang baik dan bagi. Biarkan anak teroka sendiri.

Sekarang di dalam rak di bilik, penuh dengan koleksi komik dari sekolah rendah. Disimpan dan dijaga elok-elok sampai sekarang. Untuk adik-adik pula baca. Komik Doraemon, komik Detective Conan, komik Shin Chan, komik Anak-Anak Sidek.

Bila cakap komik membantu imaginasi. Mengikut pengalaman sebagai seorang anak, maka amatlah bersetuju.

Bila baca komik Doraemon. Imaginasi bertambah. Terkadang terasa melompat keluar daripada kotak. Terkadang terasa nak cipta rekaan terbaru yang canggih lebih daripada Doraemon ada.

Bila lihat karakter. Suka nak jadi macam Doraemon yang suka tolong orang. Dan tak nak jadi macam Nobita yang malas belajar. Dan tak nak jadi macam Giant yang suka buli orang. Dan tak nak jadi macam Suneo yang suka show off dengan kekayaan dia. Dan nak jadi comel macam Sizuka. Dan nak ada pakwe yang hensem macam Sizuka ada.

Gurau je.

Dulu-dulu suka baca komik Doraemon dekat adik. Buat banyak-banyak suara. Tiru suara Doraemon. Suara Nobita lain pula. Suara Giant buat suara garau. Suara Sizuka suara comel-comel. Suara Suneo suara berdengung. Sampai satu masa, timbul minat dalam dubbing. Tahu dubbing? Yang alih suara dalam animasi dan kartun itu.

Bila baca komik Detective Conan pula, dari situ minat timbul untuk jadi detektif juga. Dari situ minda mula untuk berfikir dan berkembang secara kritis. Dan tanya macam-macam. Nak jadi bijak dan pandai macam Detective Conan juga untuk selesaikan kes. Terasa juga dari sini, minat akan psikologi itu mula tumbuh dari benih yang mahu mula bercambah.

Dulu bukan main sayang buku-buku. Susun kemas-kemas ikut volume. Kalau adik nak baca, harus cakap pada kakak dulu. Dan ambil elok-elok. Jangan sepahkan. Kakak dah penat susun. Kerut-kerut kening. Jangan main-main dengan kakak. Very systematic, you.

Dulu beli juga buku-buku yang nipis-nipis kisah-kisah tauladan. Banyaknya tentang haiwan. Ada juga kisah Pak Pandir. Ada juga beli buku-buku Princess. Bukan main semangat jaga. Sampai buat list atas kertas macam di library. List buku-buku yang ada di rak. Sampai sekarang terfikir, rajinnya waktu kanak-kanak dulu jenuh duduk menulis dan menyusun buku-buku yang ada. Minda budak kecil. Tulus dan ikhlas.

Dalam pada masa yang sama, beli juga novel-novel remaja yang islamik. Banyaknya keluaran PTS. Waktu sekolah menengah banyaknya baca buku begitulah. Novel-novel jiwang tebal-tebal itu langsung tak minat sangat walaupun suka sahaja lagu jiwang rock kapak Exist dan Arrow.

Bila baca buku begini, banyak sangat tambah ilmu. Dan menyeronokkan. Buku-buku yang banyak berkisar tentang persahabatan. Bila sebut remaja, pasti ada juga menyentuh kisah percintaan tetapi yang ringan sahaja. Memberi gambaran bagaimana kehidupan seorang remaja itu. Dan dari situ, minda belajar untuk menapis banyak perkara.

Dulu-dulu suka juga beli buku Gempak dan Starz. Dari situ kenal anime. Suka tengok lukisan yang cantik-cantik. Dari situ mula cuba-cuba nak melukis lebih lagi. Dulu-dulu waktu zaman kecil, kepala tak berapa nak tsiqah sangat, lukis kartun-kartun yang pakai skirt dan berambut panjang. Bila dah makin besar, pandai untuk menapis lagi, sekarang bila nak melukis, pastikan ikut syariah compliance punya. Kartun harus tutup aurat dan buat komik dengan nilai-nilai islami dan akhlak yang baik.

Pernah jugalah terfikir nak buat komik yang bersilibuskan pendidikan. Untuk seronok budak-budak sekolah baca. Dan tarik minat mereka untuk belajar.

Sebab sekarang bila tengok budak sekolah pergi sekolah, terasa sebagai suatu syarat sahaja. Pergi sekolah, balik rumah. Pergi sekolah, balik rumah. Tetapi progressnya, mungkin berkesan kepada segelintir sahaja. Entahlah kerana zaman teknologi yang makin membangun atau ada silapnya di mana-mana.

Bukan bercakap kosong.
Ini juga menjadi topik hampir setiap hari bersama ibu yang menjadi cikgu sekolah rendah.

Pendidikan sekarang.
Merisaukan.

Termenung jauh balik.

Dan bila masuk UIA ambil kos Bahasa Arab inilah mula nak mengenal nama kitab-kitab pun. Dan sekarang minat itu makin memekar untuk membaca genre baru pula.

Begitulah.
Membesar melalui pengalaman.
Belajar melalui pengalaman.

Dan akan terus belajar.


No comments: