Thursday, August 21, 2014

Diary: First Day of Being a Facilitator for Arabic Week



أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم



[Dedicated more to real teachers-to-be. With love and care. Moga ada manfaatnya]


Dear Diary.


Hari ini hari pertama saya jadi faci untuk adik-adik form 1 sempena minggu Bahasa Arab.
Untuk Program Hayya Bil 'Arabiyyah.
Dan rasa sangat gembiraa. Tak sabar pun adaa.
I'm going to meet kids yang comel-comel.
Form 1 itu kecil lagi bagi diri.
Hatta form 5 pun. Sebab saya sekarang kan dah 22 tahun.
Jadi bila dah besar, diri sendiri tahu yang pemikiran form 5 itu ada lagi yang tak tercapai di akal. Hee.


Tumpang budak comotcomey Aqilah pergi sekali.
Budak comotcomey Syahirah yang dah sampai dahulu bahagikan kertas yang Ustazah Akma kirim.






Kertas pembahagian nama faci dan kelas.
Tengoklah kertas tu kan. 
20hb - 1 Al-Furqan
27hb - 1 Al-Kauthar


Oh, patutnya 3 kali. Tetapi ustazah dah hazaf (buang) yang 21hb.
Kiranya 2 hari sahaja.


Hari ini 1 Furqan.
1 Furqan? Bukan ke.. kelas ni...


"Adik, 1 Furqan ni kelas nombor berapa ya?"
"Nombor 1"

Yeah. That's it. 
Mata masih pada kertas.


Dear Diary.
Saya diberi tanggungjawab mengajar budak-budak bijak. 
Dan, Im' like... what?

Kerana berbeza daripada expectation.


'What?' yang terkejut tenang.
Terkejut sebab lain daripada apa yang dijangka. Tenang sebab..it's okay, i'm gonna try it. Bismillah.
Sebab dalam minda ni, memang prepare nak mengajar budak-budak kelas belakang.
Sebab.. saya somewhat suka layan budak-budak yang riuh rendah ni.
Sebab.. bolehlah nak membebel banyak sikit. Hehe.


Dan sebab.. saya tahu, budak-budak zaman sekarang perlukan motivasi dalaman instead of belajar, belajar dan belajar. Mereka nak juga ada orang yang boleh buka minda mereka. Mereka nak juga ada orang yang boleh faham apa kehendak mereka dalam belajar. Dan saya tahu yang saya capable untuk itu. Sebab itu saya mahu mengajar kelas-kelas belakang. Kalau kelas depan, saya tahu ada orang lain yang boleh handle mereka dengan lebih baik. Mereka tak banyak karenah. Dan saya. Saya memang nak cari budak yang banyak karenah. Untuk di'basuh'.






Usah pernah bezakan mereka.


Dear Diary.
Satu yang saya perhatikan.


Budak-budak kategori kelas depan. Karakternya. Pastinya orang pandang bijak, jadi harapan sekolah, pendiam, pemalu, tak banyak cakap, respon slow-slow beradab. Dan memang bagus tip-top. Dan memang tak dapat nak cakap apa. Diri sendiri pun hidup dalam kelompok begini waktu sekolah dahulu. Dan bila ingat diri sendiri dahulu pun, punyalah pemalu dan pendiam sangat. Tetapi otak bergerak. Berfikir. Jadi bila nak kenal adik-adik ini, bila saya sekarang dapat adik-adik yang ini, saya cuba dulu selami dan bayangkan bagaimana keadaan dulu waktu dalam kelas. Mesti suasananya macam itulah. Macam itu maksudnya, macam baik dan senyap. Tak ada riuh-rendah.


Kertas itu masih dalam renungan.


Kalau budak-budak kategori kelas belakang. Bukan tak baik, mestilah baik cuma karakternya lain. Kebiasaannya bising, banyak mulut, respon memang tahap ceria ke langit, dan adab itu, mungkin tak ada yang cukup mengajar mereka lagi.


Orang selalu cakap budak kelas belakang selalunya orang letak harapan yang tipis untuk berjaya. Lihat sahajalah, kalau buat kem, ada yang sampai kem untuk budak-budak kelas depan sahaja. Kecik hati tau budak-budak. Kenapa sampai nak diskriminasi macam tu. Mereka pun nak berjaya juga. Sobs. 


Orang selalu pandang budak kelas belakang selalu kalah dalam akademik. Kategori kelas mundur. Inilah budak-budak yang memang tak ada list jadi harapan sekolah. Saya sedih.

Sebab.. no! Mereka mungkin kelihatan lemah dalam akademik. Tetapi saya yakin sangat mereka ada kelebihan yang budak-budak kelas depan tak ada.


Bagi saya. Memang saya tak bezakan kelas mana. Yang saya bezakan adalah cara untuk approach. Untuk boost mereka punya potensi. Mereka ada potensi yang berbeza. Mungkin ada yang dah terserlah waktu sekolah. Dan mungkin ada yang akan terserlah hanya bila dah keluar sekolah.


Yang penting. Usah pernah bezakan anak-anak didik.
Mereka ada potensi yang berlainan.
Layan mereka dengan adil mengikut cara yang mereka perlu.
Dan satu yang saya selalu pegang, walau seteruk mana seorang kanak-kanak itu, tetap pasti yang dia tetap ada sinar masa hadapan yang cerah. 
Seorang guru. Harus selalu berfikir secara positif.






Saya mula masuk ke dalam kelas. Baru ada 2 orang murid.
Letak beg. Cewah, buat gaya macam cikgu nak masuk mengajar la kan. Hee.
Borak-borak kejap dengan budak-budak.
Dan masih menunggu yang lain untuk masuk kelas.
Adik-adik tak habis masuk lagi. Sebab baru lepas solat Zuhur.
Kelas start pukul 2 petang sampai pukul 4 petang.
Tak tahulah nak anggap budak-budak ke adik-adik. Kalau adik-adik, rasa macam kita kakak. Kalau budak-budak rasa macam kita ustazah, dah besar sikit. Hehe.


Lihat senarai nama. Saya mula divide group cepat-cepat untuk aktiviti outdoor nanti.
Harus mengajar selama 2 jam. Dan masa itu terlalulah singkattt.
Sebab setiap satu kelas diperuntukkan masa selama 2 jam sahaja. Dan habis. Hari lain kelas lain pula.
Jadi setiap faci perlu pandai mainkan peranan.
Kalau betul-betul nak capai objektif.


Hari tu, pergi taklimat sebagai persediaan faci. Ustazah minta setiap faci ambil buku cerita dari rak Bahasa Arab untuk distribute pada budak-budak. Ustazah kata kena guna juga buku itu.


Objektif.
Nak tarik minat murid belajar Bahasa Arab.
Nak ajar budak-budak minat kamus.
Dan perkenalkan ruangan bacaan Bahasa Arab kepada kanak-kanak.


Baca buku cerita untuk adik-adik. Dan.... minta mereka cari makna dalam buku? Hm.


Sambil sedang menunggu adik-adik masuk lagi. Tiba-tiba nampak Ustazah Akma lalu tepi kelas. Cepat-cepat keluar kelas dan salam Ustazah.
"Ustazah, tak apa tak ya kalau saya nak guna modul saya sendiri, tak guna buku cerita?"

"Oh ya ka. Ikut pandai awaklah" Ustazah senyum.


"Terima kasih Ustazah" Hati mula berbunga. Alhamdulillah. 




Penyediaan bahan untuk aktiviti outdoor menggunakan kertas mahjong



Sebab awal-awal datang tadi, kata Aqilah nanti akan ada pemantau. Bimbanglah kan, takut memang harus guna buku-buku tu ke. Sebab sekolah memang nak luaskan bacaan Bahasa Arab dan pemantau nak tengok ke. Kan nanti tak guna kan, habis reputasi sekolah.


Waa. Dengan senang hatinya tinggalkan sahaja buku-buku tu dekat rumah. Dan bawa apa yang diri sendiri dah rancang nak ajar.


Sebab diri sendiri pasti sangat yang budak-budak not gonna like that wayyy. Mereka akan cakap bosan.

And I have my own stand. And I'll go for it.


"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh"

"Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh"

"Ada orang tak ni..~ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh"

Lepas tu baru jawab kuat. Selalunya begitulah.



"Haa, macam tu lah. Akak perkenalkan diri akak dulu ya. Nama akak Rabiatul Fatimah Azzahra binti Rashid. Boleh panggil kak Rabiatul. *senyap sekejap* Kalau nak panggil Siti Nurhaliza pun boleh juga"


Mereka tersenyum dan gelak sipu. Yeahh, itu gaya budak kelas depan. Gelak-gelak sendiri sahaja. Kalau budak kelas belakang, mesti dah riuh rendah dah cakap macam tu.



Saya sebenarnya dah biasa mendekati budak-budak yang kebanyakannya kelas-kelas belakang. Dan lebih cenderung untuk jadi seorang guru yang lebih ceria dan sporting. Suka buat humour dan lebih main-main. Tetapi... untuk kelas yang budaknya bijak...waktu itu.. saya mula rasa yang.. something is not right.


Meminta mereka menyalin dahulu kaedah buat ayat "Aaron Aziz makan epal" di papan putih.
Berjalan ke belakang. 
Memerhatikan setiap satu daripada mereka.
Tekun. Dengar kata. 
Tak ada bunyi bising.


No, Rabiatul. Use different approach.
They are smart students. Not second last class.
You can do better. Go go.


Budak-budak bijak biasanya cepat faham. Kepala mudah nampak terangguk-angguk.
Dan mudah dikawal.
Apabila disuruh menulis, mereka tulis. Apabila mahu ketawa, senyum sipu-sipu malu.
Mahu respon juga malu-malu.

Waktu itu saya seolah dapat bezakan mereka.


Budak-budak kelas belakang yang banyak bermain, mereka lebih tertarik dengan sesuatu yang menyeronokkan. Guru perlu gunakan pendekatan yang lebih kreatif untuk tarik minat mereka. Mereka juga mudah ketawa dan menghiburkan. Perangai kadang-kadang agak nakal.. tetapi biasalah budak-budak. Dan itu yang adventurenya. Untuk mendidik mereka dan melihat mereka berubah dalam nilai diri dan akademik serta bergerak ke hadapan. 


Tetapi budak bijak. Harus guna intellectual approach + intellectual humour. Mereka juga sukakan keseronakan dan humour tetapi bukan standard humour yang rendah. Tetapi.. layan mereka seperti standard pemikiran mereka. Yang lebih intellect. Dan mereka tak mudah meluahkan apa yang mereka rasa. Kerana mereka ratanya lebih pendiam. Tetapi guru sendiri yang harus mainkan peranan. Memahami keperluan intelek mereka.


Waktu mengajar.
Diri sendiri tak suka untuk panggil nama dan memaksa mereka untuk memberikan jawapan.
Mereka akan rasa yang kelas tidak begitu santai dan belajar hanya penuh ketegangan dalam kepala.
Saya lebih suka bersama-sama dan membuatkan mereka seronok dalam belajar.
Kalau mahu approach, saya sendiri yang mengesan muka-muka yang tidak faham.
Dan menggunakan pendekatan yang lembut menghampiri mereka sendiri.
Supaya mereka perlahan-lahan bersuara dan tidak takut.


Itu cara saya.
Lain guru lain pendekatan.


Lampiran bacaan: 
6 Kelebihan Ajar Budak Kelas Belakang
Kehebatan Murid Kelas Belakang







Dah pukul 3. 

"Okay, dah pukul 3. Jom kita main dekat luar"


Serentak sahaja cakap macam tu, terus kerusi berbunyi dan muka mereka segar. Tersenyum seronok.


Budak-budak. Bijak mana pun. Suka untuk main-main. Cuma permainan yang bagaimana membezakan mereka.


Solihin tolong pegang kertas mahjong yang dibeli adik Afiq. Adik Afiq tolong beli dan letak di kelas KKQ. Adik Afiq murid f4 sekolah SMKADHA juga. Tadi keluar kelas sekejap dan ambil. Thank you my little handsome boy!


"Ada orang lah dekat Darul Hikmah. Kita nak buat dekat mana ea"
"Dekat Darul Ilmi, ustazah"
"Jauh tak?"
"Okay je, hee"


Pelajar lelaki bergerak terlebih dahulu. Dan diri bergerak seiring bersama pelajar perempuan.



Wah, angin bertiup bila sampai sahaja di Darul Ilmi.


Mula bahagikan kertas mahjong. Saya dah siapkan beberapa lukisan dan dibahagikan untuk setiap kumpulan. Dan setiap kumpulan harus bina ayat mengikut apa yang diajar dalam kelas tadi.



Waktu ni santai-santai dah sikit. Cakap dekat adik-adik tak payah siapkan sekarang pun tak apa. Nak siapkan dekat asrama pun boleh.


[kiri] Aznira. Dia dan Huda agaknya yang lebih suka bercakap. Peramah.
[kanan] Iffah. Kelihatan yang paling matang berbanding yang lain. Agak pendiam tetapi suka memerhati. Bersuara bila perlu.

seronoklah dia main kaler-kaler

[kiri] Jannah. [kanan] Aina.
Dua-dua budak bijak dan comel. Bila tanya siapa yang dah boleh ingat tasrif, mereka berdua yang boleh hafaz. Dah agak sebab biasanya perempuan yang suka menghafaz. Dan dalam kelas tadi, ajar sikit cara menghafaz tasrif dengan nyanyian.

Culik adik Afiq punya pensil warna. Salotape semua pun minta dengan ibu. Haha.


[dari kiri] Izzuddin, Hamizan, Solihin, Azzamuddin, Aslam, Faruqi.
Mudah nak detect karakter lelaki. Agaknya sebab adik-adik sendiri ramai lelaki.
Izzuddin nampak lebih relak dan matang.
Hamizan nampak macam budak baik dan beradab. Dia paling pandai dalam kalangan lelaki.
Solihin pula paling pendiam dan muka lebih kurang tiada riak tetapi belajar semangat.
Azzamuddin antara dua, kejap bercakap kejap diam tetapi suka senyum dan sengih.
Aslam suka berfikir dan bertanya. Akan tanya sampai orang jawab dan dia faham. Bagus betul.
Faruqi ini gayanya style lelaki idaman Malaya sikit. Paling handsome, cool. Nampak pendiam tetapi tahu minda dia berfikir banyak benda. Banyak pendam.
 


Waktu ini duk berborak dengan mereka.
Ayat kucing minum air okayla.
Ada juga yang buat ayat kucing main air.
haha, awak sangat comel!
Ikut pandai awaklah, asal awak seronok dan boleh main-main


Macam ini gaya orang lelaki. Gaya budak perempuan warna lain sikit, hehe.
Tak cukup peralatan. Bagi highlight je untuk budak-budak lelaki.



Sesi bersama murid-murid perempuan.



“Awak nak pergi koop ke nak beli makanan, pergilah beli. Nak baring dan tidur ke sekejap. Baring sahajalah”


Adik-adik gelak bila dengar tidur pun boleh.


Bercerita dengan mereka bahawa diri juga dahulunya pelajar SMK Agama Dato’ Haji Abbas yang dahulunya dikenali dengan nama SMK Agama Tok Jiring. Batch 2009. Dan sekarang 2014. Sudah 5 tahun berlalu. Sekejap sahaja masa.


“Ustazah, best tak sekolah ni?”
“Bestt”
“Ha, best?” mereka berpandangan sesame sendiri.


Saya mengesan sesuatu yang tidak kena.


“Kenapa?”


“Kelas Furqan semua kena duduk asrama, kak” Mereka pening mahu panggil ustazah atau akak sahaja. Guru membahasakan diri sebagai akak, tetapi mereka lebih selesa dengan ustazah. Sebenarnya diri sendiri juga selesa dengan panggilan ustazah. Kelihatan seperti mereka anak-anak kecil sahaja. Tetapi memandangkan jadi faci cuma sebentar maka memilih panggilan akak mungkin sudah cukup.


“Oh, tak best ea?” Oh, kelas Furqan. Kelas paling bijak. Harusnya sekolah nak jaga mereka betul-betul hingga diwajibkan duduk di asrama. Saya secara peribadi seolah tidak bersetuju dengan tindakan itu. Kerana.. em, nak berjaya bukan semestinya harus tinggal di sekolah. Mereka perlu dijaga mengikut keperluan mereka.


Ada yang menggeleng perlahan tanda tidak seronok. Namun segalanya cuma dalam hati sahaja. Tidak diluahkan. Biasanya pelajar yang sebegini pendiam dan lembut. Senyum sahaja. Kepala juga menunduk dan memerhati dalam diam. Itu Jannah. Saya seolah melihat diri saya dalam dirinya sewaktu zaman persekolahan dahulu.



Ada juga yang pantas memberitahu seronok. Itu pelajar yang lebih aktif bercakap. Dan suka bertanyakan saya soalan. Itu Huda. Kelihatannya seolah dia ketua di situ. Memandangkan dia lebih aktif bersuara berbanding yang lain.


"Seronok tak belajar?"
"Em, tension kak belajar. Banyak kena hafal" luah mereka.


Cara nak approach pelajar perempuan.
Dengan mendengar luahan mereka. Terkadang mereka bukan selalu suka berbicara mengenai pelajaran. Perlu disentuh jua tentang kehidupan, apa yang mereka rasa.


Ya. Dekati perempuan dengan memahami apa yang mereka rasa.


Bila bertanya tentang perasaan mereka. 
Mereka akan mula bercakap banyak.



"Children want the same things we want. 

To laugh, to be challenged, to be entertained, and delighted."

~ Dr. Seuss



Sesi bersama murid-murid lelaki


"Ustazah, kalau la'iba ni kita tulis yal'abu boleh tak. Dan kalau kita...." Aslam bertanya dengan begitu aktif sekali. Budaknya kecil sahaja. Comel dengan mulut pot pet nya itu.


Saya mula ambil kertas dan conteng banyak-banyak. Lelaki biasanya visual. Belajar dengan melihat.


Gaya pembelajaran setiap orang lain-lain.


Ada visual. Dengan melihat.
Ada auditori. Dengan mendengar.
Ada kinestatik. Dengan bergerak dan melakukan sesuatu aktiviti.


Saya cuba gabungkan ketiga-tiga kaedah ini dalam pengajaran.
Visual dengan melukis di papan putih tadi. Banyak-banyak gambar.
Auditori dengan bercakap, bercerita dan teknik hafalan dengan nyanyian.
Dan di lapangan sekarang, kinestatik. Dengan melakukan sesuatu yang menyeronokkan menggunakan daya kreatif serta hands on.


Lampiran bacaan : Model Gaya Pembelajaran VAK


Kadang-kadang membebel.
“Awak kalau dapat A, A, A, A tetapi malas solat, malas mengaji, couple tak ke mana. Lebih baik E, D, E, D tetapi rajin solat, rajin mengaji, tak couple. Ini lebih bagus” Bercakap sambil menconteng kertas.


Sambung lagi. Kali ini pandang muka mereka.
“Awak ni, tak jadi mengajar dah ustazah. Ha, yang ini, kalau nak ingat, selalu guna hari-hari. Anta Azzamuddin. Antuma Azzamuddin wa Izzuddin. Antum, Hamizan, Azzamuddin wa Aslam. Baru kita boleh ingat. Kalau perempuan pula… ha nak guna nama siapa?”


Mereka senyum malu.


“Bila sebut perempuan sahaja, mesti ingat girlfriend. Ingatlah mak. Orang lelaki, dah besar dah kahwin nanti pun, mak no 1 tau”


"Hoo tahu muu, hehe.." saling menolak bahu rakan secara perlahan.
Tersenyum sahaja melihat gelagat mereka.



Namun dalam pada itu.
Mereka angguk-angguk dan mendengar dengan serius.



"Everyone wants to ride with you in the limo, but what you want is someone who will take the bus with you when the limo breaks down."
- Oprah Winfrey



"Ustazah dulu macam awak juga, tak faham macam mana nak belajar Bahasa Arab. Dulu siap dengar dan tulis satu-satu yang ustazah dalam kelas translate. Tetapi sekarang Alhamdulillah, bila mengaji, dah bolehlah juga nak faham makna"
 

“Faruqi, ustazah.... dia hafal 1 juzuk dah”

“Hehe, mana ada, mu la”


Budak-budak lelaki kelas bijak, bergurau gaya bijak juga. Saya tersenyum sahaja melihat mereka.


Lelaki, tak mudah meluah perasaan. Tetapi berikan mereka dorongan untuk mereka mencapai kejayaaan. Lelaki mementingkan pencapaian dan prestasi diri.


Saya menconteng di atas kertas. Mula mengajar Bahasa Arab pula. Saya memberi kaedah yang mudah untuk mereka menghafaz.


Sudah kelihatan riak wajah mereka yang terkejut dan mengetap bibir seolah mengatakan dalam diam... oh, begitu. ya, ustazah, saya dah betul-betul dapat!

Pelajar bijak tak mudah meluah apa yang mereka rasa. Lihat riak wajah dan tindakan mereka. Bahasa badan mereka. Mereka berbicara sebenarnya.


"Ustazah tahu, kalau bab hafalan memang perempuan dapat. Kalau lelaki, awak mana suka menghafal kan. Awak lebih suka benda ringkas macam ini kan"
Faruqi dari tadi mengangguk-angguk sahaja tetapi matanya berbicara.. ya, ustazah, betul sangat tu!


"Betul tu, ustazah.." Izzuddin bersuara. Hanya ada 2 orang murid sahaja yang berjaya skor A dalam Bahasa Arab. Izzuddin dan Azzamuddin. Mereka gelak sahaja apabila saya menggelarkan mereka Pok Din square.


contengan kertas untuk mengajar murid-murid lelaki. Entah apa yang sudah diconteng.



Pada akhir-akhir sesi. Sekarang sudah lebih pukul 4 petang. Mahu sudah hampir 5 petang.
Ini bukan 2 jam tetapi sudah 3 jam.


Saya mula bertanya kepada mereka.
"Awak nak tak kalau ustazah nak buat kelas untuk awak?"


Pelajar lelaki kelihatan mereka bersemangat. Kerana mereka tahu mereka sudah makin faham dan ada kaedah. 


Saya sendiri terharu. Adik bilang, kalau dia nak kelas tu, maknanya dia dah faham dan seronok belajar. Kalau tak, dia tak akan nak kelas kerana hanya rasa berat.


Murid-murid perempuan yang sudah siap mengemaskan barang, membawa beg saya dan menghampiri kawasan murid-murid lelaki.


Dari tadi saya perhati, pergaulan mereka baik. Tidak pernah mahu terlalu dekat antara lelaki dan perempuan. Mereka tahu di mana tempat mereka. Bercakap juga hanya antara kawan-kawan satu jantina mereka.


Saya meminta murid-murid lelaki mengemaskan barang. Sudah puas berbicara panjang bersama mereka. Kini ruang dengan murid-murid perempuan pula. Mereka mengerumuni.


"Sebenarnya ustazah diminta untuk berikan awak buku. Mungkin bacakan awak buku cerita dan minta awak cari makna perkataan dalam buku. Awak seronok tak macam tu?"


"Ha? Tak sedapp!" Cepat sahaja mereka berbunyi. Kini saya sudah bisa menyimpulkan pendapat sendiri mengenai kaedah ini. Ya, mereka akan cepat bosan. Seperti kita juga.



"Kalau ustazah nak buat kelas untuk awak, nak tak?"
"Nakk!"
"Agak-agak waktu bila ya?"
"Ustazah, waktu petang bila-bila pun boleh. Tapi kalau malam hari Isnin sahaja" Huda bersuara.


Saya bertanyakan soalan-soalan peperiksaan yang bagaimana yang selalu keluar. Dan apa yang mereka keliru sebenarnya. Dan saya sendiri sudah makin jelas apa yang mahu diajar.


Budak-budak kelas bijak akan semangat apabila keperluan intelek mereka dipenuhi. Mereka mahu cara menjawab soalan peperiksaan dengan betul maka apabila kita telah berjaya memberikan mereka cara dan kaedah maka mereka akan mula seronok untuk belajar.


Tetapi budak-budak kelas belakang, minat itu yang harus dipupuk dahulu. Kerana itu lebih menumpukan kepada gaya pembelajaran yang lebih kreatif untuk menarik minat mereka. Apabila mereka minat dan seronok, maka pembelajaran juga menjadi mudah dan seronok.


Apabila mahu bersurai. Mereka menyalami tangan saya.


Dalam perlahan, saya terdengar ada yang berkata.

"Syukurnya dapat kakak faci ni"


Saya tidak mahukan penghargaan. Namun apabila diberikan.
Saya jadi cukup terharu.


Ya Allah, andai ini amanah dan hikmahnya Engkau meletakkan aku di sini, aku mohon agar, tunjukkanlah aku cara yang sebenarnya untuk mendidik mereka, walau dalam masa yang sungguh singkat ini. Moga mereka membesar menjadi insan yang berguna dan boleh menggunakan ilmu yang dipelajari walau dalam sebuah pertemuan yang singkat ini. Hanya itu yang aku harapkan. Tuntunilah aku. Ameen"


:') Ustazah sayang awak semua! 


Baru satu hari tetapi hati sudah mendekat.


note: selepas ini pada 27hb, campuran murid dari kelas 1 Kauthar, 1 Qalam, 1 Nur dan 1 Saff pula. Ya Allah, permudahkanlah. Luruskanlah niatku hanya kerana-Mu.




3 comments:

Ema | Memoir said...

Kih3...

Ya ustazah B2~
Ingatkan ajar 1 Rahman`.huk3..
Adik Ema ada kat situ~

Siapa tak seronok dapat ustazah yang comel kiut miut n mesra cam kak b2~

Unknown said...

︶︿︶ ︶︿︶ ︶︿︶ ︶︿︶
Happy belated befday ustazah
30 Ogos
May Allah bless you
Thanks for all
You help me a lot

Unknown said...

︶︿︶ ︶︿︶ ︶︿︶ ︶︿︶ ︶︿︶
Happy belated befday, ustazah
30 Ogos 1992
Thanks for all
You help me a lot

#xdangnkjupemselastday
Ade rezeki jumpe *^▁^*