Saturday, August 2, 2014

Way to Diary: HariRaya Outing & Mustakim's Wedding



أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم



Selalunya blog ini untuk pengisian dalaman sahaja.

Sebenarnya sebagai diari kehidupan juga.
Apa yang dibuat hari-hari.
Supaya untuk ditatap kemudian hari.
Teringat kenangan dan lepas itu sebak sorang-sorang. Hehe.



Dah lama tak tulis diari macam ini.
Bolehlah kiranya masukkan untuk slot hari raya sedikit.
Jumpa sahabat-sahabat sekolah menengah waktu cuti.
Bila lagi nak jumpa kalau bukan di waktu kelapangan ini.
Dan update perkembangan masing-masing.
Berjumpa dari mata ke mata :')


Bila sebut tentang sahabat.
Diri tak mampu mahu membezakan antara mereka.
Kerana masing-masing punya sifat yang tersendiri.
Yang menjadikan semuanya istimewa di hati.



Syerah drive bertolak bersama Zahidah dari rumah. Lepas itu angkut tuan punya blog yang dah lamaaa tak drive. Lepas itu angkut Cik Tirah pula. Makan rendang sedap di rumah Tirah sekejap barang dua dan tiga ketul ayam (itu Syerah, haha) Lepas tu menonong pergi rumah Dila dan angkut sekali sama diaaa, yayy. Lepas itu singgah beraya di rumah Yah, sepupu sendiri. Seronok ni sepupu sama sepupu punya sahabat yang sama sahaja.




Di rumah Yah. Kawan-kawan nak jumpa juga Yah sekejap memandangkan Yah tak dapat nak ikut beraya sekali.






Update Tirah: Dah jadi madam dah sahabat sorang ini. Budak IPG. Sekarang sudah sem ke-6. Ada 8 sem jadi berbaki 2 sem lagi. Way to go teacher comel! 


Update Zahidah: Zahidah ambil Dentist di USIM. Sekarang tengah praktikal. Tak habis-habis promote minta pergi jumpa dia kalau sakit gigi, haha. 


Update Syerah: inilah mastermind biasanya kalau nak buat outing apa-apa. Memang sahabat yang bertanggungjawab betul, gigih nak kumpulkan semua. Terima kasih Syerah :') Syerah ambil Kimia di USIM. Seorang yang aktif dalam berpersatuan. Dan juga raya ni, asyik aktif tersasul je menyebut nama...em, kita tunggu episod akan datang..haha.


Update Dila: Dila sekarang belajar di Universiti Makasar, Indonesia. Pure Medic 5 tahun. Berbaki 2 tahun lagi. Badannya comel molek tetapi suara, penuh keyakinan, haha.


Update Yah: tak perlu nak update apa dah, belajar pun sekali di UIA Gombak, cuma Yah ambil kos econs. Sepupu yang sangat comel dan tersangatlah baik hatiii ! Sayang Yah sangat sangat.



Selepas itu, ke rumah Cikgu Raina.

Raya di rumah Cikgu Raina. Teacher Normala ada datang sekali. Rindu sangat cikgu-cikgu.
Tak terambil gambar bersama cikgu daripada Syerah. 








Tempat terakhir. Pergi jemputan kenduri Mustakim, sahabat sekelas 5 Al-Kauthar dahulu. Pertama kali rasanya pergi majlis kawan sekolah menengah yang kahwin. Barakallahulahumaa. Moga ikatan ini kekal membawa hingga ke jannah. Ameen.


Waktu ini juga, jumpa sahabat-sahabat sekelas 5 Al-Kauthar. Rindu! :')





Nak tulis panjang-panjang rasanya..tapi ada banyak kerja lagi terbengkalai ni. Cukuplah ini sebagai simpanan kenangan sementara. Buat stok untuk menangis sok sek sok sek bila besar nanti. Ada juga ya macam itu, hehehe.



Belikan shawl halfmoon untuk ibu, tapi ibu cakap fuh, labuh sangat ni untuk ibu. Kakak jela pakai. Akhirnya, pakai juga buat pertama kali ganti tudung bulat yang comel. Pakai pun silang macam tu je, tak minat sangat untuk dibelit-belit. Selesa juga kalau ada siapa-siapa yang minat nak pakai. Mana-mana tudung sama sahaja, asalkan pilih yang labuh seadanya ya. 


Dila cakap dah nampak makin matang. Em, mungkin disebabkan shawl. Atau... Dila, memang banyak berfikir sekarang ni. Tak tahu nak hentikan macam mana berfikir. Em? Hehe.


Dannn..yayy sambung kerja balik. Banyak kerja yang tak habis buat lagi ni... T__T
tapi seronok! Hehe.



Tengah siapkan satu entri yang agak... menarik mungkin? Hehe. Tunggu naaa.



Wedding Updates.


Hani's Wedding. 
290814 akad nikah. 
300814 walimatul urus.


Majlis sambut menantu sepupu: abang Hafizuddin dan kak Fatin Hazwani. 300814


Sahabat sekolah rendah 6 Arab: Luqman's Wedding. 150814.


Kalau sahabat sekolah rendah. Naim > Arifah MdZaviah > Luqman > Hani > next? hehe




Arifah's Wedding


Abang Hafiz's Wedding


No comments: