أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
#Question at Noetic Production | ask.fm/terapinoetik |
"Sy banyak tengok cerite korea.agaknye sebab 2 buat sy jd seorang yg memilih nak cari isteri yg cantik je. padahal sy tahu sikap die yg tak menunjukkan ciri- ciri wanita yg sy suke. tp sebab die cntk sy abaikan keburukan tu. mohon pandangan utk ubah persepsi ni"
Bercakap mengenai pemilihan calon isteri dan suami ni...
Saudara pernah tak dengar kisah Julaibib kahwin dengan seorang perempuan yang solehah?
Julaibib itu boleh dikatakan tak handsome. Itu bahasa lembut. Kalau sedikit kasar. Rupanya hodoh. Juga seorang yang miskin. Memang tak ada siapa yang nak kahwin dengan dia sebab dia tak ada rupa. Jadi Julaibib ini pun pergi jumpa Rasulullah SAW untuk mengadu.
Dipendekkan cerita, Rasulullah SAW pergi pinang seorang gadis solehah untuk Julaibib. Ibu dan ayah perempuan tu tak suka untuk bermenantukan Julaibib. Tapi gadis solehah ni bila dapat tahu pinangan tu daripada Rasulullah SAW, terus dia terima. Sebab gadis tu percaya yang Rasulullah SAW takkan buat keputusan kecuali semuanya bawa pengakhiran yang baik. Hebat kan.
Dipendekkan cerita, Rasulullah SAW pergi pinang seorang gadis solehah untuk Julaibib. Ibu dan ayah perempuan tu tak suka untuk bermenantukan Julaibib. Tapi gadis solehah ni bila dapat tahu pinangan tu daripada Rasulullah SAW, terus dia terima. Sebab gadis tu percaya yang Rasulullah SAW takkan buat keputusan kecuali semuanya bawa pengakhiran yang baik. Hebat kan.
Baik, kita sambung lagi.
Selang beberapa hari lepas Julaibib dan gadis tu berkahwin, tak lama lepas tu Julaibib ikut Rasulullah SAW pergi berperang. Mayat-mayat bergelimpangan. Sahabat-sahabat semua tak perasan pun yang Julaibib dah syahid. Akhirnya Rasulullah SAW sendiri yang perasan dan kata bahawa Baginda dah kehilangan Julaibib.
Bila Julaibib dah meninggal dunia, isteri dia pun jadi balu terhormat. Isteri dia orang baik. Ramailah para tokoh yang nakkan isterinya. Akhirnya pengakhiran buat Julaibib dan gadis tu dua-duanya ending yang baik.
Banyak sudut baik yang boleh diambil dari kisah ni.
Tapi untuk ini, kita lihat dari sudut bagaimana pengakhiran seseorang bila dia ikut nasihat dan taatkan Rasulullah SAW.
Gadis tu solehah sahaja dan sepatutnya dia berhak nak dapat lelaki yang soleh dan juga handsome lebih daripada Julaibib. Tapi disebabkan taat akan Rasulullah SAW, dia terima juga tanpa ada buruk sangka pada Rasulullah SAW.
Kalau tak, dia boleh sahaja tolak pinangan Julaibib dan cari yang lagi handsome. Tapi oleh kerana Rasulullah SAW yang jadi pengantara, terus dia terima tanpa fikir apa-apa. Kerana imannya yang tinggi.
Sama juga macam saudara. Cuma terbalikkan gender sahaja.
Walaupun Rasulullah SAW dah tak ada bersama kita, tapi pesanan-pesanan yang Rasulullah SAW tinggalkan itulah yang harus jadi petunjuk kita dalam nak melayari kehidupan ni.
Bila Rasulullah SAW kata pilihlah yang beragama maka memang agamalah yang membawa kebahagiaan dan ketenangan dunia dan akhirat.
Bukan tak boleh nak isteri kaya, cantik, keturunan bagus-bagus, cuma Rasulullah SAW pesan, utamakan agama dahulu.
Jadi, utamakan agama. Yang lain juga penting namun datang pada nombor-nombor yang terkemudian.
Walaupun Rasulullah SAW dah tak ada bersama kita, tapi pesanan-pesanan yang Rasulullah SAW tinggalkan itulah yang harus jadi petunjuk kita dalam nak melayari kehidupan ni.
Bila Rasulullah SAW kata pilihlah yang beragama maka memang agamalah yang membawa kebahagiaan dan ketenangan dunia dan akhirat.
Bukan tak boleh nak isteri kaya, cantik, keturunan bagus-bagus, cuma Rasulullah SAW pesan, utamakan agama dahulu.
Jadi, utamakan agama. Yang lain juga penting namun datang pada nombor-nombor yang terkemudian.
Saudara pergi tengok drama-drama Korea. Mestilah mata tu nanti banyaknya tengok dan suka perempuan-perempuan cantik sahaja.
Cuba kalau banyak baca sirah-sirah wanita solehah, mesti nantinya mahu yang solehah.
Tapi saya faham. Nanti mesti ada pula yang tanya. "Saya memang nakkan yang solehah.. tapi saya nakkan solehah yang cantik. Camne tu?"
Tak ada siapa yang kata salah untuk sukakan perempuan cantik.
Itu fitrah sebenarnya. Kita baik lelaki mahupun perempuan sukakan benda-benda yang cantik dan suka lihat kecantikan.
Kalau tak, takkan lah ada orang jual Brylcreem untuk lelaki dan Maybelline untuk wanita. Kan?
Cuma bila dah terlalu mencari yang cantik hingga sudah tidak melihat kepada agama dan akhlaknya lagi... bimbang nanti kita juga yang masalah.
Parah juga kalau nantinya cantik tetapi materialistik dan hanya tahu melawa.
Semua terpulang kepada saudara.
Kalau kerana kecantikan itu sahaja bisa buat kita bertahan dalam rumahtangga walaupun mulut isteri umpama laser kalah kamehameha Goku maka itu kita sendiri lebih tahu.
Cuma kita harus tahu yang kecantikan tidak kekal lama.
Kerana satu yang pasti bahawa kecantikan itu lama-kelamaan akan pudar ditelan usia.
Namun tidak pada kebaikan dan akhlak yang dididik agama.
Kerana yang pasti, apabila wanita itu punya agama dalam dirinya maka dia pasti tahu bagaimana untuk tampil menjaga kecantikan, mengurus harta dan menghargai keturunan serta keluarga di hadapan suaminya.
Andai kita pandang perkahwinan jua sebagai satu ruang untuk menyebarkan dakwah maka sudah tentu kita akan cuba mencari dia yang memahami agama dan bidang dakwah serta tarbiah lebih utama mendahului rupa, harta dan keturunannya.
"er..kak, macam mana ea nak cari wanita yang solehah. Susahlah, tak tahu macam mana nak tengok. Nak detect guna GPS tak dapat lah pulak"
Saudara guna GPS, memanglah tak dapat.
Kalau nak detect..haa, detect guna hati. Selalu mohon doa pada Allah supaya dikurniakan jodoh dan juga zuriat yang solehah.
Dulu-dulu ada ustazah ajar supaya baca ayat 74 surah Al-Furqan tiap kali sujud terakhir solat. Mohon doa nak jodoh yang soleh solehah. Ha, cubalah buka Al-Quran [25:74]. Kalau bab yang ini, tak tulis ayat mana pun semangat pergi ambil Al-Quran dan cari ni.
Dan kalau boleh sebutkan secara terperinci nak yang macam mana...penyayang ke, baik ke. Kalau minta terperinci nak muka sebiji macam muka Erra Fazira tu... saya tak pastilah. Cuba sahajalah doa kalau nak sangat.
Face palm.
Picit kepala sendiri.
Berbalik kepada bicara kita tadi. Bagaimana nak detect perempuan yang solehah.
Saya sebagai seorang perempuan akan berbicara secara jujurnya dengan anda.
Saya tak akan bercakap perkara-perkara yang dah selalu orang cakap. Itu saudara boleh google kalau nak tahu. 'Ciri-ciri wanita solehah' ke. 'Cara memilih calon isteri' ke.
Sebab saya nak bercakap soal realiti.
Perempuan yang baik ini biasanya tak suka menonjolkan dirinya dan sengaja-sengaja nak jadi tontonan orang. Contohnya, 'upload' banyak-banyak gambar sendiri di Facebook dan Twitter dan wajahnya penuh setiap inci ruangan area gambar. Tiap-tiap hari ada sahaja foto sendiri yang di'update'. Saya tak kata semua yang 'upload' tu perempuan yang tak baik. Saya cuma kata kalau perempuan yang baik tak akan senang-senang nak 'upload' gambar dia sesuka hati. Lain maksud dua ayat ini. Dapat tak?
Sebab ada sahaja perempuan yang baik 'upload' gambarnya. Macam Heliza Helmi, Ustazah Fatimah Syarha, Prof Muhaya, Dr. Harlina. Maksudnya lagi, lihatlah pula tujuan nak 'upload' gambar itu untuk apa. Kita boleh beza yang 'upload' untuk tujuan dan yang 'upload' tanpa tujuan.
Ada juga kategori wanita baik tapi suka 'upload' gambar. Gambar family dia ke, gambar dengan kawan-kawan ke. Tak bermakna yang 'upload' ini tak baik. Sebab kadang-kadang pendapat orang lain-lain. Ada kata 'upload' sebab nak kongsi dengan family sana. Ada yang 'upload' sebab nak tag kawan-kawan sekelas. Ada yang harus di'upload' untuk tujuan society. Macam-macam tujuan.
Jadi kena tengok juga apa tujuannya. Kalau bercakap tentang 'upload' gambar ni, tak kira yang free hair ke, yang tudung bawal ke, yang tudung labuh ke, berniqab ke, sama sahaja. Dan memang yang sepatutnya tudung labuh dan yang berniqab lagi menjagalah. Sebab yang lain secara stereotaipnya dah pandang mereka sebagai ikon muslimah solehah.
Kalau yang dikatakan okay, 'upload' tetapi gambar secara ramai-ramai. 'Upload' tetapi gambar jauh-jauh. 'Upload' tetapi ada tujuan. Tetapi kalau nak cari yang betul-betul menjaga, carilah mereka yang tak 'upload' langsung.
Perempuan yang baik ini juga mudah dilihat dari tutur kata dia. Perempuan yang baik ada pada sifatnya yang pemalu. Ada pada tingkah-lakunya yang sopan. Pendirian muslimah dia. Cara dia melontarkan pandangan. Cara dia bergaul dengan yang lain. Cara dia berfikir. Sebenarnya kita boleh baca orang walaupun kita tak ada ilmu nak membaca orang. Sebab setiap perkataan dan perlakuan yang terlihat pada diri seseorang itu maka itulah dirinya.
Perempuan yang baik juga ada pada ciri-cirinya yang penyayang. Sukakan haiwan ke. Sukakan kanak-kanak ke. Sebab orang yang penyayang biasanya punya hati yang lembut.
Pendek kata, cari yang berakhlak baik.
Sebenarnya banyak lagi nak cakap tetapi itu sahaja buat masa sekarang, rasanya dah cukup.
Kalau bagi saya sedikit ruangan, saya ada sedikit pesanan untuk saudara.
Step pertama. Carilah yang menutup aurat secara sempurna dahulu. Ya, tidak semestinya yang menutup aurat itu baik dan tidak semestinya yang tidak menutup aurat itu jahat. Tetapi selalu orang cakap satu yang pasti, bahawa orang yang baik itu mesti menutup aurat dengan sempurna.
Soal dalaman, itu soal kedua. Sebab itu orang kata rumah tangga ini harus ada give and take. Dan juga saling menerima kelebihan atau kelemahan pasangan masing-masing. Mana ada manusia yang sempurna. Baik free hair, tudung bawal, tudung labuh, berniqab..mereka semuanya manusia. Bila sudah namanya manusia, pasti ada yang satu di sini yang lebih dan satu di sini yang kurang. Kalau tak kurang di sini maka kurang di sana. Kalau tak lebih di sini maka lebih di sana.
Sebab itu sebelum mahu jadi seorang suami, harus berusaha untuk jadi seorang pemuda yang soleh terlebih dahulu. Nanti bila beristeri, mana yang dia kurang, kita 'top up'kan. Mana yang kita kurang, dia pula yang 'top up'kan. Itu baru dinamakan sweet.
Sebenarnya mahu dibilang cantik itu juga subjektif.
Ada orang kata cantik itu macam Demi Loveto. Tak pun harus ada iras-iras Preity Zinta dan Aiswarya Rai.
Ada pula kata cantik itu macam muka perempuan melayu terakhir Siti Nurhaliza atau Lisa Surihani yang jelita.
Tetapi kalau hati dah sayang. Atau mungkin wanita yang saudara ceritakan itu merupakan tunang yang mana akad nikah tinggal 2 hari sahaja lagi maka usahlah bertindak kejam dengan meninggalkan dia sedangkan kesalahannya tiadalah sebesar penjenayah yang mencungkil masuk pecah rumah orang lain.
Kerana setiap yang kelihatan buruk boleh bertukar menjadi baik.
Kerana setiap yang baik boleh dididik menjadi lebih baik.
Kerana setiap yang lebih baik boleh lebih baik daripada lebih baik yang sedia ada itu.
Kalau tanya orang-orang.
Bila tanya apakah muka yang itu cantik atau tidak. Pastinya ada jawapan yang berbeza. Mungkin ramai yang kata cantik atau sebaliknya.
Bila kita tanya lagi apakah muka yang ini cantik atau tidak. Pastinya jawapan yang berbeza bakal didengari. Kerana sudah dikata cantik pada wajah itu sesuatu yang subjektif.
Kalau kita minat dan kata Katie Holmes itu cantik nantinya ada yang lain pula bilang Angelina Jolie itu lebih jelita.
Kerana cantik itu subjektif.
Tetapi bila kita ambil seseorang yang berakhlak baik dan ditanya apakah cantik hatinya.
Maka saya jamin jawapan yang diberi pastinya baik-baik belaka.
Andai kita yang jenis pandang cantik di muka maka pada wajahlah kita cuba cari kecantikan itu.
Namun andai kita jenis manusia yang pandang cantik di hati maka kecantikan pada hati jualah pandangan kita ditumpahkan.
Hingga terkeluar topik juga ada mungkin.
Akhirnya saya nak simpulkan.
Kalau saudara dah jumpa yang solehah tambah pula cantik, itu sudah jadi satu bonus.
Maka saudara, saya nasihatkan.
Cepatlah pergi meminang.
"Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang"
- Sweet Charity -
Selamat bertemu Princess Aurora anda!
No comments:
Post a Comment