Tuesday, July 15, 2014

Remaja Bawah Umur Mengadu Ketagih Onani




أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم



Question at #NoeticProduction (via akhi Amirul)


"Assalamualaikum, saya suka video abang tentang ketagihan tu. Sebenarnya saya nak mintak tips dengan abang. Saya mula beronani rasanya semasa tingkatan satu lagi. Sekarang saya berumur 15 tahun. Kadang-kadang onani sambil tengok video lucah dan ada juga sambil bermain mesej lucah dengan perempuan. Saya selalu fikir yang saya tak ada harapan nak kawin dan saya jeles tengok kawan-kawan saya yang tak pernah onani. Saya susah nak tinggalkan benda tu. Saya selalu kecewa dan sedih bila tengok kawan-kawan yang lebih baik dari saya. Kritikal jugak ketagihan saya, apapun terima kasih banyak-banyak sebab membantu saya."


Lihat Podcast 2: Ketagihan dan Langkah untuk Pulih 


Nota: Soalan sebenar telah diubah suai bagi memudahkan pemahaman pembaca dan juga untuk melindungi identiti pengirim. Walau bagaimanapun matlamat soalan adalah tetap sama.


Remaja di Gaza punya sikap kental dan keyakinan yang kukuh dan berpegang terhadap agama. Walau dalam penjara, walau telah hilang sebelah tangan, walau asap-asap bom masih belum reda dan berterusan, namun Al-Quran tetap tak hilang dari pegangan dan lidah. Solat tak pernah ditinggalkan malah mereka tahu itulah penguat.


Remaja kita masih berhempas pulas melepaskan diri dari masalah-masalah yang tidak sihat. Pornografi. Onani. Lihat video lucah. Usha gambar perempuan seksi.


Itu satu.
Belum masuk bab tinggal solat. Jangan terkejut andai ada jua kes terpencil tudung labuh namun tak solat. 
Dah lama tak mengaji dan tak tahu mengaji.
Berzina dan buang anak.
Clubbing. Minum arak.



Ada antara itu yang diri sendiri dengar dan berhadapan dengan mereka.
Sungguh menyedihkan dan membimbangkan.


Namun satu yang harus kita ingat. Menghukum manusia yang sudah tersasar itu tidak bisa mengubah apa-apa. Itu bukan kerja seorang hamba. Dan kita bukan Tuhan yang boleh menghakimi manusia.


Tunjukkanlah jalan benar yang harus dilalui sedayanya dengan penuh kasih sayang. Nasihat yang tersampai dalam pandangan yang memperlekeh tiada bisa untuk sampai pada hati dan hati.


Tuntunilah langkah betul yang harus diambil. Terkadang mereka yang terjerumus ke arah perkara-perkara sebegini tiada semuanya atas kemahuan mereka namun ada beberapa faktor yang mendorong. Faktor persekitaran, faktor kawan, faktor tekanan dan lain-lain.


Bantulah mereka. Fahamilah mereka.
Kerana kita juga seorang manusia yang pendosa.









Amirul bin Ramli,
Consultant,
Noetic Production (Formerly known as Noetic Therapy Resources)


Baik, sebelum abang kongsikan langkah untuk mula berhenti onani sekarang ni.. abang nak adik tahu satu benda dulu. Semua orang tak kira lelaki atau perempuan ada perasaan atau kehendak seksual. Termasuk adik dan juga abang.


Benda ini normal. Bezanya sama ada orang tu mampu atau tidak untuk jaga nafsu tu. Kita manusia memang Allah kurniakan nafsu seksual. Dan semua orang boleh adik, belajar untuk kawal kehendak seksual tu.


Adik ingat berhenti onani ni susah mesti sebab dalam otak adik cakap;
"aku nak berhenti onani terus sekarang. tak nak buat lagi"..


Memang betul adik akan berhenti terus onani, lagi berkesan sekarang ni kalau adik cakap dekat diri sendiri mcm ni;
"aku nak berhenti onani untuk sebulan"


Cuba sekarang cakap kuat-kuat.. lepas tu kompem adik akan mula rasa tenang sebab sebulan sekejap je kan? Mesti ada rasa boleh buatkan?


Nak tambah lagi keyakinan untuk pulih? senang.. kita trick lagi otak. sekarang ni adik cuba pulak cakap kuat yang ni;
"Aku nak berhenti onani seminggu mulai hari ni!"


Macam mana? dah mula boleh rasa yang nak berhenti tu lagi senang sekarang sebab seminggu je kan.


Sekarang ni trick lagi otak supaya otak adik sedar yang nak berhenti onani tu memang sangat-sangat mudah sebenarnya. Cakap pada diri sendiri;
"Aku nak berhenti onani sepanjang hari ni"


Mesti boleh betul tak? sehari je kompem boleh buat kan adik?


Malam nanti sediakan satu buku nota kecil. sebelum tidur tulis "Aku berjaya hari ni!" Benda ni penting untuk bagi isyarat dekat otak yang adik betul-betul nak berhenti dan boleh berhenti onani sekarang.


Lepas je dah tulis tu, terus sambung niat untuk berhenti sampai esok pulak. Lepas bila dah berjaya sampai esok, terus niat untuk berhenti sampai esoknya lagi pulak.. Lakukan benda ni berulang-ulang kali. 


Sentiasa bagitahu diri.. kalau hari ni aku boleh berhenti onani, esok pun mesti boleh jugak kan? Percayalah tak lama lagi bila adik sedar-sedar je baru perasan rupanya dah berjaya dah pun berhenti dari onani.


Jauhkan diri dari sebarang perkara yang memberi rangsangan. Ini mungkin benda yang paling susah nak buat tapi percayalah ni yang paling penting abang nak adik buat sekarang.


Tak payah dah tengok video lucah tu lagi. Sebab lagi cepat adik tinggalkan video lucah tu lagi cepat adik akan berjaya berhenti onani. Video lucah jugak boleh buat porn induced erectile dysfunction atau mati pucuk. Puncanya video lucah ni buat otak terima satu bentuk stimulus yang terlalu tinggi menyebabkan over-stimulation dopamin dalam otak berlaku. Dan untuk menstabilkan keadaan, otak akan kurangkan kehendak seksual jadi sebab tu berisiko untuk kena mati pucuk.


Sebagai lelaki adik tak nak benda ni berlaku betul tak? Tinggalkan video lucah tu penting sebab video lucah adalah satu bentuk ransangan. Kunci yang perlu adik sentiasa pegang sekarang adalah,


TAK ADA RANSANGAN, TAK ADA ONANI


Maksudnya,bila tak ada video lucah lagi adik tak akan rasa nak onani. Dan bila tak layan lagi mesej lucah tu, adik tak akan terfikir nak onani pun. Cuba fikir tentang ni. Kalau lapar baru rasa nak makan kan? Kalau kenyang, tak ada rasa nak makan? betul tak?


Sama juga macam video dengan mesej lucah tu. Benda tu yang buat meransang adik nak onani. Benda tu yang buat kehendak seksual adik jadi lapar. Bila video lucah dengan mesej lucah tu dah tak ada, adik tak ada rasa pun nak onani sebab ransangan tu dah tak ada. Hidup adik akan berjalan dengan normal dan rasa lebih gembira sekarang sebab


TAK ADA RANSANGAN, TAK ADA ONANI


Selain tu ingat adik sentiasa boleh bagitahu perempuan tu yang adik dah berhenti onani dan tak nak lagi dah buat benda tu sebab benda tu berdosa dan hanya buat fungsi otak adik merosot. Sebab adik pun nak berjaya dalam hidup ni betul tak? dan kejayaan datang dengan mudah untuk otak yang sihat.


2. Ubah posisi badan bila terfikir nak buat benda tu. Contohnya macam fikiran nak buat tu datang masa tengah baring, terus bangun dan berdiri. Kalau masa tu depan komputer terus tinggalkan komputer tu pergi jalan-jalan.


Konsepnya macam ni, bila adik terfikir nak onani satu neohormon dah dikeluarkan dalam otak. Ia dikenali sebagai peptida yang dikeluarkan di bahagian hipotalamus otak.


Waktu tu lah yang kalau adik perasan datangnya rasa nak buat onani dan tak boleh kawal diri. Tapi kalau dah tahu boleh je. Sebenarnya hormon tu hanya sementara je adik. 5 minit mungkin dah cukup untuk jadikan hormon tu reda dan waktu tu dah tak rasa lagi kehendak nak onani tu. 


Same macam hujan turun.. tak kira lah betapa lebat pun hujan turun.. lama-lama berhenti jugak betul? Jadi kena sentiasa ingat, bila rasa nak onani, ubah posisi badan dan buat perkara lain dalam masa 5 minit sampai hormon yang dikeluarkan tu reda. 5 minit sekejap je. Abg percaya adik boleh buat.


Tulis dekat buku atau kertas setiap malam bagi hari yang adik dah berjaya berhenti onani. Kalau ade kalendar guna kalendar tu untuk tanda setiap hari yang berlalu. Sebab bila tengok kalendar atau buku yang ditulis tu adik mesti jadi lebih bersemangat dan yakin.


Mandi dengan cepat. Biasakan mandi dengan laju sebab waktu ni kemahuan nak onani tu selalu naik. Jadi amalkan mandi dengan cepat dalam 4-5 minit untuk elakkan kehendak onani tu datang. Dan sambil mandi tu nyanyi perlahan apa-apa lagu yang adik suka untuk alihkan fikiran. Bila nyanyi perlahan tu adik secara tak langsung akan interrupt thought pattern jadi tak terfikir tentang onani waktu tu.


Elakkan diri berada kat tempat yang selalu buat benda tu. Kalau selalunya buat dekat atas katil jangan lepak atas katil atau dalam bilik waktu siang. Bila betul-betul nak tidur baru baring atas katil. Elakkan meniarap sebab posisi ni bahaya. Ingat selalu untuk tidur mengiring ke kanan sebab bila tidur mengiring kemahuan onani tu akan hilang.


Langkah ni hanya buat sementara waktu sebab akan sampai satu tahap, tak kira apa bentuk stimulus atau ransangan yang datang, adik dah tak ada rasa nak onani pon sebab dah pun berjaya kawal kehendak seksual tu sekarang.


Biasanya ramai yang bila mula nak berhenti onani rasa susah, rasa tak selesa, ramai yang tak berjaya, ada yang mengaku kalah, tapi yakinlah, tak lama pun, dalam hujung bulan nanti adik sendiri boleh boleh senyum sorang-sorang sebab baru perasan yang nak berhenti onani ni senang je rupanya.


Apa yang perlu buat hanya elakkan diri dari benda yang lucah, bersabar bila kehendak tu datang sehingga ia pergi, dan sentiasa bertawakal dan berdoa kepada Allah. Abg berdoa dan percaya yang adik akan berjaya. Abg tahu adik boleh buat sebab adik pun memang nak berhenti onani betul tak? Insya Allah.






Rabiatul Fatimah Azzahra binti Rashid (ask.fm/RabiatulFaazra)
Consultant,
Noetic Production (Formerly known as Noetic Therapy Resources)



Adik mula onani start umur 13 tahun. Dan sekarang umur 15 tahun ya. Kira lebih krg 2 tahun jugalah. Tetapi tak apa, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.


Memang ramai yang ada masalah ni. Bagus tindakan adik sebab nak cari jalan penyelesaian dan bukannya pendam sorang-sorang, yang mana akan buat diri makin terseksa. Bila minta pendapat orang lain, sekurangnya ada yang akan support dan tolong kita dari belakang.


Ketagihan pada dasarnya memang susah untuk ditinggalkan. Namun andai kita usaha dan dengan izin Allah, tak ada perkara yang mustahil. Ketagihan ini boleh diubati, insya-Allah.


Adik, pertama sekali, kita harus sedar, hidup ini tujuannya untuk apa. Bila kita tidak tahu matlamat hidup maka kerana itu kita mudah tersasar dan lari dari jalan yang sepatutnya. Jadilah seorang hamba yang taat.


Langkah satu, kenal Allah. Bila kita betul-betul kenal Allah, kita sendiri yang akan menjauhkan diri dari melakukan perkara yang dilarang-Nya. Kita sendiri yang akan jaga mata kita, kata-kata kita dan perbuatan kita dari menghampiri perkara-perkara yang tidak disukai Allah.


Perkara asas. Solat jangan tinggal. Dan mesti mengaji setiap hari. Jaga ini dahulu. Pergi dan dengar majlis ilmu. Bergaul dengan sahabat- sahabat yang baik dan yang boleh mengingatkan.


Timbulkan rasa tidak suka dan benci melihat kepada benda yang haram. Kebiasaannya, mereka yang melakukan onani ini jadi terdorong apabila melihat dan menonton perkara-perkara yang tidak sepatutnya.


Contoh, membaca majalah lucah, menonton video lucah, berkata-kata yang lucah dan lain-lain.


Ini juga ada pada minda yang suka berkhayal yang bukan-bukan. Hindarkan diri daripada berimaginasi yang tidak sepatutnya. 


Adik pernah tak dengar cerita seorang sahabat Nabi dulu.
Cerita yang biasa kita dengar.


Ada seorang pemuda yang dengan tidak sengaja melihat aurat wanita. Tidak sengaja namun dia merasakan seperti telah melakukan satu dosa yang besar. Dia menangis ketakutan kerana dosa. Dia terlalu takut akan murka Allah.


Biar kita jadi dan punya hati seperti pemuda itu. Biar kisah itu kita ingat dan tanam dalam hati. Biar jadi motivasi untuk kita terus berusaha menjadi seorang pemuda atau pemudi Islam yang hebat.


Adik masih muda. Mulai sekarang, tetapkan apa yang adik mahu capai. Tentukan cita-cita adik. Bila kita tumpu pada perkara yang besar maka nantinya kita sudah tiada masa untuk melihat pada perkara yang kecil.


Apatah lagi perkara yang banyak membuang masa dan yang hanya merosakkan diri sendiri. Kenalpasti hobi atau kelebihan adik. Dan fokus untuk buat yang terbaik. Fokus pada pelajaran.


Adik tanya tentang kahwin tadi. Kalau adik tinggalkan perbuatan ini dengan segera, makin luas masa hadapan adik. Perjalanan adik masih jauh.


Isilah dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan yang membawa diri kita semakin dekat kepada-Nya. Hati umpama gelas kosong. Kalau kita biarkan kosong, debu-debu akan masuk dan melekat pada dinding gelas. Itu untuk sehari. Kalau kita biarkan berbulan-bulan, bertahun-tahun, makin banyak debu kan? Hati begitu juga.


Isilah dengan perkara-perkara yang baik. Banyakkan mengaji. Banyakkan istighfar. Banyakkan mengingati Allah hatta tengah berjalan, tengah belajar atau tengah makan dan lain-lain waktu. Kalau boleh susun jadual ibadah sendiri.


Hati yang sentiasa ingat Allah tak akan sunyi dan peroleh ketenangan. Setiap kali kita bangun pagi, lazimi syukur kerana Allah masih berikan kita tempoh waktu untuk hidup dan jalani kehidupan.


Setiap bangun dari tidur, sentiasa azam pada diri nak manfaatkan masa dengan baik dan mahu isi dengan perkara-perkara yang baik. Dan mahu jauh dengan perkara-perkara yang tidak baik. Onani itu biasanya waktu dalam keadaan seorang diri. Mana ada orang melakukan onani di tengah keramaian orang.


Jadi, kalau boleh, elakkan diri dari duduk seorang diri atau duduk dalam bilik sahaja. Atau kalau tak dapat elak dari duduk berseorangan, fikirkan benda lain dan sibukkan diri dengan melakukan kerja-kerja lain.


Rasakan Allah itu Maha Melihat. Ada keyakinan itu. Selalu lazimi istighfar. Dan ingat mati.

Cuba adik bayangkan. Ada seorang yang sedang cuba melakukan onani dan Allah tarik nyawanya waktu itu. Pastinya terasa sia-sia.


Banyakkan berdoa kepada Allah. Bila kita mahu berubah, atau mahu melakukan apa-apa sahaja, berbaliklah kepada Allah. Sebab dalam dunia ini,segalanya berlaku andai diizinkan Allah. Andai Allah tidak izin, mahu angkat jari telunjuk juga kita tidak mampu. Kerana kudrat dan kekuatan itu datang daripada Allah.


Maka banyakkan berdoa kepada Allah. Usaha sungguh-sungguh dan berdoa berserah sungguh- sungguh. Carilah waktu untuk muhasabah diri.


Sebelum tidur, banyakkan muhasabah diri. Fikir apa dosa-dosa yang telah dilakukan. Banyakkan menangis kerana dosa. Hati kita akan jadi lembut.


Mahu berubah maka ubahlah gaya hidup kita dulu. Kalau adik suka lihat video, bukalah video-video ceramah Ustaz. Banyak sangat di Youtube. Ada Ustaz Azhar, ada Ustaz Nouman Ali Khan, ada video Syeikh Syinqitee dan lain-lain.


Kalau suka nak tengok video tarbiyah, ada video-video macamCik Beah Osem dan MrTheAllShared. Kalau adik suka membaca, carilah bahan bacaan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah. Boleh buka blog AngelPakaiGucci atau blog Teme, lukisan dakwah. Budak Tomato pun best.


Bila diri kita banyak mendekati kebaikan, maka kita akan rasa dekat dengan kebaikan dan terasa asing dengan perkara yang membawa keburukan.


Adik, sebenarnya hidup ini banyak pilihan. Dan pilihan itu yang menentukan siapa diri kita. Kalau kita pilih jalan kebaikan, maka kebaikanlah yang datang. Kalau kita pilih yang sebaliknya, maka yang sebaliknya itulah yg datang.


Dan adik, pilihlah jalan yang betul. Mahu berubah bukan sekadar kata-kata tetapi dengan keazaman yang tinggi dan tindakan sekali. Okay adik?


Orang lain boleh bagi seribu cara untuk elak dari melakukan onani tetapi segalanya terpulang kepada diri kita. Kita yang harus kuat semangat dan usaha sendiri untuk tinggalkan.


Adik masih muda. Bergeraklah ke hadapan. Tinggalkan perkara-perkara yang meletakkan diri kita dalam kemudaratan. Yang paling menakutkan, kita sengaja meletakkan diri dalam kemurkaan Allah.


Adik masih ada masa hadapan yang sangat cerah. Percayalah. Ramai yang terjerumus dalam maksiat ini. Ada yang berazam mahu berubah, namun jatuh lagi. Mahu tinggalkan, namun jatuh lagi. Rasa lemah. Rasa tak mampu tahan nafsu.


Ada orang juga yang mahu berubah. Dia benar-benar mahu berubah. Dan akhirnya ketagihan onani tu dah berjaya dia tinggalkan. Dan dia akui, yang banyak menolong adalah rasa ikhlas mahu berubah, banyakkan zikir, solat, baca Al-Quran.


Bila datang nafsu dan godaan itu, buat tak tahu dan sibukkan diri dengan benda-benda lain.


Onani itu satu keseronakan yang tidak membawa ketenangan. Tinggalkanlah ia dengan segera. Dan carilah jalan yang memberi kebahagiaan dan kedamaian dalam jiwa. Semestinya ada pada jalan dengan mengingati dan mengikuti apa yang Allah suruh.


Semoga adik kuat dan berjaya jalani kehidupan dengan penuh gembira dan tenang.




Klien kini sedang mengikuti khidmat konsultansi susulan (follow-up) dari semasa ke semasa. 

Boleh baca di sini: Follow Up: Remaja Bawah Umur Mengadu Ketagih Onani


Untuk sebarang khidmat nasihat berhubung cabaran yang berkaitan dengan minda, emosi, ketagihan, tekanan atau lain-lain permasalahan boleh hubungi kami melalui emel terapinoetik@gmail.com atau Facebook mana-mana konsultan kami. Boleh juga andai ingin mengutarakan sebarang pertanyaan (secara anonymous atau tidak) di ask.fm/terapinoetik.


Bersama rasai perubahan emosi.



- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 


Lamanyalah kan tak update dekat siniii. Rindu sangat sangat T__T
Banyak yang nak dipostkan. Tetapi entahlah kenapa asyik masuk draft sahaja.
Dah berderet-deret.
Nak aktif semula! Sekarang tengah cuti 3 bulan.
Bulan 9 nanti dah masuk 3rd year, insya-Allah.


O yeah, saya dah semakin membesar! Hee.
Sekarang saya sudah masuk bekerjasama bersama dalam Noetic Production.
Atau sebelum ini dikenali dengan nama Noetic Therapy Resources.
Baru sahaja lagi. 


Pioneer kepada Noetic Production ini adalah akhi Amirul sendiri.
Boleh lawat beliau di http://amirulbinramli.blogspot.com/
Beliau aktif dengan podcast-podcast di youtube.com.
Noetic Production masih sedang mencari mereka yang berminat untuk bersama-sama dalam menerajui bidang konsultansi dan punya minat dalam psikologi. Bergerak dalam realiti menghampiri masyarakat.


Noetic Production sekarang sedang dalam pembinaan yang baru. Memberi nafas-nafas yang baru dan bergerak dalam projek yang bakal direncanakan untuk manfaat masa datang.


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami ya!


Moga kalian baik dekat mahupun yang jauh sentiasa dalam jagaan Allah sentiasa.
Ameen.

8 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Terima kasih shared,saya betul2 nak berhenti,sampai menangis bila dah lepas lancap...menyesal x sudah...pening mcm mane lah nk benti an....InsyaAllah,dgn cara atas nih,sy dpt ubah cara hidup saya...terima kasih byk...

Unknown said...

Abang saya nak tanya saya mula beronani sejak darjah 4 masatu saya x tahu apa2 dh form2 bru sya tahu adakah sya dh akil baligh sejak darjah 4 atau senang cita adakh knak2 yng beronani akan akil baligh setelah dia beronani kerana sehingga hari ini saya masih belum mimpi ghairah

Anonymous said...

Stahu sya orang yg dh kluar air mani.. memang dkira akil baligh dah

Anonymous said...

Ya insyallah kita smua berhenti ...

Anonymous said...

Tq sbb bg nasihat. Sye mnyesal sngat sbb start bnde2 mcm ni..INSYAALLAH dngn cara ni saye dapat berubah.☺��

Anonymous said...

Sokonglah PAS - Parti Islam Semalaysia untuk Malaysia Sejahtera.

CARA SEBENAR BERHENTI ONANI

onani haram kan? jgn ada yg onani lepas baca tulisan yg ckp halal ONANI ni, entah betul entah tidak, kena hati2 dengan manhaj atau pendapat yg tak betul, hati2 lah.. kalau cakap untuk menjaga dari zina tu ye lah kalau ada awek bogel depan ko paksa romen dia, barulah ko onani dan ko onanikan dia sekali bagi mengelakkan darurat zina.. lain dari itu onani ni boleh berhentilah, dengan kaedah berperingkat.

contoh kalau onani setiap hari selama 3 kali. maka permulaannya kurangkan kepada 2 kali sehari, selama 3hari, kemudian kurangkan ke 1kali sehari selama 3 hari

selepas itu, onani selang 1 hari onani 1 kali selama 3 kali,
kemudian, selang 2 hari onani 1 kali selama 3 kali,
kemudian , selang 3 hari onani 1kali selama 3 kali
// (sama mcm atas:kemudian selang) 4 // (sama macam atas: hari onani 1 kali selama 3 kali)
// 5 //
//6 //
// 7 //
dan seterusnya sehinggalah selang 41 hari baru onani 1 kali selama 3 kali,

Lepas itu ko dah boleh berhenti dalam steps yg selang 41 hari ni ko dah mudah gila nak stop terus.. lepastu stay ok dgn jaga mata je.. n kahwin.

(pastikan setiap kali onani itu tidak melihat bahan, juga jagalah mata secara peringkat2, tutup mata kalau nampak tetek yang bertonjol dekat sana sini, atau apa2 yg buat korang terangsang. tutuplah mata, alihkan mata, Allahuakbar , anda boleh!)

buat jadual dan anda boleh berhenti. ramai yang sudah berhenti. saya pun dah berhentilah dengan cara berperingkat macam ni. ok. sapa yang rajin tolong sebarkan, tulis balik dengan lebih grafik dan bagitahu lagi ramai org cara sebenar berhenti onani. kaedah ini juga boleh digunakan bagi hentikan ketagih lain, contoh arak, rokok, dadah dll.

*Jom Undi dan sama2 buat kerja naikkan PAS selagimana PAS memperjuangkan Islam agar Malaysia Sejahtera Bersama Islam.

Anonymous said...

sy terjebak perbuatan ni coz terjumpa & menonton cd biru abg punya
..9 tahun berlalu tanpa kawalan terhadap onani.antara effect onani yg sy hadapi ialah depression kulit & rambut kusam wlaupn rupa ada hilang kwn2 fikiran lembab susah bersosial smpai pernah dilabel anti sosial.nutrien2 dlm tubuh bnyak hilang ketika cumming.kini sy mengamalkan zikir ya qahhar(penunduk nafsu) beserta supplement geriforte dari himalaya doakn sy berjaya berhenti sepenuhnya guys..amen

Anonymous said...

Saya terjebak masa umur 11 atau dua belas gara2 salah pilih kawan,masa kat skolah dulu kawan2 selalu bawa hp dengan penuh video lucah,masa tadika umur dalam 6 7 tahun pun saya penah kena gangguan seksual dengan jiran.Saya dan kawan perempuan sy dipaksa melakukam aksi terlarang di dalam surau di flat kami tinggal...ketagih onani berterusan sampai ke hari ini,satu perubahan besar berlaku dimana masa spm sy ditinggalkan oleh kekasih sy kerana dia ikut lalki kata anak dato,selera nafsu sex saya berubah dari suka perempuan kepada suka lelaki.Sy x tahu nk buat apa.Walaupon x tngok video lucah tapi kalau sy keluar rumah pon blh merangsan nafsu sex saya sbb tengok lelaki yg blh naikkn nafsu sex saya.Tolong la saya!!Saya nk berubah sy x nk hidup dlm dunia songsang ni lagi..������
Dah banyak kali saya cuba tapi susah walau pun dh baru balik umrah masih ada perasaan jijik ni...
Selepas SPM sy mengali kemurungan yg teruk dan pada 2017 sy mendapatkn rawatan di klinik psy gara2 kemurungan sy ni dn di sahkan ada penyakit SOCIAL ANCIETY DISODER.Bila Dr tanyakn sy mengenaik nafsu sex saya,sy x bagi tau sbb ni isu sensitif sy malu..
Sapa2 tolong saya 0199798302..