Friday, July 18, 2014

Salahkah Mahu Jadi Seorang Yang Bercita-cita?





أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم



Saya suka sangat dengan post Aiman Azlan yang terbaru ini.
Suka sangat.

Suka sangat dan sangat.


Selalunya sesuatu yang kita suka itu sudah tentu ada kaitannya dengan diri kita, bukan?


Someone Ridiculed My Ambition - Aiman Azlan


Saya seorang pelajar Bahasa Arab.
Namun salahkah andai saya cuba untuk memasang satu cita-cita yang lain?
Sedang ia jauh berbeza dari apa yang dipelajari?



Saya budak yang ambil jurusan Bahasa Arab tetapi saya bercita-cita mahu jadi seorang kaunselor. Atau mungkin apa-apa yang berkaitan ahli psikologi.


Saya sayangkan segala perkara yang berkaitan Bahasa Arab dan guru-guru Bahasa Arab yang tersangatlah baik hati, penyayang dan penuh motivasi sungguh tiada ganti.


Serta sahabat-sahabat Bachelor of Arabic yang tetap sangatlah happening dan tsiqah walau kita merupakan golongan minoriti di kampus UIAM kebanggaan itu.


Kenapa ayat macam rasa nangis nak grad pula sedangkan ada 2 tahun lagi ni.
Waa. Tukar ayat.


Mahu jadi seorang kaunselor, bukan bermakna kitalah yang paling baik sehingga bisa untuk menasihati ramai orang.


Mahu jadi seorang kaunselor, bukan bermakna memaksa manusia melepaskan rasa bergantung harap dan bantuan kepada yang selain Allah.


Kerana dengan jadi seorang kaunselor itulah, baik yang menasihati dan yang dinasihati itu sama-sama berusaha untuk dekat kepada Allah melalui hikmah cabaran dan ujian-Nya.


Kerana dengan jadi seorang kaunselor itulah, kita cuba untuk lembutkan hati melihat kekhilafan dan muhasabah sendiri bersyukur dengan segala nikmat kurniaan-Nya sedang yang lain jauh ditimpa dugaan yang lebih berat.


Kerana dengan jadi seorang kaunselor itulah, baru kita tahu, betapa ramai jiwa-jiwa yang memerlukan belaian dan pandangan rahmat setelah lemas berada dalam pandangan yang hanya mahu merendahkan diri.


Ada jiwa-jiwa yang perlukan seseorang untuk sekurang-kurangnya mendengar.

Kita manusia maka kita sendiri tahu bahawa menyedari keperluan jiwa sendiri untuk difahami.


Mahu jadi seorang kaunselor itu mengajar erti memberi.
Walau hakikatnya mungkin hati sendiri sedang terluka.

Walau hakikatnya mungkin hati sendiri perlu masa untuk mengubati lara.


Namun dengan memberi itulah yang menjadi penawar dalam menemui kebahagiaan.
Kerana dengan memberi itulah kita mengenal erti bahagia.
Saat melihat yang lain bahagia maka hati sendiri juga bisa untuk terus kuat tersenyum walau dalam duka. 


Itu pandangan saya.
Atas cita-cita yang saya pegang dan impikan.



"It is not a burden. It is an honour.It is an honour to be put in a position where people come to you to vent and to express their deepest worries, to share their most personal issues, and to give permission to you to see a side of them that they don't show to other people, not even the people closest to them"

- Aiman Azlan -





"It is an honour to be put in that position; a position of service. Serving other people is an honour. Serving other people for the sake of God is a bigger honour."
-Aiman Azlan -


Tidak tahu bagaimana caranya.
Dari bidang bahasa mahu dan ingin terbang menyelami bidang kemanusiaan.


Cuma satu yang saya yakin.


Andai kita punya cita-cita yang dipasakkan niat hanya kerana Dia.
Insya-Allah pertolongan-Nya pasti ada.


This applies to almost every inches in our life.


Terkadang kita tiada menyedari.
Pada kita, jalan yang kita lalui itu penuh kepayahan.
Pada kita, jalan yang sedang dititi itu susah.
Namun kita tidak sedar.
Dengan adanya Dia, tiada apa yang bisa dikatakan mustahil.
Asal sahaja kita terus ikhlas dan berusaha.


Berbicara mengenai cita-cita akan menjadi seorang kaunselor.
Saya suka untuk berbicara mengenai dia yang sentiasa istimewa dalam hati.


Sungguh pada diri Rasulullah SAW itu penuh contoh dan teladan.
Andai ada yang bertanya, pastinya jawapan yang diberikan Baginda berpandu wahyu.
Andai ada yang salah, pastinya Baginda menunjukkan jalan yang benar.
Dengan penuh kasih sayang.
Jauh mahu memandang rendah.
Kerana Rasulullah SAW tidak pernah mahu 'judge' manusia lain.


Hiba. Dirinya sungguh benar tiada ganti.
Allahumma solli 'ala Muhammad.


Andai ada cita-cita. Carilah teladan dalam diri Rasulullah SAW.
Dan jadikan Baginda sebagai role model.








Andai tidak ahli psikologi.
Untuk menjadi seorang pakar psikiatri kanak-kanak atau remaja juga saya rasakan begitu menarik.


Selalu rasa nak bantu kanak-kanak.
Kanak-kanak yang mungkin istimewanya berlainan daripada kanak-kanak yang lain.


Selalu rasa nak bantu remaja.
Kerana remaja punya potensi yang besar andai dihalakan didikan pada jalan yang benar.


Saya tidak tahu apa yang begitu menarik.
Tetapi..ia tetap menarik.


Kadang-kadang kita tiada bisa mampu untuk capai semua manusia.
Namun cukuplah andai mereka tahu bahawa.
If you need me, i'm all by myself.
Anytime or anywhere.
Always here for you.


Dan.. itulah kisah cita-cita saya.
Mata mengecil pandang ke langit biru dengan wajah yang penuh semangat.
Air mata keluar setitik.


Kembali main pasir pantai.
Buat sandcastle.
Ada Cinderella. Dan..Prince Charming.


Cuma maaf. Perangai yang macam ini tak dapat nak buang.
Muehee.



"I am an Arabic student, who hopes to be a counselor (or the likes of it) someday"
Twist ayat Aiman Azlan sedikit.








Orang kata.
You masuk universiti. You got a degree. And you succeed.
No degree. You are ever a failure


Itu orang kata.
Cuba diri sendiri lihat apakah sebenarnya yang dikatakan orang itu selamanya benar?


Ada sahaja dari pengalaman-pengalaman yang diri dengari.


Kelulusan SPM tidak seberapa. Bukan lulusan universiti lantaran tiada kewangan yang bisa membantu untuk membiayai pelajaran di mana-mana institut pengajian.


Namun ada sahaja yang berjaya.


Pernah dengar kisah akan pengasas Sendayu Tinggi?
Yang dahulunya penoreh getah yang cukup perit hidup dalam kedhaifan cuma.
Namun kini sudah bergelar jutawanita.


Ini bukan mahu bilang tidak perlu usaha sungguh-sungguh atau tidak perlu untuk belajar tinggi supaya bisa masuk universiti.


Bukan.


Ini bicara tentang bagaimana hebatnya usaha.
Hard work beats talent when talent fails to work hard.


Ini juga bicara tentang bagaimana untuk menjadi seorang manusia.


Hidup kita andai belajar tinggi-tinggi namun tiada bisa melahirkan sesuatu yang bisa memberi manfaat kepada manusia.


Alangkah ruginya.


Kita belajar bukan semata mahu jadi kaya sendiri. Ada rumah besar, ada Lamborghini mewah dan punya baju-baju yang cantik.


Kita belajar supaya kita tahu bagaimana memanfaatkan ilmu untuk membantu yang lain.
Moga nantinya itu yang menjadi saham penyelamat di akhirat sana kelak.






Nak tahu satu benda tak.


Bila kita lihat manusia hebat daripada kita, sebenarnya dia juga biasa-biasa macam kita dan kita juga biasa-biasa macam dia.


Mahu tahu apa yang menyebabkan seseorang itu kelihatan lebih luar biasa bagus?


Kerana dia menggerakkan sesuatu yang tidak kita gerakkan. Sedangkan kemampuan kita dan dia sama sahaja. Andai Allah beri dia kelebihan dia di situ maka kelebihan kita di sini. Yang bezanya, dia menggerakkan kelebihan dia di situ namun kita tidak menggerakkan apa-apa walau kita punya kelebihan di sini.


Umpama seorang yang tahu 3 patah perkataan English dan seorang yang tahu 2 patah perkataan English. Yang dipandang lebih hebat sudah tentu yang mengetahui 3 patah perkataan bukan. Sedangkan dia hanya mengetahui lebih 1 sahaja. Begitulah perumpamaannya. Dan begitulah bagaimana ilmu membezakan tingkatan manusia.


Jadi, buatlah hanya perkara-perkara yang baik.


Andai boleh menulis, tulislah perkara-perkara yang baik. Walau kita rasa tiada yang baca. Terkadang saat Allah membuka hati walau seorang yang terkesan, mungkin itu yang berkualiti dan kebaikan makin tersebar.


Andai boleh mengajar, ajarlah perkara-perkara yang baik. Terkadang tidak semua benar-benar bisa mengajar kerana mengajar itu juga ada seninya. Ajarlah dengan ilmu yang dianugerahkan Allah kepada kita. Apatah lagi ilmu yang mungkin belum berkembang dan yang seharusnya diamal buat bekalan ke sana. Sungguh kerja seorang yang mendidik dengan ilmu itu mulia.


Andai kita punya kudrat dan sentiasa suka untuk menolong, maka tolonglah sedayanya kita. Mereka yang tiada suka untuk menghampakan harapan orang lain maka Allah juga tiada akan memberikan sesuatu yang mengecewakan buat dirinya. Pertolongan-Nya jua sentiasa ada dan dekat tanpa sedar. Percayalah.


Andai kita punya bakat dalam multimedia maka hasilkan video-video tarbiah yang mengajak manusia mengenali Allah. Maka cubalah hasilkan animasi Islami yang bisa membawa pengaruh besar dalam dakwah yang mungkin sekaligus mengangkat nama negara hingga ke antarabangsa.


Dan usah sesekali memperlekeh kebaikan atau impian yang ingin dilakukan yang lain walau mungkin sebesar kerikil cuma. Kerana hati-hati yang menerima kebenaran itu kuncinya ada pada Dia. Dia yang memegang hati-hati manusia.


Saat ada yang beritahu bahawa dia tiada kelebihan maka jawapannya tidak. Tidak, awak ada kelebihan cuma ia soal terus berusaha atau berhenti sebelum selesai mencari.


Andai tidak bisa untuk berbuat banyak maka buatlah sedikit. Dari sedikit pastinya tanpa sedar akan meningkat. 


Andai tidak bisa untuk berbuat banyak maka buatlah sedikit. Satu yang pasti bahawa itu lebih baik dari tiada melakukan apa-apa.






"When a peer comes to me to share his problems with me, even if I don't give any type of solution to him, he feels better because there is somebody out there who is willing to listen.

We don't realize the value of simply listening to someone. In a world full of noise, sometimes all we want is for other people to listen to us. To listen to our pain and to share a little bit of it. 

So yeah, I am not going to let some guy squashes my ambition with his negative attitude."


- Aiman Azlan -




Ada manusia yang terhadkan kemampuan dirinya.
Sedang dia tidak tahu potensi dirinya melebihi dari apa yang dia sendiri fikirkan.


Usah sesekali memberi kata 'limit' akan tiap keupayaan diri kita.
Cubalah dahulu.
Akhirnya baru kita tahu.
Langit di mana dan bumi di mana.


Hidup ini cukup mudah.
Jadi hamba yang bertaqwa.
Jadi orang yang baik.
Berbuatlah hanya perkara yang baik.
Moga pengakhirannya nanti jua baik.
Ameen ya Rabb.



-------------------------------------------------------------------------------------------------



Andai ada apa-apa permasalahan atau pertanyaan, boleh kongsikan bersama kami di ask.fm/terapinoetik.


Kami dari Noetic Production dah buat rangkaian baru untuk reach the people!
Tanyalah apa-apa sahaja soalan. Boleh secara anonymous. We accept all kind of questions. Selagi kami boleh berkongsi insya-Allah akan kami cuba.


Andai anda lelaki dan mahukan bicara privacy antara lelaki, boleh hubungi NP consultant Amirul Bin Ramli secara personal.
| amirulbinramli.blogspot.com |


Atau boleh jua hubungi saya secara personal di RabiatulFaazra@FB dan juga dibuka sebarang pertanyaan di ask.fm/RabiatulFaaza.



Noetic Production, NP dengan motonya "Rasai Perubahan Emosi" diasaskan untuk memberi pendedahan berhubung aspek ketagihan, masalah emosi, tekanan perasaan, motivasi dan juga pembangunan diri.


NP menggunakan pendekatan neurologi, psikologi dan juga bidang ilmu yang berkait rapat untuk melakukan perubahan mental, fizikal dan juga spiritual ke arah matlamat hidup yang diimpikan.


Medium yang digunakan ialah blog, cerpen, novel, buku motivasi, termasuk juga podcast dan video.


No comments: