Monday, November 4, 2013

Motivation for not-yet-Dean’s List students?



أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 بسم الله الرحمن الرحيم


[now in SecondYear First Sem]


“Akak, saya tengah sedih ni sebab CGPA saya bawah 3. Akak, macam mana saya nak naikkan CGPA?


“Saya tak tahu la macam mana nak dapat dean’s list. Macam mana awak belajar?”


Sejak dari zaman sekolah, pencapaian akademik saya bisa membanggakan keluarga. Tiadalah sehingga memecahkan rekod dunia dan masuk TV namun kiranya sudah bisa menjadi contoh kakak yang baik buat adik-adik tercinta. Alhamdulillah. Itu juga suatu kebahagiaan. Bahagia mereka. Bahagia saya.


Mengenali dunia universiti juga begitu. Syukur kerana setiap sem hingga kini tiada terlepas dari dean’s list result. Maaf andai kelihatan menunjuk. Moga Allah sentiasa menjaga hati saya melakukan sesuatu hanya kerana Dia. Harap yang membaca mendoakan keikhlasan saya dalam tiap hal hatta memberi makan seekor kucing. Namun, saya tiada peduli apa kata orang andai ini bisa memberi kebaikan buat diri yang lain.


Cuma saya pinta.
Dengari saya dahulu.
Kerana saya mahu membawa diri terbang jauh pergi menggapai mimpi.
Hingga tiada terpijak bumi.


Sementara saya masih layak dengan apa yang Dia kurniakan.
Saya tahu saya perlu berbicara tentang ini.
Saya suka berkongsi.
Dan ia tidak lar dari sebuah pengalaman sehari-hari.
Yang mengajar erti kehidupan.


Ini merupakan entri yang sangat panjang.
Dan telah saya ketegorikan mengikut persoalan.
Siapa yang rajin mahu baca panjang begini bukan?


Jelir lidah 1 cm.


Boleh copy tajuk yang mahu - tekan Ctrl+F - paste - enter - baca.


“Susahlah nak berjaya”

“Course ini bukan minat saya”

“Sian mak ayah aku. Hantar aku belajar tapi dapat keputusan tak memuaskan”

“Bahaya juga andai sentiasa berjaya...”

“Belajarlah ikhlas kerana Allah. Usah belajar kerana mengejar pandangan manusia. Itu menyakitkan”

“Dia tak solat pun dapat pointer tinggi? Pergaulan pun tak jaga. Siap mesej calling dengan pakwe lagi setiap malam. Hujung minggu selalu keluar berdua. Tapi pointer dia tetap tinggi setiap sem. Saya walaupun solat dan jaga pergaulan, kenapa Allah tak bagi saya pointer yang bagus? Saya rasa hidup saya tiada guna dan Allah tak sayangkan saya”

“Kawan-kawan saya memang pandai course tu. Saya ni dahlah tak minat tambah pandai tu jauh sekali. Rasa rendah diri”

“Sebenarnya apa yang saya mahukan dalam hidup?”

“My Last Two Cents”

 



“Susahlah nak berjaya”


Satu yang harus diingat dalam kehidupan.
Nak berjaya bukan semudah duduk di bawah pohon kelapa dan coconut shake datang secara tiba-tiba.


Masih teringat sewaktu CFS. Seorang sahabat yang dikenali dengan cemerlangnya dia setiap semester. Ada subjek yang berjaya diraih markah penuh. Full. Bukan untuk soalan 10 markah, bukan untuk soalan 20 markah, bukan untuk soalan 30 markah dan bukan untuk soalan 40 markah. Bangga punya sahabat sepertinya. Persoalannya, bagaimana dia lakukan. Apakah dia stay up tiap-tiap malam atau apakah dia makan kurma dan kismis dengan begitu banyak?


Hingga satu hari bertandang ke biliknya dengan tujuan menziarahi classmate satu course sebilik dengannya yang demam hingga tidak mampu ke kelas. Dan tika itu saya tahu kenapa dia berjaya. Bukan kerana dia dilahirkan genius. Bukan kerana dia memborong berbalang-balang madu. Masih segar di ingatan tika itu kelas kami untuk subjek yang sama baru berakhir. Rata-rata pasti rindu akan katil dan ini adalah masa untuk beristirahat sepenuhnya. Namun tidak dia yang tekun di meja dan terus menyiapkan kerja sekembali dari kelas. Tidak bertangguh.


Dia berjaya kerana sikap.


“Saya tak bijak jadi memang tak akan berjaya”


Who says? Andai kita belum mencapai kejayaan yang kita mahukan, itu bukan kerana diri kita tidak bijak. Itu mungkin kerana sikap kita. Kajian menunjukkan bahawa faktor sikap menyumbang 93% kepada kejayaan manakala faktor ilmu, maklumat dan kemahiran sebanyak 7%.


Kerana itu air yang berterusan mampu melekokkan batu yang keras. Lihat sikap air yang konsisten. Istiqamah.


Tak mengapa kalau rajin buka Facebook. Kalau buka Facebook 2 jam maka belajar biar 4 jam. Kalau buka Facebook selama 4 jam maka belajar biar 8 jam. Tetapi kalau sememangnya nafas rasa tercungap bila tak buka Facebook selama 24 jam…


Itu memang masalah. Lebih bermasalah daripada kucing. Kerana kucing juga bisa hidup melompat riang walau tanpa Facebook.





“Course ini bukan minat saya”


Berbicara tentang minat.


Minat saya sendiri bukanlah dalam jurusan yang diambil. Bahasa Arab cuma sampingan dalam kehidupan saya. Dan hakikatnya, saya sebenarnya lebih meminati Bahasa Inggeris.  Ramai menjangka kebanyakan pelajar Bahasa Arab adalah dari aliran sastera. Namun andai ditimbang, kiranya ramai jua dari aliran Sains Tulen. Ada yang mendapat tawaran namun mahu mengambil bidang berbaur bacang agama. Ada yang meminati Sains namun menuruti kehendak ibu dan bapa.


Dan saya. Saya hanya mengelip mata apabila tangan sendiri yang meletakkan pilihan pertama UPU adalah Bahasa Arab UIA. Sedangkan saya sendiri jua belum memahami mengapa ini terjadi. Kerana minat utama saya adalah dalam bidang psikologi dan art. Sewaktu dahulu saya ada memasang impian mahu ke Yayasan Restu untuk mendalami khat. Ada juga bercita-cita mahu mengambil jurusan berkaitan kesenian terutama seni halus dan kartun animasi serta dubbing.


Minat saya dalam psikologi terlalu mendalam sehingga saya telah membeli sebuah buku Psikologi berwarna kuning walaupun belum terusik dan indah tersusun di dalam almari. Saya begitu meminati psikologi sehingga melakukan observation dan kajian tidak rasmi sendiri. Dan minat itu makin jelas terserlah apabila mengambil inisiatif untuk belajar daripada Mr.Google hingga mengetahui maksud ambivert, extrovert, introvert, teori Myers Briggs dan lain-lain yang bagai. Itu belum seni. Walau dalam keadaan kerja yang banyak, relaxation saya adalah drawing and colouring.


Namun itu hanya tinggal impian kerana sebenarnya jarang dilakukan mengikut adat. Iyala. Budak Sains Tulen. Tidak lain harus ambil Medik. Farmasi. Optometrik. Typical. Saya suka pisau. Saya suka memotong kayu apatah lagi dahulu cikgu memasukkan saya ke dalam kelas KMT bersama lelaki walaupun saya merasakan bahawa saya selembut Barbie. Saya suka tengok darah orang accident kerana curiosity yang tinggi. Tetapi saya memang tak nak medik kerana bimbang sibuk. Kasihan anak-anak dan suami saya nanti.


Harus bagaimana lagi.
Beginilah pemikiran bakal isteri yang solehah.


Dan saya rindukan Additional Mathematics. Saya rindukan Biologi walau dahulu sengaja mencari tempat di belakang sebagai port yang cantik untuk tidur. Saya rindukan Fizik dan dengan cikgunya sekali. Itu belum Kimia bersama eksperimen oxidation and reduction yang seronok.


Ah, saya rindukan itu semua! Begitu rindu.


Sebelum memasuki UIA, saya jua tertanya sendiri.
“Bahasa Arab, belajar apa. Ana-enta sahajakah?”


Tonggak utama Bahasa Arab adalah Nahu dan Sorof. Kami juga ada Nahu1 Nahu2 Nahu3 Nahu4. Sorof1 Sorof2 Sorof3. Balaghah yang paling cantik dan seronok.


Bahasa Arab ada matematiknya dalam subjek Sorof. Salah baris hilang markah. Salah wazan zero mark. Umpama matematik. Kalau yang atas salah, yang bawah mungkin juga terikut salah. Apatah lagi harus mengingati bentuk wazan yang amat banyak. Amat banyak. Banyak.


Bak kata Ustaz, orang yang belajar Bahasa Arab melatih minda supaya analytical. Mahu I’rab itu bukan senang. Harus fikir dahulu dhommah fathah kasrah. Marfu’ mansub majrur. Pening macam naik buaian.


Kata Ustaz lagi, Sorof is a form of engineering. Cuma kita engineer in word. Membina perkataan itu dan ini.


Bahasa Arab juga mengajar kekreatifan dalam Balaghah. Kalau Balaghah sahaja harus tidak lari dari ayat-ayat Al-Quran. Dan benarlah Al-Quran itu mukjizat.


Ini Ustaz yang kata.
Jadi, BARB students boleh senyum lompat-lompat bintang sekarang.


Maaf, ‘bias’ sekejap.


Jadi, sebenarnya apa yang saya mahu sampaikan?


Andai sudah terlanjur berada pada course yang tidak diminati, usahalah untuk menimbulkan minat. Didik hati untuk suka belajar sesuatu yang baru.


Tidak semestinya tiada minat tidak boleh berjaya kerana minat itu bisa dipupuk.
Tetapi andai benar sengaja tidak mahu usaha menimbulkan minat kemungkinan 'tidak berjaya' itu tiada mustahil.

Dan cari keunikan dalam course sendiri.





“Sian mak ayah aku. Hantar aku belajar tapi dapat keputusan tak memuaskan”


Ya, harus juga ada perasaan sebegitu. Fikirkan pengorbanan ibu dan ayah. Berapa banyak sudah ibu dan ayah laburkan untuk pendidikan kita. Bermula tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan sekarang di universiti. Ternyata ibu dan ayah pelabur yang paling berkeyakinan tinggi di dunia. Kerana kelihatan begitu pasti berkorban walau demi seorang anak yang sedang belum tentu ada pulangan hasilnya. Apatah lagi anak macam kita. Ya, anak generasi kini.


Orang Cina rajin membaca buku. Orang Melayu rajin membalas SMS cinta.
Orang Cina begitu bersungguh dalam tindakan. Orang Melayu memang banyak hangat-hangat tahi ayam.
Orang Cina ramah dan menjaga etika ketika berurusan. Orang Melayu pantang terusik sedikit terus melenting hingga ton suara bisa mengejutkan 10 ekor ayam di kampung jiran sebelah.


Sebab itu mereka kelihatan berjaya dan membangun.
Kerana kita sendiri tidak mengikut apa yang telah diajar Rasulullah.


Usah sia-siakan harapan ibu dan ayah.





“Bahaya juga andai sentiasa berjaya..”


Buka portal.
Klik result slip.
Semester 2 2012/2013.


Syukur.
Subjek ni A. Fuiyo mantap mumtazah. Subjek ni B. Bolehlah, kan tough berketul-ketul subjek ni. Subjek ni A. Wow begitu power sekali.  Ini pun A. Subjek ni B+. Bayan C+. oo Bayan dapat C+.


What, I got C+ for Bayan??!


Jantung luruh.
Alhamdulillah.


Hati tetap masih lagi terpana. How come I got C+?
For a maintain DL student, it is a disaster. A monster. Can't believable.
It is just so tragic. Worst nightmare. Oh my.

Angkat tangan ke bahu. Mata ke atas.


“Assalamualaikum. Akak, saya nak tanya tentang senarai Dean’s list boleh?”
Waalaikumussalam wbt. Ya, kenapa?”
“Yang untuk majlis Dean’s list tu, dia ambik pointer 3.7 ke atas sahaja ke?”
“Dia ambik 3.5 ke atas. Kenapa dik?”
“Oh. Sebab pointer saya atas dari 3.5 tapi nama tak ada. Kenapa ye?”
“Oo ye ke. Tak tahu pula sebab sistem yang bagi nama. Sekejap ye, akak check. No matrik?”
“1211***”
“Em. Oh, ok. Dah faham”
“Macam mana ye kak?”
“Awak ambil short sem kan. Sem 3. Short sem, kira pointer awak naik dari sem 2. Tapi tak dikira walaupun ada dua A sebab subjek sikit je. Kita kira sem 2”
Sem 2 bukan masih DL juga ke.
Rupanya…sem 2 boleh, tetapi…
“Tetapi sem 2 awak ada C. Hehe. Sistem tak kira”
“Oo. Kiranya kalau dapat pointer tinggi tapi dapat C, dia tak bagi ye?”
“Haa, tak bagi”
“Oo. Kiranya lepas ni memang tak dapat atau untuk sem tu sahaja?”
“Untuk sem ni sahaja sebab kita bagi mengikut sem”
“Oo, macam tu. Terima kasih ye kak. Hehe”
“Sama-sama. Tak apa, cuba lagi”

Tersengih kakak tu. Balas sengihan dia balik.


Saya rasa macam saya jatuh. Tetapi sebenarnya saya sedar saya masih bangun dan tiada sebab untuk jatuh. Baru ditarik sedikit. Saya rasa hati saya belum cukup bersyukur. Kerana saya kagum dengan mereka yang not-yet-dean’s list tetapi begitu reda dan tak putus asa. Walau ada yang mengeluh namun masih kuat semangat untuk berusaha. Saya juga tidak pasti apa yang dirasai.


Mahu dikata sedih tiada sesedih mana.
Mahu dikata gembira tiadalah terlalu.
Ada suatu perasaan aneh menyelinap.
Bahagia.


Dan akhirnya saya belajar sesuatu. Hidup saya bukan mahukan dean’s list semata tetapi saya mahu belajar bagaimana reda dan menerima kenyataan dengan yang sebenarnya. Bagaimana mendidik hati dengan sifat qanaah. Dan dengan segala apa yang saya bisa capai sebelum ini, Allah cuba mengambil ‘satu’.


Ada seorang kakak yang antara top BARB students berkongsi kisah dengan saya. Bukan dia tidak pernah jatuh. Dia juga pernah merasai satu tika dengan keputusan mid-term yang jauh begitu teruk. Siapa sangka. Tangisan menemani. Namun semangat ditiup sendiri. Harus bangun sendiri. Hingga menanam nekad untuk usaha seoptimum yang boleh. Dan harapan untuk keputusan final A dengan markah mid-term sebegitu bisa dibuktikannya tiada yang mustahil. Yeah, she got A. Alhamdulillah.


Mana bisa hati harus mengalah.
Mana bisa jiwa terus lemah.
Inilah bahagia.


Saya tahu di mana silap saya untuk satu subjek itu. Memang silap saya. Kerana waktu itu saya sengaja mencabar diri untuk sibuk dengan 3 persatuan. Bukan sekadar peserta tetapi committee. Kerana saya mahu mencuba sesuatu yang baru. Saya bukannya seorang pandai dalam bersociety tetapi saya hanya mahu cuba. Dan itu merupakan satu risiko level tinggi buat saya jenis pelajar yang duduk bilik-hadap buku.


Ya, mungkin juga salah kerana memilih menyertai 3 persatuan sekaligus. Gelak besar.Mana saya tahu sesibuk itu. Muka innocent.Dan tersilap kerana subjek itu amat mementingkan carry mark kerana telah terdengar ura-ura Bayan memang killer subject. Tetapi tidak sebenarnya, Bayan subjek yang seronok. Buat yang belum ambil lagi, do the best. Hayati subjek ini.


Walaupun C+.
Tetapi saya bahagia.
Masih teringat akan pesanan Br. Firdaus "it is not a mistake to make a mistake".


Daripada dean’s list saya belajar erti kehidupan untuk terus menjalani hakikat hidup.
Bukan hidup untuk dean’s list semata.
Saya benar belajar untuk reda dan syukur.
Terutama untuk sesuatu yang sentiasa kelihatan menjadi ‘milik’ kita.


Dan ini yang saya minta daripada Allah lewat doa saya.
Maka Dia beri.
Sungguh. Maha Penyayang dan Pengasih.
Alhamdulillah.


Daripada-Nya saya mohon.
Kerana saya mahu belajar bagaimana menjadi seorang yang ikhlas.


Bahaya juga apabila sentiasa berjaya dan tidak mahu belajar mengenali erti kegagalan.

Dare to do something new.

A person who never made a mistake never tried anything new - Albert Einstein

Belajar daripada kesalahan dan ubah.Find a new way better. That's how we live a life.

"Dapat A sahaja selalu tak seronok gak. Kadang-kadang hidup perlu ada 'surprise'. Hehe"





“Belajarlah ikhlas kerana Allah. Usah belajar kerana mengejar pandangan manusia. Itu menyakitkan”


Kalau kita belajar kerana Allah, tiada istilah gagal dan tidak berjaya.
Tidak ada.


Cuma ia dinamakan satu proses pembelajaran yang sangat panjang.
Dan seronok.
Hingga kita kembali menemui-Nya.


Ada situasi.
Sebelum faham sesuatu harus jatuh dulu.
Sebelum ingat sesuatu harus sakit dahulu.
Bila dah bangun, tiba-tiba mahu jatuh lagi.
Usaha untuk bangun namun jatuh lagi.


“Orang senang bilang usah terus jatuh, bangkitlah. Tetapi mereka tiada pernah mengetahui betapa payah dan jerihnya dalam usaha untuk bangun itu sahaja. Kerana mereka tidak pernah rasa apa yang aku rasa. Penat”


Ada yang meluah begini.
Ya, betul.
Saya begitu merasakan itu walau saya sendiri tidak pernah merasa.


Itu kerana kita mengukur kejayaan sebenar dalam hidup adalah Dean’s list.
Pointer tinggi bermakna berjaya dalam hidup.
Pointer rendah bermakna tiada peluang cerah di masa hadapan.


Walau saya sendiri setiap sem sentiasa memperoleh rezeki Dean’s list namun saya sendiri kurang dengan pemikiran begini.

Bosan.

Cuba kita keluar dari kepompong pemikiran.

Berfikir di luar kotak.

Outside the box.

Belajarlah kerana Allah.
Bukan belajar kerana kita mahukan Dean’s List.
Bukan belajar kerana kita sendiri mahu berjaya.
Tetapi belajarlah kerana Allah yang mahu kita berjaya.
Dan fahamilah kejayaan bagaimana yang Allah mahukan.


‘Belajar’ untuk tahu.
‘Belajar’ untuk faham.
‘Belajar’ untuk amal.
‘Belajar’ untuk menyebarkan.
‘Belajar’ untuk membentuk akhlak yang baik.
‘Belajar’ untuk membina diri menjadi insan yang memberi.
‘Belajar’ untuk membantu menaikkan ummah.


Andai belajar demi mengikut keselarian pandangan manusia maka percayalah ada satu masa hati merasa letih.


Usah belajar kerana manusia.
Tika kita dean’s list, ramai orang memandang dan mendekat. Tunggu saat diri mula jatuh maka lihatlah siapa lagi yang bisa kekal di samping. Kalau kita belajar kerana manusia, it ain't going nowhere. Sungguh.


Bukan tidak boleh andai punya impian naik ke pentas mencapai sijil dean’s list. Bukan tidak boleh andai mahu berimpian ingin membina kehidupan dan jawatan kerja yang baik dengan dean’s list. Tiada yang salah.


Namun biar kita didik hati agar fokus utama kita belajar adalah kerana Allah.
Saya juga begitu.


Terkadang ada pelajar yang kurang dalam pencapaian akademik tetapi mempunyai kebolehan yang lain.

Kebolehan pemikiran yang tidak terkongkong. Pemikiran yang terbuka dan luas.
Punya idea yang tidak tersekat pada apa yang ada. Kreatif dalam menyelesaikan masalah.
Namun tidak pula saya katakan pelajar dean’s list tidak begitu.
Saya tidak putih dan tidak hitam. Saya berada di garisan kelabu.


Harus ‘set’ pemikiran bahawa cabang kejayaan di dunia itu luas.


Luas.


Dan yang pasti kejayaan itu adalah apabila dengan ilmu membuat diri merasa diri lebih menjadi seorang hamba.


Kerana tujuan menuntut ilmu moga lebih mendekat dengan Dia.
Mewujud rasa takut dan harapan. Khauf dan raja’.


Saya juga punya impian.Yang agak aneh mungkin.

Menjadi seorang pelukis seni 3D yang terkenal.
Atau pemilik khat yang mempunyai cawangan yang besar.
Atau pereka game kanak-kanak dalam Bahasa Arab.
Membuka pusat untuk remaja yang bermasalah dan memberi bantuan kaunseling.

Dream. Segalanya sweet.

Andai benar saya telah berjaya menggapai impian ini, mintalah saya belanja makan.

Muka serius.





“Dia tak solat pun dapat pointer tinggi? Pergaulan pun tak jaga. Siap mesej calling dengan pakwe lagi setiap malam. Hujung minggu selalu keluar berdua. Tapi pointer dia tetap tinggi setiap sem. Saya walaupun solat dan jaga pergaulan, kenapa Allah tak bagi saya pointer yang bagus? Saya rasa hidup saya tiada guna dan Allah tak sayangkan saya”


Harus direnung kembali makna kejayaan.


Cuba copy ini “Belajarlah ikhlas kerana Allah. Usah belajar kerana mengejar pandangan manusia. Itu menyakitkan”
Tekan Ctrl+F.
Paste.
Dan baca.


Kita nak tuntut ilmu biar berkat. Kehidupan seharian biar ikut apa yang Allah suruh. Kerana itu masih ada golongan yang menuntut ilmu namun masih melakukan kemungkaran kerana ilmu tidak berkat. Ilmu yang ada tidak mampu ‘menjaga’ diri. 'A' sekadar di atas kertas. 4 flat sekadar nombor. Tidak membawa apa-apa makna.


Kita tuntut ilmu untuk diamalkan. Kita tuntut ilmu nak biar ilmu itu mewujudkan rasa takut kepada Allah, biar takut nak buat maksiat. Tahu mana salah mana betul. Tahu mana Allah suka dan tidak suka.


Andai ingin mengukur kejayaan, ukurlah kejayaan pada pandangan Allah, bukan kejayaan menurut pandangan manusia dan dunia.


Cuba copy-Ctrl+F-paste ini juga.
“Sebenarnya apa yang saya mahukan dalam hidup?”





“Kawan-kawan saya memang pandai course tu. Saya ni dahlah tak minat tambah pandai tu jauh sekali. Rasa rendah diri”



Bercerita tentang pengalaman.


Pernah juga terdetik di hati. Apakah saya mampu membawa course ini. Saya bukan seorang yang expert dalam Bahasa Arab. Mahu dikatakan minat..em, pada awalnya 50-50. Yang penting saya suka belajar. Apatah lagi sesuatu yang baru. Kerana saya sukakan kelainan. Dan cabaran.


Melihat surrounding jurusan Bahasa Arab, ratanya sudah memiliki latar belakang yang berkaitan course diambil.


Ada daripada maahad. Sudah mengetahui terlebih dahulu apa itu adab wa nusus. Sedang itu adalah satu perkataan yang baru bagi saya. Ketika di universiti baru saya bertatih mengenali syair-syair Arab. Sedang yang lain telah lama menghafal sedari pendidikan sekolah menengah.


Kalau tidak dari maahad maka ada datangnya dari latar belakang pondok.
Kalau tidak pondok jua, punya keluarga yang kuat akan agama. Paling tidak ada seorang ayah yang mengetahui tentang kitab-kitab Arab yang banyak. Paling tidak, di rumah ada kitab-kitab Arab yang unfamiliar di telinga saya yang menggemari buku seram dan detektif English jua komik Gempak sesekali menumpang bahan bacaan adik.


Saya tidak punya itu semua. Namun Alhamdulillah kerana ada latar belakang SMKA.
Walau tidak pernah mengetahui apa itu SMU. Bagaimana pembelajaran di maahad.
Pengajian di pondok itu bagaimana. Apatah lagi dengan kitab-kitab Arab yang tidak pernah saya dengar namanya.


Saya terasa diri saya begitu kecil sekali.
Terlalu banyak yang harus saya pelajari.


Saya tidak sedih malah terasa beruntung kerana punya sahabat yang bisa dirujuk. Kerana mereka punya ilmu dan pengalaman yang lebih daripada saya.


Alhamdulillah, masih bisa DL lagi dengan izin-Nya.
Kalau saya yang tidak seberapa ini boleh, mengapa tidak awak yang lebih hebat?


Tanam minat. Yakin diri. Usaha sepenuh usaha. Percaya kepada Allah. Dan reda dengan ketentuan-Nya.


“Information is not a knowledge” – Albert Einstein


Maklumat itu apabila kita punya fakta tentang sesuatu.
Ilmu itu tika kita boleh mengaplikasi apa yang diketahui kerana adanya kefahaman dan penghayatan.


Bila kita tahu dan punya ilmu bahawa menutup aurat itu wajib tetapi tidak bertindak seperti ilmu yang dipelajari maka apa yang kita ada hanyalah maklumat.


Kita penuntut ilmu bukan penuntut maklumat.
Andai benar penuntut ilmu berapa banyak sudah ilmu di dada.
Andai kita penuntut maklumat, menghafal beku dari abjad ke abjad, segalanya lancar dan tenang di dalam dewan peperiksaan tetapi terbang tika tamat paper terakhir…


Menangis.

 



“Sebenarnya apa yang saya mahukan dalam hidup?”


Ya, ada yang mengukur kejayaan itu terletak pada dean’s list.


“Dia menutup aurat tapi mengapa dalam pelajaran tidak cemerlang. Lebih baik saya yang tidak menutup aurat tetapi sentiasa score dalam setiap subjek”


Kita hidup buat satu tempoh yang sementara di dunia.
Kita hidup di dunia untuk satu kehidupan yang abadi.


Exam itu berkali-kali.  Tetapi kehidupan kita di dunia cuma sekali.
Gagal exam bisa diulang kembali. Namun saat gagal akhirat, kaki tidak bisa diiinjak ke dunia lagi.
Hilang segala pangkat, harta dan jua dean’s list yang kita banggakan di dunia.


Apa yang kita ada hanyalah amalan yang benar kerana Dia yang akan datang menolong.


Nak berjaya, dahulukan akhirat dan dunia akan mengejar.
Biar tersenarai dalam deen’s list dan dean’s list akan turut terikut.


Natijah yang sebenar bukan dean’s list.
Hasilnya ada pada diri kita.
Bagaimana setelah sekian lama tempoh menuntut ilmu, apakah ada perubahan positif yang berlaku ke dalam diri.
Andai mahu mengukur kejayaan diri maka hisablah diri.


Kalau kita dean’s list tetapi malas solat Subuh.
Kalau kita dean’s list tetapi tak menutup aurat.
Kalau kita dean’s list tetapi suka mengumpat.
Kalau kita dean’s list tetapi berat dalam menolong saudara.
Kalau kita dean’s list tetapi suka memandang rendah yang lain.Kalau kita dean's list tetapi suka melihat orang lain jatuh.
Dean’s list itu tidak bermakna.


Kalau kita bukan dean's list tetapi dekat dengan al-Quran.
Kalau kita bukan dean's list tetapi hormat ibu dan ayah.
Kalau kita bukan dean's list tetapi rela berkorban buat yang lain.
Kalau kita bukan dean's list tetapi berjubah berniqab bukan kerana manusia.
Kalau kita bukan dean's list tetapi sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Great.


Dean’s list atau tidak kedua-duanya jalan menuju Allah.
Salah satu matlamat kehidupan namun bukan tujuan kehidupan.


Kerana tujuan kehidupan kita adalah kerana Dia.
Dan akhinya kita bakal kembali kepada Allah.


When we are among dean’s list students but act arrogant like we know everything, we should know at the time we’re a loser.


Saya mengenali seorang sahabat yang tiada mempunyai pendidikan khusus, bukanlah seorang pelajar universiti namun peribadinya bisa menerbit rasa yang amat kagum dari dalam hati. Tidak pernah tahu apa itu ‘dean’s list’ tetapi saya tahu tahajjudnya tidak pernah ditinggal, hatinya jauh dari rasa iri terhadap yang lain dan punya jiwa yang sungguh penyayang.


Dan saya.
Saya masih begini.
Memegang dean’s list namun tiada mampu melakukan seperti apa yang dia lakukan.
Saya merasakan bahawa saya perlu ke gua dan bertafakur banyak dan banyak.


Setelah sekian memegang dean’s list. Saya merasakan ini tiada makna andai tiada perubahan dalam ibadah dan akhlak.


Saya mahu menjadi muslimah yang hafizah dan hatinya merasa dekat dengan Al-Quran. Hingga tiap ayat bisa dibawa dalam kehidupan.


Sahu mahu menjadi muslimah yang rendah hatinya untuk terus belajar dan belajar. Hingga jasad tertanam di liang lahad.


Saya mahu menjadi muslimah yang bisa memberi perubahan walau dengan kudrat yang sedikit. Mahu mengubah pemikiran dan membuat hati-hati makin mendekat kepada Allah.


Saya mahu menjadi muslimah yang cakna akan saudara seakidah. Yang kenal makin bertambah sayang. Yang tidak kenal tetap terasa dekat.


Saya mahukan keikhlasan.


Saya belum mampu namun akan terus cuba dan cuba.





“My Last Two Cents”


Terlalu banyak perkara yang ingin dibicara hingga tiada tahu apa lagi yang mahu diutara.


Saya hanya manusia biasa.
Yang suka berbicara dari lubuk hati yang dalam.


Dan saya not-that-so-great-dean’s list-student.
Saya cuma standard 3.5 above CGPA student yang bila-bila masa sahaja Allah bisa menarik nikmat ini.
Andai saya empat rata setiap sem maka sudah lama saya keluar UIA mendirikan rumah tangga dengan dia sehensem Sasuke.


Cuma saya seorang yang suka berfikir.


Yang sentiasa suka merenung kehidupan.
Dan seorang power ranger pink.
Yang berusaha menyelamatkan dunia dari serangan negativisasi pemikiran.


At last. Bagaimana nak naikkan CGPA?


Pejam mata.
Tanya hati.
Buka mata.


Fikirlah.
Saya cuma berkongsi pengalaman dan pandangan.


Tetapi jawapannya ada pada diri sendiri.


Dan...ini saya dah kongsi banyak?


Baik. Akan datang mahu belajar apa itu makna ringkasan.

Cuma satu.
Awak bukan non dean's list student.
Tetapi awak not-yet-dean's list student.
Sama-sama terus usaha ya!






Perkongsian buat semua.


Tamparan buat diri sendiri.


Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca. 



"Ya Allah, jadikanlah bicaraku, tulisanku...adalah ibadah kepada-Mu. Ya Rahman, ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan. Luputkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati andai ada bersarang dalam hati ini. Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku. Ya Raheem, jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini. Ameen Ya Rabbal 'Alameen"

16 comments:

Niena Reen said...

terima kasih kerana berkongsi. sangat memberi inspirasi. suka sangat entry ni. biar panjang mana, tak jemu. :D

nuha said...

entry yang cukup membina..terima kasih atas perkongsiaan..moga Allah redha :')

nuha said...

entry yang cukup membina..terima kasih atas perkongsiaan..moga Allah redha :')

on my_mind :) said...

terima kasih :) banyak membantu , mohon share ye kak :)

Ummu Qois said...

i baca sampai habis. kekadang tergelak baca. kekadang menimbulkan keinsafan. tahniah rabiatul. yah mmg tercari2 lama dh blogger yg post pasal acano nak capai dean list neh. u give me some inspiration. tenkiyu

Anonymous said...

good entry :)

Allah bagi Akal utk kita fikir, fikir dan fikir.

Cahaya Kemulianku said...

suka baca...mohon share yew...:)

kekasih allah said...

sya kurang sgt nak mbca krangan pnjg pnjg nie,nmun bila tgk entry nie,rsa nak scroll n bca entry nie smpi hbz..dr pnglihatan sya,anda mmg mnulis dr hati dan ingin tulisan anda mnjdi pngajaran utk org len.alhamdlillah,ia tlh brhasil mnarik sya utk trus mmbcanya smpi hbz.n sya doakan smga anda brjaya dlm apa juga bidang.bwalah dan sebarkanlah kebaikan anda knpda org len.krana ia bisa mmbrikan inspirasi kpda ank muda d luar cna.syabas...

Mar Rina said...

assalamualaikum,entri yg mmg kna dgn jiwa saya sekarang ni. terima kasih. betullah, not-yet-a-dean-list's

fatin fnia said...

Entry yang bagus, sye student kaunseling belajar juga psychology mmg courses ini yg sye nak selama nie tapi bila ada susah sikit dlm belajar terus sye down sedangkan nie minat sye ini yg sye mnta selama Nie terima kasih untuk entry yg sedikit sebanyak sgt mmbantu ..buat sye sedar

fatin fnia said...

Entry yang bagus, sye student kaunseling belajar juga psychology mmg courses ini yg sye nak selama nie tapi bila ada susah sikit dlm belajar terus sye down sedangkan nie minat sye ini yg sye mnta selama Nie terima kasih untuk entry yg sedikit sebanyak sgt mmbantu ..buat sye sedar

Anonymous said...

Syukran zahratu..motivasi yg bagus

Anonymous said...

motivasi yang bagus . Mohon share ye akak :)

Nik Ezirah said...
This comment has been removed by the author.
Nik Ezirah said...

Seriously sy rase akk same mcm saya..sy oun kos bar di uia. Dpt kos ni pun sbb spm arab sy dpt A-, pdhal exam arab prnah gagal n selalu dpt c,d,e x prnah dpt A lgsung..low confident sgt sbb sy tahu sy mmg x pndai sgt bhsa arab dan saya lah satu2 dlm kluarga yg bljr bhsa arab..but sy cuba n byk2 brtawakal n sgka baik pd Allah..dan alhamdulillah sy dpt dean's list utk setiap sem..tp sy baru nk masuk degree ni..now i realize that niat dan ikhlas dlm menuntut ilmu itu sgt pnting disusuli usaha yg brsgguh utk lakukan yg trbaik..
Agree with all your words akk..

Anonymous said...

Saya baru tamat kan sem 1 utk degree first year,, before this diploma and Alhamdulillah pointer tak pernah mengecewakan tapi bila masuk degree,, sem 1 lagi saya dah dapat gred c dalam salah satu subject killer saya.. Rasa down sebab sebelum ni x pernah dapat b- ke bawah.. Tapi lepas baca entry ni,, rasa syukur mula timbul.. Yup,, Allah cuba tarik 'satu' nikmat saya.. In shaa Allah next sem cuba perform.. Tiada yang mustahil..