أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
Hidup penuh pilihan.
Pilihan yang membuka kepada dua pintu khususnya.
Pintu kebaikan atau pintu kejahatan.
Gerbang kebenaran atau gerbang kemaksiatan.
Diri sentiasa terbuka kepada banyak pilihan.
Dan seringkali kita tersepit antaranya.
Nilailah dengan hati.
Pilihlah dengan peribadi.
Values Influence Emotion Producing Action
We are what we think. How we act shows who we really are.
Manusia bertindak mengikut apa yang dirasai bukan apa yang diketahui.
Emosi mendominasi logik atau fikiran. Seterusnya melahirkan tindakan.
Kerana itu ada yang tetap terus mencuri walaupun mereka mengetahui bahawa perbuatan tersebut dilarang dalam agama.
Kerana itu ada yang tetap terus berselimut dalam lena walaupun mereka mengetahui solat Subuh itu lebih baik daripada tidur.
Kerana itu ada yang tetap terus lalai mengisi masa lebih kepada keduniaan walaupun mengetahui waktu yang ada juga harusnya banyak diluangkan dengan membaca dan menghayati ayat-ayat Al-Quran.
Nilai dalam diri mempengaruhi emosi seseorang untuk bertindak.
Nilai dalam diri yang mendorong seseorang untuk bergerak melakukan sesuatu.
Nilai dalam diri sumber mengapa satu-satu keputusan dipilih.
Kerana itu penting berpegang kepada nilai yang benar.
Mereka yang bepegang bahawa mencuri itu haram dan takut akan murka Allah pasti meninggalkan perbuatan tersebut walaupun diri ditawar rasuah apatah lagi sewaktu berada dalam kesempitan kewangan.
Mereka yang berpegang bahawa mengejar keredaan Allah dengan menunaikan solat pada awal waktu itu penting pasti bersegera menghadap Allah dan meninggalkan dahulu perkara keduniaan.
Mereka yang berpegang bahawa mengisi minda dengan perkara ilmiah dan banyak berfikir akan pembangunan umat itu penting pasti tidak menyibukkan diri dengan cinta tidak pasti yang melanggari syariat ketetapan Allah.
Keyakinan yang mantap dalam hati bisa membentuk pandangan hidup yang tepat dan seterusnya membina nilai yang benar dalam diri yang melahirkan tindakan yang bersesuaian dengan agama tiada menurut emosi semata namun juga berpandukan kepada wahyu dan sunnah.
Justeru itu, berpeganglah kepada nilai Islam yang benar.
Seorang senior bertanyakan pendapat saya tentang nilai dalam Islam. Dari sudut pandangnya, nilai dalam Islam berkenaan dengan rukun Islam kerana perkara yang paling awal dan sangat bernilai dalam Islam ini adalah rukun Islam sendiri. Saya pula menyatakan pendapat bahawa nilai dalam Islam lebih menyentuh kepada aspek akhlak iaitu nilai-nilai yang diamalkan oleh satu-satu individu dalam kehidupan.
Saya mahu meneroka secara lebih. Saya tidak bisa berhenti daripada mencari ilmu yang kelihatan tergantung dan samar pada pemahaman saya. Akhirnya, pencerahan ditemui dalam penulisan Ustaz Pahrol, penulis no 1 di hati.
It goes like this.
Nilai terbentuk daripada Rukun Iman dan Rukun Islam. Bermula dengan pembentukan sistem keyakinan (belief system), pandangan alam (world view), sistem nilai (value system) dan sikap. Rukun Iman membentuk sistem keyakinan, pandangan alam, sistem nilai dan sikap. Manakala Rukun Islam merupakan pakej amalan rutin yang harus dilazimkan dengan penuh penghayatan bagi melahirkan kelakuan yang baik.
Sistem nilai dalam Islam adalah kepercayaan mengenai perkara betul atau baik berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Nilai dalam Islam lebih tepat kerana berasaskan wahyu. Sistem nilai ini merujuk kepada apa yang disukai atau dimurkai Allah dan juga membezakan perkara yang menjadi suruhan atau larangan Allah. Dan seterusnya membawa diri mengenal kelakuan yang membawa erti dosa atau pahala, halal atau haram dan makruf atau mungkar.
Apabila sistem nilai dalam Islam ini dihayati maka terbentuklah rasa dalaman yang mendorong diri menterjemah hati dan jiwa kepada zahirnya perlakuan. Inilah yang dinamakan sebagai sikap. Sikap apabila dilakukan secara konsisten atau berterusan seterusnya menonjolkan peribadi seseorang. Dan kebiasaannya personaliti ini lebih dikenali sebagai akhlak.
Akhlak menurut Imam Ghazali ialah perlakuan baik yang selaras dengan syariat, dihasilkan dengan mudah tanpa pertimbangan fikiran.
Kerana itu ada yang mengatakan bahawa walaupun seseorang solat lima waktu namun akhlaknya masih kurang baik, lihatlah kembali kepada solatnya. Solat merupakan Rukun Islam yang kedua. Ia dikerjakan apabila hati bersuara bahawa ini merupakan suruhan daripada Allah dan hati itu percaya kepada Allah. Saling berkait rapat bukan?
Senior saya menyentuh tentang asas kepada sistem nilai dalam Islam. Saya pula lebih melihat kepada akhlak yang merupakan hasil kepada nilai dalam Islam.
Ternyata, penghayatan terhadap Rukun Iman dan pengamalan Rukun Islam bisa menghasilkan personaliti unggul acuan agama atau akhlak islamiyah.
Terima kasih senior kepada membuka minda diri ini untuk terus meneroka.
Alhamdulillah.
Babak Konflik dalam Keputusan
Setiap keputusan atau pilihan dalam kehidupan dipengaruhi oleh nilai yang menjadi pegangan diri kita.
Andai dilihat di kaca televisyen, perwatakan seorang perempuan solehah sering digambarkan dengan gadis yang bertudung litup, menutup aurat dengan sempurna, berbicara dengan penuh kesopanan dan lemah lembut. Manakala watak perempuan antagonis yang berlainan karakter lebih ditonjolkan dengan sikap gadis yang liar dan bercakap dengan bahasa kesat.
Tiap kali keliru akan keputusan yang harus dipiilh, bayangkanlah diri di atas pentas drama.
Bayangkan umpama anda seorang pelakon yang memegang watak yang pelbagai dalam satu-satu drama.
Kerana matlamatnya jelas, inginkan keredaan Allah.

Babak memilih antara baik dan buruk.
Pada suatu episod kehidupan yang meruncing di mana anda diberi pilihan menanggalkan hijab di kepala untuk memenuhi kehendak majikan supaya diluluskan permohonan kerja atau tetap tegas mempertahankan maruah dan harga diri dan mencari kerja lain walaupun kehidupan terlalu dihimpit dengan sesaknya sumber kewangan.
Tika ini iman teruji. Andai hati itu masih bisa melihat dan merasakan Allah itu Maha Melihat, pastinya menginginkan diri membawa akhlak seorang muslimah. Justeru, tanyalah pada diri. Bagaimanakah peribadi seorang wanita yang beriman?
Bayangkan. Bayangkan dalam minda. Bayangkan anda melihat diri sendiri dalam drama dilema seperti ini. Pasti namanya seorang muslimah dan mu'minah dalam cerita itu tetap teguh pendirian menuruti suruhan Allah dengan menutup aurat walau dalam keadaan apa sekalipun. Tidak goyah akan desakan dunia kerana muslimah itu yakin bahawa andai meniti kehidupan berpandukan apa yang Allah sukai pasti akan dibukakan rezeki yang lain.
Nah. Jawapan kepada pilihan jelas terbentang kini.
Nah. Jawapan kepada pilihan jelas terbentang kini.
Babak memilih antara baik dan baik.
Tersepit antara keinginan ingin terus menyambung cacatan nota tentang dakwah untuk dikongsi di Facebook sedangkan azan Zuhur berkumandang.
Andai membayangkan susuk seorang pemuda soleh dalam drama, pastinya tindakan yang diambil adalah segera berwuduk menyegerakan solat dan seterusnya kembali menyambung tugasan yang ditinggalkan sementara. Tahu mengutamakan yang lebih utama.
Kerana matlamatnya jelas, inginkan keredaan Allah.
Oleh itu, mereka yang mempunyai nilai yang betul tahu apa yang dimahukan dalam hidup dan mempunyai matlamat yang jelas.
Mereka yang beriman sentiasa mengimpikan reda Allah mengiringi dalam tiap langkahan kehidupan.
Kita sendiri. Tidak dapat tidak untuk lari daripada membawa satu watak wajib.
Hamba Ilahi.
Nyaris Nilai 'Tergadai'
Teringat sewaktu menyertai pertandingan nasyid bersama sahabat-sahabat. Ingatan berputar kembali pada saat itu. Dalam duduk menunggu giliran sementara kumpulan lain mempersembahkan lagu masing-masing, diri tersentak apabila melihat dua lelaki memasuki dewan pertandingan. Dewan yang dilangsungkan nasyid yang hanya khusus buat muslimah sahaja! Malah diberi penghormatan untuk duduk di atas sofa di hadapan untuk menyaksikan persembahan.
Kelihatan juga beberapa pelajar lelaki UIA yang 'mesti' berada di situ bagi memastikan teknikal berjalan dengan lancar. Bulu roma saya meremang. Saya berani membangkang 'kemestian' itu! Selebih lima ahli kumpulan yang lain juga terkejut. Saya menyaksikan muslimaat yang sedang mengambil giliran di atas pentas. Hati saya perit. Terasa sahaja mahu berdiri dan menjerit. Hentikan!
Dalam kerunsingan, sahabat yang turut setia hadir bagi memberikan sokongan menemani diri menemui fasilitator yang bertugas bagi meminta penjelasan. Ternyata, mereka juga tidak diberitahu akan kedatangan dua lelaki tersebut. Mereka berdua merupakan wakil dari sebuah stesen televisyen yang terkenal dengan pembawaan mesej Islamik dalam program. Kedatangan dengan tujuan mencari bakat.
Hati saya memberontak. Ini bukan yang Islam mahukan. Saya benci akan topeng kebaikan yang mengaburi wajah kejahatan. Mahu bernasyid menyampaikan dakwah namun haruskah dipersembah di hadapan lelaki ajnabi? Mahu bernasyid membawa mesej-mesej ketuhanan namun apakah harus mempertaruh suara yang merupakan aurat di hadapan lelaki bukan mahram?
Penganjur juga tidak mampu melakukan apa-apa. Melainkan menggunakan helah 'minum malam' sebentar di bilik lain. Hampa. Hati saya terasa sesak. Ya Allah, apakah ini? Dihimpit antara pilihan. Saya sedar. Allah sedang menguji. Saya mempertimbang antara dua pilihan. Akhirnya, saya memutuskan untuk nekad menarik diri andai mereka masih berada di situ. Tidak peduli akan masa sebelum ini yang telah dihabiskan untuk latihan sehingga suara hampir serak. Tidak peduli akan terlepasnya peluang yang jarang didapati. Muktamad.
Tiba giliran kami. Mereka masih berada di situ. Saya memandang dua orang ahli yang ditugaskan bermain percussion, alatan muzik. Saya memandang dua orang ahli yang merupakan junior dalam kumpulan. Akhirnya saya memandang sahabat seperjuangan yang merupakan solo utama dalam kumpulan. Cukup berenam. Kami bakal membuat perhitungan di atas pentas. Yakin.
Sebelum memulakan persembahan, sahabat selaku solo utama sebagai wakil kumpulan berhati-hati menyusun kata memohon agar mereka keluar sebentar sementara performance kami berlangsung. Alhamdulillah, mereka bersetuju dan berdiri untuk keluar dewan. Saya mengambil kesempatan memohon maaf secara terbuka. Kami bimbang andai ada hati yang terluka. Namun, biarlah ini menjadi pengajaran yang tersaksi. Dua orang junior hanya melihat. Mereka masih 'hijau' memandangkan baru semester pertama di UIA. Suasana kembali ceria. Dalam ketenangan, kami menyempurnakan persembahan. Syukur ya Allah.
Sebaik sahaja selesai, saya dan solo utama bersama-sama menemui dua lelaki bekerjaya tersebut di luar dewan. Harus berani bersemuka memohon maaf sekali lagi. Face to face. Alhamdulillah, mereka terlalu memahami situasi kami. Malah mereka sendiri mengatakan sesuatu yang membuatkan hati kami bertambah yakin bahawa kami telah membuat pilihan yang benar. Lega.
Kami tidak menduga bakal menyandang naib johan sedangkan tujuan penyertaan benar-benar hanya untuk kenangan suka-suka selain niat menyampaikan dakwah melalui seni suara. Sambil memegang hamper, saya mengimbau kejadian malam tersebut. Andai kami masih meneruskan persembahan dengan kehadiran lelaki, memperdengar suara yang sememangnya aurat walau atas alasan ingin berdakwah dan akhirnya kami berjaya menyandang gelaran juara, saya tahu tiada rasa suka sedikit di hati malah yang ada hanyalah rasa terhina.
Sedar tergeraknya hati untuk bertindak sedemikian juga adalah kerana dengan izin Allah.
Terima kasih Allah.
Tak dapat saya lupakan.
Hampir 'meragut' nilai dalam diri.
Hampir 'meragut' nilai dalam diri.
Rela kami kalah pada kedudukan dunia daripada sengaja mencari kemurkaan Allah.
Rela kami kalah pada pandangan manusia tetapi menang pada pandangan Allah.
Rela kami kalah pada pandangan manusia tetapi menang pada pandangan Allah.
Kesimpulan
Teguhkanlah keimanan agar matlamat kian terang dan jelas.
Berpeganglah kepada tiap ketetapan syariat yang ditentukan Allah dalam menjalani kembara di bumi Tuhan.
Harmonikan kehidupan dengan mengamalkan nilai dalam Islam yang benar agar bisa menggapai kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki.
Moga tidak salah memilih watak tika beraksi di pentas drama yang penuh dilema!
Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.
Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.
No comments:
Post a Comment