Tuesday, May 29, 2012

Melaka Wedding Mission Accomplished!



أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 بسم الله الرحمن الرحيم


Monolog Hati Seorang Sahabat


"Sekejap sahaja masa berlalu, bagaikan hembusan angin tika pejamnya mata. Celik sahaja sudah melepasi. Tiada menyangka, sahabat yang dahulu sepanjang semester sering bersama-sama ke kelas, yang pada awal perkenalan sudah terasa serasi bersama dalam gerak kerja mahupun perkongsian rahsia dari hati ke hati kini telah dimiliki. Mengimbau detik bermula perkhabaran bahawa dirinya dirisik yang membawa kepada pertemuan dua keluarga dan akhirnya kini selamat disatukan hanya mengundang air mata terharu. Satu demi episod terbentang. Sungguh perancangan Allah yang terbaik dan andai begitu yang Dia inginkan, tiada yang bisa menghalang. Nurul Atiqah, walaupun berat untuk melepaskan dirimu, sahabatmu ini turut menumpang bahagia...Alhamdulillah."

Sungguh, hati ini sebak. Benar sebak. As-syukr ilallah.



 ~Diari Kenangan buat diri sendiri~(Panjang. Kalau nak tahu apa yg dibuat di Melaka, bacalah)




24 Mei 2012 (Day 1 - Way To Go! Hayya!)



"Ibu, itu Zila dah sampai!" tersenyum melihat kelibat sahabat yang periang ini makin mendekati. Cepat sayang, bas dah nak gerak!

"Hehe, sampai pun dia. Mana Umi, Zila?" mula bersalaman.

"Itu Umi dekat belakang, hehe,"

Bas bakal bertolak 8.30 malam. Sekarang, sudah lebih masa. 

"Zila nak call Tqa ni, hehe, cakap kita dah bertolak,"

"Call lah, call lah, b2 pun nak cakap dengan Tqa juga, hehe" masing-masing excited.

"Hello, Assalamualaikum. Hehe," mengambil giliran seusai Zila bercakap dengan bakal pengantin.

"Wa'alaikumussalam! Hehe, b2!"

"Tqa! Tengah buat mende tu?"

"Vacuum rumah, hehehe,"

"Wah, vacuum rumah. Hehe, rajin dia. Berinai tak lagi ni?"

"Belum. Tunggu koranglah!"

"Ok, Tqa doakan kita selamat sampai ye. VIP ni sampai awal kena sediakan bilik khas," Ketawa mengekek bersama Zila.

Talian diputuskan selepas berbicara sebentar melepas rindu sebelum bertemu.

Let's start our mission Zila! From Terengganu to Melaka!

Subhanalladzi sakhkharalanaa hadzaa wamaa kunna lahu muqrineen. Wa inna ilaa rabbina lamunqalibuun. Ameen! 

 "Ya Allah, selamatkanlah perjalanan kami tiba ke destinasi yang dituju" 





~ Hari ini banyak menimba, melihat dan mendapati banyak perkara ~




25 Mei 2012 (Day 2 - Time to Explore)



Alhamdulillah, tiba di Melaka Central pukul 6.10 pagi.

"Macam mana, Zila? Nak ikut tak?"

"Emm, tak apalah. Zila ikut Tqa, b2 pergilah rumah MakSu b2 dulu. MakSu dah dalam perjalanan, Tqa pun,"

Dikira pada mulanya krisis siapa yang bakal mengambil kami di stesen apabila mula tersadai di sini, namun dipermudahkan Allah apabila ada dua tawaran. Akhirnya kami berpisah.

"Oh, MakSu pun dapat jemputan dekat rumah tu juga, kakak,"

"La, MakSu kenal ayah Tqa? Kecilnya dunia, hehe,"

"Kakak balik rumah MakSu dulu, rehat. Nanti MakSu hantar,"

Syafinaz dan Izzati tiba di rumah Atiqah sebelum Zuhur. Kelihatan hanya empat orang yang akan bermalam di rumah Atiqah pada malam ini. Saya tiba pada waktu petang selepas MakSu menyelesaikan kerja bertemu client sambil membawa anak saudara bersiar-siar sekitar Melaka. Wee~


'Salam. b2, bila nak sampai ni?" mesej daripada Izzati diterima.

'Wsalam wbt. Rindu le tu, ekeke. Kjp lagi b2 sampai ea. Skrg tgh makan'

Setibanya di rumah Atiqah, disambut ramah oleh Umi Atiqah. Kelihatan 3 orang anak dara rajin menyiapkan bunga telur~ (Boleh buat menantu ni =P)

"b2, pergilah letak beg dulu,"

"Baik. Bilik dekat mana, Zati?"

"Mari Tqa tunjuk,"

Bermula petang itu, diri mempelajari banyak perkara dalam proses menyiapkan kenduri perkahwinan. Belum pernah betul-betul menyertai untuk acara seperti ini. Anak sulung banyak perkara tak tahu tetapi anak sulung sering dapat belajar perkara baru terlebih dahulu untuk diturunkan kepada adik-adik. Itu yang dapat saya rasa sepanjang memegang gelaran anak sulung. (Mungkin anak sulung yang ni je ketinggalan sikit kut)

Pengalaman baru. Mengujakan.



Catatan 1 : Menyiapkan penunjuk arah bersama-sama Tqa. Edit dan print. Memilih warna kertas. Printer tak dengar kata, ait. Busu cadang tulisan kalau boleh biar besar sikit. Edit sikit lagi. Mak Long cadang tambah nama ayah dan Umi Tqa sebab orang kampung lebih kenal mak ayah daripada anak. Edit sikit je lagi. Membalut kertas dengan plastik. Lipat plastik dan stapler. Kemaskini terakhir bersama-sama Zati, Inaz dan Tqa. Alhamdulillah, Maghrib baru siap. Baik Along, dah siap untuk bagi dekat Along untuk ditampal! (Along adalah abang sulung Tqa yang masih single. Aa, perlu ke tulis perkataan 'single'? Keh3. Gurau je) 



Catatan 2 : Seronok merasai suasana kampung. Kenal keluarga Tqa. Kenal mak cik dan pak cik jiran-jiran Tqa. Kenal kawan-kawan satu sekolah dengan Tqa. Dah anggap seperti keluarga sendiri. Ukhuwwah makin melebar, Alhamdulillah. Sesi beramah mesra bermula. 


(sesedap je pergi terjah makcik2 yang ramai2 duduk tengah kupas bawang dekat luar tempat memasak sorang2. Buat ramah macam negeri sendiri pula dia. Masa ni nak berlatih jadi menantu yang baik esok2. Aish.) 
 
(yang paling tak tahan waktu makan malam dekat luar, masing-masing ambil lauk. Ayah Tqa dengan baiknya tiba2 tolong cedokkan lauk tanpa dipinta. Terharu sangat... T__T. Sesedap je cakap "terima kasih, Ayah". Terkejut ayah tu dengar ada orang panggil dia 'ayah' sampai dongak nak tengok muka mana yg panggil (budak ganu ni rupanya) T__T wuwu~ kita dah anggap pak cik mcm ayah sendiri. Ayah Tqa gelak dan senyum je bila dengar. Pendiam dan baik je ayah Tqa. Tiba2 teringat arwah Abah. Tqa, b2 sayang ayah Tqa! xsempat nak bual lama2 dengan ayah, nanti nak ziarah Melaka sana lagi la =') )   



Catatan 3 : Belajar buat bunga telur. Selepas Maghrib, Zati, Inaz dan Zila ajar cara buat bunga telur memandangkan mereka terlebih dahulu banyak menolong kerana sampai lebih awal. Oh, ambil telur dimasukkan dalam sarung kemudian ikat2. Hehe, baruku tahu. (Kesian, belajar slow2 ye) 




Catatan 4 : Dan yang paling akhir pada malam ini adalah...berinai! Bukan main seronok kanak-kanak yang 3 orang lagi tu. Mengalahkan bakal pengantin, ahak2. Guna inai serbuk dan inai tiub. Zati dan Inaz terlebih dahulu mencuba. Eksperimen. Dua anak dara lagi mana boleh main2, kesianlah pengantin. Ambil salotape, lekatkan dekat jari Tqa sebagai had inai, dan letak inai guna plastik~ nenene~ Lepas tu, tolong inaikan Zila. Saat ini indah, macam2 diborak dan diguraukan =') (oh, oh, oh, waktu tu Farhan call. Dari tadi lagi on the way tapi x sampai2 =P) Zati dah basuh inai. Tinggal Inaz dan Zila yang pakai dan nak basuh esok hari. Bakal pengantin? Sibuk nak inai warna oren, tak nak terang sangat jadi dia pergi basuh awal2, aha~ Susah, budak ni fanatik oren. Tak cukup tema oren, inai pun nak warna oren. Tetapi akhirnya...seusai habis mengemas..selepas beberapa ketika...kira2 20 minit kemudian...

Tiba-tiba Tqa menerjah masuk bilik. (Waktu ni dah pukul 1 pagi lebih tak silap, tidur lewat semuanya)

"Aa..b2! Tengok apa Zati buat dekat Tqa!"

"Haha. Ini baru ye warna inai pengantin, merah. Bukan warna oren,"

"Haha, Zati letak inai tiub. Tengoklah sape buat,"

"Tqa nak hisap biar jadi warna oren balik,"

Zila dengan Inaz menyampuk perbualan sambil berjaga-jaga ditakuti inai di jari 'rosak'. Kikiki~ cabut kang inai dia~ Rupa-rupanya Zati menghilang sebentar untuk memakaikan Tqa inai tiub supaya lebih merah. Cayalah Zati! Elder sister always dependable, yeah! Give me five! (tetap akan ingat slow talk bersama Zati tentang nikah awal terutama kaitannya dengan anak sulung sebelum melelapkan mata...)



Menunggu hari esok dengan penuh debaran. Sungguh. Tak terasa mahu lelap.

Ait. Akhirnya lena juga.

Hehe.





~ Tibalah hari kemuncak. Dup dap dup dap...perasaan gembira dan sebak bercampur-baur ~




26 Mei 2012 (Day 3 - Memorable One)



Masing-masing cepat bersiap. Masing-masing bising. Sila pakai baju warna oren ikut tema. (Yang tak tahan Inaz, banyak konflik sangat pagi-pagi, ahah =P) Selepas bersiap-siap, diri bersama-sama Izzati dan Syafinaz ke rumah nenek Atiqah yang terletak berhadapan rumah. Mak Long pagi-pagi dah minta bersiap awal untuk menolong bahagian dapur kerana akad pada pukul 10 pagi.

Darastu...saya telah belajar...
Cara nak hias nenas dengan mencucukkan telur puyuh dan udang berlidi.
Cara potong tembikai dan kemudian atur dengan susunan yang dengan sendirinya nampak cantik kerana potongan awal sebelum itu.
Cara potong lada benggala untuk hiasan.
Alhamdulillah, I learnt a lot. So did them.



Selepas itu, masing-masing merapikan diri. Gulp, dah pukul 10 pagi lebih. Sama-sama menjenguk Atiqah di kamar pengantin. Tunangan orang yang bakal dimiliki tidak lama lagi cantik ditata rias. Sederhana seadanya.

Riuh sesama apabila tok kadi dah mula sampai. Saya, Izzati dan Azilah mempercepatkan pergerakan mengemas dan menyusun makanan di bahagian khemah terutama meja untuk makan beradab. Mak Long paling berkaliber, hehe. Mak Long kecut perut lebih daripada pengantin gayanya.

"Diminta keluar sebentar ye. Tok kadi nak masuk jumpa pengantin perempuan,"

"Tok, saya nak juga," Zila melawak sambil melangkah keluar pintu. (Ahah! Sahabat aku sorang ni memang...kalau berdua dengan dia, memang sengih memanjang)

"Marilah kalau nak," Pandai tok kadi membalas. Hehe.





Suasana makin ceria. Kelihatan sahabat-sahabat UIA yang lain tiba. Tidak lama kemudian rombongan pengantin lelaki sampai. Saya dan Izzati menjadi penyambut tetamu sementara Azilah dan Syafinaz sibuk menguruskan bahagian pengantin perempuan.

Akad bermula. Tok kadi pandai memeriahkan suasana dengan lawak bersahaja. Mungkin nak mengurangkan nervous pengantin lelaki? Hehe. Zila bersedia merakam detik bersejarah.

"Aku terima nikahnya Nurul Atiqah binti Roslee dengan mas kahwin......tunai,"

Sah! Alhamdulillah...

Diri yang di luar sebak...

Di dalam juga begitu...

=') Tahniah sahabat!



Waktu bergambar happening. Kedua-dua pengantin malu-malu. Atiqah tidak mampu menahan air mata daripada mengalir. Sebak melihatnya...=') Bertentangan mata dengan Azilah tanpa bisikan suara. Masing-masing mengerti...sahabat kita dah selamat...=')

Waktu makan beradab, Atiqah ditemani saya dan Azilah serta adik perempuannya, Aina. Syafinaz dan Izzati terpaksa beredar sebentar menjemput sahabat-sahabat lain yang baru tiba di Melaka Central. Seronok melihat mereka berdua.

"Peganglah tangan, nak ambil gambar ni, hehe,". Tqa menjegilkan matanya ke arah saya. Aww~ takut~ Ala Tqa, apa salahnya permintaan sahabat yang seorang ni. Ustaz Aizat tersipu-sipu malu. Keh3~ Rasakan dua2 orang~ Snap! Snap!

Sahabat-sahabat UIA makin ramai yang tiba. Tetamu lain juga begitu. Tak menang tangan kami dibuatnya. Ke hulu ke hilir dalam dan luar rumah. Mujurlah mereka yang baru sampai menolong. Boleh bersenang-lenang sekejap. Merasa rehat sedikit daripada semalam tiada berhenti. Penat tetapi seronok!



"Farhan dekat mana ni?" bersama-sama Azilah menghubungi Farhan dan suami. Tetamu kehormat ni, keh3~ Saya, Atiqah, Farhan dan Azilah sebilik. Dah lama saling mengenali sejak awal sem lagi. Mesti menyambut tetamu VIP ni =P.

"Saya rasa dah sampai rasanya. Nampak ramai orang ni. Ni ramai orang lelaki dekat belakang bahagian memasak"

"Ha, tu Farhan," Zila terlebih dahulu menjemput.

"Selamat pengantin lama, hehe," saya mula bersalaman. Zila pun kuat mengusik.




Setibanya saling bersalaman. Saling bergurau. Dah serasi dengan pasangan Farhan dan Ustaz Rashid ni. 'Umi' dan 'papa'ku~ wee~ ^_^ (nanti buat majlis aqiqah untuk anak, b2 dengan Zila datang Kelate pula ea~ jadi, cepat2lah =P )



Tetamu mula beransur pulang. Syafinaz dan Izzati terpaksa pulang terlebih dahulu kerana masalah pengangkutan. Saya dan Azilah tetamu terakhir yang pulang. MakSu tiba selepas Asar sekaligus menjemput kami pulang. Bersiap di rumah MakSu untuk dihantar menaiki bas yang akan bertolak pada pukul 8.30 malam di Melaka Central.

Sebak dan berat untuk meninggalkan sahabat tersayang...=') b2 dan Zila balik dulu ye. Umi, Ayah, terima kasih!




Pulang dengan membawa seribu makna dan kenangan.











~ Kenangan terindah dan bermakna ~ =')






Teka mana satu pengantin? Hehe.
Dari kiri : Ustaz Rashid, Ustaz Aizat, Atiqah, Farhan
Pengantin lama VS Pengantin baru ^_^


Dari kiri : Mar, Zati, Tqa (pengantin baru), Farhan (pengantin lama =P), b2 (bakal pengantin =P), Inaz dan Zila
Yang duduk : sahabat2 UIA ^_^


Tiba-tiba teringat komik yang dilukis khusus untuk pamplet bagi forum group "O Allah, I Want to Get Married". Atiqah dah berjaya membuktikannya, anda bila lagi? ekeke~


"Bukan soal kahwin cepat atau lambat tetapi soal bersedia atau tidak" - Ustaz Pahrol Mohd Juoi




Entri ini khusus buat sahabat tersayang, Nurul Atiqah dan suaminya Ustaz Aizat yang dihormati...


Buat Ustaz Aizat...
Ustaz, jagalah sahabat ana baik-baik. Didiklah dirinya dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Syukur Atiqah akhirnya menemui seorang lelaki yang diakui kesolehan dan kepimpinan sebagai imamnya. Bimbinglah dirinya agar menjadi isteri penyejuk mata. Qurratu a'yun fiddunya wal akheerah. Insya-Allah. =')


Buat Nurul Atiqah...
Tqa terlebih dahulu telah memasuki fasa baru dalam kehidupan. Sememangnya sahabat-sahabat yang dekat lebih mengenali siapa diri Tqa yang sebenarnya. Luar dan dalam. Tqa layak dapat yang terbaik. Syukur ikatan ini akhirnya termeterai dalam restu keluarga dan tersaksi bahawa telah melalui satu perjalanan yang meraih reda Ilahi dalam usaha membina mahligai bahagia. ='( *tak tahan..sebak..* Ehee...=') Tqa jangan nakal-nakal, dengar cakap cik abang awak. Awak dah kena jadi lebih matang dan lebih solehah dari sekarang. Nanti2 boleh ajar b2...ehee =') last word. I love u lillahi ta'ala. *peluk*



Tak boleh tahan sebak...T__T wuwuwu..dulu buat entri untuk Farhan pun macam ni...ada lagi ke yang nak kahwin awal ni, memang meleleh sokmo la b2...







A021
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. ( Ar-Ruum 30:21 )





10 comments:

Hujan Deras said...

barokallaahu lahaa wa baroka 'alahumaa wa jama'a bainahumaa fy khoyr

Ema | Memoir said...

Tahniah dan selamat pengantin baru la ke kawan kak B2 tu..Nampak muda comel lagi,berapa tahun tu kak b2?

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Destur Purnama Jati |

Barakallahulahumaa wabaraka 'alaihumaa wa jama'a bainahumaa fee kheir. Ameen. Syukran sudi singgah. =)


| Ema |

Hee, umur 20 tahun juga mcm kak b2. Roommate dan coursemate ^_^

Ema | Memoir said...

WUUU....Patutla kak b2 jadi syok semacam nak cari pasangan nie.Rupanya dah terkena tempias roommate.kui2..

:: Zahratu Billaurah :: said...

mana ada~ main2 je~ ^_^ nak timba ilmu byk2 dulu. xterfikir pun lagi. kikiki~ Ema cepatlah dtg UIA~!

Ema | Memoir said...

yer yer..sabo kak b2 sayang.Kita dah nak siap packing dah..Kak B2 jadi penyambut tetamu :D

p/s:Bila ilmu dah cukup tu..boleh la "naik" kan~

Anonymous said...

b2.. sebak baca ni.. jeles sebab xdpt pegi kenduri tqa. tp pape pun moga ikatan perkahwinan tqa dan suaminya kan kekal hingga ke syurga. Amin..

hamish:: nk tnggu giliran b2 buat entry utk majlis b2 plok.. ekekeke.. :p

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Ema |

hehe, Ema pergi PJ, kak b2 penyambut tetamu dkt Gombak~ ^_^ kalau dah sampai sana ckp ye

p/s : ait, tgh2 menuntut ilmu pun boleh je =P


| Zati |

sebak juga, Zati...=') xpelah xpergi, nak buat mcm mana, Allah x izinkan pergi, tp yg lebih penting bg Tqa mestilah doa dan sokongan drpd sahabat2 yg jauh. Ameen Ya Rabbal 'Alameen.

p/s : haah kan, bila la nak buat entri utk diri sendiri ni =P sblm tu nk post yg Zati punya dulu la. Sep Ganu belake ni

Khairul said...

Salam Ziarah.

Ana masuk ke blog ni bila nampak gambar Abg Aizat (my senior) di UTM & zaujahnya dari blog sahabat ana di Mesir.

Teringat kenangan Abg Aizat yg juga pimpinan PMIUTM utk Lujnah Kebajikan ke bilik ana untuk berusrah =)

Entrinya panjang sgt, xbaca semua =).
Sama2 kita doakan agar baitul muslim Abg Aizat dan zaujahnya(sahabat enti) dikurniakan sakinah, mawaddah wa rahmah...insyaAllah.Ameen.

:: Zahratu Billaurah :: said...

Wa'alaikumussalam wbt.

Jazakallah ya Akhi sudi singgah ke teratak yang x seberapa ini. Sejujurnya, ana juga baru sahaja mengenali Ust. Aizat melalui hikmah sebuah perkahwinan dan sememangnya beliau dikenali dgn sifat kepimpinan dalam diri.

La ba's. Entri ini sebenarnya lebih bersifat peribadi tetapi masih bisa dikongsi. =) Sbnrnya dipost lebih khusus untuk sahabat2 UIA yang tidak berkesempatan dtg ke majlis. Syukran ya Akhi sudi baca. Amat dihargai.


Insya-Allah. Ameen ya Rabbal 'Alameen.