Thursday, May 17, 2012

The Precious Siblings 504


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 بسم الله الرحمن الرحيم


Teringat sebelum memasuki sem terakhir di CFS IIUM, masing-masing telah menerima senarai sahabat-sahabat sekelas yang bakal sama-sama berjuang di medan ilmu. Sedikit kurang seronok kerana ruangan kelas tidak lagi didominasi muslimat keseluruhannya seperti sem sebelum. Bakal ada muslimin. Kurang privacy bak kata orang. Kelihatan muslimat juga ada yang kurang dikenali. Hanya terkadang bertegur sapa disulami senyuman tanpa perkenalan mendalam. Namun itu tidaklah begitu menjadi masalah. Malah suatu perkara baru yang seronok. Ukhuwwah bisa makin memekar.


Hari ini berada di hadapan laptop, mula menulis sesuatu. Hati masih penuh terlakar kenangan indah sepanjang berada di UIA PJ untuk sem terakhir. Inilah hakikat yang terluah. Rumah meriah namun jauh di sudut hati, daku rindukan kamu semua!








Dahulu sewaktu tahun 6, “oh, aku dah besar dah. Nak masuk tingkatan 1”


Ketika di Tingkatan 3 “oh, rupanya dahulu akal pendek je, tak mampu fikir jauh macam sekarang,”

 
Sewaktu menginjak umur 18, “Rupanya dahulu tak matang lagi. Sekarang baru matang. Nak masuk universiti dah kan”


Dan sekarang, situasi sama dirasai. Terasa sudah matang. Namun diri mengetahui, beberapa tahun akan datang, andai nafas masih terhela, masih terdapat banyak perkara yang belum diterokai. Sehingga bisa membuka mata. Mencelik minda. Seakan ada satu suara perlahan membisik, "you’re still immature, Rabiatul. Pergi cari bekal lebih lagi supaya lebih matang".







Hari-hari pergi kelas.


Jumpa sahabat lama.

 
Bertemu sahabat baru.


Tanpa sedar, sahabat yang ditemui sama ada secara langsung atau tidak mengajar diri sedikit demi sedikit nilai dalam kehidupan.

Tanpa sedar, sahabat antara ujian yang Allah hadirkan bagi menguji keutuhan ukhuwwah.

Tanpa sedar, sahabat yang mengajar bagaimana cara mengawal keadaan ketika dan detik begitu dan begini.

Tanpa sedar, diri membina sebuah kehidupan dan kematangan bersama-sama bicara dan contoh daripada sahabat!

Kerana pada tiap diri seseorang, pasti ada sesuatu yang kita bisa pelajari.

Ambil dan terapkan dalam diri.

Kelemahan juga pasti ada. Kerana itu adanya perkataan ‘melengkapi’.

Saling mempelajari.

Mengenal terlalu banyak benda bersama yang pada akhirnya tersimpul kepada cinta terhadap Yang Esa. Indah bukan?







Dedikasi buat Section 504 2012


Ya, entri ini sememangnya istimewa buat anda semua. Yang bermakna buat diri ini.


Biarlah. Diri ini mungkin tidak bernilai bagi kalian namun kalian pasti tetap hidup dalam hati ini. Selamanya... (Amacam, touching tak? Hehe~ ^_^)

Sebenarnya malam jamuan tu, kalau ikutkan hati nak sebut nama seorang demi seorang dan nyatakan penghargaan. Namun apakan daya, masa tak cukup kan =P

 
Baik, mula dengan muslimin dulu ye dan kemudian muslimat. Mengikut abjad. Tiada diskriminasi. ^_^

 

Terima kasih kerana ana belajar ini daripada antum semua…

Azwan -- cool dalam apa jua keadaan
Fahmy -- pandai buat lawak mengendurkan situasi yang mula tegang atau sepi
Fathi -- rajin dalam pelajaran dan suka bertanya sampai faham
Hamidi -- bijak dan penceria suasana (kuat mengusik ada juga ni)
Mujahid -- umpama seorang ayah, master mind segala perkara, pandai mengawal keadaan

Ain -- memang pandai buat lawak, menggamit suasana gembira
Ecah -- pandai control keadaan, berani mencuba walaupun luar alam tabii, hehe

Hajar -- dedikasi dalam menjalankan tugas, budak baik
Inaz -- ‘rilek’ dalam apa jua keadaan
Intan -- semangat terutama ketika bercakap, hehe~ semangat dalam menimba ilmu dan
            juga ketawa, aha~
Marziah -- sangat mengambil berat pelajaran
Mastura -- lembut dan baik

Najwa -- kelakar orangnya, mudah masuk dengan orang
Pah -- kak Pah yang baik~
Pooja -- baik sangat!
Rawi -- pandai buat lawak dengan muka bersahaja, baik dan penuh semangat!
Saidah -- lembut dan tenang
Sarah -- kelakar, kikiki~ dan tahu apa yang dimahukan. go go Sarah!
Shud -- walau apa jua melanda, cool~
Solehah -- macam seorang ibu, comel, tenang dan ceria. Ekeke~
Tpah -- macam ibu juga~ riang dan baik. Sayang Tpah!



 (terima kasih untuk love letters dan hadiah ^_^ terima kasih untuk nasi hujan panas dan fruit cocktail drink yang sedap~ terima kasih untuk belon-belon comel terutama yang sengaja dipecahkan)





Kenangan...

Kenangan tak selalunya indah...namun yang indah itulah tetap hidup dalam kenangan...=')



~ JAMUAN KELAS 504 2012 ~ sayang sangat kelas ni!

Alhamdulillah, banyak rezeki kita malam tu. ^_^

sedap sangat cocktail Solehah buat! sampai berebut-rebut.

Banyaknya hadiah~
Dari kiri : Mujahid, Fahmy, Hamidi, Azwan
mujahiduun ad-deen! cuma Fathi seorang tak dapat hadir

Shud, 'bunga' serba hijau yang periang~ ^_^

Muka excited Rawi dapat hadiah yang paling besar, hehe ^_^


diri bahagia diapit Pooja dan Ain~ ^_^

Ini pula mujahidaat ad-deen! Dari kiri : Tpah, Intan dan Solehah

Ha, inilah dia ketua jamuan. Yang semangat nak buat jamuan walaupun orang lain buat acuh tak acuh pada mulanya sbb exam. Jazakillah Sarah! ^_^


Senyuum~! ^_^ ahaks~ comel kanak-kanak tadika ni 
(p/s : kalau ada adik-adik yg berumur 6 tahun dan ke bawah, sila jangan tunjuk gambar ni)


Proses meminta bantuan muslimin mengangkut barang yang banyak dan
menghantar barang-barang pinjaman untuk jamuan >__<


Berakhirnya jamuan, semua bersurai pulang ke mahallah.
Pasti akan merindukan jamuan yang begitu bermakna ini.
Alhamdulillah =')







Sahabat, dengarkan daku…


Di sini kita bersua,
Tiada perlu bicara berjela,
Miftahul ibtisam pembuka,
Membisik tanpa suara,
Jalinan ukhuwwah mula terbina,
Tulus ikhlas hanya kerana Yang Esa.

Segalanya dilalui bersama,
Senyuman terlakar disambut tawa,
Tangisan beserta teriring duka,
Jeritan sepi sama dirasa,
Gelak turut membuah ceria.
Membuka satu lembaran cereka.

Mengutip ilmu mutiara jiwa,
Buat pedoman di hari muka,
Lakaran impian mula terbina,
Mengorak langkah jauh ke sana,
Pesanan bersama usah dilupa,
Membawa erti cinta kepada-Nya.

Kini tiba masa,
Kita bakal mencari hala,
Terlerai perpisahan sementara,
Perjuangan ini tetap menyala,
Dibakar sumbu eratnya ikatan jiwa,

Berpaksi teguh hingga ke syurga.


Teman...
Kenangan pada hari ini tiada mungkin sama dengan apa yang bakal dilalui..
Pesanan guru sama diingati,

Mengiringi perjalanan yang lebih jauh lagi...
Keimanan akan tetap menjadi perisai diri...
Membentuk hati yang sentiasa takutkan Ilahi...


 

Buktikan kita boleh! Buktikan kos BAR punya semangat yang tinggi! ^_^
Belajar rajin-rajin degree~
(kalau kahwin, jangan lupa ajak dekat Facebook >_<)
504 tetap menjadi ingatan.
tak mungkin dapat peluang sama di Gombak nanti =)
Mohon maaf andai ada kesilapan dalam pertuturan mahupun kekhilafan dalam kelakuan. Jazakumullah!









 p/s: banyak perkara yang bermain di minda. Tertanam daripada terluah. Mahu menulis seperti dahulu. Post warming up dahulu, hehe. Rasa janggal itu datang kembali seperti biasa apabila lama tidak menulis di laman dunia keriangan sendiri =_= ngee. Mahu mencari hati terlebih dahulu. Rasa itu. Ya Allah, hadirkanlah...

4 comments:

Izzati Hashim said...

504.

Zaman akak di INTEC dulu, 506.
Hampir sama, tapi tak serupa.
Tapi kenangan yang tertinggal, rasa yang ada untuk kenangan tu, mungkin sama. (=

Merindui kenangan bersama sahabat seperjuangan. Allah. ('=

Selagi ada bersama, hargailah.
Bila sudah terpisah, untuk kembali bertemu agak susah. ('=


p/s : lama tak tinggalkan jejak.
Tinggal pula dekat post touching ni plak kan. =P

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

Assalamualaikum wbt Zahra! ^_^

Tgk gambar-gambar di atas,ira kenal seseorang lah! Tpah orangnya.. =)
Ira kenal Tpah masa ambil STAM di SAMT KKB(4 bulan je ira ambil STAM ^_~)

Teruja jap! ehee~

Uhibbuki fillah. InsyaALLAH,warm up utk giat menulis kembali =)

:: Zahratu Billaurah :: said...

<3 Kak Zati <3

akak! =') pengalaman penuh kenangan yg seterusnya membentuk diri. Belajar terlalu banyak perkara bersama. Saat yang ada pasti dihargai sepenuhnya, insya-Allah =')

p/s : waa, rindunya akak! Skrg cuti, nak aktif kacau blog akak baliklah =P
aih, mestilah touching, adik akak ni kan jiwang

:: Zahratu Billaurah :: said...

<3 Irah ! <3

Wsalam wbt Irah~ ^_^

Ye ke? Wah~ kecil je dunia ye. Pusing2 org sama yg dijumpa. Tapi ukhuwwah tetap x putus ^_^

doakan Zahra ye Irah. Doakan hati ini sentiasa lurus dlm menitip kalam. =)