Monday, June 18, 2012

A Right to Judge Others?




أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 بسم الله الرحمن الرحيم



Andai datang seorang lelaki meminta pendapat dan nasihat bagaimana cara yang sepatutnya dia lakukan untuk memulihkan hubungan dengan ibu bapa...


Andai datang seorang wanita yang kini bertudung labuh yang meminta sokongan dan keyakinan untuk kuat meneruskan kehidupan kerana rimas tetap terkenang dosa lalu yang bergelumang dosa perzinaan...


Andai datang seorang pemuda kaya dan dermawan yang mengaku bahawa dia telah lama meninggalkan solat dan ingin berusaha mendalami agama kembali... 


Apakah yang dibisik hati? 




"Huh, anak derhakalah ni. Termasuk golongan yang hantar mak ayah ke pusat jagaan orang tua la ni. Anak bila besar macam tu lah, lupa diri..." 


"What? Tak sangka langsung. Pakai tudung labuh tapi rupanya dulu pernah berzina dengan lelaki. Teruk betul. Huh, nak tutup dosa dengan tudung la tu," 


"Harap kaya je, bolehlah derma sini sana. Tapi solat tiang agama tu pun tak buat...tak guna je derma banyak-banyak. Huh, entah-entah nak tunjuk baik..." 


Oh, serious.
Critical.









Ada kisah seorang pemuda yang ingin mendalami bacaan Al-Quran kerana tajwidnya yang lemah. Namun, apabila diadukan masalah, tiada kata-kata sokongan seperti yang dijangka malah dilempar kata-kata yang melemahkan semangat. Apatah lagi, yang mengucapkan itu seorang yang dikenali dengan kopiah di kepala dan percakapan 'ana enta'.

Tahu apa jadi?

Ya, pemuda tersebut lemah semangat. Keinginannya ingin belajar sedikit terpadam.

Tahu apa jadi?

Ya, pemuda tersebut mula hampa. Kemahuan yang menyala mula sedikit sirna.


Yang pasti, hilang rasa percaya terhadap lelaki tersebut.


Andai mahu jadi seorang pendakwah yang baik, jadilah seorang yang sentiasa melihat manusia pada kaca mata kebaikan.

 

Andai mahu menjadi seorang daie, jadilah seorang yang sentiasa bersedia memberikan sokongan dari setiap penjuru!

 

Bukannya menilai melulu.

Malah yang lebih perit lagi.

Kata-kata pemusnah harapan yang dilontarkan terus berhadapan.

Tiadakah bisa memahami perasaan dia?

Hatinya pedih.










Saat melihat seorang remaja perempuan ramah berbalas komen mesra dengan beberapa lelaki di Facebook, usah terus mengatakan dalam hati mereka itu tidak menjaga ikhtilat dan seorang yang bersosial. Kerana kisah hidup mereka tidak seperti kita yang hidup dalam suasana 'ikhwah wa akhawat'.


Saat melihat seorang ibu memarahi anak tirinya, usah terus terdetik wanita itu jahat dan tidak menyayangi sementelah anak itu bukan yang dikandung umpama cerita kanak-kanak dongeng Snow White dahulukala. Kerana kita tidak tahu betapa gigih telah wanita tersebut mendidik anak tiri yang dianggap seperti anaknya sendiri dengan didikan syariat agama walaupun susah hanya Allah yang tahu. Dan mereka tidak seperti kita yang hidup bahagia bersama keluarga kandung sendiri.


Saat melihat luahan seseorang tentang betapa bencinya dia terhadap seorang ayah di blog, usah terus melabel anak itu tidak pandai menghormati orang tua. Kerana...entah, saya juga tidak tahu kerana apa. Yang pasti kisah hidup kita dan dia berbeza. Pasti ada sesuatu yang tersirat di sebalik tindakannya.



Saya hairan melihat kita yang mudah menilai manusia lain melalui satu sisi seolah-olah telah mendapat kelulusan 'sijil' daripada Allah yang tertulis rasmi, 'anda terletak pada makam yang mulia di sisi Allah'.



Saya bertambah hairan apabila melihat kita yang bertudung labuh dan berkopiah yang mudah judge people at that moment based on what we saw seolah-olah telah mendapat suatu jaminan pasti bahawa kita tergolong antara golongan yang masuk syurga.

 


Usah mudah menilai manusia andai tidak mahu cuba menelusuri kehidupan dia terlebih dahulu.

Usah mudah menilai manusia andai diri malas bertanya perihal dirinya dan memahami keadaannya.


Lebih baik diam. Padamkan prasangka buruk. Dan jaga sebenar-benar tepi kain sendiri.



"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa" (49:12)





There's a story behind every person.
There's a reason why they are the way they are.
Think about that before we judge somebody.



 You cannot judge a Man till you know his whole Story - Thomas Fuller









Andai benar sekalipun mereka begitu dan begini. Jadi? 








"what do you really know about this person that you feel justified in your assumptions?"
"and if you are correct in your assumptions, so what?"

"is it by judging people makes us happier?"
"and is it by knowing others' faults makes our life merrier?"



Menjadi seorang penilai tidak bertauliah tidak menjadikan kita seorang yang lebih kaya atau popular.

To be a judgemental person doesn't make us noblier.

Counting other people's sins does not make you a saint - Maher Zain



Setiap orang melakukan kesalahan. Setiap seorang daripada kita terkadang melakukan dosa tanpa sedar. Sebelum terlalu melihat debu hitam di baju orang lain, bersihkan najis kucing yang melekat di kasut sendiri terlebih dahulu. Dosa yang terlihat pada orang lain itu antara mereka dengan Allah. Kita tidak berhak menilai mereka dari hanya satu sudut pandangan. Allah Maha Mengetahui seluruh paksi kehidupan mereka. So leave all those judging parts to Allah.


Malah andai kita mudah menilai manusia, tika itu terbuka penilaian manusia tanpa sedar tentang siapa diri kita yang sebenarnya.






Manusia mudah menaruh kepercayaan orang terhadap mereka yang meninggalkan persepsi baik untuk orang.

Andai kita pernah berbicara dengan mereka yang suka memburukkan orang lain. Apakah orang sebegini yang kita percayakan untuk berkongsi segala masalah dan rahsia?

Tidak, bukan?

Andai kita pernah mendengar mereka ini yang selalu sahaja melihat yang salah pada orang lain. Apakah orang sebegini yang kita percayakan untuk mendengar luahan tangis kita?

Tidak, bukan?


Grab other's trust with love. Yes, with love.


I want to share an interesting English quote from Mother Teresa, "If you judge people, you have no time to love them."


So, don't easily judge people and others will automatically put a trust on us.



Kita memerlukan kasih sayang dan pengertian daripada yang lain. Begitu juga mereka. Apatah lagi bergerak menjadi seorang pendakwah, kita seharusnya melihat sesuatu pada pandangan yang luas, tidak tertumpu terus pada sesuatu yang negatif.


Mereka yang diajak (mad'u) juga manusia seperti kita yang mahu didengari permasalahan dan rahsia. Perlukan seseorang yang terpercaya untuk menceritakan segala. Mencari jalan keluar.




Fahamilah dan sayangilah mereka bukannya menghakimi.
Sedarlah, mungkin hakikatnya kita tidak sebaik mereka pada pandangan Dia.
Setiap kali mendengar dan melihat kesalahan orang lain.
Menangislah kerana kita punya segunung dosa lebih lagi.
Dan menangislah kerana hidup ini terlalu singkat untuk mencari kesilapan orang lain. 
Penuhilah dengan menyesali dosa sendiri.



Ya Rabbee, ighfir dzunuubee...ighfir dzunuubanaa..
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku...ampunilah dosa-dosa kami...





Dan untuk mereka yang pernah 'sakit' kerana dinilai orang. This is for you.




Pasakkan keazaman.
Don't bother what others said.
And do the best for yourself!
Ma'annajah!


Dan yang paling penting, ikhlaskan hati untuk mendekati Allah.
Kerana itu yang benar-benar pasti menggerakkan diri ke arah kebaikan.
Walau dilempar seribu tohmahan.
Insya-Allah.









And I also have a very interesting English story that I love to share. 
Please read this. Till the end.
I copy and paste it here for us to reflect ourselves.
Read to take the lesson.




A doctor entered the hospital in hurry after being called in for an urgent surgery. He answered the call as soon as possible, changed his clothes and went directly to the surgery block.

He found the boy’s father going and coming in the hall waiting for the doctor. Once seeing him, the dad yelled, “Why did you take all this time to come? Don’t you know that my son’s life is in danger? Don’t you have the sense of responsibility?”

The doctor smiled and said, “I am sorry, I wasn’t in the hospital and I came the fastest I could after receiving the call...and now, I wish you’d calm down so that I can do my work”.

“Calm down?! What if your son was in this room right now, would you calm down? If your own son dies now what will you do??” said the father angrily.

The doctor smiled again and replied, “I will say what Job said in the Holy Book “From dust we came and to dust we return, blessed be the name of God”. Doctors cannot prolong lives. Go and intercede for your son, we will do our best by God’s grace”.

“Giving advice when we’re not concerned is so easy” murmured the father.

The surgery took some hours after which the doctor went out happy.

“Thank goodness! Your son is saved!” And without waiting for the father’s reply he carried on his way running. “If you have any question, ask the nurse!!”

“Why is he so arrogant? He couldn’t wait some minutes so that I ask about my son’s state” Commented the father when seeing the nurse minutes after the doctor left.

The nurse answered, tears coming down her face, “His son died yesterday in a road accident, he was in the burial when we called him for your son’s surgery. And now that he saved your son’s life, he left running to finish his son’s burial.” 









Kesimpulan. 



Andai kita terlalu celik melihat dosa manusia, kita bakal buta terhadap silap sendiri.

So, stop judging.



Usah mudah menilai manusia hanya kerana diri perasan mulia di sisi Allah.

Kehidupan manusia juga punya musimnya.

Andai kita hanya mengetahui musim luruh sahaja, lebih baik diam.

And stop judging.

You never know how their life is and what they’re going through.

So, stop judging people!





Hamdun al-Qassar, one of the great early Muslims, said, “If a friend among your friends errs, make seventy excuses for them. If your hearts are unable to do this, then know that the shortcoming is in your own selves.” [Imam Bayhaqi, Shu`ab al-Iman, 7.522]


Abdullah ibn Muhammad ibn Munazil (Allah have mercy upon him), of the early Muslims, said, “The believer seeks excuses for their brethren, while the hypocrite seeks out the faults of their brethren.” [Sulami, Adab al-Suhba]





Berhenti berbicara buruk tentang manusia.
Selama 3 hari.
Selama seminggu.
Selama 3 bulan.
Apakah yang dapat kita rasai?
Kita jawab sendiri.
Termasuk diri saya sendiri semestinya.

Yang pasti, selepas itu kita akan menjadi insan yang lebih baik.
A better person than yesterday.
Insya-Allah.








Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya. 

Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca. 

"Ya Allah, jadikanlah bicaraku, tulisanku...adalah ibadah kepada-Mu. Ya Rahman, ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan. Hapuskanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati andai ada bersarang dalam hati ini. Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku. Ya Raheem, jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini. Ameen Ya Rabbal 'Alameen"
 

5 comments:

Hasnah Atiqah said...

yeahh orang 1st komen

sukasuka. mana hang dapat bnyak2 gambar ni?

ingat dah nak habis dah post ni, rupanya berjela2 lagi =='

sweetbanana said...

Betul... siapalah kita untuk menilai baik buruk seseorang. Everyone has their own stories... Orang pun tak suka kita jaga tepi kain nie.. Hihi...^^

Mademoiselle Rina said...

salam.. tumpang bertanya boleh ? smpai sekarang saya masih mushkil. rakan - rakan saya kebanyakannya, bertudung tapi tidak menutup aurat dan mereka ni, golongan yang belajar sekolah baik-baik, maahad, sekolah agama.. saya muskil kenapa mereka tidak mengendahkan aurat mereka dan sebagai kawan, bagaimana cara saya untuk menarik mereka supaya menutup aurat ? mengajak kawan yang mempunyai latar blkg agama yang kuat lagi susah daripada mengajak kawan yang kurang latar blkg agama nya. mohon pendapat,boleh ? terima kasih.

teefah Leevs~ said...

yes. n sometimes, what goes around comes around. :)
insyaAllah,we can be a better person. thanks for the post, sis azz!

Ainum Lathifah said...

kita ini hanya bernasib baik kerana Tuhan menutup aib kita dr pandangan/pengetahuan manusia sekeliling. kalau bukan kerana itu, mana mungkin ada yang ingin mendekati/menyukai kita.