أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
“Antunna dah berapa lama dalam dunia tarbiyah?” bertanya seorang naqibah kepada adik-adik usrahnya. Masing-masing membisu seketika. Hanya empat ahli yang bisa hadir kerana yang lain terpaksa menyelesaikan urusan yang lebih menjadi keutamaan.
Balqis memulakan bicara. “Kiranya baru nak masuk 2 tahun. Mula terlibat semasa awal datang UIA,”. Diri menambah. “Sama dengan Balqis sebab kami sebilik sewaktu sem 1. Pernah pergi surau Al-Ansar juga, ada kakak-kakak UIA Gombak yang ajak,”. Masih teringat kenangan di surau tersebut yang menjadi pusat pertemuan antara UIA baik asasi mahupun ijazah.
Alia pula ceria berkongsi penglibatannya dalam halaqah bermula dengan menghadiri usrah juga dengan seorang naqibah UIA Gombak. Halaqah sewaktu kami bertiga berada di Nilai aktif dengan akhawat Gombak yang sering datang menjenguk adik-adik usrah masing-masing.
Tiba giliran Aimi pula bercerita. Kami bertiga baru sahaja menjalankan sesi taaruf bersamanya kerana hanya dia satu-satunya ahli usrah dari UIA PJ yang bisa menghadirkan diri. Sewaktu berkongsi, saya perhatikan kelopak matanya bergenang, hanya menunggu masa untuk tumpah. Kisahnya menemui jalan tarbiyah lebih berliku.
Sebak…dalam kesyukuran. Alhamdulillah.
‘Usrah’ sewaktu dahulu, itu dan kini.
Andai diimbas kenangan sewaktu masih berada di alam persekolahan, juga ada pembahagian kumpulan usrah. Sekadar memenuhi modul mungkin. Perkongsian ilmu berdasarkan silibus buku yang disediakan. Ada input yang didapati namun masih segar dalam ingatan, ketika itu terlalu muda dan mentah untuk memahami apa itu tarbiyah.
Usrah sewaktu dahulu sekadar memenuhi peraturan sekolah yang menetapkan masa dan hari tertentu. Kemudian berlalu begitu sahaja tanpa memberi hati dengan ruang dan masa untuk berfikir dengan lebih mendalam tentang apa yang diperoleh.
Terimbas kenangan usrah yang dijalankan di rumah seorang ustazah yang mesra dipanggil Cik Ani. Bermula dengan ajakan seorang sahabat yang sering aktif dalam gerakan atau program dakwah seperti KRJ. Memandangkan ibunya kenalan Cik Ani, di situlah bermula untuk menggerakkan usrah di rumah.
Masih teringat dijalankan selepas selesai menghadapi peperiksaan SPM sebelum menunggu keputusan permohonan untuk masuk ke universiti. Mengatur janji dengan Ustazah. Berjalan beriringan bersama sahabat melintas jalan raya menuju ke rumah Ustazah. Bertemu dan taaruf dengan kenalan lain setibanya di rumah Ustazah. Tadabbur dan perkongsian hikmah daripada Ustazah. Manis!
Ketika itu juga, diri dalam proses menjadi lebih matang. Namun masih samar-samar, apakah itu sebenarnya tarbiyah?
Ketika di UIA inilah dengan pemikiran yang lebih tinggi, dengan pemahaman yang sendirinya jelas melalui beberapa peringkat yang telah dilalui sebelum ini, erti tarbiyah itu semakin difahami. Ketika ini mula mendapat pengalaman yang lebih. Taaruf semestinya. Makan bersama di dalam talam. Berkongsi cerita. Tilawah dan tadabbur bersama-sama. Menjalankan aktiviti outdoor dan riadah bersama-sama.
Banyak lagi.
Tak cukup untuk bercerita begini.
Harus merasai sendiri.
Usrah dahulu, itu dan kini semua bermakna dan mendidik diri.
Penghadaman Kefahaman tentang Usrah dan Tarbiyah.
Usrah merujuk kepada makna bahasa di dalam kamus bermaksud keluarga. Usrah merupakan satu medan di mana ahlinya bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina atas dasar ukhuwwah Islamiyah.
Usrah bertujuan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai satu sistem syamil wamutakamil (lengkap dan melengkapi). Yang akan melahirkan semangat juang secara berjemaah. Merupakan satu kelompok yang bisa membentuk golongan ‘amilin (yang beramal) dan mufakkirin (yang berfikir).
Usrah bermatlamat bagi membentuk peribadi muslim sejati dalam semua aspek kehidupan yang harus diikat dengan ukhuwwah dan juga dakwah!
Bagaimana pula dengan tarbiyah?
Tarbiyah bermaksud didikan. Suatu pendekatan bagi mendidik jiwa manusia ke arah cara kehidupan yang lebih praktis dengan pengamalan Islam bagi menghubungkan diri dengan Allah.
Kebiasaannya tarbiyah lebih difokuskan kepada pendidikan hati atau jiwa agar diri menjadi lebih baik.
Bagaimana?
Ya, semestinya dengan ilmu yang diamalkan.
Kita telah lama dalam tarbiyah…
Masih ingat sewaktu kecil-kecil dahulu Ibu menegur andai menjamah makanan tanpa membaca basmalah?
Masih ingat sewaktu kecil-kecil dahulu Ayah mula mengacah dengan rotan andai diri mula liat untuk solat atau mengaji?
Masih ingat sewaktu kecil-kecil dahulu ketika terjatuh dari basikal Ibu menyapu minyak gamat sambil menenangkan diri supaya bersabar dan berhenti menangis?
Masih ingat sewaktu kecil-kecil dahulu Ayah menyuruh supaya sentiasa mengamalkan doa yang ditampal di tepi dinding bilik air sebelum melangkah masuk sehingga kita terhafaz dengan sendirinya?
Itulah tarbiyah! Didikan.
Terkadang kita yang semakin besar ini makin lupa dan meninggalkan apa yang telah diajar dahulu bukan?
Terkadang perkara yang terlalu mudah menjadi terlalu payah.
Manusia.
Kerana itu pentingnya kepada tarbiyah sentiasa.
Didik hati, didik jiwa, didik iman!
Saya tak ada sahabat untuk bersama dalam dunia pentarbiyahan….
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Batang lidi nan sebatang mudah untuk dipatahkan namun tidak apabila seberkas yang digenggam.
Terasa lemah?
Saya tak ada sahabat yang nak ajak pergi ceramah agama…
Saya tak ada sahabat yang nak ajak sama-sama solat berjemaah…
Saya tak ada sahabat yang nak ajak makan dalam talam sama-sama…
Saya tak ada sahabat yang…..
Cukup!
Come on… wake up!
Saya memahami ada mereka dan mereka yang belum menemui semua ini.
Jangan terasa lemah sebegini…
There’s a way when there’s a will, right?
Saya memahami ada mereka dan mereka yang belum menemui semua ini.
Jangan terasa lemah sebegini…
There’s a way when there’s a will, right?
Andai mahu bercerita mengenai pengalaman, saya bukanlah berasal daripada keluarga yang bapanya tok imam di surau dan ibunya ustazah di sekolah pondok. Seorang pelajar yang hafizah juga bukan. Saudara-mara juga hampir kesemuanya jenis yang ‘sporting’ dan ‘happening’ dan saya bahagia! Kerana itu saya sebenarnya juga seorang yang ‘gila-gila’ namun haruslah bertempat dan bisa menjadi seorang yang ‘adaptable’ dalam pelbagai situasi. Orang slow dan pendiam, kita pun ikut rentak dia. Orang suka gelak dan berkongsi, kita ikut gaya dia. Bukankah itu juga salah satu teknik berdakwah yang ditunjukkan Rasulullah. Panjang andai mahu bercerita tentang ini. Harus dibuka lembaran entri yang baru.
Ya, saya akui peranan sahabat terlalu sangat penting dalam membentuk siapa diri kita. Sahabatlah yang memperkenalkan apa itu lagu nasyid. Sahabatlah yang memperkenalkan apa itu usrah dan tarbiyah pendek kata. Jika tidak, saya bukan seperti diri saya sekarang. Alhamdulillah, Allah kurniakan seorang Ibu dan arwah Abah yang amat tegas mendidik dalam susana penuh kasih sayang sedari kecil. Mereka jugalah yang memberi pendidikan di sekolah agama, andai tidak saya belum bisa mengenali apa itu tudung labuh dan juga sahabat-sahabat yang sentiasa memberi dan menunjukkan ke arah jalan cahaya.
Bagaimana pula andai diri bukan seperti ini?
Terasa tiada sesiapa di belakang yang menyokong?
Anda hebat teruji begini. Kerana anda sendiri mesti menggerakkan diri sendiri lebih berbanding mereka yang ‘bertuah’.
Ada yang terlibat dalam gerakan dakwah tetapi apabila terputus mula mencari arah kembali. Ada yang terlibat dalam program kebaikan namun apabila jauh dari semua itu, luput segala yang ada.
Walau sahabat tiada menemani, bertenang dan tariklah nafas kerana Allah sentiasa ada di sisi!
Sahabat hanya penguat, andai benar mahu jadi lebih baik, walau bagaimana cara sekalipun pasti akan diusahakan. Terus didik diri sendiri dengan diri sendiri untuk diri sendiri. Tarbiyah dzatiyah.
Sahabat hanya penguat, andai benar mahu jadi lebih baik, walau bagaimana cara sekalipun pasti akan diusahakan. Terus didik diri sendiri dengan diri sendiri untuk diri sendiri. Tarbiyah dzatiyah.
Kerana itu dalam apa jua, pokok pangkalnya keimanan kepada Allah. Sentiasa disebut dan didengar, tak kenal maka tak cinta. Mahu cinta Allah, mestilah kenal dengan Allah terlebih dahulu. Bagaimana?
Tadabbur Al-Quran. Melihat peringatan tentang neraka dan ancaman, memberi kedamaian dengan melihat janji-janji dan syurga-Nya. Tahu apa yang Allah suka dan tahu apa yang bisa menyebabkan Allah murka.
Berfikir. Dan kaitkan dengan sifat-sifat Allah. Allah itu Maha Penyayang dengan mengurniakan mata, hidung dan mulut untuk melihat, menghidu, makan dan bercakap. Ada manusia yang ditarik nikmatnya bukan? Lagi melihat kepada sifat Pengampunnya Allah, kita buat banyak dosa pun masih lagi mahu diampunkan-Nya.
Bila kenal Allah maka timbullah cinta dan makin dekatlah kita kepada-Nya.
Apa jua halangan rela ditempuhi. Percayalah.
Let’s do this together.
Cakap panjang-panjang namun andai tiada tindakan, umpama mengisi air ke dalam gelas yang berlubang jua.
Saya mahu berkongsi sesuatu. Buat jadual dan tetapkan matlamat.
Contoh?
Sebagai kakak sulung, saya punya kuasa veto *ketawa jahat macam Mr.Krab*. Ini untuk adik-adik, mahu ditinggalkan sebelum pulang ke UIA dan melihat perkembangan ketika pulang bercuti. Buat noo dik~ ^_^
(bab solat perlu diwarnakan setiap 5 kotak mewakili Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak dgn warna hijau (solat awal waktu), atau kuning (pertengahan waktu) atau merah (akhir waktu) untuk menunjukkan pola masa corak solat dan diperbaiki Yang lain hanya perlu tick dan sedikit notes)
Ini lebih advance, lebih kepada diri sendiri. Mungkin ada yang bakal dibaiki. Cuma lakaran. Anda bisa buat dan olah mengikut kreativiti sendiri. Anda lebih pandai daripada saya.
Jangan malu begitu, terimalah pujian saya.
Selawat atau istighfar dan zikir-zikir yang lain tidak hanya menanti diamalkan ketika solat sahaja. Berzikirlah di mana sahaja tika punya masa. Mungkin sewaktu menaiki LRT untuk keluar bersiar-siar bersama sahabat? Mungkin sewaktu berjalan-jalan menuju ke kelas atau suatu destinasi? Bukankah cinta itu menjadikan diri sentiasa rindu pada Dia yang dicintai?
Senarai surah hafazan, juga mahu diberikan kepada adik-adik. Diri sendiri juga amat memerlukan. Boleh diubah suai dengan menambah bilangan surah.
Naqibah mengajar senang menghafaz dengan mengamalkannya sebagai bacaan dalam solat selepas Al;-Fatihah.
Banyak tak penting, yang penting mula dan buat.
Sedikit demi sedikit tak mengapa kerana...pernah lihat air yang berterusan menitik di atas batu dan akhirnya berjaya melekukkan ia?
Slow dan istiqamah. Lebih baik daripada mengecut kemudian lelah berhenti.
"Jadi kura-kura dahulu sebelum jadi arnab"
Kesimpulan.
Hanya orang benar tahu apa yang dia benar mahu akan benar-benar buat apa yang dimahukan.
Mahukan tarbiyah, biar hati terdidik tak cukup dengan kata-kata kemudian senyap dan terus dengan aktiviti biasa.
Mahukan perubahan dalam diri mesti ada usaha dan sunnatullah adalah hasilnya.
Andai jodoh tak datang bergolek, kebaikan juga begitu.
Andai mahukan kebaikan, carilah kebaikan, bergeraklah ke arah kebaikan dan laksanakanlah kebaikan.
Mendapat syurga tak semudah memetik bunga bukan?
Terus mujahadah! Hayya bina! Kita bersama.
Allahuakbar. Alhamdulillah. Selesai juga satu post dengan izin-Nya. Sangat lama tidak menaip. Mencuri masa assignment sebentar. Selasa pagi dah mahu bertolak ke UIA semula. Saya x tahu kenapa masa terlalu cemburukan saya. Aduh. ^_^
Mahu bersama mengamalkan apa yang ditulis kali ini. Sedih, diri sendiri juga tahu tetapi banyak juga yang tidak dilakukan.
Mahu mohon maaf andai ada kata-kata yang kurang menyenangkan, andai ada silap dalam berkata-kata selama ini. =) Barakallahu feekum.
Mahu mohon maaf andai ada kata-kata yang kurang menyenangkan, andai ada silap dalam berkata-kata selama ini. =) Barakallahu feekum.
Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.
Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.
2 comments:
Assalamualaikum ukhti...
alhamdulullah..selesai membaca. ukhti setiap manusia itu akn bergerak mencari pertolongan kpd diri saat mereka tersa mula berani untuk menapak..Allah pertemukan ana dgn tulisan dakwah penyembuh buat hati. INsyaAllah jika kekuatan yg Allah pinjamkan dpt memaksa hati agar terus istiqomah mencari pengisian rohani disebabkan tulisan ukhti ini..ana berdoa agar amal kita yg sederhana ini dikira dlm timbangan. Dengan rasa rendah diri sy memohon untuk "pinjam beberapa ayat drpd blog ukhti" insyAllah ianya sgt membantu. Tahniah ukhti !! teruskan dakwah penamu ukhti. Akhir bicara,Jazakillahu Khair . Assalamualaikum
Post a Comment