أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
“Cikgu, saya nak jadi anak Cikgu boleh dok?” bertanya seorang murid perempuan. Dialek Terengganu.
“Boleh, jadi jelah,” Ibu hanya melayan. Tersenyum.
“Cikgu, sekelas nok jadi anak Cikgu,”
“Oh, boleh je,” saya tak bisa menahan tawa mendengar gaya dan kata-kata Ibu seterusnya.
Seronok melihat Ibu bercerita. Gelak tawa menghiasi petang itu. Ada sahaja kisah anak-anak murid didikan Ibu yang mencuit hati. Kanak-kanak sangat comel. Serius!
“Cikgu, sekelas nok jadi anak Cikgu,”
“Oh, boleh je,” saya tak bisa menahan tawa mendengar gaya dan kata-kata Ibu seterusnya.
Seronok melihat Ibu bercerita. Gelak tawa menghiasi petang itu. Ada sahaja kisah anak-anak murid didikan Ibu yang mencuit hati. Kanak-kanak sangat comel. Serius!
“Dengan budak-budak kita kena bergurau dalam serius sewaktu pengajaran,”
“Kalau serius sangat, budak-budak akan lari, kan Ibu?,”
“Kalau serius sangat, budak-budak akan lari, kan Ibu?,”
Ibu mengangguk sambil tersenyum.
Saya peroleh sesuatu yang tersirat hari itu.
Saya peroleh sesuatu yang tersirat hari itu.
Sentiasa.
“Boleh tak tolong jangan baik sangat?”
“11A SPM? Wah, bagusnya. Tahniah!”
“Ambil Bahasa Arab ke, hebatnya awak,”
Sebetulnya andai direnung kembali, hidup saya dipenuhi kasih sayang jauh daripada kebencian. Lebih dekat dengan pujian jauh daripada kejian. Kurang derita, lebih kepada bahagia.
Pelajaran Alhamdulillah. UPSR, PMR, SPM dan hingga setakat kini, Allah terus memberi rezeki walau hamba ini masih terlalu kurang bersyukur. Masih tak sedar diri. Mahu menampar diri sendiri.
Keluarga juga bahagia, Alhamdulillah. Walau Dia lebih menyayangi arwah Abah, dikurniakan pula Abah baru sebagai pengganti.
Adik-beradik juga jauh daripada dengki dan iri. Andai satu yang lebih, sama-sama berkongsi kegembiraan. Andai satu yang sakit, sama-sama berkongsi duka. Dari dulu yang hanya tiga beradik, kini dua lagi adik segera hadir melengkapi.
Sahabat juga kesemuanya yang menunjuk dan memberi ke arah jalan yang benar. Dari sekolah menengah hinggalah universiti.
Saya merenung sedalamnya. Terlalu menggunung nikmat pemberian Allah. Subhanallah walhamdulillah!
Hidup dalam pujian dan kesenangan. Seringkali juga berjaga-jaga kerana kesenangan itulah terkadang bisa membuat manusia makin jauh daripada Penciptanya. Sentiasa saya mengingatkan diri begitu.
Entah mengapa pujian yang seringkali datang hanya terbang melayang begitu sahaja. Tiada terasa apa-apa. Sentiasa mengingati diri sendiri, “aku tanpa Dia tiada apa-apa”. Peringatan yang sentiasa tertanam dalam hati. Usah riak dan takbur, berjalanlah di atas muka bumi Allah dengan kerendahan hati.
Aku berjaya dalam pelajaran, Dia yang bagi.
Aku punya keluarga yang bahagia, Dia yang bagi.
Aku punya sahabat yang menyokong, Dia yang bagi.
Semua milik Dia. Aku tiada apa-apa.
Lalu apa yang mahu dibanggakan? Nothing.
Be humble. Because we will return to Him at the end.
Innalillahi wainna ilaihi raaji’uun. Daripada Dia kita datang dan kepada-Nya kita kembali.
Lihatlah, dunia tiada apa-apa. Mainan semata.
Jaga diri usah terleka.
Ibu banyak mengajar saya. Terlalu!
Kalau mahu cakap saya baik, itu semua Ibu yang ajar. Jika tidak entah apa terjadi pada diri saya sekarang. Lanun pun takut agaknya.
Kalau mahu cakap saya pandai, itu semua Ibu yang ajar. Memberi keperluan ilmu yang secukupnya. Jika tidak entah manusia bagaimana saya sekarang.
Kalau mahu cakap saya seorang yang memahami, itu semua Ibu yang ajar. Ibu bukanlah seorang yang mendesak. Hanya menunjukkan kepada saya mana satu jalan yang benar dan memberi ruang serta masa kepada diri untuk berfikir dan memilih.
Kalau mahu cakap saya seorang yang pemurah. Itu semua Ibu yang ajar. Hidup harus sentiasa berkongsi dan jangan kedekut. Sebagai anak sulung apatah lagi, umpamanya hingga kepada tahap rela tak makan andai adik berada dalam kelaparan. Juga mengajar erti tanggungjawab.
Kalau mahu cakap saya seorang yang penyayang, itu semua Ibu yang ajar. Tak pernah luput kasih seorang Ibu yang dapat diri rasakan. Malah semakin bertambah. Inilah yang secara tidak langsung mengajar saya untuk melahirkan rasa empati dan simpati terutama sewaktu mendengar luahan hati seseorang. Jauh mahu dibuat-buat namun hati saya terdidik begitu sejak dari kecil. Didikan daripada Ibu juga.
Kalau mahu cakap saya seorang yang lemah-lembut, itu semua Ibu yang ajar. Ibu lembut dalam berkata-kata dan tegas pada tempatnya. Kelembutan Ibu mengajar saya, cinta seorang lelaki bernama suami sahaja yang bakal dicurahkan segala kelembutan, kasih dan cinta padanya. Just wait for the right time.
Kalau mahu cakap saya seorang yang cantik, ini saya tak dapat kata apa-apa. Sukar ditolak. Terima kasih.
Tak adalah. Sekadar gurauan. Pencambah keceriaan dengan bergurau ini juga Ibu yang ajar. ‘Sporting’ bertempat. Saya suka salah satu daripada ciri Ibu yang ini. Agaknya dengan gaya Ibu itulah anak-anak murid terasa dekat dan selesa. I really learnt a lot from that.
Sentiasa waspada dengan setiap pujian dan kenikmatan, bimbang meragut keikhlasan meninggalkan debu takbur dan riak. Walau diri menerima pelbagai penghargaan daripada bicara manusia namun harus menyedari bahawa pandangan manusia belum bisa menentukan pandangan Allah. Seterusnya menuntut hati untuk merendah diri dan mengakui kelemahan dengan memberi peluang bagi terus meneroka hikmah kehidupan serta mempelajari sesuatu daripada mereka di sekeliling.
Sentiasa waspada dengan setiap pujian dan kenikmatan, bimbang meragut keikhlasan meninggalkan debu takbur dan riak. Walau diri menerima pelbagai penghargaan daripada bicara manusia namun harus menyedari bahawa pandangan manusia belum bisa menentukan pandangan Allah. Seterusnya menuntut hati untuk merendah diri dan mengakui kelemahan dengan memberi peluang bagi terus meneroka hikmah kehidupan serta mempelajari sesuatu daripada mereka di sekeliling.
Mahu terus belajar, belajar dan belajar.
Daripada teladan seorang yang bernama Ibu.
Daripada teladan seorang yang bernama Ibu.
I want to be like her.
Ibu da’iah pertama.
Ibu seorang yang ceria, sungguh! A sun that shines brightly. Sedikit sebanyak tanpa sedar saya mengikut gaya Ibu.
Teringat sewaktu melakukan ‘tour’ atau dalam bahasa Terengganu ‘pergi berderak’ sekitar Masjid Jamek bersama sahabat-sahabat ketika yang lain pulang bercuti Hari Raya Cina, terserempak dengan seorang wanita berketurunan Inggeris sedang memilih pakaian. Sedari tadi kami hanya berbalas senyuman. Saya tak puas hati. Kerana saya jenis manusia yang pada suatu ketika dan waktu menjadi terlebih peramah.
“Having holiday here?” mendekat dan memulakan bicara.
“Oh? oh yes,” kelihatan riak mukanya terkejut lalu mengalih tumpuan dari pakaian dan menalakan pandangan ke arah saya. Riak mukanya ‘excited’. Saya apatah lagi.
“Where do you come from?” seorang sahabat juga makin menghampiri dan bertanya.
“I’m from French but living in China. You’re students?”
“Yes, student UIA” kami menjawab.
“UIA?”
“Have you ever heard International Islamic University Malaysia?” sahabat cuba memberi kefahaman.
“Oh”
“Petaling Jaya?” saya memperincikan tempat.
“Ohh, yeah, yeah”
“Just alone or with your husband?” diri bertanya begini memandangkan wajahnya sudah melambangkan dia seorang isteri. Mungkin juga seorang Ibu.
“Oh, with my husband over there,”
“Oh, ok,”
“Ok”
“Where do you come from?” seorang sahabat juga makin menghampiri dan bertanya.
“I’m from French but living in China. You’re students?”
“Yes, student UIA” kami menjawab.
“UIA?”
“Have you ever heard International Islamic University Malaysia?” sahabat cuba memberi kefahaman.
“Oh”
“Petaling Jaya?” saya memperincikan tempat.
“Ohh, yeah, yeah”
“Just alone or with your husband?” diri bertanya begini memandangkan wajahnya sudah melambangkan dia seorang isteri. Mungkin juga seorang Ibu.
“Oh, with my husband over there,”
“Oh, ok,”
“Ok”
Setakat itu sahaja perbualan kami. Ditamatkan dengan senyuman lebar yang terukir bersama ekor mata mengekori kelibat wanita tersebut menuju ke arah suaminya yang sedang menilik beg-beg murah di situ. Kepuasan itu akhirnya dapat saya rasakan. Kepuasan bersama harapan.
Pertama, usah lokek memberi senyuman. Senyum, senyum dan terus tersenyum. Hati yang redup juga pergilah segala kabus, diterangi dengan sebuah senyuman.
Kedua, ilmu bukan sekadar teori untuk menempa A atau 4 flat, sentiasa mengingatkan diri tentang itu. Tambahan UIA amat menitikberatkan penggunaan Bahasa Inggeris. Apa salahnya digunakan untuk menegur warga asing? Raikan kedatangan mereka.
Ketiga, mahu cuba menunjukkan Islam dengan tudung labuh dan akhlak yang baik. Saya bukan manusia yang baik, masih terlalu banyak yang harus diri pelajari daripada mereka di sekeliling. Saya suka mencuba sesuatu yang asing. Adventure.
Keempat, sudah semestinya berharap dia ditunjukkan jalan yang benar.
Dengan gaya santai dan keramahan yang ditunjukkan Ibu dapat saya kaitkan untuk berdakwah.
Banyak lagi kisahnya. Cukup satu sahaja dahulu. Menggali hikmah dari sebuah kisah.
Banyak lagi kisahnya. Cukup satu sahaja dahulu. Menggali hikmah dari sebuah kisah.
Ibu saya tak macam Ibu awak…
Ibu mana yang tidak sayangkan anak-anaknya?
Andai ada, mungkin hanya segelintir. Tidak mengapa, bersabarlah. Itulah namanya ujian. Andai bukan seorang Ibu yang mencurah segala, biarlah kita sebagai anak terus memberi. Walau apa pun, dia tetap seorang Ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan. Dia juga yang terpaksa menahan sakit dan perit melalui detik melahirkan seorang anak.
Senjata orang mukmin itu adalah doa. Kita punya Allah. Angkatlah tangan menadah dan berdoalah. Mohonlah apa sahaja. Huwa As-Samee’. Dia Maha Mendengar.
Walau apa yang terjadi baik dahulu, kini dan akan datang, mesti sentiasa percaya Allah hanya memberi yang terbaik buat hamba-Nya. Hanya kita yang perlu mencari hikmah tersembunyi. Menggali yang tersirat di sebalik suratan takdir Ilahi.
Bersyukurlah andai masih mempunyai seorang Ibu walau kurang didikan daripadanya. Lihatlah dunia luar. Lihatlah anak yatim piatu yang kehilangan kedua ibu bapa. They have to survive in this world alone by themselves! Lihat kecekalan mereka. Ambil dan jadikan iktibar.
Andai kita anak yang diberi cahaya lebih daripada ibu bapa, pimpinlah mereka. Andai kita anak yang ditunjukkan jalan lurus telebih dahulu, tariklah tangan mereka bersama-sama.
Hanya satu sebagai peringatan, Allah sentiasa setia di sisi menemani.
Jangan takut keseorangan kerana hakikatnya diri tidak pernah bersendirian.
Always bear that in mind. You can do it, I believe!
Jangan takut keseorangan kerana hakikatnya diri tidak pernah bersendirian.
Always bear that in mind. You can do it, I believe!
Kini, Hadiah buat Ibu.
Hadiah buat Ibu? Apa dia?
Sejujurnya saya juga tiada mengetahui apakah hadiah terbaik buat Ibu. Ternyata entri ini harus ditukar tajuk "Hadiah Buat Anak".
Kerana budi seorang Ibu itu langsung tak mampu saya balas.
Malu pada Allah andai diri masih menjadi hamba yang kurang bersyukur walau dikurniakan Ibu sebegini hebat.
Di sisi kanan, saya melihat seorang Ibu yang tanpa belas dan kasihan ‘membuang’ anak ke dalam tong sampah.
Di sisi kiri, saya melihat seorang Ibu yang menarik telinga dan menyimbah anaknya dengan air panas.
Dan kini, saya terasa mahu memeluk Ibu!
Kakak sayang Ibu!
Tiada apa yang mampu kakak berikan sebagai hadiah terbaik. Hanya dengan ilmu yang dibekalkan Ibu buat kakak untuk terus menjalani kehidupan. Mencari hakikat seorang hamba Ilahi. Ampunilah segala kekhilafan anakmu ini, duhai Ibu.
Aishiteru forever….
Aishiteru forever….
Kesimpulan.
Sayangi Ibumu, sayangi Ibumu dan sayangi Ibumu.
Manusia biasanya mula belajar menghargai apabila mula merasa kehilangan.
Sama-sama jadi anak yang soleh dan solehah ya?
Mendamba reda Allah melalui reda ibu bapa.
Pesanan terakhir, jangan lupa doa buat kedua ibu bapa selepas solat kerana mereka tak pernah lupa mendoakan kita dalam tiap ingatan.
Terlalu banyak yang bermain dalam fikiran. Masih terlalu banyak yang mahu diri kongsikan sebenarnya namun masa membatasi. Draft tajuk sudah banyak ditambah dalam fikiran. Terasa mahu diluahkan semuanya namun Dia tak mengizinkan.
Mencuri masa assignment lagi. Namun apabila difikir kembali, masa yang diperuntukkan untuk menulis inilah yang akan menolong. Yang penting, sentiasa ikhlaskan diri berkongsi sesuatu buat pedoman hati. Andai niat betul, pasti dipermudahkan jalan dan dimurahkan ilham bagi menyiapkan assignment. Kan? ^_^
Doakan perjalanan saya ke UIA selamat ya.
Terkadang mahu juga bercerita mengenai bapa, namun apakan daya saya tak mampu bercerita lebih. Kebanyakan perkongsian adalah melalui apa yang dilihat sehari-hari, apa yang dirasai dan terluah melalui kata-kata bersama perasaan. Hargailah ibu dan ayah. Tolong.
Kakak tahu Ibu mesti baca ni bila kakak jauh kan =') love u *peluk*
Kakak tahu Ibu mesti baca ni bila kakak jauh kan =') love u *peluk*
Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.
Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.
5 comments:
terima kasih untuk peringatan nie . namun tak semua dpt mcm ape yang akak dpat :)
Jazakillahu khayr b2 :') nice sharingg !
semua ibu terbaik :)Tanpa mereka , tiada kita ^__^
Subhanallah :') bilalah dpt jumpa dgn anak solehah sorang ni...
Terima kasih dik..parents are valuable in this world :')
n3 ini buat mama mengalirkan airmata..sayangi ibumu,sayangi ibumu, sayangi ibumu..
moga anak didunia ini punya ibu seperti ibumu..Amin
Assalamualaikum Rabiatul..T_T..tangisan yang sukar untuk di hentikan..terlalu menyentuh hati,yang selama ini ku pendam seorang diri..setiap kali di kenang kembali hati sayu dan pilu..kerana dulu sering menyakiti hati seorang insan bernama ibu..alangkah bahagia bila dapat di putar kembali peristiwa lalu..Rabiatul,terima kasih atas kesudian awak yang ingin berkawan dengan saya..jujur saya amat terharu dengan segala perkongsian awak sama ada di Blog dan di Facebook..rasanya setiap kali membaca rasa sangat membantu diri untuk lebih memperbaiki..dan muhasabah diri..T_T..
Post a Comment