Tuesday, May 3, 2011

Contest Sayangi Ibu Anda



عليكم السلام
  بسم الله الرحمن الرحيم



Ibu...Kenapa?
Sedari kecil hingga besar, aku hanya banyak menyusahkan Ibu.

Hampir setiap malam dan ketika, aku menangis…merengek,
Entah apa mahuku,
Tapi bagimu Ibu, tangisanku itu satu melodi indah,
Kelahiran seorang puteri sulung ke dunia,
Ibu…kenapa?
Aku mulanya sudah menyusahkan dirimu tetapi kau begitu menyayangiku.


Setiap kali aku menghadapi peperiksaan,
Kau hembus semangatku,
Keyakinan yang pudar berputik kembali,
Dan setiap kali itu juga aku berjaya menggenggam kejayaan,
Namun, aku tahu,
Itu semua adalah kerana berkat doamu,
Yang tiada putus meminta siang dan malam,
Ibu…kenapa?
Aku hanya menyusahkan hatimu tetapi kau tetap peneman yang setia.


Tika aku bersedih,
Tanganmulah yang mengesat air mataku,
Damai hatiku mendengar kata-katamu,
Lantas dirimu kupeluk,
Tasik hatiku yang bergolak,
Kembali tenang,
Ibu….kenapa?
Aku hanya membebankanmu tetapi kau begitu kasih kepadaku.


Begitu banyak aku meminta,
Aku mahu ini, aku mahu itu,
Segalanya cuba kau penuhi,
Betapa anakmu ini begitu mementingkan diri,
Ibu, kau penat bukan?
Tapi tak pula kau luah,
Melalui kata mahupun riak wajah,
Ibu….kenapa?
Aku anak yang….ah, sungguh aku malu kepadamu!


Tika aku sakit,
Hatimu turut sakit,
Kerjaya sebagai pendidik kau tinggalkan sebentar,
Demi menjagaku,
Menyuapiku makanan,
Seekor nyamuk pun tidak kau biarkan menghampiriku,
Ibu…kenapa?
Kenapa Ibu begitu baik…


Tika Abah pergi meninggalkan kita, kulihat kau begitu tabah,
Gigih benar membesarkan aku dan adik-adik,
Berulang alik mengambil kami dari sekolah pulang ke rumah,
Mengambil alih tugas seorang bapa,
Segalanya dirimu mampu,
Aku tertanya, apa yang membuatkan dirimu begitu kuat?
Ibu….kenapa?
Ibu, kau wanita hebat!
Aku ingin sepertimu.


Ibu…kini aku semakin besar,
Aku mula berjauhan denganmu,
Menimba mutiara ilmu nun jauh di sana,
Begitu banyak azimat bicara hikmah yang kau berikan,
Ibu…kenapa?
Aku hanya membimbangkan dirimu tetapi kau tak putus menjagaku.


Kini begitu ramai Tenggang Moden,
Aku tidak mahu begitu,
Ibu, aku tidak mahu begitu,
Sungguh Ibu, aku tidak mahu menjadi anak derhaka!


Ibu, aku tidak tahu bagaimana seandainya dirimu tiada,
Ibu, jangan pernah kau pergi dari sisiku,
Tiada sesiapa yang paling memahamiku selain dirimu,
Tiada sesiapa yang paling menyayangiku selain dirimu,
Tiada sesiapa yang dapat menjagaku seperti mana yang kau lakukan,
Tiada sesiapa yang bisa menggantikan tempatmu selamanya,
Kerana kau Ibuku.


Ibu, walau aku hidup 1000 tahun lagi,
Tak akan pernah bisa membalas kebaikanmu,
Sungguh kau wanita mulia,
Pengorbananmu begitu menggunung,
Kasihmu begitu melaut,


Allah, terima kasih!













Duhai anak,
Seorang Ibu mampu menjagamu berhari-hari, berbulan-bulan, bertahun-tahun,
Tetapi masakan menolong sebentar sahaja kau sudah merungut?
Sungguh kau anak yang mementingkan diri sendiri.


Duhai anak,
Seorang Ibu sedayanya cuba memenuhi keinginanmu, keperluanmu,
Tetapi masakan memenuhi keinginannya untuk melihat dirimu berjaya di menara gading,
Kau hampakan?
Lalu kau balas ilmu yang diberi dengan cinta monyet kepadanya,
Lalu kau balas ilmu yang diberi dengan kata-kata kesat kepadanya,
Sungguh kau anak yang lupa diri.


Duhai anak,
Seorang Ibu peneman setiamu tika kau bersedih,
Tangannya saksi pelerai resah hatimu,
Tetapi tika kau sudah mengenal erti dunia,
Berkali-kali kau menumpahkan air matanya!
Sungguh kau anak yang tidak mengenang budi.


Duhai anak,
Pabila kau sudah berjaya,
Tiada sedikit ucapan terima kasih kau tuturkan,
Tiada pelukan kau hadiahkan,
Tiada ciuman buat Ibumu yang tak putus berdoa,
Doa yang hanya buatmu, anaknya,
Sungguh kau anak yang egois!


Duhai anak,
Pabila Ibumu pergi,
Baru kau tahu belajar,
Erti menghargai yang sebenarnya.


Saat itu usah kau menyesal,
Saat itu usah kau menangis,
Saat itu usah kau panggil namanya,
Kerana tak mungkin dia akan kembali lagi.


Benarlah kata-kata itu,
Seorang Ibu mampu menjaga 10 orang anak,
Namun 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang Ibu.









 Kebetulan sewaktu dalam proses menyiapkan entri tentang Ibu tercinta, lebih tepat lagi untuk sambutan Hari Ibu 8 Mei ini, terlihat Contest Sayangi Ibu Anda di blog Dik Azyla. Alang-alang jumpa masuk. Sesiapa yang nak masuk contest ni, boleh pergi blog Dik Azyla. Ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi.








Itu hanya pendahuluan, saat ini dengarkan aku ingin bercerita mengenai seorang wanita hebat.
Ya, Ibuku. Sememangnya beliau wanita yang hebat. Sungguh.
Wajahnya sahaja mampu mendamaikan resah hatiku.
Kata-katanya sahaja bisa menusupkan satu ketenangan dalam jiwa.
Ketabahannya benar menggugah jiwaku untuk jadi sepertinya.
Keikhlasannya mendidik membuatkan semangatku melambung tinggi menimba ilmu.
Kelembutannya penawar hatiku yang bergolak.
Keramahannya menceriakan tangkai hatiku yang rapuh.
Kasih sayangnya tidak bisa dinilai walau dengan emas, intan dan permata.
Kesabarannya yang tinggi membuka mata hatiku yang buta.
Dia sungguh memahami tanpa perlu aku bersuara.
Ibu, dirimu wanita hebat!
Aku bangga menjadi anakmu!













Dia,
Ibu yang solehah, terlalu baik, tabah, ikhlas, sangat penyayang, lemah lembut, tegas, bertanggungjawab, pandai memasak, sangat pandai mendidik, penuh kasih, sporting, lucu, sungguh memahami, sangat mengambil berat, terlalu penyabar.
Oh, sungguh, Dia Ibu yang sangat sempurna!

 
Istimewa Buat Ibuku,

~ AZIZAH BINTI RANI ~
(bak kata arwah Abah, Ibu yang manis~ hehehehe ^_^)



SELAMAT HARI IBU!!
Gracias muchos!
Madre, te quiero!
Wo ai ni!
Aishiteru!
Jet’aime!


Ibu, kakak sayang Ibu! *lompat, peluk, cium!* ^_^
muaahhh!! Kakak nak bagi Ibu banyaaaakkkk  <3 <3 <3









IBU,
MAAFKAN SEGALA KEKHILAFAN KAKAK…
KERANA KAKAK TAHU…
AL-JANNAH TAHTA AQDAAMIL UMMAHAT…
SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU…


AKAN KAKAK KESAT AIR MATAMU IBU…
AKAN KAKAK PELUK DAN CIUM IBU…
AKAN KAKAK SENTIASA DI SAMPING IBU…
BIAR IBU MERASA…
ANAKMU INI TIDAK AKAN PERNAH…
PERGI DARI SISIMU…
BIAR IBU MERASA….
BETAPA KAKAK MENYAYANGI IBU…


MUM,
 I LOVE YOU MORE THAN ANYONE IN THE WORLD
I WANT YOU ALWAYS BY MY SIDE
PLEASE MUM,
PLEASE NEVER LEAVE ME ALONE...
I REALLY NEED YOU…


MUM,
YOUR STRENGTH AMAZED ME,
YOU HOLD LOVE, HAPPINESS AND OPINIONS,
YOU ARE CARING, RESPONSIBLE AND PATIENT,
YOU ARE MY SUNSHINE,
TELL ME MUM, HOW CAN I REPAY YOU?
NEVER, MUM…
I CAN’T….


YA UMMI,
SYUKRAN ‘ALA KULLI KALAMIKI,
SYUKRAN ‘ALA KULLI IHTIMAAMIKI,
SYUKRAN ‘ALA KULLI HAMAASAH,
ENTI NUURU QALBEE…
SYUKRAN LAKI YA UMMI...


YA UMMI,
AD’U ILALLAH,
AMALEE ENTI FISSIHHAH TAAMMAH,
AMALEE ENTI SA’EEDAH DAAIMAN,
FIDDUNYA WAL AKHIRAH.


YA UMMI MAHBUBAH UHIBBUKI FILLAH!
ENTI HABIBATEE ENTI FEE QALBEE…
ENTI SYIFAA-U QALBEE…
ABADAN ABADA….










Ibu!
*peluk, cium* =) =) =)











 ~ Far East - Azimat Ibunda ~
Nak replay tekan butang kiri sekali ye





SELAMAT HARI IBU diucapkan buat ibu seluruh dunia.
Juga istimewa buat seorang blogger yang juga seorang Ibu, Kak Ita! ^_^
Happy Mother’s Day!
Semoga Kak Ita terus jadi seorang Ibu yang hebat!
I want to learn from you how to be a good mother……….soon, hal yumkinunee...heheheheh *ouch, gatal*
^_^ hee~




Saya nak TAG :

Nak Tag Kak Zati dengan Akh Adie, macam sibuk dengan exam
(lagi, akak yg sorang ni tengah urus tiket nak balik, akak yang 90 tu, haha~ ^_^ )

Nak tag Farhana dengan Diba, adik-adik akak, ke manakah kamu? Kelihatan sibuk dengan interview adik-adik ni~


Jadi nak tag, pertama sekali, mestilah…..

Kak Jiha habeebati! My lovely sis! ^_^
Sarah, junior kak b2 yang maintain comel! ^_^
Dan Ustazah Hasnah! ^_^ muah!

Baik, dah cukup 3 orang.
Senior, Junior, Sebaya. Adil dah kan? ^_^

39 comments:

Izzati Hashim said...

tersenyum tersengeh baca post adik sorg ni.

adik pandai menulis la, buat akak cair je =p

haih. kalau jadi ibu ni dah kompen2 terharu *sob sob* (projection!) hehehe.

scroll ke bawah, scroll lagi dan lagi dan tiba2 ternampak kak zati. aiyak. nama akak ke tu? (denial!)
bila sebut tiket,sah dah tu. *cubit juga budak sorg ni*

:: Zahratu Billaurah :: said...

akak mmg selalu tersengih tersenyum, haha mcm ni kan~ (= so unique~ ahaha ^_^ =P

org tulis untuk Ibu org, dia pula yg cair. tu x guna ayat lebih power tu, kalau x lagi cair =P

(akak berangan dah~ haha. balik malaysia, buat nasi minyak, ajak adik tu!)

ahaha. kak Zati mana lagi. cubit org pula, akak jgn main2 dgn adik sorg ni, ganas sikit, balas smackdown kang~~dush2 ^_^ muah! *peluk*

Izzati Hashim said...

haih -.-

baca post dia pun tersengeh sorg2 depan laptop, tgk dia balas komen lagi la lebar sengih tuh, siap tergelak ag dah hohoho.

smackdown org tiba2 nak peluk, sarkastik sungguh. =p


p/s : nak nasi minyak ke? nanti akak balik blaja ngan ma akak, bila akak buat akak ajak adik dtg makan kat umah. Lalala~

:: Zahratu Billaurah :: said...

haih -,- (tgk, dia dah start dah buat smiley ni, haha. kakak mengajar adik, adik CoMel mudah mengikut tau =P )

akak, post ni sebenarnya sayu, awat akak gelak, haha

biarlah sarkastik pun, akak unik, adik sarkastik =P ^_^ wee~

p/s: baik, nak tunggu, akak balik belajar dgn mak akak, lps tu buat majlis lps tu jemput adik. lalala~

Nazihah@Jiha said...

yeah!
terima kasih adik!(versi upin ipin)^^<3<3<3

wurmm..akak ni tak pandai nak bermadah puitis cam adik..huhu *copy paste adik punya ja boleh..hehehe gegurau

InsyaAllah akak buat^^

*baru tahu adik B2 ada mak ja skrg..akak turut simpati, sememangnya mak adik mmg ibu yg tabah..<3<3 mak adik Rabiatul*<3<3 anaknya juga yg happy go lucky tu..^^

:: Zahratu Billaurah :: said...

kak Jiha dataaaanggg!! ^_^

akak, adik pun x pandai bermadah puitis, adik cuma berlaku romantik dlm menulis *smiley pakai spek*
*hah, molek sgt adik ajar kakak mende gitu balas =="*

okie~ ^_^

arwah Abah dah lama pergi, tapi Alhamdulillah, skrg dah ada Abah baru~ adik2 baru pun ada, hehe, wee~ ^_^

Ukhti Hana said...

Assalamualaikum Kak Rabiatul ^_^

kak.......!!!adik datang....(^^,)hehehe...*nasib baik serang bg salam dulu* ^_~

Bulan ni sibuk sikit,maaf la..
interview??
eh..tak de la mana ada interview pun*1 pun tak de* Diba je yg ada.

Uruskan surat rayuan matrik*sedih..T_T tak dapat 1 intake*
kena pegi sekolah nak cop pengesahan. >_<
tunggu UPU dgn debaran,Jumaat ni InsyaAllah kalau tak silap.

Terharu sgt baca entri Kak Rabiatul kali ni.. ='(
kata2 yg ikhlas lahir dr hati akak buatkan adik tersentuh dan memikirkan ibu adik juga.

TIBA-TIBA...........

"I want to learn from you how to be a good mother……….soon"

Amboi kak...persedian awal?hahaha... (^^,)*blushing*

Hasnah Atiqah said...

wah ! bitu pandai buat sajak lah yeeee..? nanti nak mintax buat duhai sahabatku hasnah atiqah,,
dia seorang yg comel,,baik bla3.. hehehhe

ni smpena hari ibu yeee? hehe

bitu, trima kasih atas tag nye ^_^,, tapi,, mende tag2 kat belog nii..? huhuhuhuhu. ==' x paham

Eye-Me said...

Pabila jemari puitis mula menyulam kalam cinta, buat ibu, mama, dan ummi . . .
Aq t'haru, pada mrk yg m'hargai erti pengorbanan . . .

nadbaptist said...

assalammualaikum dik,

hati ini memang terdetik nak jengah blog adik ni..tak tahulah kenapa semacam ada sesuatu je yg memanggil..rupanya betullah ada yg terlalu istimewa rupanya..indah dik memang indah..mak adik pasti bangga punya anak seperti adik..berapa umur mak adik ye??soalan cepucemas lak ye..
akak turut bangga..tersentuh akak dgn puisi adik..sayu hati akak ni..
eh eh..itu ucapan untuk akak ke??masih x percaya ni..ya Allah..terharu akak dik..betul ke?? atau Kak Ita lain ni..hehe
dik, kalu betul ianya utk akak dik..syukran dik terimakasih byk2 dik..i want to learn from your mother on how to be a good mother and have a daughter like u..oops terlebih sudah! sampaikan salam akak pada mak adik ye..hari-hari,hari ibu..ngeee

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Farhana |

Waalaikumussalam, Farhana dah dtg! ke mana kamu menghilang dik =(

kalau bagi salam dulu baru serang tu namanya penyerang sopan ^_^

akak nampak adik2 semua mcm sibuk dgn interview je, nampak mcm jrg on9 dah. xpe, rezeki tu pasti ada, akak pula berdebar adik2 nk kuar result UPU. Nak sgt adik2 akak masuk UIA..Ya Allah, Ameen, Ameen..

itu bukan krn akak, itu krn Farhana. Farhana mmg lembut la hati, aritu pun tersentuh juga ^_^

ahaha, itu mmg, xkan x kenal akak.
persediaan awal, hah, bolehlah tu, haha *blushing juga* ^_^ mengarut je kejenya kakak awak ni sorang..

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Ustazah Hasnah |

itu dia calon tag kita dah sampai~ ^_^

sajak ke tu, haha, xtau, b2 tulis je, rasa dan rasa, tulis dan tulis, akhirnya jadi mcm tu. ^_^
*dah..start dah dia...dah..haha*
baik b2 buat sajak, tentang b2. oh, dia sungguh rupawan, comel indah mempesona, baik laksana bulan *abis dgn aku2 terpengaruh dgn budak ni, ait awat hang ajar nenda benda pelik2 ha ^_^ ~*

iya sayang, 8 Mei! wee~ ^_^

ahaha, tu la asyik tag FB je ha, ni blogger sejati nak ajar tag blog pula ^_^

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Mi! |

Wah, Mi! ^_^
Hasnah, baik suruh Aimi buat sajak untuk Hasnah, haha
ni kwn b2 yg pandai masak ni~ ^_^
ingat lagi puding yg Mi buat resepi sendiri tu, sedap! ^_^

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Kak Ita |

Waalaikumussalam wbt akak ^_^

akak, itu namanya power of mind, minda kita boleh berkomunikasi dgn org lain, lps ni xyah guna henset dah, hehehe ^_^ ciptaan Allah sungguh jauh lebih hebat untuk dibandingkan dgn ciptaan manusia

umur Ibu adik 43, hehe ^_^
mestilah untuk kak Ita! waktu tahu kak Ita seorg Ibu, wah, rasa mcm Ibu sendiri pula ^_^ nak panggil mama boleh, hehehe *peluk*

comel la anak akak, Teli! ^_^
bukan senang nak mendidik kan kak, tapi mendidik itu sendiri memberi kebahagiaan, suka ^_^
hari2, hari Ibu, wee~

adibah aziz said...

cakap tahniah kat ibu akak tau . tau . kirim salam sekali tau tau .

:: Zahratu Billaurah :: said...

Awat? haha
Insya-Allah, nanti akak sampaikan ^_^
nanti akak ckp ye.
tunggu tau. tau. sabar tau. tau. haha

Sarah Sylph said...

kak B2!
adui, kalahla sarah dengan kak B2, haha :D

kirim salam tau kat cikgu ^^,

sarah buat nanti contest ni :)

:: Zahratu Billaurah :: said...

dah dtg dah budak ni! haha ^_^
nak menang jom kita pergi bodek Dik Azyla, haha

Insya-Allah~ ^_^

dah siap nanti kak b2 pergi tgk ye ^_^

adibah aziz said...

sebab sudah melahirkan seorang anak yang lawa , baik , pandai , ayu , sabar , solehah , ape lagi ek ?



benci verification kod ni !! HAHA ^^

adibah aziz said...

lagi satu melayan kerenak akak yang suke merengek ni .

:: Zahratu Billaurah :: said...

"sebab sudah melahirkan seorang anak yang lawa , baik , pandai , ayu , sabar , solehah , ape lagi ek ?"

awww, malu i.
pandai la hang, muka akak pun hang x kenai. akak pun hang xpernah jumpa. tau mana baik, akak ni gengster tahu, bab2 smackdown org, serah dkt akak. hhnnsss.....nak masuk geng akak? kan Diba dah ada belt pink, haha. ok la tu, master ni ada belt pelangi.

tapi akak tetap terima bab lawa dan ayu. =P xleh nak tolak la pujian yang ni =P ^_~

bukan merengek, manja, anak manja, ha ^_^ suka peluk2 Ibu dia ha *peluk*

adibah aziz said...

masuk u ,org nak curang kat taekwondo . haha . nak masuk silat olahraga plak . hhehe

org dah kenal mana satu akak yer . saya stalker terhebat ! haha

:: Zahratu Billaurah :: said...

wah, upgrade ke ^_^
*kalah la akak....nak belajar seni tarian pula lepas ni, buat sendiri, tari yang bertaring, jgn main2, aha~ *

biar betul bdk ni, adakah kerana...ahah, akak tahu. ^_^
mmg stalker terhebat, aha~ dush2 ^_^ *peluk* org pun dah kenal dia~

Ukhti Hana said...

Diba,stalker terhebat??
kelakar jer.. =)

nape tak stalke saya?
hehehe...

secret ^_^

" Nak sgt adik2 akak masuk UIA..Ya Allah, Ameen, Ameen.. "

Ameen...(ehem2 Diba Ameen kan sama doa ini ^^)

:: Zahratu Billaurah :: said...

betullah tu budak tu ^_^ stalker terhebat, suka sgt dia

haha, minta distalk pula dah budak ni

Ameen~! esok kan tahu? >_<

Eye-Me said...

@B2

Ececeh, pomot plak . . . *act cute*

Tue just sepotong bingkisan kata dri hti yg m'harap la . . . Lom qualify lgi tuk jd penyajak, apatah lg nk wt sjk utk org, hee~

puding triple 2 eh? tue respi umi Aimi lerw, hehe. xde la ebat sgt bab2 msk neyh, takat msk ikut respi bole la, hehe~

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Mi |

ehehehe *Mi, mane lagi b2 nak promote Mi, dkt sini la, kan* ^_~ Mi, penting tau promote ni, haha

ni kena masuk ambik kelas sastera ni ^_^

ha'ah! oo, resepi umi Mi ea, anak ikut mak..ada la tu resepi Mi buat sendiri selain puding tu kan ^_^
(Mi, nak resepi tu blh x, hee~)

Eye-Me said...

erk, btul k pnting pomot org? yg byknye org y pomot dri sndri ad la, hehe~

sastera? jd sbjk elektif bole la kut . . . slma ni elak sastera sbb xnk end up jd cikgu je, heh~ pdhl sej n bm la yg dpt A+ mse spm dlu . . . eh, t'pomot dri sndri lak, huhu . . .


respi 2 erk, ad lam kabinet lerw . . . lupe dh, hehe~ lme dh xbuat. 6ty ad mse Mi emelkn yep, ^_^

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Mi |

ha la Mi~ ^_~

la, haha, jadi Cikgu sedap Mi ^_^

xpe Mi, kalau ada Mi emel ea~ ^_~

Eye-Me said...

Hmm, Mi dh rse cne rsenye jd Cikgu. Ohhh, sgguh xsedap T_T, huhu . . .

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Mi |

sedap Mi! ^_^ mungkin pada minat masing2 ni

Azyla Mumtaz said...

salam..anda telah menang contest saya..so sila send kan nama,no.h/p,alamat rumah ke fb saya..alamat fb saya ada di blog..segera ya

Eye-Me said...

Whoa!!!!!!!! Cayalah B2 ^_^
Bkn stkt dpt 5 bntg, siap mng lgi tuuuuu *tepuk3x*

:: Zahratu Billaurah :: said...

| dikAzyla |

Waalaikumussalam..
Alhamdulillah..=')
hadiahnya apa adik, sampai kena bagi alamat, biar betul 0_o xpercaya masuk contest blog ada hadiah hantar betul2... =') syukran dik, nanti akak bagi ye


| Mi |

Alhamdulillah, Mi juga, Mi byk bagi komen membina! ^_^ apa2 hadiahnya, utk Mi juga, syukran ye Mi..=')

Azyla Mumtaz said...

salam..tengok sini yea :) http://pabilajejarikumulaberbicara.blogspot.com/2011/05/pemenang-contest-sayangi-ibu-anda.html

:: Zahratu Billaurah :: said...

Waalaikumussalam, syukran dik..=')

Azyla Mumtaz said...
This comment has been removed by a blog administrator.
generasi_boneka_neo said...

heheheh terharunye...emm bgus penulisan yng baik...emm jmput baca entry sy pasal ibu ye,,,
http://generasiboneka-neo.blogspot.com/2011/05/ibu.html
emmm entry sy simple jek...cuma sy nk komen dari org mcm awk...emm komen kritik n komen pujian sy mnerima dgn hati terbuka...sekian...

:: Zahratu Billaurah :: said...

Insya-Allah, nanti saya singgah ye
syukran sudi singgah dan komen ^_^