Wednesday, May 4, 2011

We are on a game and it's just started. Ready?



عليكم السلام
  بسم الله الرحمن الرحيم



Dunia sekarang semakin meruncing dengan masalah ikhtilat yang tiada berkesudahan. Semakin meningkat dewasa, saya semakin mengenal dunia. Dahulu di sekolah, kini di universiti. Sungguh dapat saya rasa kelainan.


Ya, kelainan pada persekitaran sudah pasti. Kelainan juga pada diri. Dapat saya rasa diri semakin matang dalam membuat keputusan dan berfikir. (Walaupun sekarang tak matang lagi gayanya, maknanya dulu nak cakap lagi tak matang ^_^)


Dan apabila menjenguk dunia luar. Banyak kisah pengajaran menyentak tangkai hati saya. Kisah yang tiada diduga juga bertandang. Terutama berkenaan hubungan lelaki dan perempuan.


Ada yang sudah terlanjur. Oh, lihat sahaja di akhbar. Lihat sahaja berapa ramai bayi yang terbuang. Antara yang terlanjur, ada yang insaf, ingin berubah. Tetapi tidak mudah untuk menghilangkan episod hitam dalam diri.





Ini isu utama saya. Tetapi saya mahu menyentuh aspek lain dahulu.
Situasi lain.








THIS VERSUS THAT



Contoh pertama. Ujian atau peperiksaan.



Baik, adik-adik yang menerima slip keputusan UPSR, PMR dan SPM. Masing-masing mengharapkan keputusan yang cemerlang. Flying colours. Harapan seorang pelajar SPM yang gigih berusaha dan mengharapkan 11A hampa apabila realiti yang dilihat ialah 4A sahaja yang diperoleh. Itu ujian dunia. 11A versus  4A.



Adik, sebenarnya dalam pada masa yang sama, adik diuji dengan ujian yang lebih besar lagi. Ya, yang sangat lebih besar daripada ‘peperiksaan kecil’ itu.
Hampa. Tak salah. Sedih. Tak salah. Tapi adakah itu bermakna adik akan patah semangat dan berhenti berusaha? Adakah itu bermakna adik akan putus harapan kepada Allah?
Adakah begitu? Oh, adik. Inilah ujian besar itu.



Adik dalam sebuah permainan. A fighting game. Apabila dikira jatuh kerana gagal mendapat 11A, apakah ‘player’ itu akan terus berhenti bertarung? Jika ‘player’ itu mengambil keputusan untuk berhenti bertarung, ketahuilah ‘player’ itu kalah tanpa berlawan. Mudah sungguh untuk tewas. Tetapi jika ‘player’ itu bertindak bangun setelah jatuh berkali-kali, itulah ‘player’ yang hebat!



Dan begitu juga dengan adik, pilihan hanya dua. Untuk terus jatuh atau memilih untuk bangun. Sungguh hidup penuh pilihan. Dan pilihan yang kita pilih, itulah diri kita. Contohnya, nak makan epal atau oren. Jika budak tu (nampak tak budak tu, ha? Tak nampak? Baik, abaikan dik). Ha, jika budak tu ambil buah oren, itu bermakna dia suka buah oren. Itu contoh secara kasar. Tapi panjang pula ceritanya jika dia ambil buah oren itu untuk mak dia.



Jadi adik, pilihlah.
Terus jatuh VERSUS bangun gagah berdiri.
Putus asa + rebah terbaring VERSUS reda + syukur.
Ketahuilah, adik jatuh kerana 4A itu tak salah, itu lumrah ujian kecil. Tetapi apabila adik tersalah langkah memilih untuk terus jatuh dan patah semangat dalam ujian besar, itu yang bahaya. Ujian besar yang melibatkan perkiraan Allah untuk meletakkan kita di syurga atau neraka. Kerana jatuh tidak mahu bangun dan terus berputus asa itu akan memberi kekalahan yang abadi. Di sana kelak.









THIS VERSUS THAT AGAIN.



Lagi contoh? Baik, saya sangat suka ambil contoh yang dekat.
Blogging pula.



Blogging untuk berdakwah. Niat baik tetapi awas, ‘penipu profesional’ itu sungguh licik. Oh, sungguh pandai menipu. Kerana itu terkadang disebabkan mereka, yang buruk dirasakan indah. Yang salah dirasakan betul.



Niat seorang blogger, menulis untuk menyedarkan diri sendiri dan orang lain. Sungguh blogger itu bertarung dalam sebuah game apabila hatinya terdetik sifat mazmumah. Dengki dan riak. Riak dengan tulisan. Dengki dengan blogger lain. Oh, penipu licik itu sudah berjaya. Player 1 VERSUS Computer Player.



Juga terdapat pilihan. Untuk terus riak dan dengki atau untuk berlaku ikhlas dan bahagia. Untuk terus riak dengan blog yang semakin maju dan dengki dengan penulisan blogger lain atau ikhlas dalam memberi madah bicara dan bahagia melihat blogger lain begitu maju dalam penulisan.



Juga wahai blogger, pilihlah.
Riak + Dengki = Loser  VERSUS Ikhlas + Bahagia = Winner
Ketahuilah jika riak dan dengki dipilih, sungguh blogger itu telah tewas dalam permainannya sendiri. Tetapi jika ikhlas dan bahagia menjadi pilihan, nantikan ganjaran daripada-Nya.



Susah ye? Susah nak buang rasa riak dan dengki itu?
Lihat hati sekarang. Oh, dapat rasa tak kotor dan penuh kehitaman? Saya dapat rasa yang saya sendiri.
Sentiasa semat dalam hati, lakukan sesuatu kerana Allah bukan kerana manusia.
Kita persembahkan apa yang kita tulis ini kepada Allah bukan kepada manusia.
Penulisan ini persembahan untuk Allah bukan untuk manusia. That’s it!









I GOT NEW POINT,  POWER UP MY STRENGTH!



Ya! PERSEMBAHAN.
Membawa saya kepada contoh lain.



Saya mahu menyentuh soal solat dahulu. Ya, solat. Solat juga satu persembahan. A performance. Untuk dinilai Allah. Apakah benar solat itu dari hati atau hanya sekadar pergerakan anggota yang belum lagi dapat membentuk akhlak mulia dalam diri?



Ketika ada orang, sungguh mudah tangan mengangkat takbir tetapi waktu tiada orang, kaki malas melangkah untuk mengambil wuduk. Kita hitung diri kita sendiri bagaimana. Saya mahu pergi kepada contoh yang lain.



Kemudian mari kita pergi pula kepada persaingan dalam pelajaran. Oh juga hati, dengki melihat rakan berjaya menggenggam kejayaan. Dengki melihat rakan berjaya memperoleh 4flat. Dengki melihat rakan dipuji pensyarah. Kemudian bahagia. Bahagia apabila melihat rakan yang dahulu berjaya kini jatuh. Bahagia dan terselit kegembiraan melihat rakan yang dahulu berjaya menggenggam 4flat kini jatuh merudum. Patutkah begitu? Sungguh tak berhati perut! Itulah namanya busuk hati. Tak matang.



Seharusnya bahagia melihat orang lain berjaya dan juga berusaha gigih untuk berjaya. Menimba ilmu untuk apa? Ya, kita belajar kerana Allah. Jadi kenapa nak dengki dengan orang lain yang berjaya. Belajar untuk ilmu bukan untuk result tinggi. Jika orang lain berjaya seharusnya kita turut gembira, boleh berkongsi ilmu dengan mereka. Tiada sebab untuk dengki kerana peluang terbuka untuk belajar dengan orang yang ada ilmu lebih daripada kita. Ada sesetengah orang apabila ditanya sesuatu yang dia tidak tahu berlagak seperti tahu. Itu pun namanya tak matang. Belajar kerana Allah VERSUS belajar kerana result.



Performancenya, ilmu yang dipelajari itu diamalkan. Itu yang kita nak persembahkan kepada Allah. Bukan nak tunjuk kepada orang kita naik stage ambil hadiah. Ilmu yang ada dapat membentuk pekerti mulia dalam diri. That’s what we call performance. Ok?









WAIT, THERE’S ANOTHER FIGHT.



Baik, lagi contoh. Seorang lelaki yang mahu berumah tangga. Oh, kasihan, tiada restu daripada keluarga. Apakah dia mahu kahwin lari bersama pasangan idaman atau terus berusaha mengambil hati kedua orang tua. Sungguh reda Allah terletak pada reda ibu bapa. Still, it’s a fight. This versus that. Between two choices. One brings eternal happiness while the other choice only brings…..uh, suffering.



Oh mungkin juga adik-adik yang masih di bangku sekolah. Sudah pandai bermain cinta monyet. Adik, adik nak pilih puppy love ke Allah’s love? Adik tahu kan cinta monyet itu tak halal, Allah tak reda adik main taip mesej ‘sayang’ dan ‘darling’ begitu. (oh, betul ke macam ni, mungkin la budak-budak ni taip macam tu)



Ni, dengar akak nak membebel. Kasihan dekat mak ayah sekolahkan adik, suruh belajar tinggi-tinggi, jadi anak soleh solehah. Masa sekarang bukan masa untuk ITU ( CINTA berlandaskan NAFSU) tetapi masa untuk INI (ILMU yang BERMANFAAT). Adik nampak tak? Akak sayang adik tahu sebab tu akak cakap macam ni.



*Adik, adik dekat sekolah sekarang, belajarlah betul-betul. Lain la kakak dan abang dekat U ni. Dah boleh dah nak start menggatal*
( dah…dia dah start dah…dah mai dah…)   Farhana : *geleng2 kepala* (ahaha)

Ok, just kidding. Rest for a while. ^_^



Saya mahu tekankan ini.

Kita adalah player manakala syaitan durjana, computer player.
Dunia ini game.
Mujahadah itu fighting. Dan amalan ialah performance.
Win itu syurga. Lose itu neraka.
Aplikasikan dalam kehidupan.









Berbalik kepada isu utama.



Kita sentiasa diuji. Dan buat mereka yang diuji dengan kisah silam yang terlalu pahit untuk ditelan dan dikenang kembali, ketahuilah, pintu taubat masih terbuka luas. Allah itu Maha Pengampun.



Ada antara mereka yang berfikir “aku sudah terlanjur, kotor, lebih baik aku terus kotor”. Saya faham, tak mudah untuk berundur daripada kesilapan sebegitu. Tapi benarkah hati awak mengatakan untuk terus menyerah kalah begitu sahaja?



Awak, kalaulah saya dapat jumpa dengan awak walau sekejap, nak saya selami hati dan kongsi perasaan awak. Luahkan segala apa yang terpendam. (oh, saya sangat berminat dalam menyelami masalah remaja, terutama remaja yang hilang semangat dalam hidup kerana terlanjur atau kisah hitam yang lain. Kerana itu psikologi penting dalam bermain emosi. Ya, psikologi penting untuk dakwah. Saya berminat dalam mendekati remaja. Andai saja saya berpeluang…oh, banyak lagi yang saya perlu belajar)



Awak diuji sekarang.
Dan awak sentiasa ada pilihan. Mahu terus tenggelam ATAU bangkit meninggalkan yang silam. Kenapa awak fikir awak tak boleh buat? Allah ada!
Malah saya sendiri yakin awak kuat. Awak boleh buat!



Dunia ini hanya satu pertarungan. Jika awak pilih untuk terus tenggelam, awak dah kalah awal-awal lagi, A LOSER. Tetapi jika awak kuat bangkit meneruskan kehidupan, awak dah semakin nampak jalan untuk menang.GO, WINNER.



Awak pilih, untuk terus bergelimang dalam maksiat begitu, dan itu jalan ke neraka. Atau awak mahu pilih untuk meninggalkan sejarah lama dan tabah memandang ke hadapan menjejak lorong ke syurga? Segalanya belum terlewat selagi dunia belum kiamat. Game ini baru sahaja bermula. Dan ia sentiasa di peringkat permulaan. Semua terserah kepada ‘player’ itu sendiri. Defeat that computer player!



Keputusan sekarang penentu corak kehidupan akan datang.
Yang paling penting, penentu kehidupan di sana. Akhirat.









Salah satu ciri orang yang bertaqwa ialah sentiasa memohon keampunan daripada Allah. Orang yang bertaqwa itu juga imannya naik dan turun. Sentiasa percaya Allah menerima taubat. Dan andai tersalah langkah memasuki pintu maksiat, pilihlah untuk beralih ke pangkal jalan. Bukan tetap di pintu ke neraka itu. Kita punya pilihan untuk ke syurga, lalu mengapa pilih untuk ke neraka?



Sentiasa fikir apakah perkara yang dilakukan di dunia sekarang adalah bermanfaat untuk akhirat atau tidak. Jika ya, teruskan. Jika tak, berhenti.



Kita adalah player. Dunia ini adalah game. Pertarungan sementara dalam merebut kemenangan hakiki. Andai tewas, jatuh kalah itu ditangisi. Kerana ketahuilah, itu kekalahan yang abadi.



We are always on a fighting game but it’s different according to the players. The player itself had to choose either to be a winner or a loser. Don’t ever finish up the game as it doesn’t yet says…. GAME OVER.



Wallahua'lam












Gratisan Musik


Ya Allah, kuatkan hati hamba-hamba-Mu ini. Walau apa jua rintangan, akan kami tempuhi, walau jatuh rebah, kami tetap akan bangun terus berlari mengejar maghfirah-Mu, mendamba keredaan-Mu

(awak, ok? ^_^ )




Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.


Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.


"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"

19 comments:

adibah aziz said...

:D :D :D

komen dulu

Syauqatul Wardah said...

ahah, tembak budak ni kang. ^_^

Nazihah@Jiha said...

beng...beng...beng....
tak tau nak komen apa...
penulisan adik sentiasa hebat!!^^

hebat..
hebat..
hebat..

ya Allah..berkatilah Adik Rabiatul...^^akak dah sampaikan salam dgn mak akak..mak kirim salam 'Assalamualaikum@ balik kat adik....tak sangka semakin erat ukhwah kita dialam maya ni...huhu
jgn biar ia terhenti...
jgn pernah...................

Nur Farhana said...

Wah~entri ni ada kait mengait dengan game juga ^_^ unik n kreatif la akak ni..

oppsss..ada "nama saya" ???
dalam hati:aikk..ada buat salah ke ni,adui.. >_<

owh.....~baru faham *angguk2 kepala*
(ahaha)

" Ya Allah, kuatkan hati hamba-hamba-Mu ini. Walau apa jua rintangan, akan kami tempuhi, walau jatuh rebah, kami tetap akan bangun terus berlari mengejar maghfirah-Mu, mendamba keredaan-Mu"

Doa atas ni pemberi kekuatan dan semangat utk menempuh hari "esok"..

(awak, ok? ^_^ )

InsyaAllah..ok!^_^

Syauqatul Wardah said...

| Kak Jiha |

beng...beng..beng...
tu akak nak main game ke atau nak tolong adik tembak bdk Diba tu, haha ^_^

Akak, seseorg tu kelihatan hebat pd pandangan manusia itu adalah kerana Allah menutup keaibannya ^_^
sungguh adik punya byk kelemahan, akak...adik byk belajar drpd akak tahu! ^_^

terharunya dgn doa tu..='( syukran...
Waalaikumussalam wbt ^_^
adik pun dah sampaikan salam akak, Kak Ita, Diba, Sarah semua dkt Ibu adik ^_^ siap sebut nama lagi ha
moga tautan ukhuwah ini bukan hanya setakat terjalin dlm alam maya harapnya jalinan kasih ini membawa kita menerobos pintu syurga..Ameen..='((

akak saaaaayang sgt akak!
adik rs dekat sgt dgn akak...^_^ juga dgn yg lain2 lagi..dgn bdk2 tu lagi..
walaupun akak duduk Sabah, betul =)
( kalau ada peluang, adik nak sgt jumpa kak Jiha! *lompat dan peluk* ^_^)

Syauqatul Wardah said...

| Farhana |

aha~ akak x tau kenapa, nak kata akak suka main game, tak mana ^_^

ahaha~ mana ada Farhana buat salah...tu tanda untuk Farhana, kakak awak ni suka menggatal..aha~ (lebih dari ulat bulu atas daun je aku ni...==")

Ameen lagi!
mudah-mudahan ye dik ^_^ *peluk*

kita mesti sentiasa bersemangat dlm menjalani kehidupan, ujian itu mmg perkara biasa, tapi yg luar biasa mcm mana kita kendalikan ujian tu, semakin dkt dgn Allah atau semakin jauh drpd-Nya, krn hakikatnya setiap ujian drpd Allah adalah bukti cinta dan kasih Dia ^_^ ujian menguji keikhlasan kita dlm bercinta dan berkasih..

Alhamdulillah, akak pun ok! ^_^
p/s: Farhana dan Diba dn juga adik2 akak yg lain mesti sentiasa ok lebih2 lagi esok ni! UPU~ ^_^ check awal2 ye, takut line busy

iqbalsyarie said...

nice one! betul. sangat kretif dan kritis ;)

Eye-Me said...

First line reading:

ikhtilat yg b2 mksudkn tu, ikhtilaf ke?

Eye-Me said...

'Apakah benar solat itu dari hati atau hanya sekadar pergerakan anggota yang belum lagi dapat membentuk akhlak mulia dalam diri?'

Suka ayt ney ^_^

================================

hehe, 'puppy love' = cinta monyet?

================================

*Adik, adik dekat sekolah sekarang, belajarlah betul-betul. Lain la kakak dan abang dekat U ni. Dah boleh dah nak start menggatal*

Adakah bermakna bila keluar dari bangku sekolah dan masuk U anda boleh bermain perasaan memandangkan anda sudah diiktiraf baligh dan layak digelar dewasa?

===================================

Fuuhh, maaf yea, klau komen ni terlampau pulak, hehe~

Syauqatul Wardah said...

| Akh Iqbal |

Alhamdulillah kalau ada manfaatnya, Akh ^_^

| Mi |

Alhamdulillah Mi ^_^
wah, byk ye persoalan drpd Mi, b2 cuba jwb semampunya ye ^_^

na'am ya Ukhti, puppy love tu cinta monyet ^_^

(ahaha, Mi, b2 gurau je tu ^_^)
masih x boleh, masih tetap kene jaga pergaulan, berhubung pada perkara yg perlu. Mi, pendek kata jaga diri, jaga hati sampai pintu rumah Mi diketuk~ ha~ ^_~

xdela Mi, syukran tanya, makin menambahkan ilmu b2 ^_^ *peluk*

Syauqatul Wardah said...

oh ye, Mi, tertinggal. Ikhtilat yang b2 maksudkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ajnabi ^_^ pergaulan yang tak mengikut syarak, sentuh2, berdua-duan, mcm tu..
kalau ikhtilaf tu setahu b2 mcm perselisihan. yg ni b2 x tau mana ^_^

anitaare said...

dik,

hebat dik..sgt hebat^_^
"uke"(3x)sikecil akak akan cakap macam tu kalau dia suka..ngeee

nk tambah sikit..
jgn berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan..
sekiranya dunia ini bukan tempat ujian,pastilah didalamnya tidak ada sakit dan kesusahan..
bersabarlah kerana Allah..
kemenangan itu sesungguhnya akn dtg bersama dgn kesabaran,jln keluar dtg bsama kesusahan..
dan dlm kesusahan itu ada kemudahan

timakasih dik atas perkongsian ini..akak pun nk *peluk*
oh ye akak keje sbg house mgr aje..^_^
dik rabiatul ni remaja hebatlah..brape umur ek??

Marhamah said...

Kita adalah player manakala syaitan durjana, computer player.
Dunia ini game.
Mujahadah itu fighting. Dan amalan ialah performance.
Win itu syurga. Lose itu neraka.
Aplikasikan dalam kehidupan.

best ayat ni..
fuyyo..when a BAR student speak in english..good job.hehehe

Syauqatul Wardah said...

| Kak Ita |

Alhamdulillah kalau ada manfaatnya kak ^_^
akak, seseorg itu terlihat kehebatannya pada mata kasar manusia itu adalah kerana Allah menutup keaibannya, adik byk kelemahan, akak..^_^
haha, ala, comel! mcm ipin! ^_^

syukran akak, untuk perkongsian ini....^_^

wah, akak, 'bukan house manager je', tapi 'house manager', hebat tahu kak keje surirumah ni, bukan senang, (pernah dgr ustaz dkt radio rasanya) mmg Mama yg hebat! ^_^
umur adik 19 ^_^ hehehe, sikiiit lagi no '2' depan ^_~

Syauqatul Wardah said...

| Leper! |

mendenya leper ngarut, tu BM tu haha

tgk when a SN TECH student speaks in English pula....lagi 'fuyyo' ^_~

(leper! cepatlah baliiiikk! ='(( saya rindu sgt awak tahu....bukannya senang nak dpt cuti sama...)

Eye-Me said...

Wahh, thnx alot 4 da jwpn ^_^

Mse 2 Mi cri dlm kmus BM-BI, jmpe ikhtilaf j, ikhtilat xde . . .
Lenkali B2 terang la skali mksd p'ktaan y dlm B.Arb 2 erk, bkn sume p'bca thu ape mksd dye, hehe~

Owh, bru skrg ku thu cinta monyet sme jgk ngan cinta anjing, heheh, mcm2 istilah . . .

'jaga hati sampai pintu rumah diketuk' insya-allah, Mi akn pgr dgn mgga skali, smpailah ada org yg jmpe knci mgga 2 & bg kt Mi utk persilakn dye msuk, *hehe, mengarut plak*

:: Zahratu Billaurah :: said...

la maani ya Ukhti ^_^

oo, ye ke. Insya-Allah, baguslah Mi ni, byk Mi tolong b2 untuk buat lebih baik lagi, syukran ^_^

haha, kalau terjemah satu2, jadi cinta anjing la jwbnya....kene buat monkey love pula..

haha, Mi ni~ kalau pintu dah diketuk jgn lupa b2 tau~ ^_^ nak pergi!

Eye-Me said...

Mi cme tnye ape y Mi xthu j, thnx klau anggap sume tu stu p'tlongn. ^_^ B2 pn ape kurgnye. Mkin byk post b2 yg Mi bce, mkin b'tmbh ilmu, mkin Mi hargai ape yg Mi ad skrg, xkurg jga iman. Thnx sbb dh tolg Mi p'bhrui iman, & sediakn sntpn2 rohani buat Mi. Sma2 la kte jd lbey baek lg lps ne yep. hehe~

Hurm, klau ad rzki . . . Rse2nye b2 dlu kot . . . Jgn lupe Mi jgk yep ^_^

:: Zahratu Billaurah :: said...

betul Mi, dh byk dah b2 belajar drpd Mi. kalau ltk perkataan terutama Arab atau perkataan asing, sertakan makna. Muzik tu kalau blh krgkan sikit sbb yg teruknya xleh nk berhentikan, haha. Mmg bagus skali, kdg sbb muzik ni, xbaca post pun agi, org terus tekan butang pangkah merah tu, aha~ ^_~

Alhamdulillah Mi, b2 cuma pengantara ^_^ tu semua drpd Allah. Kita sama2 amalkan ye. Yg menulis belum tentu bagus, dan yg membaca lebih bagus berbanding yg menulis. Tkdg apa yg kita tulis, org baca dan ingatkan kita balik ^_^

b2 dulu? doa tu, Ameen, haha *deras lalu sorg ni kalau bab ni gak* Insya-Allah, mesti punyala jemput Mi~! ^_~