Saturday, May 7, 2011

Contest Blog Saya Smart


عليكم السلام
  بسم الله الرحمن الرحيم


Lagi tag daripada Dik Azyla ^_^ suka sangat tag orang ye, terima kasih ye dik
Contest Blog Saya Smart
Saya cuba baca syarat-syaratnya.
Kurang memahami apa tag ini mahu, haha.
Namun, tak apalah. Kita buat.
Orang kata, kalau orang bagi kita sesuatu, kita kena ambil, walaupun sedikit. Jaga hati. Lebih kurang la~ ^_^ betul ke, wallahua’lam.
Oh ye, sapa nak masuk, klik. Lihatlah, hadiahnya lumayan.


Saya pun tak tahu nak tulis apa untuk contest kali ini.
Tak seperti contest sebelumnya, klik. (promote pula dah ^_^)
Tapi dah menjadi adat untuk saya membebel dalam blog sendiri.
Jadinya, kali ini, dalam contest ini pun saya nak membebel~ xpe kan? ^_^
Melihat kepada perkataan “Blog Saya Smart’, saya ingin menyentuh sesuatu.
Mahu bercerita santai.
 






What is the exactly meaning of SMART?
Oh, mari kita buka kamus sebentar.



Smart bermaksud segak dan cerdik.
Adakah bermaksud handsome? Cantik? Bijak dan pandai?
Semestinya! Well done!
Ha..? Huh. Dia cuba untuk mengarut lagi.



Baik, tutup kamus. Ya, blog yang smart ialah blog yang HANDSOME/CANTIK dan CERDIK PANDAI.



Blog yang Smart adalah blog yang mempunyai header yang menarik. Penuh dengan tulisan cantik berwarna-warni dan gambar bunga yang hensem, lebih tepat lagi, bunga lavender (ahah~). Shoutbox yang canggih. Apabila ditekan bergerak dan karakter atau kartun yang comel menghiasi shoutbox. Terutama shoutbox yang bernama Bougainvillaea (ahah~). Dan mungkin yang dikatakan cantik dan hensem juga adalah profile blogger itu sendiri? Terutama blogger yang bernama Syauqatul Wardah. | updated - :: Zahratu Billaurah :: | (ahah~).



=__=”   (…………………………………….…………)



Kenapa? Ha’ahlah. Cuba kita lihat orang. Kalau orang yang memakai baju adik dengan rambut terurai dan orang yang berbaju kurung bertudung litup, yang mana lebih cantik dan menarik? Sudah tentu yang berbaju kurung itu.
Lagi. Kalau orang yang pakai baju hitam blackmetal dengan topi hitam bergambar tengkorak dengan orang yang pakai baju melayu putih dan kopiah putih, yang mana lebih SMART? Oh, anda tentukan sendiri. Semestinya saya cakap yang serba putih itu. *kenyit mata dekat orang tu ^_~ ouch, gatal*
*biar betul pelajar BA ni*        =__=’  (………………………………………….)
Oh, ‘orang’ itu adalah patung. Pernah nampak kan patung di kedai-kedai baju. Pernahkan? Jadi tak salahlah saya kenyit mata. Uh, tundukkan pandangan dan pandang apa yang perlu. Aduh, jangan buat kontroversi.Saya masih menunggu pintu rumah diketuk orang.
Kita adalah apa yang kita fikir. Haha. Bersangka baik. Saje bergurau. Baik,mari  kita masuk zon sedikit serius.^_^





 



Oh, tolong. Jangan hanya melihat luaran. Lihatlah dalaman juga.



Adatnya, apabila luaran CANTIK berbaju kurung dan HENSEM berkopiah, maka dalamannya juga begitu.
Oleh itu, aplikasikannya pada blog.
Jangan hanya terlalu menitik beratkan luaran blog. Semua mahu ditambah. Masa dihabiskan dengan menata rias wajah blog.
Oh, saya tak kata salah. Tak salah langsung.
Tetapi dalam masa yang sama, padatkan dalaman. Lihat pada isi blog tersebut. Ye? ^_^
Jadikan blog yang selain CANTIK dan HENSEM, juga CERDIK dan PANDAI.



Jadi, apa yang perlu pada ISI BLOG untuk jadi cerdik dan pandai?



Baik, saya ambil orang tadi. Orang yang real punya ni.
Lihat apa yang dilakukan orang yang berbaju hitam blackmetal dan bertopi hitam tengkorak. Menari shuffle dan meminum arak.
Lalu datang orang yang berbaju melayu putih dan berkopiah putih. Menegur kelakuan si serba hitam tadi. (oh, kali ni dah tak boleh kenyit mata dah sebab orang real)



Anda nampak yang mana lebih baik?
Ya! Yang baju putih! Well done!



Lagi pada pendapat anda, apakah pembeza antara kedua-dua orang ini?
Ya! Ilmu! Well done! Nah, ambil gula-gula ni sebagai hadiah.



Si putih berilmu menegur si hitam yang jahil.



"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" (Az-Zumar, 39 : 9)



Kerana itu pentingnya ILMU. Pembeza alim dan jahil.
Membentuk AKHLAK. Ilmu menjadikan seseorang itu lebih berakhlak dan berkelakuan mengikut syarak.
Tapi yang penting, ilmu itu mestilah ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang membawa seseorang mengenal Allah. Awaluddeen ma’rifatullah. Awal agama adalah mengenal Allah.



Bagaimana untuk mengenal Allah?
Ya, dengan membaca! Sesuai dengan wahyu pertama.












Mari lihat persepsi lain. Keluar dari dunia blog kepada dunia luar.
Mari mendengar cerita.


 
Saya dahulu pelajar sains tulen. Selain subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan juga mengambil Biologi, Fizik, Kimia dan English in Science and Technology. Nasib baik ingat lagi, fuh. (cikgu, saya ingat cikgu-cikgu saya! Hee~ ^_^ saya rindu Cikgu! Rindu sekolah…=’((    )



Dahulu seingat saya, sememangnya saya belajar kerana SPM. Ya, yang utama pada masa itu adalah SPM. Matlamat utama dan tujuan pertama saya belajar adalah kerana ingin meraih 12A dalam SPM. Itu yang selalu guru-guru perkatakan. Juga dengan rakan-rakan. SPM. SPM. SPM. Namun terlalu sedikit yang mengingatkan belajarlah kerana Allah. Entah ada atau tidak.



Kenapa saya cakap begitu? Oh itu adalah kerana, seingat saya. Apabila memegang buku BIO, otak teringat SPM. Buat latihan Fizik, teringat SPM. Tetapi tak pula apabila bertanya guru tentang soalan Add Math yang tidak difahami, otak berfikir aku bertanya tentang ilmu kerana Allah. Tidak pula kepala ligat berfikir menyelesaikan soalan Kimia untuk merungkaikan persoalan ilmu kerana Allah. Mungkin ada. Dan saya berani jamin mungkin ada itu sedikit. Atau mungkin juga tiada. Entah, saya hanya ingat-ingat begitu.



Dan kini saya sedar, semakin sedar dan umur semakin matang untuk kahwin.



Niat saya dahulu salah. Niat saya sememangnya tersasar.
Semestinya niat pertama adalah kerana Allah. Dalam apa jua hal yang kita lakukan.
Bukan untuk mendapat kerja yang bagus, duit yang banyak dan lain-lain. Tak salah. Lagi sekali, langsung tak salah. Tak salah sedikit pun. Dengan kerjaya yang bagus, kita boleh tingkatkan ekonomi seterusnya mendapat gaji yang lumayan. Tak salah untuk menjadi kaya ( oh, tiba-tiba teringat dahulu rakan sekelas tulis di mejanya untuk menjadi kaya sampai Cikgu Math perasan, haha *sangat rindukan Cikgu Faridah yang sangat2 sporting! Rindu nak dengar ketawa Cikgu..=((  ) . Ya, tak salah impian untuk menjadi seorang yang kaya kerana dengan duit dan kekayaan harta itu juga dapat meraih reda Allah. Dengan melakukan sedekah dan amal jariah. Menyedekahkan wang, memberi sumbangan dan mewakafkan tanah untuk didirikan sekolah atau surau.



Tak salah. Tetapi yang paling penting, letakkan niat pertama belajar adalah kerana Allah. Dan niat lain seperti di atas pada nombor seterusnya.



Dan kini, di rumah sedang seronok bercuti (oh, cuti tinggal sebulan lagi! *pengsan*).
Apabila memandang buku-buku pelajaran dahulu, hati terasa sayu. Buku-buku tersebut dipangku di riba (ahah~). Melihat kembali fail-fail yang dahulu semangat disusun penuh dengan kertas dan latihan yang diberikan oleh guru. Hati saya menjerit “saya mahu belajar balik semua ni!!”. *oh,air mata menitik, entah kenapa, aha~ cepat sungguh bab feeling ni =__=”*



Sebahagian yang dipelajari dahulu ada yang hilang dari ingatan. Banyak. Mungkin kerana matlamat asal yang salah. Niat yang tak betul.
Dan saya rindu dengan ilmu dahulu. (nak baca balik!)
Saya rindu belajar BIO dengan Teacher Hayati. Yang dahulu subjek BIO ini yang paling saya malas belajar, malas masuk lab. (oh, kalau tak ada cikgu, bukan main gembira ==” teruk betul perangai aku dulu, tapi sekarang pun apa kurangnya) Saya rindu adrenaline, hinge joint, ball-and-socket joint, exoskeleton, endoskeleton, DNA, genes, chromosomes, inheritances. Saya rindu kartun-kartun kecil yang saya lukis! Walaupun subjek BIO yang paling saya tak suka tapi subjek ni yang paling saya semangat ulangkaji. Pelik. Terkadang susah memahami diri sendiri. Result BIO juga menghairankan berbanding Kimia no2 dan Fizik no1 di hati saya. ==”. Dunia memang pelik.



Mari kembali zaman sekolah. Bila lagi saya nak imbas nostalgia macam ni kalau bukan dalam zon mengarut ni…  =’((…



Tak salah rasanya ini masa kelas tambahan. Haha, lihat sahaja kulit coklat dalam pencil case, itu adalah ubat untuk tahan mengantuk, walaupun akhirnya tewas juga setiap kali masuk lab BIO, rasanyala~ ^_^


ha'ahlah, betullah masa kelas tambahan BIO, orang belajar kita ambik gambar pula ==". ni baru sikit 'kejahatan' yang dilakukan, ahaha. *cikgu, maafkan saya! ='(( *peluk** kalau masuk lab BIO mmg nak cop tempat blkg sekali sbb Teacher Hayati suka tanya soalan, ahaha~ selesa sangat duduk blkg, sungguh~macam2 aktiviti boleh dilakukan. tapi berlainan, kalau dlm lab Fizik suka duduk dpn sekali sbb Cg Mad x garang dan jarang tanya soalan, ahaha~ kalau Kimia, kdg2 bertukar. Sesuai dgn minat. FIZ no1, KIM no2 dan BIO no3. tapi saya rasa skrg ranking tu sudah terbalik ==" saya suka semua! ='((


ni salah satu kartun yang saya lukis untuk subjek BIO. Saya sendiri x faham, kata x minat BIO tapi study BIO saya suka. (saya kan selalu x serius =P , oh tapi mesti bertempat ^_~ )  inilah kenangan saya..='(( sedih...





ni x ingat psl apa, haha. nak gelak tengok kerja2 zaman 'kecil' dulu. kalau ada adik-adik yang minat nak belajar cara lukis2 ni, boleh emel akak ye, boleh akak ajar. Akak bukan nak kata akak pandai tapi setakat ilmu akak tahu, akak boleh kongsi. Cara ni berkesan! ^_^ sampaikan dlm dewan tu seronoknya menjawab BIO berbanding FIZ dan KIM yang menyeksakan.. ==" dunia memang pelik.




ni masa dalam lab Kimia. suka sangat belajar tajuk ni! oxidation and reduction. comel tu~ macam agar2, makan kang~ tu tangan sape ea, Syerah ke, haha, x ingat


ada gambar dalam lab BIO dan KIM je, FIZ x banyak. Ada, tapi dengan cikgu, xpelah, gambar ramai2 tu kenangan saya sendiri ye..^_^. Jadi adik-adik, tolong belajar rajin2, belajar kerana Allah.




Dah lah, hati dah cukup rindu. =’((….
Tapi apa pun, hidup mesti ke hadapan. Mesti diteruskan. =)
Pengalaman semalam banyak mengajar diri ini pada hari ini, pada ketika ini.
Yesterday is a history, tomorrow is a mystery but today is a gift.
Jadi, gunakan peluang dan masa sekarang dengan sebaik-baiknya.
Usah pandang ke belakang, bangkitlah menuju ke hadapan, namun sesekali perlu menoleh ke belakang, agar terang haluan di hadapan.



Dan kini, saya begitu menghargai masa sekarang. Cuba belajar menghargai sepenuhnya masa dalam menimba ilmu bahasa Al-Quran. Saya mahu memahami seni bahasa Al-Quran. Saya mahu menghayati keindahan Bahasa Arab. Guru-guru juga sungguh hebat! Apa lagi masalahnya? Matlamat biar betul belajar kerana Allah. Dan semangat. Sesekali semangat itu mungkin menghilang sepi, tetapi mesti juga semangat! Andai Allah ghoyatul aula, matlamat utama, maka tiada apa dapat menghalang, Insya-Allah. Contohi cendekiawan dahulu seperti Ibn Sina yang pakar dalam bidang perubatan, Ibn Battuta the prince of travellers, saintis pertama Ibn Al-Haytham, Al-Khawarizmi the inventor of Algebra dan arkitek Sinan. Mereka mencipta sejarah hebat mereka sendiri. Jadi, mengapa kita tidak boleh! *huu, tiba-tiba rasa semangat ^_^ maaf ye, kadang-kadang pada suatu saat dan minit, saya terlebih semangat =_=”*
Nasihat buat diri sendiri.


 
Ramai adik-adik yang mengkhabarkan tawaran yang diperoleh terutama result UPU baru-baru ini, mabruk alaikum! ^_^
Farhana, Diba, dik Wafi, Syabas! ^_^
Tahniah Teepah~ ^_^ (Marhamah, adik kita ni dapat USIM, hoho~ awak dah senior, dia dapat Pergigian~ akak, bagi tunjuk ajar, haha~)
Tahniah dik Irsyad (oh, awak ni sememangnya silent reader Along yang setia! Haha, nak pergi tak UIA? Kan dapat enjinnyor~ ^_~ tapi dah jadi pilot dah kan?)
Tahniah Sarah! (budak straight A’s ni dapat Sains UITM, nak gi x? ^_~)
Tahniah Farah! ( UITM interior designer, fuh, hebat! ^_^ kak azz minat gak bidang ni~! Boleh la belajar nanti, tak pun tolong decorate rumah kak azz, aha~ )
Tahniah Mim! Tesl UITM~ dan tahniah Yam! Dapat interview jadi guru Bahasa Arab! ^_^
Hebat adik-adik akak ni ^_^.
(Ema, Syakir, Dik Iela, Omar, Fatin, Azie, sape agi ea, belajar betul-betul kerana Allah, apabila belajar kerana Allah, Insya-Allah mudah dan secara automatik, straight A dalam genggaman ^_^ Insya-Allah) *budak2 ni baru mula exam mid-year, ma'annajah! *



Ada yang berpuas hati. Ada yang kurang gembira dengan keputusan tawaran.
Adik-adik, tak mengapa. Yakin bahawa apa yang adik-adik dapat sekarang dan apa yang ada dalam tangan adik-adik sekarang, itu yang terbaik. Jika tak dapat bermakna itu bukan rezeki adik. Ada sesuatu yang lebih besar menunggu. Sungguh perancangan Allah itu amat menarik. Dia suka bermain teka-teki~ ^_~



Dan mana-mana pun tempat belajar, tidak mengapa. Di mana tempat belajar, di situ ada ilmu. Dan ilmu itu yang kita nak. Alhamdulillah, andai adik berpeluang menimba ilmu yang diminati. Tetapi bagaimana dengan adik-adik yang mungkin rezeki pada ilmu yang bukan menjadi pilihannya? Adik, percayalah apa yang adik dapat itulah yang terbaik. Dan apa ada dalam genggaman jangan disia-siakan. Gunakan peluang yang ada di hadapan dengan sebaiknya. Boleh? ^_^











Menurut Imam Ghazali, terdapat 6 ciri ilmu yang bermanfaat.

 
Satu. Ilmu yang membuatkan diri lebih takutkan Allah.

Dua. Ilmu yang menyebabkan mata hati nampak keaiban sendiri.

Tiga. Ilmu yang menambah makrifat dalam ibadah (keseronokan dalam beribadah)

Empat. Ilmu yang menambahkan kecintaan terhadap akhirat dan mengurangkan kecintaan kepada dunia.

Lima. Ilmu yang membuka mata hati dalam mengenali perkara yang membatalkan pahala amalan sehingga dapat menjauhinya seperti riak dan hasad.

Enam. Ilmu yang menambahkan penglihatan terhadap tipu helah syaitan dan putar belitnya ( alim ulama juga tidak terlepas, mereka itu sungguh penipu yang professional dan musuh yang nyata, ‘aduwwun mubeen)


Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. ( Faatir, 35:28)
Dulu BA ada belajar ayat ni bab hikam










Ibu saya sangat suka mengingatkan. Tiada apa yang Ibu boleh bagi kecuali ilmu.



Ibu suka mengingatkan, kalau duit RM1000 diberi kepada orang yang tidak berilmu akan jadi RM1 tetapi apabila diberi duit RM1 kepada orang yang berilmu, RM1 itu nanti akan menjadi RM1000.



Begitu mendalam maksudnya. Membawa saya mengingati apa yang dikatakan oleh Saidina Ali.


" Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghakim ( hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu bertambah apabila dibelanjakan"




Ilmu tak ada makna berkurang, semakin kita mencari ilmu semakin bertambah tetapi harta tidak. Ilmu memandu kita tetapi kita yang memandu harta.
Jadi, cintailah ilmu. ^_^






 
Oh, jauh melencong, haha. Kembali kepada topik utama.


Oh apa dah tadi, blog yang SMART kan? ^_^ ha~ingat2.


Jadi kesimpulannya, blog yang SMART adalah selain HENSEM dan CANTIK pada luaran juga hebat pada dalaman ISI BLOG yang penuh dengan ILMU yang BERMANFAAT.


Untuk dapat ilmu, mesti membaca. Pastinya besar hikmah pada wahyu pertama walaupun satu perkataan, iqra’. ^_^


Jadikan blog SMART seiring dengan BLOGGER yang juga SMART.
Letakkan Allah sebagai matlamat utama dalam setiap perkara terutama dalam konteks menimba ilmu kini.




Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

Besar makna pepatah Arab ni. Betapa menuntut ilmu itu penting, tak akan pernah berhenti sehinggalah ajal datang menjemput. Sungguh, apabila mempelajari sesuatu ilmu, amalkan.



Tuntutlah ilmu untuk mengenal Al-Khaliq Pencipta kita kerana akhirnya kita jua akan kembali kepada yang Maha Pencipta.


Wallahua’lam.





 
Dah penat membebel~ Sekarang nak tag! Hehe~


Kak Jiha sekali lagi! ^_^ takyahlah..kesian akak ^_~ akak dah kena dah *peluk*
kali ni akak tengok adik-adik akak pula kena, haha

nak tag Hannan!







Kenangan dahulu.



Kali pertama saya mula mengenal alam maya dan mula melekat apabila masuk team website sekolah. ^_^ Tapi sekarang web tu dah sepi, sedih sangat..='(( dah beberapa kali kena hack. Tetapi walaupun tak aktif, ukhwah antara team website Alhamdulillah masih kukuh! ^_^ Dan majoriti masing-masing ada blog. Kali pertama saya buat blog adalah juga apabila menyertai pertandingan blog yang dianjurkan website sekolah. Tapi tak ingat dah ke mana blog itu menghilang. Tapi yang pastinya tak menang. Haha~



ni lukisan team website yang dilukis untuk majalah sekolah namun malangnya tidak diterima, haha. xpela, simpan je la kenangan ni ^_^


Adik-adik yang saya sebutkan di atas adalah junior-junior sekolah! ^_~
Teman seperjuangan, Lia! sangat rindukan Lia! ='(( *peluk*
Rindu kak Mira, kak Nani, kak Ooleen! *peluk* sangat menyayangi kakak-kakak ni. ='((
Juga senior-senior website team, Akh Qi, Akh Faiz, Akh Amir, Akh Fuad, Akh Ji, Akh Syahir, Akh HafizAdam. Sangat menghormati mereka.
Kami dah seperti adik-beradik! Tapi ada yang sudah lama tidak berhubung. Masing-masing sibuk dengan komitmen. Yang paling dekat berhubung melalui blog. Adik-adik ada melalui mesej dan call kerana tak aktif blog.
(xde nak buat reunion lagi ke ^_^ )
Sir Halim apa khabar ye, lama x dengar khabar Sir =) Sir baik sangat




ni semasa f4,  ni pun hantar dekat majalah sekolah tapi tak diterima, kasihan, aha~


Saya mesti berterima kasih kepada Aliyana. Dialah sahabat pertama yang menggalakkan saya menceburi dunia blogging. (Mak saya! *peluk* ^_^ tapi, dah lama x dengar khabar Mak..=(( tapi tahu dia cuti sekarang  ^_^ dan dia jugalah pengomen pertama saya, walaupun waktu kali pertama saya buat blog, entah apa-apa saya tulis, nak tengok pun malu…sampai tertanya sendiri, “aku ke tulis tu….” ==” tetapi sungguh blogging banyak membuka minda saya, banyak memberi saya ilmu, banyak mematangkan saya, dan penolak pertama menimbulkan minat saya terhadap penulisan juga dunia ICT)


Saya juga mesti berterima kasih kepada Farah Nadzirah! Nad~~!! *peluk* ^_^ perkara-perkara asas dalam memulakan blog seperti header di atas, shoutbox, friendship quote, follower itu semua Nad yang buat, hee~ ^_^ Nad baik sangat) Nad juga yang menang pertandingan blog dulu. Memang guru b2!

Syukran Jazeelan~! ^_^ *peluk*


Andai ada saham saya dalam dunia blogging, lebih lagi saham pada mereka berdua, Ameen.



Ilmu yang bermanfaatlah yang akan menolong kita kelak di sana.
Oleh itu….

Sabda Rasulullah SAW “Sebarkanlah walau hanya satu ayat"


Soalan di Alam Mahsyar :
Ke mana hartamu kamu belanjakan?
Ke mana ilmumu kamu gunakan?
Ke mana umurmu kamu sia-siakan?
Ke mana umur mudamu kamu habiskan?

Jadi, bantu diri sendiri mulai sekarang agar kelak di sana kita tertolong.




  

p/s: pada mulanya yang tak tahu nak tulis apa akhirnya dah jadi macam ni…..==”
oh, ni saja2 ja. entah ada orang baca atau tidak, haha. Kalau ada yang baca, boleh nak komen. Ni saya bagi peluang nak kritik saya. Nak cakap saya ni cakap banyak sangat ke, tolong pendekkan post ke, tolong jangan letak lagu dalam post ke, banyak menggatal ke (haha), xpe, cakap je, tak marah, betul ^_^
Yang tegur tu mesti sayang saya, lala~


(Ni nampak gaya tak menang dah ni, tersasar jauh. Penatnya. Fuh, habis juga akhirnya. Dah cukup main-main, lepas ni serius pula...^_^ hee~)

30 comments:

Marhamah said...

saya ada agi video masa tgh belajor bio..hahaha

tipah dpt usim?waa..selamat dtg
sape lagi junior dpt usim?sikit je ke?x sabar nak tgk junior2 kat kampus nnti..

waa..nak gambo masa sekoloh dulu..
bulat.. cepat attach gmmbo hntr kat mail sy!

Izzati Hashim said...

Ya Rabb, panjangnya! =='

hahaha. gelak2. =p

blog adik sentiasa SMART ah, pelbagai idea ada. The gift from Allah (=




p/s : adik, akhi HafizAdam tu yg blaja di Mesir juga ke? nama dia manrik perhatian akak sebab akak pun da senior nama panggilan mcm tu (=

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum dik Rabiatul!^^

panjang betul ba postnya,but it's ok, apa jak yang adik post mesti baca dari A-Z..^^sikit lagi nak kena tag..hehee

bila dik cerita tntg sekolah adik,teringat juga sekolah ku..huhu akaklah pelajar paling pendiam kali dikelas..hik3 digelar pula ulat buku...=_='*kononnyalah ulat buku..

banyak pengetahuan yang diperolehi dari post adik ni,yang paling terserlah=apa yang kita lakukan kita sandarkan hanya kerana Allah..kita diciptakan Allah bukan saja-saja..kita akan dikembalikan kepada-Nya kelak..semuanya kerana DIA yang satu tiada dua..

blog adik memang smart luaran dan dalaman^^ dan *akak tak tipu ya...serius ni ba...

alhamdulillah..teruskan!...^^

Mat said...

haha.. kalu ganu panggil semak=smart.. haha

Dan mungkin yang dikatakan cantik dan hensem juga adalah profile blogger itu sendiri? Terutama blogger yang bernama Syauqatul Wardah. (ahah~).
pe pribahasa tu.. angkat bakul masuk sdri... haha.. ni la orgnya.. haha

Kalau orang yang pakai baju hitam blackmetal dengan topi hitam bergambar tengkorak dengan orang yang pakai baju melayu putih dan kopiah putih, yang mana lebih SMART? Oh, anda tentukan sendiri. Semestinya saya cakap yang serba putih itu.
*kenyit mata dekat orang tu ^_~ ouch, gatal*
mmg gatal pun.. haha..

haha.. mcm mana nk lihat dlman?

don't judge a novel by its cover.. wakaka///

Dan kini saya sedar, semakin sedar dan umur semakin matang untuk kahwin.
bagus2.. jgn lupa jemput. wakaka

haha.. cutiku kini tinggal sminggu sj lagi.. haha

haha... rindu pd sk mmg x dnafikan... ana skit pun x rindu kat sk, tp rindu bnyk2. wakaka

haha.. betul3.. ilmu sgt penting..

ada satu cite, sorg pok cik ni ye bwk kete kat lebuhraya.. tba2, kete itu mapus... pastu pok cik tu pun m'berhentikan kete itu kat tp jalan.. sementara duk tggu org mari tulum, pok cik ni amik tukul, pastu ketuk kat enjin kete.. tp x juga idup2.. pastu ada lh seorg anak muda yg baik ni bhenti utk tlg pok cik ni... anak muda tu tanya, doh bakpe ni pok cik? pok cik tu jwb, kete x idup la.. haha.. pastu org muda tu kata kalu nk bwk ke bengkel jauh lg ni, meh ah sy tlg pok cik, entah mcm mana anak muda ni ketuk punya ketuk kat injin kete tu terus je molek kete tu.. pok cik tu terus je jd hairan.. haha.. pastu pok cik tu say, doh anak ni tolong doh pok cik, anak nk brape upah? org muda tu kata, gni la pok cik weh, sy amek sratus doh ah.. pok cik tu jd mrh, laak? bakpo mahal sgt, pdahal mu ketuk2 g2 je.. anak muda tu jwb; mmg la, sbb sy tau nk ketuk injin tu kat mana.. kan kalu sy ketuk pok cik ngan tukul ni kan, benjol pale pok cik.. haha
ce buat ksimpulan sdri.. wakaka

adibah aziz said...

smart itu hape ?

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Leper |

video mana, haha, saya simpan agi semua2 kenangan...sedih bila tgk ='(( leper, rindu awak...cepatlah balik....mari kita kuar ramai2...
(plg kenangan video yg kita buat last minit tu, haha. sampai tgh2 mlm saya duk rumah awak ^_~)

ha'ah, tua la awak, jadi senior ^_^ haha. Setakat ni tau Teepah je dpt USIM. Anak Cg Raina, Irsyad dpt engineering UIA. Ramainya dpt UITM.
waaa..saya nak gak junior

haip leper, roger and out. Tapi biar saya check dulu gambar dkt mana.

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Kak Zati |

aha~ akak ni mcm x kenal adik *kelip2 mata* *peluk* ^_~

ada masa perlu serius, ada masa perlu menangis, ada masa perlu gelak. dan skrg masa untuk gelak, haha.

Alhamdulillah, akak. Adik harapkan ada saham di sana , itu dh sgt lebih dari cukup ^_^ akak, blog akak lagi SMART. tapi kalau nak kata blogger, esh, mestilah blogger blog ni smart agi, haha =P
adik smart, akak cantik, ha adil la

p/s: ha'ah, Akh HafizAdam pun mesir, sah dah tu. tiada ragu2 lagi ^_^ Oppa Pis, seorg abang yg baik, klako dan sporting, haha. lama dah x ziarah oppa, gi ziarah kjp, adik ltk link Oppa ea atas tu. nak edit ni

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Kak Jiha |

Waalaikumussalam akak! ^_^

haha, membebel je byk adik akak ni. xleh, akak dah kena, dia kena lama2 sikit, sekali kene sekali x kena, lps tu kena, saspen sikit ^_~

aha~ mesti akak baik je kan duk dlm kelas, rajin baca buku ^_^
akak, adik ni luaran ramai kata senyap dan pemalu, (pemalu la sgt, eh, ye la, haha) tapi...Astaghfirullahal 'azeem...^_~ (kita mmg kena cipta karakter berlainan, sedap, boleh buat org pening) xdela,hehe, kita kena pandai menyesuaikan diri mengikut situasi, tempat dan keadaan, betul kan kak ^_^

akak, adik terima smart luaran (yg ni mmg xleh tolak, haha)
tapi kalau dalaman tu, byk sgt perlu dibaiki ^_^ adik byk belajar drpd akak

Alhamdulillah, peringatan kembali buat adik!
terkdg adik harap sgt apa yg adik tulis semuanya adik amalkan =) tapi adik ni manusia biasa, harapnya apa yg kita tulis, mengingatkan org dan org ingatkan kita balik, Insya-Allah

Alhamdulillah, kita sama2 ye kak! ^_^ hee~! *peluk*

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Ustaz Syafiq |

dah...dah mari dah ustaz ni..haha

ganu panggil semak ork, dah ni ana kena tukar la ni. eh xyah, ustaz la pulak buat anjur 'Contest Blog Saya Semak', haha

tu bukan peribahasa tu, itu kenyataan, haha, ustaz kena terima hakikat

biar la, ana galok dgn patung je pun...xdk masa nak galok ngan mende lain ==" (baik baca buku, cari ilmu, biar mantop gitu)

haha, terbelit sdh. Ana agak dah timbul psl ni.
Cuba ustaz tgk balik ana tulis mende. "Adatnya, apabila luaran CANTIK berbaju kurung dan HENSEM berkopiah, maka dalamannya juga begitu". Perkataan ADATnya tu ustaz, biasanya, lumrahnya. ke mende agi perkataan sesuai, ustaz

semestinya ana jemput ustaz, ustaz byk berjasa terhadap blog ni. haha. pjg umur, kalau jumpa, Insya-Allah, jemput ustaz, betul ni, x main2.

jgn sebut cuti =="

rindu sgt skoloh...kadang ana rasa nak balik mule skoloh..sedihnya...dah..mari dah feeling tu..='((

haha, sgt bagus crite tu. ayat ni xleh thn "mmg la, sbb sy tau nk ketuk injin tu kat mana.. kan kalu sy ketuk pok cik ngan tukul ni kan, benjol pale pok cik.. haha"

maknanya kena ada ilmu, ada ilmu kita blh tolong org, dpt pahala agi.

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Diba |

smart tu...cuba Diba tgk akak, ha ni la maknanya smart.

==" (..................)
byk main2 je....

xdkla, smart tu... la bdk ni, tu atas tu akak tulis, ni buat perangai komen dulu baru baca lagi la ni, haha.

smart tu handsome/cantik atau pun cerdik/pandai. Diba xmboh buat xpe contest ni. Akak saja wat surprise untuk Diba, sesekali kena tag ^_~

adibah aziz said...

blog saya selekeh

:: Zahratu Billaurah :: said...

| Diba |

haha, xyah buat la Diba. Akak pun tak brp faham sbnrnya tag ni nak apa ^_~ urus tawaran2 tu dulu ye

adibah aziz said...

haha . tahu takpe . k wassalam . esok kena jumpa doc .

:D :D :D <3

:: Zahratu Billaurah :: said...

akak kan pandai baca hati, haha
dah tahu rupanya mcm malas nak buat, haha

eh, Diba sakit ke? jumpa2 doktor pula ni? =(

Marhamah said...

video last minit kite tu la..hehehe
kekgi kalu saya balik, kite ajak kakak saya g main bowling nak?g jalan k..hehe
awak start sem bila?
sy on sokmo ym tp awak xon9..bakpe?wak nape kat umah?

:: Zahratu Billaurah :: said...

saya takkan lupa kenangan tu dgn awak ^_^ *peluk*
(marhamah, rindu sgt awak ni...='(( baliklah sblm saya masuk balik, waaaaaaaa )

nak!! Insya-Allah, kita rancang mula ^_~

saya Insya-Allah masuk awal bulan 6 ni, daftar 5/6 =(( mesti tolak awal lagi

saya on mlm2 kan, ptg adik main, ni rasa ngantuk dah, pening sikit, deras pening skrg, x tau bakpe..
saya wat mende2 hak patut bila ada dkt rumah, hehehehe

adibah aziz said...

medic check up la kak untuk u bagai =.=" . tadi sekali imbas jer bace .

minnie pink . kah666

:: Zahratu Billaurah :: said...

oohhh, bdk ni, wat saspen akak je, kalau betul sakit tu, akak cucuk je hang~ ^_^

dah tidur la, esok nak jumpa doktor, kekgi kan doktor cam, kalau la krg sihat tu doktor kata sbb selalu on9 mlm2, tidur lewat mlm2, mata jadi panda (huh, ada ke)

sedap tu jumpa doktor ^_~

Mat said...

haha...
ye la, stlh lama x marii.. haha

xmboh buat sbb ekg ada org kata ana tru post dia. haha

btl x galok ngan patung? cam x caye ploks.... huhu

ooo. pada adatnya.. haha

cuti(nk sbt jgk) wakaakaka

x yah rindu sk, xdop paedos...

btl dos tu.. haha

:: Zahratu Billaurah :: said...

lama x mari tu, gi bertapa tu

kalau kata tiru, ustaz kata la "saya wat versi ganu", haha

haha, ana xdk masa nak galok ngan patung pun gak, ustaz (dari patung, baik ana cari hak betul terus, huh? haha) *start dah....*

na'am ustaz, pada adatnya (ustaz ni gak, dgr la ckp spy antarabangsa)

cuti (............)

rindu skoloh la ada faedah, ustaz. baru lebih hargai masa skrg, baru tahu betapa berharganya masa yg lalu

ada cite lagi, ustaz kongsi2 dgn pembaca ye, ustaz byk ilmu, dah update la blog tu, bagi buah garib, kan cuti x lama dah nak abis (haha) (sedap ngat suka ke org..dia tu sebulan je agi pun cuti ==")

Mat said...

haha.. bukan bertapa.. tp mbawa dri entah ke mna.. haha

g2 plok... haha..

stat doh.. berat2..

spy ni buat keje x? haha

cuti :( haha

bagus la duk rindu kat skoloh.. ana rindu gop kt skolos, malu nk g skoloh..... haha

haha.. lenkali lok.. nanti abis ah modal.. haha.. emm.. tgk ah dlu.. stkat ni rajin utk komen blog org je.. haha

:: Zahratu Billaurah :: said...

tu membawa diri ke..ehem, koreksi diri dan mencari..napok pesengan byk tanya Ustaz Azhar dah ni (haha)ustaz, kongsi la juga

ha la, gitu la

mmg start sokmo, xleh benti sampailah pintu rumah diketuk
ustaz gak, bukan spy hak 'tu' je, kaum kerabat abis gi spy, haha

cuti ana byk agi, sabo ustaz, ana sian sungguh tgk org abis cuti awal ni, haha (ustaz cuti gak, x huru hara mana la blog ni)

ada pula malu nak gi skoloh, haha
kalau ana, rasa nak tawaf se skoloh

mende gak ustaz, x abis agi tu, ustaz kan kata nak ckp psl hak 'tu' tu, haha

Eye-Me said...

Suka baca kat bhgn krtun. Kata taksuka, tapi bila study, bab tu lah y pling b'smngt skali. Mse jwb preksa pun boleh ingt smua gmbrn2 lucu yg dilukis tue . . . Mcm jln crita plak . . .

=====================================

Ingat jgk team website skolah, dah lama tinggalkan, xpernah bukak sejak tinggalkan alam p'skolahan, huhu~ Ingat jugak bila start buat blog, melalui p'tandingan tu jugak. Akhirnya dpt sguhati stlh sthun p'tndingan b'lalu. Oh, sgguh sadis! Still, msih ada lgi entri mse blog tu ditubuhkan, skang dah jd sawang kenangan . . .
http://akemi-aisara.blogspot.com/

Ingat jugak mcm mne saat2 memulakn entri2 awal blog, semata2 utk pertandingan. Lama2 lps tu, buat blog bru, khas sbg diari, tpi yang boleh dibaca org laen, hehe, spya Mi xlupa, apa yg b'laku, semlm, hri ni, & hri2 yg akn dtg. THnx jgk pd B2, sbb ajar Mi cra nk bwat 'read more'. Mi xkn lupa tu, ^_^.

===================================

Wahh, gmba kngn 4AI ^_^, rugi Mi xjd ahli ttp klas nie, huhu . . .

===================================

4 da post, Mi bg 5 bintang full ^_^
Kata2 B2 kt ats tu, mmg ckup mantop & kna pd tmptnya. Bila dah scroll2 bwh, haish, dah start dah mngrut, siap msuk memori2 zmn dulu kala lgi, haha. Mse tu dh kurang sket bintang. Bila msuk kesimpulan, B2 pn dah msuk blik topik. Fuuh, trus naik balik bintang. Hehe~ Cayalah, b2.

:: Zahratu Billaurah :: said...

Mi pun lukis2 juga ke? wah ^_^ sedap bila lukis, boleh ngarut, tp dlm ms sama ingat, duk lukis2 tu suka sorg

Mi dah dpt saguhati tu kira baik dh tu, b2 xdpt langsung. Haha. Ingat agi ms tu duk ikut org je wat mende, x faham. Org post hak tu, kita post hak tu gak. (rindu Hajar Aisyah..=( lama b2 x dgr khabar dia)

b2 x ingat dah mana pergi blog b2. b2 pun buat hak baru ^_^ xdk mendelah Mi, mende kecik je tu, tu pun b2 belajar drpd Aliyana ^_^

xrugi Mi, kalau masuk mjlh sekolah baru rs rugi sikit, haha

wah, ada bintang pula ^_^ b2 rs post ni byk main2 je, dpt 5 bintang pula dh, haha. Mmg mcm tu biasa mende yg kita x rncg tulah yg baik. Syukran Mi! ^_^ sukalah Mi komen, rajin Mi komen ye, dahlah post b2 ni berjela-jela, jazakillah

Ukhti Hana said...

Wah..~akak pandai lukis la...

sanggggaaatttt...COMEL!*mcm akak juga* ^_^

Syukran akak..sbb tag adik ;)
tak buat tak pe kot.hehehe..

:: Zahratu Billaurah :: said...

dah mari dah dia ^_^ sibuk ea, urus masuk U

tu masa zaman 'lompat bintang' dulu ^_^ 'comel' pada lukisan tu bagi akak 'gila2' (akak awak ni x betul sikit, dik =__=") akak lukis mcm tu baru x rasa bosan, terkdg gelak sorang2 ms study ^_^

(jgn ckp Farhana pun stalker)

xyah buat la, akak ikut syarat je tu. sbb tu akak pilih 2 org budak nk masuk U, mesti nak ngelat ha~ ^_~ awak berdua la COMEL! *Diba turut tersedak*

p/s: akak harap sgt Farhana dpt masuk UIA, Insya-Allah, sgl urusan dipermudahkan Allah, Ameen (kalau ada rezeki, kita blh jumpa la~ ^_~)

Ukhti Hana said...

eh akak ni 'gila2' pula.. ^_~
tak pe la 'gila2' comel gitu..~

owh..akak sayang...adik ni bukan stalker ya. =)

wah akak...*terharu*sangat memahami(padahal nk ngelat)
ngeh..ngeh..ngeh.. =p

p/s:Insya-Allah,Ameen..syukran ye akak byk sgt membantu adik juga ^_^
Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan dunia dan akhirat akak dan di murahkan rezeki..Ameen...

:: Zahratu Billaurah :: said...

baik, akak terima gila2 comel~ ada juga ye, mcm2 adik ni ^_~

kalau Farhana stalker, akak tahu sape yg ajar

akak kena jadi sgt memahami...sbb.....*huh, ada org ketuk pintu rumah*

p/s: Alhamdulillah ^_^ akak tolong sikit je. Ameen..terharu dgn doa tu..=( syukran dik ^_^ sentiasa bersemangat ye!

Eye-Me said...

Yg Mi ckp lukis2 2 sbnanye bg pihak b2, xsgka plak jd mcm tulis utk dri sndri. Ngeh3x! Klau Mi, Mi byk tulis note. Klau bleh, sume bnda dlm bku2 rjkn 2 Mi nk gbungkn, spya xde stu pn fakta t'tggl. Last2, jd la hngt2 chicken dung, huh! Style Mi blaja, yg mne smpt tulis, yg 2 la Mi ingt. Lukis lak jrg2, mne yg dtg idea, bley la lukis, hehe~

Hajar kt Mesir loni. Medic kt Tanta. Mse rusuhan aritu ade gk blik M'sia. Tpi Mi plak kt UiTM, xsmpt jmpe, dye pn da blik sna . . .

Hehe, tyme mse t'luang ney la sempat komen byk2. Mse kat U aritu xley bukak pn blog sndri. Mi pn xingt almt blog b2, so tggl cmtu je la xtvt blog-m'blog ney. Mse pn xde sgt. Pljr la katekn . . . Pdhl x blaja mne pn, byk maen j, hehe . . .

:: Zahratu Billaurah :: said...

oo..ni pengulas gambar la ni, aha~ ^_^ kwn Mi ni pelik sikit, ye kalau bab ngarut2 mudah ngat masuk ==" sbb tu kene lukis gitu, lps tu mula la sengih sorg ^_~ hee~ rajinnya Mi, kalau b2 lagi jd chicken dung! *comel istilah Mi guna ni, lebih sopan, aha~* tp masing2 punya cara masing2 belajar ^_^ yg penting masuk, kan Mi

ye ke, Mi. lamaaaa sangat x dgr khabar Hajar =(( on9 pun xdk nampak dah..mcm mana la Hajar skrg ye =)

betullah Mi, kdg duduk dkt U, ada ms terluang rs lebih baik study agi. Ni kalau masuk pula U awal bulan 6 ni, blog ni mcm mana la..
hehe, b2 pun byk main..~