عليكم السلام
بسم الله الرحمن الرحيم
Apabila masing-masing punya hala tuju tersendiri, seorang di universiti situ, seorang lagi di universiti sana. Maka perpisahan berlaku. Sudah mula kurang berhubung lantaran sibuk dengan tugasan yang menimbun. Apabila mesej yang dihantar tiada berbalas, hati mula menyangka yang bukan-bukan. Dia sudah sombong. Dia sudah lupakan aku.
Hanya tahu merajuk. Hanya tahu mengeluh. Satu kesalahan dengan mudah melenyapkan seribu kebaikan yang dahulu saling memberi dan saling menerima. Hanya mengerti untuk protes. Malas sudah menghantar pesanan lagi. Biarlah dia dengan dunianya. Padahal saudara di sana tidak putus-putus berdoa buat kebaikan dirinya walaupun khabar tiada berbicara.
Itu salah satu rajukan, keluhan dan protes dalam hidup.
Itu baru rajukan, keluhan dan protes dengan manusia.
Dengan Allah lagi hebat.
Melihat kekayaan harta orang lain, diri sendiri juga mahu kaya. Mahu kereta besar, mahu rumah besar, mahu duit yang banyak dan segala lagi harta dunia. Merajuk. Mengapa mereka sahaja yang diberikan harta yang menimbun, mengapa aku tidak. Mengapa mereka sahaja yang makan yang sedap-sedap, tetapi aku hanya nasi dan lauk yang sama sahaja hari-hari. Mengapa mereka sahaja punya rumah besar cantik berhias tetapi mengapa aku hanya rumah kampung berkayu. Mengapa mereka punya perhiasan dan pakaian yang serba indah tetapi aku hanya punya pakaian yang sudah luntur warna lantaran kerap dibasuh. Perhiasan usah cakap, malu mahu dikira. Seribu keluhan terluah.
Rajukan dan keluhan membawa kepada protes.
Mahu kaya dengan senang. Sudah berani mencuri. Pecah rumah. Melakukan penipuan dengan segala perjanjian palsu. Memperdaya dan mendapat hasil haram. Amanah yang tergalas di bahu dengan mudah dihempas begitu sahaja. Pecah amanah dan memperoleh hasil haram. Riba usah dikira. Tidak campur sindiket Along. Gila akan harta dunia. Gila akan kekayaan dunia. Gila akan duit berjuta-juta, rumah dan kenderaan mewah. Sehinggakan berani memprotes dengan anggota badan pemberian Allah sendiri.
Hanya tahu melihat ujian yang hakikatnya sengaja menduga keimanan hati.
Tertipu kerana mata hati sendiri yang buta.
Bukannya mahu melihat nikmat yang menggunung.
Tidak bersyukur dengan rumah selesa yang didiami, padahal masih ada di luar sana yang tiada berumah. Ada yang berpindah-randah tiada penempatan yang kekal. Ada yang sudah menganggap kaki lima bangunan cukup sebagai ‘mahligai indah’. Tidak bersyukur dengan kenderaan yang sedia ada. Padahal ada di luar sana yang penat berjalan kaki berulang alik ke sana ke mari di tengah terik mentari mencari rezeki dan sesuap nasi buat anak-anak.
Tidak bersyukur dengan pakaian yang sedia ada yang sudah cukup untuk menutup aurat dengan sempurna. Padahal masih ada di luar sana, memakai pakaian yang cukup lusuh. Dengan pakaian yang sudah berkali-kali ditampal. Koyak, berlubang dan tampal lagi. Padahal ada di luar sana yang juga sengaja ‘tidak punya kain lebih’.
Tidak bersyukur dengan rezeki makanan walaupun nasi dan lauk-pauk hampir sama setiap hari. Padahal ada di luar sana yang hanya mampu menelan air liur melihat senangnya mereka mengisi perut yang berkeroncong. Padahal ada di luar sana yang hanya punya nasi berlaukkan garam bagi mengalas perut yang lapar minta diisi. Malah, lagi menyedihkan, ada yang menjadikan siput babi sebagai santapan.
Masih juga mahu merajuk. Masih juga mahu mengeluh. Masih juga berani memprotes.
Sungguh hamba yang tidak tahu malu. Sombong.
Apabila berhadapan dengan cermin, melihat tubuh badan. Merajuk lagi. Mengapa badan aku tidak langsing seperti model. Mengapa aku makan banyak sangat sampai berat badan naik. Mengapa badan aku penuh lemak dan berisi. Aku juga mahu langsing. Sudah itu, wajah pula ditilik. Habislah, muka aku dah timbul satu jerawat. Warna kulit tak sekata. Mata sudah jadi panda, jelas kelihatan lebam bawah mata. Mengapa bulu mata tidak lentik seperti model. Mengapa bibir tidak merah merekah semulajadi. Mengapa kulit muka kasar dan tidak tegang. Mengapa kulit gelap dan penuh bintik-bintik hitam. Mengapa aku tidak cantik macam yang lain. Punya kulit putih melepak, mata bundar, senyuman manis dengan gigi tersusun rapi dan alis mata yang lentik. Seribu keluhan terluah.
Rajukan dan keluhan membawa kepada protes.
Mula menyedut lemak yang berketul - ketul. Mahu langsing. Tidak mahu makan nasi sehingga muka kering seperti orang yang sakit. Sengaja menyeksa diri. Berhabis duit untuk membeli bermacam produk dan pil pelangsing badan. Melakukan pembedahan plastik. Ingin memancungkan hidung yang penyek. Ingin kulit muka yang tegang, gebu dan halus. Kening habis dicukur dan diukir kembali. Tidak cukup dengan itu, mula pula memakai susuk. Duit juga sudah beribu-ribu malah berjuta, berhabis hanya untuk botox.
Hanya tahu melihat ujian yang hakikatnya sengaja menduga keimanan hati.
Tertipu kerana mata hati sendiri yang buta.
Bukannya mahu melihat nikmat yang menggunung.
Apabila melihat cermin, bukannya bibir pantas mengucap Alhamdulillah dan membaca doa. Sebaliknya, mata hanya cepat menangkap bintik-bintik hitam di wajah. Bukannya mahu meneropong hati yang penuh titik-titik hitam. Mata cekap menangkap tona wajah yang tidak sekata, pantas melihat panau. Bukannya mahu melihat hati yang penuh bertempek dengan debu-debu dosa. Kecantikan luar terlalu lebih dititikberatkan sehingga menyebabkan kecantikan dalaman terabai.
Kaki mudah melangkah menuju pusat kecantikan. Namun, payah bagi kaki untuk melangkah menghadiri ceramah-ceramah yang hanya diberi secara percuma di masjid. Sanggup berhabis duit ribuan malah jutaan ringgit semata-mata mahu melihat penampilan di luar cantik dan sempurna dari segenap segi. Bukannya mahu dilaburkan pada rumah-rumah anak yatim sebagai bekalan di akhirat sana. Bukannya mahu menghabiskan duit memberi sumbangan kepada rumah-rumah orang tua.
Namun begitu, masih tidak bersyukur, sedikit yang begitu ingin melihat kecacatan hati sendiri. Berani mencabar Allah dengan tidak menutup aurat dengan sempurna. Langsung tiada bersalah memaparkan gambar yang bisa meruntun iman dan hati si pria. Masih juga ingin mengubah segala yang ada. Ingin mengubah segala yang sudah cukup sempurna. Padahal di luar sana, ada yang begitu menghargai tubuh badan yang sedia ada walaupun tangan telah kudung. Begitu menghargai kaki yang sudah lumpuh. Tidak tambah lagi dengan penyakit misteri pada muka dan kulit.
Masih juga mahu merajuk. Masih juga mahu mengeluh. Masih juga berani memprotes.
Sungguh hamba yang memang tidak tahu malu. Sombong.
Diri mudah melihat kelebihan pada orang lain. Merajuk yang tiada berkesudahan. Mengapa aku tidak pandai seperti dia, asyik mendapat keputusan yang rendah dalam peperiksaan. Mengapa aku tidak pandai berpidato seperti dia. Mengapa aku begitu lemah dan tidak berjaya menempatkan kedudukan dalam kelompok pelajar cemerlang seperti dia. Asyik dia sahaja yang menang tempat pertama. Asyik dia sahaja yang dapat 4flat. Aku ini tiada kelebihan. Tidak adil. Seribu keluhan terluah tanpa sedar.
Rajukan dan keluhan membawa kepada protes.
Kerana terlalu mengikut hati yang sering tidak berpuas hati, usaha entah ke mana. Jika mendapat keputusan yang rendah dalam peperiksaan, sungguh mudah mengangkat bendera putih. Malas sudah belajar, lebih baik merempit. Lebih baik mengedar dadah. Andai gagal dalam SPM, mengambil keputusan untuk membunuh diri. Mengambil tali dan menggantung diri. Memanjat tangga bangunan dan terjun.
Hanya tahu melihat ujian yang hakikatnya sengaja menduga keimanan hati.
Tertipu kerana mata hati sendiri yang buta.
Bukannya mahu melihat nikmat yang menggunung.
Seharusnya berusaha mencari kelebihan diri, bukan begitu mudah menyerah kalah. Allah tidak begitu kejam menjadikan manusia itu hanya dipenuhi keburukan dan kekurangan. Hati mudah menyalahkan Dia. Hati mudah mengatakan Dia tidak adil. Bukannya mahu membongkar kekuatan diri untuk menjadikan diri lebih baik. Yang dipandang hanya kelebihan orang lain yang lebih. Merungut. Mata hati tertutup daripada terpandang anugerah daripada Allah yang sudah ada dalam diri.
Seharusnya menginsafi diri. Mencontohi mereka yang kekurangan anggota tetapi masih boleh menempatkan diri antara yang cemerlang. Seharusnya mengikut jejak langkah mereka yang cekal berusaha mencari mutiara ilmu walaupun nikmat mata ditarik. Ya, buta. Padahal di luar sana, masih ada yang tiada berpeluang menimba ilmu di sekolah apatah lagi menjejakkan kaki di menara gading lantaran kesempitan hidup. Padahal di luar sana, ada yang begitu berkobar semangat ingin menadah ilmu tetapi tiada berkesempatan lantaran terlantar kesakitan, tiada mampu bergerak.
Masih juga mahu merajuk. Masih juga mahu mengeluh. Masih juga berani memprotes.
Sungguh hamba yang memang tidak tahu malu. Begitu sombong.
Terkadang kita sakit sedikit, sudah begitu mudah merajuk, mengeluh dan memprotes.
Mengapa mudah melihat ujian, sedangkan nikmat-Nya sudah begitu menggunung.
Diuji sedikit sahaja tidak boleh. Dikata Allah tidak adil. Mengapa tidak melihat pada pemberian nikmat yang lebih besar daripada ujian yang melanda?
Terkadang kita yang gagal dalam peperiksaan mahupun ujian pelajaran sedikit sudah begitu mudah merajuk, mengeluh dan memprotes.
Mengapa mudah melihat ujian, sedangkan nikmat-Nya sudah begitu menggunung.
Diuji sedikit sahaja tidak boleh. Dikata Allah tak sayang. Mengapa tidak melihat pada pemberian nikmat yang lebih besar berbanding ujian yang menimpa diri?
Terkadang begitu manja, segalanya mahu lebih. Makanan tidak sedap sedikit sudah begitu mudah merajuk, mengeluh dan memprotes.
Mengapa mudah melihat ujian, sedangkan nikmat-Nya sudah begitu menggunung.
Diuji sedikit sahaja tidak boleh. Dikata Allah kedekut. Mengapa hati begitu buta tidak melihat pada pemberian nikmat yang sudah begitu banyak berbanding ujian yang sedikit?
Wahai hamba yang mewah bergelimang dengan nikmat, berhentilah merajuk. Hentikan keluhanmu. Cukuplah memprotes. Dia sudah begitu Pemurah dan Penyayang memberi, tetapi hamba yang tidak tahu malu dan sombong ini sedikit sahaja yang bersyukur. Hamba yang tidak tahu malu dan sombong ini sangat mudah mengeluh dengan ujian yang secubit cuma berbanding kenikmatan yang melimpah ruah. Nikmat yang antara sedar atau tidak. Kerana begitu banyak dan menggunung. Apakah masih juga mahu merajuk? Apakah masih juga mahu mengeluh? Apakah masih juga memprotes? Walaupun hakikatnya ujian itu tanda sayangnya Dia?
Jika mata hati terbuka melihat segala nikmat yang menggunung tinggi, pasti menjadi hamba yang bersyukur dan qana’ah dan berhenti daripada terus merajuk, mengeluh dan memprotes,
Jika mata hati terbuka melihat segala nikmat yang menggunung tinggi, sudah pasti diri malu kerana tiada terpikul walau ujian yang sedikit cuma kerana menyedari betapa Dia begitu Pemurah.
Jika hati terasa letih dengan ujian, lihatlah nikmat-Nya yang sudah begitu menggunung. Pantaslah untuk berasa malu dengan diri sendiri. Betapa hamba ini begitu mementingkan diri.
Apabila diberi nikmat, sedikit tanda bersyukur.
Tetapi apabila ditimpa ujian, seribu keluhan terluah.
Satu kesalahan dengan mudah memadam seribu kebaikan.
Satu ujian dengan mudah melenyapkan seribu nikmat.
Allah, maafkan hamba ini….
Jadikanlah kami dalam kalangan hamba-Mu yang bersyukur…Ameen…
Dalam usaha menaiki tangga ke syurga, ujian itu perlu setelah pemberian nikmat yang begitu melaut.
Sungguh, bahagialah apabila diuji!
Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.
Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.
18 comments:
wah post baru lagi... baguih3.. nanti ana baca.. wakaka.
sila2 ustaz, lps tu tambah la cite agi
Pak!pak!pak! *tamparan buat diri sendiri...huhuhuuuu =_='''
menimbulkan kesedaran buat akak...
huhuhuuu *ada kena batang hidung sendiri =_='''''''
'Tidak bersyukur dengan rumah selesa yang didiami'
Mi pernah cuba tdo d beranda rmh, tanpa kelambu, tnpa ubt nymuk. Oh, sgguh t'seksa! Keadaan nymuk y b'dyun2 m'hurung kpla y t'nyata hitam dlm gelap pekat mlm. Nmun mlm itu x sunyi. Bunyi cengkerik, guruh&kilat sabung-menyabung. Dgn nymuk y sntiasa b'dendang d tlinga. Bygkn org y x brumah, tdur d kaki lima, beralaskan kotak, b'slimutkn bj sndri, & b'bntlkn lgn. Jgn kta kmu fhm kesengsaraan mrk selagi kmu x alami sndri . . .
===================================
B'gelimang? Atau b'gelumang?
haha..
ada satu cite.. ada seorg pemuda zaman saaidina umar alkhatab, yg berdoa ya allah masukkan aku ke dalam golongan yg sedikit..
saidina umar plik dgr doa tu. pastu selesai tawaf, saidina umar pun panggil pemuda tu. knp kamu berdoa begitu? xde doa lain doh ke?
pemuda itu jwb, mu x dgr ke ayat allah yg berbunyi "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur." Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah, jelas pemuda berkenaan."
stlh dgr jwpan dr pemuda tu, umar kata, aku pun nk masuk golongan sedikit jg..
Padahal ada di luar sana yang juga sengaja ‘tidak punya kain lebih’.
haha.. kesian.....
sakit la sebenornya nikmat.. masa sakit ni, kita blh sebut nama allah..
ada sorg shbt nabi tanya, bendape yg mhapuskan dosa? jwb nabi sakit. lps shbt tu dgr nabi cakap g2, sahabt ni pun berdoa. ya allah bagi lah aku ni sakit(deman)
| Kak Jiha |
akak! akak suka sgt tampar akak sorg!
tamparlah saya sekali, mmg saya pun ada tampar diri sendiri..=="
(akak ni comellah main tampar2 gitu, haha)
adik pun ada cubit dan sepak diri sendiri...=(
| Mi |
setuju dgn Mi. Kita ni dah bersyukur dah. xpelah nyamuk, tu dlm rumah tu kalau org yg xdk rumah, lagilah. kesian mereka. Tapi manusia ni kalau nampak ujian mudah merungut, mudah putus asa, tapi bila dpt nikmat, tanda bersyukur tu krg. Nasihat buat diri sendiri.
bergelimang kan? bergelimang harta, bergelumang maksiat...ke maksudnya sama je Mi
mumtaz ya ustaz! ustaz, ana crite2 ni ada pernah dgr tapi ana ingat2 gitu je, baguslah ustaz, bagus ngat, ingatkan ana dan pembaca yg lain balik. bagus2. jadi ustaz, update la. update cite2 xpe dah, biasa org nk dgr cite, sedap. Kalau ada cite2 ni blh kita cite ke org lain. Adik ana sokmo tanya suruh ana cite tapi ana x reti cite, nak reti gane, sbb tau cite sikit je, ilmu sikit ngat...=(
(kalau malas ngat update, ambik video, bagi ceramah, haha. gi belajar ngan Ustaz Azhar nu, kan sdg menuntut kan, tanya2 pula tu. ana rasa ustaz ni pakar bab ceramah 'berat 66', kalau ceramah hak tu gak, ana jadi pendengar setia la, ana mana boleh tinggal hak berat 66 ni, haha)
tu mmg kena ada, selit utk kebaikan, mana tahu 'terjentik' tapi kita kena doa ^_^
betul ustaz kata tu, ana setuju. tapi pandangan ana la ustaz, mende ni tgk atas org pula, ha, atas pemikiran masing2 (psikologi, aha, nak selit gak) kita adalah apa yg kita fikir. Kalau org tu fikir sakit tu satu musibah, mesti dia nak sihat. Ni mungkin biasa. Tapi hak luar biasa mcm crite ustaz tu, Nabi kata gitu, terus doa nak sakit. Iman tinggi. Sampai sakit rasa nikmat. Tapi kalau dlm konteks skrg, pandangan ana, jadilah sihat, boleh buat kerja, ibadah mcm biasa dan kalau ditakdirkan sakit, anggap satu nikmat sbb boleh dkt agi dgn Allah. Pendek kata sihat dan sakit, semua ingat Allah, kembali kpd Allah.
ke gane ustaz, ustaz bagi la pandangan, ilmu ustaz byk agi ^_^
haha.
tggu skit je lagi nak update.. insyaallah esok akan kluor..
haha.. cite je pe yg ustzh tau..
haha. ana sbnrnya x pernah g pun kuliah us azhar, tgk muka ye scra face to face pun xdapt lg.. :(
berat 66? haha
mmg kene trjentik, kalu x trasa, mmg ati mati.. bagi la nasihat apa2 pun..
fatah al mushaili tanya kat kwn2 ye.. bukankh seseorg yg sakit tu apbila x mkn n minum n x amik ubat, akhirnya akan mati? kwn2nya jwb.. ya benar skali.. fatah kata, demikian plok ati, bila x trima hikmat n ilmu slma 3 ari, pasti ia akan mati....
haha. betul doh tu. nk2 ngan umat akhir zaman, yg sentiasa mngeluh apabila sakit.. haha
ha, bagus ustaz
cuti nak abis, baru nak tinggal buah garib, bertuah ustaz
x rajin gi, ustaz gi la, tapi tgk video pun cukup dah, kalau x dgr boleh replay, ke gane ustaz, tapi kalau jumpa boleh tanya2 soalan byk2, terutama 'berat 66' ^_^ lps tu ustaz kabo ke ana, beng wat senyap pula, ana kena belajar byk ni, kan dlm proses tunggu rumah diketuk (daahh..mari dah nyakit ye ==")
ada yg boleh terima teguran lembut2, xleh kasar..tapi ada juga yg xjadi lembut2, kene wat kasar baru jadi..jadinya kita buat dua2...tp utamakan lembut..kasar tu, em pilihan yg jauh dulu, kalau x jadi baru dkt
byk cite ustaz ni, ana kena salin
kesimpulannya, jgn mengeluh kalau sakit, krn dgn sakit dkt lagi dgn Allah. Jgn mengeluh andai ditimpa musibah. Everything happens for a reason. Semua yg berlaku pasti ada hikmahnya cuma kita penentu cara mana kita nk ambil ^_^ dan insafi diri agar sentiasa bersyukur dgn apa adanya
haha. mana ada. nk g, tp xdok kendraan..
hm.. btl2.. kene tegur lembut2 dlu..
yes. ustzh btl
tgk video dah la ustaz, download2
lembut pula ada byk, lembut halus dan lembut mencucuk
na'am ustaz lagi betul, jazakallah
sayalah manusia tak tahu malu dan sombong itu . kompem!
Hehe, bese dgr gelumang j, xprnh dgr lak gelimang. Ingtkn slh eja. Tgk kmus td. Sme j mksd dye, hehe . . .
lameer x komen sini, sibuk sngt, ni pun nk balik rumah braser lagi bekas2 letih lepas final, post b2 best2, lamer x bace.. x dang...
| Diba |
aha~ yakin benar pengakuannya itu
awat dik? aha~ hang ni comel la dik, i like tau ^_~
| Mi |
oo, mmg betul ea sama ^_^ tu main tebuk2 je tu, syukran Mi, lagi ilmu b2 dpt. setahu b2 yg tu la, bergelimang dgn harta, bergelumang dgn maksiat, ni kene jumpa Cg Raina ni ^_~
| Akh Amir |
Akh! ^_^ wawah~~ lamanya pengomen setia b2 menghilang diri. oo, Akh baru abis final ke, patut la lama b2 x nampak Akh.
sila2 Akh! b2 cadangkan Akh bc yg tajuk 'usah bezakan labuh dan bawal', mesti berguna buat Akh, Insya-Allah~ aha~ >__<
Haha, btol3x.
Cg. Raina -> Da bezt BM expert, eh, kne gne bhse Melayu. Pakar BM terbaik kita. Hah, bru btul, hehe ;]
rindu Cg Raina!!! ^_^ ii~...kan sedap kalau buat reunion lagi, dah rasa Cg Raina mcm mak sendiri, Cg Raina mmg sporting! ^_~
Post a Comment