عليكم السلام
بسم الله الرحمن الرحيم
updated: lagu yang terjumpa semasa blogwalking. sedap sangat. rupanya student UIA juga yang nyanyi. boleh buka kalau nak. lagu untuk post ni =)
Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah. Merana. Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.
Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh. Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat. Heh. Aku perempuan yang tak takut dengan helah palsu kerana aku punya Dia! Kebenaran pasti tertegak!
Hasbee Rabbee. Maa fee qalbee ghairullah.
Cukuplah Allah bagiku. Tiada dalam hatiku selain Allah.
Tatkala perempuan lain megah memaparkan gambar di Facebook. Aku mengatakan. Itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya maruah. Allah menganugerahkan kecantikan dan kelebihan tersendiri pada tiap-tiap insan bernama wanita. Oh, bukan untuk dijadikan bahan jajaan mata lelaki bernafsu. Tapi, khazanah yang perlu disimpan hingga waktunya tiba. Hanya buat suamiku. Aku tidak akan sesekali menghampakan dia.
Aku bangga memperjuangkan pakaian sunnah. Aku bangga mengenakan busana yang menepati kehendak Allah. Aku bangga menutup keseluruhan auratku daripada menjadi panahan mata lelaki. Biar mereka memandang serong. Tak pernah tergugat usahaku dalam mendamba reda-Nya. Sedikitpun aku tidak peduli pandangan manusia. Ya, mengapa harus peduli sedangkan Dia adalah Pencipta?
Aku langsung tidak ingin kelihatan cantik di mata ribuan lelaki. Aku langsung tidak ingin menjadi rebutan jejaka kacak atas mata yang hanya memandang kecantikan. Aku langsung tidak ingin sang pria menaruh hati dan harapan kepadaku kerana rupa. Aku tidak mahu menjadi fitnah bagi mereka. Aku tidak mahu mereka sibuk memikirkan aku melebihi Al-Khaliq Sang Pencipta. Kerana aku tidak tahu alasan apa yang harus kuutarakan saat Dia bertanya kelak.
Malah apabila aku menjadi punca dua jejaka bermasam muka dan bergaduh, aku terasa seolah begitu hina! Seolah aku barang yang bisa dibeli begitu sahaja. Aku punya maruah. Aku bukan barang jajaan yang mudah dilihat, disentuh, diusik, direbut sesuka hati! Kerana aku hanya khusus buat dia. Kerana aku sentiasa merasakan dia ada di sisi walaupun pada mata kasarnya dia tiada menemani. Hanya keyakinan aku sandarkan pada-Nya dalam sebuah penantian. Itu sahaja sudah cukup. Cukup buat aku bahagia dengan dia, takdirku kelak.
Malah aku malu membiarkan seorang lelaki ajnabi berjalan di belakangku lantaran fitnah yang mungkin timbul. Mengingatkanku kepada apa yang dikatakan oleh Saidina Umar radhiallahu ‘anhu, “"Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Aku mahu menjadi perempuan yang sukar. Sukar didekati. Sukar dipermainkan hatinya. Sukar tunduk kepada kehendak nafsu. Sukar mengatakan ya kepada pergaulan yang tiada batasan syarak. Sukar untuk merasa tenang apabila melihat anak bangsa semakin rosak. Sukar membuang perasaan malu terhadap ajnabi. Aku mahu jadi perempuan yang sukar itu. Aku mahu menjadi sebaik-baik wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang. Seperti pesanan Saidatina Aisyah radhiallahu ‘anha. Ini baru aku.
Tatkala perempuan lain sibuk memikirkan cinta manusia. Aku mengatakan. Itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih! Aku sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan kapan bila mahu bertemu pacarnya. Sedih! Aku sayang mereka! Perempuan yang membonceng motosikal lelaki dan dijadikan hadiah pertaruhan luimba haram. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela!
Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa. Menyayangi dan disayangi. Heh. Namun aku tidak akan begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak begitu bodoh untuk menghabiskan masa dengan memikirkan perkara yang tidak pasti. Hanya angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri dan tidak memikirkan nanah yang semakin bernanah pada umat! Aku tidak mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.
Tatkala perempuan lain sibuk menunggu dan membalas SMS cinta. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.
Kerana aku perempuan yang punya hala tuju. Aku tidak akan membazirkan masa mudaku untuk perkara yang langsung tidak bermanfaat untuk akhirat! Hanya keseronokan sementara. Hanya mengenyangkan nafsu. Oh, aku bukan begitu. Kerana aku mahu sibuk menelaah ilmu. Menggali ilmu fardu ain dan juga yang berkaitan dengan hukum syarak. Menjadi seorang wanita yang beramal dengan ilmunya. Mencontohi Saidatina Aisyah yang cukup cerdas dan cerdik dalam mengeluarkan fatwa. Sehingga menjadi antara rujukan dalam urusan berkaitan hal ehwal masyarakat dan hukum hakam. Itu semua berdasarkan ilmunya.
Sehingga membawa aku untuk berfikir sejenak. Alangkah bodohnya diri andai melayan cinta palsu yang berlandaskan nafsu sedangkan terlalu banyak ilmu yang belum aku teroka. Aku tidak suka melayan perasaan yang sia-sia sedangkan ‘dia’ telah ditakdirkan buatku.Aku mahu menjadi perempuan yang matang dengan ilmunya. Yang dengan ilmunya makin terasa manis akan ibadat. Makin terasa semakin dekat dan erat dalam dakapan kasih Allah. Dengan ilmu yang mewujudkan perasaan khauf, takutkan Allah.
Tatkala perempuan lain ada yang materialistik terhadap wang. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.
Kerana aku perempuan yang materialistik terhadap pahala. Mahu akaun akhirat kaya dengan amal soleh.Setiap detik bagiku amat berharga untuk aku lakukan sesuatu yang dipandang oleh-Nya. Kerana aku mahu menjadi wanita syurga! Itu bukan sekadar madah penyedap kata. Bukan sekadar omong kosong. Ini cita-cita tertinggi aku.
Kerana aku perempuan yang berfikiran jauh. Berpandangan jauh ke hadapan. Aku benar mahu cinta-Nya. Terkadang aku terfikir. Andai aku di tempat Masyitah yang dipaksa terjun ke dalam minyak panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan, apakah aku kuat sepertinya? Atau mungkin aku akan lari atau mungkin aku akan… entah. Aku menangis.
Aku mahu seperti Rabi’ah Al-Adawiyah. Cintanya terhadap Kekasih Agung begitu mengagumkan. Sehingga dengan ujian dia merasa gembira. Benar reda dan tidak merungut walaupun ditimpa musibah. Diculik dan menjadi hamba kepada raja yang zalim. Apakah aku mampu seperti sufi wanita ini. Yang memperkenalkan apa itu falsafah Cinta Ilahi sehingga tiada cinta manusia di hatinya kerana cintanya yang terlalu mendalam terhadap Yang Satu. Tetapi aku…Aku menangis lagi.
Aku menangis. Menangis. Menangis. Namun, tangisan ini membuatkan aku kembali kuat. Menyedarkan aku daripada lamunan. Kerana aku bukan perempuan yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Heh. Aku bukan perempuan yang begitu. Lembik.
Aku bukan perempuan lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan perempuan yang penakut dan pengecut! Aku bukan perempuan yang mudah kalah terhadap cabaran!
Aku mahu menjadi perempuan yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku perempuan yang mampu berpijak atas kaki sendiri.
Akan kukesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku perempuan yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup.
Aku tidak mahu neraka. Aku mengatakan. Itu bukan aku. Kerana aku perempuan yang mahukan syurga.
"Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung."
(An-Nisa', 4 : 13)
p/s: perempuan di atas umum, tidak merujuk kepada sesiapa. Hanya untuk renungan. Sekadar menyelami rasa.
المرأة الصالحة عبارة عن لؤلؤة الدنيا
Perempuan solehah ibarat mutiara dunia.
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."
Dedikasi buat sahabat. Saya sayang awak. *peluk* =) Kuat!
Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.
Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.
22 comments:
Assalamualaikum dik,sihat?
Allahuakbar,tak dpt nak kata apa2,lidah kelu nak berbicara,tidak juga akan didgr,hati tercucuk yang amat sgt.. hingga mata tidak tahan pedihnya...
terima kasih dik...
Suka suka ^^
Smoga kita sama2 dapat terus istiqamah kak! :)
| Kak Jiha |
Waalaikumussalam! Alhamdulillah akak, sihat ^_^
( adik rindu sgt akak..betul..='(( )
adik pun x tau nak kata apa..ada juga yang adik cucuk hati sendiri..
sama-sama kak..*peluk*
| Ariffah9 |
Alhamdulillah ^_^ agak2 kalau akak buat tajuk aku.lelaki. suka tak? hehehe
Insya-Allah! =) kuat!
Menangis buat kmu lebih kuat? Sejauh mna kbnrnnya? Kwn Mi pn pernah ckp mcm ni. Menangis berupaya pujuk hati, kuatkan smngt. Tapi, kalau asyik menangis saja, kesat air mata, kmdn menangis lgi, smpai bila nk kuat?
Bezt post ni, sgt m'cerminkn dri prmpuan solehah, persis B2 ^_^
Klau B2 bwat Aku.Lelaki skalipun, pasti m'cerminkn lelaki yg persis B2 tggu2 slama ini. Krn B2 mnulis b'dsrkn karakter B2, x g2? ^_^ . . .
Best! Rse nk nanges...tp tahan...try jdi lebeyh baek..tp susah...susah sgt..="(
| Mi |
Mi, air mata wanita tu istimewa ^_^
bagi b2, air mata wanita bukan tanda kelemahan tetapi tanda kekuatan. cuba lihat Ibu yg disakiti anak, dia menangis tapi xpula membenci anaknya,sbb dia dpt kekuatan drpd air mata untuk tetap syg anak walaupun dlm apa jua keadaan.
wanita menangis bukan bermaksud dia lemah, krn air mata tulah bagi dia kekuatan untuk melahirkan anak, xpula Allah bagi kpd lelaki utk lahirkan anak. krn air mata tu juga dia mampu bgn setelah rebah, tetap teguh walau berkali jatuh.
air mata tu pun lambang hati yg lembut. air mata tu jadi lebih berharga jika mengalir atas nama air mata seorg hamba. Menangis krn Dia, yg setia walaupun kita byk dosa, yg bagi kekuatan waktu kita lemah, yg tetap bagi segala nikmat yg menggunung, walaupun kita byk dosa, hari2, sedar atau pun tidak..
bukan semua tangisan itu bermaksud lemah, dan xbermakna yg krg mengalirkan air mata seorg yg kuat. cuba kita tgk, sahabat Nabi dulu, sering menangis, tapi mereka xlemah, x, mereka berani memperjuangkan agama bersama Rasulullah.
ada org bila tersgt gembira atau tersgt sedih baru mengalir air mata, ada juga org bila sikit je rasa sedih, mudah je kuar air mata. menangis tu sbnrnya menyihatkan.membersihkan mata. menangis tu perlu dan tepat sbgi tanda untuk melepaskan emosi yg xmampu diucapkan dgn kata2. hanya terluah dgn air mata. =)
='(( Mi, b2 xlayak lagi dikata prmpuan solehah. xsetanding Saidatina Khadijah, x setanding Aisyah, Sumayyah, Masyitah, Rabiatul Adawiyah, Khaulah, dan srikandi Islam yg lain.
hari2 main je byk, ketawa je byk, menangis tu, hmm...jauh lagi Mi ='((
sebut psl ketawa menangis ni Allah ada sebut dlm surah At-Taubah, ayat 82, falyadhakuu qaleelan walyabkuu katheeran, dan biarkanlah mereka ketawa byk (di dunia) tetapi menangis byk (di akhirat). xmboh mcm tu..='((
yg huraian b2 xtaulah, b2 x brani ckp..( ayat tu kita ada belajar dulu dlm BATman~ =) )
tapi kata2 Mi tu b2 terima sebagai doa ye, Ameen, syukran Mi ^_^ Mi lagi solehah
Aku. Lelaki tu tgk la dulu ye, kalau ada rasa2 nak buat, tertulis ke, boleh lah post sini ^_^ Mi jgn ckp mcm tu, b2 malu! aha~ gatal~ *tutup muka*
| Yah |
Yaaahh! ^_^
Yah nangis je..="((...luah je..
kita manusia mmg, iman kita yazid wa yankus, iman kita naik dan turun. biasanya kita ni insaf skjp je (ni b2 ckp b2), sedar skjp slps tu xdk mende2. insaf ekspres ni la kita kene guna, sedar dan bertindak. baiki diri dan buat amal soleh.
(Al-Maidah, 4 : 39)
"Tetapi barang siapa bertaubat stlh melakukan kjhtn itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang"
bakpe Yah kabo gitu, Yah dah cukup baik..Yah lah sepupu b2 yg terbaik sekali, betul, b2 xtipu ='(( b2 blh kongsi mcm2 dgn Yah, dan mmg xkan ada sepupu lain boleh ganti tempat Yah..syg Yah sgt5 *peluk*
Wahh, thnx byk3 B2 utk p'kongsian air mta ini *peluk*, *erat*
Krna air mta, byk perkara hebat berlaku, smua dgn khndk Allah, ssuai dgn fitrah m'sia, baik lelaki, baik prmpuan.
Bru Mi thu. Slama ni, Mi hnya pndg air mta, dri sudut pndgn Mi seorg. Skrg B2 dh luaskn skop. Air mta bukn skdar meredakan jiwa yg lara, tpi p'bgun rohani, agr kta sdar kesilapan, agr kta perbaiki dri.
Rabiatul Fatimah Az-Zahra, jdiknlah dirimu srikandi Islam yg diingati sepnjg zmn. Walau skrg kmu kte xsetanding, tpi Mi percaya, B2 akn berada b'sma mrk, di sna nnti. Insya-allah. ^_^
eheh, BATman ye, bab balaghoh erk?
Tertulis?? ye la tue . . . Nway, tertulis k, tertaip k, jnji publish post, x g2 . . . :]
sis ....................
Letaklah Islam itu dalam hati. Nescaya pergi mana pun, Islam tetap disisi.
Jangan letak kat celah gigi, jadi remeh Islam itu nanti.
jangan letak pada negara, nanti pergi Siam, tertinggal Islam tu kat sempadan.
Jangan letak kat bawah kaki, ko nak masuk neraka ke apa? *copy paste*
gonna mish u lor~
indahnya andai wanita2 di sana berpendirian konkrit,bertegas dalam menjaga syariat dan diri..
moga2 kia di kalangan mukminah solehah..amiin
nice post akak!syukran ats perkongsian^_^
| Mi |
la syukra 'ala wajib Mi, apa yg b2 tahu, b2 kongsi, kalau ada salah, betulkan b2 ye ^_^
Takjub dan kagum dengan air mata. Membawa takjub dan kagum kembali kpd Pencipta. Sesuatu ciptaan itu hebat krn penciptanya hebat. Dan hanya dgn air mata itu sdh terkandung satu hikmah krn Allah itu Maha Hebat! The greatest Creator! Subhanallah!
Mi, b2 terharu sgt dgn doa Mi ni...='(( Insya-Allah Mi, kita sama2 ye, Ameen..*peluk*
hehe, xingat bab mende, ni kena belek buku BATman balik ni~ ^_^
nanti mana tahu, tgh2 otak2 xbetul, baru dia jadi kalau tulis tajuk gitu, aha~ ^_~
| Diba |
menarik perkongsian kata2 tu dik, syukran ^_^
letak Islam dlm hati,
pegangan teguh di sisi,
ajaran penuh dihayati,
semoga hidup dirahmati.
Diba, skrg pun akak dah rindu sgt2 awak, dik..*peluk* ='(( dh rs awak ni adik sendiri dah. jaga hati, jaga iman, jaga diri di sana, Insya-Allah, selamat. Barakallahu feeki ya Ukhti..
| Amalin |
ya dik, pendirian itu penting. ^_^ Pendirian yg berlandaskan syariat bukan mengikut fatwa nafsu. Seorg perempuan itu mesti tegas dlm kelembutan.
Insya-Allah, Ameen
Alhamdulillah, semua drpd Allah, akak hanya pengantara =)
jaga hati, jaga diri, jaga iman! *peluk* Barakallahu feeki ya Ukhti...
hasnah serang ! ehehe..
sesungguhnya dan sesungguhnya saya suka entry ni ! dan sesungguhnya saya suka entry ni.(ta'kid) eheh. ni ke awak takut post? bitu,x bca lagi entry2 lain. t, insyaAllah kte baca. hehe
Asyik nak menyerang je bdk kecik ni ^_^ kang serang balik kang~ kang smackdown kang~
Aha~ ta'kid, bagus2,amal ilmu.
Bacalah kalau ada masa ^_^
tuu, post tuu, dah post dah
Alhamdulillah, syukran utk kekuatan =') *peluk*
Ya Allah , bestnya post ni ! :D
syahida tekan butang LIKE !
| Syahida |
Best itu dtg drpd Allah ^_^
Alhamdulillah.
subhanallah...
saya mahasiswi dari indonesia, suka sekali dengan tulisan ukhti... barakallah ya..
nak share boleh...sangat terkesan di hati~ salam perkenalan lillahi taala~
salam
entry ni saya yakin dan percaya amat menyentuh hati mereka yang di hatinya sarat dengan cinta pada Allah, yang tidak suka memaparkan gambar di laman maya, yang tidak menjadi tatapan lelaki dan yang tidak mengharapkan pandangan lelaki padanya serta mereka yang menjadikan syurga sebagai destinasi tujuan.....
namun amat payah untuk menyentuh hati-hati mereka yang dihatinya sarat cinta manusia, gemar berposing dan memaparkan gambar di laman maya, mencintai perhiasan dunia, mengharap diri menjadi rebutan sang pria dan seangkatan dengannya...
dakwah dan medan tarbiyah makin bertambah seiring peningkatan teknologi di dunia, namun hakikatnya masalah sosial juga meningkat seiringan. Seolah-olah berjalan bersama berpimpin tangan. Di mana silapnya? Mohon pendapat admin blog~
Sungguh menyentu kalbu. moga saya dapat perbaiki diri saya lagii untuk jadi insan yang berguna untuk agama dan negara :)
b2 ^_^_^
ad stu blog bezt.
lw utk Aku.Lelaki,
mmg ssuai sngt, hehe~
p xtau la lw b2 dh penah bce...
http://www.aimanazlan.com/2011/07/cinta-sms.html
Post a Comment