عليكم السلام
بسم الله الرحمن الرحيم
Kita manusia. Punya seribu emosi. Seribu ke? Mungkin. ^_^
Ada masa perlu kita gembira, ada masa perlu kita sedih, ada masa perlu kita marah.
Ada masa perlu bergurau, ada masa perlu bertegas, ada masa perlu bermanja.
Fahami tajuk entri kali ini dengan sebaik-baiknya. Ini bukan hikayat cinta.
Jadilah orang yang betul pada masa yang betul dan pada tempat yang betul.
Be a right person at a right time and at a right situation.
Tegas perlu bertempat.
Perlu diingatkan bahawa tegas itu bukan marah. Dan marah itu bukan tegas. Tegas, disertai akal dan fikiran yang waras. Sememangnya kita lebih menyukai orang yang tegas berbanding mereka yang pemarah. Orang yang terlalu mengikut amarah, menegur kerana nafsu tetapi orang yang tegas menegakkan kebenaran. Berusaha mengatakan yang benar. Mahu meyakinkan sesuatu perkara itu benar. Lebih kepada keadilan. Ya.
Tegas perlu bertempat terutama yang melibatkan urusan agama. Bertegas dalam wajib melaksanakan solat. Bertegas dalam menjaga batas pergaulan. Bertegas dalam meninggalkan arak. Bertegas dalam jangan menderhakai ibu bapa. Pendek kata, bertegas dalam melaksanakan suruhan Allah dan bertegas dalam meninggalkan larangan Allah. Punya pendirian. Punya prinsip. Berlandaskan syariat. Amat penting.
Terkadang tegas itu sememangnya perlu bertempat. Usah bertegas sepanjang masa. Jika begitu, anak ayam yang baru menetas pun masuk kembali ke dalam cengkerang kerana terlalu takut. Tegas itu berani mengatakan pendirian. Bukan sekadar pendirian tetapi mengatakan sesuatu atas sebab dan alasan yang benar. Berpijak pada kebenaran, bukan hanya menurut nafsu.
Kebiasaannya dalam perbincangan. Jelaskan dengan tegas pendapat kita. Tegas juga punya toleransi. Cuba dengarkan pendapat orang lain. Jika kita salah, akui, usah ego, terima pendapat orang lain. Jika tidak, tegaskan pendapat kita dalam nada suara keramahan. Ini perbincangan, bukan untuk mengira markah siapa yang menang! Tegas dalam perbincangan untuk mencari hakiki. Perbincangan yang membawa kepada titik kebenaran. Keadilan. Adil itu sendiri bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Ya, tegas itu pendirian dan keadilan serta kebenaran. Tegas. Bukan marah.
Marah perlu bertempat.
Marah juga perlu jika kena pada tempatnya. Setiap manusia mempunyai sifat marah. Sabar penghalang sifat marah tetapi kesabaran juga ada batasnya. Dan apabila hilang sabar maka timbullah kemarahan. Marah itu perlu. Marah yang sederhana dan mampu dikawal adalah terpuji, manakala tidak tahu marah adalah terkeji dan marah keterlaluan yang tidak bertempat, itu adalah marah terkeji.
Marah yang dipuji ialah marah yang bertempat. Contohnya marah seorang Ayah terhadap seorang anak. Anak yang mula culas menunaikan solat, malas bangun menunaikan solat Subuh. Rasulullah mengajar untuk menyuruh anak solat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah jika mereka tidak mahu solat ketika berumur 10 tahun. Jika anak tidak mahu mengikut, perlu dimarahi. Kerana marah yang ini tanda kasih dan sayang. Bukan marah yang melulu. Ini marah yang membawa kepada kebaikan.
Marah juga perlu dikawal. Terutama dalam menasihati seseorang. Gunakanlah pendekatan yang lembut. Dan bersabar. Ketahuilah, marah dalam menasihati orang sukar diterima berbanding menggunakan pendekatan yang lembut. Setelah berkali-kali perkara sama dilakukan, dan jika perkara itu melibatkan kes berat seperti urusan agama, maka perlu berkasar jika kata-kata lembut sudah tiada bermakna. Seperti contoh di atas.
Mari kita kembali kepada sejarah dahulu. Pernah dengar kisah Saidina Ali yang hampir hendak memenggal leher musuh sewaktu peperangan? Secara tiba-tiba musuh itu meludah ke arah mukanya dan Saidina Ali tidak jadi memenggal leher musuh tersebut. Musuh yang kehairanan bertanya kenapa lehernya tidak dipenggal dan dibunuh. Saidina Ali mengatakan takut andai pembunuhan itu bukan kerana Allah tetapi kerana marah akan perbuatan musuh yang meludah. Ini sejarah hebat! Contohi Saidina Ali yang masih menggunakan akal dan syariat walaupun ketika marah.
Pendek kata, jika marah, bersabar. Usah marah melulu mengikut hati. Marah melepaskan geram kerana diri yang keletihan dan punya masalah. Kasihan yang dimarahi, menjadi tempat melepaskan geram padahal kesalahan bukanlah sebesar gunung.
Manja perlu bertempat.
Ada yang mengatakan saya ini anak yang manja. Sahabat juga ada mengatakan. Saya tak kisah. Langsung tidak kisah malah saya suka, betul. Saya memang manja dengan Ibu. Tak hairan kerana saya selama ini membesar dengan Ibu yang juga seorang ayah bagi saya. Tetapi, jika manja tidak bertempat, itu yang perlu dikira kembali.
Manja tidak bertempat boleh menimbulkan rasa menyampah. Ini saya berbicara dengan diri sendiri. Saya menyampah dengan diri sendiri jika terlalu manja. Manja sehingga langsung tidak boleh berdikari. Manja sehingga semuanya perlukan pergantungan orang. Saya menyampah jika diri saya begini. Saya memang suka mengutuk diri sendiri. Agar menjadi penolak diri ke arah kebaikan. Juga untuk melakukan perubahan. Insya-Allah.
Ibu mengajar saya untuk manja bertempat. Manja dalam membelikan buku. Ibu langsung tidak berkira. Kerana Ibu tahu manja itu membawa kepada pertambahan ilmu. Manja dalam diberikan ciuman dan pelukan. Ibu saya terlalu penyayang dan saya dimanjakan dengan cara begini. Dimanjakan secara berpada-pada. Manja ketika sakit. Disuapkan makanan dan dihembus kata-kata semangat. Paling saya suka, manja ketika keluar berjalan-jalan dengan Ibu. Manja dengan berpegangan tangan dengan Ibu. Sangat romantik.
Usah manja tidak bertempat. Sehingga langsung tidak boleh dimarahi. Ditegur sedikit sudah mula marah. Mudah sungguh melenting. Sehingga muka menjadi masam mencuka. Manja biar bertempat. Ada masa kita perlu melakukan sesuatu perkara dengan sendiri. Jika terlalu manja, bagaimana mahu menghadapi dugaan hidup? Bagaimana mahu tabah dalam kehidupan? Asyik cengeng. Oh, cengeng juga perlu bertempat. Ada cengeng yang menjadikan kita kuat dan ada yang semakin membuat diri ini berasa lemah dan tidak berguna.
Menangis perlu bertempat.
Mari masuk bab menangis. Menangis juga ada waktu-waktunya. Ada yang menangis kerana terlalu sedih. Contohnya seperti mendapat khabar kematian seseorang yang rapat. Menangis kerana keputusan slip peperiksaan SPM tidak seperti yang diharapkan. Menangisnya seorang kanak-kanak yang terjatuh kerana baru belajar menunggang basikal. Ada juga yang menangis kerana gembira. Tangisan kegembiraan.
Menangis perlu bertempat. Bukan menangis kerana ditinggalkan kekasih hati. Menangis sehingga sanggup menelan pil berbiji-biji. Sanggup memudaratkan kesihatan diri sendiri. Langsung tidak sayang nyawa. Langsung tidak memikirkan kasih sayang ibu dan bapa yang telah mendidik dan mengasuh selama bertahun-tahun.
Saya mahu menyentuh mengenai wanita. Terima kasih kepada sahabat saya yang bertanya dan memberi pendapat. Saya sentuh kembali di sini. Seringkali wanita dikaitkan dengan air mata. Air mata lebih dekat dengan wanita berbanding lelaki. Tetapi ketahuilah, air mata wanita bukanlah tanda kelemahan tetapi itu tanda kekuatan.
Cubalah lihat Ibu yang menangis kerana anak. Menangis kerana hatinya telah disakiti oleh seorang anak. Si Ibu itu menangis tetapi tidak pula membenci anaknya. Kerana melalui air mata itulah dia mendapat kekuatan untuk tetap dan terus menyayangi anak walau dalam apa jua keadaan. Walau hatinya disakiti berkali-kali. Hal ini adalah kerana wanita menangis bukan bermaksud dia lemah tetapi kerana air mata itulah dia bisa untuk bangun setelah rebah. Tetap teguh walau berkali jatuh.
Air mata itu juga lambang hati yang lembut. Dan air mata itu lebih berharga jika mengalir atas nama air mata seorang hamba. Hamba yang menangis kerana Dia. Menyesali dosa-dosa yang lalu. Yang terlalu menggunung. Antara sedar atau tidak! Jika menangis kerana Allah, pasti kekuatan itu kembali. Percayalah. Kekuatan untuk menghadapi apa sahaja ujian sehingga merasakan ujian itu terlalu kecil. Kerana tahu Dia sentiasa ada untuk menemani.
Jika masih ada yang kata menangis itu tanda seseorang itu lemah dan tidak kuat, baiklah, mari kita kembali kepada sejarah. Lihatlah Abu Bakar yang menangis. Kuat menangis. Memahami tuntutan ayat sehinggakan payah meneruskan bacaan dalam solat ketika menjadi imam. Bukan semua tangisan itu bermaksud lemah dan tak bermakna yang kurang mengalirkan air mata itu kuat. Sahabat Nabi dahulu kuat menangis tetapi mereka kuat dan berani memperjuangkan agama bersama Rasulullah SAW.
Tangisan yang bermakna bagi saya. Tangisan lemah di hadapan Pencipta. Tetapi kembali kuat menjalani kehidupan. Kekuatan yang dihembus oleh-Nya melalui air mata.
Malu juga bertempat.
Malu sememangnya perisai orang beriman.Bagaimana? Malu itu menjadi perisai seorang muslim daripada melakukan perkara yang ditegah dalam agama. Malu dalam melakukan perkara kemungkaran. Malu dalam melakukan perkara yang memberi kemudaratan. Malu jika mencuri, malu jika berdua-duan di tempat sunyi antara si romeo dan juliet sambil berpegangan, malu jika kaki menginjak ke tempat maksiat. Malu kerana tahu Allah melihat.
Al-haya' minal iman. Malu adalah salah satu cabang iman. Tetapi jika berorganisasi, perlulah malu bertempat. Usah terlalu malu sehingga tugasan berkumpulan yang memerlukan kerjasama antara lelaki dan perempuan, muslimeen dan muslimat, ikhwan dan akhowat ditinggalkan. Kerana malu yang tidak bertempat ini. Seorang yang terkenal dengan kesolehan tetapi malu sehingga meninggalkan tanggunggjawab. Soleh itu bagus tetapi malu yang tidak bertempat, itu yang tidak betul. Be professional. Boleh ye? Saya yakin anda boleh buat.
Malu juga perlu bertempat. Jika kita tidak tahu, usah malu, sila bertanya. Malu kerana ilmu yang sedikit. Carilah ilmu. Bukan malu sehingga berlagak seperti tahu semua. Itu menandakan kita seorang yang tidak matang. Ya, kerana orang matang mengakui apa yang tidak tahu dan bertanya tanpa perlu merasa malu. Jadilah orang yang matang.
Yang penting jangan malu jika melakukan perkara yang betul. Malu menutup aurat sepenuhnya kerana dicemuh orang? So what? Who cares? Who creates you? Who gives you sustenance? To whom should you give your gratitude? Allah is the only answer. So, simple. Just obey Him. Ignore others. They just don’t understand. Calm. Don’t ever hate them but pray for them. That’s what a Musleem do. Sami’naa wa-ato’naa. Kami dengar dan kami taat. Yumkin? Boleh? Good. Mumtaz.
Kesimpulan.
Jadilah orang yang matang.
Pandai menyesuaikan diri dalam satu-satu situasi.
Hadapi keadaan dengan akal dan syariat bukan dengan nafsu.
Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.
Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.
"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"
24 comments:
susunan bahasa yang indah..
tulisan2 anda lahir dari hati yg ikhlas..
betul kata2 anda itu..
sesungguhnya hidup kita ini penuh dgn cabaran.
:)
Assalamualaikum dik Rabiatul^^
pndpt akaklah, tegas tu juga bersumberkan dr marah,tp digunakan pd tempat yg betul..sprt yg dinyatakan adik 'Orang yang terlalu mengikut amarah, menegur kerana nafsu tetapi orang yang tegas menegakkan kebenaran'~ skdr pndpt^^
tmbhn~Sifat sabar adalh penghalang drpd sifat marah...namun, kesabaran ada had dan batasnya krn apabila sudah hilang sabar maka timbullah kemarahan...
Marah yg sederhana adalah marah terpuji, manakala tidak tahu marah adalah terkeji dan marah keterlaluan adalah termasuk dalam marah terkeji yang d'larang oleh Nabi SAW seperti sabdanya...
Marah keterlaluan dilarang Islam krn mendatangkan kesan dan implikasi tidak baik kpd orang yang marah, juga orang kena marah. Disebabkan marah ada rumah tangga runtuh, kerana marah anak didera, pembunuhan berlaku, anak lari dari rumah, majikan ditetak pembantu rumah dan kerana marah orang saman-menyaman.
part manja perlu bertempat~ ada terasa skit huhu ^^~ perasaan akak ja kali..hehe
malu juga perlu bertmpt~ fikir2 balik,akak mmg perlu ubahlah malu akak ni...insyaAllah boleh^^
kesimpulan: cuba jadi lebih matang, menyesuaikan diri pd setiap situasi dan hadapinya dgn akal dan syariat yg betul^^ insyaAllah...
~nak peluk adik boleh hehe^^ syg adik banyak2^^!~~~
| mynameisrara |
saya hanya menulis apa yang saya tahu, betulkan jika saya salah =)
Ikhlas itu biarlah Allah sahaja yang menjadi hakimnya ye. Syukran sangat sudi singgah dan komen! ^_^ jemput datang lagi, jazakillah
| Kak Jiha |
Waalaikumussalam akak! ^_^
Subhanallah, akak, terima kasih untuk perkongsian ni! ^_^
bukan akak ja, adik pun, kena tgk part manja tu, hehehehehe. Adik manja dgn akak takpa kan? ^_~
boleh, peluklah! suka! ^_^ adik syg sgt3 dkt akak! akak dah mcm kakak adik sendiri ^_^ *peluk*
Waaah , bitu bijak mengulas isi. sedap je kite baca post bitu ni. betul3 , semuanya perlu bertempat. i wanna be that Mrs Percfect. hee
Seorang muslimah itu sepatutnya lembut bukannya lembik. Tegas bukan bermakna keras (=
| Syahida! ^_^ |
semua perlu bertempat kan? ^_^
ada masa, ada ketika, ada tempat
Insya-Allah ^_^
| Kak Zati |
betul akak! ketegasan dalam kelembutan! ^_^
(akak, rindu sgt akak, dah lama x chat =( )
post blog leni power2 sapa x tahu nk kater gane, teruskan..
| Akh Amir |
Akh, Akh cptlah komen byk2! xsabar b2 nak baca komen2 Akh! Akh xleh lari, Akh kan pengomen setia blog b2, dah lama dah Akh menghilang, ahaha~ ^_^
Akh ni..Alhamdulillah, tu semua drpd Allah, b2 menulis je..
Insya-Allah, diteruskan selagi ada kemampuan, kelapangan dan ilham drpd Allah ^_^
. terima kasih
budak ni sgt suka menimbulkan tanda tanya kpd akak. akak suka cara awak. aha~ ^_^ *peluk*
p/s: masuk U nanti jgn lupa akak tu..='(
wah,beruntung kak,siap jalan2 pegang tangan dengan mak ^^
p/s: b2 tu apa?
| Ariffah9 |
ehehehehe, akak kan romantik, aha~ ^_~
(dah..dah buat dah prangai udoh tu..=__=")
p/s: aha~ b2 tu nama akak ^_^ pelik ea, adik tu namanya unik, aha~
(=__=" apelah kakak awak ni)
part manja tu yg best tu...eheh =)
aha~ Yah pun manja dgn mak teh~ ^_~
p/s: Yah, cuti kita dah nak habis, nak sebilik dgn Yah!
er.org panggil b2 tu camni ke -'bitwo-
hehe. tak berapa faham.
ehehehehe ^_^ kesian adik ye, akak buat adik pening dgn nama akak
ha, bolehlah tu, bitwo, bitu, kak b2 ^_~
p/s: Ariffah umur brp ye, 18?
kenapa bitu? asiff,tanya banyak.curious nak tau pulak.hehe
umur 15 :) kak?
aha~ eh, xpe2 dik, tanyalah apa2 pun, brp kali pun, walau soalan sama sekali, akak xkisah, betul ^_^
bagus tahu sifat ni. curiousity ni biasanya ada pada org yg minat fizik, adik minat fizik ke ^_^ sbb org fizik ni semua dia tanya, dia nak ambik tahu semua, knp buah jatuh ke bwh kenapa x ke atas, knp bola bergolek semakin perlahan kenapa tak semakin laju ^_^ bagus tahu sifat ni
bitu sbb oh, sejarahnya pjg dik. Ni kwn baik akak bagi, dah lama dah, ms sekolah rendah dulu. tiba2 je dia panggil akak b2. Akak ingat lagi ms tu dia panggil akak, jerit dr jarak jauh panggil akak dgn nama 'bitu'. Ibu akak pun ngajar sekolah rendah yg sama. Ms kwn akak panggil tu, Ibu akak ada. Bila dgr kwn akak panggil akak b2, Ibu akak pun panggil akak b2, aha~ tapi xdelah, dkt rumah ni, akak dipanggil kakak la ^_^ anak sulung kan~ ^_~ kuasa veto terletak di tgnku, haha
(dah..start dah mengarut..==")
lps tu nama tu lekat sampai skrg. entah lah, nak tukar pun..entahlah ^_^ xtahu. ha, makna mmg la, xtahu, entahlah, biarlah. kenangan yg tetap sampai bila2 dgn kwn baik akak dulu =) akak syg sgt dia.
tgk, dan akak bleber mcm ni la gayanya ^_~
p/s: la, 15? akak ingat Ariffah 17 atau 18 mcm tu! sbb awak nampak matang dik ^_^ bagus2
fizik? entahla. tapi yang pastinya sains lemah -_-
kawan akak tetiba panggil bitu? pastu, mak akak pun ikut sekali..hehe,sejarah yang unik.
http://img4.myrecipes.com/i/recipes/ck/carrot-cake-ck-1599659-l.jpg - hadiah balik.nampak simple,tp the best!
BlackForest,sedap2!pandai pilih.. ^^
nanti kalau masuk upper form, ha, ckp dkt akak ea suka ke x fizik ^_^
kalau xsuka sains, suka kira2 atau bahasa la tu
ehehe, itulah seingat akak, akak pun xtau, sampai skrg lekat panggilan tu ^_^
wah~ dpt hadiah balik, syukran ^_^
form 4 saya ambil akaun. Ha'ah..minat matematik dan sastera lebih. Sains mmg tak minat (=_=)
tak faham betul macam mana orang blh minat Sains..(wpun tau lain org lainlah minat&kepakarannya)
hehe,panjang plk komen kita sembang kat ruangan komen..
baguslah tu, kalau semua suka sains, masalah pula jadinya ^_^
org yg minat sains, itu adalah kerana mereka xminat sastera dan kira2, aha~ ^_^
Post a Comment