Saturday, May 21, 2011

Palsukah sayang kita terhadap mereka?



عليكم السلام
  بسم الله الرحمن الرحيم



Andai ditanya. Ditanya kepada anak-anak. 
Wahai anak-anak, apakah kamu sayang ibu dan ayah kamu?
Sebelum dijawab lagi sudah tahu apa jawapannya.
Sudah tentu sayang.



Sejauh mana sayang. Entah.
Mungkin sayang sewaktu diri dalam kegelisahan, ketakutan.
Namun setelah diri senang, mereka seperti tiada berguna.
Diletak ibu, mama, umi ke tepi. Dibuang abah, ayah, papa ke tepi.









Mereka Sudah Terlalu Banyak Berkorban!



Mulut kata sayang. Tetapi mana bukti sayang tidak tahu.



Ibu marah sedikit, mula melenting.
Ibu menyuruh menolong sedikit, berjela-jela rungutan terluah.
Ayah marah kerana kesalahan kita, sudah berani memberontak.
Ayah melarang buat perkara jahat. Masih juga buat. Endah tidak endah.



Jika dimarahi Ibu dan Ayah, lihat kembali diri kita. Mereka marah kerana sayang. Bukan membalas ‘marah kerana sayang’ itu dengan memberontak. Menendang kerusi dan meja. Menengking ibu dan bapa. Mereka marah kerana kita yang salah. Mereka marah kerana sayangkan kita. Cubalah untuk melihat dengan mata hati. Walaupun sedikit.



Jika Ibu dan Ayah meminta pertolongan, terus pergi membantu. Jika terasa malas, tanya diri sendiri, Ibu dan Ayah pernah tak malas menjaga aku? Kalau mereka malas, sudah tentu aku ini dibuang ke dalam tong sampah. Jika terasa penat. Tanya diri sendiri, aku kira Ibu dan Ayah tak penat membesarkan aku? Aku dari kecil sampai besar begini tak berhenti menyusahkan Ibu dan Ayah. Layak ke untuk aku berasa penat? Jika kata layak, memang anak yang tidak tahu malu. Tak mengenang budi.









Jika diri tidak bahagia, lihat kembali hubungan dengan ibu bapa.



Punya rumah besar, kereta mewah, anak yang ramai. Tetapi hidup tidak bahagia. Lihat hubungan dengan ibu bapa. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena.



Pelajaran juga begitu. Sentiasa mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam. tetapi mengapa susah benar mahu memahami sesuatu tajuk? Mengapa keputusan ujian masih juga begitu? Langsung tidak menunjukkan peningkatan.



Pesan saya, lihat kembali hubungan dengan ibu bapa. Pasti ada sesuatu. Cuba cari.



Mungkin punya kehidupan yang senang lenang tetapi tidak bahagia. Itu mungkin kerana sudah lama tidak menziarahi ibu bapa di kampung. Asyik dengan syarikat dan kerja. Asyik dengan isteri dan anak-anak sehingga lupa ibu dan bapa. Kerana hidup tidak berkat. Kerana ibu bapa tidak reda. Mungkin kerana itu tidak bahagia.



Mungkin juga prestasi pelajaran yang tidak naik-naik walaupun usaha separuh mati. Itu mungkin kerana selalu melawan kata ibu dan bapa. Disuruh menutup aurat mematuhi perintah Allah tetapi melawan dengan tetap tidak menutup aurat. Namun, rajin belajar. Disuruh belajar betul-betul, usah bermain cinta lagi, tidak ikut. Namun, rajin belajar. Tetapi tiada apa-apa kesan. Lihat hubungan dengan ibu bapa.



Sahabat ada mengatakan mengapa saya kelihatan bahagia sahaja. Saya sebenarnya juga tidak tahu kenapa. Saya tiada punya jawapan. Mahu dikata tiada masalah, pasti ada. 



Saya cuma mahu mengatakan, lihat hubungan dengan ibu bapa. Jika ada yang tidak kena, lihat hubungan kita dengan ibu bapa.



Pernah bertanya kepada ibu atau ayah, kita ini anak yang bagaimana? Kurang ajar? Degil? Baik? Soleh dan Solehah? Pernah tanya?



Pernah saya berbicara dengan Ibu. Saya tidak begitu ingat ayat tetapi maksudnya sama. "Kakak banyak buat salah dengan Ibu, maafkan kakak". Pelukan diberi. "Eh, mana ada. Kakak anak yang baik". Dibalas pelukan dan ciuman.



Kerana Ibu saya kata begini, saya berani menulis begini. Walaupun saya tahu saya memang banyak salah. Banyak sangat. Jangan kira saya anak yang baik.









Ringankan mulut untuk mengucap terima kasih.



Ibu saya, walaupun saya hanya menuang air ke dalam gelas miliknya, ucapan terima kasih dan senyuman dihulurkan buat saya. Saya tertanya sendiri. Ibu, mengapa Ibu baik sangat? Kakak hanya menuang air ke dalam gelas Ibu sahaja. Sedangkan Ibu terlalu banyak berkorban! Memang tidak mampu kakak balas! Langsung tiada tertanding dengan apa yang kakak lakukan buat Ibu! Ibu, terima kasih! Terima kasih, Ibu…



Dan melalui Ibu, saya belajar. Hargai orang lain walau dengan ucapan terima kasih. Hargai pertolongan yang diberikan kepada kita dengan ucapan terima kasih. Saya memang banyak belajar melalui Ibu. Kerana memang saya membesar dengan Ibu. Ibu jugalah Abah.









Maaf bukan hanya sewaktu mahu menghadapi peperiksaan.



Jarang juga anak yang mahu meminta maaf kepada ibu dan bapa. Hubungan saya dengan Ibu terlalu baik. Tetapi tak bermakna Ibu tidak pernah terasa hati dengan saya. Ibu, maafkan kakak, kakak dah banyak melukakan hati Ibu.



Terkadang menjadi tradisi, maaf dituturkan sewaktu musim peperiksaan. Bukan dengan sahabat sahaja, bukan dengan guru sahaja, dengan ibu bapa juga begitu. Apakah maaf itu diperlukan hanya untuk cemerlang dalam peperiksaan?



Kita terkadang mungkin melukakan hati ibu bapa tanpa disedari. Mereka makan hati di dalam. Siapa tahu? Jadi minta maaf selalu.









Duhai Anak, Usah Sombong!



Kita kira, kita bijak dan pandai kini kerana usaha diri kita sendiri? Mengapa tidak fikir kembali, siapa yang menghantar dan mengambil kita setiap hari persekolahan? Siapa yang mengajar kita tentang adab? Siapa yang bekerja keras mencari rezeki untuk menyekolahkan kita sampai kita bijak dan pandai begini? Bukankah Ibu dan Ayah?



Kita kira, kita punya rumah besar, kereta mewah, hidup senang lenang kerana usaha sendiri? Cuba tanya diri sendiri. Siapa yang memberi bekalan ilmu untuk kita menuntut pelajaran? Siapa yang tak putus berdoa untuk kita setiap kali selepas solat? Bukankah Ibu dan Ayah?



Itu pun mahu sombong! Menolong sedikit, merungut! Dimarahi sedikit, memberontak! Anak apa kita ini? Tak tahu malu. Lupa diri.









Menghargai Setelah Kehilangan



Manusia ini, apabila kehilangan sesuatu, baru tahu untuk belajar menghargai. Apabila ada di depan mata, hanya buat acuh tidak acuh. Apabila terasa kehilangan, mula merayu kepada Allah untuk kembalikan apa yang telah hilang. Dan itu tidak bermakna apa-apa.



Ibu dan Ayah yang telah banyak berkorban. Sabar dengan karenah kita sejak bayi hingga sekarang. Memenuhi segala permintaan kita tanpa ungkapan letih dan penat. Setia di sisi sewaktu kita gembira dan berduka. Itupun kita tidak tahu lagi untuk menghargai. Apakah setelah Ibu dan Ayah pergi menemui Ilahi, baru mahu mula belajar menghargai mereka?



Lihat mereka yang tidak punya ibu bapa. Tidak terdetikkah kesyukuran yang amat? Mereka yang kehilangan ibu bapa kerana kecelakaan jalan raya atau kematian, mahu ibu bapa. Kita yang ibu bapa di depan mata, langsung tidak dihargai. Mungkin mahu ibu bapa kita juga pergi, baru mahu menjadi seperti anak yatim itu agaknya.



Mungkin ada anak yang mempunyai ibu bapa yang tidak mengasihi mereka. Membenci mereka. Namun apakah itu alasan untuk menjadi anak yang derhaka? Walau kita hidup mati dan bangun semula, mereka itu tetap ibu bapa kita. Kita lahir dengan penyatuan ibu dan bapa kita. Jadi sebagai anak, laksanakan tanggungjawab sebagai anak sebaiknya.



Jika ibu bapa masih tidak lembut hati, kita sebagai anak mesti mengalah. Ziarahlah mereka pada kesempatan yang terluang. Hubungilah mereka jika kita berada di kejauhan. Tunjukkan kasih sayang sebagai anak. Fikir, Allah pandang apa kita buat itu.



Dan bagi mereka yang sudah tiada punya ibu atau ayah, hadiahkan doa buat mereka. Doa anak yang soleh dan solehah. Allah juga pandang itu wahai anak.









Kesimpulan.



Sayangi ibu bapa walau bagaimanapun mereka. Kerana kita seorang anak. Gapai keredaan Allah dengan keredaan ibu bapa. Hidup berkat jika ibu bapa reda dengan kita. Ringankan mulut mengucap terima kasih dan ungkapan maaf. Ringankan tulang membantu mereka. Kasihi mereka dengan pelukan dan ciuman.









Istimewa dan dedikasi buat arwah Abah, Abah dan Ibu.



Abah, kakak akan sentiasa ingat apa yang Abah pesan setakat yang kakak ingat dan tahu. Abah mahu ada anak Abah yang hafiz atau hafizah bukan? Tetapi kakak tidak mampu untuk buat itu. Hanya dengan usaha sekarang dalam bidang Bahasa Arab kerana Allah. Kakak akan jaga adik-adik, Abah. Hanya doa mampu kakak kirimkan buat Abah. Moga Abah sentiasa tenang di sana. Al-Fatihah.


Abah, maafkan segala salah dan silap kakak. Kakak terlalu banyak buat salah dengan Abah. Terima kasih sudi terima kakak sebagai anak Abah. Kakak akan belajar menjadi anak yang baik untuk seorang Abah.


Ibu, maafkan salah dan silap kakak. Ibu terlalu baik. Tak mungkin dapat kakak cari ganti ibu yang sesempurna Ibu. Terima kasih Ibu untuk segalanya. Kakak akan berusaha jadi anak yang solehah dan baik. Kakak amat sayang pada Ibu *peluk*












Gratisan Musik




Alhamdulillah.



Syukran jazeelan dik, sungguh akak terharu...='(
Ibu, hadiah ini untuk Ibu. Sungguh. Kakak menang kerana hasil didikan Ibu.



Entri tentang Contest itu sememangnya diniatkan untuk ditunjukkan kepada Ibu semasa 20/5, birthday Ibu~ hee~ tidak sangka keputusan contest diketahui awal. Bertambah kejutan buat Ibu! ^_^ hee~ (saya memang suka mengejutkan Ibu saya, kesian Ibu banyak terkejut =__=" hee~ ^_~)



Sungguh. Terharu melihat Ibu menangis. Saya apa lagi, lagi mengalir. Mana boleh tahan syahdu-syahdu. Hadiahnya dibalas dengan pelukan dan ciuman. Hoho~ Bahagia…=’) hehehehe.



Entah apa hadiahnya. Tetapi sememangnya ini bukan hadiah buat saya seorang. Juga buat mereka yang setia memberi komen dan yang sudi membaca entri saya. Walaupun saya ini budak yang tidak berapa matang. Hee~ Juga istimewa buat Mama Ita!!!! Hadiah ini buat mama juga…=’) *peluk* dan juga buat kak Zati? Mama- to-be? Aha~ Aha~ Aha~ =P =P *peluk*



Entri khas buat Ibu yang yang baru sahaja menyambut hari lahir pada 20/5.
Juga istimewa dan dedikasi buat Abah yang bakal menyambut hari lahir pada 2/6 ini.
Kakak sayang Ibu, Abah dan Abah! *peluk*
Terima kasih untuk segalanya…





Ibu, surprise!!!!  ^_^ Baik, tak surprise sgt pun. Nak bagi hadiah puding cocktail dkt Ibu. Tapi buat ni dgn Ibu. (.....................)  =__=" juga buat dgn kaum kerabat dgn rumah. Adik2 ni la ha. Sibuk je, haha. Mujur kakak baik bagi mkn, kalau kakak jahat, kakak makan dgn Ibu je tahu, haha. (udoh perangai kakak pun lah =__=")



Ni baru surprise!!!  Kalau tanya saya ni apa, saya pun tak tahu (....................................) =__=". Hajat di hati nak bagi lain drpd yg lain, ahak3, lawan dgn adik2, smackdown sama kad2 mereka itu, kakak bagi siap jahit2 lagi, haha. Jahit apa xtahu, asal jahit je. Dan jadilah pac man! versi perempuan. (huh? ==") Mujur la Ibu tu baik, kan Ibu demand mcm2 kan, haha. Ibu terima je apa2 yg saya bagi, walaupun langsung tiada motif. (udoh prangai..sungguh lah =__=")




 Ya Allah, rahmatilah kedua ibu bapaku. Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu aku kecil. Limpahkanlah keberkatan dan keampunan-Mu terhadap mereka. Jadikanlah aku anak yang taat kepada kedua ibu bapa. Berikanlah kebahagiaan kepada mereka ya Allah..kebahagiaan di dunia dan di akhirat..Ameen..



mahu menyayangi bakal mak mertua dan ayah mertua macam ibu dan abah sendiri...
doa supaya bakal suami anggap betul2 ibu dan abah mcm mak dan ayah sendiri...
kalau panjang umur, Insya-Allah..Ameen...


haha..pelajar BA gedik =='










Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.


Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.


"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"


2 comments:

Nazihah@Jiha said...

wahh...tahniah adik menang contest itu^^ adik memang layak^^

sanah helwah untuk ibu adik *w/pun dah lepas* dan untuk abah adik 2/6 ini^^

siapa buat puding tu,adikkah??..hehe

:: Zahratu Billaurah :: said...

(akak!)
Alhamdulillah kak, xsangka, rezeki adik. Hadiah buat Ibu..suka tgk Ibu menangis terharu...=')

Syukran Jazeelan ^_^ sanah helwah untuk mak dgn ayah akak juga ye

aha~ mmg xkan buat sorg kalau Ibu ada dkt rumah. Mesti buat dgn Ibu juga. Adik ni mana la pandai masak. Kena belajar lebih lagi nak biar masak sorg2. Biasanya adik masak sorg2 bila waktu darurat, aha~ Kalau ada Ibu, mesti msk dgn Ibu ^_^
ha, puding tu ramai yg buat, kaum kerabat dkt rumah tolong juga, adik2 sibuk juga nak buat ^_^
pdhl skjp je, xsusah pun resepi dia, aha~ saje buat riuh dkt dapur ^_^