Sunday, April 24, 2011

Usah Bezakan Labuh dan Bawal



عليكم السلام
  بسم الله الرحمن الرحيم


Dalam perjalanan menimba ilmu bermula sekolah rendah kemudian sekolah menengah dan kini di universiti.


Alhamdulillah, saya sudah punya ramai teman. Teman yang bertudung bawal, teman yang memakai shawl, teman yang bertudung labuh, juga teman yang berpurdah.


Masing-masing punya keistimewaan. Masing-masing punya kelebihan.
Tiada wujud diskriminasi perbezaan ‘hektar’ tudung.



Saya amat suka memerhati, cuba mendalami isi hati seseorang, cuba mengenali hati budi seseorang (lagi sekali, marilah belajar psikologi, saya tidak akan pernah jemu menulis perkataan ‘psikologi’ lagi sekali, ‘psikologi’, haha, main-main pula ==” memang tak thiqah pelajar BA ni). Hakikatnya tak semestinya apa yang terzahir sama dengan dalaman setakat yang dilihat. Tetapi hanya Allah Yang Maha Mengetahui.


Apa pun suka saya ingatkan kepada diri sendiri, ketepikan keburukan orang, lihat kebaikan yang ada pada diri mereka dan insafi diri sendiri. Sungguh. Diri sendiri penuh benar dengan lumpur dosa.


Saya nasihatkan kalau nak baca, mohon baca sampai habis ya. Kerana banyak mesej yang saya mahu kaitkan semuanya hingga ke penghujung untuk mencapai satu konklusi. Juga untuk mengelakkan kekeliruan.








Ada yang kata, luaran mencerminkan peribadi kerana  appearance shows the first glance or impression about someone.
Ada juga yang kata tak semestinya begitu kerana ada kata-kata don’t judge a book by its cover.
Saya tak nafikan, kedua-duanya betul.
Kerana itulah karangan punya bahagian ‘argument’ - ‘do you agree or not?’.
Kerana itu juga MUET mempunyai bahagian ‘discussion’ – ‘what’s your opinion?’.
Masing-masing pasti mempunyai hujah untuk mempertahankan pendapat masing-masing kan?
Dan pastinya pendapat masing-masing punya kebenaran.
Saya sendiri lebih suka melihat kepada realiti yang dialami.











Tiadalah hanya yang bertudung labuh itu dikatakan menutup aurat. Sudah tentu, asalkan tudung dilabuhkan menutupi dada, itu sudah cukup.


Adatnya yang bertudung labuh lebih dipandang baik, lebih dianggap solehah dan lebih dikatakan punya ilmu agama yang tinggi berbanding mereka yang bukan bertudung labuh.
Betul kerana….baik, cuba anda lihat situasi ini.


Anda terserempak dengan seorang gadis memakai tudung bawal, kemas dan cantik berbaju kurung keluar berdua-duaan bersama seorang lelaki yang mana masing-masing tiada ikatan yang sah juga tiada ikatan kekeluargaan sambil berpegangan tangan di Giant.


Dalam pada masa yang sama, apabila menoleh ke kanan, anda terpandang gadis bertudung labuh berbaju kurung yang memang diketahui masih tiada ikatan yang sah dan keluar berdua-duaan bersama seorang lelaki yang juga diketahui masih tiada ikatan yang sah sambil berpegangan tangan.


Gadis mana yang lebih dikritik hebat? Gadis mana yang lebih dipandang pelik atau jengkel?
Ya. Sudah pasti gadis bertudung labuh itu.
Kerana dia lebih menjadi ikon ‘solehah’. Lebih dianggap golongan yang ‘tahu agama’.


Jadi, yang bertudung labuh, jaga kelakuan anda kerana anda sering diperhatikan dan sentiasa dijadikan contoh. Kesalahan yang dilakukan si gadis bertudung labuh lebih kelihatan silapnya berbanding gadis yang bukan bertudung labuh. Jadi yang bertudung labuh, tunjukkan sikap yang baik. Saya nasihatkan diri sendiri.
Terkadang satu kesilapan dengan mudah memadam seribu kebaikan.
Tapi, ketahuilah, yang bertudung labuh bukan malaikat. Dia manusia.  


Mari pergi tajuk lain. Skop yang lain. Mari ^_^











Berkenalan Dengan Si Tudung Labuh.



Adatnya yang bertudung labuh lebih dipandang baik, lebih solehah dan lebih punya ilmu agama yang tinggi berbanding mereka yang bukan bertudung labuh.


Benarlah, melalui pemakaian, itulah hatinya, itulah budinya.
Namun, tak juga semua begitu.


Saya berani menulis berdasarkan pengalaman. Saya amat takut andai tulisan saya walau satu patah perkataan merupakan dusta. Ya Allah, jauhilah aku daripada melakukan ini, ampunilah hamba-Mu ini.

Saya suka menulis melihat kepada apa yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari. Kerana saya suka melihat sekeliling. Berkawan dengan semua dan lihat. Ambil dan belajar sesuatu.




Ada yang bertudung labuh, tapi yang terlihat terkadang tak semestinya seperti yang terzahir.


Ada yang bertudung labuh, tapi suka menyakitkan hati orang.
Ada yang bertudung labuh, tapi tak pandai menghargai orang.
Ada yang bertudung labuh, tapi mementingkan diri sendiri.
Ada yang bertudung labuh, aktif dalam persatuan dan juga dakwah, tapi suka bercakap meninggikan suara, tidak menghormati orang lain.
Ada yang bertudung labuh, masuk pertandingan hafazan, tapi suka memandang rendah pada orang lain.
 

Pengalaman sendiri.
Juga berdasarkan pengaduan oleh beberapa teman.
Hanya mendengar luahan hati mereka yang terseksa satu-satu. Dari hati ke hati.
Senyap dan muhasabah.
Walau bagaimanapun, manusia tetap manusia, tiada sempurna sekalipun tudung labuh sehingga mencecah tanah. Saya lebih buruk daripada apa yang tulis. Ya Allah, ampunkanlah dosaku. =’((











Saya sendiri punya pengalaman. Tak akan pernah saya lupa. Ketika alam persekolahan. Waktu itu saya mengikuti sebuah seminar bersama dua teman bertudung labuh satu sekolah tetapi tidak begitu rapat. Awal seminar, ketika diberi rehat, makan. Saya sedikit lambat kalau bab makan (oh, mungkin sekarang dah upgrade sikit). Pasti orang lain yang habis dulu dan saya baru terkial-kial mengejar masa, sudah cuba yang terbaik namun apakan daya. Oleh kerana masa program sudah hampir disambung kembali, dua teman bertudung labuh tersebut meminta izin untuk pergi dahulu. Meninggalkan saya keseorangan. *sila baca ayat terakhir dengan nada yang sedih, haha xdela, saya gurau je ^_^*



Tidak mengapa. Tiada sebab untuk saya marah, memang salah saya. Saya tidak kisah. Lebih baik mereka pergi dahulu daripada dimarahi kerana berpunca daripada kelambatan saya. Saya yang salah tidak mampu mengatur masa dengan baik. Meneruskan makan seorang diri, hampir, sikit lagi. Waktu itu juga seorang teman bukan bertudung labuh menghampiri saya dan bertanya, lebih kurang pertanyaannya, (saya juga tidak ingat cara dan ayat dia tanya dulu)“sorang je?” lalu memilih untuk duduk dan menunggu saya makan.  Walaupun tak pernah kenal, sekolah berlainan, bukanlah sekolah agama, dia sanggup menemani saya walaupun waktu ketika itu sudah lambat dan peserta seminar juga sudah semakin berkurangan di dewan makan. Walaupun saya tahu dia sudi menemani saya bukan kerana dia tiada teman, tadi sahaja saya melihat dia bersama beberapa orang teman makan bersama-sama. Dia boleh sahaja memilih untuk pergi dahulu tetapi tidak. Katanya tak sanggup melihat saya makan keseorangan. *ayat dia ni menyentuh hati saya* Dan sepanjang seminar hingga hari akhir, saya berdamping dengannya. Partner. Juga sebilik.



Sungguh hati saya tersentuh. (baik, sekarang dah menitik air mata =’((  )
 Dan kini sudah ‘lost contact’ tapi sampai sekarang saya amat mahu bertemu dengannya. Amat sayang padanya. Amat rindu padanya (oh, semakin banjir) tak akan pernah luput dia daripada ingatan saya, tak akan pernah luput wajah dia daripada ingatan saya, tak akan pernah. Seorang teman yang bukan bertudung labuh yang sangat baik hati dan peramah, teman yang bukan bertudung labuh yang penuh semangat dalam diri, semangat seorang pejuang. Ya.

Amat merindukan dan menyayangi dia.

Itu hanya secebis kisah. Banyak lagi. Cukuplah.











Namun semestinya pasti ada teman bertudung labuh yang benar-benar baik. Lagi ramai, Insya-Allah.


Waktu persekolahan. Teman yang sanggup menunggu saya, ya, kes makan lambat juga. Sabar betul mereka.
Terima kasih Marhamah, Ain, Salwa. Rindu semua sangat-sangat.


Teman yang suka memperingatkan supaya sentiasa jaga mulut jangan sampai mengumpat.


Teman yang mengajar menuntut ilmu itu amat penting. Selalu kongsi tempat-tempat majlis ilmu.


Dan ramai lagi. Tak perlu saya tulis di sini. Hanya Allah yang bisa membalas kebaikan kalian. Terima kasih… *peluk erat2*











Berkenalan dengan Mereka Yang Bukan Bertudung Labuh.



Pernah juga saya selami hati seorang teman yang bukan bertudung labuh.
Saya lihat dan selami kata-katanya.
Dia berharap agar yang bertudung labuh jangan memandang rendah terhadap mereka.
Jangan memandang serong terhadap mereka. Jangan mengumpat mereka. Jangan mengata mereka.
Saya amat memahami hati awak, sayang.
Sayang, ketahuilah, tak semua yang bertudung labuh begitu. Mungkin hanya segelintir.



Terkadang peribadi yang ditonjolkan mereka yang bukan bertudung labuh kelihatan lebih baik berbanding mereka yang bertudung labuh. Diri hanya melihat, Allah jua Yang Maha Mengetahui segalanya.


Dia yang bukan bertudung labuh mengingatkan diri kepada kematian.


Dia yang bukan bertudung labuh mengajar erti ketabahan dan sangat caring.


Ramai lagi. Cukuplah. Hanya Allah yang bisa membalas kebaikan kalian. Terima kasih…*peluk erat2*










Kesimpulan.


Tidak semestinya bertudung labuh sudah tentu baik budi pekerti, berbanding mereka yang bukan bertudung labuh. Namun juga tak dinafikan, sudah tentu masih ramai yang dalaman seperti yang terzahir. Hanya segelintir yang dalaman bukan kelihatan seperti luaran. Namun, hanya Allah Maha Mengetahui. Kita tidak berhak menilai orang lain. Cukuplah menilai diri sendiri.



Sudah semestinya pemakaian tudung seperti yang disyariatkan Allah. Itu memang tidak usah dipertikaikan. Mesti mengikut piawaian Allah. Post ini bukan hendak mengatakan bagaimana harus bertudung tetapi melihat mereka. Dari sisi mereka yang bertudung labuh mahupun bukan.



Lagi sekali saya ulang.
Ada yang kata, luaran menunjukkan peribadi.
Ada yang kata tak semestinya begitu.
Saya tak nafikan, kedua-duanya betul.
Kerana itulah karangan punya bahagian ‘argument’.
Kerana itu juga MUET mempunyai bahagian ‘discussion’.
Masing-masing pasti mempunyai hujah untuk mempertahankan pendapat masing-masing kan?



Apa yang saya mahu sampaikan, berbalik kepada manusia itu sendiri.
Segala-galanya diri sendiri. Ya, diri sendiri.
Andai kata yang bukan bertudung labuh yang mempunyai pekerti mulia, dan kemudian bertudung labuh, maka orang tetap kemudian melihat pula dia sebagai gadis bertudung labuh yang baik.


Lagi, contohnya lagak seorang pencuri wanita yang merompak bank memakai tudung bawal. Kemudian bertukar memakai tudung labuh pula dan merompak bank lagi. Apakah mahu menyalahkan tudungnya? Sudah tentu orangnya kan?
Boleh dapat tak maksud saya?











Baiklah saya bagi lagi.
Katakan Facebook, kebanyakan orang memandang Facebook sebagai satu medium yang boleh membuang masa. Tetapi yang sebenarnya bukanlah Facebook itu yang salah. Facebook itu hanya wasilah. Wasilah dalam menghancurkan diri dan juga wasilah dalam membina diri. Ada orang yang menggunakan Facebook untuk tujuan yang salah namun ada juga mereka yang menggunakan Facebook sebagai wadah dakwah. Jika akhbar melaporkan ramai yang ketagih Facebook sehingga mengabaikan perkara penting yang lain, itu bukanlah salah Facebook, salah manusia itu sendiri. Dan itu seterusnya pula menggambarkan keadaan masyarakat sekarang.
Boleh dapat tak maksud saya?




Manusia itu sendiri. Bukan pemakaian yang menentukan. Pemakaian mengikut syariat sudah ditentukan tetapi hati tak semestinya seperti luaran. Tapi ada juga yang kata sudah semestinya pemakaian kelak akan mendidik hati si pemakai. Tidak juga saya nafikan. Islam itu cantik. Kerana itu kita mesti sentiasa bersangka baik, mungkin hari ini kita mendengar keburukan tentang ‘dia’, tak mustahil ‘dia’ itu nanti berubah dan menjadi lebih baik daripada kita. Jangan hanya melihat orang lain, lihat diri sendiri. Jangan hanya tahu mengkritik orang lain, tetapi sesalilah dan tilik diri sendiri.



Mahu saya beri lagi contoh?


Andai sahaja bertemu mereka yang bertudung labuh bercouple, jangan salahkan golongan bertudung labuh. Salahkan perbuatan yang dilakukan itu. Jangan pula membenci golongan yang bertudung labuh, bencikan perbuatan salah mereka. Kita tak berhak langsung untuk menilai manusia, kerana hanya Allah yang tahu siapa sebenar hamba-Nya. Buruk pada pandangan manusia tak semestinya buruk pada pandangan Allah. Siapa tahu hati manusia selain Pencipta manusia itu sendiri?


Mungkin kita lebih teruk berbanding mereka yang bertudung labuh dan bercouple, siapa tahu? Lagi sekali, lihat diri sendiri. Mungkin mereka akan berubah menjadi yang lebih baik dan lagi baik daripada mereka yang bertudung labuh tapi tidak bercouple? Lagi sekali, teropong diri sendiri.


Terlalu banyak kesimpulan yang boleh dibuat. Saya mahu berhenti. Pening sudah. Ringkasan kesimpulan sudah menjadi kesimpulan yang saling bersimpulan.
  










 Benar Mahu Kesimpulan.



Pendek kata, lihat diri sendiri.
Saya juga gadis bertudung labuh.
Tapi jangan terus menyangka saya baik.
Kenali dahulu, kemudian baru membuat kesimpulan tentang seseorang.
Saya amat punya banyak kekurangan. Banyak yang perlu dibaiki.
Dan saya memerlukan mereka yang bertudung labuh mahupun bukan bertudung labuh untuk membimbing saya. Mengajar saya.


Pendek kata juga, lagi sekali saya ulang dan suka saya ingatkan diri sendiri.
Ketepikan keburukan orang lain dengan iringan doa buat mereka, lihat kebaikan dalam diri mereka dan contohi. Insafilah diri sendiri yang penuh debu-debu dosa dan titik hitam.


Orang mukmin itu sentiasa merasakan dirinya lebih hina berbanding dengan yang lain sekalipun dengan orang yang lebih tua dan sekalipun dengan kanak-kanak kecil. Orang mukmin itu apabila melakukan dosa, segera beristighfar.
Saya mahu jadi ini, Ameen.


Orang mukmin itu jika melihat, dia mengambil pelajaran. Orang mukmin itu jika berbicara dia berzikir.
Saya mahu jadi ini, Ameen.


Sekadar berkongsi apa yang dilihat.
Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.











Ada yang bertanya kepada saya, “macam mana nak tahu perempuan tu baik ke tak?”
Baik. Ni memang soal jodoh. Dan saya amat minat kalau perkara berkaitan motivasi dan psikologi manusia. Profesion sebagai ‘kaunselor perkahwinan’ termasuk dalam list kerjaya saya. Saya cakap betul-betul ni. Bukan main-main. Sebab tu kebanyakan post saya menyentuh mengenai manusia. Terutama mengenai lelaki dan perempuan. ( kalau nak tolong doakan, boleh, hehe ^_^ )



Melihat kepada realiti sekarang, saya juga pernah terfikir.
Jika begini, yang pakai kopiah juga tak semestinya hati juga ‘berkopiah’.
Benarkah? Entahlah. Tanyalah kaum Adam pula.
Yang pasti sekarang susah benar mahu menjumpai orang yang benar-benar baik. Benar-benar baik. Lagi sekali, yang benar-benar sungguh baik. Amat susah.
Bagaimanakah nanti, oh, masa hadapan~



Khusus buat anda yang bertanya.
Kalau nak tahu seseorang itu baik ke tidak, lihat sahabat dia. Lihat aktiviti dia. Lihat pergaulan dia dengan orang. Ni pendapat saya. Tapi bila melihat kepada realiti yang dialami, saya tak begitu berpegang pada ini. Saya hanya menganggap ini sampingan.
Saya berpegang pada AKHLAK dia. Melihat gaya pertuturan dia. Melihat gaya percakapan dia. Cara dia bergaul. Isi percakapan dia macam mana. Oh ye,satu lagi, tengok pandangan dia pada satu-satu perkara. Pendirian dia. Pendirian yang bukan dicopy paste. Ya, itu sangat penting bagi saya kerana saya berpegang, apa yang difikirkan oleh seseorang dan apa yang dibicarakan oleh seseorang, itu adalah DIRI dia. Pada pandangan saya. (kalau tak jelas, boleh tanya balik saya nanti)  



Paling utama, lihat agama. Lihat luaran dulu, menutup aurat, baik, dah lepas, lulus. Ya, memang tak semestinya yang tidak menutup aurat itu jahat dan tidak semestinya yang menutup aurat itu baik. Namun, tidak menutup aurat, itu tetap salah. Soal sikap, itu soal kedua, tidak mengapa, sikap bisa dididik, kerana itu seorang lelaki mesti berilmu kerana kelak untuk mendidik isteri juga anak. Lihat sahajalah luaran, cari luaran yang baik dan berdoa agar apa yang dilihat luaran itu adalah benar sama dengan dalaman.  Doa. Dan yakin dengan janji Allah. Benar-benar yakin dan jangan putus berdoa. Sentiasa ingat, doa itu senjata orang mukmin. Insya-Allah, pasti akan ditunjukkan jalan. Dia Maha Penyayang.
Kalau saya, saya pegang pada kunci usaha, doa, tawakal dan keyakinan yang benar ^_^.



Terkadang melalui tulisan kita boleh membaca peribadi seseorang. Ya, mereka yang menulis perkataan ‘aku’ , dalam cara ‘aku’, aque’, ‘aq’ dan ‘ak’ sebenarnya menggambarkan identiti masing-masing. Kerana itu saya suka psikologi. Jenis tulisan seseorang juga menggambarkan personaliti seseorang. Kerana itu, saya suka psikologi. Terkadang juga, daripada gaya percakapan, kita bisa membaca isi hati seseorang. Cara dia bercakap, cara dia bertanya, cara dia menyusun ayat. Kerana itu sokonglah psikologi, yeah! ^_^



 Dah Tamat Daa ~ ^_^
(lain kali nak buat segmen bertanya la, haha, boleh merapu banyak sikit, xde2 ^_^)



Oh, ni tak jadi kesimpulan dah ni, haha. Ha, maksud kesimpulan bagi saya lain ^_^
(nanti mesti ada yang serang, tengoklah nanti, budak tu mesti datang, haha)











Banyak yang saya nak tekankan dalam post ni, bukan satu kesimpulan je.
Saya senarai balik ye.




Jangan pernah salahkan tudung, salahkan diri yang memakai tudung.
  


Jangan pernah memilih dalam bersahabat.
Yang baik sama dikongsi, yang kurang sama dilengkapi.
Bukankah katamu ukhuwah fillah?



Orang mukmin itu sentiasa merasakan dirinya lebih hina berbanding dengan yang lain sekalipun dengan orang yang lebih tua dan sekalipun dengan kanak-kanak kecil. Orang mukmin itu apabila melakukan dosa, segera beristighfar. Orang mukmin itu jika melihat, dia mengambil pelajaran. Orang mukmin itu jika berbicara dia berzikir.



Ketepikan keburukan orang lain dengan iringan doa buat mereka, lihat kebaikan dalam diri mereka dan contohi. Insafilah diri sendiri yang penuh debu-debu dosa dan titik hitam.



Berpakaianlah seperti yang disyariatkan. Berakhlaklah seperti pemakaian piawaian Allah. Dan biarlah pemakaian itu menjadi refleksi sebenar akhlak.



Wallahua’lam.



















Gratisan Musik





Maafkan saya andai ada yang terluka. Tapi bila mana kita merasa begitu, cuba kita duduk dan berfikir sejenak, mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan hati kita. Jangan pernah ego untuk mengakui kesilapan sendiri. Mereka yang hebat adalah mereka yang sentiasa bersedia mengakui kesalahan diri kerana mereka berani untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Saya nasihatkan diri saya sendiri.





Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.



"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"




59 comments:

adibah aziz said...

comment dulu , baru baca . sebab nak jadi orang 1st . hehe

uwmaisarah said...

kak b2, sarah suke post ni :D
suke sgt, bernas sangat, pemerhatian & lontaran kata yg x gopoh :)

suke sgt :)

suke :)

suke :)

haha, jangkit ngan kak b2 lah ni :P

sarah pun suke psikologi, minat, suke :D

Syauqatul Wardah said...

| Diba! |

haha, budak ni suka sangat buat lawak, kak b2 'smackdown' kan, baru tahu, hehehehe, haha ^_^ *geletek2* syg amat kamu dik! *lompat dan peluk*


| Sarah! |

Alhamdulillah, harap ada manfaat ye ^_^

awak suka, saya pun suka
lagi sekali, awak suka saya lagi suka
lagi sekali saya ulang, awak suka mestilah saya pun suka
haha

Sarah~~~!!!! kak b2 rindu sgt awak!
bersedia untuk menempuh alam baru ye, haha, syg amat kamu dik! ^_^ *lompat dan peluk*

Syauqatul Wardah said...

(eh, nak tambah sikit lagi, haha)

Diba, nakal amat kamu dik, siap kamu, haha ^_^

Sarah, wah, minat psikologi juga? yay!! kak b2 ada geng! ^_^

adibah aziz said...

nak smackdown ? saya ada belt pink . akak ade ? haha

saya tetap respect orang yang pakai tudung mudawwar ni , bukan semua perempuan nak pakai . lagi2 , orang yang jenis pemalas nak iron . haha .

betul tu kak . ada nas kan kak , beri 70 sebab ....suspend your judgement! bak kata aimanazlan . hehe


http://www.youtube.com/watch?v=VRipa6KII-0

Syauqatul Wardah said...

belt pink? fuiyo~ ^_^ skrg kaki akak dah menggeletar (mmg nak kene bdk ni, haha)
akak ada belt warna pelangi, nak lawan? haha

tudung lain xyah iron ke? haha, tudung bulat lah senang, iron skali lps tu iron bucu2 atas muka je, lagi mudah (haha) kita mmg kene rajin, sbb... adik nak kahwin, kan? haha
(kesian, abis terpengaruh budak2 bwh umur ni, haha ^_^~)

Diba, akak suka youtube ni! mmg tepat! haha ^_^ syukran2
let the judging part to Allah ^_^

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum..

nice entry..sya suka n setuju:-)

salam ukhuwwah

Aimi said...

wHOA!

Mkin lme mkin pjg plak post2 b2 erk ^_^

Like ayt b2 yg ni 'kesimpulan sudah menjadi kesimpulan yang saling bersimpulan' hehe . . .

Satu bnda nk tnye, thiqoh 2 ape mksdnye? Lme dh jgk t'tnye2, tpi xtau nk tnye kt mne. Nk cri dlm kmus, xsure plak ssnan hruf arab dye cne . . . hehe, explain please, b2 ^_^

hassnah said...

ok ! nak serang !haha..
ok. assalamualaikum.....
yg PERTAMA : ok. baru kenal bitu,, kesimpulan dia tu mmg lain dari kesimpulan oran lain. lepas ksimpulan 1, ade plak kesimpulan seterusnya. ingat dah habis, tapi, lagi pnjang dari yg ats..hahaha

next, aii..asyik cakap pasal psikology ja... psikology pasal kawin2 tu mmg dah terbukti jelas.. haihhh !..haha

kesimpulan 1 (perli bitu) : urm... kite caap jgn ngumpat org, tp kite sniri ad ngompat orang ='(

kesimpulan 2 ( perli lagi,hehe) : best sangat post ni ! saya suka ! kite penah denga kot (atau bca) pasal awak ditinggalkan time makan2 hehehe..shian kawan hasnah

kesimpulan 3 : awak, awak, awak suka teliti kan??gaya tulisan la ape la... takut pula..kite ni macam mane ye???

kesimpulan 4 : ni psal tudung bawal, tudung labuh..tapi napa ade kaitan ngan jodoh juga yee??hihihi3

kesimpulan yg betul2 kesimpulan *grinning* : saya suka sangat post ni !! terima kasih ^_^

Nur Farhana said...

Entri kali ni memang best la Kak Rabiatul ^_^ suka sangat3...

Perjalanan penceritaan yg menarik disertai gabungan multi situasi yg pelbagai ini membuka minda.
mudah untuk memahami nya dan sambil mengutip pengajaran2..*kutip..kutip..sambil bawa raga~ ^_~*
lalala...~

saya juga seorang bertudung bawal dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah,setelah itu berubah kepada tudung bidang 60 sbb tudung bawal ni ada sesetengahnya yg jarang tak menepati hukum syara'.

Di saat diri ini melihat muslimah2 yg bertudung labuh,hati ini begitu tertarik,berbunga-bunga..apakah itu hidayah Allah? ^_^
dan disaat itu juga Allah temukan selalu dgn seorang yg bertudung labuh dan berniqab.Ya benar~dimana-mana sahaja,bahkan juga di pasar raya dan semasa bercuti bersama-sama keluarga.

Pernah saya menyatakan hasrat kpd ummi,dan pada awalnya tidak bersetuju kerana takut saya tidak istiqamah setelah mula memakai tudung labuh.Tapi..Allah telah membuka pintu hati ummi dgn memberikan keizinan utk memakai tudung labuh setelah itu.

InsyaAllah..di IPT nanti saya akan mula istiqamah.Sememangnya yang tertutup itu indah~ ^_^

Nur Farhana said...

p/s:owh ya kak Rabiatul,apa tajuk n penyayi lagu utk entri kali ini ya?
sedap la lagu ni~ ^_^

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum adik B2^^ rindu adik,maaf r mcm lama jak akak tak tinggal jejak kat sini, pt,hari2 akak tgok blog B2..hehe *tak percayakah

wahh,suka sgt entri kali ni,terkena juga batang hidung sendiri huhu =(
dulu pun akak tudung bawal juga,start tahun ni dah mulai pakai tdung bidang 60 punya *azam thun baru
tudung labuh insyaAllah:) emm,akak takda pengalaman sebenarnya dgn yg bertudung labuh ni,kwn2 sumanya tudung besa2 ja, akak tertarik nak pakai tudung bdg 60 ni pun sbb niat hati mmg nak ubah^^

apa yg akak fhm
Don't judge a book by its cover!u shouldn't prejudge da worth or value of something, by its outward appearance alone-tudung bukanlah pengukur iman didada...hati tu perlu dijaga,tp aurat wajib ditutup dgn sempurna! hargai mereka yang menghargai kita
*betulkah komen akak ni huhu

good job dik! sayang2 Rabiatul!!^^

Ariffah9 said...

subhanallah.

tersentuh dgn artikel ni(juga dgn ksah ada org sanggup tunggu makan wlaupun tak knal lgsung)

btw, like psychology too even I'm still in high school :)

Quiceen said...

syukran kpd zahratubillaurah atas penulisan anda yang cukup puitis.. saya juga sbnarnya x berapa suka mendengar kata2 "pakai tudung labuh tapi perangai buruk" namun x tahu nak terangkan mcm mana.. anda telah mengadunkan jawapan pada persoalan tersebut dengan padat dan ringkas serta bahasa yang mudah difahami... Klau nanti saya dengar lagi persoalan sebegini saya akan suruh org tersebut dapatkan jawapannya di blog ini...syabas dari saya, Jemput ziarah ke blog saya :)

Syauqatul Wardah said...

| Kak Azlen |

Waalaikumusalam w.b.t..
syukran sgt akak sudi singgah dan komen dkt blog adik, harap ada manfaat walaupun sedikit cuma ye kak

ukhuwah lagi bertaut, Alhamdulillah
syg akak! ^_^ *peluk*

Syauqatul Wardah said...

| Mi!! ^_^ |

Mi, ya Allah! rindunya b2 dkt Mi!! ^_^ suka Mi komen, syukran2
Mi cuti kan?

makin lama makin mengarut tu, hehe ^_^

setakat yg b2 tahu Mi, thiqah tu maksudnya kepercayaan (eja, tha - qaf - ta marbutah) katakanlah b2 percayakan keluarga, kawan2 ke, cikgu2 ke, maknanya keluarga, kwn2 dan cikgu2 adalah org yg thiqah bagi b2. Org yg dipercayai. tu je Mi, ilmu b2 sikit, Mi boleh tanya dkt org yg lebih tahu lg, kwn2 lain, ustaz2, ustazah2 kalau Mi nak tahu makna lebih mendlm. ^_^

bab dlm post ni, Mi jgn pening, b2 mengarut je tu, kira x juruh, haha ^_^

syg sgt Mi!! (ingat lg ms kita kerjakn ayam dkt rumah Cg Raina ^_^, rindu la skoloh Mi, kwn2, cikgu2...='(( )

Syauqatul Wardah said...

(dh kata dh....^_^ haha)
sopan tu nak serang bg salam dulu, haha. Waalaikumussalam w.b.t
ha la, kesimpulan byk maksud, setiap org ada kesimpulan sdiri, hehe. (Hasnah, dgn cara ckp psikologi je b2 blh menyelit masuk bab kahwin, haha, xde2, haha ^_^)

kesimpulan 1 (b2 x anggap tu satu perli, b2 anggap tu satu nasihat utk b2 ^_^ b2 ada jwpn utk tu, terima kasih ye)

Hasnah, sjk zmn sekolah lagi, b2 mmg dijadikan tempat luahan hati beberapa org kwn b2, mencurahkan masalah dan rasa hati, scr xlangsung... b2 hanya dgr dan bagi pendpt (mungkin ni antara faktor b2 minat psikologi). b2 pun x tahu kenapa. sampai skrg walau duduk jauh2 masih lg kwn2 b2 telefon curah mslh. (x, ni bkn b2 nk kata b2 baik dgr2 mslh org, x, bukan, bkn! bkn... ='(( tlg yg bc jgn slh fhm..) dn bila msk U pun, mcm tu jg, jd tmpt luahan hati. b2 pn xtahu knp. Hasnah, b2 nk ckp yg b2 lgsg x terbeban dgn crite2 Hasnah, malah b2 terharu, bila org crite dkt b2 maknanya kwn2 b2 beri kepercyaan kpd b2 utk dgr mslh dn nangis2 sama2 kongsi, dn terima ksih sgt sudi crite2 dgn b2, tanda Hasnah mempercayai b2, syukran sgt...syg Hasnah..='(( b2 rs sgt dihargai dn dipercayai.

dan masuk bab mengumpat. dr dulu b2 takut. kalau bab nk start mengumpat naudzubillah, mmg b2 sdaya upy dn ingatkan diri jgn lgsg ke arah tu, Insya-Allah. b2 crite posisi b2 yg kbykn dgr mslh org ye. dn mmg bila dgr mslh besar peratusnya akn bcrite psl org dn tu mmg dkira mengumpat. b2 mmg tahu dn b2 takut xtau nk buat apa, xsggup nk lari. jd b2 cari jwpn utk tu. yg b2 dpt, ad 6 keadaan yg dblhkn mengumpat, slh satunya org bcrite utk dptkn pndgn dn nasihat utk sesuatu perkara dgn NIAT cgh drpd prkra mungkar. (kes Hasnah msk dlm ni kan? Hasnah pun niat nk cgh prkr buruk kan? =) good girl )jd b2 pgg yg ni. bila org bcrite, kita bg pndgn dn jln. dn ada b2 bc dr web yg mmg diketahui umum dn blh dprcayai, org tu kate ad dgr pncrmh tkemuka ckp, xsemua umpatan tu x baik, kmbali kpd niat, umpatn juga blh jd nasihat dn pngjrn kpd kita. xtahu sejauh mn kbnrn tp kalau pd pndgn b2, ad benarnya.

skrg, stkt ilmu yg ada, b2 pgg yg ni, bile dgr org bcrite, bg pandagn, jln penyelesaian dn anggap itu juga mrupkn peringtn dn pngjrn utk kita dn jgn sesekali kta crite keburukn org yg kta dgr drpd yg bercerita dkt org lain, sebar dkt org lain, jgn sesekali. mmg b2 pgg yg ni bila mmg xleh elak dr dgr org bcrite dr hati ke hati. Dn b2 yakin Allah tahu ap dlm hati kita, apa niat kita, walaupun benda tu buruk pd mata ksr. yakin Allah tahu niat kita. tu je. =) hanya mharapkn rahmat Allah. Allah tahu sglnya. dah cukup. =)

kesimpulan 2 ( smackdown kan budak ni, haha, b2 xpenah crite dkt Hasnah, b2 tau Hasnah BACA, aritu kata BACA kan? haha, nakal punya bdk ^_^ )

kesimpulan 3 ( ahaha, takut ye, ^_^ Hasnah pn blh tahu, bila kita bkwn dgn semua org, kita kumpul dn kaji, dpt satu kesimpulan, kalau b2 nk ckp, b2 ni bkn graduate kos psikologi, dpt ajrn sesat je haha, kita blh tau sendiri, RASAKAN, SELAMI DGN HATI ^_^ )

kesimpulan 4 ( bkn setiap post pn b2 ada ckp psl kahwin ke? dn ckp je Hasnah suka, haha, b2 x tipu, b2 betul suka, haha ^_^ )

kesimpulan dh tersimpul, syukran sahabat! sentiasa menyokong b2 ^_^ *lompat, peluk, cium*

Syauqatul Wardah said...

| Farhana |

Alhamdulillah, segala pujian dikembalikan kpd Allah, kak Rabiatul hanya pengantara, hakikatnya semua ni dtg drpd Allah, syukur kalau ada manfaat ye dik ^_^

menarik ceritanya ^_^ masing2 punya kisah tersendiri, kisah tudung, lps ni berniqob lah pula ye? hehe
Insya-Allah, Farhana blh istiqomah, setkan niat buat krn Allah, mesti boleh punyalah adik akak ni ^_^

setuju dgn Farhana, sesungguhnya mmg yg tertutup itu lebih indah~ krn dirimu begitu berharga~ ^_^

ni lagu Albi Nadak (Fares) ^_^
Farhana download la, mmg sedap, akak pun suke

Syauqatul Wardah said...

| Kak Jiha!!! ^_^ |
rindu amat kamu bah... =((
ke mana kau kak...

Waalaikumussalam ^_^
eh, panggil dik b2 pula kah? hehe, oo..patut rs diintai, akak ni~! ^_^

adik betul respect dgn akak, akak bkn dri sekolah agama kan? tp akak blh bertudung sprti yg sekolah agama, betul adik respect dgn akak, adik bangga dgn akak =) teruskan kak, kalau kita nakkan kebaikan, Insya-Allah, pasti Allah tunjukkan jln

mmg betul sgt dh tu akak ckp, akak byk mengajar adik, terima kasih akak ...*peluk* =(

adik sentiasa sokong akak dri blkg! dn dri jauh! ^_^
syg sgt2 kak Jiha, syg sgt2! ^_^

Syauqatul Wardah said...

| Ariffah9 |

Alhamdulillah, saya sungguh bertuah dpt kenal dgn teman seperti itu walaupun seingat sy hanya 3 hari seminar =) walaupun kini sdh terputus hubungan, mmg dia antara teman yg rapat sgt di hati sy, terlalu rapat, hanya Allah yg tahu, semoga dia sentiasa diberkati Allah, sentiasa dlm rahmat-Nya ='(( Ameen..

waa...lagi bertambah geng shbt nak phsycho org~ ^_^

syukran jazeelan sudi singgah dan sudi komen, amat dihargai ^_^ jemput dtg lagi ye..

Syauqatul Wardah said...

| Quiceen |

boleh panggil sy Rabiatul ^_^

Alhamdulillah, tu semua dtg drpd Allah, kembalikan pujian kpd-Nya, syukran sgt sudi singgah dan komen, amat dihargai ^_^

Insya-Allah, pjg umur saya ziarah ke sana ye ^_^ terima kasih..

adibah aziz said...

..........................

Syauqatul Wardah said...

ahahah
spam tu, uit, haha ^_^

Eye-Me said...

@B2

OWh . . . klau kprcyaan/org y dpcyai, ape mksd b2 bile b2 ckp 'x thiqoh la b2 ni'? --ad lam post--

Mi dh abez da assi, nk thu kptsn, cri la dlm belog Mi, hehe . . .

Lps ne smbg kt Trg je kut . . .

(haha, ingt jgk mse b2 explore lps stu2 bhgian2 aym tuh, dye punye otot2, urat2, uish, kesian kt aym) rndunye sume tuu ~~

Syauqatul Wardah said...

| Mi ^_^ |

aha, Mi, jgn ambik kire sgt b2 ckp tu, main2 je tu, kire 'x juruh mane nih' ^_^

ha'ah, ramai dah kan balik,
matrik gambang dh balik, UITM Shah Alam, UITM Puncak Alam, dah balik, USIM dah abis exam, ni tgh tggu Syerah, Mirah ngan Marhamah balik ^_^

ingat2, dgn Yuni, Haifa.. haha, sedapnya, rindu kenangan gitu, Cikgu Raina best, suami Cikgu Raina pun sporting! haha ^_^

Mat said...

haha.. nk komen dlu ah.. x sempat ag nk baca prabis.. tinjau2 dlu.. haha
nanti ana baca.. napok mcm mnarik je.. hhahaha..

Anonymous said...

terima kasih...hati terasa bagai disentuh.

Syauqatul Wardah said...

| Ustaz Syafiq |

haha, comment la dulu ustaz nak komen pun..ustaz menarik bab hak soalan tu je, haha


| Anonymous |

syukran sudi baca..syukran sgt sudi singgah dan komen ^_^ barakallahufeek

Izzati Hashim said...

salam alaik.

Allah. panjangnya post Rabiatul ni
-.-
panjang punya pasal, terpaksa memakai cik spek tu hehehe. :D

*tersenyum*, *angguk2 kepala*. haih, setuju dgn apa yg adik perkatakan (=

bertudung labuh, itu lagi manis, nampak lagi sopan bukan? dan bertudung labuh, membuatkan ikon solehah tu terbeban di bahu. Sebab tu sesiapa yg bertudung labuh, memg kena jaga lebih. Tapi bukan bermakna yg tak bertudung labuh x perlu jaga.

KIta semua tetap sama kan? Kita adalah ikon kepada umat Islam kepada pandangan masyarakat bukan Islam. So, nak tak nak memg kita kena jaga (=

haih. akak nak kata sikit jek tetiba jd panjang -.-


p/s : lagu kat sini best! tajuk pe yer? ^^

p/s again : umur Rabiatul bape yer?

Syauqatul Wardah said...

Waalaikumussalam ^_^

haha, mesti akak termengah-mengah baca, aritu tersenyum-senyum ^_^

setuju dgn akak! dah xmboh ckp apa agi, akak komen dah tepat sgt dah, kalau ckp agi nanti budak tu dtg lagi buat ni (.................) haha, *Diba tersedak* ^_^

lagu Albi Nadak - Fares ^_^ akak download la, mmg sedap!

saya 19, akak? ^_^
muah! syg akak!

Izzati Hashim said...

xdelah sampai termengah-mengah =p
duk selesa je ni :D

kenapa dgn budak tu? hehehe.

lagu tu sedap, akak tak tutup kot blog adik ni sebab nak dgr lagu ni punya pasal -.-

akak, 21 to be this coming july (=
syg adik juga, insyaAllah hanya kerana Dia (=

do u have FB, or anything like that dear? (=

Syauqatul Wardah said...

xdk apa dgn budak tu, haha (xtau dia mari tgk ke x ni, Diba oo Diba~~ ^_^ ke mari sini kamu)

adik pun tgh psg, nk dgr lagu ni gak, aiyaya ^_^

oo..akak 21 ^_^

xdk FB, lama dh delete, kwn ada minta buat, xtau agi, tp kalau ym ada ^_^ zahra92_orchid

Mat said...

ehem2...


don't judge a book by it's cover, but we can judge at certain cases..

Ada yang bertanya kepada saya, “macam mana nak tahu perempuan tu baik ke tak?”

sape yg dimaksudkan dgn anda itu? wakaka

hmmm.. org kata la, bukan ana kata.. walaupun kita napok muka seseorg itu brutal, tp x semestinya atinya brutal...

hhaha.. ustzah ada bakat... ana napok bakat itu smakin t'serlah

Nur Farhana said...

okeyyhh..dah download dah ^_^
Tapi lagu ni lirik dia mcm memuji kekasih shj,lagi indah kalau di ubah kepada memuji kekasih kita yg abadi.

Apepun,Syukran Jazeelan sbb bg tahu nama lagu n penyanyi tu, ^_^

Syauqatul Wardah said...

wah ustaz, ayat class tu, suka2

ustaz gak, wat x tahu pula, 'anda' tu andalah, haha, tanya sgt kan, ambik ha jwpn

ana tahu bab bakat 'kaunselor perkahwinan menyerlah kali, haha, hak lain x mana, haha, berat 66

Syauqatul Wardah said...

ha'ah Farhana
akak ada cari dulu, lirik dia psl kekasih kan? xpe, kita tukar lirik ^_^ akak suka sgt rentak dia, sedap

adibah aziz said...

hai kak zati .

rasa macam kucing pulak . haha .

*speechless*

Syauqatul Wardah said...

spammer sejati, haha, akak suka cara adik ^_^ *geletek2* aha~ *lompat dan peluk!* kalau lah blh jumpa Diba, ni, kn sedap

adibah aziz said...

sedap ? haha . doa doalah anak pakcik aziz ni dapat uia .

org pun suka cara akak , tak menghentam terus . macam hati kena sapa . *abaikan ayat tunggang langgang*

Syauqatul Wardah said...

Ameen~~!! ^_^ akak nak jumpa Diba, nak jumpa Farhana, sape agi ea adik akak

haha, apa bdk ni mengarut, akak dah *berpusing2~*

40 komen dah, mmg spam je byk dlm ni, wat ym pula, haha

Izzati Hashim said...

@adibah aziz : erk~ kak zati tu akak ke? ngee.

salam perkenalan adibah (=

your name just remind me to my lovely mum, her name adibah too ^^

Syauqatul Wardah said...

biarkan Diba tu jadi mak kak Zati sementara, dia nak tu *haha, Diba, marila serang akak ^_^ wee~*

yay~ ukhuwah bertaut! Alhamdulillah, rs mcm satu keluarga je ^_^

hassnah said...

ooooo.. baru tau napa bnyak sangat komen kat belog bitu.. yg paling bnyak komen,, tuan empunya ney la ye??hek3...toink2 ....


terima kasih jadi sahabat kite n sudi dengar yee?? (dalam hati,, boleh adu lagi ni.hehehehe)
insyaALLAH kite same2 elak dari ngompat ye?? ^__^

bukan setiap post bitu kate pasal kawin?? ye ke?? ye ke??? nape kite asyik nmpak post bitu pasal kawin je..keh3 =P

(tanak tulis panjang2,, nnti ustazah tu bg ceramah lagi pnjang)..haha.. hnya gurauan

Syauqatul Wardah said...

haha, xleh balas komen seorang dlm satu komen, pening, kalau yg boleh komen dlm satu komen, b2 komen satu je

la maani', bila2 je ^_^
insya-Allah, elak ngumpat benda negatif, kalau bertujuan untuk perkara positif, ha kalau yg positif dah trg dh dkt atas, haha
mcm benci dan dengki juga, ada benci positif, ada benci negatif, ada dengki positif, ada dengki negatif
yg penting sekali, jaga niat, jaga hati, jaga iman ^_^ dan yakin Allah tahu segala-Nya

betullah, b2 x nafikan, haha, perkahwinan yg dibina atas dsr cinta krn Allah seharusnya dititikberatkan, haaaa, haha, mindset tu penting ^_^

Hasnah memang...haha ^_^

~mieyra~ said...

salam..
wah,b2 thu psikologi?maka,berdasarkan pengamatan saudari b2,bagaimanakah gambaran saudari ttg akak mlalui gaya penulisan akak?(sila PM akak ye,jgn bgtau terang2 di cni,haha).btw,b2 py fb akak xde pon???hurmmm..

oh,part "budak-budak U faham la tu, dah besar dah kan *smiley pakai spek* ^_~" tu mmg akak fhm sgt,haha.try la msuk u dlu,anda akn jmp raaamaaaaaiiiiii org.hihi.

usah bezakan si pemakai tdung jnis apa2 pn.wlaupun akak blja kat u yg xde pkataan "agama" pd namanya,dn mmg diakui environment agama agk krg kalo kte xberada dlm kelompoknya,tp student kt cni msih py kemanisan dn kesopanan dlm tingkah bicara.x kre la diorg pkai apa pun. yg penting kte jgn prnah rs diri kte baik,so senyum2 lah selalu.sbb kalo kte senyum kat diorg,insyaAllah diorg akn senyum blik.maybe xbyk efek pn,tp krg2 maybe lps ni diaorg akn senyum lg ble jmp dgn kte.kan kan??

ujian kat cni x krg hebat dgn ujian kt dunia luar. bkn sikit yg pndg serong pd bdk tudung labuh. xckp dpn2,tp aduan slalu kdgaran.tu pun disebabkan mgkin mrk prnh terluka dgn hy seseorg yg btudung labuh. krn nila setitik,rosak susu sebelanga.
maka,jg lah akhlakmu wahai bidadari.smg tmpatmu di syurga abadi.

satu lg psl jodoh ni,kalo b2 bertegas unt memilih dia yg py pendirian. akak pn camtu,hehe.ingin memilih dia yg membuat hati tenang ble kte mmndangnya,bkn yg bt kte rs bdebar2 terlebih degupan atau yg bt kte rs sedih xbpenghujung,hihi..apa2pun,kembali pd pilihanNya.memilih dia yg seiring dgn acuan Al-Quran.

insyaAllah,semua ok! ^^

Syauqatul Wardah said...

Waalaikumussalam akak! ^_^
ahaha, b2 cuma ckp je akak, tp mmg diri sendiri blh tahu karakter seseorg, akak pun blh tahu, bila berkawan, kita akan teranalisis sendiri, semuanya ttg tabiat, tulisan, gaya ckp dn lain2.. kumpul semua dan akan terjadi satu kesimpulan sendiri, itulah dia ^_^
jgn suruh b2 ckp, b2 bukannya ada lulusan psikologi, haha, tp kak Mira mmg baik punya! ^_^ haha
b2 xdk FB, akak..dah lama delete

akak mmg faham, akak byk mkn garam agi dari b2, ni nak mengajar adik2 pula, haha

betul2 akak, xkira tudung mcm mana pun, semua kita bkawan, jgn sombong nak melemparkan senyuman, kdg2 tu ada tdgr oleh krn muka kita yg tegang org akan menyangka kita sombong, kita x pernah rugi jika senyum dkt org, satu sedekah malah merapatkan ukhuwah ^_^ bila dah senyum, mula ta'aruf, sungguh indah

betul2 akak, krn sikap seorg dua atau beberapa dlm kelompok yg sgt kecil, keseluruhannya terkena tempias, sememangnya kita mesti berakhlak seperti mana luaran yg labuh, hati juga harus labuh dan redup

hehehe, mmg yg punya pendirian tu penting, susah sbnrnya nak cari, kdg yg luaran x sama dgn dlm, sbb tu b2 lebih suka tgk gaya ckp, gaya pertanyaan, sbb tu mmg diri dia, adab dia (ni pun b2 dah analisis, haha)

Insya-Allah, Ameen! ^_^ akak dulu ye! jgn lupa jemput b2, hehe!

hamba Allah said...

pengalaman awak sama dgn pengalaman saya...untuk bertudung labuh dengan tidak bertudung labuh..

Syauqatul Wardah said...

| hamba Allah |

^_^ masing2 ada pengalaman masing2, dan hampir sama, krn hari2 kita jumpa org yg mcm2

xpe, mcm mana pun, pada org lain, kita ambik yg baik je, yg buruk sama kita doa dan lengkapi, yg buruk pada kita pula dilengkapkan org lain, lihat diri sendiri, diri sendiri juga byk kelemahan dan kekurangan, ini saya ^_^

syukran sudi singgah dan komen! amat dihargai ^_^

aNa Ummu ImaN said...

Salam sayang Ibu Bitu...^^

Seorang penulis psikologi nie madahnya amat2 long dan worth ...
~kalau tulis bhs rojak,apa personaliti 'anak' ibu ni..he2~

Alakullihal,,terbaik buat Bitu,balqis sokong drpd belakang...

Ajari aku menulis dengan betul ~bukan xpandai menulis,jgn salah faham he2~

**BigHug for U**

Syauqatul Wardah said...

Anak Ibu dah mari...^_^ sayang~

seorg penulis yg bertatih dlm dunia penulisan dan minat psikologi, ha baru betul ^_^
(Ibu tgk tulisan xrojak je, kalau tulisan rojak tu..ha, tanya bapak hang, haha...^_^ tunggu Ibu ada 'bapak' la dulu ye *dah..dia dah mari dah..dah nak start dah penyakit dia....dah mai dah...*)

b2 selalu tahu Balqis penyokong yg kuat! sentiasa ada di samping b2, jazakillah ya Ukhti =)

tak perlu ku ajari dirimu cara menulis, kamu punya cara tersendiri dlm menterjemah bait-bait kalam..sedangkan aku juga dlm pelayaran seni lontaran kata yg berkesan..dlm usaha mengetuk jiwa2...

*peluk!* ^_^ syg sgt Balqis, syg sgt

Izzati said...

panjang gile. tak habis baca lg. nnt la sambung. tp bagus! mabruk!

Syauqatul Wardah said...

haha Zati ^_^ baik~ ambik masa ye~

Abu Emir said...

panjang sungguh... tapi best... yg best part yg bersambung sambung.... macam tengok cerita bersiri.. mmg gifted dalam menulis... teruskan...

:: Zahratu Billaurah :: said...

Harapnya panjang dan punya manfaat.
Moga terlihat dan sampai isi yang ingin disampaikan.

Syukran ya Akhi sudi singgah dan komen.
Amat dihargai.

hamba Allah said...

sy sgt suka bicara anda...syukrn ya ukht...=)))

nohiman said...

Assalaamualaikum.
awk, nk panggil ape ye? suka lah baca post2 awk. menarik cara penulisannye. btw, sy pun minat psikologi hehe tpi xmendalam laa. kan awk ad mention, cra kita tulis pun ad mksud kan. kot2 lah awk tahu, apa mksud2 nye? mcm cara kite tulis aq, aku, ak. nk tahu jgk pskologi di sebalik tu :)

:: Zahratu Billaurah :: said...

| hamba Allah |

Jazakillah sudi singgah ke mari dan meninggalkan komentar. Amat dihargai. Moga dlm jagaan Allah sentiasa. Ameen! =')


| nohiman |

Wsalam wbt ya ukhti mahbuubah ^_^
Boleh panggil saya Rabiatul, hehe. Psikologi? Hee, itu drpd pemerhatian saya. Maksudnya mmg ada perbezaan perwatakan di sebalik cara tulisan kita dan saya juga masih memerhati. Kerana apabila kita bergaul dgn manusia, kita boleh 'membaca' bukan? Tapi apa yg saya dapat hanyalah ilmu mentah yg belum diproses. Ilmu yang sbnrnya harus diambil drpd kajian2 semestinya. ^_^ jazakillah sudi singgah! Barakallahu feeki.

Ana_Solehah said...

Allahurabbi. tersentuh sangat hati tatkala membacanya. :'(( syukran utk tarbiyyah ini. benar-benar membuka mata ana. InsyaAllah semoga kita dapat mengupgrade takwa dan iman kita sentiasa. :D

She-Who-Must-Not-Be-Named said...

Nice. :)

*yang tak bertudung bulat*