Thursday, April 7, 2011

Kenapa Bahasa Arab?



عليكم السلام
  بسم الله الرحمن الرحيم



Jika dahulu saat mengisi borang UPU untuk kemasukan ke universiti..
Andai ditanya mengapa saya memilih Bahasa Arab…
Saya tahu saya mungkin hanya menjawab..
“kerana minat Bahasa Arab, tak minat Medik, Farmasi, Pergigian dan lain”
Walaupun saya tidak geli dengan darah, tak takut tengok kepala yang bercerai dari badan…
Malah makin saya nak tengok jika ada di depan mata kerana rasa ingin tahu…
Saya sendiri pelik.


Pernah saya tulis, saya dilema antara course Bahasa Arab, Ilmu Wahyu, Sains Kemanusiaan dan Architecture UIA. Andai saat itu juga ditanya mengapa pilihan Bahasa Arab, saya tahu saya tidak tahu kenapa sebab sebenarnya, hanya kerana minat ingin belajar.

Tapi, kini saya dah tahu.







 Ayat cinta penguat hati....




Terkadang terasa susah belajar bahasa syurga ini. Di UIA juga, penuntut dalam bidang Bahasa Arab adalah yang paling sedikit. Saya juga tidak tahu kenapa. Biarlah, masing-masing punya minat sendiri. =)



Terkadang saya fikir Ilmu Wahyu menarik, belajar tentang mazhab dan usul Fiqh serta perkara lain yang berkaitan. Terkadang, saya teringin sangat mempelajari Sains Kemanusiaan. Turut berkongsi kegembiraan melihat roommate membaca Sociology dan Pshycology. “Pegang buku Pshycology atau Sociology pun cukuplah” (Anis, Qoie, Mizah ~ haha ^_^). Terkadang saya tertarik dengan lukisan dan hasil seni penuntut bidang Architecture. Juga minat saya. Saya amat meminati seni.



Saya berfikir lagi.Kenapa dahulu aku memilih untuk meletakkan bidang Bahasa Arab ini pada pilihan pertama? Bukankah bidang lain pun menarik? Mungkin juga berkaitan minat saya dalam seni khat.  Jika dikatakan kerana minat, bukankah meminati bidang yang lain juga?



Takdir. Allah ingin saya lebih dekat dengan-Nya dengan ilmu dalam bidang Bahasa Arab.








CERITA PENGAJARAN



Ibu suka berkongsi cerita dengan saya. Ibu sebagai seorang guru sekolah rendah suka berkongsi cerita terutama kisah di sekolah. Tentang murid-murid yang nakal dan mencuit hati. Sungguh comel ^_^. Juga tentang murid-murid yang sedikit sukar mendengar kata. Dan juga pelbagai kisah lain. Untuk saya merenung kembali. Untuk saya muhasabah diri.



Ada satu kisah yang amat meninggalkan kesan dalam diri sebagai pelajar jurusan Bahasa Arab, pelajar jurusan agama.



Ibu bercerita untuk saya mengambil pelajaran…
Ada seorang guru berpangkat Ustaz. Seorang graduan dari Mesir. Seorang imam di kampungnya. Dikehendaki untuk mengajar murid pada sesi petang. Permintaan beliau untuk mengajar pada sesi pagi tidak diterima. Ustaz ini bertindak untuk tidak hadir mengajar di dalam kelas sebagai tanda protes. Ilmu yang dipelajari tidak berusaha untuk digunakan membentuk peribadi. Amanah tidak ditunaikan dengan sebaiknya. Kini, Ustaz tersebut telah berpindah ke sekolah lain.



Kisah yang amat menginsafkan saya. Sebenarnya dugaan orang yang belajar terutama dalam ilmu agama lebih berat. Adatnya kerana lebih dekat dengan ayat-ayat Allah yang ditatap setiap hari. Dengan hadis-hadis Nabi yang dipelajari dan dihafaz.

Namun, course bukanlah pembeza ketaqwaan.








Saya jadi takut. Terkadang juga saya takut untuk menulis dalam blog kerana takut akan diuji dengan apa yang ditulis. Namun, kata-kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Ustaz dan penulis yang amat saya kagumi kerana karya beliau yang betul-betul membuatkan hati tunduk menangis dan menyentuh kalbu, menyedarkan saya.


“Bila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia!”








Saya pinta. Andai satu saat diri yang bakal bergelar graduan dalam bidang Bahasa Arab ini tersalah memilih jalan, nasihatilah saya.
Sekali lagi, andai benar sebuah tamparan perlu untuk menyedarkan saya,
Saya minta, tamparlah saya. Saya benar-benar maksudkan ini.





Saya nak jadi seorang hamba…
Yang benar-benar terasa kehambaannya saat sujud menyembah…
Yang menangis saat menghayati kalamullah…
Yang merindukan pertemuan ketika yang lain sedang lena dibuai mimpi…
Yang terasa kehilangan apabila tiada Al-Quran di sisi…
Yang nikmat dalam zikir kepada-Nya…
Yang ikhlas melakukan segala apa yang Allah suruh, terus buat!
Yang reda dengan segala ketetapan-Nya…kerana keyakinan yang kuat kepada-Nya!
Yang asyik bercinta dengan-Nya bukan mengharap cinta insani yang tiada abadi…
Yang merasakan hanya Allah di dalam hatinya …
Hasbi Rabbi…
Maa fee qalbee ghairullah…
Hanya Allah, hanya Allah, hanya Allah!
Saya ingin mengejar cinta teragung itu…
Bukan sekadar cinta yang sungguh mudah terlafaz di bibir sahaja…
Kapankah bisaku tenggelam dalam Cinta itu…







KESIMPULANNYA



Tak kira anda pelajar dalam bidang apa, bersungguh-sungguhlah dalam mencari ilmu. Jangan berputus asa. Kerana ilmu yang bermanfaat itu bukan ilmu agama sahaja tetapi segala ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah juga ilmu yang membentuk peribadi mulia dalam diri.


Walau dalam bidang apa sekalipun, pegang prinsip belajar kerana Allah. Itu kekuatan selamanya.



Jika anda bakal seorang ustaz atau ustazah kerana bidang anda, jadilah pendakwah yang berakhlak mulia beramal dengan apa yang dipelajari.

Jika anda bakal seorang doktor, jadilah doktor yang mengingatkan pesakit tentang solat dan nikmat kesihatan.

Jika anda bakal seorang arkitek, rekalah bangunan bercirikan Islamik kerana seorang arkitek yang beriman akan berfikir apakah tandas di dalam bangunan yang direkanya menghadap kiblat?

Jika anda bakal seorang jurutera, jadilah jurutera yang terus menunaikan solatnya walaupun sibuk di tapak projek dan sekalipun solat di celah-celah bangunan yang meninggi.

Jika anda bakal seorang juruterbang, sedarkanlah penumpang dengan menghayati awan biru dan gugusan bintang ciptaan Allah.

Jika anda bakal seorang kaunselor, jadilah kaunselor yang berhikmah dalam memberi nasihat dan bicara yang mengingatkan kepada kekuasaan Allah.

Jika anda bakal seorang pakar Bahasa Inggeris, gunakan kelebihan anda terutama kepada yang bukan Melayu yang berminat dengan Islam untuk mengenal Allah.




Walau dalam bidang apa pun kita berada, kita hanya hamba, dan ilmu itu benar-benar berharga jika dengannya membuatkan kita merasa diri lebih menjadi ‘seorang hamba’.











Allah…kuatkan hati hamba ini…
Apa sahaja akan aku lalui hanya kerana cinta kepada-Mu…
Peluklah aku dengan kasih sayang-Mu…
Allah…saat ini aku ingin menangis…
Engkau begitu mengerti…
Segalanya telah Kau beri…
Tapi mengapa hamba yang penuh hina ini tak mampu untuk ikhlas sekalipun dalam mencintai-Mu?
Mengapa, ya Allah….mengapa?
mengapa….mengapa….
Ya Allah….mengapa….
Aku sudah letih…
Aku sudah letih mencari jawapannya…
Allahu Rabbi…
Kapankan kubisa tenggelam dalam Cinta-Mu…
Hanya Engkau dan aku…
Sehingga dengan ujian-Mu aku merasa begitu bahagia…
Aku sendiri tidak tahu…
Namun, aku takkan pernah berputus asa!
Segalanya akan aku tempuhi!
Dengan izin-Mu segala…
Peluklah daku…
Wahai Kekasih….
Kesatlah air mataku…
Hapuskanlah dukaku…
Agar aku bahagia dengan cinta-Mu…
Selamanya….





Jika benar ingin mencintai Allah.....tinggalkan cinta yang lain.....usah bimbang, andai saatnya tiba..Dia akan bagi yang terbaik.....hiduplah dengan bahagia kerana keyakinan pada janji-Nya.....





"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"

17 comments:

Unknown said...

alhamdulillah,kuat sikit hati nk teruskan dlm course skrg ni..rindu la nk belajar arab -__-

Unknown said...

Okey... saya tak tahu bahasa arab. Peluang samar-samar kerana dihambat oleh sibuknya urusan segala.

Apapun, saya setuju benar dengan artikel ini. Ia benar2 membuka minda insan yang melihat dari sudut yang suci :)

Terima kasih~

:: Zahratu Billaurah :: said...

<><> Syifa' <><>

Alhamdulillah..^_^
b2 pun mcm Syifa' bila ada dlm bidang ni, nak bidang lain, rindu math, bio, fiz, kim...tapi bersyukur je jwpnnya ^_^ percaya course skrg adalah terbaik, apa2 course pun semua sama, kena usaha..buat yg terbaik...kembali kpd Allah..


ada hikmahnya. Syifa' belajar engineering, b2 boleh belajar engineering dgn Syifa', sebaliknya juga, Insya-Allah..^_^


p/s: Kak Syifa'~~ Syifa' lagi tua drpd b2 sebab masuk Gombak dulu, hehehe..pjg umur, kita jumpa dkt sana ye, Insya-Allah ^_^ syg Syifa'!



<><> Akh Iqbal <><>


harap ada manfaat walau sedikit cuma..
syukran jazeelan ya Akhi..sudi singgah ke mari dan sudi komen..


byk yg saya perlu belajar lagi untuk jadi penulis yang bagus mcm Akh Iqbal..dan untuk jadi penulis yg menulis dari hati mcm Akh Iqbal... =)


terima kasih untuk post Akh Iqbal yg cukup membuatkan diri ini insaf dan sedar...

HaDi said...

Salam...

Sy juga tdk punya peluang untuk mendalami b.arab ttp menyimpan harapan untuk memahaminya walaupun x mengusainya,,,

Selalunya seorg yg pndai agama dikaitkan dgn pengusaannya pd b.arab..ttp sy setuju bukanlah syarat kpd seseorg untuk membawa org sekelilingnya kpd agama mst pndai b.arab...insan menjalankan tnggungjwbnya terhadap dkwah sesuai dgn kemahiran yg dimilikinya...

Artikel yg bermanfaat..sykuran atas artikel ini...

:: Zahratu Billaurah :: said...

Waalaikumussalam w.b.t...
Alhamdulillah, keinginan itu sebenarnya penting, andai diberi kesempatan dan peluang untuk belajar tetapi keinginan tiada, tidak ke mana.. =)

Saya setuju sgt dgn Akh..kita semua khalifah, jika dikatakan hanya mereka yang berada di bidang agama yg mesti menyebarkan dakwah..tak betul. Yg penting sebenarnya manusia itu sendiri, hatinya, agama yg ada dlm dirinya, bila betul pemahamannya, walau di mana, walau jawatan apa yang dia sandang, dia dpt menyambung risalah perjuangan Rasulullah sesuai dengan kemahiran yang ada dlm diri. Yang penting, ilmu yg dipelajari, diamalkan, sebar, serta terbentuknya akhlak mulia dlm diri hasil pemahaman yg betul. Syukran ya Akhi, membuka minda =)
Semua terletak pada manusia itu sendiri, pokok pangkal hatinya.

Alhamdulillah andai ada manfaat yg boleh diambil..hanya sekadar perkongsian, Akh..berdsrkan sedikit ilmu yg saya tahu

terima kasih sekali lagi Akh kerana sudi untuk singgah serta meluangkan masa untuk komen di sini..

sweetbanana said...

B2 yg dsygi.Kite spngajian..Bahasa ARAB itu teras dan nadi kite.....Iye...jika mnusia itu mmabndingkn pngkat,harta,cos pndidikn dan sgala2nye....Manusia itu tdk sesekali mnuju ke hadapn..Manusia itu tewas tnpa perlu mngangkat senjata,,Knp kite perlu mnbandingkn antara satu sama lain...sedangkn bersatu itu kekuatan..Union is stength..Walau kite berbeza status...berbeza thp pngajian dan sbgnye..Tlg..jgn mnyusahkn hati anda..kerna stp yg dberi ALLAH ada kbaikkn yg ckup mluas....:)

:: Zahratu Billaurah :: said...

^_^ terima kasih, Rokiah..
tak, dah tak susah hati dah, ehehehe, b2 suka Bahasa Arab! Alhamdulillah! ^_^ alfu syukr 'ala ihtimaamiki, Rokiah mmg caring ^_^ syg Rokiah!
b2 mmg yakin dgn pilihan BA, b2 yakin pilihan BA paling baik untuk b2 berbanding course lain yang b2 nak juga kerana minat b2 yang bercabang-cabang, Alhamdulillah, seperti yang ditakdirkan Allah, BA mmg terbaik untuk b2...cuma masa pilih b2 x faham apa matlamat b2, cari matlamat kenapa belajar ni, jgn main2, belajar betul2, biar ilmu yang dapat diamalkan dan dapat dijadikan teras terbentuknya akhlak dalam diri agar menjadi insan berperibadi Ad-Deen Insya-Allah, kita sama2 ye Rokiah..^_^
dan ada yang pernah cakap dekat b2, rindu nak belajar BA, ada juga yang teringin nak ambil course dalam bidang agama, Alhamdulillah punya keinginan mcm tu, tapi mereka dlm bidang lain, dah tak boleh dah, cuma berkongsi apa b2 rasa, hembus semangat sikit, sebenarnya walau dalam apa jua bidang, kita sama, betul2 Rokiah, yang penting diri sendiri, guna ilmu yang sedang dipelajari untuk mendekatkan diri kpd Allah..kerana ada yang belajar dlm bidang agama tapi mensia-siakan peluang yang ada sedangkan ada lagi yg berminat untuk belajar juga. Apa2 bidang pun sama sahaja, tak kira bidang agama atau tak,kalau nak kata bidang agama tu penjamin seseorang tu jadi baik, kenapa masih ada yang terbabas drpd landasan.. yang penting manusia itu sendiri, mcm mana dia gunakan ilmu yang dipelajari, lebih dkt dgn Allah atau sebaliknya..^_^

p/s: adakah Rokiah masih suka jln2 dkt bilik kita2 ni seperti biasa? suka! ^_^ rindu Hajar gak, apa budak tu buat ye

Hannah said...

Salam.. kak b2, teruskan perjuangan. Saya pun suka membaca tulisan Ustaz Pahrol =)

:: Zahratu Billaurah :: said...

Waalaikumussalam Hannah ^_^

terima kasih, dik
Hannah pun, terus berjuang ye, jgn berputus asa, terus bangun walau berkali-kali rebah

kak b2 pun suka, sedap kan Hannah, banyak ilmu, penyampaian terus masuk ke dalam hati ^_^

Hazmi Al-Wafi said...

Assalamualaikum..

Sy tengah menunggu tawaran dr upu..
Bahasa Arab merupakan pilihan ketiga saya selepas perubatan di UIA dan USIM.. Boleh kata Bahasa Arab merupakan pilihan kedua saya selepas perubatan..

Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. (Az-Zukhruf 43:3 )

Nampaknya tak salah pilihan saya.. :)

Syukran..

:: Zahratu Billaurah :: said...

Waalaikumussalam w.b.t..

ye, akak tahu..^_^
adik minat Bahasa Arab juga ye, Alhamdulillah, akak sokong adik sepenuhnya apa pun yang adik ambil, yang penting, ilmu yang dipelajari nanti digunakan dan diamalkan sebaiknya ye

akak doakan yang terbaik, maannajah!

Hazmi Al-Wafi said...

Syukran kak rabiatul..

:: Zahratu Billaurah :: said...

La syukra ala wajib, adik ^_^

adibah aziz said...

saya tak lepas nak amek arab =.='

:: Zahratu Billaurah :: said...

xpe, bidang lain lebih baik untuk Adibah, Insya-Allah, perancangan Allah itu cantik ^_^

adibah aziz said...

saya dpt 5a 2b 4c . satu a+ . syariah . semua sc saya c plus arab .

1)asasi p.islam um
2)law uia
3)sc human uia
4)nurse uia (xminat)
5)utm
6)utm
7)uitm
8)uitm

kak , 5,6,7,8 kos math2 . huh boleh ke masuk uia ni , bi b+

:: Zahratu Billaurah :: said...

Insya-Allah, akak jawab dkt blog Adibah ye sayang ^_^ mabruk ya Ukhti!