عليكم السلام
بسم الله الرحمن الرحيم
Enti, enti, ye, ana panggil enti. Entilah. Yang sedang membaca tajuk ini. =) Entikah? Enti sedang kecewa sekarang? Patah hati kerana kasih yang tak kesampaian? Hati remuk kerana kaum Adam? Enti ditinggalkan? Enti kesepian?
Kalau begitu, memang ana mahu berbicara dengan enti. Mari, dengarkan bicara ana. Sebentar sahaja. Boleh ye? Insya-Allah tidak mengambil masa yang lama. Ana cuma mahu berbual sebentar dengan enti, bolehkan?
Boleh? Terima kasih, enti. =)
Ana tahu masalah enti. Enti asyik menangis kan. Asyik teringat dia ye? Mari sebentar sayang. Izinkan ana selami hati enti. Walaupun ana tak pernah mengalami seperti apa yang enti rasa, izinkan ana untuk turut berkongsi perasaan enti. Izinkan ana untuk cuba memahami hati enti. Boleh ye?
Enti dah banyak kali putus? Atau ini kali pertama. Tidak mengapalah, tidak menjadi soal. Enti dah letih dengan semua ini? Ana pasti, mesti dah ramai yang nasihatkan enti, kembali kepada Allah, tak payah couple, jangan terjebak dengan cinta yang tidak halal, tetapi hakikatnya sukar kan? Sukar melupakan dia kan? Tak mengapa, walau bagaimanapun, ana amat menyokong andai enti punya keinginan untuk berubah. Tapi, masih rasa susah ye, masih selalu teringatkan dia ye? Bila teringat, mudah je air mata tu nak jatuh kan?
Enti mungkin kadang-kadang nampak gembira, tetapi hati enti hakikatnya tidak begitu, betul tak? Terkadang rasa sedih teringat sikap dia. Terkadang rasa rindu ye? Asyik tunggu mesej dia je ye? Ana tahu kerana ana perempuan juga. Ana faham perasaan enti. Benar, walaupun ana tak pernah mengalami situasi seperti enti, ana benar-benar ingin menyelami perasaan enti. Ingin turut benar-benar merasai apa yang enti rasa. Rasailah seperti ana berada bersebelahan enti sekarang. Anggaplah kita sudah lama kenal.
Benar, ana seperti yang lain juga, seperti yang lain. Yang menasihati enti, supaya meninggalkan kasih yang tidak diredai Allah itu kerana enti dan dia tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi. Cinta yang diredai Allah hanya cinta selepas nikah. Tak perlu ana ulang, enti pun sudah sedia maklum, bukan? Hakikatnya, walaupun tahu hanya cinta Allah yang kekal, masih mengharap cinta insani. Tak mengapa, pertama sekali, enti mesti ada niat nak berubah. Nak mendekati Allah. Atau enti masih tak bersedia untuk tinggalkan dia lagi? Enti…ana takut enti kecewa lagi. Ana tak mahu. *peluk*
Hati enti mesti hancur remuk kan. Rasulullah pun kata wanita ini ibarat kaca. Bayangkan kaca yang telah pecah, bisakah dicantum semula? Walaupun dicantum kembali, pasti masih ada serpihan-serpihan kecil dan halus. Yang tertinggal. Namun sakit kerana terhempas itu masih bisa diubati. Dia ada, enti. Cuba rasakan Dia sedang melihat enti sekarang. Al-Khaliq kita. Penuh kasih sayang. Dapat rasakan? Enti masih boleh terus membaca jika enti benar-benar mahu berubah. Jika sudah tidak mahu tenggelam dalam nafsu cinta.
Ana berikan enti masa. Tak apa, fikirlah dahulu. Ana tunggu. Ana cuma nak cakap, kalau kita ingin berubah, tidak cukup dengan keinginan sahaja. Perlu disertai keazaman yang kuat dan matlamat yang betul. Kemudian bertindak. Niat, azam dan tindakan. Baik, enti dah fikir? Kalau enti benar mahu berubah, enti bisa terus mendengarkan bicara ana. Jika masih tidak bersedia, ketahuilah ana sentiasa menunggu enti. =)
Enti yang ingin berubah..
Enti rasa susah ye? Tak mengapa, ana mahu tolong enti. Sesukar mana pun, ana tetap setia bersama enti. Sebab ana sayang sangat enti. Kerana Allah. Ana ada beberapa cara. Insya-Allah, mungkin boleh bantu enti? Kita cuba dulu ye? Keazaman enti masih kuat kan, untuk melakukan perubahan? Kuat kan? =) Alhamdulillah.
Pertama. Ujian ini dirasakan berat buat enti? Ujian ditinggalkan kekasih hati amat berat buat enti? Baiklah. Ana ingin mengajak enti untuk kita sama-sama berfikir lebih jauh. Cuba kita lihat mereka yang susah, mereka yang terpaksa mencari rezeki di celah-celah sampah yang menimbun dan busuk itu. Mencari tin-tin, botol-botol kaca atau besi buruk yang bisa dijual untuk menyara kehidupan sehari-hari. Apakah enti merasa ujian enti lebih berat berbanding ujian mereka? Cuba kita teropong lagi, mari kita melihat mereka yang mempunyai penyakit misteri sehinggakan tidak bisa makan dan minum, urusan pergerakan pun mesti dibantu oleh orang lain. Apakah enti merasa ujian enti lebih berat berbanding ujian mereka? Mari kita melihat lagi, mereka yang tidak punya ibu dan ayah kerana terlebih dahulu pergi menyahut seruan Ilahi, cuba bayangkan perasaan mereka saat hari raya menjelang tiba. Apakah enti masih merasa ujian enti lebih berat berbanding ujian mereka? Enti, usah melihat ujian sebaliknya pandanglah nikmat dan kurnia Allah terhadap kita. Apabila kita menyedari nikmat-Nya yang begitu menggunung, akan terasa malu, ujian sedikit pun dah tak boleh nak hadapi. Enti, ana malu. Enti boleh rasakan begitu juga tak?
Kedua. Ana tahu, enti sedih kerana masih teringatkan dia lagi kan. Nak lupakan dia tetapi masih jua bertamu di kotak fikiran. Cuba enti sedaya upaya luputkan dia daripada ingatan, dan tukarkan dengan mengingati Dia. Boleh? Macam ni enti, bila enti teringatkan dia je, terus ambil wuduk dan capai Al-Quran. Ya, selepas itu baca dan hayati maknanya. Bila ingat dia je, terus ambil Al-Quran, boleh? Ingat dia je, ingat Al-Quran, boleh? Atau pun, lebih senang, bila teringat dia, enti berzikir, zikir qauli. Bila teringat dia, ucaplah Astaghfirullah, aku memohon ampun kepada Allah, boleh? Bila teringat dia, ucaplah hasbee rabbee, maa fee qalbee ghairullah, boleh? Maknanya, cukuplah Allah bagiku, tiada dalam hatiku melainkan Allah. Kalau zikir tu sebaiknya kena tahu maksud kan, betul tak enti? Itu salah satu contoh ana bagi. Enti boleh cari lagi zikir-zikir lain. Selawat Syifa’ ke, Allahu Lateef ke. Banyak lagi yang lain, enti boleh cuba download sendiri. Kalau betul nak cinta Allah, kenalah usaha, betul tak. Cuba dulu ye, perlahan-lahan. Ana yakin enti boleh buat. Kalau keinginan enti benar-benar kuat, pasti boleh buat.Insya-Allah.
Ketiga. Sibukkan diri enti. Sibukkan diri enti berdialog dengan Allah bukan sibuk untuk membalas mesej dia. Katakan ketika enti berjalan-jalan atau duduk keseorangan, ingatan terhadap dia kembali. Cepat-cepat lupakan. Kena kuat. Jangan melayan perasaan. Cuba lakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Mungkin menolong ibu bapa? Berdialog dengan Allah. “Allah, hari ni saya nak tolong mak basuh pinggan dan masak, biar mak gembira, Allah suka kan?”. “Allah, hari ini saya baca buku tentang Rasulullah, saya nak lebih kenal Nabi saya, Allah suka kan?”. “Allah hari ini saya nak tengok ceramah dalam TV, saya nak kenal lebih dengan Allah, Allah suka kan?”. “Allah kejutkan saya ye, takut terlepas pula nak dating dengan Allah, Allah suka kan?”. Dah lepas bermonolog tu, enti senyumlah seorang diri. Tapi jangan senyum di hadapan orang sebab…..enti faham kan maksud ana? Dah dapat tangkap maksud ana? Enti bermonolog dengan Allah, tak payah keluar duit pun, kalau mesej dengan dia, duit banyak habis beli top-up kan? Pendek kata, bercinta dengan Allah. Nanti mesti Dia lagi sayang enti. Ingat Dia je sepanjang masa, tak semestinya semasa solat je. Boleh? Boleh cuba kan yang ni. Indah dan romantik kan cara ni? Ana nampak enti senyum, hehe.
Keempat. Ana nak tanya enti, enti suka dengar lagu tak? Kalau suka, lagu apa yang enti dengar? Ha? Oo. Enti tak payah lah dengar lagu jiwang-jiwang, makin membuatkan enti teringat dekat dia, betul tak. Enti boleh pilih untuk dengar lagu nasyid, lagu ketuhanan. Lebih baik lagi kalau lagu yang mengingatkan diri kepada kematian dan taubat. Lagu tentang ibu bapa pun bagus. Hayati lirik dia satu-satu. Jadikan aktiviti mendengar lagu sebagai perkara yang berfaedah di samping menghiburkan hati. Jika kena pada tempatnya, lagu pun boleh mendidik jiwa. Enti mesti juga pernah menangis apabila menghayati lirik lagu kan?
Kelima. Pembacaan. Ini pun enti kena pilih. Ana mengesyorkan supaya enti membeli buku-buku tentang Islam dan wanita. Baca sirah Rasulullah, lihatlah Rasulullah dahulu begitu bersusah payah menaikkan martabat wanita, apakah kita sanggup untuk berlaku kejam terhadap Rasulullah yang pada saat-saat akhir hidup Baginda, Baginda tidak putus-putus menyebut ummati, ummati, ummati? Apakah kita begitu kejam, sanggup ‘memijak’ risalah yang dibawa Rasulullah? Jadi, kita sama-sama menjaga diri, ye enti? Ana percaya enti mesti suka melayari internet kan? Enti carilah bahan-bahan bacaan yang bermanfaat. Kalau search melalui enjin carian google, enti nak search ’50 tanda aku jatuh cinta’ atau ‘tanda-tanda Allah mencintai hamba-Nya’? Enti tentukan ye. Lagi, enti boleh melayari laman web yang bermanfaat sepeti ini. Satu hari baca satu artikel pun dah cukup, yang penting konsisten. Istiqamah dan beramal, boleh ye sayang?
Keenam. Bangun malam. Qiamullail. Kalau buat ni lagi bagus. Tenang dan damai je. Kalau enti rasa sedih dan tak tahu nak menangis dekat sesiapa, Allah kan ada? Bangun sewaktu yang lain tengah tidur. Sunyi je. Enti boleh menangis sepuas-puasnya kalau enti mahu. Enti ceritalah semua masalah enti dekat Dia. Dia Maha Mendengar. Enti pohonlah apa-apa enti nak, lagi Dia suka. Dia ada cakap ni. Cuba enti buka Al-Quran, surah Al-Ghafir, ayat 60, ‘berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu’. Naaa, tengok. Caring Dia kan? Dia dengan dia yang mana lebih caring? Mesti Dia kan? Jadi, enti pergilah dekat Dia. Boleh?
Ketujuh. Zikrul maut. Ingat mati. Ni pun lagi mujarab. Bila ingat mati, enti tak akan teringat dialah. Cuba enti bayangkan enti akan mati sebentar lagi, sekejap je lagi, mungkin selepas habis mendengar bicara ana ni. Mungkin? Mesti selepas ingat mati tu, terasa setiap masa nak siapkan banyak ‘bekal’ untuk ‘dibawa pulang’ kan? Solat pun awal je. Dengar je azan, terus ambil wuduk dan solat. Banyak manalah amalan kebaikan kita ye. Enti, ana takut. Enti boleh rasa begitu juga tak?
Kelapan. Enti carilah sahabat-sahabat yang boleh membimbing enti ke jalan Allah. Enti carilah sahabat-sahabat yang boleh berkongsi ilmu dengan enti untuk lebih mengenali Allah lagi. Cari sahabat begini agar jiwa terisi dengan nasihat-nasihat daripada mereka. Dalam hidup kita hendaklah berkawan dengan semua tetapi berhati-hati dengan kawan yang menarik dan mengheret diri ke arah lembah dosa. Enti faham kan maksud ana?
Kesembilan. Enti, pandanglah wajah ibu dan ayah. Tegarkah enti melukakan hati mereka? Mereka yang dahulu memelihara dan mendidik enti dengan penuh kasih sayang. Pandanglah wajah mereka yang bersusah payah menyekolahkan enti bermula pendidikan rendah, pendidikan menengah sehinggalah enti berjaya menjejak universiti. Pernahkah enti terfikir bahawa kejayaan enti ini adalah kerana berkat doa mereka atau hanya kerana usaha enti yang bertungkus lumus belajar sehingga berjaya menggenggam ‘A’? Pernahkah enti terfikir enti masih kuat untuk menjalani kehidupan sehingga ke hari ini adalah kerana ibu dan ayah inilah yang tak pernah jemu memberi dorongan dan peransang? Pernah enti fikir? Pandanglah wajah mereka! Sanggupkah enti melukakan hati mereka? Enti fikirlah...enti sudah pandai bezakan yang mana baik dan yang mana buruk, bukan?
Kesepuluh. Ana nak mengajak enti untuk kita sama-sama melihat teladan daripada pohon semalu. Kenal tak pohon semalu? Enti kenal kan. Enti pernah dengar tak kisah Rasulullah berjalan-jalan bersama puteri Baginda, Saidatina Fatimah yang terpijak pohon semalu sehingga kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan? Fatimah dengan sedikit marah berkata apalah gunanya pohon semalu tetapi Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangan Baginda bahawa pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut, enti terkejut tak?
Baik, mari kita sama-sama lihat apa yang kita boleh teladani daripada pohon semalu ini untuk diaplikasikan dalam diri kita sebagai seorang wanita. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh dan ini diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu pada tempatnya. Kedua, pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya maka wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang muslimah. Ketiga, pohon semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi dan ini bermakna wanita hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. Akhir sekali, pohon semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang, oleh itu para wanita hendaklah kembali ke rumah apabila waktu semakin senja.
Hebat kan Allah? Daripada pohon semalu pun kita boleh ambil pengajaran. Jadi enti, mari kita sama-sama ‘menjadi’ pohon semalu. Boleh ye?
Kesebelas. Ini yang terakhir. Untuk yang terakhir ini, ana nak mengajak enti untuk sama-sama melihat ibrah atau pengajaran juga daripada kisah puteri Rasulullah. Saidatina Fatimah yang memendam perasaan cinta kepada Saidina Ali dan mengagumi, merindui dan memasang impian hidup bersamanya. Namun, Saidatina Fatimah tak pernah menghantar surat tanpa pengetahuan Baginda, berhubung melalui burung merpati atau mengatur pertemuan dengan Saidina Ali. Begitu juga Saidina Ali, tidak melalaikan Fatimah dengan janji-janji kosong, tidak berlaku biadap terhadap Baginda dengan mengurat Fatimah atau membawanya lari. Juga tidak meminang Fatimah kecuali juga sedang sentiasa berusaha membina kualiti diri. Enti, mari kita sama-sama contohi Saidatina Fatimah. Urusan ‘Saidina Ali’ biarlah Allah tentukan. Enti yakin dengan janji Allah, bukan?
Biar ana tolong senaraikan khas untuk enti, sepuluh langkah yang boleh enti lakukan untuk mengubat hati enti yang patah, dengar ye sayang …
1) Usah dipandang ujian sebaliknya bukalah mata hati melihat nikmat dan kurniaan Allah yang begitu meluas.
2) Apabila hati dilanda kesedihan dan bermuram, capailah Al-Quran segera dan apabila fikiran melayang ke arah perkara yang tidak sepatutnya lancarkanlah lidah untuk menuturkan zikir qauli.
3) Bermonolog dengan Allah apabila melakukan satu-satu kerja dan rasakan kehadiran Dia yang sentiasa menemani.
4) Pilih lagu yang akhirnya mengingatkan diri kepada Allah.
5) Pilih bacaan yang sesuai sebagai penambahan ilmu yang bermanfaat.
6) Qiamullail dan doa.
7) Sentiasa ingat mati dan berusaha untuk sentiasa solat di awal waktu.
8) Bersahabat dengan mereka yang solehah dan berkongsi ilmu.
9) Sayangi ibu dan ayah dan lakukanlah perkara yang menggembirakan hati mereka.
10) Jadilah seperti pohon semalu dan kaitkan dengan kebesaran Allah.
11) Mengambil iktibar kisah Saidatina Fatimah dan Saidina Ali serta yakin dengan janji Allah.
Enti, bayanglah sekarang, ana sedang memegang tangan enti erat-erat, dan enti, lihatlah ke dalam mata ana. Ana ingin berbicara sesuatu yang penting. Enti, cinta Allah itu tidak mempunyai sandaran. Sememangnya manusia itu mudah melupakan Allah, terlalu asyik lemas dalam nafsu cinta kepada manusia, tetapi apabila telah dikecewakan, barulah mula merayu kepada Allah. Apakah Allah itu hanya sebagai tempat sandaran setelah hampa dengan cinta manusia? Apakah Allah itu hanya tempat untuk melepaskan resah di hati setelah putus asa dengan cinta manusia? Ana sayangkan enti, terlalu amat menyayangi enti kerana Allah, dan enti, ana ingin mengucapkan kata penuh kasih sayang, cintailah Allah kerana enti ingin benar-benar mencintai Dia bukan kerana hanya menjadi tempat menangis setelah terluka dengan cinta lain. Cintailah Allah kerana Dia Pencipta kita.
Berubah. Itu terletak pada tangan enti. Ana tak pernah membenci enti malah ana sentiasa menunggu dengan lambaian penuh kasih sayang untuk kita sama-sama ikhlas dalam mengejar cinta Dia. Ana hanya mampu memberi jalan, selebihnya terletak pada tangan enti. Enti, ana amat benar menyayangi enti tetapi walau sebesar mana kasih ana pada enti tetap tidak akan bisa mengalahkan cinta Allah kepada enti. Apakah saat ini enti masih mahu berpaling arah?
Enti fikirlah…*peluk*
Jangan pernah lupa, kita hanya akan kembali kepada-Nya…
Hanya kepada-Nya…
Tujuan bicara ana ini sebenarnya adalah untuk mengajak enti sama-sama menghayati kalamullah ini….ini sebenarnya…
Duhai mawar yang kusayangi, lingkarilah dirimu dengan duri keimanan, tidak mengapa andai duri itu dahulu pernah dicantas oleh tangan-tangan rakus, mawar itu berhak untuk tumbuh megah dengan durinya kembali, mencari sinar yang hakiki.
Kenali Dia dan Cintai Dia dan Ingat Dia
14 comments:
buat anta xdok ke?>
wakaka
dah guane, ustaz patah hati ke? haha
tukar tajuk je, 'Buat Adam Yang Patah Hati kerana Hawa'
isi2 tu sama, Insya-Allah
haha. betul2.. buat adam yg patah hati.. x pernah denga lagi.hehehhe...
tanak komen post ni.hmmmmmm.. (dah terkomen sikit).haha
haha.. mana ada patah ati.. wakaka..
dgr tu ustzh, kwn ustzh pun kata x penoh dgr lagi...
wakakka
| Ustazah Hasnah |
terpaksa buat tajuk 'Buat Enta yang Patah Hati kerana Hawa' ada, sebab ada yang minta, haha
komen la, Ustazah, x salah, ^_^
sukanya Hasnah boleh on9 dah, suka3! barulah lagi huru hara blog ni, yay! ^_^ *lompat dan peluk*
| Ustaz Syafiq |
dah ekpun, bakpe teh..haha
xpe, kalau patah hati, marilah blog ni, kaunselor cinta ada >_< (pulak..)
(ho..molek lah tu 2 org ni, haha, ustaz ustazah dah, ni bukan setakat b2 boleh jadi kaunselor cinta ni, ni boleh jadi penyatu cinta aka orang tengah, haha)
xdok teh2 ea. wakaka
haha.. xpe kalu patos ati, ana marinya sini, sini kan free je. haha
zzzzz(kroooh4)....
siap ustaz, khidmat 24 jam, haha ^_^
(ana minat gak ni jadi kaunselor perkahwinan, wah *berangan*)
^_^
Patah Hati-Saujana
:)
^_^ lagu dkt post ni..Zahran - Persinggahan
kalau Patah Hati - Saujana
dkt post ni
http://syauqatulwardah-lavender.blogspot.com/2011/03/awak-menangiskerana-dia-lagi.html
Rasulullah SAW pernah bpesan,"jaga-jaga! hendaklah takut sekalian kamu kepada dunia. dan hendaklah takut sekalian kamu kepada wanita."...maf akak xpasti diriwayatkan siapa,akak tau ni pun dr ceramah.cuma nk bkongsi..
msti ingat,kte mgkin blh jd wanita yg Rasulullah SAW katakn,nauzubillah.jd,kne jg dri,jg hati.
kte fitrah sukakn seseorng yg baik.apatah lg kalo dia itu seorg yg bkaliber dr stiap segi,yg ditarbiah dirinya.tp sukalah dgn pnuh kesederhanaan.jgn rosakkan hati krn cinta dunia. bkn stakat hti kte yg kte nk jg.tp hati 'dia' yg kte suka dlm diam tu jgk. sbb btepuk sblh tgn xkn bbunyi kn? jgn rosakkan hatinya yg telah ditarbiah dgn pndgn mata kte yg mngkin turun jd penyakit ke hatinya.dn jgn biarkn pndgn matanya bertemu dgn mata kita krn blh jd mnjdi virus yg masuk dlm hati kte.saudariku,tundukkan pndgnmu ibarat mencari mutiara yg hlg.simpan sj pndgn itu unt dia yg Allah tetapkan unt mu.btul kta b2,klo rs sedih,tringat yg lalai,cr pnwarnya~AL-QURAN..mr beramal bsama2!!! =)
Syukran ya Ukhti!
peringatan yang sungguh padat =)
naudzubillah ye kak, moga kita bukan dalam kalangan yang dikatakan Rasulullah
wanita fitnah dunia, sungguh benar kita kena jaga diri dan jaga hati
sukakan seseorg scr sederhana =) suka ayat akak, sekadar suka dlm diam, usah dikhabar, na'am akak, untuk jaga hati kita dan juga hati dia, simpan segalanya buat dia yang menjadi takdir kita kelak, Insya-Allah
akak, terima kasih sgt utk peringatan ni, terima kasih sgt, akan b2 sematkan dlm hati, b2 syg sgt kak Mira, kak Mira kakak yg sgt baik, terlalu baik dgn b2...=(( *peluk*
dh bca semua=D..thanx ye..pnoh ilmiah blog awk...
Alhamdulillah, la syukra 'ala wajib, saya hanya membantu semampunya, jazakallah ya Akhi sudi baca, harap ada manfaat dan ilmu yg blh diamalkan ^_^
TERSENTUH HATI BILE BACE...
Post a Comment